Thursday, March 27, 2003

Keropok - Belinjau/Lekor

Semalam tengok vcd Possession lakonan Aaron Eckhart dengan Gwyneth Paltrow. Lembab betul filem tu sampai aku terlena kejap. Last-last aku tutup terus vcd tu dan tidur sajalah. Sebelum tu housemate aku, Ap balik membawa jajan yang kawannya Sunarti bawa dari Indonesia. Sunarti ialah perempuan Indonesia yang kerja satu tempat dengan Ap. Ada pisang sira, kacang tanah goreng dengan satu paket keropok yang macam keropok belinjau – tapi bukan keropok belinjau. Entah apa nama dia. Aku tak sempat jamah lagi benda-benda tu sebab aku mengantuk. Balik nantilah.

Petang nie Rule datang dari Terengganu bawa keropok lekor. Yay! Dah lama tak makan keropok lekor fresh from Terengganu. Banyak juga dia beli sebab officemate aku pun ada order.

Wednesday, March 26, 2003

There goes my 24 hours...

Malam tadi dah habis siri kegemaran ku 24. Tak tahulah berapa lama kena tunggu sebelum TV3 boleh siarkan musim ke-dua siri ini. The Star semalam siarkan front page ucapan Adrien Brody dan Nicole Kidman ucapan terima kasih berselit mesej anti-perang mereka setelah memenangi Oscar. Aku belum tengok lagi The Hours. Biasanya pelakon-pelakon yang menang kategori pelakon terbaik ni aku akan cari filem-filem mereka seperti Monster’s Ball, Boys Don’t Cry, Erin Brokovich (tengok di TGV), Training Day, American Beauty dan seumpamanya. Hari ni lunch di Rasa Gourmet, makan nasi ayam dengan black pepper roast chicken. Aku rasa kalau aku tak ambil set lunch yang bersekali dengan mango juice tu pun tak apa. Sebab officemate aku tak ambil set lunch dan ayam black pepper dia nampak lebih garing dan sedap.

Tuesday, March 25, 2003

Demi Academy

Malam tadi tengok 75th Academy Awards sampai habis. Lagipun nak tunggu acceptance speech dari penerima Oscar Best Actor – Adrien Brody. Memang terharu mendengar kata-kata yang lahir dari seorang yang berlakon sebagai mangsa perang. Bagi sesiapa yang telah menonton The Pianist tentu dapat menilai sendiri watak yang di bawa oleh Brody. Sebelum ini nama beliau memang tidak pernah aku dengar langsung, apatah lagi dengan filem-filem lakonannya yang lepas-lepas. Aku amat berpuas hati dengan kemenangan Nicole Kidman – menebus kehampaan tahun lalu yang tewas di kelangkang Halle Berry. Maka hampalah juga Tom Cruise (mungkin?) yang masih tidak berjaya merangkul Oscar walaupun telah 3 kali dicalonkan. Aku harap supaya Cruise boleh membuat comeback dengan berlakon dalam filem yang menepati citarasa juri Academy. Mungkin dia boleh berlakon semula dengan Kidman misalnya – sebab mereka pernah berlakon berdua sebelum kahwin (Days of Thunder) dan semasa kahwin (Far and Away & Eyes Wide Shut). Jadi apa kata berlakon sekali lagi setelah perkahwinan mereka musnah ini. Manalah tahu, boleh terhasil sesuatu yang menjadi bualan di box office dan majlis anugerah? Penelope Cruz boleh duduk diam-diam.

