Friday, May 30, 2003

Free Tobacco

Hari ni 30 May ialah Hari Bebas Tembakau Sedunia. Tembakau ialah bahan mentah utama dalam rokok-rokok yang bapa, pakcik, datuk, abang, suami anda hisap itu.

Rokok biasanya diasosiasikan dengan lelaki, bukan? Tidak lagi, sekarang jumlah perokok wanita juga semakin meningkat. Dan mereka bukan nenek-nenek atau perempuan tua di kampung yang muka telah kedut seribu dan tangan asyik menggulung rokok daun.

Sebaliknya wanita perokok ini adalah golongan professional muda dengan muka bermekap, kulit bergetah, baju jenama mahal dan tangan terselit rokok. Ia rokok yang sama seperti di hisap jantina lawan mereka.

Wanita telah sama taraf dengan lelaki dan mereka harus berlawan walaupun dengan cara menghembuskan asap. Bukan asap kemenyan atau jampi serapah tetapi asap rokok. Asap yang mengandungi nikotin atau racun atau apa-apa saja istilah mudarat yang dapat dikumpul di dunia ini boleh di bagi kepada rokok.

Mereka yang tidak merokok apabila terhidu asap ini, malah mendapat bahaya yang dua kali ganda lebih berisiko dari penghisap pertama. Seorang kawan yang dulunya tidak merokok tetapi selalu berdampingan dengan golongan ini apabila sedar akan bahaya dihadapinya sebagai second smoker memutuskan untuk menyertai mereka. “Lebih baik aku sendiri pun hisap rokok terus dari terus terdedah kepada asap mereka tu,” ujarnya.

Dengarnya macam lucu walaupun ia menyedihkan. Walau apa sekali pun alasan yang diberikan, tidak ada satu sebab pun yang mewajarkan anda untuk merokok.

Sudah terlalu banyak fakta yang didedahkan untuk anda tinggalkan tabiat buruk ini, sudah terlalu banyak risiko yang kita semua terdedah akibat rokok anda, sudah banyak nyawa melayang akibat ketagihan rokok-rokok itu.

Perlukah kita tunggu lebih banyak lagi akibat yang akan menimpa? Sedangkan itu semua boleh dielakkan. Berhentilah memperbodohkan diri sendiri dengan membeli rokok yang tidak berguna itu. Belajarlah menghargai kesihatan diri sendiri dan orang lain.

Thursday, May 29, 2003

Saya berjanji akan bekerja bersungguh-sungguh

Hari ni ada meeting dengan staff-staff yang sedarjat dengan aku pasal big boss nak tahu kerja apa yang kami buat selama ni. Takut juga kena tanya macam tu sebab kadang-kadang aku pun tak sure kerja apa yang aku buat kat sini! But of course I have my job description cuma aku saja yang lupa benda ni. Semalam boss telah refresh balik apa kerja-kerja yang kami kena buat di tambah dengan beberapa tugas baru. I’m okey with it as long as they not cut off my internet connection, it should be no problem. Inilah salah satu motivasi aku untuk datang ke office ni, sebab ada internet! Cuma sejak meeting semalam aku fikir baik aku kurangkan masa mengadap internet ni, tak sedap pula kalau staff-staff lain tengok mesti diorang pelik, budak ni tak ada kerja lain ke, asyik main internet aje! Company ni bayar gaji dia untuk main internet aje ke?! Tak ke pedas tu? Sebelum ni pun ada staff seorang tu dah sound macam tu kat aku, tapi dia pun dua kali lima! 24 hours internet. Itu yang aku tak hairan sangat tu bila dia sound.

Kebelakangan ni kalau anda lalu di area golden triangle during lunch hour pasti anda terperasan ada ramai pekerja-pekerja bank tengah berpiket kan? Ada sepanduk-sepanduk, poster, bunyi-bunyian macam semboyan pun ada keluar semata-mata nak tarik perhatian pihak-pihak berkenaan. Yang bestnya kereta-kereta yang lalu turut bagi respond dengan memperlahankan kenderaan mereka dan membunyikan hon kuat-kuat. Bingitlah kejap area tu. Aku tak pastilah pulak apa yang mereka tak puas hati dengan pihak majikan atau tuntutan apa yang mereka nak buat. Kalau anda nak tahu anda boleh buat edisi siasat sendiri. Bagi aku so far aku happy dengan tempat kerja aku ni dan aku bersyukur tak payah nak berpiket macam tu. Kadang-kadang kasihan juga dengan mereka semua tu, harap-harap majikan mereka akan terbuka hati untuk mempertimbangkan apa-apa yang mereka tuntut itu.

