Friday, December 30, 2005

Masuklah ke Alam Narnia

Menonton Narnia bagaikan mengulangi kenangan tiga tahun Disember bersama Lord of the Rings. Walaupun ia tidak mencapai hype yang sama seperti trilogi tersebut namun ia cukup untuk membuatkan peminat filem bercorak fantasi tersenyum puas. Namun Narnia tidaklah fantasi dari awal kerana ia memiliki pengaruh alam nyata pada permulaannya kemudian barulah nafasnya berubah menjadi lebih mistikal. Jadi kita tak adalah rasa sangsi bahawa kedua-dua cerita tersebut saling berkongsi idea.

[Tapi tak silap aku kedua-dua penulis cerita ini Tolkien dan CS Lewis adalah berkawan baik. Tak tahulah sejauh mana keakraban mereka mempengaruhi kreativiti masing-masing dalam menzahirkan dunia fantasi mereka]

Walaupun secara peribadi aku lebih menyukai Lord of the Ring (Err...nanti dulu. Aku rasa dalam soal begini kita ada konflik untuk menyukai filem dalam genre serupa yang keluar lebih awal atau terkemudian dengan ciri-ciri mereka yang seakan sama. Contohnya The Sixth Sense dan The Others. Walaupun aku menyukai kedua-duanya tetapi aku ada dilema untuk mengutamakan yang mana semata-mata jarak waktu tayangan mereka. M. Night Syhamalan ada kelebihan kerana release filemnya lebih awal) tetapi dalam beberapa aspek Narnia ada magisnya tersendiri.

Contoh paling ketara ialah filem ini nampak realistik sedikit dan kepada penonton yang kurang gemarkan fantasi 100% boleh mempertimbangkan filem ini. Budak-budak yang kebosanan di rumah dan inginkan sedikit permainan maka mereka mencipta hiburan mereka sendiri. Rasanya semua kanak-kanak yang hidup zaman dulu (maksud aku sebelum video games dan gajet-gajet canggih menjadi terlalu berleluasa seperti sekarang) ada mencipta permainan mereka sendiri. Main sorok-sorok misalnya.

Melihat kepada makhluk-makhluk aneh yang seolah telah bermutasi yang menjadi soldadu kepada White Witch membuatkan kita terfikir yang penulisnya mendapat ilham dari kitab agama samawi. Apabila tiba hari pembalasan nanti yang ada manusia akan dibangkitkan kembali menyerupai makhluk separa begitu, separa begini - ia seakan membawa mesej. Perhatikan masa adegan burung (entahlah apa namanya - macam helang campur tupai) melontar batu seakan mengambil inspirasi dari peristiwa Ababil. Namun itu adalah strategi tentera Aslan untuk mempertahan bumi Narnia mereka.

Tapi bila tengok setiap kali terpampang adegan singa Aslan ni, mesti aku tertanya-tanya - Apa yang singa ni makan? Singa mestilah karnivor. Mungkin makan daging makhluk yang menjadi musuh-musuh mereka? Penulis mungkin boleh menafikan hakikat pemakan daging itu kerana ini kan kisah fantasi. Kita cuma perlu masuk ke alamnya dan bermimpi.

Wednesday, December 28, 2005

How Do You Like Your Tea?

Mungkin dia terkencing dalam air teh tu. Bukannya dia sengaja. Sebab dah tak tahan sangat, kebetulan masa tu dia sedang membuat air teh, mak encik pulak asyik terpekik-pekik tanya, Mana air teh? Mana air teh?! Sedangkan dia dah rasa nak kencing teramat sangat. Maka penyelasaiannya? Lagipun warna kedua-dua cecair itu pun seakan-akan sama. Manalah mak encik dapat bezakan.

Tapi dia lupa mak encik dapat merasa! Air teh yang bercampur dengan urine itu walaupun berwarna yang sama tetapi dia terlupa untuk merasanya terlebih dahulu! Sepatutnya rasa dahulu air bancuhan istimewa itu untuk memastikan rasanya tak ada yang ganjil. Untuk seorang penggemar teh yang tulen (bukan teh fusion) tentu beliau dapat bezakan sama ada ia perisa asli atau telah berbaur anasir lain.

Untuk makluman, dua perenggan di atas aku taip dengan hanya membaca tajuk utamanya saja di akhbar Harian Metro dan Malay Mail.

Misteri Teh Masin – Amah cuba guna ilmu hitam terhadap majikanHarian Metro

‘She Peed in My Tea!'Malay Mail

Aku tak sempat nak baca keseluruhan artikel dan tiba-tiba aku telah mendapat gambaran awal akan apakah bendanya yang keseluruhan isi ceritanya. Okey, sekarang aku hendak mula membaca versi online kedua-dua tajuk utama tersebut untuk melihat sama ada aku telah membuat penafsiran yang berasas atau aku hanya melalut.

Mula membaca
;
:
:
:
:
;
;
;
:
:
;
;
:
:
;
;
;
;
...masih baca lagi
:
;
;
;
:
:
;
:
:
:
:
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
:
:
:
:
;

….. dah habis baca.

Okey, aku mengaku tidak sepatutnya aku mocking perlakuan orang gaji tersebut hingga mungkin menimbulkan trauma terhadap bekas mak enciknya untuk minum teh lagi selepas ini. Tetapi siapa yang pernah mendengar air kencing dan segala air kumbahan di kitar semula untuk menjadi air minuman? Ohh… itu cerita lain rupanya.

Tuesday, December 27, 2005

A History of Valiant

Pada pendapat aku jalan cerita kartun Valiant ni sama saja dengn Robots. Sudahlah pemegang teraju utama suaranya juga adalah orang yang sama, Ewan McGregor dengan watak-watak sampingannya juga sama dan tema yang sama - ??? Oy, accent dia lah! Ok, Valiant menggunakan accent British yang kadang-kadang susah nak faham, dah-lah sarikata kejap-kejap ada, kejap-kejap tak ada. Manakala Robots cakap Inggeris ala Amerika.

Aku suka dengar watak burung bernama Bugsy asyik menjerit Oy! Oy! tatkala ingin mendapat perhatan Valiant.

Bugsy adalah side-kick kepada Valiant si burung merpati kenit yang bersemangat patriotik tinggi ingin membela nusa bangsa merpatinya. Ia sama sekali berbeza dengan Bugsy yang menjadi wira secara tidak sengaja semasa ingin menyelamatkan diri membawa dia berkenalan dengan Valiant lalu mereka sama-sama mendaftar masuk kem tentera.

Aku tak pasti sama ada kanak-kanak yang menonton filem kartun ini tahu atau tidak sejarah perang dunia seperti mana yang mendasari jalan ceritanya. Berbeza dengan Robots yang bertema futuristik, amat mudah bagi kanak-kanak untuk relate dengan dunia kehidupan mereka hari ini. Dialog-dialog dan perlakuan watak-wataknya juga tidak ada yang benar-benar lucu berbanding dengan Robots yang lebih banyak lawak jenaka.

Antagonis dalam Valiant yang didukungi oleh seekor Falcon juga tidak begitu menggerunkan. Aku lebih syorkan Falcon seperti dalam Stuart Little 2 yang nampak lebih binasa serta berjaya mengeluarkan aura lebih mengancam. Tetapi saat-saat merpati kecil itu di kejar oleh pemangsanya yang lebih besar kita memang akan cepat-cepat berdoa supaya ia terbang lebih laju dan meluncur ke tempat yang selamat. Adegan kejar-mengejar begini memang akan bisa membuatkan budak-budak menjerit tidak senang duduk.

Walaupun Valiant tidak secemerlang Shrek atau Finding Nemo tetapi untuk kanak-kanak yang hidup di zaman teknologi canggih sekarang mereka patut tahu yang mesej bukan hanya boleh di hantar menggunakan telefon bimbit semata-mata. Dan ia bukan sekadar hidup di alam magis sebagai burung hantu bernama Hedwig kepunyaan budak lelaki berkuasa sakti bernama Harry Potter sahaja.

Ia pernah wujud dahulu. Zamannya; Perang dunia ke-dua. Perantaranya: Burung merpati.
Fungsinya sama; Ia menyampaikan pesan.

Thursday, December 22, 2005

Ring Toad

Tak tahulah siapakah yang mengangkat katak menjadi ikon dunia hiburan pula. Sana-sini bagaikan terngiang-ngiang kat telinga aku ni nada (aku tak tahu apa istilah yang di panggil) tapi ianya langsung tidak boleh di terima. Tak boleh di terima (sekurang-kurangnya oleh diriku ini) tapi peliknya ramai pulak yang sanggup bertoleransi dengan suara melodi yang disumbangkan oleh sang katak. Bila aku check dekat wikipedia, apa ke benda sebenarnya yang di panggil Katak Gila ni, ini jawapan mereka,
Crazy Frog is the marketing title of a ring tone based on 'The Annoying Thing', a computer animation created by Erik Wernquist. Marketed by the ringtone provider Jamba! (known as Jamster! in some markets), the animation was originally created to accompany a sound effect produced by Daniel Malmedahl while attempting to imitate the sound of a two-stroke moped engine. The Crazy Frog spawned a worldwide hit single with a remix of "Axel F", which reached the number one spot in the UK, Australia and most of Europe. The album Crazy Frog Presents Crazy Hits and second single "Popcorn" continue to enjoy worldwide chart success. The Crazy Frog has also spawned a range of merchandise and toys which look to be very popular for Christmas 2005.

What? Based on the annoying thing?!

Tapi kalau dah tahu benda tu annoying thing kenapa buat jugak? Nak bagi orang jadi sakit jiwa ke? Baru aku tahu ia sebenarnya adalah ring tone. Pasal ring tone atau caller tone ni jugak buat aku rasa annoyed dengan seorang officemate aku ni. Ada ke dia asyik tanya aku jer macam mana nak set caller tone untuk hanphone dia yang canggih tu. Aku manalah tahu sangat pasal benda-benda ni semua.

Handphone aku pula jenis yang zaman purbakala punya. Jadi tak ada perlunya aku ambil tahu nak set-up ring tone atau caller tone yang bervariasi irama dan mahal pulak tu! Kadang-kadang kasihan pulak dengan officemate aku ni bila dia mengeluh yang credit habis kena deduct tapi caller-tone yang dia request tak berjaya jugak di perolehi. Ni mesti kes ada silap di mana-mana. Kalau tak buta-buta jer telco provider jadi kaya makan duit customer hasil sumpah-seranah.

Apa yang menghairankan aku tu, penting sangat ke kita memformat nada dering atau nada pemanggil[?] yang fancy pada telefon kita? Seperti iklan mereka yang menawarkan khidmat begini cakap, personalised your mobile or something like that? Tidak cukup ke tuan punya handphone saja yang ada personality sampai handphone pun nak ada peribadi mereka sendiri? Itu semua strategy company macam tu nak psycho duit kita saja. [yang aku naik angin ni pulak apasal? Bukan diaorang deduct kredit aku pun?!]


credit photo: http://www.corante.com/mooreslore

Tuesday, December 20, 2005

Happy Reading

Dalam ruangan “Bermulanya sebuah cerita…“ majalah Mastika keluaran Disember diceritakan tentang pengalaman pengelola membuat lawatan organisasi pembangunan dan sosial di sebuah klinik yang memberikan servis pengguguran bayi di Amerika. Di depan klinik tersebut terdapat himpunan penunjuk perasaan sedang berdemonstrasi yang terdiri daripada dua kumpulan – satu yang menyokong tindakan tersebut dikenali dengan Pro-Choice manakala golongan yang menentang pengguguran dikenali dengan Pro-Life. Kemudian apabila aku menonton dvd sebuah filem bertajuk Happy Endings ada adegan penunjuk perasaan di depan klinik ini ditunjukkan semasa Jude (lakonan Maggie Gyllenhaal) pergi untuk menggugurkan bayinya.

[Tapi tentulah itu bukannya penunjuk perasaan yang sama dan klinik yang sama seperti mana penulis ruangan itu pernah lawati dulu]


Walaupun adegan itu cuma sekejap tapi aku rasa itu adalah golongan Pro-Life kerana nampak mereka sedang memprovokasi Jude yang ketika itu ingin memasuki klinik berkenaan. Tetapi apa yang tidak dinyatakan dalam artikel itu ialah sesiapa yang berhajat untuk membuat pengguguran bayi kena bertemu dengan Lisa Kudrow dulu. Lisa memegang watak sebagai Mamie seorang kaunselor yang memberi khidmat nasihat sebelum mereka meneruskan niat asal mereka. Sebenarnya suatu masa dulu Mamie juga “pernah” melakukan perbuatan terkutuk itu.

