Friday, January 27, 2006

Pulut Cicah Nyior

Been tagged from Salina’s blog.

1) List down 5 childhood memories of food.
2) And in the tradition of this meme, list the 4 previous taggers before yourself and then your own name at no.5.
3) Tag 3 (or more) other bloggers to continue this meme.


Mengimbau nostalgia makanan masa kecil yang masih diingati. Mula-mula aku rasa susah juga nak ingat sebab kalau aku balik kampung mak aku memang masak apa yang selalu kami makan. Jadinya dah tak ada apa makanan yang nak aku ngidam. Biasanya mak aku masak yang simple-simple, masakan kampung. Aku tak cerewet bab ni. Makan saja apa yang mak aku masak.

Tapi ada satu makanan yang dah lama aku tak makan,

Pulut cicah nyior dengan gula dan makan dengan ikan goreng.

Ni makanan untuk sarapan – memang heavy breakfast ni tapi aku suka. (Dulu-dulu aku tak begitu gemar makanan ni, tapi sekarang rasa macam miss pulak). Tak tahulah masa aku di KL ni mak aku ada buat). Pada masa aku masih bersekolah dulu memang dalam sebulan tu adalah dua tiga kali mak aku buat sarapan style macam ni. Ada sesetengah orang memang tak boleh makan sajian yang berasaskan pulut tapi keluarga aku okey saja makan pulut pagi-pagi.

Kelapa tu kita parut dulu – di ambil isi parutan yang putih saja kemudian gaul dengan garam dan gula. Lepas tu makan dengan pulut yang di tanak. Ambil lebihan ikan goreng semalam untuk menyedapkan lagi sajian pulut anda. Ada juga yang suka makan dengan ikan kering atau ikan masin. Ada juga yang makan dengan sambal belacan aku dengar. Tapi aku tak pernah pulak buat macam tu.

Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1427 dan selamat bercuti panjang.

Thursday, January 26, 2006

Caller-Me-Bad

Entry semalam yang aku nyatakan video klip kumpulan The All-American Rejects itu ialah dari lagu Dirty Little Secret. Aku terinspirasi dengan konsep video muzik tersebut yang menyelitkan adegan beberapa orang memegang poskad yang bertulis pengakuan rahsia mereka secara berselang-seli. Jika anda ingin tahu cerita di sebalik pembikinan video itu sila baca di sini.

Selain dari poskad yang bertulis “I make fun of fat people, but my mom is HUGE” ada banyak lagi pengakuan lain yang di tulis di atas poskad-poskad seperti yang terkandung dalam video muzik kumpulan terbabit. Di antaranya ialah

I want to go BLIND so I don’t have to see them TOGETHER

I waste office supplies because I hate my boss

When I eat, I feel like a failure

I FEAR I HAVE AN UNDIOGNISED MENTAL ILLNESS

People Think I’ve STOPPED LYING …. but I’ve just gotten better at it

I am a peaceful person who happens to be filled with violent rage

Jika anda ingin mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang bagaimanakah bentuk poskad-poskad tersebut, sila masuk sini. Kalau anda ada apa-apa rahsia yang ingin di luahkan tetapi takut orang berkenaan tahu, kirimkan saja ke situ. Ini juga boleh menjadi satu saluran untuk anda melepaskan tekanan. Bila menonton video klip dan menjengah weblog yang dipenuhi dengan catatan-catatan poskad beraneka rupa itu, ada tak satu yang anda rasa ada kena-mengena dengan diri anda?

Aku ada satu!* Ia berbunyi seperti di bawah.

I’m afraid to answer the telephone

Serious. Ada masa-masanya aku memang tak berani nak jawab telefon. Tanpa ada apa-apa sebab. Tanpa ada sebarang kewajaran. Tanpa ada sejarah masa kecil yang boleh membuatkan aku takut nak jawab panggilan telefon. Tak masuk akal kan?

Setelah berpindah rumah dan rumah baru pula tiada fixed line, aku mengambil masa yang terlalu lama untuk membeli handphone. Tapi memang perlu di beli sebab mana tahu ada kecemasan di kampung yang penting untuk diberitahu, tanpa handphone how they can reach me? Memang boleh guna telefon pejabat tetapi hanya terhad pada office hour saja.

Memang aku sengaja tidak membeli handphone awal-awal walaupun mampu dan walaupun berulangkali di desak dan dipersoalkan. Pasal aku rasa macam terkongkong. Handphone boleh menjadikan aku terlalu mudah untuk dijejaki. Di mana-mana saja orang boleh call aku dan itu membuatkan aku rimas. Aku kalau boleh tidak suka mudah di kesan atau dihubungi. (Actually I’m also feel strange with this kind of weirdness of mine… but, nevermine).

Nasib baiklah handphone pertama yang aku beli tu second hand punya dan baterinya selalu rosak. Jadi kalau orang call mesti akan terputus lepas tak sampai seminit bercakap. Lepas tu diorang akan call semula dan putus balik dan call semula dan putus balik. Lama-lama diorang pun fed-up nak call.

