Tuesday, December 30, 2008

In Bruges

Dua orang pembunuhan upahan telah di hantar ke Bruges oleh seorang kepala gangster. Mereka tidak tahu kenapa mereka perlu berada di sana. Malah Ray salah seorang daripada mereka tidak tahu pun di manakah letaknya Bruges itu (Ia terletak di Belgium kalau-kalau kamu juga tidak tahu). Filem ini mengambil bandar itu sebagai karektor pusatnya dalam sebuah naskhah tentang destini dua manusia samseng yang cuba di gambarkan masih ada hati budinya.

Tatkala di sini, Ray (lakonan berkesan Colin Farrell) sangat bosan dan gelisah singgah di kota lama yang di panggilnya jamban tanpa sebarang tugasan tertentu. Manakala rakannya Ken yang lebih berusia dan tenang, (di peran sama kuat oleh Brendan Gleeson) mengambil kesempatan itu untuk bersiar-siar dan berlibur di sebuah lokasi yang di anggapnya semacam di alam kayangan dengan istana, titi, terusan, kereta kuda, jalan bata, gereja dan senibina gothic dari zaman medieval yang kukuh terpulihara. Terima kasih kepada Ken kerana penonton juga dapat peluang menelusuri daerah Bruges yang sangat cantik dan damai bagaikan dunia pari-pari.

Filem ini adalah komedi gelap dengan paparan kontras dua penjenayah yang walaupun nature mereka adalah membunuh tetapi dari aspek psikologinya mereka masih sama macam orang lain. Segalanya menjadi semakin jelas apabila Harry (watak oleh Ralph Fiennes yang sedikit over) ketua mereka mengeluarkan satu arahan yang mencuit emosi. Dalam masa yang sama, sub-plot filem ini mengandungi satu penggambaran filem yang berlangsung di bandar itu yang melibatkan seorang pelakon kerdil dari Amerika. Tanpa niat aku nak menyinggung golongan tersebut, tapi memang kelakar bab ni dan ia memberi kaitan yang munasabah pada akhir cerita.

Ini bukanlah kisah gangster tipikal yang selalunya penuh pergelutan dan aksi lasak. Ia senada dengan Sexy Beast yang pernah aku tengok dulu. In Bruges berharap pada nama sebuah kota yang tepu aura dongeng dan klasik. Bagi jiwa manusia yang penasaran, hinggap sebentar di dunia sebegitu seakan memberi masa bagi diri mencari pertimbangan.

Wednesday, December 24, 2008

The Day the Earth Stood Still

Awal tahun ni aku ada jumpa versi 1951 filem ni di kedai lanun malah dah ambil pun nak beli. Last-last tak jadi. Masa tu aku tak tahu menahu langsung ia telah di remake. Lantas apabila versi bikinan semula ini bermain di panggung, aku pun pergilah tengok. Tak perlu nak mengadap filem asalnya yang tiada teknologi canggih untuk menyokong genre sci-fi seperti kita hari ini yang dah lali menonton filem berkesan khas sfx.

Walaupun ramai yang mengutuk dan mendakwa lebih sukakan produksi pertamanya, aku masih boleh terima versi 2008 ini. Aku tidak harapkan ia mengikut piawai blockbuster sains fiksyen makhluk asing seperti Independence Day, Star Wars atau Alien yang lebih jitu dan memberangsangkan, namun filem ini ada mesejnya tersendiri. Mungkin itu juga akan di label bosan oleh sesetengah orang kerana tiada banyak aksi hanya lebih bercakap.

Aku tak nak komen gaya berlakon Keanu Reeves atau Jennifer Connelly yang kedua-dua seperti kurang emosi (Keanu sebagai makhluk asing memang patut tak ada emosi, tidaklah jugak aku pernah kenal mana-mana makhluk asing untuk justifykan ini) seakan kehancuran planet bumi ini adalah perkara selamba-mamba. Eh, kalau kita fikirkan sekali imbas, memang itu pun yang kita buat selama ini, walau berlaku global warming, tanah runtuh, tsunami, ramai ke yang betul-betul ambil kisah?

Satu situasi yang menggentarkan dalam filem ini apabila makhluk angkasa itu cuma berminat untuk menyelamatkan spesis hidupan lain dan mahu memusnahkan semua manusia. Lalu Connelly merayu supaya mereka di beri peluang kedua dan berjanji akan berubah untuk lebih memelihara planet bertuah ini. Skeptikal sangat adakah kita akan betul-betul sanggup untuk berubah. Kena ada follow-up nampaknya untuk membuktikan waktu itu nanti sama ada bumi masih mampu kaku terpempan.

