Thursday, February 27, 2003

Ya, Itulah Mama Tak bagi

Tak baik tengok filem-filem tak senonoh macam ni, dahlah malam Jumaat pulak tu, bisik hatiku. Baik kau baca Yassin ke ada juga faedah. Memang di luar dugaan yang filem ini begitu picisan, terlalu bernafsu. Segalanya terlalu realistik, seolah mereka bukan berlakon dan tidak ada sesiapa yang akan merakam mereka. Seolah malu itu bukan lagi satu perkataan yang pernah wujud. Tiada kejanggalan dalam apa-apa jua perbuatan yang mereka lakukan. Mereka semua terlalu jujur depan kamera! Filem ini memang di beri rating R(A), bukan hanya untuk Restricted Audience tetapi juga untuk Rosak Akhlak! Moral dari filem ini ialah – Jika anda mempunyai seorang kawan baik yang sejantina dengan anda, jangan sesekali anda bercium mulut dengannya kerana selepas itu anda akan malu-malu kambing untuk berkawan dengannya lagi!

Malam tadi juga aku tengok 10 Things I Hate About You, salah satu filem remaja yang aku gemari. Aku paling suka dengan adegan Heath Ledger menyanyi kat stadium lagu “Can’t Take My Eyes off of You” untuk Julia Stiles, siap ada pancaragam lagi tu. Esok dah start Malaysia Sales Carnival, bolehlah survey dvd player kalau-kalau ada diskaun.

Enjoy weekend and happy shopping you all!

Wednesday, February 26, 2003

All About Myself

Lain kali anda jangan terlalu excited apabila telah mendapat movie yang anda cari-cari selama ini kerana mungkin perkara spoil akan berlaku. Kejadian yang menghairankan telah terjadi semasa aku menonton filem All About My Mother semalam.

Pada permulaan cerita tidak ada opening credit. Aku ingatkan mungkin opening credit akan muncul after 5 or 10 minutes cerita itu bermain. Tapi tidak juga muncul-muncul. Mungkin ini adalah kelainan pada filem ni, fikirku. Aku terus menontonnya dengan tekun ...bla...blaa...bla... Tiba-tiba watak Penelope Cruz tu mati sebab AIDS! Aik..kejap aje dia ni berlakon? Tak sampai setengah jam dah dimatikan wataknya. Seolah-olah watak dia hanyalah special appearance untuk filem ini. Lagipun Penelope ada nilai komersial so pengarah perlu menyelitkan unsur itu dalam filem heavy seperti ini.

Okey, I'm keep watching. Lepas tu tiba-tiba keluar ucapan thank you kepada Bette Davis, siapa lagi entah dekat skrin dan lepas tu terus keluar nama-nama pelakon dan nama-nama crew! Eh, dah habis ke? Kejapnya filem ni, dalam 40 minit aje dah habis. Rasa tertipu pulak! Cepat sangat habisnya. Mungkin inilah kelainan yang filem ini cuba tonjolkan, fikirku. Maklumlah art movie lah katakan, selalu akan terjadi benda yang tidak di sangka-sangka pada art-house movie.

Then aku ambik vcd case tu. Aku tengok ada satu lagi cd dalam tu. Eh, cd apa pulak lagi satu ni? Bila aku belek, ya Allah...aku terpasang second cd rupanya! Patutlah dah habis cepat! Terus aku menyumpah-nyumpah. Macam manalah aku boleh confident jer tengok second cd filem tu. Macam boleh faham sangat. Membazir masa sungguh.

Anti-klimaks betul kalau tengok second cd dulu. Masa tu dah pukul 8 dan aku belum solat maghrib lagi, so lebih baiklah aku tinggalkan dulu aktiviti menonton ni dan pergi solat maghrib. Baru tenang jiwa.

