Monday, June 30, 2003

Nuts

Keluar temankan officemate shopping after office hour. Then dia belanja makan kat KFC. Lama dah tak makan KFC 3-course-meal. Ada aiskrim kacang pecan disajikan sekali dengan ayam. Aku tak tahu dalam bahasa kita kacang pecan ni di panggil apa tapi tulisan kat kotak ais krim tu terjemahkannya sebagai kacang PEKAN. Huruf C di tukar kepada huruf K. Aku rasa memang ada satu istilah khusus untuk kacang pecan ni dalam bahasa Melayu tapi aku tak ingatlah apa dia. Atau mungkin tak ada? Kalau kacang pistachio tu aku rasa memang tak ada istilah tersendiri. Satu kerja pulak aku nak menyemak kamus semata-mata nak mencari nama-nama kacang ni. Kacang-kacang mat salleh ni memang sedap terutamanya kacang pistachio, tapi mahal. Asyik makan kacang tanah aje, boring juga. Kalau masa hari raya, sajian kacang tanah goreng dengan garam ni memang laris di kalangan tetamu. Sedap pun sedap. Kalau aku pandai benda-benda html ni, bolehlah aku directkan kau orang kat website tentang kekacang dalam internet ni. Tapi websitenya pun aku belum jumpa....hehhehe....

Sunday, June 29, 2003

Tales of Two Countries

Masa aku tengah bersarapan di Pertama semalam, tiba-tiba dapat sms berbunyi ”Switzerland kat mana?“ Huh... Switzerland kat mana? It from my sister actually. Switzerland or maybe it was Swaziland? Aku baca betul-betul. Sebab I’m still not top-up my credit, aku pun guna pay phone to call her personally. “Switzerland dekat Europe, why? She didn’t answer my question tapi dia tanya pulak, “German kat mana, dekat-dekat Switzerland jugak ke?” “German pun dekat Europe tapi tak tahulah dekat ke tidak dengan Switzerland tu, but why?” “Ni dekat karnival Sure Heboh ke, bunyi bising kat belakang?” “Tak..err...“ Tak sempat nak bercakap panjang sebab talian terputus lepas tu pasal aku malas nak tambah coin dan sebab aku ada handphone. Instead of aku membazir hulur duit dekat pay phone tu baik aku beli prepaid dan use my own telefon bimbit. Sekarang pun kalau beli prepaid kita boleh dapat perfume Polo percuma….hahha… kalau aku rajin aku ceritakan pasal tu nanti. Tapi later that day bila I already top-up my phone, tak ada pula aku terfikir nak call my sister tanya tentang soalan Switzerland dia tu. Maybe dia sengaja nak menguji tahap geografi aku agaknya.

Swaziland pulak for those of you who are uninitiated adalah sebuah negara di Afrika. Aku sendiri terpaksa surf internet untuk mengesahkan fakta ni..hahahha… Ia bersempadan dengan Afrika Selatan dan Mozambique. Kalau berdasarkan website tu memang banyaklah benda yang menarik kat Swaziland ni tapi kalau ikut apa yang aku tahu Swaziland ni ialah rajanya seorang yang suka berkahwin banyak. And I don’t think that it was what the people of Swaziland can be proud of. Or were they? Tak silap aku baca berita tu dalam paper Mingguan. Satu perkara yang mungkin akan membuatkan orang confuse dengan negara ini ialah people will can always mix-up with Switzerland. Imagine when you introduce yourself from Swaziland. What? Switzerland? But you look like..err… Tentu dalam fikiran orang tu akan berfkir-fikir yang ada juga Swiss people yang lebih Afrika dari orang Afrika sendiri. Terpaksalah anda explain kepadanya yang anda sebenarnya dari Swaziland, sebuah negara kecil di Afrika dan bukannya Switzerland, sebab itulah anda nampak macam orang Afrika. Walaupun Switzerland juga negara kecil tapi ia lebih well-known mungkin sebab ia ada exposure dari Swiss knife atau jam Swiss atau lain-lain sebab yang lebih konkrit. Malas nak surf internet. Mungkin orang Swaziland patut cipta satu trade-mark untuk memudahkan masyarakat dunia lain lebih mengenali negara ini. “Ala... Swaziland, negara yang raja dia suka kahwin banyak tu,“ Or maybe not.

On a surprising note, I remember last time that my housemate Iwan pernah cakap yang kawan dia ada bekerja di Kedutaan Swaziland in KL! Heck, I’m not even know that such embassy is exist, let alone knowing someone who is working there. No offend kepada sesiapa warga Swaziland atau warga Afrika yang terbaca this entry kalau mereka terasa macam ada bau-bau apartheid. Sorry, aku tak berniat macam tu sebenarnya. Macamlah kalau mereka baca pun, mereka boleh faham…….hahahha… uppss…sorry again.

