Wednesday, August 27, 2003

Kisah Minggu Lepas untuk Masa Depan

Aku busy sesangat minggu ni, sampai nak update jurnal pun tak sempat. Cerita di bawah dah agak basi sebab ini last week punya cerita.

Hari Jumaat (22nd August) after office hour aku suggest kat kawan aku supaya kami makan-makan di Naili’s, Sentul. Banyak kali aku dah dengar pasal kelainan tempat ini jadi aku amat tertarik untuk mengetahui tentang apa yang istimewa sangat tu. Pusing-pusing dua tiga kali tempat yang sama sebab tersesat akhirnya sampai juga di Naili’s pada lewat petang. Memang cantik tempat tu sebab di hias seumpama kita berada dalam kawasan kampung dengan aliran air di kali dan pokok-pokok hutan menyamankan suasana. Memang dalam kawasan kampung pun sebab ada ayam berkeliaran dan dari meja makan, kami boleh nampak dapur rumah orang kampung di sebelah tengah masak-masak. Ternampak pula seorang mak cik sedang mengeruk sampah di halaman untuk di bakar. Ada satu yang tak best pasal tempat ni, banyak nyamuk kat situ walaupun pihak Naili’s sudah membakar ubat nyamuk namun ia masih tidak dapat menghalang dari nyamuk-nyamuk ini datang menggigit.

Dari segi makanannya, boleh tahan. Aku order nasi goreng nyonya dengan minum nescafe tarik. Sesudah bersantap dan bersembang-sembang, kawan aku ajak singgah rumah dia kejap. Aku ingat lepas tu dah tak nak makan dah, tup-tup kawan aku ajak makan kat restoran NZ di Wangsa Maju pula. Aku order nasi goreng ayam kunyit dan teh tarik. First time makan nasi goreng kaler hitam macam tu tapi rasa dia sedap. Ada pedas-pedas sikit. Sebelum sampai ke rumah, housemate aku pula ajak makan di food court, aku macam dah tak larat nak makan masa ni, tapi aku singgah juga kat food court tu, cuma aku tak makan, just minum Nescafe tarik.

Balik rumah aku buka stesyen THR yang sedang siarkan rancangan tribute to Datuk Ahmad Nawab bertajuk Sumber Ilhamku. Selama 14 jam stesyen radio ini siarkan lagu-lagu Ahmad Nawab tanpa henti di samping berceloteh tentang karier dan perjalanan seni beliau. Tapi mostly lagu-lagu yang disiarkan sekerat-sekerat aje, disebabkan dj dengan tetamu-tetamu tu sibuk nak bercakap. Namun aku teruskan mendengar sebab malam tu aku tak dapat tidur, aku rasa maybe sebab pengambilan kafein yang terlalu banyak malam itu.

Esok malamnya pula (23rd August), Sabtu, aku pergi DBP dengan seorang kawan untuk menyaksikan filem Gedebe. Mula-mula agak was-was nak tengok pasal review tentang filem ni mostly kata tak best berbanding dengan versi teaternya dulu. Tapi it turn out that filem ini excellent. Cuma aku tak reti pula nak bagi review aku sendiri. Kalau anda pernah menyaksikan slot drama pendek yang dinamakan Odisi di ntv7, bagi aku konsep filem Gedebe ini sesuai untuk dimuatkan dalam Odisi. Cuma Gedebe lebih extreme dan lancang sampai di beri rating 18PL. Ternampak Melissa Saila masa hari tayangan.

Happy Merdeka!

Wednesday, August 20, 2003

Bad Boys

Kenapa pelajar-pelajar itu perlu tunjuk kuasa dengan membelasah seorang pelajar lain yang lemah dan tidak berdaya itu? Apa yang mereka marah sangat? Apa yang mereka tidak puas hati?Adakah pelajar-pelajar kita terlalu banyak masa lapang hingga boleh mencipta havoc atau sensasi di sekolah untuk mendapat perhatian akhbar? Kenapa mereka tidak duduk saja diam-diam dalam kelas atau asrama dan belajar betul-betul. Bukankah itu pun tujuan mereka berada di sana? Aku tidak mahu artikel ini berbunyi semacam preachy atau ceramah kerana ia akan jadi membosankan sebagaimana bosannya pelajar-pelajar itu mengadap buku teks mereka. Sebab itulah mereka bergaduh agaknya.

Bertumbuk antara ciri-ciri maskulin lelaki. Ia boleh menjadi satu terapi yang mujarab tatkala perasaan amarah membuak-buak menguasai diri maka ia boleh dilepaskan melalui menumbuk sesuatu Tetapi lebih sedap kiranya kita dapat menumbuk seseorang kerana kita boleh mengharapkan respon daripada si penerima tumbukan. Kita tentu expect respon yang agresif juga dari orang tersebut supaya tumbukan pertama tadi akan disusuli dengan bertubi-tubi tumbukan seterusnya. Dari cuma satu tumbukan sekadar untuk berekreasi, ia akan bertukar jadi satu pertarungan.

Lebih menarik kalau ada penonton dan lebih menarik kalau penonton itu bertempik-tempik mengapi-apikan lagi. Impak sesuatu pergaduhan akan terasa lebih maksimum jika ia menjadi bahan aduan ke lembaga displin sekolah atau kes polis dan lebih menyeronokkan lagi jika ia kekal sebagai cerita mitos yang ditokok tambah hingga apabila generasi pelajar yang bergaduh itu sudah pun habis belajar (atau di buang sekolah), ia masih segar diperkatakan. Biar ia menjadi urban legend.

Budak-budak asrama masa aku belajar dulu pun ada kes bergaduh juga. Aku tak tahu apa punca pergaduhan tersebut – malah bila masanya mereka bergaduh pun aku tak tahu. Sedar-sedar bila ada sekali tu aku tengah cari Zam pasal something nak jumpa dia, tiba-tiba seseorang memberitahu ku

“Kau tak tahu ke Zam tengah bercuti sekarang kat kampung dia pasal kes budak-budak belasah dia dulu,”

“Laa... dia kena pukul ke? Tak tahu pulak. Bila? Teruk ke?”