Tapi mestilah aku kena marah lepas tu kan sebab bila call asyik putus memanjang jadi aku pun tukar handphone lain – first hand punya and this time it works fine. Namun begitu aku memang suka tengok handphone canggih-canggih yang ada di pasaran sekarang cuma masalahnya aku tak gemar angkat call. Syukurlah dengan adanya teknologi sms kita tak payah nak bercakap lagi. Kita boleh teks saja sesiapa yang ingin kita hubungi dan dengan cara itu dapat juga kita bertanya khabar.

Lelaki dari kaum Melayu paling banyak memiliki telefon bimbit di Malaysia mengikut laporan akhbar The Star semalam. Undian dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia telah merumuskan demikian untuk kajiselidik yang dilakukan tahun 2005. Dial a random mobile phone number and chances are you will find yourself speaking to an adult Malaysian man of Malay descent – menurut ayat pertama berita tersebut. Tapi kalau random call tu terkena kat nombor telefon aku jangan harap le aku nak jawab.

*aku ada banyak sebenarnya. tapi aku bagitau satu dululah.

Wednesday, January 25, 2006

Portrait of a Fatty

Baru aku perasan. Ada dua sitcom yang aku minat sekarang – kedua-dua pemegang teraju utamanya ialah aktor bersaiz plus-plus. Hmmm.... Bersaiz plus-plus atau bahasa Melayu di panggil gemuk. Adakah ini namanya fetish? Oh, aku kena beritahu dulu apakah tajuk siri komedi yang aku maksudkan.

1. King of Queens.

Sinopsis: Blue-collar couple Doug and Carrie Heffernan (Kevin James and Leah Remini) share their home in Queens, NY with Carrier's oddball dad, Arthur (Jerry Stiller). Burly Doug, who makes a living as a parcel deliveryman, often has to scheme to find time alone with Carrie, as Arthur can be quiet a handful -- so much so that they hired a dog-walker, Holly, to look after him. When he's not working, clashing with Arthur, or nesting with Carrie, Doug hangs with his advice-giving buddies Deacon (Victor Williams) and Spence (Patton Oswalt), as well as his cousin Danny (Gary Valentine). – imdb.

2. Less Than Perfect.

Sinopsis. Huge egos. Backbiting assistants. Screaming deadlines. Claudia "Claude" Casey (Sara Rue) has moved up in the secretarial world of television news, from permanent floater to the anchor's desk. It's a short elevator ride from the depths of the mailroom to the executive summit, but still the ice queen assistants give her a chilly reception. Now, can this perky former temp's warmth and humanity melt the hearts of the competitive up-and-comers? - imdb

Kenapa aku memilih untuk follow dua siri jenaka ini berbanding dengan siri lain misalnya Married to the Kellys, Two and Half Man atau Arrested Development yang mempunyai watak utama yang mempunyai saiz pinggang lebih munasabah? Walaupun Sara Rue dalam Less Than Perfect nampak dah ramping sikit berbanding semasa beliau berlakon dalam siri Popular dulu. Adakah kerana plot sitcom mereka lebih kelakar? Atau jenaka yang mereka buat lebih lucu dari rakan aktor mereka yang kurus? Atau kerana aku boleh relate dengan mereka?

Kalau anda pernah tengok video klip kumpulan “All-American Rejects” ada satu babak pemuda memegang sekeping poster berbunyi lebih kurang “I Make Fun of Fat People” dan kemudiannya bersambung “But My Mother is HUGE”.

No. I’m not trying to make fun of fat people by mentioning this (and my mother is not huge either) ia hanyalah sebagai retorik. Aku memang ikhlas menyukai kedua-dua drama komedi yang secara kebetulan ia dibintangi oleh dua pelakon yang bersaiz ekstra. Aku menyatakan boleh relate dengan kedua-dua rancangan itu kerana aku sendiri memang ada mengenali, berkawan dan bersaudara-mara dengan mereka yang tidak berapa kurus ini.

Jadi kita boleh memahami apabila Doug stress dengan isterinya Carrie yang asyik memberi tekanan supaya Doug kurangkan makan supaya badan slim. Manakala Sara Rue semasa berlakon dalam siri remaja “Popular” dulu merasa sangat kecewa dan tersisih apabila dia tidak di terima untuk mengganggotai pasukan sorak untuk sekolahnya semata-mata kerana badannya itu gempal dan tiada potongan serta ahli cheerleader lain bimbang apabila mereka akan membentuk formasi nanti ia tidak menjadi simetri.

Manakala dalam situasi tempatan seperti yang aku pernah terbaca Syanie merasa terganggu dengan cara golongan berlebihan berat badan ini diperankan dalam filem Cinta Kolesterol. Seolah-olah mereka buruk lantak, tiada etika meja makan atau pelahap sangat. Ia adalah satu persepsi yang tidak adil buat mereka. Mereka tidak sepatutnya digambarkan sebegitu rupa.