Monday, December 22, 2008

Angus, Thongs and Perfect Snogging

Punyalah panjang tajuk, letih nak menyebutnya. Ia sebuah lagi cerita remaja macam Twilight juga cuma kali ni semua karektornya adalah manusia biasa. Tak ada melibatkan pontianak atau kuasa ajaib. Hanya ciuman sebagai kuasa.

Apakah matlamat bagi budak-budak perempuan keletah yang masih bawah umur ini inginkan sangat satu kucupan sempurna daripada seorang pemuda, tidak tercapai akal. Sudah tentu aksi tersebut akan jadi ikut-ikutan oleh kalangan remaja di sini dan di rakam dalam kamera. Kemudian tepek gambar comolot itu dalam facebook atau myspace untuk tatapan semua.

Filem ini memang kelakar di pandang dari budaya mereka. Georgia, seorang gadis mentah yang naïf, sedikit berisi dan tidak tergolong popular menyimpan hasrat untuk dicintai oleh lawan jenisnya. Seperti plot cliche yang sudah biasa kita tahu, lelaki mana yang inginkan perempuan macam tu? Tapi nampaknya ada lari sedikit amalan tipikal itu kerana dalam filem ni, ramai pulak yang menaruh hati pada Georgia.

Tapi dia lebih sukakan Tom seorang pelajar baru di sekolah. Apatah lagi peluang itu nampaknya semakin cerah apabila kawan baiknya Jas berjaya berpasangan dengan Robbie abang Tom. Senanglah dia nak minta Jas masuk jarum rekomenkan dia melalui Robbie nanti.

Pelakon yang bawa watak Georgia ni, Georgia Groome mengingatkan aku pada pelakon yang memegang peranan utama dalam Melissa P. Mereka ada persamaan yang ketara. Malah kedua-dua filem ini pun seakan-akan serupa temanya berkenaan seorang remaja yang ingin mencari cinta dan perhatian budak lelaki. Tapi Melissa .P tu lagi dahsyat lah ceritanya.

Walaupun pada pendapat peribadi aku, apa yang dipaparkan dalam Melissa .P itu rasanya lebih menepati senario remaja hari ini. Namun Angus, Thongs and Perfect Snogging menzahirkan warna-warni dunia anak dara yang baru nak membesar menerusi suasana lebih terdidik, terkawal walau adakalanya terbabas, manis dalam lawak ala British.

Thursday, December 18, 2008

Lakeview Terrace

Baru-baru ni aku tengok Lakeview Terrace. Ok saja filem tu mengenai sepasang suami-isteri lelaki kulit putih dengan minah tak putih berjiran dengan polis kulit hitam emo gila. Dia tidak membuang masa untuk menunjukkan sikap tidak senangnya terhadap jiran baru itu melalui gurauan sinis, ancaman halus dan perilaku jengkel apabila mereka start duduk situ. Tahap psycho yang membuatkan sesiapa saja akan memutuskan untuk pindah terus dari sana tanpa perlu menjeruk rasa terlalu lama.

Aku pernah ada kawan sepejabat yang bercouple antara kaum ni. Lepas kahwin mereka pun berhijrah ke New Zealand (bukan sebab ada kena-mengena dengan mana-mana polis atau jiran yang mental)

Masa di kampung dulu pun aku ada kenal lelaki India, wanita Cina yang mendirikan rumahtangga. Nampak pelik dalam kampung nelayan yang terdiri daripada komuniti Melayu tu mereka saja merupakan golongan bangsa lain. Tapi anak mereka, Cindy tak bersekolah kat kampung tu. Dia bersekolah dekat kawasan bandar. Aku berkawan dengan si Cindy ni masa aku start belajar kat sekolah tu.

Aku sempat berkawan setahun saja sebab Cindy naik ke sekolah menengah tidak lama kemudian. Aku pulak maintain kat situ sebab aku baru darjah 6. Masa aku darjah 6 ada seorang cikgu lelaki baru, Mr R. Dia mengajar subjek English. Dia juga guru ko-kurikulum pengakap.

Aku dah hampir lupa pasal Cindy bila pada suatu hari dekat hujung tahun seorang rakan sekelas aku bagi satu berita hangat,

“Kau kenal Cindy kan?” tanya dia.