Wednesday, May 28, 2003

Training & Makan-makan

Aku baru guna buku nota Six Feet Under yang aku dapat dulu. Dah start conteng sikit-sikit. Dari aku simpan aje benda tu buat pekasam, eloklah aku buat tulis-tulis. Aku attend training pasal Windows 2000 yang department MIS anjurkan. Instructor tu ajar benda-benda basic aje, senang nak faham. Tapi masa dia mengajar, aku asyik menguap dua tiga kali, mengantuk sungguh. Lunch pergi makan kat Sungei Wang dengan officemates. Aku lebihkan sayur kali ni, ada kacang botol, tomato dan sayur kobis masak lemak. Aku ambil sikit sotong masak sambal dan ikan goreng.

Petang semalam makan kat KLCC dengan kawan pasal dia nak jumpa borak-borak sikit. Aku makan chicken chop at one of the food court tapi tak sedap. Sebab chicken chop tu jenis yang bergoreng celup tepung, bukan yang jenis grill. Lain kali tak nak makan chicken chop kat situ lagi. Mushroom soup dia pun tak sedap.

Monday, May 26, 2003

Resepi Sihat

Biasanya kalau aku beli roti sandwich yang panjang dan di potong-potong itu, kan bahagian paling atas dan terbawah roti tu yang adalah yang paling coklat warnanya kan? Itu yang orang panggil kerak dia kan? Roti-roti yang di tengah tu adalah yang putih dan gebu dikelilingi kerak coklat. Biasa aku tak makan part roti dua di hujung tu. Sebab bagi aku rasa dia tak sedap. Tapi pagi ni sebab aku tak mahu membazir, aku pun makanlah roti yang kerak kaler coklat tu sebagai sarapan. Itu saja baki roti yang tertinggal.

Aku malas nak turun makan di food court. Kalau turun situ mesti aku akan pilih makanan-makanan berminyak yang di goreng dengan sambal seperti nasi lemak, nasi goreng, roti jala, mee goreng dan seumpamanya. Aku mesti kurangkan makan benda-benda macam tu untuk kesejahteraan kesihatanku. Kurangkan makan ayam dengan kulit-kulitnya sekali, banyak lemak tu. Kurangkan makan seafood sebab allergik.

Aku kena banyakkan makan sayur, kalau boleh pilih sayur yang tidak di masak atau di goreng, jenis yang pakai celur. Lebih baik jika aku petik sendiri sayur tu kat kebun mana-mana lepas tu terus ngap! Tak payah nak celur-celur dah. Tapi ingat senang ke aku nak jumpa pokok sayur kat kawasan perumahan aku duduk tu? Pokok bunga banyak lah. Tapi dosa pula ambil sayur orang tanpa kebenaran.

Friday, May 23, 2003

Alias Congo

Alhamdulillah, masa tidur malam tadi tak ada mimpi ngeri, seram, nightmare dan yang sewaktu dengannya datang mengacau lagi. Dapatlah tidur dengan aman. Masa aku tengok cerita Alias tu lagi aku dah rasa mengantuk sangat dah. Yalah tidur dua-tiga jam saja, mana tak mengantuk. Tapi sebab siri Alias ni very engaging, memang tak dapat dilepaskan, so aku tahan juga tengok sampai habis. Tapi memang tak habis juga, asyik bersambung aje cerita ni. Aku rasa page kosong dalam kitab milik Rimbaldi tu memang lakaran muka Sidney tapi muka orang lain, pelanduk dua serupa. Tak sabar tunggu minggu depan. Actually aku lambat sikit minat tengok Alias ni pasal aku ingat cerita dia tak sedap. Cuma ada sekali tu sementara tunggu Mega Movie start pukul 10 aku try tengok siri ni dan sekali tengok aje terus minat! Menyesal pulak aku tak tengok dari pilot episod dulu. Sejak dari itu, setiap hari Khamis aku akan pastikan aku dapat menemui Encik Alias Congo ini. Sepatutnya aku cakap pasal tidur tadi kan? Melalut pulak. Aku rasa yang malam nightmare tu sebelum tidur aku lupa basuh kaki dulu kot? Sebab tu datang unsur-unsur mistik dan creepy membelai tidurku. So malam tadi aku pun basuh kaki sampai dua tiga kali. Cuma aku tak faham apa kaitan basuh kaki dengan mimpi buruk?