Tuesday, February 25, 2003

Misteri DVD 9 dan 5

Lunch hour tadi after balik dari pawn shop, aku lalu dekat kedai kaset/cd/vcd. Tiba-tiba aku ternampak vcd All About My Mother! Vcd itu yang telah lama aku cari-cari tidak semena-mena muncul di depan mata. Rasa nak melompat-lompat depan kedai tu (yay!) Filem ini memenangi anugerah Oscar kategori Best Foreign Film tahun 1999. Aku dah ada vcd No Man's Land (filem Bosnia) yang memenangi anugerah yang sama tahun lepas. Sebuah filem yang sarat dengan pemikiran. Memang No Man's Land deserved the award. Then, aku saja-saja tanya orang kedai tu kalau-kalau dia ada jual Y tu Mama Tambien. "Ya, ada" jawabnya. Haa.... filem ni pun ada? (yay! again) This is great. Kegembiraanku berganda. Dia jual satu vcd RM6. Aku cuba tawar beli 2 untuk RM10 tapi dia tak bagi. Nak tak nak aku terpaksa bayar RM12 juga, walaupun itu saja duit yang aku bawa masa tu. I have to borrow some money from my officemate to buy my lunch meals. Vcd punya pasal. The other day masa aku lalu kat Wisma HLA ada satu kedai jual dvd tampal this kind of notice at his shop. "DVD 9 = RM13" Omigod! Ini lebih murah dari vcd! Disebabkan terlalu curious dengan statement itu aku pun tanpa teragak-agak tanya taukey kedai.

"You jual 9 dvd hanya RM13?"

"Bukan itu macam, dvd 9 ialah jenis yang lebih baik, ada bunyi yang lebih kuat, lebih sedap dengar. Kalau DVD 5 harga dia RM7, tapi bunyi tak strong"

Laa... macam tu lah pulak. Macam manalah aku boleh expect ada orang akan jual 9 keping dvd dengan hanya RM13. Dream on. Cakap-cakap pasal dvd ni aku bukannya ada player lagi ni. Baru-baru ni last Sunday, aku telah beli juga 3 keping dvd! Ahhaa.... masa tu aku rasa missed about my favourite TV series The X-Files, kebetulan kedai kat Pertama tu ada jual dvd season 1 dan season 5 siri tersebut, so aku tanpa berfikir panjang terus beli kedua-duanya. Tapi season-season yang lain aku tak jumpa pulak. Satu lagi aku beli filem "The Frailty" lakonan Bill Paxton dan Matthew McConaughey. Sekarang dvd-dvd itu tersimpan di dalam laci. Hari ini bila aku tengok intisari rancangan ada pulak The X-Files macam biasa. Uhmm... just wait tonight.

Grammy yummy!

Semlm, ingat nak tengok sampai habis siaran tertunda Grammy Awards tu, tapi dalam pukul 1, dah tak larat nak tunggu. Masa Sheryl Crow berduet dengan Kid Rock tu aku pun tutup TV. Lagipun siaran ntv7 sungguh menyeksakan, tak clear, dah tak reti nak adjust ariel tu macam mana. Tidur bagus. Persembahan yang paling menghiburkan ialah Coldplay diiringi New York Philharmonic Orchestra. Superb! Norah Jones is excellent! I lurrvve Norah Jones!!! (Kita tengoklah berapa lama pulak aku akan minat Norah Jones ni...hehe..) Petang semalam hujan lebat. Aku habiskan masa finish the novel that I start reading early last year! Sampai sekarang tak habis-habis lagi, ada lagi 2-3 chapter.

Sunday, February 23, 2003

Grrr... Grammy!

Pagi ini ada “live” Grammy Awards! Dammit! Terpaksalah tengok repeat telecast macam biasa, even dah tahu result melalui internet. Ramai yang predicts Norah Jones akan merangkul banyak Grammy nanti, walaupun aku cuma suka satu saja lagu dia setakat ini, Come Away with Me. Hopefully John Mayer dan Bruce Sprinsteen juga akan memenangi salah satu kategori. I love Bruce Springsteen sejak lagu Secret Garden. Lambat, heh? Tahun lepas masa Alicia Keys menang besar dalam Grammy bukan main minat lagi dengan Fallin’ dan A Woman’s Worth. Lepas tu lama-lama dah surut pulak. Sebelum tu dengan Santana dan Laurynn Hill. I really hope that Norah Jones tidak menang terlalu banyak Grammy hari ini, cukuplah DUA sahaja supaya dia tidak slowly disapper from the music scene. At least India.Arie masih dicalonkan tahun ini walaupun tahun lepas dalam 5 (maybe 6? Or 5?) kategori yang namanya tersenarai satu habuk pun tak menang. Poor, girl! Tahun ini India.Arie bersaing dalam kategori Pop Collaboration with Vocals melalui lagu “Christmas Song” bersama the wonderful Stevie Wonder. Tapi nampaknya mereka terpaksa bersaing dengan (gasp!) Santana (Michelle Branch) lagu The Game of Love itu pun one of my current anthem juga tu. Calon lain ialah Christina Aguilera – Dirrty, Tony Bennet & k.d. Lang – What a Wonderful World, Natalie Cole & Diana Krall – Better Than Anything (two jazz queens, ada harapan menang juga ni) dan Sheryl Crow & Don Henley – It’s so Easy. Ada lagi kategori lain yang India.Arie bertanding dan semoga salah satu itu menjadi miliknya.