“Kenal. Dulu kan dia sekolah sini,” jawabku.

“Kau tahu Cindy ada dot-dot-dot dengan Mr. R!”

“Hah, ye ke ni?! tapi … tapi ....macam mana pulak diorang boleh kenal?”

“Kan last week ada perhimpunan badan-badan beruniform seluruh daerah ni kat sekolah menengah sebelah tu, Cindy pun masuk pengakap wakil sekolah dia. Mr. R tu memang in charge pengakap sekolah kita kan,”

“Waktu malam diorang asyik berkepit je sampai ada orang nampak diorang masuk khemah sekali malam tu,” sambung kawanku yang kapochi.

Seorang cikgu Melayu (kacukan mat salleh) yang dewasa dan matang ada skandal dengan budak perempuan Chindian bawah umur (13 tahun) adalah cerita sensasi di sebuah bandar kecil. Semua orang akan bercakap tentangnya.

Dan bila tengok Lakeview Terrace aku tiba-tiba teringat tentang kisah tadi. Walaupun tak ada kena-mengena dengan jiran sebelah yang gila isem. Sebabnya cikgu English aku tu saling tak tumpah macam Patrick Wilson.

Monday, December 15, 2008

Bintang Barat/Filem Melayu

Agaknya website TGV nie memang sengaja letak nama pelakon Hollywood sebagai salah satu daya penarik orang nak tengok filem Melayu tak? Kali ni nama Rosario Dawson pulak yang naik. Berlakon dalam Los dan Faun katanya. Tapi macam sesuai jer kan sebab tajuk filem tu sendiri berbunyi omputeh

Seorang lain pelakon barat yang membintangi filem tempatan ialah David Straithairn. Beliau turut beraksi dalam Cicakman 2 menurut website tgv tersebut. Ini bukan kes silap taip atau tak sengaja dah ni. Macam nak main-main pulak gayanya.

Wednesday, December 03, 2008

Twilight

No chemistry. Stiff acting. Lousy!
- Sms daripada kawan aku.

Aku pergi juga tengok walaupun kawan aku kutuk gila-gila punya (ada lagi lah yang dia send dalam sms lain). Untuk yang tidak membaca bukunya, seperti ungkapan biasa yang kita dengar, versi filem ini tidak sebagus dalam buku kerana banyak yang tidak dapat dimuatkan. Aku tak komplen pasal tu kerana plotnya senang difahami walau aku masuk sedikit lambat. Pengenalan watak mungkin agak perlahan cuma tiga vampire karnivor itu yang lebih menepati genre ini secara lazimnya tiada latar belakang jelas.

Bella dan Cullen yang merupakan karektor utama adalah fokusnya untuk memberi dimensi lain dalam sebuah tema antara dua darjat. Ia patutnya mengerikan kerana orang berpangkat itu pula ialah puntianak. Pengarangnya telah twist sedikit di situ bahawa mereka juga boleh jadi vegetarian (makan darah haiwan saja). Untuk menimbulkan logik bahawa manusia dan vampire ini masih boleh bercinta tanpa perlu risau leher di mamah.

Filem ini memang ditujukan untuk peminat budak perempuan muda yang sedang ghairah. Macam beberapa penonton gedik sebelah aku yang setiap kali keluar saja scene Cullen seorang, Bella dengan Cullen atau pun Cullen dengan sesiapa pun lah, mulut tu tak boleh diam. Asyik nak ..err… apa yer istilahnya, … swoon..giggle… wahh..oohh…aahhh …. dan bunyi-bunyi yang something to that effects lah yang macam tengah orgasm sangat-sangat! Rimas pulak aku dengar.

Pada pendapat aku, filem ni sesuai digandingkan dengan video klip Evenescence, Bring Me to Live. Memanglah tak ada reference yang ketara tetapi imejan gothic vampire dan darah lebih terkesan lagi dalam muzik video itu minus Cullen mungkin perlu betul-betul high jika pilih Amy Lee sebagai his own personal heroin yang nampak macam mak orang tu. Namun lagu Decode oleh Paramore sebagai runut bunyi Twilight pun melekat juga.

Wednesday, November 26, 2008

Wayang Piper


Ada ke Piper Perabo berlakon dalam filem Wayang ni? Masa aku tengok dulu tak perasan pulak. Dah kena sensor ke? Kekkeke....Macam mana boleh tersilap letak nama minah ni. Piper Perabo ni famous berlakon dalam Coyote Ugly, Cheaper By the Dozen, The Cave dan The Prestige.