Wednesday, May 21, 2003

Mimpi Nusantara

Biasanya kalau aku alami nightmare, then aku akan terjaga secara tiba-tiba, aku akan jadi macam mamai dan terpinga-pinga kejap disebabkan nightmare tadi dan aku akan tidur semula selepas itu. Aku akan cepat lupakan kejadian mimpi tersebut.

Tapi di pagi nan hening tadi selepas aku alami nightmare yang dahsyat tu aku terus tak dapat tidur. Aku cuba juga tidur tapi imej-imej mimpi yang seram itu terus datang mengganggu sehingga membuatkan aku tak tenteram. Aku menggelisar di tilam, teringatkan mimpi ngeri sambil dalam hatiku membaca ayat-ayat suci. Memang meremang bulu roma. Mimpi tu lebih kurang macam siri Misteri Nusantara. Ada unsur-unsur bomoh dan pemujaan.

Apa yang aku ingat dalam mimpi tu aku tengah meronta-ronta sebab tangan aku kedua-dua belah di pegang dengan kuat oleh dua orang. Mungkin kaki aku pun kena pegang juga tapi aku tak ingat pulak. Lepas tu mereka mempersembahkan aku pada seorang pawang wanita yang mukanya tak berapa jelas tapi yang aku nampak ialah hitam semata dengan ada macam unsur-unsur ngeri sikit muka dia tu. Ada cahaya api marak menyala di sekitar kawasan tersebut. Di sekeliling aku terdengar ramai orang sibuk meratib berbunyi macam memuja sesuatu, sekali imbas terdengar mereka menyebut “Guru Yahya...Guru Yahya...!“ berulang-kali. Kalau anda teringat ada slot Drama Minggu Ini kat RTM tahun-tahun 80-an dulu ada kisah guru ajaran sesat bertajuk Guru Yahya. Lebih kurang macam tu lah bunyi ratib tu.

Masa ni aku pulak tengah meronta keras nak lepaskan tangan dan kaki aku dari cengkaman mereka semua. Mereka telah regangkan badan aku depan pawang itu sambil pawang terkumat-kamit menjampi serapah apa entah. Tak tahu bahasa apa. Mereka cuba tarik tangan aku ke atas kuat-kuat sebelum mulut aku terdaya menjerit. “Jangannnn..!!“ Paling menyeramkan bila tengah aku menjerit “jangan“ tu serentak tu juga aku tersedar! Sampai mengigau! Fuhh... mimpi rupanya! Baru rasa lega sampai berpeluh-peluh aku di buatnya walaupun kipas siling sedang berputar ligat masa tu. Jam menunjukkan 3.30 pagi masa tu.

Itulah bila aku cuba tidur balik lepas tu bayangan mimpi tersebut asyik kembali berkelintar di pelusuk fikiran sampai meremang bulu tengkuk. Daripada aku tidur dengan keadaan mimpi ngeri asyik berlegar baik aku tak payah tidur. Aku on kan ntv7 yang masa tu sedang siarkan live UEFA Cup final perlawanan antara Celtic menentang Porto di Seville, Sepanyol. Masa tu perlawanan sedang rehat setelah selesai separuh masa pertama. Ada seorang pengacara dan dua ahli panel tengah cakap-cakap bola masa tu. Keputusan ketika itu Porto mendahului satu kosong.

Masa perlawanan nak dimulakan kembali lepas pengadil tiup wisel aje, masuklah seorang flasher ni berlari-lari ke tengah padang. Nampaklah apa-apa yang sepatutnya kena cover tu. Kat badan flasher tu ada tulis something tak sempat nak baca pasal tiba-tiba ntv7 fokuskan kembali pada tiga orang di studio tu. Macam-macam orang putih ni. Lepas tu Celtic pula sumbat gol penyamaan. Then Porto kembali menerajui dengan tambah satu gol lagi. Kemudian Celtic tidak mahu kalah, tambah satu gol penyamaan. Jadi mereka seri dua sama sampai tamat waktu perlawanan sebelum masa extra diberikan. Dekat nak habis masa tambahan, barulah gol kemenangan diperolehi oleh Porto! Yay!!!!