Apa kata kalau aku try menebak pemenang2 Grammy ini dalam beberapa kategory utama dan compare with the actual result nanti? Kita tengok sama ada aku layak atau tidak jadi juri Grammy : )

Contemporary R&B Album : Ashanti – Ashanti (winner)

Record of the Year : Don’t Know Why – Norah Jones (winner)

Album of the Year : The Rising – Bruce Springsteen (winner Norah Jones - Come Away with Me)

Song of the Year : Don’t Know Why – Norah Jones (winner)

New Artist : Norah Jones (winner)

Female Pop Vocal : Don’t Know Why – Norah Jones (winner)

Male Pop Vocal : Your Body is a Wonderland – John Mayer (winner)

Pop Performance (Vocal Duo/Group) : Dave Mathhews Band (No Doubt - Hey Baby)

Pop Vocal Albums : Come Away with Me – Norah Jones (winner)

Dance Recording : Kylie Minogue (Dirty Vegas - Days Go By)

Female Rock Vocal : Sheryl Crow (winner - Steve McQueen)

Male Rock Vocal : Bruce Springsteen (winner - The Rising)

Rock Vocal (Duo/Group) : Coldplay (winner - In My Place)

Rock Song : The Rising – Bruce Springsteen (winner)

Rock Album : C’mon C’mon – Sheryl Crow (Bruce Springsteen - The Rising - I should put my bet on this guy too but I just feel I didn't do justice to other contenders)

Female R&B : Foolish – Ashanti (Mary J.Blige -He Think I Dont Know)

Male R&B : Usher (winner - U Don't Have to Call)

R&B Song : India.Arie (Erykah Badu and all - Love of My Life An Ode to Hip-Hop)
.
.
.
.
.
too many to predict and too lazy….. Supposedly aku buat ni last week bukannya pagi nie nak ada awards baru pagi ni juga sibuk nak berteka-teki. So, just wait for the results ya’all! Ironically, aku tak mahu Norah Jones menang besar tapi aku jangka dia menang 4 kategory, how’s that?


11.12 A.M The result of the Grammy has been came out - refer at yahoo news. The bold one is the actual winner for my unlucky guess. Kita tengok berapa yang kena. Btw, India.Arie tak menang untuk kategori Pop Collaboration with Vocals sebaliknya Santana feat. Michelle Branch yg menang! yay! Tak sia-sia aku declare lagu tu as my anthem for this moment. Namun India.Arie memenangi 2 kategori lain, R&B Album & Urban/Alternative Performance.

6.18 P.M Keputusan penuh boleh didapati di website Grammy Aku dah compare actual result dengan ramalan yang aku buat. Sepatutnya aku buat awal2 lagi benda ni. Okey, tak apa nanti aku buat prediction untuk Oscar pula.

Thursday, February 20, 2003

Kuey Teow Teh Tarik

Tak sangka rasa Penang Char Kuey Teow sungguh sedap! Semalam beli mee kari - mula2 ingat nak beli mee kari SAHAJA because I feel that I'm not in a mood to commit sin of gluttony last night but I end up beli char kuey teow lagi tu! Then before midnight keluar lepak2 minum teh tarik. Walaupun aku rasa roti canai kat situ tempting, no, I should stop thinking about food! So, last night I just sipping my teh tarik and chit-chat with a couple of friends. Minum teh membuatkan aku susah nak tidur so aku habiskan tengok vcd "City by the Sea" yang aku tengok sekerat jalan sebelum cuti Hari Raya Haji baru2 ni. Kalau ada stesyen tv yang tengah berfikir-fikir mencari filem yang sesuai untuk Father's Day bolehlah menyiarkan filem ini sebab tema hubungan father and son (and grandfather) begitu tebal dalam filem ni. Lakonan James Franco sangat berkesan sebagai junkie dan Robert de Niro just okey. Ending dia aku rasa James Franco kena hukuman mati agaknya sebab its just hanging like that. Movie tu habis dalam pukul 1 so aku baring-baring sambil dengar Light & Easy.