Mula-mula kita ingatkan memang Mamie betul-betul menggugurkan bayinya apabila kemudian fast forward ke masa sekarang tiba-tiba muncul Nicky (Jesse Bradford) yang mendakwa dia tahu sesuatu tentang anak Mamie. Jadi kita tahu yang Mamie tak jadi buat abortion dulu. Happy Endings bukan semasa-mata berkisarkan topik tersebut tetapi ada sepuluh cerita yang bersimpang-siur di dalam satu filem ini. Lebih kurang macam Magnolia atau Crash atau Gangster. Kadang-kadang keluar teks pada sesetengah adegan untuk menerangkan situasi tertentu pada penonton berkenaan apa yang dihadapi oleh watak-wataknya.

Membaca Mastika bulan ini dan menonton Happy Endings selepas itu seolah-olah mereka compliment to each other. Selain ada cerita pengguguran tadi terdapat juga kisah seks luar nikah, kisah hubungan sejenis, ada kisah band muzik (walaupun bukan black metal) dan lain-lain cerita yang terjadi dalam masyarakat sama ada di negara ini atau di mana-mana negara sekalipun. Matlamat kedua-dua medium ini adalah sama – menjadi refleksi kepada masyarakat yang di ambil ceritanya sebagai pedoman atau mungkin ada agenda mereka sendiri.

Kita mungkin tidak suka dengan apa yang kita baca atau tonton apa yang dipaparkan depan kita. Kita mungkin ada pilihan lain dengan buat tak tahu saja atau ambil tahu dan lupakan atau paling baik ialah ambil tahu dan buat sesuatu dengannya. Tetapi walau apa pun perkara yang kita buat, pada penghujung harinya kita semua pasti berharap ia akan berakhir dengan kegembiraan.

Monday, December 19, 2005

Confessions on a Dance Floor


Kalau beberapa minggu lepas aku rasa macam nak terketawa bila tengok orang menari di Crossroads, kali ni tak tahulah kalau ada orang yang tergelak bila tengok aku dok terkinja-kinja macam tu. Erkkk… rasa macam malu pula bila aku ingat-ingat balik. Tengah nak menulis ni pun malu. Tapi what the heck, the damage has been done. Orang pun dah tengok jadi nak kata apa lagi. Terima sajalah hakikat bahawa aku telah pun menari di khalayak ramai last weekend!

Memang aku tak nak menari mula-mula. Aku ingat nak balik awal selepas usai majlis. Tetapi di atas sebab-sebab yang tidak dapat dikenalpasti – tiba-tiba saja aku telah berada di atas dance floor! Terus terkaku tak tahu nak buat reaksi macam mana. Nak kena goyangkan pinggul ke ni? Ke nak kena bergelek dulu macam M. Daud Kilau? Tapi lagu latar yang di pasang tak sesuai pulak nak bergelek dangdut masa tu....hahhahhaha... kelakar betul.

Orang-orang di sekeliling aku semua dah rancak - menari-nari ikut suka hati masing-masing. Aku pun goyang ajelah mana yang patut. Ada berbagai jenis genre muzik yang dj bertugas mainkan masa ni. Tapi kebanyakkan telah di proses remix. Kalau biasanya aku dengar lagu-lagu macam tu aku dok diam tak buat aktiviti apa-apa, kali ni kena berjoget pulak dah.

Ada lagu era 70an, 80an, techno, disco, hip-hop, rock sehinggalah kepada lagu yang famous zaman sekarang. Nampak gayanya mereka semua di persekitaran aku ni most of them kaki clubbing lah sebab tak nampak janggal pun diorang menari. Semua steady jer. Cuma aku saja seperti hilang arah tujuan. Setakat gerak-gerakkan sikit body, pusing sana-sini, angkat kaki dan tangan, jadilah sejenis tarian yang aku sendiri tak tahu nak panggil tarian ke atau senamrobik.

Dalam pukul 2.30 pagi tu aku pun balik rumah setelah menari bagai nak rak. Naik lenguh kepala lutut sampai nak berjalan pun tak larat. Menari start dari jam 12 tengah malam tak berhenti. Err... berhentilah jugak untuk duduk bersembang kejap dan pergi bilik air. Bila dah berhenti tu baru perasan yang telinga pun dah bengang macam tersumbat. Padanlah sebab kami berada dekat dengan speaker. Semua bunyi yang masuk jadi sayup-sayup jer terdengar.

Thursday, December 15, 2005

O Pokok Krismas

Sebatang pokok krismas berdiri di satu sudut. Kejung dan kaku. Daunnya bukan asli tetapi dari kertas konfeti. Lampu yang bersinar lip-lap lip-lap membuatkan bucu itu nampak bernyawa.. Entah bila masa diorang bawa masuk aku pun tak tahu. Sedar-sedar saja telah ada tegak sepohon saiz sederhana sebagai lambang perayaan Natal. Sebutir bintang keemasan di puncaknya seolah menjerit minta di gapai.

Mereka, pekerja-pekerja pejabat ini bertungkus-lumus menghias pokok nan sebatang itu demi ia nampak cantik. Aku tak adalah nak bertanya apakah nama-nama ornamen yang mereka sangkut pada cabang-cabang dahannya. Aku pasti mereka sekadar meneruskan tradisi ini dengan membudayakan menghias pokok fir pada hari krismas seperti dimulakan oleh orang Jerman. Pada tahun 1605 seorang penduduk yang tidak dikenali dari Strasbourg telah menulis bahawa
"At Christmas they set up fir trees in the parlors at Strasburg and hang thereon roses cut of many- coloured paper, apples, wafers, gold-foil, sweets . . ."

Hadiah-hadiah pula bertimbun di kaki pohon yang bagai mengundang tangan untuk membawanya pulang. Tapi tak berani aku nak usik. Aku tidak menyertai acara bertukar-tukar hadiah pada tahun ini sesama officemates. Sebenarnya baru sekali pun aku join diorang prektis bagi-bagi hadiah ni. Entahlah tak tahu rasa macam mana. Sesekali rasa fun, sesekali rasa tak patut pula. Seolah kita membesarkan perayaan mereka tumpang sekaki.

Di luar salji tidak turun. Tetapi ada air hujan sejuk mengalir melalui dinding kaca. Air hujan bukan snowflakes Tapi kita boleh makan cornflakes! Cuma cornflakes tidak sesuai di hias atas daun pokok krismas palsu. Kita ambil kapas. Nampak macam salji yang memutih juga kan.

Wednesday, December 14, 2005

The Naked Evidence

Hujung minggu lepas aku kemas-kemas sikit bilik aku dan buang mana-mana barang yang dah tak di pakai tu. Tiba-tiba aku ternampak satu artikel *gasp!* yang aku kerat dari suratkhabar dulu bertindan antara kertas-kertas yang berkenjah. Aku pun ambil dan baca. Tajuknya “Syiok of Nude“ daripada kolum Perforated Sheet.

Shit! Ada lagi benda ni. Ingatkan aku dah buang. Entah kenapa aku potong dan simpan rencana tu tak tahulah. Mungkin sebab aku tak sempat baca di pejabat? Rasa macam pervert pulak bila aku buat macam tu. Ia hanyalah artikel mengandungi baris-baris ayat tentang situasi-situasi tanpa seurat benang dan bukannya ada ahem.... gambar-gambar atau apa-apa (fikirlah sendiri – malu nak tulis).

Apa-apa saja pun sebab aku menjadikan rencana itu sebagai koleksi, biarlah aku saja yang tahu. [Aku tak dapat paparkan artikel tersebut di sini kerana ia terlampau panjang. Anda semua tentu malas nak baca benda yang panjang-panjang kan?] Jadi biarlah aku memberitahu secara ringkas apakah isi-isi penting yang terkandung dalam karangan dimaksudkan.

Persepsi dan justifikasi kita terhadap objek atau figura telanjang.

Ya, itulah rumusannya.

Semasa aku di tingkatan lima dahulu dalam subjek Bahasa Inggeris, tiba-tiba kami sekelas bertemu perkataan “barefoot“ dalam satu petikan. Foot tu tahulah kaki, tapi “bare” tu apa ke jadahnya pulak? Sungguh aku tak tahu langsung apa benda alah “bare“ masa tu. Cikgu pun tanya satu kelas apakah maksud “bare“? Lepas seorang pun tak ada yang jawab beliau pun suruh kami check dalam kamus.

*Gasp*! Bare tu maksudnya bogel! Satu kelas macam tersipu-sipu bila mendapat tahu maknanya. Betapa naif. [Mungkin ada rakan sekelas yang tahu tapi rikuh untuk mengaku – itu tak dapat aku pastikan]. Jadi barefoot maksudnya kaki yang berbogel! Betapa kinky! Okey, okey, maksudnya kalau ikut jurus bahasa sebenar ialah kaki ayam –aku tahu.

Tidak memakai apa-apa atau telanjang adalah sesuatu yang mengaibkan. Kita tidak akan rasa kasual bila berdepan dengan orang ramai sedangkan di tubuh kita tidak dibaluti sehelai benang pun. Kalaupun kita terpaksa juga mendedahkan tubuh badan kita yang terhormat ini atas dasar kerja atau prospek tertentu misalnya, kita pasti ada terselit rasa di eksploitasi. Apatah lagi ia menjadi bahan cerita atau buah mulut selepas itu. Bertambah-tambahlah epidemiknya.

Apabila Charlotte keberatan untuk melakonkan adegan ranjang dengan tidak memakai apa-apa, dia menyuarakan perasaan itu kepada pengarah. Dia menganggap yang pengarah dan krew sengaja ingin ambil peluang menjamu mata di saat penggambaran itu nanti. Namun pengarah menyangkal dan dia meyakinkan Charlotte bahawa adegan itu nanti akan di rakam dengan cara paling berhemah.

Apabila tiba pada hari yang dijadualkan, alangkah terkejutnya Charlotte mendapati semua krew sedang berbogel semasa bekerja termasuklah sutradaranya sekali! Tuan pengarah mendekatinya menegur bahawa dia bukannya seorang penyumbaleweng dengan berdalih untuk merakamkan aksi tersebut padahal ada niat tersirat. Jadi mereka berpakat untuk sama-sama telanjang sebagai menyokong tindakan Charlotte yang rela untuk meneruskan lakonannya. Dia rasa terharu dan lega dengan perhatian yang di beri malah dapat meneruskan penggambaran dengan selesa.

Tetapi berapa ramaikah antara kita yang begitu liberal untuk membuat semua ini? Tidak adakah prosedur lain yang lebih menjaga sensitiviti? Lebih malang lagi apabila kita pula yang menjadi mangsanya. Sejauh mana seseorang manusia itu boleh menjadi praktikal apabila berhadapan dengan objek sebegitu? Bagaimanakah kita dapat mengagak yang dia hanya sekadar menjalankan tugasnya atau dalam masa yang sama turut merasa syiok? Tidak kiralah mereka panggil ini merupakan amalan biasa tetapi ia tetap membabitkan persoalan moral dan maruah. Tambahan mereka yang terlibat pula adalah penguatkuasa undang-undang menjadikan kita rakyat biasa ini amatlah cenderung untuk rasa terhukum walaupun belum disabitkan kesalahan dengan diperlakukan sedemikian rupa.

Tuesday, December 13, 2005

Spoofy Movie

Dah lama tak tengok vcd. Lagi pun leceh tengok video cakera padat ni pasal kena tukar pulak lepas habis satu disk. Berbanding seperti dvd yang sangat menyenangkan pasal kita tak payah nak tukar disk lain pasal filem tu memang muat dalam sekeping cakera. Di tambah dengan extra features dan entah apa-apa lagi dalam dvd tu membuatkan ia lebih bernilai dan akan menggembirakan hidup anda.

Tapi Ahad lepas tiba-tiba housemate aku pasang vcd sebuah filem bertajuk Shriek.

Tajuk apa?

Shriek.

Tak pernah dengar? Tak apa. Pasal aku pun tak pernah dengar. Filem ni lawak jugaklah. Lawak tahap bangang macam filem-filem Scary Movie, Naked Gun dan Not Another Teen Movie. Tapi jalan ceritanya seakan sama seperti Scary Movie. Sejenis yang membuat aksi spoof kepada genre thriller seram yang popular seperti Scream, I Know What You Did Last Summer, Urban Legend, Friday the 13th, Halloween dan sekelompok dengannya.


Jalan ceritanya sama seperti Scary yang mengisahkan beberapa siri pembunuhan kejam yang berlaku di sebuah sekolah tinggi. Sampaikan trade-mark topeng pembunuh tu pun sama. Jadi beberapa pelajar membuat spekulasi atau discuss tentang kejadian tersebut sesama mereka. Apa yang lawak ialah semasa kita ditunjukkan dengan adegan di sekitar kawasan sekolah, pada masa yang sama juga audio latar belakang yang keluar ialah bunyi PA system yang membuat banyak bunyi pengumuman yang merepek-repek.