Filem terbaru beliau yang sedang meletup di Hollywood sekarang ialah Beverly Hills Chihuahua. Tapi belum start tayang di Malaysia lagi walaupun posternya sudah lama terpampang. Filem berkaitan anjing yang mula bermain di pawagam Malaysia ialah Bolt. Gambar di atas aku ambil dari website tgv.


Bila aku check kat imdb, teruk gila user rating Beverly Hills Chihuahua ni dapat, 2.3/10... memang hanjeng lah filem ni

Tuesday, November 25, 2008

Tiga Filem Hujung Minggu

Hujung minggu yang lepas aku telah berkesempatan menyaksikan tiga buah filem. Dua cerita Eropah dan satu remake Eropah.

Mozart in China


Ya, mungkin filem Wayang tu patut guna strategi ni untuk menarik kembali minat khalayak mainstream kepada wayang kulit. Modus operandinya dengan menggunakan kanak-kanak dan cipta satu persekitaran advancer sebagai elemen cuak, sedih dan seronok. Kerana dalam filem ini fokusnya ialah dua seni tradisional dari dua negara berbeza digabungkan menjadi satu kerangka cerita yang bertunjangkan kanak-kanak. Puppet dari Salzburg dan shadow theatre dari Hainan adalah fokus kepada produksi dari Austria ini yang melibatkan persahabatan di samping budaya silam nenek moyang mereka.

Terdapat persamaan evolusi juga seperti wayang kulit Kelantan yang hampir lenyap, teater patung dari China itu juga turut alami nasib serupa kerana persaingan daripada panggung wayang moden yang lebih popular. Namun filem Mozart in China ini menggunakan pendekatan sejarah (Mozart), dongeng (ikan berlian), mistik (puppet bernyawa), geografi (Eropah – Asia), gangster (along) serta budaya itu sendiri dalam kronologi plotnya. Semuanya di susun menarik walau dari segi teknikalnya nampak murah atau sesetengah pelakon ciliknya kaku semacam tetapi cerita yang ditawarkan sangat meriangkan hati.

Quarantine


Aku masih tidak berpeluang menonton •Rec yang heboh diperkatakan itu. Bila keluar saja Quarantine aku teruslah bergegas ke panggung. Dua orang kawan yang telah tengok semua tidak suka pada ending. Masalah aku pulak, aku bukan tidak suka kat ending dia tapi sebab masa trailer lagi dah tunjuk semua itu. Apa lagi yang tinggal? Kalau trailer tu setakat paparkan footage mereka yang kena gigit atau di terjah oleh mangsa virus itu pun sudah cukup efektif.

Corak filem ini yang guna handheld camera memang berkesan sangat bagi aku kerana masa tengok tu aku sedang pening kepala. Jangan tengok jika sedang di landa sakit kepala yang kronik kerana ianya lebih thrill dan horror daripada …err… Cloverfield? Puas hati sangat dengan filem ini malah penonton semua sporting siap menjerit sekali dalam panggung.

The Ride


Bila diingatkan balik, filem Jizda atau dalam Inggeris judulnya ialah The Ride ada persamaan karektor dengan Y’ tu Mama Tambien kerana ada dua lelaki dan seorang wanita dalam sebuah kereta. Cuma tujuan perjalanan itu saja yang tak sama. Filem Mexico tu mereka ingin mencari pantai. Cuma yang Republik Czech ni apa entah arah tujuan mereka langsung tak tahu. Tapi bab-bab karektor yang horny memang tak boleh tinggal. Tetap ada dalam kedua-dua cerita.

Aku suka The Ride ni walaupun tiada destinasi yang jelas diterangkan ia ada paparkan semangat road movie yang kuat. Perempuan yang mereka ajak tumpang itu serta kereta lelaki yang tenggelam timbul mengekor mereka memberi nilaian kepada genre sebegini yang kelihatan mudah. Malah aku semakin hargai perjalanan yang filem ini beri sebab pengkarya mereka benar-benar tahu menikmatinya kerana dari trivia yang aku baca mereka semua bertaruh sama ada sebuah filem dengan nilai sejuta crown mampu di bikin.