Wednesday, February 19, 2003

Goodbye X-Files

And The X-Files ended ...... quite sad. Itulah satu-satunya cerita yg aku concentrate selama ini. Mungkin tidak juga, tapi salah satu lah tv series yg aku jarang miss. Last scene Mulder and Scully comforting eacth other atas katil. Teringat cover magazine Rolling Stone mereka berdua berkongsi selimut atas katil. Tantalising, don't u think? Rolling Stone memang bijak berjenaka melalui cover2 magazine mereka. Satu lagi Vanity Fair (maybe Vanity Fair) ada cover Duchovny memakai white shirt with thousand of bees swarming his shoulder side. That is one of my favourite magazine cover too. Biasanya kalau aku nak beli english magazine I tend to judge their cover first - yes, a creative and great cover will be my first consideration before invest in any foreign mags, sebab mahal. Eh, macam mana pulak boleh termasuk cerita cover majalah nie? Kalau banyak duit aku beli jer dvd The X-Files tu.

Tuesday, February 18, 2003

Destination : TGV

Semlm yg ada ialah filem Embun kat TGV. Tak payahlah tengok lagipun vcd dia dah ada kat rumah, yg original pulak tu, so tak jadi tengok. Sebaliknya aku tengok Final Destination 2. Scene accident dgn truck balak tu dahsyat betul. Kengerian melampau. Filem Final Destination yg pertama lepas tengok kat panggung, aku beli vcd pulak. Kalau aku dah beli dvd player nanti aku nak beli dvd filem ni. Bilalah aku nak beli dvd player agaknya? Must save some money and beli masa sale nanti.

I must say thank you pada Jimi d'Wiser sebab sign my guest book. I'm so happy! I will regularly visit your website.

Sunday, February 16, 2003

Mencari Supper di Bangsar

Pagi tadi dah start proses jalan raya di tutup sempena raptai NAM. Menapaklah jawabnya. Malam nie nak tengok filem percuma sempena Kuala Lumpur World Film Festival. Bantailah filem apa-apa pun asalkan free. Aku beli majalah Siasah baru-baru nie. Awal bulan dulu aku dah nampak majalah nie tapi yang January issue punya. Malas aku nak beli yang bulan lepas punya so last week aku terjumpa yang February issue. Aku pun terus beli tanpa menyelak-nyelak dulu apa isi kandungannya. Biasanya majalah yang memang aku nak beli aku tak belek-belek dulu - main pakai beli aje even pengetahuan aku tentang magazine tu is zero. Kalau magazine yg aku tak ada intentions nak beli memang aku akan browsing through. Tak tahulah kenapa. Majalah Siasah ni taklah ilmiah sangat, tak jugak terlalu santai. Tapi tajuk artikel dlm majalah nie banyak yg eye-catching contohnya "Mencari Tuhan di Bangsar", satu lagi "Jahat Sangatkah Amerika Syarikat"? Aku recommend tajuk "Mencari Tuhan di Bangsar" tu menjadi tajuk drama swasta di TV atau tajuk filem ke, sesuai jugak tu...hehhehehe...... Dlm Siasah keluaran Februari itu juga ada interviu dgn personaliti yang aku admire. Berbaloi jugaklah beli. Issue bulan ini berkenaan Bangsar - perihal situasi Bangsar semasa sambutan tahun baru 2003 yang lepas, keadaan Bangsar dahulu dan sekarang dan lain-lain. Pertama kali aku pergi Bangsar tak ingat tahun berapa tapi aku supper nasi goreng dgn fresh orange gelas besar kat medan selera kat situ. Lepas habis makan, terus balik. Lepas tu adalah dua-tiga kali pergi Bangsar lagi tapi tak adalah nak buat maksiat ke nak mabuk-mabuk ke, just pergi makan dan pergi jenguk-jenguk kedai-kedai yang cute kat situ. And oh, tengok manusia-manusia yang happening kat situ ; ) Ada cerpen yang sinikal bertajuk "Air" di dalam majalah itu.