Ehemm… bercakap tentang gambar, kenapa lelaki Mexico yang seberat setengah tan ini tidak menutup elok-elok bahagian bawah badannya seperti tersiar dalam ruangan Kesihatan, Mingguan Malaysia yang lepas? Kalau dia lapik betul-betul anggota badannya tu pun kita masih boleh agak macam manakah rupanya. Tidak perlu dibiarkan terdedah macam tu. Kenapa dia tergamak membiarkan dirinya digambarkan sebegitu rupa? Dimanakah keadilan untuk lelaki ini?

Tuesday, January 24, 2006

Gadis Melayu Urut


Biarlah diorang nak cari duit lebih buat kerja part-time jadi tukang urut, apa salahnya. Nanti bila gadis-gadis muda ini dah kahwin mereka boleh prektis pula skill megurut tu dekat suami masing-masing. Supaya nanti suami mereka tak ada alasan untuk dapatkan servis di luar dan boleh berharap pada isteri mereka saja. Jadi sebelum itu mereka terpaksalah mendapatkan pengalaman seberapa banyak yang boleh di usia remaja ini dengan belajar mengurut secara sambilan. (Mereka tak boleh buat aktiviti ni sepenuh masa kerana terpaksa pergi sekolah/kolej untuk mendapat kelulusan akademik) Kenapa pula perkara ini sepatutnya menjadi isu?

Isunya sebab mereka selain mengurut anggota fizikal yang tidak aib, mereka turut boleh melencong mengurut …. errr…. you-know-what sekali! Malah perbuatan urut-mengurut tu juga boleh membuatkan kita rasa tidak selesa. Rasa mendatangkan fitnah. Tujuan asalnya yang untuk memberi kelegaan kepada urat-belikat boleh membawa syak dan menjadi negatif kerana pelakunya ialah berlawan jantina. Ia sepatutnya tidak menjadi suatu topik yang boleh menimbulkan keresahan masyarakat kerana tradisi mengurut telah lama bertindak sebagai remedy dalam tamadun masyarakat kita sejak turun-temurun.

Ia hanya menjadi polemik kerana kaum lelaki di urut oleh gadis sunti yang mentah, manja dan bergetah. Dikhabarkan pula mereka, perempuan-perempuan muda ini sebangsa dengan kita dan beragama Islam. Ia menjadi bertambah-tambah berdosa lagi. Tapi bagaimana kalau mereka bukan sekaum dengan kita? Dan tidak menganut agama yang sama? Kita pergi ke pusat mengurut ini untuk melegakan urat saraf dan tulang-temulang yang bersimpul dan kita didatangi oleh amoi atau meenachi? Bagaimana kita untuk respond dengan keadaan itu? Ataupun jika dia satu bangsa dan satu agama dengan kita malah satu jantina dengan kita tetapi dia “kelihatan musykil”? Bagaimana pula kita ingin memberi rasionaliti kita?

Apa ke susah sangat? Terus saja meniarap atas tilam dan biarkan saja tubuh kekar kita di urut oleh mereka semua tu. Tak kiralah amoi ke meenachi ke musykil ke sebab masalahnya di sini cuma gadis-gadis Melayu tu. Kita tak nak membiarkan perempuan muda Melayu sunti mungil kita terus terjeremus dalam kancah urut-mengurut yang maksiat dan hina ini. Mereka harus diselamatkan dari terus mencari duit dengan secara keji begitu! Pergi selamatkan mereka sekarang! Okey...okey.... Nampaknya skill mengurut ini adalah tidak bermoral untuk golongan gadis remaja yang berbangsa Melayu. Kalau nak buat part-time juga, pergi jadi cashier. Hari-hari dapat pegang duit banyak. Walaupun bukan duit sendiri dan tidak dapat gaji lumayan tapi ia tidak menjadi isu.

Manakala lelaki-lelaki Melayu nampaknya akan terus di urut oleh amoi, meenachi, musykil atau nona-nona dari seberang kerana kita rasa lebih selesa dengan mereka ini semua. Tak kisahlah kalau urut-urutan mereka itu juga boleh melencong, asalkan kita tidak libatkan gadis-gadis muda sebangsa dengan kita, sudahlah. Dan kita harus bersyukur kerana telah menyelamatkan mereka dari terus berkecimpung dalam kerjaya yang menjijikkan ini.

Monday, January 23, 2006

The Art of the Descent

Kadang-kadang aku terlupa pasal apa aku tak suka menonton filem melalui dvd. Filem yang kita tengah sedap-sedap tengok tiba-tiba stuck tengah jalan. Ya, itulah sebabnya. Dvd terbaru yang buat hal macam itu ialah The Descent. Gambarnya clear cantik tapi masa klimaks tu tak bergerak pulak. Tension gue. Nak tukar balik dekat Sg. Wang tu malas pulak Terpaksalah aku main agak-agak macam-mana endingnya.