Monday, March 24, 2003

Siapa yang Kena

Okey, kita cuba tengok siapakah yang berjaya merangkul Oscar sebenarnya dan siapa pula yang menepati ramalan aku sebelum ini. Calon yang italic ialah pemenangnya kecuali yang aku taip winner kat sebelah. Ada jugaklah satu-dua ramalanku yang mengena :)

ACTOR IN A LEADING ROLE
Adrien Brody
Nicolas Cage
Michael Caine
Daniel Day-Lewis
Jack Nicholson

ACTOR IN A SUPPORTING ROLE
Chris Cooper winner
Ed Harris
Paul Newman
John C. Reilly
Christopher Walken

ACTRESS IN A LEADING ROLE
Salma Hayek
Nicole Kidman winner
Diane Lane
Julianne Moore
Renée Zellweger

ACTRESS IN A SUPPORTING ROLE
Kathy Bates
Julianne Moore
Queen Latifah
Meryl Streep
Catherine Zeta-Jones

ANIMATED FEATURE FILM
ICE AGE
LILO & STITCH
SPIRIT: STALLION OF THE CIMARRON
SPIRITED AWAY winner
TREASURE PLANET

ART DIRECTION
CHICAGO winner
FRIDA
GANGS OF NEW YORK
THE LORD OF THE RINGS: THE TWO TOWERS
ROAD TO PERDITION

CINEMATOGRAPHY
CHICAGO
FAR FROM HEAVEN
GANGS OF NEW YORK
THE PIANIST
ROAD TO PERDITION

COSTUME DESIGN
CHICAGO winner
FRIDA
GANGS OF NEW YORK
THE HOURS
THE PIANIST

DIRECTING
CHICAGO
GANGS OF NEW YORK
THE HOURS
THE PIANIST
TALK TO HER

DOCUMENTARY FEATURE
BOWLING FOR COLUMBINE
DAUGHTER FROM DANANG
PRISONER OF PARADISE
SPELLBOUND
WINGED MIGRATION

DOCUMENTARY SHORT SUBJECT
THE COLLECTOR OF BEDFORD STREET
MIGHTY TIMES: THE LEGACY OF ROSA PARKS
TWIN TOWERS
WHY CAN'T WE BE A FAMILY AGAIN?

FILM EDITING
CHICAGO
GANGS OF NEW YORK
THE HOURS
THE LORD OF THE RINGS: THE TWO TOWERS
THE PIANIST

FOREIGN LANGUAGE FILM
EL CRIMEN DEL PADRE AMARO
HERO
THE MAN WITHOUT A PAST
NOWHERE IN AFRICA
ZUS & ZO

MAKEUP
FRIDA winner
THE TIME MACHINE

MUSIC (SCORE)
CATCH ME IF YOU CAN
FAR FROM HEAVEN
FRIDA
THE HOURS
ROAD TO PERDITION

MUSIC (SONG)
CHICAGO
8 MILE
FRIDA
GANGS OF NEW YORK
THE WILD THORNBERRYS MOVIE

BEST PICTURE
CHICAGO
GANGS OF NEW YORK
THE HOURS
THE LORD OF THE RINGS: THE TWO TOWERS
THE PIANIST

SHORT FILM (ANIMATED)
THE CATHEDRAL
THE CHUBBCHUBBS!
DAS RAD
MIKE'S NEW CAR
MT. HEAD

SHORT FILM (LIVE ACTION)
FAIT D'HIVER
I'LL WAIT FOR THE NEXT ONE… (J'ATTENDRAI LE SUIVANT…)
INJA (DOG)
JOHNNY FLYNTON
THIS CHARMING MAN (DER ER EN YNDIG MAND)