Tak kan aku nak tengok saja-saja macam tu, aku kena decide untuk sokong pasukan mana just for the thrill and fun. Because Porto FC yang mula-mula score, aku sokong diorang lah. Lagipun muka-muka Scottish pemain Celtic ni nampak berlagak semacam aje. Tapi tak semua pemain-pemain pasukan tu berasal dari negara kelab tu sendiri, macam Henrik Larsson yang jaringkan dua gol untuk Celtic tu orang Denmark. ”But he was Scottish at heart” menurut kata pengulas…kelakar pulak aku dengar. Sudahlah, aku bukan reti sangat cakap pasal bola ni. Kalau tak kerana mimpi ngeri tu jangan harap ler aku nak tengok bola pagi-pagi buta macam tu.

Lepas habis perlawanan tersebut dalam pukul 5.40, aku ingat nak tidur kejap sebab aku rasa macam mengantuk pulak. Tiba-tiba terdengar azan subuh berkumandang. Tak payahlah tidur, nanti terlajak sampai pukul 9, naya aje. Kalau tak pun mana tahu aku sambung tidur nanti, ada pulak sambungan mimpi “Guru Yahya“ episod dua mengacau pulak. Baik aku pergi mandi.

Tuesday, May 20, 2003

Spring Cleaning di Rumah & Office

Semalam, rumah aku yang dah macam tongkang pecah tu sudah bersih. Dah nampak macam rupa rumah dah. One of my housemates cuti so datang dia punya angin rajin dia, satu rumah dia kemas termasuklah tandas sekali dia cuci. Semua majalah telah di isi dalam rak, kerusi-kerusi telah berada di posisi masing-masing, tak ada lagi baju seluar bersidaian atas kerusi, celah tingkap tu semua. Pinggan mangkuk gelas kuali semua telah di cuci. Tak ada lagi kerak-kerak tertinggal dalam peti ais. Botol-botol air semua penuh berisi. Dapur gas pulak licin dari sisa-sisa makanan dan minyak berlebihan. Baru aku perasan yang jubin bilik air tu berwarna putih sebenarnya, ingatkan memang warna kuning kecoklat-coklatan. Hmmm…. Betapa leganya punya housemate yang rajin dan pembersih macam dia.

Tapi hari ni kat office, aku pulak yang kena kemas bilik yang bersepah tu! Ada satu bilik kosong yang memang kotor giler, berselerak dengan buku-buku, kertas-kertas, fail-fail yang tak berguna. Bertimbun-timbun dalam bilik tu. Ada seorang bos baru nak masuk department ni dan dia akan guna bilik tu so kami (termasuk akulah tu) di kerah untuk mengemaskannya. Tapi benda-benda yang nampak macam tak berguna tu tidak pulak di kasi buang, sebaliknya kami kena susun elok-elok dalam kotak, then simpan dalam bilik stor. Kalau ikut aku, nak aje aku jual kertas-kertas tu kat recycle center, ada juga hasil. Berkotak-kotak jugalah nak kumpul segala junk things yang terdapat dalam tu. Aku ada ambil satu memo pad, lebih kurang macam memo pad jugalah benda tu, tapi besar. Lagi pun tak ada siapa nak guna memo pad tu lagi, aku ambil aje, boleh buat scrap paper. Lebih kurang tiga jam mengemas bilik tu, baru langsai semua. Tinggal nak suruh cleaner vacum carpet dan lap meja.

Friday, May 16, 2003

Kerja Hari Ini

Question of the day – Tak cuti ke hari ni?

Isykhhh…. Kalau dah nampak aku tercongok dalam office ni, maknanya tak cutilah tu. Lagi mahu tanya. Soalan-soalan bangang tak payah tanya hari ni kalau tak nak kena pelempang. Angin betul aku. Bos aku pun satu, baru petang ni dia nak approve cuti aku yang dah apply from last Friday lagi tu! Padahal dah nampak aku sejak pagi ke hulu ke hilir dalam office ni, maknanya aku tak cutilah tu hari ni. Terpaksa aku cancel balik application cuti untuk hari ni. Cancellation tu pun nak tunggu dia punya approve jugak tu! Nasib baik esok cuti balik, baru happy sikit : ))

Enjoy weekend you all!