Nampak sangat aku ni tak mengikuti peredaran zaman. Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, Zam kena belasah pasal ada sekumpulan penghuni asrama yang anti dengan dia ni. Punca kenapa budak-budak tu anti dengan dia tidak pulak aku ketahui. Biasanya mereka yang jenis berlagak samseng ni tak memerlukan sesuatu alasan atau punca yang kukuh sebelum mereka boleh memulakan pergaduhan. Apa-apa sebab pun boleh, kau terlanggar awek aku masa kat koridor ke, kau tak tolong siapkan homework aku ke, kau dapat markah math lebih dari aku ke, kau report kat warden pasal aku curi milo dari dewan makan ke atau sebab kau tak senegeri dengan aku maka budak-budak negeri aku nak belasah kau ramai-ramai!

Alasan yang terakhir itulah yang paling bodoh pernah aku dengar dan itulah juga antara punca aku dapat tahu menyebabkan Zam kena tumbuk. Mula-mula aku dengar pun rasa takut juga, macam mana kalau aku pun betul-betul kena tumbuk nanti? Bersediakah aku untuk menghadapinya? Tapi syukurlah, semua itu hanyalah khabar-khabar angin saja. Tak ada pula aku kena threaten atau menerima ancaman dari mana-mana pelajar negeri itu walaupun mereka kelihatan sangat berkuasa di asrama. Sebab-sebab kita berada di sekolah adalah untuk menimba ilmu dan bila kita duduk di asrama pula kita dapat belajar berdikari dan belajar untuk menerima kehadiran rakan-rakan kita yang bukan senegeri dengan kita untuk bergaul dan memahami mereka melalui hidup sebumbung.

Kenapa pula sampai perlu menunjuk samseng dan memburukkan nama sekolah dengan membelasah pelajar? Zam terpaksa bercuti – lama juga – maybe dua bulan rasanya akibat trauma daripada kejadian itu. Tapi dia sempat kembali ke sekolah untuk menduduki SPM dan akhirnya dapat melanjutkan pengajian di UIA. Budak-budak yang belasah dia tu tak tahu pulak apa terjadi pada mereka dan aku pun tak kenal mereka sangat. Kita rasa kecewa kerana pelajar-pelajar ini terpaksa menunjukkan perangai barbaric demi untuk melampiaskan sesuatu.Seakan sudah hilang semangat berdiplomasi atau bersemuka duduk semeja berbincang secara terbuka dan dewasa. Mereka kena belajar benda-benda ini, di didik tentang moral dan amalan mulia sejak dari bangku sekolah ini. Bila mereka sudah dewasa kelak, sudah berada di IPT, mereka tidak ada begitu banyak masa lagi untuk di ajar tentang semua itu. Lagipun masa ini mereka akan mula mendabik dada konon sudah besar dan tak perlu tahu lagi segala remeh-temeh tentang sivik dan budi-pekerti.

Anak muda pelajar-pelajar itu, kita tak mahu mereka terus di asuk nafsu amarah keterlaluan. Apatah lagi mereka masih mentah dan belum banyak mengenal dunia. Mereka akan dewasa juga suatu hari nanti. Kita tidak mahu mereka dewasa dengan agenda hidup yang penuh pukul-memukul, bergaduh dan membelasah orang. Kalau masa sekolah dulu setakat mengadap cikgu displin dan guru besar masih boleh dimaafkan lagi. Kalau dah sampai menjadi kes polis, tiada maaf bagi-mu lah jawabnya. Sesiapa saja boleh memulakan pergaduhan. Tetapi impak paling maksimum yang dirasakan oleh orang yang memulakannya ialah sama ada dia masih hidup dan menjadi kebencian orang atau pun nyawanya melayang dan matinya tiada yang sudi mengenang.

Monday, August 18, 2003

No Camera, please!

Ternampak dua muka yang familiar dalam dua medium yang berbeza kelmarin. Seorang ialah my officemate, aku ternampak muka dia tengah tersenyum girang dalam paper The Star. Seorang lagi ialah my ex-coursemate, tiba-tiba termuncul dalam satu rancangan tv. Berita mengenai my officemate tu ialah berkenaan pencapaian cemerlangnya dalam bidang yang diceburinya itu. Manakala my ex-coursemate tu pula, dia tengah duduk bersembang dalam satu kedai makan bila tiba-tiba the camera focus to his face. Dia nampak masih tak berubah macam dulu. Tentang my officemate tu pula, dia nampak chubby sikit dalam paper tersebut. Sedangkan in real life muka dia nampak cengkung dan kurus dan lebih cantik. Aku belum mention pasal ni lagi dengan officemate aku tu, nantilah kalau ada peluang aku cakap yang aku ternampak berita dan gambar dia terpapar dalam newspaper.

Dulu (dua-tiga tahun dulu) masa officemates aku cakap yang mereka ada ternampak aku termuncul dalam tv aku rasa macam freak-out kejap. “Hah, ye ke korang nampak aku dalam tv?! Tipulah – tak percaya aku,“. Tapi sebab lepas seorang demi seorang yang pantang nampak aku aje mesti tegur “Hey, aku nampak kau dalam tv semalam, masa tu kau tengah berjalan dengan Brad,” Betul ke ni? Rancangan apa tu? Rupa-rupanya mereka nampak aku dalam tv semasa program Buletin Utama. Bukan aku yang jadi bahan berita masa tu tapi scene aku tengah berjalan dengan officemate aku tu jadi sebagai hiasan visual latar belakang. Tak silap aku masa tu aku dengan Brad tengah berjalan menuju ke bangunan Oriental Bank (kini bangunan tu dah bertukar jadi nama apa entah). Rasa macam nervous pulak bila ada orang rakamkan gambar kita tanpa pengetahuan kita macam tu walaupun rakaman itu sekadar menunjukkan kita dalam situasi yang biasa.