SOUND
CHICAGO winner
GANGS OF NEW YORK
THE LORD OF THE RINGS: THE TWO TOWERS
ROAD TO PERDITION
SPIDER-MAN

SOUND EDITING
THE LORD OF THE RINGS: THE TWO TOWERS winner
MINORITY REPORT
ROAD TO PERDITION

VISUAL EFFECTS
THE LORD OF THE RINGS: THE TWO TOWERS
SPIDER-MAN
STAR WARS EPISODE II ATTACK OF THE CLONES

WRITING (ADAPTED SCREENPLAY)
ABOUT A BOY
ADAPTATION
CHICAGO
THE HOURS
THE PIANIST

WRITING (ORIGINAL SCREENPLAY)
FAR FROM HEAVEN
GANGS OF NEW YORK
MY BIG FAT GREEK WEDDING
TALK TO HER
Y TU MAMÁ TAMBIÉN



Friday, March 21, 2003

Perang Ini

Petang ni cuaca mendung seperti petang-petang kelmarin juga. Semendung cuaca hatiku. Semendung langit Iraq yang gelap kerana hujan peluru. Cepat-cepatlah berakhir semua ini. Hati tidak tenteram meneliti semua tajuk-tajuk akhbar tiada berita yang lain. Di kaca tv pula sejam sekali melaporkan apa yang mutakhir. Perang - merusuhkan hati, memusnahkan jiwa.

Thursday, March 20, 2003

Wednesday, March 19, 2003

The Perfect Monsoon

Minggu lepas aku ada berjanji dengan kawan aku nak tengok wayang. Mungkin hujung minggu nanti. Aku mengesyorkan agak kami menonton filem Monsoon Wedding sebab hendak tunjukkan dia filem India yang selain filem Hindustan. Dia memang kaki filem Hindi. Apa salahnya dia cuba pula menyaksikan filem berwajah India tetapi dengan penghasilan yang berbeza yang lain dari filem India tipikal dan popular. Isnin baru-baru ini kawan aku itu telefon balik. Katanya mungkin selepas dia dapat gaji nanti baru kami boleh pergi keluar menonton sebab he’s a bit broke. Kemudian katanya, apa kata kalau kami tengok filem lain. Darkness Falls ke misalnya? Sebab dia takut filem Monsoon Wedding tu tak sedap. Macam filem Mark Wahlberg berlakon tu, apa tajuk filem tu – A Perfect Storm? Ya, dia takut filem Monsoon Wedding tu macam filem A Perfect Storm yang didakwanya tak sedap tu. Monsoon Wedding macam A Perfect Storm? Tak kisahlah dia kata A Perfect Storm tu tak sedap maybe bukan citarasa dia tapi membandingkan Monsoon Wedding dengan A Perfect Storm? Jauh sangat perginya tu. Umpama membandingkan filem Senario dengan Lord of the Rings! Mungkin dia ingatkan filem tu tentang pengantin yang kahwin semasa belayar di lautan bergelora agaknya. Nanti kalau aku jumpa dia aku try explain dekat dia.

Tuesday, March 18, 2003

Siapa yang di Teka

Untuk suka-suka - di sini aku letakkan jangkaan aku untuk calon-calon yang bertanding dalam Academy Awards ke 75 minggu depan. Nama yang digelapkan adalah yang aku jangka pemenang. Sebenarnya aku agak nervous untuk membuat prediction benda-benda ni sebab aku bukannya pakar dan penganalisis dunia perfileman. Ini semua aku teka sesedap rasa ajer tak ada berdasarkan apa-apa. Aku cuma untuk merasa thrill apabila dapat membandingkan dengan keputusan sebenar kelak.

ACTOR IN A LEADING ROLE
Adrien Brody
Nicolas Cage
Michael Caine
Daniel Day-Lewis
Jack Nicholson

ACTOR IN A SUPPORTING ROLE
Chris Cooper
Ed Harris
Paul Newman
John C. Reilly
Christopher Walken

ACTRESS IN A LEADING ROLE
Salma Hayek
Nicole Kidman
Diane Lane
Julianne Moore
Renée Zellweger

ACTRESS IN A SUPPORTING ROLE
Kathy Bates
Julianne Moore
Queen Latifah
Meryl Streep
Catherine Zeta-Jones