Nasib baik cerita yang berlokasikan dalam gua ni aku pernah tengok dulu kat wayang. Tajuknya The Cave (aku pernah menulisnya dulu). Walaupun plotnya sama – para peneroka itu terperangkap di dalam gua dan bertembung dengan makhluk gua yang mengerikan – tapi kelainannya The Descent semua pelakonnya adalah wanita. Jadi kita simpati dengan nasib dan kudrat wanita mereka untuk bertarung dengan makhluk yang tiada belas kasihan itu. Ia juga nampak lebih munasabah dengan tiada scene orang menyelam dalam air tapi bunyi bercakap bukan main jelas lagi. Macam bercakap atas darat. Padahal diorang semua sedang pakai scuba suit dengan topeng gas.


Filem yang aku tengok kat panggung minggu lepas ialah The Art of the Devil 2 atau Long Khong ada scene kena censored sikit kan. Masa coach diorang nak molest student-student tu tiba-tiba kita terpaksa gunakan akal kita yang ahem, yellow minded ni… untuk meneka apakah yang seseorang buat bila tiba-tiba dia melondehkan seluarnya? Selain dari untuk membuang air kecil, maksud aku.

Ini filem seram Thailand ketiga yang aku tonton ada melibatkan pelajar-pelajar atau remaja sebagai watak utamanya selepas Shutter dan Six. Antara ketiga-tiga itu aku paling suka Shutter. Long Khong bukannya tak sedap atau tak seram (seram woii…. sampai balik rumah pun masih dok terbayang lagi) tapi kerana jalan ceritanya berkisarkan pemujaan untuk membalas dendam begini sudah menjadi wirit. Selain dari itu ia juga bertujuan untuk mengubati mereka yang menderita terkena buatan orang.

Special effect filem ni memang sangat first class semasa adegan serangga/reptilia itu bergerak-gerak di bawah lapisan kulit mangsa. Lembaga yang sekejap nampak sekejap tak nampak (dan hanya seorang saja rakan mereka yang boleh nampak tu) memang bisa meremangkan bulu tengkuk. Filem seram Siam ini memang lebih pintar kan? Seperti juga Shutter dan Six ia tidak membiarkan penonton berpuas hati dengan penamat yang kita sangka itu sebaliknya ada pula twist ala M. Night Shyamalan.

Sunday, January 22, 2006

You Had Me At Helo

Kalau ada satu rancangan tv yang wajar di sumpah seranah ianya adalah “Helo Minda“. Aku tak pernah tahu pun pasal game show ni sebab lambat sangat start pukul 1 pagi lebih. Siapa yang dapat tengok (kecuali mereka yang kerja shift atau student yang tak ada kelas esoknya atau mereka yang tak ada kerja nak buat atau insomniac) jadi aku pun tertengoklah program ni awal pagi Sabtu yang lepas. So, the verdict?

Tak kanlah nak cakap awal sangat pasal verdict-nya kot? Kita tinjau dulu macam mana cara rancangan ni dijalankan.

Ada pengacara seorang (menurut housemate aku pengacaranya bertukar-tukar, sekejap orang ni, sekejap orang tu. Untuk makluman, housemate aku yang suka sangat tengok rancangan ni) tukang bagi arahan atau informasi atau sekadar untuk menceriakan suasana sepanjang program berlangsung. Apabila visual permainan keluar dia pun akan memberi soalan dan meminta penonton membuat panggilan untuk menjawabnya. Aku tak reti nak explain bentuk permainannya. Lebih kurang macam ruangan “Rilek Sekejap” di suratkhabarlah konsepnya.

Selepas ada penonton berjaya menjawabnya beliau belum boleh dapat hadiah lagi. Lepas tu hos akan memberi beberapa soalan pengetahuan am kepada penonton tadi dalam jangka masa tertentu. Contoh soalan seperti Apakah nama mata wang Argentina? Siapakah pengasas Hadiah Nobel? Anugerah Grammy di beri untuk mengiktiraf bidang apa? Apakah nama empangan hidro-elektrik terbesar di Malaysia? Kemudian barulah dapat hadiah wang tunai, RM200 misalnya. Not bad, eh?

And then pada dinihari Sabtu yang bedebah tu semasa si pengacara yang macam muka Ifa Radziah (aku tak tahu nama sebenar beliau) memberikan soalan yang terakhir berpandukan kepada visual permainan yang keluar – tiba-tiba saja rancangan itu habis begitu saja! It just being cut-off air, badly! Lepas tu keluar poster “Jagalah Keselamatan Anak Anda di Musim Banjir”. Kemudian di susuli dengan rancangan agama “Muhasabah Diri”. Insaf kejap dengar. Selepas itu “Berita Ringkas”. Kemudian, dah tak ada.

Nada.