Tapi bagaimana kalau rakaman itu menunjukkan kita dalam situasi yang luar biasa atau situasi-situasi yang terlampau? Adakah kita masih akan rasa selesa atau kita akan merasa lebih nervous lagi? Seperti dalam program Edisi Siasat tiga minggu lepas yang memfokuskan tentang dua pelajar yang melakukan aktiviti terlampau di bawah tangga. Adakah jurukamera itu yang bersalah kerana telah mengganggu privacy dua makhluk yang sedang bersenggama di tepi tangga itu? Atau pun pasangan itu yang bersalah kerana telah melakukan aktiviti luar biasa di tempat awam? Kalau aku yang sekadar berjalan-jalan saja pun sudah rasa macam hak privacyku dicabuli dengan di ambil gambar sebegitu apatah lagi bagi pasangan yang sedang berasyik-masyuk memadu asmara tersebut. Siapa yang malu nanti? Tentulah mereka dan keluarga mereka yang malu. (itu pun kalau mereka tahu malu) Aksi di bawah tangga itu bukan saja di siar di tv malah di sebar melalui internet (aku pun dapat) dan mungkin ada yang save dalam pc untuk tontonan di masa lapang sebagai bahan kajian untuk proses kawad cam – siapakah gerangan dua insan ini, anak siapakah mereka? Atau ia sekadar jadi bahan tontonan untuk sesi lawak jenaka dengan kawan-kawan.

Bagaimana kalau imej video yang kabur-kabur sikit tu tidak cukup kabur untuk menyembunyikan wajah asal si pelaku? Dua manusia itu masih jelas dapat dikenalpasti selain perbuatan mereka yang memang terang dapat dipastikan apa yang mereka sedang buat itu.Maka terjejas sudah nama baik mereka yang di bina selama ini Kawan-kawan yang mengenali mereka akan rasa tertipu setelah menyaksikan rakaman video tersebut bahawa mereka bukanlah sebaik yang di sangka. Bagaimana kalau kejadian aku tersalah masuk dalam toilet wanita last week itu juga terakam di dalam kamera tersembunyi? Misal kata ada seorang pervert atau peeping tom telah memasukkan satu kamera tersembunyi untuk merakamkan aksi-aksi wanita di dalam tandas, tiba-tiba terselit muka aku sekali dalam video tersebut?! Bagaimana kalau toilet wanita itu memang tersohor sebagai tempat kaki pengendap perempuan tengah buang air dan Edisi Siasat pula sedang buat coverage tentang isu berkenaan? Lebih malang lagi aku yang cuai pada masa itu telah berada pula di dalam tandas yang dimaksudkan semasa rakaman litar tertutup itu sedang dibuat.Apa pula kata mereka-mereka yang mengenaliku jika mereka terlihat rancangan itu nanti? Tentu aku di cop sebagai kaki pengendap dalam tandas. Sebagaimana pasangan pelajar tersebut yang busuk-busuk pun orang akan gelar mereka sebagai kaki romen di bawah tangga. Atau untuk lebih sedap lagi kita tambah – Couple Kaki Romen di Bawah Tangga yang Terlampau.

Nasib baik aku tak sempat melepaskan hajat dalam toilet tu, bila tiba-tiba seorang perempuan keluar dari salah satu bilik tandas yang berkunci tadi. Perempuan itu terus panik bila ternampak aku dan aku juga panik bila ternampak dia. Siapa yang salah masuk tandas jantina siapa sebenarnya ni? Selepas menyedari bahawa aku yang tersilap tandas, aku pun berkata sorry berkali-kali pada si perempuan, lalu cepat-cepat berambus dari situ dan menuju ke tandas yang betul. Bayangkanlah keaiban yang bakal aku tempuhi kelak sekiranya adegan itu terakam di dalam kamera tersorok. Walaupun cuma berdepan dengan seorang wanita saja pun di dalam tandas itu sudah cukup memalukan aku, apatah lagi jika ada yang memandai-mandai tergamak untuk memvideokan perisistiwa ini. Namun semua imaginasi buruk itu cuma bermain dalam benakku saja. Hopefully tidak ada kamera pada masa itu ataupun orang yang ternampak kejadian tersebut.Hopefully kalau ada orang yang ternampak aku masuk toilet wanita tu ingat aku ni cleaner kat situ.

Kita semua tentu tidak suka orang memperkatakan tentang yang buruk-buruk pasal kita, bukan? Apatah lagi perkara yang buruk-buruk itu dapat pula dirakamkan dalam video sebagai bahan bukti.Bagaimana kita hendak menidakkan lagi kenyataan bahawa perbuatan terkutuk itu bukan kita yang melakukannya? Tak kan nak kata itu cuma pelanduk dua serupa.

“Bukan, bukan aku yang buat benda-benda terlampau macam tu, itu semua pelanduk yang buat,“

Memang susah hendak menyorokkan perkara-perkara yang busuk. Bangkai gajah tak kan dapat ditutup dengan nyiru kata orang-orang tua. Tapi kalau dapat ditutup pun, misalnya ada orang sempat buat rakaman video sebelum penutupan tersebut berlaku, lambat-bangat orang boleh tahu juga, makhluk yang di tutup tu sebenarnya ialah bangkai gajah! Bayangkan kita pula dalam situasi bangkai gajah itu, yang bagak dan memekung tetapi cuba diselimuti. Masih cuba dirahsiakan segala yang buruk-buruk terjadi di sebalik itu. Tetapi semuanya menjadi sukar dan mustahil disebabkan ada imej-imej yang terakam, ia menjadi begitu realistik dan ia sukar untuk dinafikan.Kita bukannya pervert untuk memilemkan aksi-aksi terlampau di tepi tangga itu. Mereka berdua juga tidak boleh menuduh hak privacy mereka telah dicabuli kerana tidak dapat lagi berasmara di tepi tangga dengan selesa disebabkan ada jurukamera menunggu. Namun mereka kena sedar sedangkan orang yang cuma bersiar-siar di tempat awam pun ada yang jadi bahan rakaman tanpa rela dan pengetahuan, inikan pula mereka yang berasmara di tempat awam - rela tak rela pun, memang jurukamera tu akan rakam juga.