Friday, June 27, 2003

Novel + Screenwriter - Imaginary Twin = Adaptation

Dalam filem Adaptation ada diselitkan shooting filem Being John Malkovich sedang dijalankan. Aku ada beli dvd filem Being John Malkovich tapi tak dapat tengok lagi sebab aku masih belum ada dvd player. Nasib baik aku terfikir nak beli dvd filem ni dulu sebab sekarang mana lagi nak cari dvd yang murah? Well, at least in KL. Apa yang Being John Malkovich buat dalam Adaptation? Sebab, semasa shooting filem pertama tadi sedang berlangsung, the screenwriter of the movie, Charlie Kaufman sedang dalam proses untuk menulis lakon layar untuk filem yang berikutnya, based on the book by the title The Orchid Thief. Dia sedang meninjau suasana penggambaran Being John Malkovich untuk melepaskan tension tatkala menyiapkan kerja-kerja penulisan filem seterusnya itu. Apa yang pelik ialah apabila adik kembarnya Donald turut berada di sana dan berbual-bual dengannya. Kepada anda yang tidak mengetahui, Charlie Kaufman sebenarnya tidak mempunyai adik kembar. Tapi untuk filem Adaptation dia telah mewujudkan watak itu. Dan watak itu wujud pula semasa dia sedang dalam proses shooting Being John Malkovich. Sudah tentulah semasa shooting sebenar filem ini pada tahun 1998 dulu “kembar” dia yang bernama Donald tu tidak wujud sama sekali. Apa yang menariknya nama Donald Kaufman turut tercatat sebagai penulis bersama untuk kredit filem Adaptation. Rasa macam merepek pun ada.

Entah kenapa kita perlu mewujudkan kembar yang kita tidak ada itu. Kenapa seseorang perlu rasa yang mereka sepatutnya memiliki seorang (atau mungkin lebih) kembar? Best ke ada kembar? Aku tidak ada so far mempunyai kawan yang kembar. Tidak ada. Dalam ramai-ramai kembar yang lahir kat dunia ni, satu pun tak ada terlekat menjadi kawan baik aku. Sudah pastilah aku ada kenal seorang dua kembar sepanjang aku hidup ni cuma kami tidak berkawan rapat. The interesting part is kawan aku yang kembar tu, aku tak tahu pun yang dia sebenarnya ada mempunyai seorang kembar! Dan aku telah make friend dengan kembar dia terlebih dulu walaupun dia sendiri aku dah kenal lama tapi kami tak pernah bercakap pun. I’d feel like macam telah membuat satu discovery, seolah-olah telah menjumpai satu formula baru semasa aku mengetahui berita ni. Rasa macam nak menjerit “Eureka!“

Ceritanya begini, semasa aku berpindah ke sekolah baru, aku ada terjumpa satu muka yang sama, the same exactly face yang serupa (pun the redundancy) kat sekolah baru aku tu. Sebab dah terlalu sangat disogokkan dengan ungkapan cliche “Semua manusia ada tujuh muka yang serupa dengannya“ so I decide to just ignore the face. Tapi setiap kali bertembung dengan muka itu hati aku bagai di desak-desak untuk mengetahui tentang misteri di sebaliknya. Mungkin aku boleh terima kalau muka saja yang sama, tapi dengan saiz badan, warna kulit dan umur pun sama? Ianya mesti ada rahsia di mana-mana. Aku pun meluahkan kemusykilan di hati pada kawan aku tentangnya. And it turn out that memang betul yang budak itu adalah kembar dengan kawan aku kat sekolah lama. Aku pun start bercakap dengannya sebab dulu aku pernah satu sekolah dengan kembar dia tu so I think it’s nice if I introduce myself. Paling surprise bila dia bagitahu yang kembarnya kat sekolah lama aku tu akan join us di sekolah ni next month. Lepas tu baru aku dapat tengok mereka berdua sebagai sepasang kembar yang sempurna setelah kedua-duanya berada dalam satu sekolah.

Apa yang lebih memeningkan tentang Adaptation ialah bukan saja tentang kembar yang tidak wujud tapi tentang cerita yang “tidak menjadi”. Filem ini bukan berdasarkan isi kandungan buku The Orchid Thief yang kononnya Charlie Kaufman ingin adaptasikan tu, sebaliknya ia menjadi tentang benda lain. Ia berkisarkan tentang situasi yang Charlie alami semasa proses untuk mengadaptasikan buku itu yang menurutnya tiada movie value. Buku itu mengisahkan mengenai pencuri bunga orkid dan dia rasa amat payah untuk dia dramatized kehidupan seorang pencuri bunga dan tentang bunga secara umumnya. Sebuah filem sepatutnya penuh dengan drama bukan? Lalu muncul pula kembarnya (yang tidak wujud itu) yang turut sama dalam proses untuk menulis satu lakon layar. Babak-babak Charlie dengan kembarnya sangat hilarious sambil aku asyik berfikir untuk mengagak mana satu yang reality dan mana pula yang fiksyen. Donald yang masih mentah dalam dunia penulisan filem banyak meminta bantuan dari Charlie walaupun Charlie agak jengkel dengan idea filem yang ingin dihasilkannya tu. Tetapi di akhir cerita apabila Charlie sendiri sudah semakin buntu untuk menulis tentang The Orchid Thief itu, dia pula meminta bantuan dari Donald. Lebih-lebih lagi apabila agent Charlie yang sudah membaca hasil karya kembarnya itu memujinya sebagai smart and best script that he’d ever read in that year, walaupun Charlie tetap merasa annoyed.

Oleh kerana aku sudah membaca serba-sedikit tentang latar-belakang filem ini di internet dan menonton The Making of Adaptation terlebih dulu, so roughly aku telah dapat sedikit idea apa sebenarnya yang movie ini mahu sampaikan. Semasa tayangan berlangsung ada juga beberapa penonton yang keluar selepas tengok separuh jalan. Mungkin mereka bosan atau tidak faham. Atau mungkin mereka menyuruh kembar mereka saja yang menonton filem ini sampai habis bagi pihak mereka.