Menurut imdb, filem ini yang turut diedarkan pada tahun yang sama dengan Scary Movie iaitu 2000 terpaksa beralah dengan filem tersebut kerana popularity yang dikecapi oleh Scary lebih memberangsangkan. Jadi Shriek terpaksa di tukar statusnya sebagai filem yang direct to video. Agaknya sebab itulah tak ramai yang tahu mengenainya. Ada teori yang pernah kudengar bahawa spoof sebegini di buat untuk mengelakkan daripada pelajar-pelajar di US tu ter-carried away pulak bila tengok filem Scream dan seumpama itu. Manalah tahu diorang tiba-tiba berfikir nampak cool pula kalau kita pakai topeng dan bunuh orang sesuka hati.

Namun begitu filem ini lebih sopan dan tertib sikit lawak jenakanya berbanding Scary yang dialog dan aksi lakonannya memang ekstrem. Entah-entah dah kena potong tak, pasal vcd Shriek yang kami tengok ni yang original punya. Kalau nak bandingkan antara kedua-duanya aku lebih sukakan Scary. Yang pelik tu macam mana agaknya kedua-dua pembikin filem ini dalam masa yang sama diorang boleh terfikir masing-masing nak buat filem dengan tema yang lebih kurang serupa. Itu baru betul-betul scary.

Monday, December 12, 2005

Menaip di Atas Riba - Literally

Ketahuilah bahawa entry yang anda baca kali ini di taip menggunakan laptop! Wippeee!! Macamlah ada bezanya pun kan? Bukan aku punya, hanya untuk di pinjam sekejap. Bolehlah aku create dulu isi-isinya di rumah dan save dalam thumb-drive. [Sebenarnya tadi aku tercari-cari tempat untuk menyumbat disket, kat mana letaknya?! I’m a very old fashioned, I know tapi adakah disket telah menjadi bahan arkib sekarang?]

Aku tak adalah kuno sangat kerana semasa di PC Fair tidak berapa lama dahulu aku telah pun membelinya sebuah. Sekarang, memang berguna pun pen-drive ni. Aku memang tak pandai benda-benda IT ni sampaikan nak scan gambar pun aku terpaksa tanya beribu-ribu manusia dulu. Tapi tentulah aku tahu macam mana nak scan gambar secara asasnya tapi ada beberapa aspek teknikalnya yang membuatkan aku garu kepala.

Dan sekarang aku telah gunakan laptop pula. Sama saja konsep nak guna komputer riba ni macam desktop juga. Cuma ia lebih getis dan aku takut kalau-kalau aku terpijak benda ni. [I put it on the floor, mind you]. Jadi aku kena menjadi extra-extra cautious apabila mengendalikannya. Aku rasa sangat amazed apabila melihat ada orang yang begitu fleksibel menggunakan laptop tatkala berada di café atau di jalanan seolah tidak risaukan apa-apa. Kalau aku mesti takut kalau-kalau air kopi akan tertumpah di atas keyboard. Mungkinlah mereka tidak perlu terlalu berwaspada kerana itu laptop mereka sendiri.

Pengalaman pertama aku up-close and personal dengan komputer ini ialah semasa di sekolah rendah dahulu. Darjah enam dan ianya di dalam makmal komputer. Tapi aku bukan masuk jadi ahli persatuannya pun. Sekadar masuk temankan rakan dan buat menyibuk menekan papan kekunci. Dahulu skrinnya monokrom dan tidak berwarna-warni seperti sekarang. Aku langsung tak ada garisah untuk berjinak-jinak dengannya kerana aku bayangkan ia adalah satu benda yang complicated dan tidak mesra.

Apabila tiba di sekolah menengah dan IPT benda ini tidak lagi dapat aku elakkan dan ia seakan ruji. Sehinggalah hari ini di rumah aku di kampung pun ada komputer. Jadi beritahu aku macam mana kita hendak melepaskan diri dari cengkaman peranti yang sangat mempesona ini? Apatah lagi bagi kita yang memiliki online jurnal adalah mustahil untuk kita beroperasi tanpanya. Atau mungkin boleh? [Agaknya ada apa-apa teknologi lain yang boleh kita pakai yang aku ketinggalan].

Sejak dari pengalaman pertama itu, nampaknya telah jauh revolusi yang aku lalui bersama komputer. Walaupun aku tak boleh anggap yang aku cekap atau savvy ketika menggunakannya tapi sekurang-kurangnya aku tidak cyberphobia. Aku rasa mungkin aku tidak phobia dengan desktop tapi dengan laptop masih ada sikit-sikit perasaan macam tu. Nampaknya bolehlah aku praktis untuk mengatasi rasa paranoid tu sementara laptop ni berada dengan aku kat sini.

Tuesday, December 06, 2005

MySiam


Baru-baru ni aku dan kawan-kawan mencuba satu restoran di Feast Village, StarHill Gallery. Salah satu restoran yang setimpal dengan wang anda ialah MyThai. Kalau lazimnya kita makan masakan Siam di warung-warung atau kat medan selera biasa, kali ni kita cuba di satu tempat yang agak eksklusif. Tapi tak ada gambar. Jadi bayangkan saja rupa bentuk sajian yang kami nikmati.

Untuk appetiser, kami makan spring rolls. Popia gorenglah senang cakap. Bersaiz kecil dan intinya macam popia yang biasa orang jual tepi jalan tu. Cicah dengan sos cili dan minyak bijan. Tapi sedap lagi popia yang aku makan di Rahsia beberapa bulan lepas.

Kalau anda terasa air sejuk yang mereka tuang untuk anda itu rasa masam-masam sikit, jangan hairan kerana ia bercampur dengan limau nipis. Aku order teh ais sementara kawan-kawan lain, ada yang order kopi Jim Thompson (aku sempat rasa sikit – ada perisa vanilla kopi ni), lagi dua orang aku tak tahu diorang minum apa. Nampak macam lemongrass ice dan coffee biasa.

Main course ni memang banyak yang kami order. Semua pakat rasa sorang sikit. Jadi tak adalah terbazir sangat (walaupun ada yang tak habis). Kami makan nasi goreng nenas, nasi goreng udang, tomyam kung, kari hijau Thai, itik masak sambal dan kuey tiew goreng Pattaya. Semua hidangan datang dalam kuantiti yang sedang-sedang elok saja.

Daging itik tu rasa macam daging ayam jugak, empuk dan senang di kunyah. Cuma warnanya agak lebam sikit. Tomyam-nya agak hambar. Tak tahulah kalau ada yang suka tomyam dengan rasa begini. Sajian lain semuanya enak-enak belaka especially the green curry. I just love the green curry with chicken and eggplant. Sampai licin mangkuk.

Sebagai pencuci mulut kami memilih dua jenis dessert, yang panas dan sejuk. Untuk yang panas, kami makan kuih yang mirip macam kuih cara. Tapi bentuk kuihnya bukan berbunga-bunga dan ada topping manisan jagung di atas. Sedap. Yang sejuk pula ialah sago merah di makan dengan isi kelapa berais. Pun sedap.

Setiap menu di tulis dalam bahasa Siam yang telah diromankan. Nasib baik setiap satu antara hidangan tersebut telah di beri penjelasan apakah bahan mentahnya jadi anda tidak perlulah bertanya waiter lagi. Masa kami datang pun diorang tengah busy kebetulan ramai customer.

Monday, December 05, 2005

Show yang Asyik

Jumaat lepas pergi tengok live band di Concorde. Inilah pertama kali masuk hotel ni. [Sebenarnya bukan nak pergi Concorde mula-mula tapi nak masuk Hard Rock. Oleh kerana ada function kat situ malam tersebut kami tak dapat masuk]. Fine. Kami pun pergi ke hotel sebelah.

Ada dua band buat show kat situ – Crossroad nama louge dia – yang berselang-seli buat persembahan. Aku rasa, satu band local dan satu lagi kumpulan import, dari Filipina kot. Yang Filipina punya group tu outfit yang mereka pakai warna light green sangat menyilau mata. Ketat pula, nampak lemak di sana-sini.

Kami duduk di satu kerusi empuk. Best duduk atas kerusi macam ni sebab rumah aku tak ada kerusi. [Kerusi meja makan tu lain cerita] Kemudian waitress datang melayan tanya nak minum apa. Tak kan nak minum arak pulak. Jadi kami order diet coke dan mineral water. Sekali yang sampai Evian pulak dah, mesti mahal giler ni. Ada kacang goreng juga semangkuk. Kunyah-kunyah kacang, teguk-teguk air sambil tengok orang gelak-gelek.

Wakkakaka… kelakar giler tengok makcik-makcik dan pakcik-pakcik bergoyang montot kat depan stage tu. Tapi aku control gelak dalam hati jer. Ada yang menari secara sukarela dan ada yang kena paksa menari oleh group Filipina tu. Diorang main tarik jer tangan sesiapa yang diorang suka suruh join menari sekali. Nasib baik tak tarik tangan aku. Kalau tak terpaksalah aku lari menyorok bawah kaunter bar.

Member aku cakap kat sini memang ramai orang-orang tua jer yang datang. Tempat mereka nak berhibur dan bertemu kawan-kawan. Sampai aku pun rasa macam orang tua bila duduk kat situ.

Vocalist Filipino tu tak adalah sedap mana suaranya. Setakat boleh harap showmanship jer yang gempak. Paling tak tahan masa diorang buat impersonation of Tina Turner masa nyanyi lagu Simpy the Best. Sebijik suara Tina Turner yang keluar. Gaya pun adalah sikit-sikit dengan rambut afro sekali. Tapi Tina Turner rasanya rambut dia bukan kembang style afro. Lawak jugaklah tengok.

Group local punya persembahan pulak siap nyanyi lagu dangdut lagi. Ada juga mat salleh yang sporting turut menari masa lagu Asyik [penyanyi asalnya, Amelina] didendangkan. Terasa macam dalam pusat karaoke dangdut pulak. Lagu-lagu lain yang mereka bawakan aku lupalah. Tapi suara penyanyi tu sedap juga dan persembahan mereka nampak semenggah sikit compared to Filipinos tadi. Dah habis minum air (kacang jer tak habis) dalam pukul 1 pagi tu aku pun balik rumah.

Tuesday, November 29, 2005

Fog-geddit!

User Comments: Avoid this movie at all costs. – petikan dari imdb

Wow, that’s extreme. Tapi kalau kita dah sakit hati sangat mungkin kita akan bagi amaran macam tu. Lebih-lebih lagi kalau kita baca review tentang filem ni dalam Pancaindera dan Metro Ahad. Dalam ayat terawal lagi mereka dah mendedahkan rahsia filem ini. What a spoiler!

Dah-lah filem ni bosan nak mampus, dia punya “rahsia” pun dah di beritahu, jadi apa lagi yang nak cari? Sejam pertama The Fog agak lembab. Kita rasa macam kena paksa duduk dalam panggung yang sejuk dan filem yang berkisarkan cuaca sejuk. Namun begitu, efek kabus yang putih bak embun yang menebal nampak cantik pada layar. Pengarah pandai mengeksplotasi pemandangan indah di lokasinya Bowen Island untuk memberi impak menakutkan pada jalan cerita yang sepatutnya seram.

Selain kabus yang melanda pulau tersebut, “kabus” juga melanda semasa shower scene antara Tom Welling dan Maggie Grace. Ini filem klasifikasi berapa ni sampai adegan macam ni pun tidak dipadamkan? Kalau scene tu melompat pergi terus ke semasa mereka telah berada di atas katil pun tidak mengapa. Sampai terdengar beberapa penonton yang berdehem dan gelak-gelak kecil tatkala adegan tersebut bemain di kelir.

Senang cerita, filem ini bertemakan dendam dari pusara (macam tajuk satu filem Melayu pulak). Tapi dalam kes The Fog ialah dendam dari lautan. Tengok. Aku pun dah nak tercakap spoilernya. Kisah sebuah penempatan yang dibangunkan secara tidak bermaruah sehingga membawa pada pertumpahan darah, kesumat dan sumpah. Hollywood mungkin dah tak ada idea filem hantu yang segar lagi sehingga terpaksa remake filem yang pernah keluar tahun 1980 ini.

Kalau anda masih juga ingin menonton filem yang ada perkataan “Fog“ pada tajuknya, carilah filem House of Sand and Fog lakonan Ben Kingsley dan Jeniffer Connelly. Ia ada cerita yang lebih bermakna dan lakonan mantap walaupun bukan dari genre seram.


credit poster: moviexplosion.com

Monday, November 28, 2005

Water Apart

Ada banyak air mencurah keluar. Hujan. Hujan menderas turun lebat membasahi bumi. Sedangkan dalam rumah setitik air pun tak ada. Air paip tak ada. Tidakkah itu ironik? Rasa macam nak ambil baldi dan tadah air hujan. Tapi terlindung pula oleh bumbung awning.