Thursday, August 14, 2003

Pop Kuiz

Kalau boleh aku memang malas nak rasa excited kalau jumpa artis pasal dah terlampau kerap ternampak artis kat KL ni. Tak perlulah kita nak tunjukkan yang kita ni macam kemaruk sangat bila terserempak dengan mana-mana artis.Tapi artis yang satu ni, bila aku tersua dengannya tadi, memang ada rasa teringin jugalah nak tengok dia lama-lama. Itulah second time aku nampak dia secara live (tengok dalam tv tu tak kiralah). First time dulu masa dia ditemuramah dalam satu majlis berkaitan dengan AIM di PWTC. Masa tu memang tempat tersebut penuh sesak dengan orang ramai yang ingin melihat dia dengan lebih dekat.

Seperti biasa dia ni selalu dikelilingi oleh anggota keluarga atau bodyguard bila bepergian, hari ini pun tidak terkecuali. Ada ramai krew penggambaran, wartawan, juga aku ada nampak kakak ipar dia yang sedang pregnant anak ke dua tu tapi abang dia tak ada pulak. Memang manis orangnya, sopan-santun. Masa dia tengah posing atas kerusi tu kelihatan dia beberapa kali membetul-betulkan belahan kainnya daripada mendedahkan sepasang kakinya yang putih gebu itu.

Sebenarnya bukan dia seorang yang berposing hari ni, ada seorang lagi artis lain yang turut berganding dengannya. Bintang yang ini pun tidak kurang popularnya lebih-lebih lagi sejak kes dia menyaman satu syarikat yang dikhuatiri akan memusnahkan karier seninya Tapi nampaknya dia masih lagi meneruskan aktiviti nyanyian macam biasa dan masih lagi sibuk menjalani photo shoot untuk majalah seperti yang aku saksikan ini. Untuk pengetahuan anda kedua-dua artis berkenaan ada beberapa persamaan di antara satu dengan lain. Antaranya ialah mereka sama-sama lahir dari pertandingan ujibakat anjuran RTM. Tapi nama pertandingan saja yang berbeza. Sama-sama menjadi spokemodel untuk jenama mekap antarabangsa. Tapi brand yang berlainan. Sama-sama tidak pernah berlakon filem, vcd atau cerekarama. Sama-sama mempunyai abang yang pernah merakamkan suara di dalam album. Tapi abang penyanyi ke dua ni belum ada album sendiri lagi. Manakala abang penyanyi pertama pula pernah ada dua tiga album. Sama-sama berkelulusan SPM. Dan mereka berdua sama jantina.

Soalan : Siapakah nama kedua-dua penyanyi popular ini?

Wednesday, August 13, 2003

Menguap

Sebab malas nak cerita apa-apa buat masa ni, aku forward aje lah e-mail pasal menguap yang aku rasa dah banyak kali aku dapat. Kali ni aku bagi anda semua pulak baca, kalau ada yang belum pernah dapat lagi, silakan baca dan kalau rajin forward-forward kat orang lain pula.


ADAB KETIKA MENGUAP
1) Hendaklah meletakkan tangan di mulut ketika menguap untuk menutup pandangan yang tidak layak ketika mulut terbuka, juga untuk menghalang sesuatu masuk ke dalam mulut.

2) Juga disuruh mengurangkan suaranya hingga tidak kedengaran langsung.

3) Selepas menguap hendaklah beristighfar kepada Allah swt kerana menguap adalah dari tanda malas dan ia dari syaitan. Rasulullah saw.bersabda:

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi bersabda "Sesungguhnya Allah swt suka akan bersin dan benci akan menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah swt., hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan "Yarhamukallah". Adapun menguap adalah dari syaitan, jadi jika seorang kamu menguap maka hendaklah ia mengembalikannya (menahannya sedapat mungkin, kerana apabila kamu menguap, syaitan ketawa melihatnya.Riwayat Bukhari.

Rasulullah saw. bersabda dari Abu Hurairah r.a. katanya, "Menguap dalam solat adalah dayang daripada syaitan, jika seseorang kamu menguap maka hendaklah ia berusaha menahannya (dari membuka mulut lebar-lebar).Riwayat Tarmizi & Muslim

Tuesday, August 12, 2003

Makan Kraftangan

Tadi jalan-jalan makan tengahari di Kompleks Kraf Jalan Conlay. First time datang makan kat sini, Meja pun masa ni sudah hampir banyak di isi walaupun jam belum pun pukul satu. Tapi sudah ramai yang enak menjamu selera dan ramai lagi yang berjujuk beratur untuk mengisi pinggan. Ada satu meja panjang sedang duduk sederet wanita-wanita warga asing –mungkin pelancong- makan dan minum sambil bersembang-sembang di tengah ruang makan. Sedang aku leka nak memilih lauk tiba-tiba ada satu suara menyapa kat belakang

“Sedap-sedap makanan kat sini ya,“ ujar si empunya suara.

Aku pun menoleh untuk melihat siapakah gerangan yang menyapaku itu. Oh, Chef Ismail rupanya. Salah seorang jurumasak yang famous kat Malaysia. Aku pun tersenyum kepada beliau sambil dalam kepalaku terus berfikir-fikir aku nak ambil lauk apa ni? Aku ternampak satu lauk seakan sambal yang berisi apa entah dan mulutku ramah bertanya Chef Ismail

“Ini apa orang panggil ini?“

“Ini orang panggil jering“ jawabnya sambil tangannya menyudu lauk jering itu dan mengisinya ke dalam pinggan. “Tak makan jering?“ dia bertanya.

“Tak,” aku menjawab ringkas.