Thursday, June 26, 2003

D(ritz)zling

Aku tak dinner pun malam ni dan aku tak pula rasa terlalu lapar. Biasa kalau hujan-hujan, cuaca sejuk macam ni, perut mudah benar berkeroncong minta di isi. Memang ada rasa lapar sikit, aku alas perut makan biskut Ritz tiga empat keping. Nak buat ovaltine pun malas. Petang tadi kat office aku makan waffle cake yang di bagi rakan cubicle sebelah. Waffle cake yang gebu beisi jem blueberry, sedap walaupun terlebih manis. Keluar dari pejabat aku singgah Tops beli danish ...err.... entah apa nama roti ni, yang ada sosej dalam tu. Sedap juga walaupun tak kenyang. Makan benda-benda tu saja pun dah okey. Jimat belanja dari beli nasi dan lauk-pauk yang banyak guna kalori dan guna duit ..hehhe ....

Tuesday, June 24, 2003

Kita Peng-yau

Kuala Lumpur bukanlah sebuah bandaraya yang friendly, menurut survey oleh sekumpulan social psychologist selama 6 tahun di 23 buah bandaraya utama dunia. Aku baca dalam The Star last Monday 23 June. Bagaimanakah survey ini dijalankan? Para penyelidik ingin meninjau sejauh mana penduduk sesebuah bandaraya tergerak untuk membantu strangers dengan berpura-pura jatuhkan pen atau surat bersetem, berlagak buta atau tercedera.

Sahihlah dari hasil survey tu tak ada seorang pun (maybe ada seorang dua) yang sudi untuk membantu para penyelidik yang berpura-pura buta atau sengaja jatuhkan pen tu di KL. Warga kota kebanyakkannya akan ignore saja benda tu daripada menjadi terlalu prihatin. Aku boleh simpulkan yang kita semua paranoid. Kita sudah menjadi takut untuk menolong orang-orang yang tidak dikenali. Lebih-lebih lagi kaum wanita. Lebih-lebih lagi yang jatuhkan pen tu bermuka semacam bengis, selekeh, berjambang tidak terurus. Siapa yang sudi menolong jika kita diselubungi cuak dan curiga? Tambahan pula kita baru saja membaca berita seorang wanita di culik, di rogol dan di bakar di KL ini. Tak tahulah macam mana perempuan tu boleh di culik di Bangsar Shopping Centre. Khabarnya lelaki tu memang sudah target untuk ambush mangsanya ini di car park kompleks tersebut. Mungkin juga lelaki jahat itu telah jatuhkan pen lalu perempuan malang ini ingin membantu, siapa tahu?

Housemate aku Ap, pernah mengalami pengalaman hampir serupa, bukan di culik atau di rogol tapi ada orang menjatuhkan barang, bukan pen tapi handphone. Dia sedang berjalan di Puduraya bila tidak semena-semana seorang lelaki berpapasan dengannya tiba-tiba tercicir handphone. Buk, handphone jatuh ke lantai tapi tidak bersepai. Ap dengan sifat tidak friendly orang KL menonong meninggalkan orang itu tanpa berhajat ingin membantu. Setelah dua tiga langkah berlalu, tiba-tiba dia terdengar orang melaung “Hoi..hoi…!”

Dia pun berpaling, tengok-tengok orang tadi sedang mengejarnya. Cepat-cepat Ap deras berjalan meninggalkan Puduraya. Sambil muka menoleh-noleh ke arah belakang, orang tadi masih mengejar dan menjerit padanya. Akhirnya orang itu menepuk bahunya dan dia terpaksa berhenti. Orang tu memarahi Ap kerana telah melanggarnya tadi lalu handphonenya terjatuh dan rosak. “Mana saya ada langgar, bang.“

Setelah puas berdolak-dalik itu ini, orang itu suruh housemate aku bayar RM500, harga handphone. Dia tak kisah nak bayar tapi sebab bukan dia yang jatuhkan handphone tu malah berlanggar pun tidak. Tak semena-menang kena tuduh pulak. Harga handphone tu pun tak munasabah, jenis handphone botol air yang besar dan hitam warnanya tu. Stail zaman awal-awal kemunculan handphone. Tapi dia risau juga sebab orang tu masih berkeras tidak mahu melepaskannya. Mana tahu diapa-apakannya, mana tahu kalau orang itu bertindak jahat ingin mencederakannya atau mungkin dia akan di bakar nanti? Last-last sebab dah tak tahan sangat di desak, caci maki, tawar-menawar dan di peras ugut, Ap bagi orang tu RM10 aje. Nasib baik orang tu nak terima lepas tu cepat-cepat blah dari situ.

Bukanlah salah kita kalau kita menjadi tidak peramah pada orang asing. Terlalu banyak jenis orang yang berkeliaran di sekeliling kita yang kita tidak dapat menelah air muka mereka, mulia atau keji. Aku rasa warga KL bukan tidak peramah tapi mereka cuma berhati-hati. Mereka tahu jika mereka juga di timpa malang, tiada orang di jalanan yang sudi untuk membantu mereka dek kerana sifat suspicious tadi. Manalah kita dapat mengagak yang mereka itu betul-betul di timpa kesusahan atau hanya helah ingin memerangkap kita atau rupa-rupanya mereka adalah sekumpulan penyelidik yang sedang membuat research?

Btw, bandaraya paling friendly di dunia ialah Rio de Janeiro yang terkenal kerana keganasan, jenayah dan kemelaratan sosialnya. Macam mana pula mereka boleh menjadi lebih friendly agaknya ya?