Bila tak ada air mati akal tak tahu nak buat macam mana. Mungkin aku boleh mandi air hujan? Tiba-tiba aku teringat rancangan Worlds Apart di AXN minggu lepas. Sebuah keluarga Amerika yang di hantar mengalami percutian eksotik di Ghana, Afrika kena mandi air hujan disebabkan mereka rindukan suasana mandi dengan air yang banyak dan mereka ingin melepaskan stress hidup di benua tersebut.

Worlds Apart membawa anda meninjau kehidupan sebuah keluarga kelas menengah yang hidup selesa di Amerika berhijrah selama lebih kurang 2 minggu di satu kawasan terpencil di negara asing yang kurang serba-serbi kemudahan asas. Mereka bagaikan di dera terpaksa survive hanya tinggal di sebuah pondok, makanan yang tidak menepati selera, tiada bekalan air dan elektrik dan persekitaran yang tidak selesa.

Mereka juga kena belajar adat-resam dan budaya keluarga yang menjadi host kepada mereka selama tinggal di sana. Cara mereka mencari rezeki, bersosial, berhibur dan segala-galanya aspek kehidupan yang memang aneh pada pandangan famili Amerika tadi. Di samping itu mereka tidak ketinggalan berkongsi cara hidup Amerika dengan penduduk di tanah asing berkenaan walaupun rasanya keluarga host itu banyak juga tahu pasal Amerika malah mereka sendiri boleh bertutur dalam bahasa Inggeris.

Apabila mereka telah terdedah dengan situasi dan cara hidup masyarakat yang berada jauh beribu batu dari negara Uncle Sam yang mereka banggakan itu, barulah mereka rasa bersyukur dan insaf di atas nikmat yang mereka ada. Telah timbul inspirasi untuk lebih menghargai dan berterima kasih yang mereka abaikan selama ini malah itu juga menjadikan ikatan kekeluargaan mereka bertambah erat. Sampaikan menitis air mata jugalah anak-beranak US ni apabila mereka hendak berpisah dengan keluarga angkat yang banyak berbudi selama mereka menumpang di sana.

Malam tu air kat rumah aku ada balik. Alhamdulillah. Tak adalah aku rasa gundah-gulana lagi. Rupa-rupanya ada masalah with the main pipe. Barulah lengkap hidup ada air.


Worlds Apart ke udara setiap Selasa pukul 9 malam di AXN.
credit photo: nationalgeographic.com

Friday, November 25, 2005

Black Hole Peas


Tengok Discovery Channel pun boleh menginsafkan. Malam tadi pukul 10 saluran dokumentari tersebut menyiarkan Hyperspace with Sam Neill. Sam Neill ialah pelakon utama Jurasic Park. Ingatkan dia ni orang US tapi masa dia menghostkan rancangan ni cara dia bercakap macam orang British.

[Beliau lahir di Northern Ireland dan dibesarkan di NZ - sumber imdb]

Secara ringkasnya siri ini membawa anda menyertai Sam Neill di dalam satu pengembaraan maya menakjubkan yang sangat membuka mata dan minta serta mencetuskan inspirasi berkenaan keajaiban dan misteri alam semesta. Alami keindahan, keanehan dan seringkali bahaya fenomena dunia kosmik hasil grafik komputer bermutu tinggi yang akan membawa anda dari bumbung angkasa terbuka yang melahirkan bintang-bintang sehinggalah ke pinggir black hole dengan tarikan yang mengancam.

Ada beberapa episod dalam siri ini dan malam tadi ia membawa kita mengkaji misteri Black Hole

Black Holes: Dianggarkan ada lebih kurang sepuluh juta black hole sedang berlegar dalam galaksi kita, menghirup segala yang mereka dekati supaya masuk ke dasar lubangnya yang infiniti. Adakah bumi juga akan turut bertembung dengan kemusnahan ini?

Jawapannya, kalau ikutkan dokumentari berkenaan ialah - ya. Dalam banyak-banyak black hole yang wujud itu, salah satunya akan menghampiri bumi. Tapi ia tidak menuju ke sini straight away tapi ia menelan planet yang terhampir dahulu seperti jupiter. Masa ni pun penduduk bumi turut juga merasa gegaran, goncangan, lambungan dan segala macam adjektif malapetaka yang dahsyat sebagai efek daripada apa yang terjadi kepada Jupiter.

Apabila selesai, black hole akan menyedut matahari pula selepas itu. Matahari yang nampak berkuasa pun tidak dapat mengelak dari terjerlus ke lubang maut itu. Kemudian baru sampai giliran bumi. Ketika ini hidupan di planet biru ini sudah pun pupus dan apa yang tinggal tiada siapa dapat merekodkannya lagi.

Tapi kalau bukan kerana black hole pun memang bumi ini akan musnah juga suatu hari nanti. Kita telah di beri peringatan tentang tanda-tanda kecil dan besar kiamat melalui al-Quran. Apa yang penting ialah bagaimanakah persediaan kita untuk di alam sana nanti. Cukupkah segala bekalan?

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman - dalam menggambarkan kejadian hari kiamat :
“Apabila langit terbelah, dan apabila bintang-bintang jatuh berantakan, dan apabila lautan dijadikan meluap, dan apabila kuburan-kuburan dibongkar, maka tiap-tiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan yang dilalaikannya. Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh)mu seimbang, dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu. Bukan hanya durhaka saja, bahkan kamu mendustakan hari pembalasan.” (QS. Al-Infithaar ayat 1-9)

credit photo: discovery.com

Thursday, November 24, 2005

Small Screen, Big Movies

Semalam aku menonton Spiderman di tv2. tv2 dah memulakan slot yang mereka namakan sebagai Countdown 2006! Tidakkah terlalu awal? Semacam satu tradisi stesyen tv pada setiap tahun menyajikan seleksi filem terpilih untuk tontonan.

Jadi dalam penghujung November ini dan Disember nanti kita dapat menyaksikan wayang gambar yang mereka panggil blockbuster untuk rasa berdebar sebelum tiba detik tahun depan. Walaupun ke semua filem yang diwar-warkan itu telah pun aku tengok (kecuali Master of Disguise, Rush Hour 2 & Dr. Dolittle) tapi bila disiarkan di layar kaca teringin juga nak tengok balik.

Masa aku di bangku sekolah dulu memang aku nantikan sangat acara macam ni. Rumah aku tak ada vcr. Jadi aku hanya ada satu pilihan saja untuk menikmati filem secara kolektif ialah apabila stesyen tv kita menganjurkan pesta begini.

Selain sempena sambutan tahun baru, sempena ulang tahun stesyen berkenaan juga mereka bertindak untuk meraikan dengan mempersembahkan filem-filem yang boleh dikatakan terkini juga untuk memeriahkan lagi suasana. Walaupun setiap minggu mereka memang ada slot Tayangan Gambar Inggeris atau Dunhill Double tapi kebanyakannya filem tersebut agak lama dah bermain di pawagam.

Aku suka dengan slot Dunhill Double yang RTM pernah wujudkan dulu. Setiap Khamis dan Jumaat pukul 9 (atau pukul 10 malam kot, dah lupalah) akan disiarkan sebuah filem Inggeris selama dua hari tersebut berturut-turut. Kadang-kadang ia ada tema tertentu.

Misalnya mereka akan guna nama-nama pelakon sebagai daya penarik. Dalam iklan tv untuk promosikan filem apa yang akan bermain minggu itu mereka akan sebut nama contohnya Harrison Ford. Kemudian diikuti oleh dua buah filem lakonan aktor berkenaan. Katalah Indiana Jones dan Star Wars. Empunya voice-over yang buat promo itu memang kita dapat cam sangat suara pembaca berita RTM, Farit Ismeth Emir yang sekali dengar macam annoying pun ada.

Tapi sebab itulah saja pilihan yang ada sebagai memenuhi hobiku menikmati filem jadi aku melekat juga di depan skrin tv. Walaupun sekarang beraneka medium tersedia untuk aku berseronok dengan filem-filem yang hebat, dvd, panggung atau televisyen satellite namun tayangan filem dari tv terrestrial tetap mengimbas nostalgia.

Okey, hari Rabu minggu depan kita bersedia depan tv2 pukul 10 malam untuk menyaksikan satu lagi filem blockbuster sambil mengira secara ke belakang tahun 2006 yang bakal menjelang.

Tuesday, November 22, 2005

Di Kala Asmara Lepaskan Flushnya

Tiba-tiba hp aku berbunyi pada petang Sabtu lepas tanda ada mesej masuk

“Selamat menyambut Hari Tandas Sedunia!”

Begitu bunyi sms tersebut. Aku kaget sebentar. Ada ke Hari Tandas Sedunia ni? Rasa macam ada sebab aku pernah terbaca pasal ni. Bila aku check di internet memang betul ada. Diraikan pada 17 November setiap tahun.

Okey, weird…..macam tau-tau jer dia ni pasal aku baru jer lepas cuci bilik air masa tu (termasuklah memberus tandas sekali). Adakah aku rasa terharu dengan ucapan itu? Tak adalah terharu. Rasa bengang ada gak, asyik aku jer basuh tandas! Eh, tak baik merungut – macam tak ikhlas pulak buat kerja.

Apakah berita terbaru yang kita dengar ada kaitan dengan tandas?

Sejenis kajiselidik oleh syarikat Durex yang merumuskan Tandas ialah tempat melampias syahwat paling teratas di Malaysia. Untuk perspektif yang lebih memberangsangkan tentang kajian tersebut sila masuk sini.

Oleh kerana tandas uniseks macam dalam Ally McBeal tu payah kita nak jumpa di negara kita ni apakah yang berlegar di kepala tatkala mendengar yang rakyat tanahair suka buat projek dalam tandas? Waima kajiselidik tersebut mendakwa tandas yang terlibat ialah tandas pusat hiburan (uniseks, mungkin) kita masih musykil dan was-was. Apa saja pun yang bermain di fikiran anda, kita boleh simpulkan tentang dua perkara unhygenic di sini.

Tempat
Dan
Manusia

Tandas yang fitrahnya menjadi tempat pembuangan bahan-bahan kumbahan juga menjadi tempat kesukaan makhluk terlaknat. Ia amat tidak menyihatkan sama ada dari segi rohani atau fizikal untuk berlama-lama di dalamnya. Apatah lagi untuk membuat aktiviti dalam kelambu. (Walaupun tak ada kelambu dalam tu).

Dalam satu khutbah Jumaat bertajuk informasi teknologi pernah menyarankan teknologi yang kian pesat sekarang turut digunakan untuk berdakwah. Apa yang tak sangka tu apabila khatib memberi contoh pasal nombor-nombor telefon yang menawarkan perkhidmatan seks di dalam tandas seperti yang selalu terconteng. Khutbah berpesan alangkah baiknya jika kita ada inisiatif untuk hantar mesej dakwah menggunakan handphone kepada nombor-nombor tersebut supaya mereka hidup dengan berpegang kepada ajaran agama, tidak melakukan aktiviti tidak bermoral dan kembali ke jalan yang benar dan jangan melakukan vandalism (ni aku tambah sendiri).

Walaupun kita rasa graffiti nombor telefon dalam tandas hanya akan lebih menarik khalayak yang di sasar untuk tujuan sebenar daripada niat suci untuk mentarbiah. Tapi yang penting ada usaha untuk ingat-mengingati sesama umat manusia. Hendak hidup moden sekali pun tidak dapat tidak mestilah menjurus kepada ajaran agama.

Janganlah terlalu menurut nafsu. Makhluk laknatullah ada saja cara untuk memesongkan kita. Apatah lagi di dalam tandas, yang memang menjadi tempat kegemaran mereka berkumpul. Lagilah mudah kita di hasut supaya menghubungi nombor terconteng lalu menyusul pertemuan pertama. Sehingga mungkinkah akhirnya lahir cinta terlarang? Lantas timbul pula hasrat ingin berkahwin walaupun tiada pengiktirafan dari agama dan undang-undang sivil?

Sekarang segalanya mungkin. Apatah lagi memang terbukti hasil kajiselidik yang di buat, jika anda inginkan tempat untuk memuas nafsu ala rakyat Malaysia, bersegeralah masuk ke tandas. Kerana nampaknya di situlah asmara memuncak.

Monday, November 21, 2005

The Goblet of Fire

“Aku dah tengok Harry Potter semalam,” tegur Ms Zn bila dia ternampak aku di pejabat pada pagi Isnin.

“Ye ke? Aku pulak tengok hari Sabtu,”

“Tapi aku tak fahamlah filem tu, macam cepat sangat dia buat. Banyak benda yang tak clear.”

“Memang pun. Banyak lagi yang dia tak masuk kan dalam filem tu,”

“Ya? Macam mana kau tahu?” tanya Ms Zn.

“Pasal aku dah baca buku dia,”

Sebenarnya, itulah satu-satunya filem Harry Potter yang aku baca dulu bukunya sebelum menonton filemnya. Jadi senanglah sikit aku nak faham. Rasa-rasanya ini adalah kali kedua aku menonton filem yang bukunya aku sempat baca dulu. Filem pertama yang aku tengok dengan bukunya di baca dahulu adalah Small Vices. (Aku ada tulis pasal ni). Aku tak habis lagi baca pun masa tertengok filemnya di TV3.