Friday, November 21, 2008

Joshua

Filem Joshua ini bagi aku berjaya menjadi psychological thriller yang baik untuk era moden ini. Berlatarkan suasana kosmopolitan New York dan penduduknya yang elite serta berbudaya terpendam sebuah kejahatan yang tidak dapat disahihkan namun ia berlaku kepada sebuah keluarga. Bagai déjà vu kerana peristiwa ini seakan pernah terjadi dahulu sebab premisnya juga masih dalam sebuah apartmen dan turut melibatkan seorang suami dengan seorang isteri yang baru lepas bersalin. Hanya kali ini ada seorang budak lelaki sebagai tambahan.

Jika anda terus teringat pada Rosemary’s Baby, tak salah untuk berfikir macam tu, macam bayi kepada puak kultus pemuja setan itu kini sudah membesar. Namun tidak ada yang supernatural pada budak ini. Dia bukan The Omen. Namun dia kelihatan aneh dan sesuatu dengan pandangan dingin serta energy seram yang dirembaskannya. Diperankan oleh Jacob Kogan dengan sungguh berkesan sampai kita naik geram. Wataknya digambarkan sebagai manipulatif dan sadis walaupun penonton tidak disajikan semua itu di depan mata. Beberapa babak yang sepatutnya membuktikan kelakuan psycho si Joshua ni macam nak acah-acah kita pula.

Selebihnya kita kena fikir atau analisa sendiri tentang apa sebenarnya yang menimpa keluarga tersebut. Seorang ibu yang gila meroyan dan bapa yang terpaksa mengimbangi tuntutan kerja dan rumahtangga yang seolah semakin berantakan namun punca dan penyelesaiannya masih samar-samar. Kemelut ini bermula apabila si ibu membawa pulang bayi yang baru dilahirkan ke rumah dan budak lelaki itu rasa terancam dan disisihkan. Mungkin faktor pergaduhan adik-beradik yang merumuskan kekacauan ini tercetus. Walaupun aku lebih berat untuk menuduh Joshua mengalami gangguan jiwa yang kronik. Teori yang aku boleh cakap mungkin dia adalah mangsa paedofilia daripada seorang ahli keluarga terdekat.

Waima tidak ditunjukkan secara nyata dalam filem namun beberapa subtle yang dipaparkan dalam sesetangah babak membuatkan kita boleh buat andaian sendiri. Sebuah drama sosial yang memperdaya penonton denagn dipakejkan sebagai sebuah filem horror tipikal. Namun Joshua menawarkan sesuatu yang lebih menggerunkan daripada itu.

Wednesday, November 19, 2008

Paris

Apabila aku cakap yang aku nak menonton Paris, terus si Gaia bagi komen “Paris agak lembab. Banyak cerita yang tak berapa dimengerti apa kaitan antara satu sama lain. Kalo French (kawan dia) konfem tak suka pasal dia selalu cakap filem Perancis ni slow and bad music”.

Ok, noted.

Tapi aku pergi juga ke gsc dengan fikiran terbuka. Dalam booklet Euff 2008 telah memberikan sinopsisnya secara ringkas mengenai Pierre seorang penari yang mengidap penyakit jantung. Sementara menanti hari-hari di bedah, dia menghabiskan waktu dengan bersidai di balkoni, menyorot kehidupan marga Paris secara rambang yang bergelut dengan indah dan ghalaunya perjalanan mereka sendiri di sebuah kota cinta. Tapi bukanlah dia berteleku di situ sehari suntuk sampai tak ada buat aktiviti lain. Kakaknya Elise seorang ibu tunggal yang bila mendapat tahu adiknya sakit pantas memberi sokongan moral dengan berpindah sementara di situ beserta anak-anak.

Asasnya filem ini mengenai kasih sayang mereka dua beradik dengan Paris menjadi lambang. Di samping itu watak-watak lain yang di skodeng oleh Pierre tadi turut terkandung sebagai plot. Memang sudah cliche kota ini sebagai metafora kepada cinta seperti filem Paris, je T’aime yang aku saksikan dulu. Namun masih tak jemu. Walaupun aku rasa kedua-dua filem ini seakan-akan sama cuma dalam Paris naratifnya di bina dalam bentuk ala filem Love Actually atau Crash. Hanya unsur kebetulan itu tidak terlalu di paksa.

Paris tak adalah lembab sangat. Ia seakan kita di suruh ambillah sebanyak mana masa yang kita mahu untuk menghayati bandaraya ini. Seperti filemnya juga yang turut di isi dengan ajnas karektor dan suasana untuk di telaah. Kalau tengok Le vie en Rose lagilah azab lembabnya dengan muzik dan lagu yang aku tak begitu masuk. Namun muzik dalam Paris is not bad.