Zilch. (adalah rancangan lain lepas tu – apa entah – tapi bukannya sambungan Helo Minda)

Apa yang lebih buat sakit hati tu, soalah terakhir yang hos bagi sebelum the program abruptly went off air, teramatlah payahnya sampai boleh buat kita nak tarik-tarik rambut. Tak silap aku, visual yang dipaparkan terdiri daripada beberapa nombor yang ada diberikan secara angka dan ada secara bertulis, misalnya 50, lima puluh, 155, lima, 25 dan kita dikehendaki mencampurkan kesemua nombor tersebut untuk mendapatkan jumlahnya. Senang kan? NOT! It’s not as simple as that.

Nombor yang secara angka dan secara abjad itu telah diletakkan di dalam imej-imej tertentu seperti nombor 50 berada di dalam imej kepala keretapi, nombor lima diletakkan dalam imej daun – begitulah seterusnya. Dan ada ramai pemanggil telah menelefon untuk memberikan jawapan yang logik mengikut apakah sepatutnya nilai sebenar nombor-nombor itu apabila dijumlahkan. Tetapi pengacara mengatakan jawapan-jawapan itu semua kurang tepat. Kenapa? Kerana terdapat nombor-nombor tersembunyi di dalam figura-figura tersebut yang penonton kena menelitinya betul-betul. Dan benda itulah yang membuatkan kami penonton di rumah rasa naik gila untuk menelitinya. Sudahlah macam tu, kena potong pulak rancangan tu tak semena-mena. Langsung tak tahu apakah jawapan sebenarnya. Rasa macam tertipu pun ada.

Tapi… hehhehe… kami tak ada call pun nak participate. Saja cuba-cuba try berlawan sesama sendiri siapa yang dapat teka jumlah tu dengan betul. Rasa geram juga bila pengacara naikkan jumlah hadiah wang tunai hampir RM900 bila tak ada sesiapa yang boleh menjawab dengan tepat. Tapi lama-lama hadiahnya turun jadi RM400 pulak setelah clue diberikan untuk memudahkan orang jawab. Malangnya sampai sudah tak ada sesiapa pun yang dapat menjawabnya dan lebih malang lagi last-last rancangan tu pulak kena potong.

Jadi lain kali kalau ada orang ucapkan helo pada minda anda, katakan saja, Hell, No!

Thursday, January 19, 2006

Berkebun Dalam Bahaya


Masa filem The Constant Gardener bermain di panggung dulu, officemate aku ada pergi tengok. Lepas tu dia komen yang filem tu boring. Last-last dia duduk berborak saja sampai filem tu habis. Aku tak tahulah penonton lain bengang ke tidak dengan dia and the gang yang asyik bersembang masa tengok wayang. Kalau aku mesti rasa bengkek jer. Aku pulak masa filem tu ada kat panggung tak sempat nak pergi tengok. Kenalah beli dvd sebab aku teringin juga ingin menontonnya.

Dan bila aku telah menontonnya, baru aku faham kenapa dia rasa boring. Sebab filem ini bergerak perlahan dan tiada aksi kejar-mengejar atau letup-meletup, hanya banyak bercakap. Daripada pengarah yang menghasilkan “City of God“ bagi aku filem ini adalah superb. Fernando Meirelles mengangkat kembali imejan negara dunia ketiga. Kalau dulu di Brazil kini di Kenya. Dengan rumah-rumah tidak tersusun, manusia-manusia comot dan selekeh, alam yang menyesak dada serta sosio-politik yang tidak harmoni.

Quayle seorang diplomat British amat mencintai isterinya Tessa walaupun perangai isterinya itu digambarkan semacam sundal. Apabila Tessa terbunuh dalam satu kemalangan dia berusaha untuk membongkar sesuatu di sebalik kematian tersebut yang disyakinya ada konspirasi. Apabila dia mula menggali lebih dalam keadaan menjadi tambah bahaya sehingga mengancam nyawa. Tetapi kerana cintanya itu dia tempuhi juga segala rintangan. Hence the tagline, Love at any cost. “Menggali” juga adalah allegory kerana Quayle turut mempunyai hobi suka berkebun. Hence the title, Gardener.

Kalau tengok dvd ada deleted scene. Paling menarik ialah scene seorang lelaki Afrika (dalam adegan Tessa dan rakannya Dr. Arnold pergi melawat satu family ni tiba-tiba lelaki yang menjadi ketua keluarga itu cakap yang dia terlewat dah nak pergi kerja – dia naik basikal lepas tu tiba-tiba saja dia dah sampai ke restoran tempat kerjanya) Tapi sebenarnya scene dia berbasikal ke sana rupa-rupanya amatlah lama dan kita dapat menikmati pemandangan Afrika yang eksotik sepanjang dia menunggang basikal tersebut serta beberapa insiden yang dia alami.

Definitely filem terbaik bagi aku untuk tahun 2005.

Wednesday, January 18, 2006

Resepi Sihat (Extended Version)

Nota: Pada 26hb Mei 2003 aku telah menulis entry seperti di bawah. Aku rasa artikel itu boleh dipanjangkan lagi maka aku tambah tiga perenggan ekstra. Kalau tengok sesetengah filem melalui versi dvd, kadang-kadang jalan ceritanya telah dilanjutkan beberapa minit dari versi panggung yang asal. Inspirasi daripada situ.