Jadi, kenapa seseorang masih perlu menonton filemnya sedangkan kita telah pun tahu penamatnya melalui buku yang di baca?

Ini bukan semata-mata kerana penamat. Ini kerana kita ingin tahu sejauh mana filem tersebut memberi keadilan kepada bukunya.

Kesimpulan aku?

Err... taklah adil sangat. Malah pengarahnya sendiri Mike Nevell, pening kepala macam mana nak mengadaptasikannya secara menyeluruh supaya jadi sebuah filem yang padat. Itulah hasilnya yang dapat kita saksikan di pawagam sekarang. Untuk review yang lebih komprehensif, sila masuk sini.


credit poster: killermovies.com

Thursday, November 17, 2005

Cinta Kepada Hikmah

Bagaimanakah untuk melahirkan satu karya yang baik? Bagaimanakah pula bentuk karya itu? Apa genrenya? Rencana ilmiah, prosa biasa, cerita pendek, novel tebal, puisi, tesis atau apa? Apakah definisi “baik” yang di pakai di sini? Penuh dengan ilmu? Kata-kata puitis indah sarat berbunga-bunga? Panjang berjela dengan beratus-ratus mukasurat naskhahnya? Atau kaya dengan falsafah?

Seringkali kita rasa kagum dengan artikel atau rencana yang ada memetik kata-kata hikmat atau falsafah yang seolah-olah menjadi perimeter kepada daya intelektual si penulis. Maka ia akan nampak lebih bertauliah lalu kita rasa lebih yakin untuk percaya dengannya. Seolah-olah sejuring kata-kata berfalsafah boleh mengesahkan segala-galanya.

Menurut Wikipedia falsafah ialah;
Satu disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran yang umum dan asas. Perkataan falsafah dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Arab yang juga berasal daripada perkataan Yunani philosophia, yang bermaksud "Cinta Kepada Hikmah".

Atau dalam bahasa Inggeris di panggil “Love of Wisdom” seperti yang didefinisikan oleh Marcus Tullius Cicero seorang pemidato dan negarawan Rome purba.

Albert Camus seorang novelist pula menafsirkan falsafah dengan;
Those who lack the courage will always find a philosophy to justify it.

Secara umumnya, falsafah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
• Merupakan satu usaha pemikiran yang tuntas
• Tujuannya adalah untuk mendapatkan kebenaran

Henry Adams seorang sejarawan pula memberi makna falsafah sebagai;
Philosophy: unintelligible answers to insoluble problems.

Sehingga hari ini, ahli-ahli falsafah masih belum mencapai kata sepakat mengenai definisi falsafah. Malah ada yang mengatakan bahawa falsafah merupakan sesuatu yang tidak dapat didefinisikan. Ini adalah kerana kita dapat berfalsafah tentang pengertian falsafah. Maka dengan itulah kita akan menemui pendapat yang berbeza-beza mengenai definisi falsafah di antara ahli-ahli falsafah itu sendiri.

Manakala Voltaire seorang pengarang dan ahli falsafah pula ada tafsiran yang lebih menarik untuk mengertikannya;
When he who hears does not know what he who speaks means, and when he who speaks does not know what he himself means, that is philosophy.

17 November ialah World Philosophy Day. Raikannya dengan kata-kata indah seperti mana ramai antara kita yang suka cakap yang muluk-muluk walaupun hidup sendiri pun tidak semuluk seperti yang dituturkan.

Lukisan Abstrak Menunjukkan Pemikiran Yang Rumit


kredit foto: wikipedia.org

Wednesday, November 16, 2005

Antara Ayam & *tayaM

Ada dua buah filem berkonsep animasi yang aku tonton di TGV minggu ini.

Chicken Little


Ia ada premise yang baik. Macam kisah yang pernah kita dengar. Gembala kambing yang bosan dikelilingi kambing-kambingnya di padang terpencil lalu mendapat idea untuk memperolokkan orang kampung pada suatu hari. Kononnya ada harimau menyerang ternakannya, lalu orang kampung berbondong-bondong datang menolong apabila si gembala menjerit meminta tolong.

Tapi sebenarnya orang kampung telah di tipu. Budak gembala hanya ingin bergurau kerana bosan dengan rutin hariannya. Mana ada harimau, dia cuma inginkan perhatian. Orang kampung bengang dan marah dengan perangai gembala tersebut. Tetapi budak itu masih tidak serik. Beberapa hari berikutnya dia buat lagi angkara. Terpekik terlolong macam ada betul-betul binatang buas ingin membaham kambingnya. Sebenarnya itu semua masih sebuah dusta.

Suatu hari karmanya pun tiba. Kamu tentu tahu kan bahawa suatu hari yang tidak di sangka betul-betul ada seekor harimau keluar memburu kambing yang digembalanya. Macam tu lah lebih kurang idea filem Chicken Little. Tapi secara keseluruhannya adalah lain. Lain sangat. Ada unsur keganasan diterapkan yang mungkin kanak-kanak rasa sedikit ngeri untuk menatap.

The Corpse Bride


Lukisan untuk filem ini mirip kartun Perancis The Triplets of Belleville yang mendapat pencalonan Oscar tahun 2004. Tidak cantik. Bukannya macam animasi sebagaimana lazim kita ketahui yang biasanya diberikan stroke yang halus, gebu dan berseri-seri. Kartunnya semacam puppet pun ada, nampak macam plasticine pun ada. Suasananya pula gelap, suram, kelabu dan menyesak dada. Jangan hairan pasal itu kerana kita bercakap tentang filem Tim Burton.

Ini filem Burton kedua yang aku tonton tahun ni selepas Charlie and the Chocolate Factory. Ceritanya mudah saja. Cinta dan perkahwinan digambarkan boleh berlaku antara sesiapa saja dan terjadi pada bila-bila masa pun, walaupun setelah meninggal dunia. Kebetulan pula pada masa yang sama juga pawagam kita sedang menayangkan Just Like Heaven yang turut mempunyai tema serupa.

Selain dari segi teknik filem ini yang mengagumkan, apa lagi kita boleh harapkan dari seorang Tim Burton? Watak-watak yang eksentrik, jalan cerita absurd dan latar-belakang gelap, adakah itu saja? Sejauh mana kita boleh larikan trade-mark yang di bina bertahun-tahun oleh pengarahnya untuk melihat satu posisi yang lain?

Mungkin dari segi muzik latar. Maksudnya muzik yang sebenar, yang boleh membelai jiwa dan membuatkan ia terngiang-ngiang di kepala untuk satu jangka masa. The Corpse Bride ada satu theme instrumental hasil dentingan piano yang sangat menusuk. Walaupun sebahagian besar filem ini dihiasi dengan lagu-lagu nyanyian ramai ala koir/opera namun lagu instrumental tadi yang tetap menjadi tarikan. Cinta hatta di alam kematian sekali pun tetap memerlukan satu melodi supaya kita dapat menyelami perasaan dua insan (atau tiga termasuk mayat pengantin tadi) lantas menghidupkan romantisme.

*Sila terbalikkan perkataan ini.
credit poster: urbanposters.com

Monday, November 14, 2005

Ilmuwan(g)

Tak payahlah aku nak buat disclaimer lagi mengatakan entry sebelum ini bukannya sebuah puisi. Sebaliknya ia kerana aku baru faham cara-cara nak buat tulisan berwarna-warni dengan font dan saiz yang berbeza, lepas tu bentukkan ia secara berangkap-rangkap. Sebelum ni aku dah try banyak kali. Asyik tak jadi saja. Aku memang slow bab ilmu mencantikkan blog ni, belajar sendiri pulak tu. Tak tahulah betul tak cara yang aku buat ni tapi aku tengok jadi jer masa aku publish so kira betul lah tu.

Banyak benda lagi

yang kita kena belajar

Malah setitik pun

Belum kita dapat

Apatah lagi

Seluas lautan

Ilmu yang kita ada eloklah dikongsi bersama. Seperti saudara Irfan Khairi dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia. Beliau tidak mahu menyembunyikan ilmu yang ada tentang rezekinya bergelar jutawan sebelum usia 30 tahun dari masyarakat. Sebaliknya beliau menganjurkan bengkel kepada sesiapa yang berminat mengetahui rahsia dan kaedah untuk menjejaki langkahnya. Bukan setakat bengkel malah beliau ada menulis buku yang menurunkan ilmu tersebut supaya mereka yang duduk jauh-jauh dan tiada kesempatan untuk hadir turut dapat berkongsi rahsia yang sama.

Aku sangat-sangat tertarik dengan prinsip beliau yang melakukan apa-apa perkara yang kita minat. Jadi barulah kita akan bekerja bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat kita. Setiap hari kita akan merasa gembira untuk melakukan tugas-tugas kita kerana itu yang kita minat. Sebenarnya dah banyak kali aku mendengar falsafah ini. Cuma berapa banyak antara kita yang bernasib baik macam tu, bekerja dalam perkara yang kita minat? Dan sejauh mana pula kita melorongkan usaha agar suatu hari nanti kita dapat bekerja dalam satu arena yang kita gemari? Macam-mana pula kita nak pupuk minat itu supaya ia konsisten sepanjang masa? Atau bolehkah kita secara perlahan-lahan, lambat-laun akan minat dengan kerja yang kita tak gemar sekarang?

Mungkin dalam bengkel yang dianjurkan beliau, soalan-soalan di atas (walaupun nampak macam tak releven) akan dijawab.

Tapi ilmu yang ada jangan disalahgunakan. Seperti Dr. Azhari Husin yang bercita-cita ingin mewujudkan dunia Islam yang ideal. Walaupun kita menyokong matlamat yang murni itu tetapi kita tidak bersetuju dengan cara meletupkan tempat-tempat awam. Dan kita juga tidak dapat menerima kenyataan bahawa beliau juga sanggup meletupkan dirinya sendiri. Kalau kes-kes hilang jari sebab “kesilapan” teknik bermain mercun pun kita dah tak sanggup dengar apatah lagi kes sengaja menghilangkan nyawa. Lagilah tak sanggup. Macam kat Asia Barat pula rasanya.

Mengapa Dr Azhari sanggup mengambil tindakan yang seradikal itu? Apakah punca atau pendorong beliau? Mengapa perlu kamikaze? Kenapa boleh berminat untuk membuat bom? Kita mungkin tidak dapat mendengar jawapan kepada soalan-soalan tadi kerana Dr Azhari telah pun tiada untuk beliau menganjurkan apa-apa bengkel. Memang satu kerugian apabila seorang cendekiawan seperti beliau menjerumuskan diri ke dunia gerilya. Sudahlah tidak tinggalkan ilmu, malah beliau ganti dengan meninggalkan reputasi dan nama yang tercemar. Ilmu dan bakti dimiliki yang sepatutnya masih banyak beliau perlu curahkan kepada anak bangsa akhirnya berkecai begitu saja.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat.

Thursday, November 10, 2005

KL? Kampung?

Di KL hari ini
hujannya pada lewat petang membawa ke malam

Di kampung Raya nan lalu
hujannya dari awal malam membawa ke dinihari

Di KL bila hujan saja, jalan jem

Di kampung hujan ke, tak hujan ke
jalan raya tetap macam biasa
tak jem

Di KL ramai orang

Di kampung pun ramai orang
tapi masa Raya sajalah

di KL ada ramai kawan

Di kampung pun ramai kawan
Dululah
Sekarang entah ke mana hala mereka

Di kampung ada ibu bapa
Adik-beradik
Kaum keluarga
Sanak-saudara

Dan KL tiada itu semua

Pergilah

Ke mana-mana pun yang kau suka
Di KL
atau di kampung
bacalah nurani sendiri

Friday, October 28, 2005

Berita Raya

Ada beberapa berita yang lazim menjadi bahan media sempena dengan musim perayaan yang bakal menjelang ini. “Sempena“ mungkin bukan pilihan perkataan yang tepat tetapi ia amat bersesuaian. Contohnya seperti petikan dari NST di bawah;

Year Three pupil loses finger in firecracker explosion

KUANTAN, Wed (Oct 26):
A Year Three student lost his index finger and seriously injured his palm when a firecracker exploded in his hand at his home in Kampung Melati near here today.
Juhari Mohd Ishak, nine, was alone when the incident happened at about 7.30am.

Juhari's father was sending his brother to school while his mother was in Kelantan.
Neighbours who heard the explosion sent Juhari to the Tengku Ampuan Afzan Hospital.