Tuesday, November 18, 2008

The Coffin

Tak serik-serik aku tengok filem Thailand. Hujung minggu lepas aku pergi menonton The Coffin. Hasil terbaru daripada pengarah Ekachai Uekrongtham yang sebelum ni memberikan kita Beautiful Boxer. Itu sebuah kisah benar mengenai seorang peninju yang ingin membuat pembedahan jantina. Manakala filem ini pula turut bersandarkan sesuatu yang benar iaitu satu amalan pelik masyarakat Siam yang melibatkan keranda. Dengar je dah seram.

Sebenarnya ritual tersebut mengkehendaki seseorang berada dalam keranda selama beberapa hari sebagai syarat untuk menjauhi nasib malang dan anasir puaka. Premise begini memang sudah boleh di telah akan sampai impak takutnya. Tapi bagi mereka yang menaruh ekspektasi lebih tinggi mungkin akan kecewa sikit. Aku pula tak adalah harap seram yang melampau-lampau. Bagi aku filem ni lebih ok daripada dua cerita Siam yang aku tengok sebelum ni. Ada aku mention dalam beberapa entry terdahulu.

Satu lagi aku nak cakap, jangan nak expect dua selebriti tersohor yang menerajui filem The Coffin ini akan bergandingan di sepanjang filem. Rupa-rupanya karektor mereka wujud tidak parallel dalam timeline yang sama. Cuma masa nak dekat penamat barulah mereka berkongsi skrin. Walaupun aura seram lebih berjaya semasa kisah Ananda, tetapi tidak begitu difahami kaitannya dengan ritual tersebut. Manakala bahagian cerita Karen Mok senang difahami kesan dan akibat yang melandanya dek melaksanakan penyucian terbabit.

Selain gabungan dua plot yang agak baik itu tadi aku juga tertarik dengan aspek tangkapan kamera yang cantik dan membentuk mood. Kita boleh merasa ngeri dan gentar kematian melalui shot-shot yang difokuskan. Namun itu semua tidak banyak di bantu oleh pelakon-pelakon yang bagi aku tidak memberi sepenuh jiwa. Seolah separuh lagi mereka sudah masukkan ke dalam keranda.

Sunday, November 16, 2008

Wayang

Subjek yang di bawa oleh filem ini ialah sejenis hiburan tradisional orang Melayu yang di panggil wayang kulit. Rasanya sebelum ni tidak ada lagi sebuah cerita tentang unsur ini di angkat ke layar lebar. Mungkin sebab belum ada cerita yang kuat untuk diketengahkan. Atau dikhuatiri khalayak umum tidak berminat untuk menjengah panggung menonton sebuah kisah mengenainya. Aku sendiri tak pernah tengok persembahan wayang kulit secara “live” depan mata. Tapi, tegasnya aku tak akan buat perangai sengal macam segelintir budak-budak student Uitm dalam satu babak dalam filem ni.

Ada ke patut masa Awang Lah lakonan Eman Manan suruh Awi dan Melor demokan wayang kulit depan mereka, diorang semua jadi tak tentu arah dengan ekspresi memek muka curious gila. Masing-masing jadi tak karuan dan tercangak-cangak hilang punca. Lepas tu ada seorang dua menjenguk belakang kelir nak tahu macam mana seorang buta dan seorang lagi sengau boleh memainkan patung-patung tu semua. Tak perlu sangat nak tunjuk muka dan aksi kelam-kabut tu! Sampai nampak pathetic. Terpaksalah aku highlight benda ni dulu walaupun aku tahu remeh-temeh jer perkara ini.

Ya, gambaran kasar yang kita dapat proses dari hiburan ini ialah seorang tok dalang mestilah berupaya melihat dan bersuara dengan normal untuk mementaskan hasilnya. Tetapi naskhah garapan Hatta Azad Khan ini memberi ironi daripada apa yang kita tahu mungkin sebagai simbolik kepada semakin hilangnya seni tersebut dari pandangan orang ramai. Dan jika ada pun suara yang ingin menyokong kelangsungan hayatnya, ia hanyalah bunyi-bunyi sumbang dan tiada siapa yang sudi membela nasibnya. Satu lagi aspek yang di beri perhatian oleh Hatta apabila produk ini di label un-Islamic seperti adegan pada awal cerita yang bagi aku patut di bagi lebih pendedahan.