Thursday, May 15, 2003

Hari Anda

Dalam minggu-minggu lepas banyak betul hari-hari istimewa yang di sambut tapi tak ada cuti kecuali dua hari yang berturut-turut kelmarin. Antaranya Hari Jururawat, Hari Emak, Hari Belia dan Hari Guru. Jika salah satu hari itu terkena pada anda, terimalah ucap salam dari saya. Bagi saya sendiri (aku ..err... saya guna ganti nama diri saya pula kali ini) hari yang kena-mengena dengan saya ialah Hari Belia. Saya kurang periksa dengan Hari Belia ni sebenarnya kecuali mendengar promo dalam tv tentang pencalonan Maznah Zulkifli (yang akhirnya bergelar Tokoh Belia) sempena hal-hal belia ni. Itu pun sebab minah ni pernah mengacara Muzik-Muzik dulu dan pernah berlakon iklan. Kalau tidak jangan harap saya akan perasan akan beliau. Masa tengah breakfast, kebetulan tv kat kedai tu tengah pasang TV1 yang siarkan perhimpunan belia dari stadium, saya pun tengoklah sambil suap roti canai. Memang ramai orang muda dan tua sama-sama menyanyi, bersorak, melambai-lambai untuk menyemarakkan lagi acara. Tapi yang muda tu lebih ramai yang jadi tukang meriahkan suasana saja, yang tua juga yang memeriahkan barisan pemimpinan.

Tuesday, May 13, 2003

Cuti Pasti Happy

Terasa macam nak raya pula public holiday sampai dua hari berturut-turut. Sampai aku boleh terfikir yang kat masjid mana aku nak solat Raya esok… hehe.. Dan yang pentingnya ia jatuh pada weekdays dan bukan salah satu hari cuti tu jatuh pada hari Sabtu. Office aku memang tidak akan menggantikan cuti umum yang terkena pada hari Sabtu dengan menutup operasi pada hari Jumaat. Tapi sesetengah syarikat memang ada yang baik hati begini. Contohnya company ExxonMobil. Tapi cuti lama-lama pun, aku nak buat apa?

Selamat Maulid-ur-Rasul kepada muslimin dan muslimat
Happy Wesak and Happy Holidays!

Monday, May 12, 2003

Survive ala Christy

Siapa entah pernah cakap dekat aku dulu yang orang pekak biasanya akan bisu sekaligus begitu juga kalau seseorang itu bisu dia juga akan menjadi pekak. Macam tu ke? Tak kan tak ada orang pekak yang tak bisu dan orang bisu yang tak pekak? Memang tak ada sebab nanti susahlah kalau ada sesiapa yang melazer orang bisu, macam mana dia nak membalas balik sebab dia tak dapat bercakap? I was like, huh?! Macam tu pulak alasannya. Aku dah tak ingat siapa yang cakap begitu dengan aku. Ada ke bukti-bukti saintifik untuk mengaitkan benda-benda macam ni? Tapi munasabah juga sebab susahlah bagi mereka yang hilang upaya mendengar atau bercakap ni hendak membidas atau mempertahankan diri mereka secara lisan normal apabila mereka di kritik atau di tuduh sesuatu.