“Isyhhkk...sedap ni, rugi tak makan jering,“ jawab beliau. Aku tersengih mendengar. Sesudah selesai urusan memilih lauk-pauk, aku bayar di cashier dan cari tempat duduk. Kawan aku makan lauk masak lemak ketam.Aku makan sup tulang, ikan kembung goreng dan sayur ulam (entah apa nama ulam ni? Lupa pulak nak tanya Chef Ismail... hehhehe)- dan minum air suam.

Sesudah melantak, kami jalan-jalan tengok kraftangan yang banyak di jual di kompleks tersebut. Tapi tak beli satu apa pun, saja nak survey apa barang-barang yang ada di jual di sana. Sekarang tempat tu sedang buat sale dan kalau ada sesiapa berminat nak beli hasil kraftangan tempatan singgahlah ke sini. Kalau tak nak beli kraftangan pun tapi nak singgah makan-makan pun boleh juga. Sajalah aku buat promosi percuma kat sini.

Monday, August 11, 2003

Konserto Terakhir

Karnival Astro Family Fair tu betul-betul macam satu family gathering especially masa para pengunjung duduk bersantai, bersila atas lantai mengadap skrin besar untuk menonton Akademi Fantasia final concert. Dulu aku memang tak tahu apa –apa pun pasal Akademi ni malah siap naik menyampah lagi especially masa aku try nak hantar sms untuk kawan aku last week Saturday tetapi gagal di hantar gara-gara system sms yang jem dek penangan para AFundi, See, sampai aku dah start guna mereka punya jargon lagi….hahhaha…. Better late than never bak kata orang putih, so aku pun terfikir-fikir macam mana aku nak merasai excitement konsert last budak-budak ni. Dengan tak ada Astro kat rumah dan kawan-kawan yang ada Astro pulak tak ada yang sudi nak mengajak (maybe diorang ingat aku tak suka rancangan ni agaknya). Macam mana aku nak buat ni?

“Apa kata kita tengok kat kedai makan macam last week?” suggest housemate.

“Tengok kat kedai makan? Hmm, okeylah, asalkan boleh tengok sudah,“ aku bersetuju aje.

Dalam-pada aku duk bersetuju tu, aku masih rasa macam tak puas hati. Tak kan berjam-jam nak duduk melangut kat kedai makan tu kot? Rasa macam seganlah pulak. Bukannya kami tak kenal dengan taukey restoran tu, baik jugalah dia dengan kami, tapi sampai nak duduk situ dari pukul 8 hingga entah pukul berapa konsert tu habis rasa macam bukan perangai aku yang sebenar, It’s not me – bak kata orang putih lagi. Kalau masa tu makanan yang kami order masih penuh di pinggan, rasa tak apa juga, sambil menyudu makanan sambil menghirup minuman sambil mata menatap kaca tv. Kalau makanan pun dah lama kami habis bedal, masih lagi duduk tercongok megadap tv, aku tak biasalah nak buat macam tu dan aku tak nak membiasakan diriku membuatnya.

Boleh saja kalau aku nak beratur depan PGRM yang jaraknya sepelaung saja dari rumahku untuk merebut pass percuma itu tapi aku ni jenis malas beratur. Nak kejar skuad perodua Era tu pun, malas pulak aku nak dengar siaran Era nak tahu lokasi kenderaan mereka. Lagipun banyak kerja lain lagi aku nak buat dari main kejar-kejar dengan skuad Perodua Era tu.Kalau dah itu malas, ini malas tapi masih jugak nak tengok konsert final tu, apa yang seharusnya aku lakukan?

Nasib baiklah aku ada terbaca pasal Karnival Astro’s Family Fair berlangsung di PWTC dari 8 – 10 Ogos Aku pun imagine yang mesti ada banyak tv-tv akan di buka semasa karnival berjalan yang semuanya akan tayangkan saluran-saluran dalam Astro. Salah satu saluran tersebut sudah pastilah Astro Ria Kalau dah pasang siaran Astro Ria pada Sabtu 9 Ogos jam 8.00 malam, rancangan apa lagi yang akan ke udara kalau bukan Final Concert Akademi Fantasia! Yay!

“Kita tak payah tengok konsert Akademi Fantasia kat kedai makan tu pasal kita boleh tengok masa karnival Astro kat PWTC!” aku beritahu housemate.

“Ye, ke? Bestnyerr. Tak payahlah kita order makan-makan,“

Petang Sabtu dalam pukul 7 kitaorang pun berangkat ke sana. Tapi sampai kat PWTC terkejut monkey pulak aku tengok begitu ramai kaum India sedang berkerumun. Ramai yang teramat ramai macam mereka semua sedang menantikan konsert Stars of India yang akan dimulakan beberapa minit saja lagi. Terasa macam nak sambut Thaipusam pun ya, juga….hehhehehe... Cuma tak ada orang bawak kavaddi jer. Ada tertampal note pada dinding memberitahu yang karnival Astro berlangsung di Level 4. Dalam Dewan Tun Razak di Level 4 itu juga ramai kaum India sedang berhibur dalam acara yang dikhususkan untuk mereka di atas pentas yang disediakan. Kami pun merayau-rayau ke segenap pelusuk dewan meninjau apa-apa aktiviti yang sedang dijalankan untuk memastikan yang kami bukan berada dalam persidangan agung MIC! Ada banyak section-section dalam karnival ni, semuanya mengikut tema saluran-saluran tertentu di dalam Astro seperti rangkaian Dynasty package, Vaanil, HBO, Cinemax,Animal Planet, Discovery Channel dan banyak lagilah. Setiap section tersebut ada menganjurkan games dan activiti untuk orang ramai, Kalau yang menang tu dapatlah hadiah macam shopping bags dan goodies. Rasa macam tergoda pulak nak masuk games tapi barisan orang nak sertai aktiviti pun panjang gilerr. So cancel jer niat nak masuk tu sebab malas beratur. Then aku pergi surau kejap untuk solat maghrib