Watak antagonis, Jusoh sepupu Awang Lah sendiri yang anti wayang kulit dengan imej Islami tidak dibangunkan karektornya secara kukuh untuk kita memegang fahamannya. Sepatutnya biar Jusoh dan Mamat, anak Awang Lah itu berkongsi idealogi mereka sendiri untuk berpakat memusuhi seni tradisional ini. Jadi Wayang tidak akan bergerak terlalu hambar dan lesu jika sekadar untuk menerapkan pergolakan jiwa seni Awang Lah serta tugasnya untuk mendidik dua OKU itu tadi mendalami bidang ini. Cuma unsur romantis dua anak murid (juga anak angkat kepada beliau) memang boleh difahami dalam teks ini hanya ia terasa meleret.

Aku suka ingin kaitkan filem ini dengan Budak Kelantan yang turut masih bermain di panggung. Atas dasar yang kedua-duanya guna dialek yang sama, aku andaikan jika Awi ingin main gitar semasa persembahkan wayang kulit, hasilnya adalah Budak Kelantan. Wayang kulit seperti yang Awang Lah ingin pertahankan yang kekal dalam ciri-ciri tulennya mungkin akan terus lestari. Tapi hanya sebagai bahan pameran atau rujukan ilmiah. Manakala wayang kulit yang pop akan di pilih dan di sukai oleh kebanyakan orang.

Thursday, November 13, 2008

The Last House in the Woods

Aku beli dvd ni pasal keliru dengan satu lagi tajuk filem yang aku dah lama cari. Beberapa blogger selalu mewar-warkan filem The Last House on the Left dan buat aku teringin nak tengok. Masa kat Jb, tengah aku belek-belek cover beberapa dvd, nampak je tajuk ni aku pun rembat. Rupa-rupanya tiga perkataan depan saja yang sama. Tersalah beli pulak.

Ok, tak mengapa. Bukannya teruk benar filem ni. Walaupun gambarnya macam style movie 70-an. Tapi sebab ada handphone tu sedarlah kita bahawa ni filem moden. Walaupun telefon mudahalih tersebut tetap tak boleh di harap apabila tiba saat-saat cemas dan kritikal. Lagipun ini filem horror slasher thriller yang memang penuh dengan adegan begitu.

Produk Itali ni meneruskan kelangsungan tradisi yang wajib ada dalam genrenya. Dari segi naratifnya kita terpaksa tunggu juga sampai ke akhir durasi kalau ingin tahu apa yang terjadi pada budak di awal cerita. Itu mungkin umpan pengarahnya jika penonton dah muak di simbah dengan darah yang bergelen-gelen dan anatomi yang di lapah serta di mamah juga jerit pekik. Fikiran aku langsung tak boleh nak agak apa yang famili aneh tu buat pada budak malang tersebut. Sampaikan ada seorang penjahat itu siap muntah selambak.

Dalam filem ni ada tiga penjahat mula-mulanya. Mereka nak rogol seorang awek ni selepas membelasah balak awek tu dan sumbat dalam but kereta. Kejadian berlaku di sebatang jalan sunyi di tepi hutan belukar. Pendek cerita, si gadis dan pasangannya tu diselamatkan oleh keluarga tadi yang melalui jalan tersebut dan membawa mereka pulang ke rumah terakhir di dalam hutan. Siapakah orang jahat sebenar itulah persoalannya.

Wednesday, November 12, 2008

The Art of Travel

Filem ni macam korang tengok episod dalam Globe Trekker. Atau Not Your Average Traveller di saluran Travel and Living. Cuma ia bukan dalam dokumentari tetapi didramakan. Hujung-hujung tahun begini kalau bajet tak ada nak pergi bercuti, tontonlah filem ni. Ia ada premise yang menjanjikan. Puas hati juga dapat habiskan tengok. Seolah baru melepasi perjalanan yang tak tahu di mana akan berakhir.

Tak silap aku si Gaia pernah beritahu dulu yang budak-budak remaja di US sebelum mereka sambung belajar di kolej/universiti biasanya akan ambil cuti mungkin dalam setahun untuk mengembara. Itu lah hero filem ni Connor Layne buat yang terbang ke Amerika Sentral sebelum dia mulakan kelas. Namun tujuan itu sebenarnya terlencong sebab pada mulanya dia nak berjalan-jalan sambil berbulan madu tapi di atas altar dia membatalkan perkahwinannya. Kemudian dia terus ambil keputusan untuk keluar ke mana-mana saja destinasi luar negara yang pertama pesawat akan tujui.