Biasanya kalau aku beli roti sandwich yang panjang dan di potong-potong itu, kan bahagian paling atas dan terbawah roti tu yang adalah yang paling coklat warnanya kan? Itu yang orang panggil kerak dia kan? Roti-roti yang di tengah tu adalah yang putih dan gebu dikelilingi kerak coklat. Biasa aku tak makan part roti dua di hujung tu. Sebab bagi aku rasa dia tak sedap. Tapi pagi ni sebab aku tak mahu membazir, aku pun makanlah roti yang kerak kaler coklat tu sebagai sarapan. Itu saja baki roti yang tertinggal.

Aku malas nak turun makan di *food court. Kalau turun situ mesti aku akan pilih makanan-makanan berminyak yang di goreng dengan sambal seperti nasi lemak, nasi goreng, roti jala, mee goreng dan seumpamanya. Aku mesti kurangkan makan benda-benda macam tu untuk kesejahteraan kesihatanku. Kurangkan makan ayam dengan kulit-kulitnya sekali, banyak lemak tu. Kurangkan makan seafood sebab allergik.

Aku kena banyakkan makan sayur, kalau boleh pilih sayur yang tidak di masak atau di goreng, jenis yang pakai celur. Lebih baik jika aku petik sendiri sayur tu kat kebun mana-mana lepas tu terus ngap! Tak payah nak celur-celur dah. Tapi ingat senang ke aku nak jumpa pokok sayur kat kawasan perumahan aku duduk tu? Pokok bunga banyak lah. Tapi dosa pula ambil sayur orang tanpa kebenaran.

Kadang-kadang bila kita dah selalu makan daging dan kurang makan sayur, lama-kelamaan kita akan mengidam untuk makan sayur. Bila kita tengok sayur kita akan rasa terliur dan ingin meratahnya begitu saja. Nasib baik pemakan sayur mentah tidak di pandang serong atau di label gelaran tertentu. Lainlah kalau makan daging mentah (atau lebih gory lagi makan daging manusia – kanibal nama panggilannya).

Seperti yang aku mention dalam perenggan terawal, tidak semua bahagian daging pada ayam atau lembu yang orang sanggup makan. Selain kulit atau lemak, ada yang tak makan organ-organ dalamannya, tengkuk, kaki dan macam-macam lagi. Sayur pun sama. Katalah sayur sawi. Ada yang hanya suka daunnya, ada yang makan batangnya dan ada yang suka biji sawi saja. Mungkin kerana allergy atau mungkin juga kerana mengada-ngada.

*Food court yang aku maksudkan ini telah pun tiada. Mula-mula khabarnya akan di buat renovasi untuk menaiktarafkan ia supaya kelihatan lebih efisyen. Tetapi sampai sekarang kerja-kerja masih terbengkalai. Mereka telah mewujudkan satu kafe jenama terkenal sebagai ganti. Aku tak mampu ke sini kerana harganya lebih mahal dan ada pilihan kedai makan lebih murah di luar.

Tuesday, January 17, 2006

Don't Blow Your Job (& Blog) Away

Menurut maklumat yang aku baca dalam akhbar sisipan The Star, InTech hari ni, terdapat lebih kurang 8 juta blog yang sedang beroperasi sekarang, bersumberkan Pew Internet and American Life Project. Menurut satu agensi lain, jumlahnya tidak mustahil boleh menjangkau 20 juta. Wow, 20 juta?! Banyak tu. Tapi tentulah tidak semuanya mampu kita baca. Aku rasa nak baca sampai blog ke lapan pun tak larat, apatah lagi ke lapan juta.

Kebanyakannya dalam sehari aku cuma baca dua-tiga weblog saja. Lainlah masa mula-mula kenal dunia online jurnal ni, ada lah sampai dua tiga puluh blog aku asyik ralit nak klik dan discover. Lama-lama jadi boring. Sampai nak update blog sendiri pun boring. Tapi benda ni ikut angin juga. Bila kita tengok jurnal orang lain konsisten saja entry-entry dia, kita pun rasa semangat balik.

Okey, sebenarnya rencana dalam InTech yang aku petik di atas bertajuk “Don’t Blog Your Job Away”. Secara kasarnya (sebab aku baca sambil lalu) ia tidak menggalakkan kita mengisi blog kita tentang isu-isu dalam tempat kita mencari makan. Jangan dedahkan apa-apa tentang kerja, struktur, masalah, politik atau makcik cleaner yang bekerja satu organisasi dengan kita. Ia boleh jadi mengancam atau berisiko terutama kepada masa depan kerjaya kita. Pergi tulis pasal benda lain – pasal alam sekitar, sukan, dvd, bermain drum, anime, filosuf atau kalau hendak tulis juga tentang pejabat anda, tulis pasal tempat-tempat strategik di mana anda boleh merokok di kawasan tempat kerja anda itu.