Ada jugak keluar cerita macam ni pada musim raya tahun ni. Macam tak cukup syarat pulak untuk berhari raya tanpa bunyi-bunyian mercun dan bunga api. Dan macam tak cukup syarat juga kalau tak ada berita budak yang putus jari! Elok-elok jari tangan tu ada sepuluh dah kudung satu dua. Langsung lirik lagu Noorkumalasari “Ku menyusun sepuluh jari...“ dah tak boleh di guna pakai untuk situasi budak tersebut.

Lain kali tak payah tunggu sampai berita putus jari, kudung tangan ni keluar paper. Apa kata start saja 1 Ramadan, suratkhabar semua akan buat coverage kehidupan mangsa-mangsa bekas kecelakaan mercun buatan sendiri. Biar budak-budak ni gerun sikit nak main benda tu bila tengok mangsa hidup sengsara tanpa anggota yang sempurna. Walaupun kata mercun ni dah banned kat negara kita, tapi bersepah-sepah orang dok main lagi. Hai, macam mana penguatkuasaan ni?

Berita lain pula pasal kecelakaan jalan raya. Tapi aku bukan maksudkan yang telah berlaku tetapi strategi pihak polis dalam mengurangkan risiko kemalangan ngeri di musim perayaan ini. Seperti petikan dari The Star semalam

On-the-spot summonses

KUALA LUMPUR: Faulty rear and third brake lights, bald tyres and non-functioning headlights and indicator lights – motorists may think these are minor offences.

Not to the police.

They will issue on-the-spot summonses for all these offences in a bid to reduce road fatalities and accidents during the Deepavali and Hari Raya rush home.

Walaupun di luar musim perayaan juga kemalangan jalan raya ini bukanlah jarang kita dengar malah makin menjadi-jadi pula, tapi di saat-saat beginilah ia mencapai klimaksnya. Jadi tindakan polis mengenakan saman walaupun atas kesalahan remeh berkenaan tidak dapat kita pertikaikan.

Itu perihal saman kerana kecuaian dari segi mempastikan keselamatan kenderaan berada dalam keadaan cemerlang, tetapi bagaimana hendak menyaman pemandu yang mempunyai emosi, tabiat atau prestasi yang cuai ketika memandu? Tak kan kereta saja yang perlu condition yang tip-top, pemandunya pula apa cerita? Ini kena sediakan mental dan fizikal agar betul-betul bersedia sebelum start the engine. Baca doa banyak-banyak dan berhenti di hentian R&R kalau terasa lesu. Kita tak mahu dengar lagi kemalangan jalan raya yang meragut sebilangan nyawa yang sering mendominasi musim perayaan kita selama ini kembali menjadi mimpi ngeri.

Ini pula berita yang tidak membuatkan kita rasa gerun serta-merta melainkan setelah kita menghidapinya. Ibarat kata pepatah yang selalu di sogok di kepala “Cegah Sebelum Parah”. Tetapi berapa ramai antara kita yang benar-benar mengambil serius terhadap pepatah ini?

Diabetes looms largest as threat to Asia: WHO

AP , BANGKOK
Thursday, Oct 27, 2005
Diabetes looms as a larger health threat to Asians than bird flu, the World Health Organization (WHO) said yesterday, with data showing the disease will cause millions more deaths worldwide in the coming decades.

"This is a global diabetes tsunami, a catastrophe, that will become the health crisis of the 21st century and could reduce life expectancy globally for the first time in 200 years," said Paul Zimmet, director of the WHO's Collaborating Center for Diabetes and the International Diabetes Institute in Australia.

Ianya adalah penyakit kencing manis. Di hari raya ni memang kita akan rambang mata semasa menjamu selera dengan segala lemang serunding ketupat rendang, kuih dan muih beraneka macam, makanlah jangan hanya di pandang. Tetapi kalau dah start makan tu beringat-ingatlah sikit akan penyakit yang bakal di bawa sama oleh makanan tersebut.

Tapi masa hari raya rasanya tak ada siapa nak fikir pasal kalori ke, diet ke, kandungan gula yang berlebihan ke, khasiat ke, yang penting semua main sumbat jer (termasuk jugak yang menaip ni…haha..). Jadi, seharusnya bagaimana kita mahu control nafsu makan di musim raya nanti? Err…. tepuk dada tanya selera kot? Entahlah aku pun tak tahu macam mana nak jawab.

Kita pergi ke agenda yang berikutnya. Ada satu lagi berita penting. Tapi berita yang ni aku tak jumpa kat suratkhabar tapi berdasarkan apa yang aku perhati. Ada terlalu ramai manusia sedang berjujuk beratur tepi ATM nak cucuk duit. Adakah……. Ini…….. Maknanya… gaji…. Dah…Masuk?!!! Iyeaahhoo!!

Kalau dah masuk, ini dah cukup baik. Bolehlah sambung shopping, tampung mana-mana yang belum di beli lagi tu. Tapi jangan sampai after raya, duit nak beli lunch pun tak ada, sudahlah. Di samping itu jangan lupa bayar zakat fitrah.

Selamat Hari Raya
Aidilfitri Mulia
Ampun Maaf di Pinta
Selamat
Selamat
Selamat
Selamat Hari Raya

Thursday, October 27, 2005

Kampung Melambai

Kali ni balik raya, aku bawa balik buah tangan sikit. Selalunya bawak body jer, kali ni adalah sedikit hadiah untuk mereka di kampung. Eh selain body, selalunya aku memang bawa sekali kuih raya yang di beli di KL ni. Kuih-muih dengan kerepek. Itu sajalah. Tak adalah nak beli hadiah-hadiah ni semua. Nanti diorang ingat aku ni Santa Clause pulak.

Memang ini gesture yang boleh membuatkan orang gembira apabila menerima hadiah. Aku pun happy sikit kalau dapat membuat mereka merasa senang hati. Sebenarnya kalau balik melenggang pun tak bawak buah tangan apa-apa, aku fikir mereka tak kisah. Yang penting kita balik untuk sama-sama meraikan hari yang mulia bersama kaum keluarga.

Ada juga aku dengar cerita kenalan yang tak balik pada 1 Syawal. Terutama kalau mereka terpaksa bekerja pada hari tersebut. Itu tak dapat kita nak kata apa. Tapi ada juga yang sengaja tak nak balik, padahal bukannya terpaksa bekerja atau tak dapat cuti atau atas alas an-alasan yang konkrit. Memang sengaja tak nak balik. Sengaja nak beraya di perantauan. Itu tak dapat nak komen lah. Prinsip hidup masing-masing.

Menurut mereka keluarga di kampung tak kisah kalau tak balik pun. Ikut suka ler nak beraya kat mana. Menarik jugak tu dengarnya. Tapi aku tak sampai hati nak buat macam tu dekat keluarga sendiri. Mak ayah masih ada di muka bumi ni, masa inilah nak menjenguk mereka, bersalam dan bertanya khabar mereka. Terutama kedatangan hari raya adalah masanya untuk kita menyalurkan justifikasi sedemikian.

Kalau ada perselisihan atau bara kesumat...... lupakanlah ke semua itu. Jangan di biar berlanjutan sehingga di saat muslimin muslimat bermaafan pada Syawal yang mulia pun kita masih menyimpan luka lama. Pulanglah ke kampung, berhari raya di sana. Kalau tak ada kampung pun baliklah ke pangkuan kaum keluarga. Mereka tetap bersyukur dan gembira di atas kepulangan anda walaupun anda cuma bawak balik body jer...hehhehe...


foto kredit: www.uum.edu.my. tq

Monday, October 24, 2005

Fragility

Daripada segi (err… segi apa ya, ahh.... sudah, tak tahu istilah apa nak pakai) persamaanya, ia seakan serupa dengan filem 21 Grams. Tapi 21 Grams tu ada tiga cerita saja tetapi Crash ni terlampau banyak karektor dan cerita, ada terlalu banyak kepingan plot yang terpisah-pisah dalam filem ni tetapi mereka dikaitkan secara tidak langsung melalui insiden tertentu. Filem yang sangat mengujakan untuk kita mencantumkan semua kepingan itu agar ia menjadi lengkap.

[Tapi bila aku check dekat imdb, baru aku ingat yang style macam ni lebih mirip dengan filem Magnolia! Jadi review yang anda baca ni tidaklah berapa asli sebab dah di ceduk situ sikit, sana sikit.]

Kalau di sini rasanya kita boleh kaitkan dengan filem Big Durian. Tapi sebab tak ramai yang dapat tengok filem tu terpaksalah kita pilih filem lain untuk di rujuk, macam mana dengan Sepet? Tapi tak adalah serupa sangat, tema saja sama. Jadi anda boleh agak filem ni berkisarkan apa, bukan? Ya, Crash mengambil isu yang sangat meyinggung ketenteraman sebagai subjek utamanya iaitu perkauman.

Paling menyeramkan apabila filem ini berlatar-belakangkan Los Angeles! Tentu kita masih ingat tragedi Rodney King yang di belasah oleh beberapa orang pegawai polis kulit putih awal tahun 90-an dulu di bandaraya ini. Reference kepada kejadian ini telah di pusing melalui adegan Thandie Newton di molest secara wajar melalui body inspection oleh Matt Dillon semasa beliau menahan SUV yang dinaiki Thandie dan suaminya. Walaupun tiada kecedaraan fizikal tetapi emosi wanita itu menjadi sangat tercalar.

Satu lagi adegan yang sangat menyayat hati apabila Lara seorang kanak-kanak Hispanic melihat penuh cemas bapanya yang sedang diacukan pistol. Aku petik dialognya seperti di bawah semasa dia menjerit ingin memberitahu ibunya bahawa si ayah dalam bahaya.

Lara: [referring to the impenetrable cloak] He doesn't have it!
Elizabeth: [confused] He doesn't have what?


Aku tak boleh bayangkan betapa tragisnya kesimpulan yang akan berlaku apabila semuanya gara-gara salah faham dan panas baran. Si ayah menjadi sasaran kerana lelaki Parsi yang mengupahnya membetulkan kunci di kedai mengesyaki dia yang merompak kedai itu semalam.

Bukan saja warga kulit hitam, kulit putih, latino atau Parsi, filem ini juga mengandungi kaum Cina – atau mereka yang berwajah Cina. Setiap adegannya ada saja yang tidak akan menyenangkan perasaan anda kerana skrip yang berbau racist di hambur tidak berselindung walaupun anda tidak sewarna dengan mereka. Namun ada ketikanya dalam sesetengah babak, tiada muzik latar atau dialog yang keluar, hanya ekspresi pelakon yang terlihat memberi simbol tanpa kata-kata pun kita masih boleh memahami jiwa dan gojolak insan lain lalu seharusnya menyuburkan lagi manusiawi sesama kita.


credit poster: killermovies.com

Friday, October 21, 2005

Pemergianmu

Hari yang mulia ini, blog ini di buka dengan kita semua bertafakur dengan membaca Al-Fatihah sebagai tanda memperingat pemergian Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood ke rahmatullah semalam.
.
.
;
.
,
:
:
Awal-awal pagi semalam officemate terkocoh-kocoh bertanya betul ke Endon dah meninggal? Terkejut pulak aku dengar. Aku pun suggest dia surf kat internet cari maklumat. Aku punya pc tengah install something tak dapat nak guna. Di samping tu aku turut sms kakak aku dan kawan-kawan untuk mendapat berita terkini. Ramai yang tak tahu rupanya dan diorang pulak tanya aku balik. Kakak aku mengesahkan berita tersebut sebab dah keluar kat radio. Masa tu pun dah pukul 9 lebih.

Allahyarham akan diingati kerana giat mempromosikan batik sebagai hasil produk kraftangan Malaysia yang diilhamkan untuk menjadi kegemaran dunia. Di saat-saat pengusaha batik mengalami kesukaran untuk meningkatkan hasil jualan barangan mereka hadirnya allahyarham bagaikan cahaya yang menyinari industri batik yg suram. Di mana-mana saja fabrik ini boleh di lihat menembusi sektor butik pakaian dan di dada-dada akhbar saban hari ada saja berita tentangnya dihebahkan.

Sampai aku pun beli batik juga tapi bukan untuk aku pakai tapi bapa aku yang suruh beli. Awal tahun ni kan kakitangan kerajaan kena berbaju batik setiap Sabtu jadi dia suruh aku beli di KL. Agak payah nak mencari kemeja batik yang murah tetapi kelihatan cantik di sini. Tapi dapat juga aku mencari sehelai dua dengan harga berpatutan dan design yang menarik setelah puas mengukur jalan TAR.


Selepas batik allahyarham menyemarakkan pula industri songket dengan mewar-warkan keindahan fabrik tersebut melalui pelbagai medium. Paling ketara apabila menyaksikan promo tentang songket di TV3 siap dengan lagu nyanyian Rosmaria. Apatah lagi dengan Hari Raya yang semakin hampir, songket semakin relevan sebagai kain sampin di pakai dengan baju Melayu atau yang perempuan juga boleh mengenakan baju kurung dengan motif tenunan songket.