Monday, June 23, 2003

Not That Wrong Viewing

Tengok filem Wrong Turn kat TGV. Plot filem ni, lebih kurang sama dengan filem-filem thriller yang pernah kita tonton sebelum ini. Orang jahat memburu orang baik, orang baik ketakutan, orang jahat tangkap orang baik, orang baik dapat melepaskan diri dan orang jahat tewas akhirnya. Filem ni at least berjaya membuatkan penonton2 menjerit dan tersentak. Tak macam Mistik yang aku tengok dulu, pelakon-pelakon aje yang banyak menjerit. Ada scene yang mendebarkan terutama masa Eliza Dushku dengan geng dia atas pokok nak mengelakkan dari di tangkap oleh orang jahat. Muka orang jahat tu pulak saling tak tumpah macam askar-askar Uruk-hai dalam filem Lord of the Ring – The Two Towers. Tak ke ngeri tu.

Ceritanya begini, Chris dalam perjalanan untuk satu interview di Raleigh dalam masa lagi 3 jam, tiba-tiba dia stuck dalam satu traffic jam. Sebab dia nak cepat, diapun berpatah balik ke lebuhraya West Virginia. Then dia try call someone guna handphone dia, tup-tup tak ada line. Dia ternampak satu papan tanda yang menunjuk ke arah stesyen petrol, lalu dia membelok ke situ. Ada seorang tua kutuk yang jaga stesyen tu, sedang minum air strawberi kot. Public phone kat situ pun tak boleh di guna. Chris tengok ada satu peta di tampal, menunjukkan macam ada jalan pintas dan dia tanya orang tua tu untuk kepastian. Orang tua tu cakap, boleh aje lalu jalan tu, mesti sampai punya. Padahal Chris tidak tahu nasib yang bakal menimpanya apabila melalui jalan tersebut. Tengah Chris leka nak modified cd dalam keretanya tiba-tiba dia terlanggar satu Range Rover. Ada 5 remaja, 2 lelaki, 3 perempuan di situ yang Range Rover mereka tengah pancit tayar. Maka lepas tu startlah satu demi satu kena bunuh.

Yang peliknya, tak kan tak ada pihak berkuasa yang curious bila dah ramai-ramai sangat remaja yang hilang kat area hutan tu. Especially bila ada banyak abandoned vehicles ditemui di satu kawasan lapang tempat orang dilaporkan hilang. Tapi dalam satu scene ditunjukkan yang polis pun kena bunuh oleh orang jahat. Jangan balik dulu lepas closing credit kerana ada baki sikit lagi scene yang tertinggal.

Wednesday, June 18, 2003

Bajuku, Bajumu Jua

Macam mana aku boleh tak perasan yang ada seorang staff ni pakai kemeja yang sama dengan aku hari ni. Itu pun sebab Kak Elly yang mention. “Hey, baju you sama dengan baju Jason,“ kata Kak Elly sambil tersengih-sengih. Huh, ye ke? Patutlah sepanjang dari pagi tadi bila dia berpapasan dengan aku asyik tenung baju aku. Aku pulak jarang nak perhatikan baju seluar orang ni, tak ada kerja pulak aku. Tapi sebab Kak Elly dah cakap macam tu aku pun tengoklah apa yang si Jason pakai hari ni. Kemeja sama colour dan seluar pun sama colour jugak! Tak boleh ke dia pakai hari lain?! Bengang jugak tu. Kalau aku tak perasan ada yang pakai baju yang sama dengan aku, memang aku tak rasa apa-apa. Ini siap ada yang tolong mention lagi tu baju aku sama dengan baju budak ni. Terganggu pulak fikiran.

Macam bulan lepas ada sekali aku pakai baju kemeja colour yang sama dengan kemeja staff perempuan yang duduk sebelah aku ni. Dari jauh orang dah dapat tengok warna biru terang memancar-memancar dari tempat kami. Macam kembar. Dia nampak macam tak kisah pun pakai baju seakan serupa dengan aku. Macam mana pulak perempuan ni boleh ada kemeja sama colour ni? Tapi dia pakai baju kemeja yang stail untuk wanita punya. Itu pun Kak Elly juga yang mula-mula mention dengan aku pasal baju aku sama dengan perempuan tu. Memang prihatin sungguh Kak Elly ni. Tapi kalau dia tak mention pun mesti aku akan perasan jugak pasal dah duduk sebelah-menyebelah. Small matter aje tu, asalkan baju tak sama corak macam kain langsir ke, kain alas meja kat restoran ke sudahlah.

Tuesday, June 17, 2003

Nemo Si Comel

Rasa macam melampau pulak, bila rasa sihat sikit terus pergi tengok wayang! Aku tak plan pun mula-mula nak tengok wayang tapi entah macam mana boleh sampai KLCC, beli tiket RM10 dan terus tengok Finding Nemo. Memang kelakar filem tu dan sedih pun ada juga. Paling lawak masa Dory tak ingat apa pasal ikan badut bernama Marlin ni asyik nak mengekor dia. Overall memang kelakarlah filem ni, puas hati. Alhamdulillah, bangun pagi Isnin dah rasa kurang sakit kepala dan demam pun dah kebah. Terus bersiap-siap ke tempat kerja. Tapi masih tidak berani makan yang pedas-pedas dan berat di pagi hari jadi beli sandwich aje. Lunch hour pun tak berani nak makan nasi dengan lauk pauk, aku makan mee sup kat Lot 10. Aku still rasa tak sedap di bahagian perut atau usus. Tapi tak juga pergi jumpa doktor. Cuma malam aje aku dah rasa yakin nak makan nasi dengan lauk sardin dan ayam goreng. Syukurlah, tak ada sakit perut lagi.