Cuba lihat gambar yang aku sertakan ini ehsan dari artikel tersebut. Ia buat aku macam nak tersengih sebab komputer aku (tapi dalam gambar tu laptop) dengan orang dibelakangnya lebih kurang macam situasi tempat kerja aku sekarang. Cuma aku tidak buka laman web Blogger tu terang-terangan macam nak tunjuk pada satu dunia. Aku kecilkan saiznya seolah apa yang aku ingin surf itu adalah skandal. Tapi officemate aku memang selalu lalu-lalang belakang ni. Aku tunggu line clear baru aku blog.

pix from The Star

Monday, January 16, 2006

(smít’n)

Di dalam ruangan FirstPerson majalah 8Days keluaran Jan 5. 06, terdapat pernyataan seperti di bawah dalam satu perenggan. Aku attached ayatnya untuk anda baca. [I think its okey agaknya aku guna certain part dari majalah diorang untuk kegunaan input kali ini].


Kemudian bila aku baca ruangan ulasan filem akhbar The Star pada Sabtu lepas review tentang Pride and Prejudice cuba perhatikan ayat yang aku sertakan ini.


Lihat, penulis review telah menggunakan perkataan “Smitten” untuk mengulas pasal filem dari novel Jane Austen ini. Aku tak tahulah kalau-kalau konotasi ini kerana ia memang layak di tempatnya atau ia ada insignia tertentu. Sekarang tengok pula definisi “Smitten“ seperti yang diperolehi dari kamus Webster.


Oh ya baru aku perasan! Nama ruangan di mana perkataan “Smitten“ terdapat dalam majalah tu ialah FirstPerson manakala ulasan yang aku buat untuk filem adaptasi dari novel Jane Austen tersebut tajuknya ialah First Impression! Interesting, eh? Aku rasa macam telah membuat 6 degrees of something writing. fyi, First Impression ialah judul yang mula-mula ingin Austen berikan pada cerita Pride and Prejudice itu.

Satu lagi, untuk makluman anda isi kandungan artikel FirstPerson tu ialah mengenai situasi rakan serumah si penulis Amanda, tentang perhubungan cinta beliau mengikut piawai rakan-rakan karibnya dan prospek pasangan hidup. Manakala isi tema filem Pride and Prejudice pula ialah tentang ibu bapa yang ingin mencari pasangan hidup untuk anak-anak serta menilai kewajaran sesebuah perhubungan mengikut piawai masyarakat pada zaman itu.

Aku tahu perkara ini hanya trivial tetapi aku rasa amuse bila memikirkannya. Kalau anda rasa tak faham dengan apa yang aku tulis ni, don’t bother. Sebab aku pun tak pasti dengan apa yang aku nak sampaikan sebenarnya. Tapi yang pastinya kalau ada sesiapa yang belum tahu makna “Smitten“, anda telah dapat mempelajari perkataan baru hari ni.

Yeah right. Whatever.

Friday, January 06, 2006

Satu Lagi Hari Raya

Orang kita selalu menyangka apabila mendengar saja tentang perayaan Raya Haji akan mengaitnya dengan mereka di pantai timur yang meraikannya dengan skala lebih besar. Ia seakan stigma kepada penduduk dari wilayah itu. Padahal tidaklah ianya secara total adalah benar. Mungkin kerana dalam kalendar ia tertera tanda cuti umum lebih sehari maka ia dianggapkan lebh meriah tetapi bagaimana kita memakmurkan hari raya itu sendiri adalah subjektif.

Raya maknanya Besar menjadikan hari raya adalah Hari Kebesaran. Kita boleh raikan seperti mana hari raya Aidilfitri juga atau buat tak tahu saja. Tapi jika kita umatnya sendiri mengabaikan mana-mana hari yang diperuntukkan pada kita sebagai peristiwa untuk kita raikan, itu sudah menjadi tidak beretika. Tidak kiralah di penjuru dunia mana pun kita berada, ada dua hari raya yang wajib kita muliakan. Sama ada di pantai timur mahu pun di pantai yang lain, rayakanlah hari tersebut. Semoga kita semua dapat bergembira dan menginsafi pengertian yang hadir bersama hari raya itu.



Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha 1426 H.

Wednesday, January 04, 2006

First Impressions

Filem period bukannya menjadi pilihan utama aku untuk di tonton. Tapi aku tengok juga sekadar untuk berhibur. Last sekali aku tengok Vanity Fair lakonan Reese Witherspoon di arahkan Mira Nair menerusi dvd. Macam filem Hindustan pula. Siap ada nyanyi-nyanyi, tari-menari tetapi ianya disesuaikan dengan jalan cerita jadi kita nampak ia memang layak di situ. Overall aku masih kurang gemar.