ANIMATED FEATURE FILM
ICE AGE
LILO & STITCH
SPIRIT: STALLION OF THE CIMARRON
SPIRITED AWAY
TREASURE PLANET

ART DIRECTION
CHICAGO
FRIDA
GANGS OF NEW YORK
THE LORD OF THE RINGS: THE TWO TOWERS
ROAD TO PERDITION

CINEMATOGRAPHY
CHICAGO
FAR FROM HEAVEN
GANGS OF NEW YORK
THE PIANIST
ROAD TO PERDITION

COSTUME DESIGN
CHICAGO
FRIDA
GANGS OF NEW YORK
THE HOURS
THE PIANIST

DIRECTING
CHICAGO
GANGS OF NEW YORK
THE HOURS
THE PIANIST
TALK TO HER

DOCUMENTARY FEATURE
BOWLING FOR COLUMBINE
DAUGHTER FROM DANANG
PRISONER OF PARADISE
SPELLBOUND
WINGED MIGRATION

DOCUMENTARY SHORT SUBJECT
THE COLLECTOR OF BEDFORD STREET
MIGHTY TIMES: THE LEGACY OF ROSA PARKS
TWIN TOWERS
WHY CAN'T WE BE A FAMILY AGAIN?

FILM EDITING
CHICAGO
GANGS OF NEW YORK
THE HOURS
THE LORD OF THE RINGS: THE TWO TOWERS
THE PIANIST

FOREIGN LANGUAGE FILM
EL CRIMEN DEL PADRE AMARO
HERO
THE MAN WITHOUT A PAST
NOWHERE IN AFRICA
ZUS & ZO

MAKEUP
FRIDA
THE TIME MACHINE

MUSIC (SCORE)
CATCH ME IF YOU CAN
FAR FROM HEAVEN
FRIDA
THE HOURS
ROAD TO PERDITION

MUSIC (SONG)
CHICAGO
8 MILE
FRIDA
GANGS OF NEW YORK
THE WILD THORNBERRYS MOVIE

BEST PICTURE
CHICAGO
GANGS OF NEW YORK
THE HOURS
THE LORD OF THE RINGS: THE TWO TOWERS
THE PIANIST

SHORT FILM (ANIMATED)
THE CATHEDRAL
THE CHUBBCHUBBS!
DAS RAD
MIKE'S NEW CAR
MT. HEAD

SHORT FILM (LIVE ACTION)
FAIT D'HIVER
I'LL WAIT FOR THE NEXT ONE… (J'ATTENDRAI LE SUIVANT…)
INJA (DOG)
JOHNNY FLYNTON
THIS CHARMING MAN (DER ER EN YNDIG MAND)

SOUND
CHICAGO
GANGS OF NEW YORK
THE LORD OF THE RINGS: THE TWO TOWERS
ROAD TO PERDITION
SPIDER-MAN

SOUND EDITING
THE LORD OF THE RINGS: THE TWO TOWERS
MINORITY REPORT
ROAD TO PERDITION

VISUAL EFFECTS
THE LORD OF THE RINGS: THE TWO TOWERS
SPIDER-MAN
STAR WARS EPISODE II ATTACK OF THE CLONES

WRITING (ADAPTED SCREENPLAY)
ABOUT A BOY
ADAPTATION
CHICAGO
THE HOURS
THE PIANIST

WRITING (ORIGINAL SCREENPLAY)
FAR FROM HEAVEN
GANGS OF NEW YORK
MY BIG FAT GREEK WEDDING
TALK TO HER
Y TU MAMÁ TAMBIÉN


Semalam petir guruh kuat berdentum hebat. Langit gelap pekat. Mujurlah dalam pukul 5.30 tu keadaan cerah kembali seperti sediakala. Hari ni pun nampaknya cuaca nak hujan. Tadi lunch di McDonalds. Sudah agak lama aku tak makan di restoran ini. Oh, rupa-rupanya McDonalds dah tak edarkan sos cili dan tomato dalam pek kecil-kecil itu lagi? Sos cuma disediakan dalam botol sahaja.