Dalam pukul 8 lebih tu barulah habis kaum India kita yang dok conquer stage sejak dari awal aku sampai tadi untuk memberi giliran pula kepada - apa lagi kalau bukan Final Concert Akademi Fantasia! Tetapi yang upsetnya bila Fahrin Ahmad si pengacara memberitahu yang siaran langsung konsert di layar besar itu hanya akan ditayangkan hingga pukul 9 saja untuk memberikan peluang kepada kumpulan kebudayaan India untuk conquer stage semula selepas itu. Dan skrin besar akan kembali menyiarkan siaran langsung itu pada pukul 10.30 malam sehinggalah pemenangnya diumumkan. Tapi jangan risau kerana tv-tv kecil di dalam dewan ini kebanyakkannya akan membuka saluran Astro Ria jadi anda boleh bertumpu pada tv-tv kecil itu sebelum kembali semula ke skrin besar apabila ia dimulakan balik nanti pada pukul 10.30.

10.30?! Isyhkkk…. Macam lambat pulak rasanya. Tapi tak apalah, apa nak buat, tengok aje apa yang ada dulu sementara belum pukul 9 lagi ni. Aku dan housemate pun duduk bersila kat ruang lapang depan stage yang menyediakan layar lebar tersebut. Ramai juga yang duduk bersila, duduk bersimpuh, berlunjur kaki dengan kami masa ini. Kaum India yang berduyun-duyun itu pun masih ramai lagi belum berganjak pada masa ni. Sementara acara kesenian India tu belum start kita kasi mereka tengok Akademi Fantasia dulu. Dalam pukul 9 lebih tu barulah keluar penari-penari kebudayaan India, dengan bunyi tapak kaki mereka menghentak lantai pentas dan gemercing perhiasan pada kaki dan badan memulakan persembahan. Para fanatik Akademi Fantasia apabila melihat saja mereka itu muncul menguasai pentas masing-masing bergegas meninggal tempat tersebut seolah-olah kehadiran penari-penari itu tidak diperlukan dan meluru mencari tv-tv kecik. Gasaklah kalau penari tu nak rasa kecil hati ke apa ke tapi kami memang tak ada mood nak tengok tarian India masa tu. Tapi penonton dari kalangan kaum India yang lain masih setia di depan pentas berhibur dengan show yang memang ditujukan khas untuk mereka pun.

Kami terjumpa satu tv kecil yang agak selesa untuk di tonton sebab tak ramai orang tengok tv yang satu ini. Masa tu peserta bernama Liza tengah menyanyi. Entah apa bendalah yang si Liza ni nyanyikan agaknya pasal tak dengar sangat. Atau boleh dikatakan tak dengar langsung. Macam mana nak dengar kalau bunyi muzik India tu bergema-gema berkumandang ke segenap ruang dewan. Kuat gilerr. Dah naikkan volume tv kecil tu pun masih tak begitu jelas suara si penyanyi. Setakat boleh tengok gambar ajelah, untuk audio kena dengar bunyi lagu India kat belakang tu ....hahhahaha......Naik tension pulak dibuatnya.Masa ni ada dua tiga orang lain yang turut bersama kami bertumpu mengadap tv kecil ini. Mereka pun komplen pasal tak dengar audio dengan jelas dan rasa tak puas hati disebabkan oleh gangguan itu.Namun kami semua tetap sabar menonton, walau apa saja bunyi-bunyian kat pentas tu keluar.Tiba-tiba aku tengok ramai orang meluru balik ke ruang layar besar depan stage.

“Eh, dah nak start balik ke?” aku tertanya-tanya.

”You pergi tengok kat depan pulak, big screen lagi satisfied,“ kata seorang petugas Astro. Kami pun apa lagi terus berlari-lari anak ke tempat yang dimaksudkan kerana konsert Akademi kembali ditayangkan di big screen. Yay! Aikk…kejap pulak show Indian cultural ni, lambat lagi nak ke pukul 10.30 dah habis? Mungkin pihak Astro telah membuat perubahan jadual di saat akhirnya supaya konsert tersebut dapat diteruskan di layar lebar. Lagipun ada satu lagi stage didirikan di ruang legar PWTC yang aku fikir masih boleh dipentaskan aktiviti kebudayaan kaum kerabat India tersebut. Mana best tengok konsert yang grand sebegini dengan tv bersaiz mini. Kami pun apa lagi, sambung duduk bersila, siap ada budak-budak yang baring-baring lagi tu – macam tengok tv kat rumah pulak! Aku tak adalah sampai nak baring-baring, just duduk-duduk aje dengan jinak. Hampir penuh jugalah ruang menghadap ke big screen tersebut dengan penonton yang sama-sama berseronok menyaksikan konsert terakhir ini. Setiap kali commercial break menyelit, si pengacara bertugas Fahrin akan naik ke stage untuk memberikan sedikit informasi berkenaan Akademi Fantasia dan bercerita tentang pengalaman beliau menemui peserta-peserta program tersebut. Banyak jugalah celotehnya yang dapat kita dengar antaranya beliau mengaku bahawa pada masa minggu-minggu terawal konsert Akademi mahu diadakan tiada siapa yang teringin nak tengok sampai krew-krew Astro terpaksa promote dan memujuk student UPM supaya beramai-ramai datang menyaksikannya. Para peserta sendiri tidak tahu apa-apa malah tidak ada idea langsung apa ke bendanya Akademi Fantasia ini dan menyebabkan audition untuk mencari calon peserta Akademi tidak begitu mendapat sambutan. Fahrin juga ada menyebut tentang kemungkinan Akademi Fantasia musim ke-dua akan dijalankan nanti. Tapi tak tahulah bila, maybe audition bulan April tahun depan. Kali ini aku rasa mesti sambutan orang ramai untuk menghadiri uji bakat akan lebih menggalakkan setelah menyaksikan fenomena musim pertama ini. Setiap kali sebelum Fahrin ingin turun dari pentas beliau menyuruh kami menjerit AKADEMI FANTASIA!! kuat-kuat, suruh bagi semangat sikit.