Jasa dan bakti yang ditaburkan oleh allahyarham pasti tidak mudah untuk kita lupakan apatah lagi jika mata kita terpandang kedua fabrik tersebut. Jangan pula usaha ini terhenti setelah pemergian beliau. Semoga Pak Lah sekeluarga tabah menjalani hidup di saat-saat yang sangat menguji ini.


kredit foto: kaligraf.com & mohr.gov.my. terima kasih.

Tuesday, October 18, 2005

Silalah Rasa Buffetku

Dalam suratkhabar Mingguan Malaysia baru ni aku terlintas pandang artikel bertajuk “Apa masalahnya bufet RM100?“ Tapi aku tak sempat baca. Aku rasa penulis dia mengutuk orang kita yang kecoh-kecoh pasal harga buffet kat hotel mahal sampai menjangkau RM100. Betul lah kot. Tak payah baca pun tahu, cuma baca tajuk jer.

Macam aku sendiri kalau nak sangat makan buffet, pergi saja ke restoran atau kafe yang menawarkan buffet harga murah. Memanglah pilihannya tidak meluas tapi kita sendiri pun nak makan banyak mana sangat. Pergi tempat yang harga mahal nanti, macam membazir pulak. Lepas tu nak berkejar solat maghrib pula. Kalau perut penuh sangat nanti, mulalah tak larat nak sembahyang. Tapi tak makan banyak rugi pula sebab dah bayar mahal.

Daripada dok berkonflik macam tu baik tak payah pergi buffet yang caj lebih dari RM50. Aku ada terjumpa restoran yang offer harga yang berpatutan seperti Restoran Sri Kampong di Plaza Ampang, harganya RM19.90 ada makanan Melayu dan campur kuih-muih Arab, Selesa Inn pula lagi murah, hanya 17.50 caj untuk dewasa manakala restoran Mejaaku di Maju Junction pula ialah menawarkan harga buffet 29.50 seorang. Satu lagi Aseana Café di KLCC pula masih boleh di kira murah lagi iaitu RM39.90. Aku dah promote bisnes diorang ni patut dapat makan free nih…haha…

Aku rasa banyak lagi tempat makan lain yang offer harga yang berpatutan seperti contoh restoran di atas. Tak sempatlah aku nak survey semua. Tapi aku dapat flyers McDonalds baru-baru terkejut tengok McDonalds pun dah offer buffet sempena Ramadan. Harganya dalam RM18 tak silap aku. Memang tak perlu merungut kalau hotel caj mahal untuk makan buffet pada tahun ni. Bukannya kita tak ada pilihan lain dan bukannya kita tak pernah makan kat hotel.

Lupakan sekejap soal status nak bergaya dengan berbuka puasa di hotel yang caj melampau. Inikan bulan puasa yang menuntut kita supaya jangan membazir dan makan ala-kadar saja semasa berbuka. Lagi pun konsep berpuasa ini bukankah supaya kita lebih bersimpati dengan nasib mereka yang miskin dan kebuluran. Macam mana kita nak mencapai matlamat yang suci itu jika mentekedarah tak ingat dunia di hotel-hotel yang menawarkan makanan tanpa batasan.


kredit foto: http://kuali.com

Monday, October 17, 2005

Jumaat, Sabtu, Ahad

Hari Jumaat ada kawan nak datang rumah. Ingat tak entry “Jangan Kau Ucap Selamat Datang”? Haa... dialah tu. Sempena bulan puasa yang mulia ni tak kan aku tak nak mengalu-alukan kedatangan kawan ke rumah, ya tak? After office hour on Friday, kami berjumpa di Sg Wang dan aku belanja dia kat Nandos.

Sebelum tu sementara menunggu mamat ni sampai, aku melilau dalam kompleks tersebut. Singgah outlet jual dvd, terbeli pulak dvd....hehe.. sampai 3 pulak tu, biasalah 3 keping RM20.

Esoknya, hari Sabtu untuk berbuka puasa di rumah, dia masak. Aku rasa sepanjang berpuasa di KL, inilah first time ada orang memasak juadah berbuka kat rumah aku. Lengkap dengan nasi dan lauk-pauk seperti sayur kangkung goreng, ayam masak merah, kuah singgang dan telur dadar. Kuih-muih jer terpaksa beli. Sedap jugak masakan dia.

Oleh kerana bahan-bahan mentah untuk memasak banyak yang tak ada kat rumah tu, banyak jugak belanja untuk beli all the raw materials. Nak kena beli bawang, beras, halia, kunyit, asam keping, telur, garam... (garam pun tak ada, nasib baik gula ada). Yang memang sah tak ada seperti ikan, ayam dan kangkung tu, wajiblah kena beli.

Petang Ahad pulak aku habiskan balance cerita Boogeyman yang aku tengok separuh last weekend. Dekat-dekat nak habis tu, dvd tu stuck. Tak boleh jalan. Hampehsss! Masa tu adegan Tim tengah nak tolong Uncle Mike yang telah di bungkus dengan plastik macam mumia dan tiba-tiba Boogeyman mencekup Mike lalu merentap beliau masuk dalam gerobok.

Lepas tu dah tak bergerak. Aku tunggu dalam 5 minit, tidak juga ia mahu berputar kembali. Aku tekan-tekan remote, memang tak boleh main dah filem tu. Tutup sajalah.

Monday, October 10, 2005

Di Awal Ramadan Ini

Malam Ahad pergi berjumpa Blogger 16 Sept. Kalau sesiapa yang selalu baca blog aku rasanya dapat agak siapakah gerangannya. Bila aku sampai depan Secret Recipe beliau telah pun berada di sana. Tak payahlah cerita lebih-lebih nanti kawan beliau yang turut hadir bersama untuk promote kueh raya tu (manalah tahu nanti dia tercome-across entry ini dan boleh mengesyakinya) tapi aku tetap ingin mengorder kuih tersebut. Nanti aku e-mail kau yek?

Hari ni aku hanya lebih membuat catatan-catatan trivia sepanjang proses menjalani awal-awal puasa yang ku lalui.

Petang Ahad semasa aku menonton dvd Boogeyman aku tiba-tiba boleh terlelap langsung terus bermimpi. Aku mimpikan yang ada makhluk berkaki banyak ingin memburuku dengan adik aku semasa kami berada dalam satu bangunan. Kami pun berusaha keras untuk melarikan diri dari makhluk ganjil tersebut. Akhirnya aku berjaya melepaskan diri dengan menyertai sekumpulan orang lain yang turut ingin memberkas makhluk tersebut yang telah menimbulkan huru-hara. Tapi aku tak pasti pulak di manakah adikku berada?

Akhirnya aku terjaga dan menyimpan Boogeyman ke dalam bekas dvd. Tak habis tengok pun, lain kalilah sambung.

Awal-awal ni aku hanya berbuka di rumah saja. Kadang-kadang beli laksa, beli nasi campur, roti jala, ayam percik, mihun goreng – pendek kata bertukar-tukarlah menu. Kalau ada masak pun, cuma goreng keropok untuk kunyah-kunyah masa tengok tv.

Sahur pulak kalau hari-hari kerja aku langsung tak terjaga walaupun dah set alarm dekat handphone. Hanya bersahur pada hujung minggu saja. Makan biskut atau yang ringan-ringan. Selebihnya minum air kosong.

Thursday, October 06, 2005

Kronologi Sebelum Puasa

Selasa – 5.Oct. Tengahari

Last lunch sebelum puasa. Makan kat Cozy House Great Eastern Mall (Macam selalu pulak aku mention nama Mall ni). Pack giler orang, siap beratur kat luar lagi. Nasib baik kami dapat seat baik punya. Makan pineapple fried rice with egg and ice nescafe.

Petang.

Ingat nak balik awal terawikh kat rumah. Tapi last minit kansel sebab sibuk jalan-jalan kat KLCC alih-alih dah lambat. Makan dekat City Square ada satu kafe ni, air nescafe dia tak sedap langsung. Ada bau macam apa ntah, bau yang kurang menyenangkan dari dalam mug tu. Macam bau lipas.

Tak habis aku minum sebab kepala aku dah start pening minum air tu. Daripada aku terhuyung-hayang nanti baik aku stop jer. Boleh blacklist cafe ni dari senarai tempat makan-makan aku.

Malam

Terawikh kat Masjid Asy-Syakirin KLCC. Ramai gak umat yang datang. Tapi serious aku tak selesa solat dengan kemeja office pakai sejak pagi tu. Lain kali kena bawak baju proper atau bawak minyak attar untuk standby…haha…

Lepas tu makan nasi goreng Cina. Asyik makan nasi goreng jer aku hari tu. Air pulak asyik-asyik nescafe. Ni pasal nak menebus ketidaksedapan air nescafe bau lipas yang aku minum petang tadi. Nasib baik kat sini okey.

Sahur

Terjaga lebih kurang pukul 4.45 pagi. Mula-mula malas nak bangun tapi sebab rasa nak kencing teramat sangat, terpaksa gak bangun. Lepas tu bila dah start bangun, settle urusan mengemih, basuh muka ala-kadar.

Cari plain water dan minum air kosong dua tiga mug. Bukak tin biskut, aha – ada lagi biskut kering Jacob’s Hi Fibre. Lepas tu makan madu satu camca. Aku start amalkan makan madu ni, lama dah. Dah dua tahun kot?

Lepas makan madu, Insya-Allah korang tak kan rasa lapar. Ni aku cakap pasal madu asli, yang dalam botol kaca tak ada sticker kat luar tu. Kalau korang nak try madu Australia yang di jual kat supermarket tu, aku rasa effect dia sama, kot? After makan madu tu, minum balik air kosong dua tiga mug.

Then, dah imsak.

Then puasa start.

Wednesday, October 05, 2005

Rock Steady

Pagi semalam on the way ke office terdengar stesyen MuzikFm yang dulunya dikenali dengan nama Radio Muzik. Ada dua dj perempuan tengan handle rancangan pagi tu, seorang nama Shahnaz dan seorang lagi, siapa ntah. Tak sempat ambik tau nama dia.

Lepas tu mereka buat panggilan kepada seseorang untuk melaporkan sesuatu kepada mereka di konti. Aku ingatkan mereka nak call pihak jabatan-jabatan tertentu nak tanya pasal current issues atau pun oleh kerana ini radio muzik, mereka nak call mana-mana penyanyi nak buat live interview. Tapi rupa-rupanya mereka call dj mereka sendiri.

Aku tak pasti pulak dj yang menerima panggilan tu berada di mana masa tu. Kat rumah dia kot? Tapi menurut mereka dj tersebut mengedalikan rancangan Rock Slumber (ejaan versi OAG). Tujuan panggilan di buat adalah nak tahu macam mana konsep rancangan Rock Slumber semasa di bulan puasa nanti.

Jawab dj Rock Slumber, walaupun di bulan puasa, lagu-lagu rock tetap dimainkan juga. Tapi lagu rock yang versi keras sikit tu akan dikurangkan airplay nya, sebab nanti penatlah mat-mat rock semua nak hanggukkan kepala - head-banging-lah ni. Dj perempuan tu pun mencelah, banyak guna tenaga nanti kalau selalu nak hanggukkan kepala di bulan puasa. Sebab itulah dj Rock Slumber akan lebihkan lagu versi slow rock atau rock meleleh, yang tak payah nak guna kepala.

Kelakar pulak aku dengar. Ni mesti hardcore punya peminat ni, sampai dengar lagu rock heavy metal kat radio pun nak kena head banging. Tapi dj tu pun melawak jer kot sebab masa bercakap tu pun mereka macam ada aura nak gelak jer. Aku pun layan jugak muzik dari genre rock ni walaupun bukanlah hardcore punya fan. Nanti aku nak list down 10 lagu rock yang pernah dan sedang berevolusi dalam hidup aku nih. Mungkin lepas bulan puasalah aku buat, lebih sesuai :)

Untuk dengar MuzikFm, frekuensinya di Lembah Klang ialah 88.5fm. Rock Slumber ke udara pukul 2 (hari-hari kot rancangan ni? Tak pasti pulak)

P/S: Aku baca dalam The Star bertarikh 1 Oct. artikel bertajuk “Women still can’t perform in Kelantan” susulan dari persembahan Mawi di Kelantan, Datuk Nik Aziz di tanya wartawan, selain artis wanita yang masih di larang di sana, bagaimana pula dengan persembahan muzik rock?

Nik Aziz jawab: “I know only one 'rock', which is batu (stone).”

Mwahahaha.... Tok Guru, you rocks!

Tuesday, October 04, 2005

Menyingkap Pintu Kenangan

Semalam tak kerja, ambil cuti sehari. Badan rasa macam nak demam. Tapi aku tak pergi klinik. Duduk rumah tidur dan tengok tv.