Monday, March 17, 2003

Fenomena Pneumonia

Housemate aku tiba-tiba mention tentang penyakit pneumonia semalam. Dia kata mungkin selama ini kita bukannya mengidap demam dan batuk-batuk yang biasa, sebaliknya ialah pneumonia! Isyhk… cabul betul mulut dia ni! Untuk makluman anda semua, aku mendapat demam dan batuk-batuk ini setelah berjangkit dari housemate aku Ap. Kemudian penyakit ini merebak pula pada Iwan. Jadi ketiga-tiga kami di rumah tu semua sakit-sakit dan masing-masing terpaksa memakan ubat. Aku tidak pergi berjumpa doktor Sabtu lepas sebab aku kembali demam setelah terkena hujan petang Jumaatnya. Doktor tu sendiri yang cakap yang aku kena berada dalam keadaan sihat sebelum boleh menjalani ujian darah. Dalam keadaan demam macam tu, aku kena pergi ke office untuk mengambil ubat demam dan antibiotik yang aku tertinggal dalam laci. Biasanya hari Sabtu ada staff yang akan menghabiskan saki-baki kerja mereka jadi bolehlah aku masuk sebab aku tak ada kunci. Malangnya bila aku sampai bilik office gelap gelita, tak ada staff yang kerja Sabtu tu. Balik telan panadol’lah jawabnya. Sebelum balik singgah Tops beli sedikit barang. Sampai di rumah aku tidur mengerekot dalam selimut mengebahkan demam yang masih bersisa. Dalam pukul 5 aku bangun untuk sembahyang, buat air teh dan makan mee goreng segera. Aku pasang vcd Abandon yang baru ku beli lakonan Katie Holmes dan Benjamin Bratt. Kalau sesiapa yang terasa dirinya seakan diabaikan itu, eloklah tengok filem ni. Aku bersimpati dengan watak Katie, aku rasa dia tidak bersalah sepenuhnya. Maybe sebab itulah endingnya di biar macam tergantung. Malam tengok Small Vices melalui slot TV3 Cinema. Sebenarnya aku tengah membaca novel ni, baru masuk 7 bab. Oleh kerana dah tengok filemnya, rasa malas pula nak habiskan novel tu. Filem tu selesai dalam pukul 2 pagi, sebelum tidur telan panadol lagi.


Friday, March 14, 2003

Hey, Nasi Goreng!

Alhamdulillah, sakit semalam makin berkurang. Batuk-batuk masih ada cuma tidak sesakit semalam. Tapi ubat masih perlu di telan. Makan nasi goreng untuk breakfast dan nasi goreng lagi untuk lunch! Nampaknya malam aku kena cari hidangan lain pulak. No more nasi goreng. Hujung minggu ni aku kena berehat secukupnya, meredakan sisa-sisa sakit yang tertinggal, menonton lain-lain vcd yang rasanya masih ada belum ku tontoni seperti The Ninth Gate, The Exorcists atau aku beli saja vcd baru petang ni?


Thursday, March 13, 2003

MC Hammering

Hari ini, setiap kali aku batuk, paru-paru aku rasa sakit macam di cucuk-cucuk. Sakit yang amat. Semalam dah jumpa doktor, tapi semalam masa batuk tak rasa apa-apa. Doktor bagi satu suntikan, ubat demam dan ubat batuk. Aku MC semalam. Ya, aku rasa lebih cepat segar setelah di cucuk, kalau bergantung pada pil saja, lambat. Aku fikir nak jumpa balik doktor tu untuk ujian darah.

Sejak dari malam tadi lepas tengok video klip Sophie Ellis Bexter bertajuk “Take Me Home“ aku asyik terngiang-ngiang lagu tu saja. Padahal aku baru saja kutuk penyanyi ni dekat housemate aku dengan menggelarkannya penyanyi syok sendiri. Sebab lagu dia memang tak sedap langsung (pada pendapat akulah yang humble ini, peminat Cik Sophie jangan marah...hehe). Tidak semena-mena pagi ni, lagu yang syok sendiri tu jugalah yang asyik bermain-main di kepala. Sebelum tu TV2 siarkan The Lone Gunmen ganti The X-Files. Aku memang ternanti-nantikan siri ini ke udara setelah mengetahui bahawa Chris Carter ada membuat spin-off dari The X-Files. Sepatutnya TV2 siarkan siri ini dulu sebelum menayangkan season 9 The X-Files supaya ianya tidak menjadi anti-klimaks.

p/s Thanks for the advise Nonie, pagi tadi baru minum teh tapi tak pekat…hehe

Tuesday, March 11, 2003

Uhukk...uhukkk..!!