Susah jugak nak bagi pendapat benda yang kita tak minat. Bukanlah aku tak minat secara intrinsik, tapi susah sikit nak bagi ulasan. So far film period yang latest aku suka ialah The Girl with the Pearl Earring. Di barisi dengan aktor-aktor yang kuat seperti Scarlett Johansson, Colin Firth dan Cillian Murphy, ia memang ada isi, dialog dan cinematography yang hampir sempurna. Tapi bila aku menonton Pride and Prejudice kita boleh anggap struktur masyarakat di kurun ke 17, 18 ini memang bercirikan sebegini. Orang kaya ada rumah agam dengan pembantu ada berpuluh-puluh, manusia berkasta-kasta dengan golongan aristocrat, seniman, askar, pengasuh, courtesan dan rakyat marhaen.

Aku tak berapa arif mengenai sosio-politik, budaya atau kostum mereka pada zaman tersebut. Cuma kita rasa impress dengan Jane Austen seorang wanita yang hidup pada eranya berupaya menulis naskhah begini yang ketara aspek feminisnya sedangkan ketika itu majoriti wanita masih di bawah kongkongan lelaki. Walaupun telah banyak novel austen yang divisualkan sebelum ini tetapi Pride and Prejudice adalah filem pertamanya yang aku tonton di panggung. Malah sebelum ini pun ia telah banyak muncul dalam medium lain antaranya siri mini dan tahun lepas ia diolah menjadi filem berjudul Bride and Prejudice lakonan Aishwarya Rai.

Ramai jugak penonton yang tengok filem ni masa sneak preview hujung minggu baru-baru ni. Mingkin sebab Keira Knigtley. Ketahuilah anda bahawa pengarahnya Joe Wright hampir tidak mahu mengambil Keira memerankan watak ini kerana beliau terlalu cantik [imho, Keira tidaklah TERLALU cantik – Rosemund Pike yang jadi Jane, kakak beliau, lagi cantik]. Tetapi setelah bertemunya sendiri, Joe nampak yang Keira ada kualiti tomboy yang nampak cocok untuk watak Elizabeth tersebut maka beliau bersetuju mengambilnya.

Keseluruhan filem ini adalah menghiburkan malah membuatkan kita teringat senario institusi kekeluargaan tempatan apabila ibu bapa risau anak dara mereka belum bertemu jodoh lagi atau pun mereka sepatutnya mengahwinkan anak mereka dengan sesiapa dari kalangan orang berada supaya dapat hidup senang turun-temurun. Manakala keluarga kaya dengan pre-conception bahawa anak mereka sepatutnya bertemu jodoh dengan golongan yang setaraf supaya tidak menjatuhkan status keluarga. Semua ini terkandung dalam plot Pride and Prejudice malah ianya masih terus terjadi dalam kehidupan kita sehingga hari ini.

Pull and Stroke

Kalau anda ingat yang awal-awal tahun lepas aku pernah cerita yang aku suka melepak after office hour dengan officemates kat kedai mamak sambil minum teh tarik... well, macam mana perkembangannya? Lama-lama kitorang semakin bosan dengan aktiviti tu dan geng nak minum teh tarik juga semakin menyusut dan kami semua seakan fed-up. Pergi jugak lepak kat mamak tapi setakat dua tiga orang jer dan tak adalah selalu macam hari dulu-dulu.

Aku pernah mention yang minum teh tarik dan roti bakar/roti canai setiap hari pun belanjanya bukan murah. Apatah lagi dengan pendedahan pakar fisioterapi Dr. Balwant Singh awal minggu ni yang menyatakan minum teh tarik akan melonjakkan angka jangkitan strok pada generasi akan datang mungkin memberi sedikit motivasi untuk kita mengurangkan pengambilannya. Tambah beliau lagi,
"Pada masa ini, strok meragut banyak nyawa dalam masyarakat kita. Malaysia merupakan satu-satunya negara yang banyak menggunakan susu isian pekat dalam minuman teh sedangkan susu isian pekat mempunyai kandungan gula yang amat tinggi," katanya.

Aku mengaku yang susu isian dalam tin yang tidak sesuai bagi bayi itu juga adalah ramuan istimewa yang melazatkan teh tarik anda. Susah untuk melepaskan rasa lemak penuh berkrim dan manis yang sebati dalam susu di adun bersama teh timbang kati penuh aroma yang menjadi segelas teh untuk memuas tekak. Memandangkan susu itu yang menjadi isu, apa kata kita mencari unsur lain untuk menggantikan susu isian pekat manis yang sangat mengancam ini. Kita boleh guna krimer atau susu cair.

Aku baru saja tahu yang kita boleh order teh yang guna susu cair kat kedai mamak. Kita panggil dia “Teh C”. Warnanya nampak macam teh tarik biasa cuma rasanya lebih tawar. Tak apalah tawar sikit. Bukannya tak pernah minum teh tarik yang manis sebelum ni. Ataupun minta dia campur susu pekat manis sikit kalau tak tahan sangat telan teh tarik tawar meleser. Susah juga nak buang tabiat minum teh tarik ni nampaknya tapi dalam waktu yang sama kita tak mahu kena strok.

Have a healthy year everyone!