Monday, June 16, 2003

Unwell

Bangun pagi Ahad masih dengan sisa-sisa pening kepala. Perut pun masih terasa sakit-sakit, alhamdulillah demam sudah beransur kebah. Lepas mandi basuh baju yang bertambun, jerang air dan turun ke kedai beli roti. Makan roti dengan minum air teh kosong saja, buat alas perut yang masih belum sembuh. Sambil tengok tv, baring-baring meredakan kepala yang pening dengan sapu minyak cap kapak. Masa Buletin 1.30 tu, tutup terus tv dan melelapkan mata. Sedar dalam pukul 3 rasa nak muntah pula. Biasanya aku memang akan menahan diri dari muntah sebab kalau aku muntah aku memang tak boleh nak bernafas lepas tu. Last-last aku termuntah juga, tapi sikit aje yang keluar. Lepas tu memang aku tak boleh bernafas sebab ada banyak kahak dan lendir bertakung di kerongkong, menyekat aliran pernafasanku. Kenalah aku struggle kejap nak bernafas balik, rasa macam dah tinggal nyawa-nyawa ikan. Ada dalam 4 –5 saat bertarung nyawa sendirian macam tu sehingga menitis air mata. Memang seksa sangat aku nak hilangkan mucus atau lendir tu supaya aliran udara dapat kembali melalui kerongkong. Aku tak tahu apa nama simptom yang aku alami tu walaupun dah acapkali juga aku kena serangan tak boleh bernafas macam ni. Dah banyak kali aku tergerak nak jumpa pakar ENT tapi sampai sekarang asyik tertangguh-tangguh aje. Dulu biasanya aku kena kalau masa aku gosok gigi part gigi geraham yang dalam-dalam tu, kalau aku biar ubat gigi tu banyak berbuih, aku pun mula rasa macam tersedak dan lepas tu terus tak boleh bernyawa. Kenalah struggle balik nak cari nafas. Sekarang masa gosok gigi, part yang gigi dalam-dalam tu aku gosok kejap-kejap aje dengan taruk ubat gigi pun secebis aje. Walaupun macam tu, gigi aku so far tak ada masalah, alhamdulillah masih kukuh tersusun.

Lepas aku rasa dah selamat, nafas dah okey, aku minum air suam sikit. Baring semula dan tidur sampailah pukul 6.30 petang. Bangun untuk solat dan tengok tv. Dalam pukul 8 keluar cari bubur, tak berani nak makan benda-benda heavy, nak tapau bubur aje. Beli bubur nasi, letak sikit ayam dengan sayur sawi. Tapi bubur pun tak habis, cuma ayam dengan sayur aje habis. Masa tunggu bubur siap tu, dalam hati berbelah bagi sama ada nak singgah klinik atau tidak, sebab ada klinik berhampiran yang masih di buka masa tu. Tapi tak payah pergilah, kalau hari Isnin masih rasa tak larat baru pergi klinik. Di rumah tengok Smallville dan diikuti dengan Futurama. Masa ni baru housemates balik dari kerja. Aku pula tengah gosok baju, kena prepare juga baju-baju siap bergosok kalau-kalau badan dah sihat jadi pagi esok tak adalah terkial-kial nak gosok baju. Sebelum tidur telan panadol sebiji.


Sunday, June 15, 2003

Panadol Solution

Lewat petang semalam after balik dari Star Hill, aku pening kepala yang amat dahsyat. Mula-mula aku tak rasa pening tapi sakit perut, sakitnya perut tak tertahan rasa. Tapi tak rasa nak buang air besar pula. Lepas tu baru diikuti dengan pening kepala yang mencucuk-cucuk. Kemudian aku rasa badan aku panas dan seterusnya aku demam. Aku pun terus terlantar, tidur mengerekot kat ruang tamu. Sapu minyak cap kapak. Biasanya kalau aku sapu minyak ni, pening akan beransur surut, tapi lepas habis aje kesan minyak tu, pening menyerang kembali. Aku berdoa dalam hati, minta diampunkan dosa-dosa yang telah aku buat selama ini. Tidak tertahan rasanya untuk aku menanggung kesakitan ini. Aku beralih tidur di dalam bilik. Bila hosemate aku balik dia menjenguk aku dalam bilik, dia tanya aku demam ke? Ya, demam. Actually dia pun demam, dah dua tiga hari tapi masih boleh pergi kerja. Aku suruh dia makan nasi goreng hailam yang aku tapau tadi, aku tak ada selera. Dalam pukul 12 aku gagahkan diri untuk bangun sembahyang, rendam baju, telan panadol dan tidur semula dalam pukul 2 pagi.