Ketepikan bukti saintifik dulu, kerana kita ada Christy Smith, seorang cacat pendengaran yang berjaya survive di hutan Amazon hingga hampir ke penghujungnya! Memang Jenna menang sejuta dollar, tapi Christylah yang benar-benar survivor unggul kerana dia insan kurang upaya yang di campak di tengah-tengah hutan Amazon bersama-sama manusia normal lain yang tidak begitu prihatin dengan insan sepertinya. Dia cacat pendengaran tapi masih boleh bercakap walaupun dengan funny accent (menurut Matt) sekaligus menafikan dakwaan seseorang yang pernah menabur mitos padaku yang orang pekak tidak boleh berbicara. Tentulah orang yang hendak bercakap dengan Christy akan merasa skeptikal sama ada dia benar-benar boleh memahami apa yang mereka ingin sampaikan. Nasib baik dia memiliki kuasa meneliti gerak bibir untuk mengetahui apa sebenarnya yang si penutur cakap. Jadi tidak ada masalah untuk Christy berkomunikasi dengan peserta survivor yang lain asalkan dia dapat melihat bibir mereka yang bercakap itu. Pastikan juga suasana pada masa itu adalah terang. Sepatutnya dia setuju untuk berkomplot dengan Jenna dan Heidi dulu pada malam dia disingkirkan supaya geng perempuan dapat undi keluar Rob dan lepas tu satu-satu singkirkan Matt dan Butch. Sampaikan Jeff Probst pun tanya soalan yang sama dengan Christy dan meramal mungkin Christy yang akan menang duit itu kalau dulu dia terima pelawaan those two evil bitches. Tapi aku macam tak percaya aje bila Heidi jawab yang dia pun akan pilih Christy sebagai final two jika ditakdirkan persaingan selepas itu cuma tinggal bertiga sekali dengan Jenna. Dia kan best friend Jenna, mustahil dia nak ketepikan Jenna begitu mudah. Tak kan dia nak pilih Christy.

Tapi itu semua dah berakhir setelah pemenang sejuta dollar diketahui hari ini. Pada musim luruh ini Survivor akan kembali dan kali ini berkhemah di Pulau Mutiara, Panama pula. Kita tengok siapa agaknya yang (kalau ada) insan kurang upaya yang berani menyahut cabaran untuk bergelar Sole Survivor.

Sunday, May 11, 2003

Mistikus

Petang Ahad tengok Mistik kat TGV KLCC. Memang banyak menjerit aje filem tu, pelakon yang sibuk menjerit, penonton asyik tergelak-gelak! Kelakar juga filem ni, sesuai untuk di tonton bagi menghiburkan hati yang gundah. Yang tak bestnya, air-cond dalam panggung tu sejuk sangat, sejuk gilerr! Tak tahan aku. Nasib baik aku tak rasa sampai nak buang air. Kalau tak leceh nak minta izin keluar di celah-celah kaki lutut orang nak menuju ke aisle. Dahlah duduk kat middle seat. Penonton-penonton belakang mesti bengang punya sebab distracting mereka punya tontonan. Nanti bila nak masuk balik pun satu hal lagi. Terganggu lagi orang kat belakang yang tengah sedap-sedap menonton apabila kita terbongkok-bongkok lalu kat celah-celah barisan kaki orang nak cari tempat duduk kita semula. Sungguh kurang menyenangkan. Tapi kita pun tak tahu bila masanya “mother nature“ nak panggil kita bukan? Pernah sekali masa aku tengok filem Lord of the Rings – The Fellowship of the Ring tiba-tiba di tengah tayangan filem yang panjang itu aku rasa nak terkencing. Dah tak tahan sangat ni. Masa tu memang aku duduk kat barisan tengah dengan kawan aku. Sebab aku sendiri tak berapa suka tengok orang keluar masuk barisan masa tengah menonton, habis tak kan aku nak buat perkara yang sama? Pedulikanlah, lagi pun aku dah nak terkucil ni, tambahan pula tak elok untuk kesihatan kalau tahan kencing. Dengan rasa malu-malu kambing aku pun menyusup keluar sambil bongkok-bongkokkan sikit badan ni, sampai terlanggar kepala lutut orang nak bergegas keluar cari tandas. Sesudah proses di tandas, aku pun masuk dalam panggung balik. Tapi sebab aku memang tidak mahu mengganggu penonton yang sedang asyik menyaksikan Frodo dan kawan-kawannya di layar lebar itu, aku pun duduk kat kerusi belakang. Of course aku tanya dulu dekat orang yang duduk di kerusi sebelahnya sama ada kerusi kosong itu benar-benar kosong. Manalah tahu kalau-kalau tuan punya kerusi itu pun pergi ke jamban macam aku tadi. Aku pun duduk di kerusi itu dengan selesa hingga tayangan langsai. Of course kawan aku yang sama-sama menonton tu rasa pelik sebab aku tak masuk balik panggung lepas tu. Padahal aku duduk kat kerusi belakang.