Pening kepala hari ni. Sakit perut dah beransur pulih, syukur. Cuma hari ni rasa pening kepala dengan nak demam. Dengan batuk-batuk, sakit tekak, macam-macam. Alangkah nikmat dapat baring-baring masa ni dan melelapkan mata barang sepicing dua.

Monday, March 10, 2003

Jackass Johnny

2.00 pm

Sejak semalam sakit perut. Aku mula rasa sakit perut ni selepas makan nasi dagang semalam (ya, minggu ni saja dah dua kali makan nasi dagang, I can’t help it!). Lepas tu skip lunch, aku tidur sampai ke petang. Pukul 6 keluar dengan housemates untuk makan-makan di Kenny Rogers. Aku suka makan di Kenny Rogers tapi sebab semalam perut asyik memulas-mulas, rasa tak begitu menikmati. Sudahlah ayam semalam not fully cooked, dalam bahagian ayam tu still ada merah-merah, yikes! Ayam bersalut gravy original memang aku tak gemar, mana perginya gravy black pepper? Minum cappuccino, well not bad. Habis makan kat Kenny Rogers terus aku bergegas cari toilet, tak tahan nak melepas. Tiba-tiba aku teringat filem Jackass The Movie yang aku tengok last Friday pasal berak in a plumbing store! Eh, tengah sedap-sedap menaip nie, rasa nak ke tandas pulak! Kejap lagi aku sambung.

2.30 pm

Lega rasanya setelah melepas. Sekarang aku minum Nescafe. Walaupun aku rasa semasa sakit perut macam ni tak sesuai minum nescafe, ahh..lantaklah. Filem Jackass tu memang banyak aksi-aksi bangang yang Johnny Knoxville (the creator) dengan his crews buat semata-mata untuk merasa thrill and fun. Ada banyak stunt yang tak masuk akal di buat oleh Knoxville dengan geng-geng dia ni. Kalau anda biasa tengok Just Kidding, Candid Camera (Kamera Apo?), Just For Laugh di tv tempatan, kita boleh anggap yang Jackass ini adalah dari genre yang sama cuma ianya versi extreme. Filem ini di angkat dari siri tv dengan judul sama yang disiarkan melalui stesyen MTV. Last Saturday aku tengok filem My Big Fat Greek Wedding. Watak-watak utama filem nie memang terasa seperti manusia biasa dan bukannya seperti kita menonton “star” atau artis yang berlakon. Aku tengok filem ni sebab curious kenapa filem ni terlalu lama di tangga top 10 carta filem-filem box-office US. Sedap sangat ke? Cerita nie sederhana saja, pelakon-pelakon pun bukan yang terlalu terkenal kecuali yang berlakon dengan Sammo Hung dalam siri tv Martial Law tu, Louis Mandylor dan Joey Fatone – anggota *Nsync. Uppsss...tapi Joey bukan pelakon.

Friday, March 07, 2003

Himpit & Dagang

Memang tak jadi pergi Sobranie semalam. Keluar dari office tengok cuaca hujan panas. Langsung aku balik rumah. So, for dinner I had satay with nasi himpit and nasi dagang. Yummy! Then melepak depan tv tengok Mouse Hunt. Walaupun vcd filem tu dah berkurun housemate aku beli, langsung aku tak interested untuk menontonnya. Tapi bila TV3 siar, sanggup pulak tengok. Don’t ask me why. Hari nie sudah Friday kan? Oh, kalau aku kerja kat Selangor, Isnin ni bolehlah cuti. rats!