Friday, June 13, 2003

Hujan yang Turun

Hujan turun membasahi bumi. Lebat dan mencurah-curah membanjiri ke segenap pelusuk maya. Di tepi dinding kaca, aku boleh terdengar rintik-rintik hujan turun mengetuk-ngetuk, terbias ke dinding lalu mengalir perlahan ke bawah. Ia menimbulkan suasana syahdu seolah-olah air mata yang menitis tak putus-putus. Seolah-olah ia mengalami kesedihan yang tidak tertanggung, maka ia terpaksa menangis. Hujan adalah bumi yang menangis. Aku terkenangkan musim tengkujuh sewaktu hujan. Musim tengkujuh di pantai timur, di tepi pantai. Melihat ombak bergulung-gulung, langit mendung. Aku tidak berani menyusur pantai semasa ombak kuat dan angin kencang begitu. Aku cuma mengamatinya dari jauh. Bunyi ombak menghempas pantai begitu kuat kedengaran. Pokok kelapa yang tinggi melayut seakan mahu tumbang. Aku terus duduk sambil badan di usap angin menderu ganas. Melihat laut gelora sedang rintik-rintik hujan mula membasah bumi.

Wednesday, June 11, 2003

Alasan Untuk Mewujudkan Blog

Felicity masuk ke bilik Noel semasa Noel sedang mengadap komputernya. Dia bertanya apa yang Noel sedang lakukan? He was developing his website. Felicity agak curious, kenapa pula Noel memerlukan sebuah laman web? Sebab dia ada banyak masa lapang dan tidak ada banyak kawan serta alasan untuk memiliki sebuah komputer, jawabnya.

Rasanya, dua alasan yang pertama itu juga ada kena-mengena kenapa aku mewujudkan blog ini. Cuma aku tidak mempunyai komputer sendiri. Sebelum aku kenal dunia blog ini pun aku telah mula taip-menaip begini, menulis seakan-akan diari, setiap hari aku akan menaip, kemudian aku save di drive-A. Bila senang, aku baca semula apa-apa yang telah aku tulis itu, tentang hari-hari yang telah aku lalui, tentang apa yang aku rasai mengenai sesuatu. Sekarang, dalam blog ini, bukan hanya aku saja yang membacanya, mungkin juga orang lain. Memang aku banyak masa lapang, kerja pun tak banyak. Dulu aku suka tengok movie melalui vcd. Tapi sejak illegal vcd peddlers ni selalu kena rush oleh pihak berkuasa, dah tak ada lagi vcd yang dapat di beli. So, aku habiskan masa dengan baca novel pula. Ada beberapa novel yang aku beli last year belum sudah-sudah lagi. So I’ve decided to finish up the novels with my current free time. Kawan pun tak ramai untuk aku ajak keluar berjumpa. Housemates aku pula biasanya balik kerja lambat. Aku dah dekat nak tidur baru diorang balik. Jadi, kebanyakan masa aku dihabiskan dengan duduk seorang diri. Kalau bosan tengok tv, aku dengar cd yang aku beli beberapa minggu lepas. Aku dengar lagu “Unwell“ berulang kali. Kerana aku juga tengah making friends with shadows on my wall. Kerana I’m feeling like I’m headed for a breakdown And I don’t know why

Sunday, June 08, 2003

Di Tengah Valley

Semalam, Sabtu pergi MidValley, ramainya orang…. tak percaya rasanya tengok orang seramai itu kat MidValley. Dahlah aku jalan seorang-seorang masa tu. Rasa janggal pulak tengok orang lain paling tidak pun jalan berdua. Ke mana semua kawan ku pergi? Aku nak makan kat situ pun rasa tak selesa walaupun perut memang berkeroncong. Kalau weekdays, aku tak kisah nak makan seorang diri lagipun biasanya weekdays memang tak ramai orang. Tapi weekend, dengan orang ramai, tempat duduk nak makan yang tak cukup, aku pulak makan seorang-seorang, mestilah rasa lain macam. Baik tak payah makan. Aku cepat-cepat masuk Carrefour, beli apa-apa yang aku dah plan nak beli dan cepat-cepat blah dari MidValley yang crowded itu. Sempat juga merasa anggur yang murah dan manis di Carrefour. Aku beli anggur setengah kilo, lama tak makan anggur. Sebelum sampai rumah tapau nasi dulu dengan lauk ayam goreng kunyit dan telur dadar. Memang tengah lapar giler masa tu. Pagi tu aku cuma makan maggi mee aje dengan minum nescafe. Tengahari tak makan, petang tak makan, balik rumah dalam pukul 8 baru dapat makan. Alangkah nikmat dapat makan nasi.

Thursday, June 05, 2003

Dying for Water

Hari ini ialah Hari Alam Sekitar Sedunia yang bertemakan Water – Two Billion People Are Dying For It! Sambil menaip ni pun aku sedang minum air. Kita dinasihatkan minum air lapan gelas sehari. Tapi air yang bagaimanakah yang kita mahu minum itu? Mestilah air yang bersih. Bagaimanakah kita boleh mendapatkan air yang bersih? Err…er… korek perigi sendiri? Dengan menjaga punca-punca air yang akan membekalkan air bersih ini supaya ianya juga turut suci dan bersih! Mudah, bukan? Tidak, ia tidak semudah mana. Cubalah tengok keadaan sekeliling anda terutama di Malaysia ini, cuba perhatikan sungai-sungai anda, longkang dan parit di kampung anda, adakah ianya semata-mata air jernih yang lancar mengalir hingga sampai ke muara? Atau pada alirannya itu turut sama ia membawa sampah sarap yang berlonggok dan busuk tidak terhingga? Usahkan hendak mengalir lancar, nak mengalir pun tidak berdaya, hingga bertakung memenuhi dasar parit yang berkelodak dan hitam warnanya.