Sunday, February 09, 2003

Love me Bender

Last Saturday duduk kat rumah jer. Keluar rumah pun sebab nak breakfast and pergi pasar malam. Pagi tu aku sakit perut after breakfast. Tak tahu apsal. Padahal aku cuma makan teh o panas dan laksa. Maybe sebab laksa tu? Maybe sebab laksa dan teh o panas tidak serasi bersama? Nasib baik kat medan selera tu ada toilet. After selesai urusan di toilet, pergi beli Harian Metro and tapau lunch kat kedai laksa tadi. Beli nasi dan lauk-pauk serta kuih-muih. Balik rumah tengok TV2 citer "On the Air". Aku suka tengok Jenny Malai Ali hostkan program tu. Masa nie perut aku masih terasa memulas-mulas lagi. Terpaksalah aku pergi toilet lagi. Then tengok drama "Goyahnya Ego Lelaki" drama tentang poligami sesambil aku baca Harian Metro. Masa nie dah okey sikit sakit perut tu. Boleh lah aku makan kuih yang aku beli tadi. Dah habis makan kuih tu, aduh... perut ku kembali memulas. Terpaksalah aku ke toilet semula. Dah sudah tu baru lega sikit, tapi aku tak terfikir pulak nak letak minyak angin ke apa ke. Last2 aku pun tidur jer sambil TV terpasang. Sedar-sedar dah pukul 3 lebih. After solat - teringat nak makan lunch yg aku tapau tadi. Tapi takut sakit perut pulak. Tawakkal jer lah makan nasi tu, lagipun membazir pulak kalau aku buang, baik aku makan. Alhamdullilah, after makan tak ada apa-apa berlaku. Dalam pukul 6 pergi pasar malam beli mihun sup dan buah. Just in time sampai rumah nak tengok TV siri Early Edition. Lepas tu bersambung tengok Majalah 3. Walaupun aku dah ada vcd Jerry Maguire tapi aku masih nak tengok filem nie masa ntv7 tayangkan last Saturday. Aku suka dengar ungkapan "I love him...I love him" sebagaimana Renee Zellwegger luahkan berulang kali masa scene di dapur tu. Lagu "Secret Garden" tu pun memang best. Aku tak sangka filem tentang ejen sukan pun boleh menjadi seromantik ini. Dah habis Jerry Maguire aku tengok Futurama, Inside Schwartz dan Seinfeld kat TV3. Futurama memang kelakar. Sama gila dengan The Simpsons. Yang kelakarnya masa Fry bukan main happy lagi masa Bender nak bunuh dia - masa tu Bender dah bertukar jadi evil car yg akan membunuh kawan baiknya sendiri. Inside Schwartz - just okey. Seinfeld juga kelakar. Elaine is the funniest of them all. Sunday. Hmmm... basically Sunday pun aku buat benda yg sama juga, melepak tengok TV & makan. Cuma aku tak sakit perut lagi. Aku tengok vcd Just Married lakonan Brittany Murphy dan Ashton Kutcher petang semlm. Takder lah menarik mana filem tu. Suara husky Brittany sangat seksi. Sambil tengok vcd makan kerepek. Malamnya tengok Sabrina The Teenage Witch. Maybe itu episod last for this season sebab last night Sabrina bertukar menjadi batu dan berkecai (because her soulmate ditch her - Josh and Harvey). Dulu aku tengok CSI tapi sebab ada Smallville aku try tengok Smallville pulak.

Friday, February 07, 2003

Bukan Lagi Blog Bronox

Hari nie aku telah create blog yg baru! Call me crazy if u want sebab semalam masa aku nak edit Lonely Planet tu ia tidak menjadi lantas aku pun delete semuanya. Lonely Planet nampak mcm travel guide. Aku tak mahu di associate kan dgn travel guide. Lemme see.... semlm aku tak jadi beli satay sebab malas nak tunggu satay tu masak so I bought nasi dagang instead. Malam tadi dengar Hitz.fm ada interviu dgn artis Malaysia pertama yg dapat nombor satu dlm carta lagu di UK kategory dance chart or something. Tak silap aku nama dia Haze, dengar mcm familiar, bukan ker dia nie Hari "Haze" yg pernah cipta lagu utk Ning Baizura? I dont know, maybe somebody else. Actually aku nak dengar THR sebab nak tahu DJ mana yg gantikan Andy Hakim dlm Hindi Power. No, I'm not follower of that show - no offend kepada peminat Hindi Power - cuma aku not into Hindi songs or films whatever. Rupa2nya Nasa yg take-over hostkan show tu sekarang. Then, aku switch station kejap2 dengar Mix fm and Hitz.fm.