Walaupun kami cuma menyaksikannya secara lintas langsung dan para peserta itu bukannya beraksi “live“ di depan kami, tapi kami masih dapat merasakan keghairahan dan keasyikkan yang sama seperti penonton-penonton di dalam Dewan Wawasan itu. Tapi kami punya tempat lagi best kat PWTC lagi! Tak kiralah walau cuma tengok melalui big screen saja. Kami semua turut bertepuk dan bersorak setiap kali peserta-peserta itu mendendangkan lagu-lagu mereka. Paling kemuncak dalam konsert final ini (selain mendengar keputusan diumumkan) ialah apabila kesemua 12 peserta bergabung kembali di akhir persembahan untuk mendendangkan lagu Thank you for the Music. Tapi part yang nangis-nangis tu masih aku tak faham tu, tak retilah pulak aku nak tumpang bersedih pasal entahler..... memang tak sedih langsung.

Debaran selama sembilan minggu para pelajar Akademi terurai sudah apabila Vince diumumkan sebagai pelajar terbaik. Mereka yang lain pun tidak kurang hebat dan dramatiknya sehingga di saat akhir masih ada titisan air mata yang mengalir dan darah (mulut Aznil berdarah) menjadi saksi survival 12 pelajar ini di Akademi Fantasia.

Thursday, August 07, 2003

Apa-apa? Apa-apa jer lah ...

Semalam (Wed/Aug, 7) after office hour singgah KLCC kejap untuk jalan-jalan. Actually aku janji dengan Iwan nak pergi MTC (dulu MATIC) malam tu. Tapi sebab Iwan hanya akan sampai di MTC dalam pukul 8.00 so baiklah aku pergi KLCC dulu. Nanti sampai kat MTC awal-awal pun tak tahu nak buat apa. Nak makan kat Saloma Bistro tu pun, rasanya macam tak mampu jer, sorang-sorang pulak tu.

Aku beli sehelai kemeja Padini sebab murah, diskaun sampai 70%. Aku masuk Ezy Video mencari kalau-kalau ada dvd yang aku berkenan. Memang banyaklah dvd yang aku berkenan tu tapi mahal so tak jadilah beli. Ingat nak makan kat Asian’s Flavour tapi sebab seganler makan sensorang. Nanti aku tapaulah apa-apa kalau lapar sangat. Pergi solat maghrib dulu kat Level 4. Penuh surau masa ni, nasib baik ada ruang untuk bersolat jemaah.

Sampai di MTC dah pukul 8, Iwan dah tercongok tunggu. Tengok persembahan gamelan dulu kat pentas terbuka. Agak menarik dentingan dan alunan gamelan ini, very artistik. Terasa macam pelancong pulak aku. Dekat-dekat pukul 9, barulah teater bermula. Tajuknya Apa-Apa, hasil karya Mana Sikana. Tak faham sangat apa yang teater ni nak sampaikan. Tapi aku tengok jugak sampai habis. Dua tiga kali aku rasa macam nak terlelap, mengantuk sungguh. Di tambah dengan jalan cerita yang aku tak beberapa nak faham, makin menjadi-jadilah tahap sleepiness aku ni. Aku tak jadi nak tidur sebab banyak kali juga pelakon-pelakon tu duk menjerit-jerit atas stage, buat orang terkejut jer. Persembahan tetaer tu adalah percuma sempena dengan Festival Teater Malaysia 2003 yang akan berakhir pada 10 Ogos ini.

Pergilah tengok untuk menghargai seni teater tanahair. Faham, tak faham, belakang cerita. Yang penting sokongan yang anda tunjukkan dengan memenuhi ruang auditorium.

Wednesday, August 06, 2003

Digitally Me

Setelah sebegitu lama aku bercakap mengenainya, akhirnya kat rumah aku sudah ada dvd player! Yay!! Tapi bukan aku punya, housemate aku Ap yang beli last Thursday (31st Jul). Kebetulan hari tu duit dia dah cukup dan hari tu juga last day jualan murah untuk barangan elektrik jenama ini. Barulah sekarang aku dapat sama-sama menikmati dunia tontonan sebenar setelah adanya dvd player yang aku idam-idamkan sejak aku mula mengada-ngada tak nak tengok vcd lagi ni. Bila tu agaknya?

Last weekend aku habiskan masa dengan menonton dvd-dvd yang aku dah siap beli awal-awal tahun dulu biarpun masa tu playernya belum ada lagi. Antara filem-filem yang telah menghabiskan masa aku ialah Frailty, Reservoir Dogs dan tiga episod dalam musim pertama siri penyiasatan The X-Files. Tak payahlah aku story balik tentang filem-filem tu semua, memang tak sesuai untuk tontonan umum. Untuk 18 tahun ke atas yang suka berfikir, sesuailah rasanya jenis filem macam tu. Konon-kononnya aku pun suka berfikir ler tu....hehhehe..

Tuesday, August 05, 2003

SMS - Seksanya Mahu Sms

Last Saturday evening dalam pukul 8 aku check handphone ada tulis received message. Oh, dari kawan aku Agi, dia tulis dia ada kat KLCC dan tanya sama ada aku keluar tak pergi KLCC. Then aku pun reply tapi failed. Lepas tu aku try reply lagi. Failed lagi. Aku cuba reply lagi. Pun failed jugak! Fed-up aku. Apa kena ni – prepaid dah habis ke? Bila aku check berapa lagi balance kredit yang tinggal, masih ada lagi dalam RM30 dan hanya akan tamat on the 28th August. Dah tu apasal tak boleh hantar sms? Agaknya ada problem dengan handphone si Agi ni kot, sebab tu tak dapat send sms untuk dia. Lepas tu aku cuba send sms untuk kawan-kawan aku yang lain. Cuba untuk si A – failed. Untuk si B – failed. Untuk si C – failed jugak!!! Tensionnya! Lepas tu aku masuk bilik air.