Lambat bangat air longkang itu akan sampai juga ke sungai yang berhampiran. Air yang hitam berjelaga dan penuh mekanisma yang jijik dan meloyakan dek kerana tercemar dengan sampah-sarap yang terhumban sekali dengannya. Tapi jangan risau kerana loji pembersihan air akan menyaring air sungai yang tercampur air parit, air longkang (agaknya air kumbahan tercampur sekali tak? errgghhh!!) yang berbaur dengan segala sisa buangan pepejal atau cecair supaya ia akan bertukar menjadi air suci dan tidak berbau. Air yang telah dibersihkan tadi akan disalurkan ke paip-paip untuk kegunaan anda di rumah atau di mana saja kepala paip boleh anda jumpa. Jadi selama ini memang telah lama kita guna air yang bersumberkan dari sungai-sungai yang telah tercemar. Peratusannya aku tak ingat, mungkin anda boleh rujuk laman web yang berkaitan. Kebanyakkan sungai-sungai yang menjadi sumber air bersih untuk kegunaan kita selama ini sudah berada dalam keadaan yang tidak selamat lagi. Kita boleh membantu mengatasi masalah ini dengan tidak sewenang-wenangnya membuang sampah-sarap ke dalam sungai, longkang atau tempat-tempat yang tidak sepatutnya. Buang dalam tong sampah atau lebih baik lagi, kitar semula sampah-sampah anda. Jika kita tidak mulakan untuk menjaga sumber air minum kita dari sekarang, angka dua billion itu akan meningkat menjadi tiga atau enam billion pula dalam masa yang singkat.

Wednesday, June 04, 2003

Renjis-renjis

Petang akhir-akhir ini hujan mula turun melembapkan bumi yang kering dan panas selama ini. Baru rasa sejuk dan tenang sikit jiwa yang berkecamuk. Aku pergi rumah kawan kahwin last Sunday di Selayang. Memang sengaja tak bersarapan sebab nak makan nasi kenduri. Aku dan kawan-kawan sampai rumah pengantin dalam pukul 12 tengahari. Terus makan nasi briani, dengan ayam masak merah, daging masak hitam dengan acar buah. Dapat bunga telur, aku ambil tiga, sebab nak bagi pada housemate seorang satu. Most of the time aku cuma duduk luar rumah aje, tengok-tengok orang buat kerja, borak-borak dengan kawan-kawan. Setelah berjam-jam duduk rumah pengantin, ambil gambar, curi rasa lauk makan beradab, bersalam-salaman dan sebagainya, aku pun balik rumah dalam pukul 3.30. Sesampai saja di rumah, terus tidur tak sedar diri sampai pukul 6.30 petang. Bangun tu rasa pening kepala pulak. Sampai ke malam masih rasa sakit kepala. Tapi mujurlah bangun pagi Isninnya, sakit kepala tu dah hilang, terus pergi kerja macam biasa.

Monday, June 02, 2003

PS I Luv U

Sabtu dan Ahad yang lalu cukup sibuk. Sejak petang Jumaat lagi, keluar saja dari office aku bergegas ke KLCC cari hadiah kahwin. Tak fikir panjang nak beli kat mana pasal aku dah decide nak ke Parkson saja, boleh guna kad Bonuslink sekali. Cuma nak beli barang apa yang buat aku terpaksa berfikir panjang. Jalan selamat aku beli saja benda yang selalu dihadiahkan orang pada pengantin, pinggan mangkuk – in my case I choose cup and saucers.

Petang sama sepatutnya aku jumpa Adam yang baru sampai dari Kota Bharu. Tapi aku try call dia guna public phone asyik tak dapat, asyik ask for leave a message. Yang paling teruk ada sekali sampai terkeluar suara berbunyi “Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan”.

Pulak dah!

Mungkin aku salah tekan nombor. Dia nak call handphone aku memang tak boleh pasal bateri kong. Last-last aku balik rumah terus selepas try call Adam beribu kali. Sebelum tu sebab aku malas nak balut sendiri hadiah, aku pergi saja dekat kaunter gift wrap. Sementara menanti hadiah siap, pergi jalan-jalan tengok barang lain dulu.

Pagi Sabtu, beli bungkus mihun goreng letak rendang daging sikit dan roti canai. Sarapan lebih pagi ni pasal kalau hari kerja di office untuk minggu itu aku asyik makan roti-roti-roti saja. Naik muak nampak roti. Kalau roti canai tu lain cerita. Kenyang makan sarapan sambil baca paper The Star yang dua-tiga hari lepas punya. Tak sempat nak habis baca paper semua tu. Oh, rupa-rupanya World No Tobacco Day tu jatuh pada Sabtu 31 May rupanya dan bukan pada 30 May. Pada 31 May itu juga merupakan Hari Keluarga peringkat nasional.

Dalam tengahari tu tiba-tiba Adam sms ajak aku berjumpa di KL. Terus aku bersiap-siap untuk keluar. Kami pergi ke Sogo sebab dia nak beli perfume dan kalau cukup budget dia nak beli handphone baru kat Pertama. Handphone tak jadi beli sebab tak semena-mena dia decide untuk beli di KB saja. Perfume dia beli jenama Escada Sentiment, promoter tu baik hati bagi dia dua sample miniature free.

Pergi jalan-jalan kat pasar malam lorong TAR, aku beli mihun sup, dia beli jam Swatch palsu dan vcd cerita Melayu, cetak rompak of course. Tapi penjual tu tak banyak display vcd tu sebab penguatkuasa tengah giat jalankan operasi membanteras membuatkan orang ramai macam kemaruk nak beli vcd cetak rompak sebab sekelip mata aje habis vcd tu di jual.