Wednesday, May 07, 2003

Penguat(tak)kuasa

Aku tak sangka yang ada officemate aku seorang ni pun suka beli movie macam aku. Nanti bolehlah pinjam dari dia. Tadi masa lunch hour dia pergi kedai yang biasa dia beli tu sebab nak tukar dvd lain pasal ada rosak something, tiba-tiba taukey kedai tu suruh dia datang petang-petang sikit pasal ada penguatkuasa tengah buat rush masa tu. Aikk… macam tahu-tahu aje ada operasi sempat pulak taukey tu sorok semua dvd/vcd/cd illegal yang ada. Bila operasi dah habis aje, dah boleh display balik benda-benda illegal tu semua. Sambung berniaga seperti biasa, seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku sebentar tadi. Hasilnya operasi tu jadi macam buat cukup syarat aje. Asalkan orang ramai ada nampak bahawa pihak berkenaan memang menjalankan tugas mereka. Tapi selama ini pun aku dah banyak kali terdengar yang penguatkuasaan dijalankan dengan tidak bersungguh-sungguh. Penjual illegal boleh tahu bila operasi dijalankan, sempat pula sembunyikan barang-barang illegal dan bila operasi langsai, barang-barang illegal di pamer semula. Ia cuma menjadi bahan sendaan orang yang boleh merendahkan kredibiliti pihak terbabit. Bukannya mereka tak tahu kedai mana yang jual dvd/vcd/cd illegal tu. Tapi aku tak boleh komplen banyak. Kalau mereka semua ni tak ada, kat mana aku nak beli movie murah dan tak bertapis macam yang mereka jual tu? Walaupun boleh download dari internet tapi aku tak ada komputer dan access internet sendiri. Beli aje senang. Cuma kalau BETUL-BETUL memang tidak ada lagi dvd/vcd/cd illegal di jual, baru aku akan beli komputer sendiri, masukkan internet dan download sendiri. Dan sudah tentulah untuk hiburan sendiri saja. Aku tak akan jual pulak nak kaut untung dari benda-benda tu semua. Selama ni pun aku beli pasal ada di jual, bukannya aku yang minta memujuk rayu supaya ada orang yang akan jual benda-benda macam ni. Bagi aku apabila sesuatu filem yang aku minat nak tengok tu kalau tak ada langsung di jual legal/illegal, setakat baca transkrip dan sinopsis filem tu dari internet pun dah memadai.

Monday, May 05, 2003

Gigitan Puaka

Last week tengok filem Darkness Falls. Tak tahulah apa yang aku boleh harapkan dari filem ni, dengan pelakon-pelakon yang tak terkenal, jalan cerita yang aku dah baca spoiler dia – tapi aku tengok ajelah sebab dah beli. Memang tak menakutkan sangat filem ni, tapi kalau budak-budak yang tengok mungkin seram juga. Yang seramnya pasal mekap hantu Matilda tu agak ngeri dan hodoh, sesuailah untuk rasa seram-seram sikit. Tapi orang putih ni macam-macam idea mereka ya, pasal gigi pun boleh dimomokkan. Tapi mitos dalam bangsa Melayu pun ada juga yang berkaitan dengan gigi ni. Kalau kita mimpi gigi kita tertanggal bermakna adalah tu saudara-mara kita yang akan menjadi arwah. Seram juga tu kan? Filem ni ceritanya lebih kurang pasal Fairy Tooth yang akan menghadiahkan kanak-kanak duit emas setiap kali mereka memberinya sebatang gigi susu terakhir yang tercabut. Nak dijadikan cerita, suatu hari Fairy Tooth yang bernama Matilda ni mengalami kecacatan muka akibat kebakaran yang melanda rumahnya. Sebab nak cover bahagian yang cacat tu, dia pakai porcelain face mask yang sekali imbas nampak macam topeng pembunuh bernama Micheal Myers dalam siri-siri filem Halloween. Cuma Micheal Myers tak pakai jubah koyak rabak macam yang Matilda pakai ni. Dia pakai jump-suit. Dan aku lebih rasa seram bila tengok Micheal Myers dalam Halloween tu. Tapi jangan pulak anda pakai face mask macam tu di khalayak ramai walaupun sebagai perlindungan dari wabak SARS, walaupun anda full of sense of humour.