Sesudah isyak, aku pun try lagi picit butang-butang handphone tu nak cuba lagi sekali hantar sms kepada Agi. Masih lagi failed. Kemudian aku try call ajelah, mana tahu dapat. Eh, dapat! Dapat pulak masa call. Sms tak dapat. Kenapa hah? Lama juga aku membiarkan nada dering itu berkumandang tapi orang di sana tidak menjawab. Untuk menyedapkan hati aku lagi, aku call pulak dua tiga nombor yang lain. Sesaja buat miss call. Semua dapat di hubungi. Tapi nak hantar sms aje yang problem. Apasal entah. Kemudian aku call kawan aku yang lain, saja nak borak-borak.

“Actually aku nak sms kau aje, malas nak call, tapi sms tak bolehlah. Asyik failed memanjang, apasal entah,”

“Memang sms jem malam ni, pasal orang dok sibuk vote sms untuk Akademi Fantasia,” explain kawan aku tu. “Aku pun tengah tengok ni hah, kat Astro Ria,”

Laa…. angkara Akademi Fantasia rupanya. Sampai kita nak hantar sms tempat lain pun jadi mangsa. Hampesss betul! Later that night masa keluar makan dengan housemates, Agi return my call said that he already going back home. Okeylah tu, aku pun sebenarnya tak jadi juga untuk keluar ke KLCC. Sebab itulah tadi aku banyak kali cuba send sms to inform him yang aku tak dapat keluar. Kalau aku baca sms tu awal sikit maybe aku akan pergi.

Kat kedai makan tu pun taukey kedai tu tengah pasang Akademi Fantasia. Masa ni peserta tengah berdebar-debar tunggu keputusan siapa yang akan terkeluar. Lepas diumumkan keputusan tu, semua orang nampak bermuram durja dan kecewa. Penonton pun sama, sampai ada yang siap menangis-nangis lagi! Sedih sangat ke? Fikirku dalam hati sambil mulut mengunyah nasi goreng yang aku order tu.

Monday, August 04, 2003

Membasuh Begitu Teruk Sekali?

Last Thursday morning (Aug 3, 2003) aku menghadiri training anjuran MIS department berkaitan dengan benda-benda komputer ni. Best juga training macam ni pasal dapat meluaskan pengetahuan aku yang agak lembab bab-bab informasi teknologi. Sedang sedap mendengar instructor mengajar di depan tiba-tiba officemateku bertanya dengan nada berbisik

“Psst…psst…. you basuh baju pakai mesin ke atau pakai tangan?”

Aku terpinga-pinga kejap dengar dia tanya macam tu. Soalan jenis apa pulak ni? Ada kena-mengena dengan informasi teknologi ke? Setelah berfikir sejenak aku pun menjawab

“Pakai mesin, apasal?“ aku bertanya balik dengan berbisik juga.

“You tak gosok ke bahagian kolar baju you yang ada hitam-hitam tu?”

“Hah… dah ada hitam-hitam ke?” tanyaku agak terkejut pasal aku baru saja pakai baju tersebut pada hari tu. Tak kan baju baru di beli dan baru sehari di pakai dah terbit kesan-kesan kehitaman di bahagian kolar baju tu kot? Cepat berdaki sangat ke belakang tengkuk aku ni?

“I baru pakai baju ni – hari ni tau. Dah ada hitam-hitam kat line kolar tu ke?“ aku bertanya lagi.

“Tak adalah – maksud I - kemeja you yang lama-lama tu, I ada nampak kesan hitam-hitam kat kolar dia, you tak gosok dulu ke part tu, sebelum masuk dalam mesin?“ dia menerangkan.

“Laa... you cakap pasal baju I yang lain ke. Kalau macam tu, tunggu masa I pakai baju lain tu dulu, baru you tanya balik soalan ni – lepas tu baru I jawab,”

“Pulak dah, apa salahnya jawab sekarang,” Aku diam sekejap sambil tanganku mencoret sesuatu di atas secebis kertas. Kemudian aku mengunjukkan kertas tu dekat dia. Officemate aku tu membacanya sambil sejurus selepas itu matanya melirik ke meja sebelah.

Masa kami tengah asyik berborak tentang kesan-kesan kehitaman di kolar kemeja tadi aku terperasan beberapa staff di meja sebelah menjeling ke arah kami. Itu yang aku tulis dalam kertas tu supaya kami stop talking. Agaknya suara kami terkuat sangat semasa rancak bersembang. Mungkin kosentrasi mereka telah terganggu dalam mengikuti pengajaran yang sedang berlangsung. Tapi memang macam dah jadi habit sesetengah kita, kalau ada lecturer atau cikgu sedang bercakap di depan – kita yang di belakang ni pun sibuk nak bercakap sama. Apatah lagi bercakap benda yang tak ada kaitan dengan apa yang sedang di ajar pulak tu. Tapi aku rasa elok juga kalau dapat bercakap sikit – berbisik-bisik pun tak apa. Kalau duduk diam saja, nanti fikiran melayang-layang pula. Tapi aku, lepas saja officemate aku mention pasal kolar bajuku yang ada tanda kotoran degil tu membuatkan fikiranku melayang-layang juga. Obvious sangat ke kesan kehitaman tu? Hmmm.....

p/s Sebenarnya aku tipu jer cakap yang aku basuh pakai washing machine tu. Aku basuh pakai tangan aje. Washing machine tu aku pakai untuk basuh baju-baju basahan atau benda-benda yang besar macam cadar, selimut dan lain-lain. Kalau basuh baju kerja aku malas nak campur-campur dengan kain lain. Tapi ia masih tidak dapat menjawab persoalan tentang macam mana cara paling berkesan untuk menghilangkan tanda-tanda kehitaman pada kolar baju tu. Dan timbul pulak persoalan lain kenapa aku tidak berterus-terang dengan officemate aku yang aku sebenarnya gonyoh baju kemeja itu pakai tangan jer? Hmmmm ...again.