Singgah Kenny Rogers lepas tu sebab kat KB tak ada Kenny Rogers katanya. Aku tak makan cuma minum coke saja. Lagipun aku dah tak suka gravy dia yang bukan lagi perasa black pepper tu. Dah hilang kick ayam Kenny Rogers kalau tak bersalutkan gravy black pepper. Sementara tunggu dia menyudahkan ayam, mashed potato, coleslaw dan muffinnya, aku pinjam baca U-Topia cover Robbie Williams dari Adam.

Inilah first time baca majalah ni. Kandungan majalah agak baik, dengan komik dan berita hiburan. Tapi bab bahasa dia tu, buat orang jadi mereng kejap. Menyusahkan orang betul majalah ni, perosak bahasa yang mutlak, payah aku nak faham apa ke benda yang mereka tulis tu. Memudarkan minat aku untuk terus membacanya. At least kalau Gila-Gila walaupun masih komik tapi bahasa Melayu yang di guna adalah bahasa percakapan hari-hari. Ejaannya senang difahami.

Tapi U-Topia punya bahasa, masya-Allah, kalau tak cukup sabar mahu saja aku koyak-koyakkannya, biar bercebis-cebis, buang dalam lubang tandas, lepas tu flush! Marah pula kawan aku nanti, hahaha! Tapi ada juga artikel aku baca misalnya pasal Robbie, filem Hulk dan gossip-gosip. Itu pun dalam tersangkak-sangkak sebab nak belajar mengeja lagi, banyak ejaannya telah pandai-pandai di ubah sendiri. Kes terlebih kreatiflah ni.

Habis makan-makan di Kenny Rogers, pergi jalan-jalan di S&M mencari manalah tahu kalau-kalau ada cakera cetak rompak lagi. Tetapi tidak berhasil kerana sebab-sebab di atas. Dari S&M boleh nampak Petaling Street berwajah baru dengan bumbung melengkung tinggi warna biru. Siap ada pohon-pohon palma di tanam di sisi lorong. Lihat lebih dekat PS sudah bukan PS yang dikenali dulu. Memang nampak lebih lawa dan kemas tapi jiwa PS yang lazim didekati sudah tidak dapat dikenalpasti. Terasa kekok dan asing.

Ibarat macam orang - dulu orangnya selekeh dan kumal tetapi setelah beberapa ketika, setelah sekian lama tak jumpa, dia tiba-tiba berubah menjadi lain. Menjadi pembersih dan pandai bergaya. Tahu pilih jenama dan bertata-rias. Kita yang hendak menegurnya pun jadi takut, terpaksa berhati-hati. Masih bolehkah bertepuk tampar seperti dulu? Masih bolehkah bersikap lebih kurang dengannya lagi? Tak apakah tidak terlalu bertertib atau menjaga susila jika berhadapan dengannya? Ibarat begitulah PS sekarang.

Cakera cetak rompak? Jangan harap boleh di jumpa. (Atau mungkin tunggu fasa PS lagi satu siap…hehe) Tapi anda masih boleh jumpa jam jenama tiruan. Hari merangkak senja tapi Adam masih tak puas hati selagi belum jumpa cd lanun.

Kami menyusur langkah hingga tiba di satu kedai di penjuru. Sudah terjumpa “syurga” yang di cari, ada banyak cakera cetak rompak di jual di sini tapi seperti biasa tak banyak yang di pamer. Hampir sejam dalam ni sibuk menyelongkar mencari cd yang diminati. Pilih punya pilih aku ambil dua cd koleksi lagu-lagu popular. Salah satu cd ada termuat lagu Unwell (Matchbox 20) dan Bring Me to Life (Evanescence). Sekarang aku tengah minat lagu ni. Dia beli tiga, Daniel Bedingfield, Vitamin C dan Sugababes.

Lepas habis sesi mencari cd, baru dapat balik rumah. Baru puas hati. Panaskan mihun sup yang dah suam-suam sejuk tu. Buka ntv7 sebab nak tengok Odisi, drama pertama yang mengisi slot ni ialah Piala Untuk Mama. Ceritanya kelihatan biasa cuma ia diluarbiasakan dari aspek naratif (pelakon utama buat voice-over untuk bercerita pada penonton). Itu memang jarang berlaku dalam drama Melayu. Teknik fotografi juga berbeza, walaupun pada aku nampak macam video yang dirakam oleh jurukamera kat majlis kahwin. Pelakon wanita utamanya juga berani berbikini! Itupun sebab dia ialah peserta renang berirama, nanti kalau buat adegan berbikini sekadar nak pancing penonton nampak sangat penerbitnya nak eksplotasi wanita. Erma Fatima pun ada pakai swimming suit versi sopan yang tidak akan mengundang kontroversi…hehe.

Lepas tu bersambung pula tengok My Best Friend’s Wedding. Aku suka filem ni sebab akhirnya Michael kahwin dengan Kimmy juga – walaupun Jules dah berusaha bermacam cara nak memisahkan mereka, tapi mereka telah ditakdirkan untuk berdua. Julia Roberts umur 28 tahun? Nampak macam 38 tahun adalah. Lepas tu keluar supper dengan Ap, makan nasi lagi tu walaupun dah hampir 1 pagi. Makan dan borak-borak dalam pukul 2 baru balik rumah.