*Tiba-tiba aku teringat artikel dalam Mingguan Malaysia bertarikh 2 Oktober yang mengesyorkan supaya seseorang terus pergi berjumpa doktor apabila terasa demam melebihi dua hari*

Rasanya aku dah okey sikit hari ni. Tak ada panas-panas atau pening kepala lagi. Aku tanya housemate kalau-kalau panadol yang aku beli masa dia sakit kepala kat Dome tu ada lagi. Dah habis, katanya. Sebagai ganti aku pun telan Vitamin C.

Selain tidur dan tengok tv, aku juga membelek-belek suratkhabar hari Ahad tu. Sampai ke ruangan puisi pun aku baca. Tiba-tiba ternampak nama yang kukenali terpampang pada ruangan tersebut. Puisi yang bertemakan Ramadan itu terasa syahdu di hati. Bila dah baca puisi beliau ni, rasa tak patut pulak aku tak baca puisi-puisi karya sasterawan yang lain, nanti kecik pulak hati mereka. Pssst… aku kan bukan gemar sangat puisi-muisi ni.

Kawan sekolah aku yang perkenalkan aku dengan beliau dulu. Cuma sekali itulah kami bertemu dan berbual-bual. Beliau pernah membalas kad raya aku. Aku masih simpan kad itu sampai sekarang. Kata-kata yang di tulis sungguh puitis dan halus bahasanya, bukan macam penulisan orang biasa. Memang betul-betul citra seorang sasterawan.

Masa aku masuk ke MPH Great Eastern Mall tidak lama dulu, aku belek-belek seksyen fiksyen Melayu. Tiba-tiba mataku terpandang satu novel yang dihasilkan oleh beliau! Tanpa berfikir panjang aku terus beli. Banyak bulan jugak makan masa nak habiskan novel tu. Aku ni kan slow reader. Walaupun tidak memenuhi citarasaku dan jalan ceritanya terlalu sederhana, overall it was a good performance….eh macam komen juri AF pulak!

Kalau rajin nanti aku akan kirimkan kad raya untuk beliau sebagai tanda ucapkan tahniah di atas kemunculan novelnya yang err… pertama tu kot? Dan ucap tahniah juga pasal puisinya diterbitkan di akhbar. Insya-Allah. Itu pun kena pastikan dulu alamatnya masih belum bertukar.

Kepada pembaca blog ini, diucapkan selamat berpuasa di bulan Ramadan 1426 Hijriah.

Friday, September 30, 2005

Kunci Khazanah

Ada sebentuk kunci. Ia boleh membuka semua pintu yang terkatup. *Masa Mrs. Devereaux menyerahkan kunci tersebut kepada Caroline, dia berkata itu adalah “Skeleton Key“. Kemudian sarikata di bawah menterjemahkannya sebagai “Kunci Utama”. Jadi, itulah yang Caroline buat, membuka semua pintu yang berkunci. Sampai pintu yang tak sepatutnya di buka pun habis dia curious nak tahu juga apa isi di dalam. Curiousity kills the cat, bak kata orang putih. Jadi, adakah The Skeleton Key hanya sekadar cerita tentang sebentuk kunci?

Kate Hudson berlakon sebagai Caroline Ellis, jururawat yang menjawab iklan jawatan kosong memerlukan seorang hospice nurse di sebuah rumah agam. Di sana dia kena menjaga Ben, pesakit stroke yang kronik, lumpuh dan tiada upaya bergerak di bawah seliaan isteri Ben, Mrs. Devereaux. Walaupun dia mendapat bilik sendiri, sekali-sekala dia balik juga ke bandar kediamannya sebelum ini, New Orleans untuk shopping atau bertemu kawan baiknya, Jill.

Suatu malam dalam hujan lebat, dia terjaga dari tidur apabila terdengar bising-bising dan mendapati Ben cuba melarikan diri. Dalam susah-payah dan mengesot, Ben akhirnya terjatuh dari bumbung. Dalam beberapa scene berikutnya, Caroline akhirnya berjaya membuka satu pintu di loteng yang memang di larang keras oleh Mrs. Devereaux. Dia menjumpai beberapa khazanah aneh seakan koleksi pengamal ilmu hitam. Mulai dari situ naluri Caroline merasa ada sesuatu yang tak kena dalam rumah ini dan mula menyiasat.

Aku tiba-tiba teringat dekat filem Six, filem Thai yang aku tengok berbulan lalu bila part yang Mrs Devereaux bercerita tentang sejarah rumah tersebut dekat Caroline. Bukanlah sebab ada persaman jalan cerita tapi cara babak berkenaan digambarkan adalah mirip. Six juga ada twisted ending di akhirannya sama macam The Skeleton Key tapi tentulah ending kedua-dua filem ini jauh berbeza.

Rasanya filem macam ni kena tengok sekali lagi. Aku terlepas pandang nak kaitkan wanita misteri di stesyen petrol tu, dengan rasa ingin tahu Caroline yang mendesak bahawa wanita tua itu turut tahu sesuatu dengan sumpahan di rumah tersebut. Juga penerangan tentang Hoodoo yang menghantui penghuni mansion berkenaan nampak tidak begitu jelas dan sedikit keliru. Pasal cermin yang terpaksa di sorok itu juga untuk mengelakkan musibah kepada siapa sebenarnya.

Namun The Skeleton Key ada jalan cerita yang meyakinkan. Bagi aku ia berada dalam arena yang sama dengan The Sixth Sense, Identity dan The Others. Filem ini sesuai ada sekuel untuk melihat “potensi mereka“ bersama Jill selepas itu. Kalau ada prekuel pun boleh juga untuk melihat aspek kehidupan Ben sebelum dia menjadi tidak berdaya.


credit poster: thehollywoodnews.com

Thursday, September 29, 2005

Berlumba Bersama Keluarga

Yeaaa... Amazing Race musim baru dah kembali! Dulu aku pernah mention yang musim ke-lapan ni bilangan peserta untuk satu kumpulan telah di tambah dua orang lagi menjadikan satu group ada empat orang. Rupa-rupanya sebab-musabab penambahan tersebut adalah kali ini penerbit ingin mengadakan versi yang special sikit dinamakan Amazing Race: Family Edition.

Elok jugak ada special edition macam ni. Kalau tak, takut-takut boring pula sebab setiap kali musim baru keluar asyik format yang sama jer. Lagi pula macam rancangan Survivor pun dah ada edisi All Stars, tak kan Amazing Race tak boleh nak cipta sesuatu yang lain dari kebiasaannya. Aku rasa reality show yang paling banyak special edition ni ialah Fear Factor. Macam-macam tema ada, Thanksgiving, Reality Stars, Best Friends, Twins, Miss USA, Favourite Winners dan banyak lagilah.

Adakah mana-mana peserta keluarga yang aku dah root for kali ini? Mungkin aku harapkan biarlah juara musim ini menjadi milik all girls group sebab kumpulan yang anggotanya semua perempuan belum pernah menang mana-mana siri Amazing Race. Biasanya kumpulan lelaki/perempuan atau lelaki/lelaki yang dapat sejuta dollar. Pusingan pertama yang berakhir malam tadi dimenangi oleh keluarga Godlewski yang semuanya perempuan dan mendapat hadiah 20 ribu dollar. Sama macam musim ke-tujuh yang lalu apabila sisters Megan/Heidi juga mendapat tempat pertama untuk first leg, tetapi malangnya mereka tersingkir pada pusingan yang ke-dua. Harap-harap famili Godlewski bertahan sekurang-kurangnya top three.


Keluarga Godlewski


Keluarga Paolo

Episod malam tadi juga mujurlah family Italian, Paolo tu tak terkeluar. Mereka nampak seperti tak ada persefahaman dan tak meyakinkan tetapi mereka ada karektor tersendiri dan lively, sesuai untuk acara reality macam ni. Emak mereka yang ada sifat primadona serta dua anak lelaki mereka yang boleh tahan celupar. Cuma bapak mereka jer yang jenis tak banyak cakap. Lebih lama mereka kekal dalam musim ini adalah lebih baik untuk ratings. Family Black tu nampak harmoni sangat dan untuk episod pertama ni mereka tak nampak keji pada viewers jadi eloklah mereka keluar saja.

Kalau berdasarkan animated teaser untuk promo Amazing Race: Family Edition ni, aku bayangkan peserta terdiri daripada ibu bapa dan dua anak kecil mereka. Tetapi tidak semestinya. Ada peserta terdiri dari semua adik beradik, ibu tunggal dengan anak-anak, bapa mentua dan menantu, ibu tiri dengan suami serta anak-anak tirinya, serta ibu dengan anak-anak gadisnya. Pergi jenguk ke website Amazing Race untuk maklumat lebih lanjut tentang butir-butir peserta dan recap episod. Aku malaslah nak buat review setiap minggu rancangan ni.


Keluarga Gaghan dengan dua budak comel


Keluarga Linz yang terdiri dari tiga jejaka dan seorang dara, pesaing yang kuat


Keluarga Schroeder dengan mak tiri


Keluarga Aiello terdiri dari bapa mentua dan menantu

Biar aku cerita secara ringkas episod malam tadi. Peserta-peserta masih berlumba sekitar US. Tak macam sebelum ni, episod pertama saja dah berkejar ke airport. Payah jugak kalau diorang nak naik teksi atau tut-tut atau beca bila di luar negara kalau dah setiap group ada empat orang. Mana nak di sumbat cameraman atau soundman? Seperti episod pertama ni setiap family drive sendiri 4WD yang dibekalkan pada mereka. Cameraman duduk kat sebelah driver’s seat, cuma mungkin krew yang bertindak sebagai soundman tak ada untuk musim ni. Keadaan pastinya menjadi bertambah kecoh dan teruja apabila mereka mula beraksi di luar Amerika kelak. Seperti namanya, aku dapat pastikan yang perlumbaan Family Edition ini juga akan menjadi sungguh amazing.

Amazing Race: Family Edition disiarkan setiap Rabu pukul 8 malam di AXN. Ulangannya pun banyak kali jugak, sila check sendiri timetable dia.
credit photos: CBS.com

Tuesday, September 27, 2005

Re-Deadening of the Land

Dalam episod siri kartun The Simpsons yang aku tengok Ahad lalu ada menyelitkan parody untuk filem Chucky. Kelakar bercampur seram. Walaupun itu adalah animasi semata-mata dan adegan seram itu hanya sekejap, tapi kita boleh memahami maksud yang tertera. Kisahnya, Homer ingin membawa Bart dan Lisa dengan dua orang kawan mereka pergi menonton wayang. Tapi kebanyakkan filem yang kids friendly dah sold-out dan yang tinggal ialah The Re-Deadening. Selain mempunyai unsur Chucky, The Re-Deadening yang mereka tonton ini juga ada reference kepada Rosemary’s Baby, dari segi lagu lullaby-nya.

Sebenarnya part-part yang awal jer ada sangkut-paut dengan filem seram ni, lepas tu dah menyimpang pergi ke kisah kawan lelaki Marge menyorok kat loteng rumah mereka. Lepas tu Homer kena masuk jail pulak sebab kawan lelaki Marge tadi dah manipulate Homer. Memang nampak bercelaru dan aneh tapi masih ada kesinambungan jalan ceritanya walaupun dah berpusing jauh dari scene yang awal-awal tadi. Nak buat macam mana, dah begitu style kartun The Simpsons ni, penuh dengan idea yang ngok-ngek.

Okey, kita masuk pulak bab seram yang sebenar, filem Land of the Dead berkisarkan dunia zombie di sebalik kehidupan manusia biasa. Tahun lepas Dawn of the Dead tak masuk panggung so aku beli pirate dvd. Tapi version panggung punya copy, tak clearlah jawabnya. Aku layan jugak sampai habis sebab cd smooth tak ada sangkut-sangkut. Kalau nak harap zombie masuk panggung so far cuma dalam Resident Evil saja yang aku ada chance. Tahun ni tak sangka LPF lepas pulak, walaupun ada cut here and there, perkara biasalah tu.

Kali ini, mayat hidup ni semua dah jadi semakin bijak! Semacam mereka telah membentuk komuniti mereka sendiri dan mereka ingin memperjuangakan hak mereka. Confuse pula jadinya sama ada mereka ni semua telah mati atau masih nyawa-nyawa ikan. Aku fikir, idea menggunakan para zombie sebagai props untuk fun-fair dalam satu scene memang berpotensi walaupun nampak zalim dan cemas sekaligus. Lebih kurang macam dalam filem Shaun of the Dead apabila Shaun mengeksploitasi kawannya yang dah bertukar jadi zombie tu.

Filem ni pada zahirnya memang agak mengerikan. Bersedialah untuk anda dikejutkan dalam beberapa scene yang mendebarkan terutama masa seorang subordinate Cholo (John Leguizamo) kena tunggu kat rumah bot tersebut. Efek dari kosmetik juga semakin menakutkan dan zombie kali ini menjadi bertambah agresif. Jangan ingat mereka tidak boleh mengejar anda.


credit poster: twitchfilm.net - tq