Thursday, March 06, 2003

The X-Pies

Semalam pun masih ada lagi X-Files, eyyaahooo! Tak faham aku macam mana TV2 menyusun turutan siri tu. Very confusing. Apa-apa hal, aku masih boleh menikmati rancangan ini walaupun episodnya berterabur. Malam ni sepatutnya aku pergi Sobranie tapi aku rasa nak cancel’lah pasal aku nak tengok Mouse Hunt! Bukan nak tengok Mouse Hunt sangat tapi rasa macam malas pulak. Aku tak tahulah makanan apa yang ada kat Sobranie. Sebelum nie aku pergi situ semata-mata untuk tengok wayang saja, tapi malam ni aku dengan beberapa kawan merancang untuk makan-makan kat cafe tu. Lagipun lunch tadi aku dah makan Chicken Mushroom Pie with salad which is very good, so for dinner aku tak boleh terima western food lagi. Kena cari nasi pula. Tak tahulah café tu ada serve nasi goreng ke tidak. Alamak, ada 3 miss call tadi! Ni mesti budak-budak tu call nak confirm aku jadi ikut ke tidak. Must return their call.

Tuesday, March 04, 2003

Farewell Roswell

Since I have no social life, so I end up staying at home sajalah cuti Maal Hijrah semalam ; ) Bangun untuk breakfast and tapau untuk lunch sekali dan tengok TV. Aku rasa dah pernah tengok cerita David Copperfield The Great Escape semalam, ulangan agaknya. Memang tidak dapat di terima logik akal sesetengah daripada ilusi yang Copperfield buat tu. Pernah juga aku terfikir nak belajar silap mata. Ada satu silap mata yang aku belajar masa budak-budak dulu, muslihat kertas keluar melalui mulut. Sebenarnya kertas tu bukannya ada di dalam mulut tetapi kita letak kertas tu di pelipat lengan. Mula-mula bengkokkan lengan dan letakkan ke bahagian belakang kepala anda. Pastikan penonton tidak nampak anda menyelitkan kertas itu di celah lengan. Kemudian, letak ibu jari di dalam mulut anda sambil jari-jari yang lain di genggam. Kemudian cepat-cepat tarik keluar ibu jari tadi dan sekaligus kertas tadi akan turut sama melayang keluar dari pelipat lengan anda. Seolah-olah cebisan kertas itu keluar melalui mulut. Satu silap mata yang terlalu dangkal. Dulu ntv7 ada tunjukkan siri pembongkaran muslihat magis yang ahli silap mata biasa tunjukkan dalam showmanship mereka. Memang bagus rancangan ini. Sekurang-kurang ia menjelaskan kepada khalayak bahawa silap mata bukannya black magic. Lepas habis cerita David Copperfield ni, ntv7 siarkan satu lagi rancangan ulangan, konsert Celine Dion. Sebab suara Celine Dion ni power, aku tengok juga sampai habis. Aku prefer konsert yang macam ni, cuma ada back-up singer and orchestra, tak payah nak serabut dengan props dengan penari, membazir semua tu. Asalkan penyanyi tu pandai berinteraksi dengan penonton dan nyanyian yang kalau boleh sebijik macam dalam cd, itu adalah satu konsert yang berjaya bagiku.

Selain dari itu, masa cuti semalam dipenuhi dengan menonton siri-siri telenovela seperti El Amor No Es Como Lo Pintan, La Intrusia dan Juana’s Miracle. Tak tengok pun tak apa sebenarnya sebab nanti hari-hari lain bukan aku dapat tengok pun sambungannya. Housemate aku beli vcd Final Destination and The Count of Monte Cristo. Tapi dua-dua filem tu aku dah tengok kat wayang dulu. Malamnya pula tengok Roswell dan 24. Isabel cuba imagine kehidupannya seandainya dia boleh memberitahu Jesse yang dia adalah alien. Dia membayangkan mesti hidup dia nanti menjadi seolah-olah sitcom Bewitched. Then Roswell malam tadi terus jadi 2 in 1 dengan kejap-kejap set dia bertukar antara Roswell dan Bewitched. But in Roswell case, it was “I Married an Alien”. Memang semua orang inginkan hidup seperti sitcom yang bahagia, dipenuhi gelak-ketawa dengan pengakhiran yang sudah pasti sempurna. Seperti kata Isabel semalam kepada Max and Michael, “The problem is I don't live in a sitcom. You know? They get to wrap everything up all nice and neat. Real life is complicated”. Yes, real life is indeed complicated. Its pity that Roswell just lasts around 3 seasons before it called off. Mungkin ada mereka-mereka yang tidak dapat menerima kenyataan yang aliens itu far more gorgeous than us human…hehhe… jadi tamatkan saja Roswell.

Monday, March 03, 2003

Salam Maal Hijrah 1424

Dah masuk bulan Mac. Last weekend aku duduk rumah jer, tak jadi nak pergi survey dvd. Aku beli vcd Igby Goes Down dan video klip Bryan Adams hari Jumaat tu.. Aku minat Bryan Adams sejak lagu (Everything I Do) I Do It For You, soundtrack Robin Hood Prince of Thieves.

Tahun lepas pun dia ada menyanyi soundtrack juga. Kali ini untuk filem kartun Stallion: Spirit of the Cimarron dengan lagu bertajuk Here I Am. Okeylah, not badlah lagu tu. Dalam banyak-banyak lagu Bryan Adams, aku paling suka dengan Heaven. Filem ni dicalonkan untuk kategori Filem Animasi Terbaik untuk Oscar tahun ni. Aku kata nak predict untuk Academy Awards’kan? Maybe within this week aku akan pertaruhkan siapakah calon2 yang aku jangka akan memenangi Oscar. Hopefully adalah satu dua yang mengena : )

Filem Igby Goes Down ialah lakonan Kieran Culkin, Susan Sarandon and Ryan Phillippe. Bosan juga filem ini, nasib baik gambar clear, tahan jugaklah tengok sampai habis. Entahlah apa motif filem tu, yang aku tahu, si Igby ni budak malas pergi sekolah dan dia lebih suka melepak.

Dulu ingatkan Macaulay Culkin yang akan mempunyai karier lakonan yang panjang, rupa-rupanya adik dia pula yang sampai sekarang bertahan dalam dunia Hollywood ni. Macaulay tu popular sebab orang geram tengok dia masa kecil bukan main comel lagi, rasa nak squeeze-squeeze pipi dia! Susan Sarandon jadi ibu yang protective dan selalu mengharapkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Ryan Phillipe jadi abang yang berjaya dalam pelajaran dan menjadi kebanggaan ibunya.

Aku ada beli vcd Disturbing Behavior kat Tower Records KL Plaza masa Inferno Sale beberapa tahun lepas. Aku baru tengok filem ni last Saturday. Bukan main lama lagi peram filem ni. Tak tahulah kadang-kadang ada beberapa vcd yang aku beli aku tak ada intention nak tengok, aku cuma beli aje. Filem ni lakonan James Marsden dan Katie Holmes tentang budak-budak kat satu High School yang telah menjalani proses brainwash.

Ingatkan ada Futurama last Saturday, tapi tak ada sebaliknya TV3 ganti dengan gusti. Aku bukan asyik menonton vcd atau tengok tv saja. Aku baru habiskan novel bertajuk Mandatori. Bahasa dalam novel ni tidak begitu mantap, terlalu biasa. Tapi idea yang pengarang cuba tampilkan boleh di puji - mengenai seorang lelaki yang memiliki pelbagai personality.

Esok cuti balik, Selamat Tahun Baru Hijrah 1424.