Tatkala di Nicaragua, dia bertembung dengan sepasang suami-isteri yang sedang merangka satu advencer untuk merentas Darien Gap menerusi hutan tebal dan bahaya dengan menggunakan jip tetapi mereka tersangkak seorang kru. Lantas Connor yang berat hati awalnya bersetuju sertai mereka berdua yang turut di sokong sekumpulan ahli lain yang berkepala sengal. Terasa macam tengok Amazing Race pun ada juga cuma tak ada perlumbaan dengan mana-mana group atau proses penyingkiran je. Sebab task-task semasa dalam hutan tu agak mencabar juga.

The Art of Travel ni memang bukan macam filem kembara seperti Turistas atau The Beach atau The Ruins yang lazimnya di beri plot lebih dramatik dan ada thrill. Setakat nak tengok pelakon beraksi sambil berwisata di negara-negara tertentu mungkin boleh dijadikan tarikan. Tapi dalam satu adegan ada sejenis jenaka yang suami-isteri itu kenakan pada watak utama ini yang boleh menjadi inspirasi. Atau dalam kes Connor, ianya adalah pendorong secara paksa. Kelakar jugak.

Friday, October 31, 2008

Tropic Thunder

Ben Stiller akhirnya berjaya memindahkan idea filem ini ke layar lebar setelah lama terperap dalam kepalanya. Mungkin agak aneh kenapa situasi yang digambarkan ialah perang Vietnam. Ia nampak out-dated berbanding plot dalam beberapa filem lain yang memaparkan konflik timur tengah yang lebih terkini. Namun lokasi mungkin perkara sekunder. Kerana konsep filem ini sendiri yang spoof dan mengambil rujukan beberapa filem Hollywood lain serta memperolokkannya.

Ini sama seperti The Player oleh Robert Altman sebagai satira yang mewajarkan mereka mempunyai persepsi sendiri terhadap sesuatu walau absurd, nakal dan terpesongnya penerimaan tadi. Tropic Thunder menggunakan lesen ini untuk mempermainkan dunia Hollywood, sehingga menjadi kecoh, lawak dan celupar yang berlebihan. Bagi kita, ini adalah hiburan muktamad yang boleh mengisi masa senggang. Namun tidak semua pihak berpendapat begitu.

Ada subplot dalam filem ini yang berkait dengan golongan terencat akal membuatkan organisasi yang mewakili mereka tersinggung. Dialog “retard” yang diulang-ulang sangat mengguris. Tapi ada asasnya mereka berbuat demikian sebagai parody kepada beberapa aktor yang pernah berwatak begitu demi komitmen seninya. Mereka sebenarnya sedang buat lawak sinikal kepada bintang terkenal berkenaan walaupun ia secara tidak langsung membuat khalayak lain pula yang terasa. Satu lagi apabila Robert Downey Jr yang menjadi karektor black dalam filem ni turut menimbulkan rasa keberatan pada beliau pada mulanya. Namun itu tiadalah kontroversi sangat.

Filem ini turut dijayakan oleh Jack Black yang menyertai dua nama popular tadi sebagai pelakon utama dalam satu cerita tentang sekumpulan karyawan sedang membikin filem. Mereka merangka sebuah blockbuster tentang perang Vietnam yang sedang dalam lokasi di Asia Tenggara yang diadaptasi daripada sebuah buku bestseller.

Disebabkan karenah bintang-bintang ini yang superstar serta belanjawan produksi yang kian melambung sedangkan filem tak siap-siap, penulis buku serta pengarahnya berpakat nak mengajar para aktor ini supaya lebih berdisplin dalam karier dengan membuat penggambaran style gerila jauh dari sokongan krew lain. Namun rancangan yang di atur bertukar menjadi kacau dan huru-hara apabila mereka bertembung dengan sekumpulan gangster penyeludupan dadah di tengah hutan.

Tropic Thunder adalah filem yang sarat dengan persendaan kepada golongan selebriti mahupun terhadap produk Hollywood itu sendiri. Malah mereka nampaknya tak kisah pulak menjadi subjek sindiran itu apabila ramai bintang popular muncul cameo atau pegang watak sampingan dalam filem ni. Tapi kita di Malaysia ni bagai di persendakan pula oleh lembaga penapis apabila filem ni jadi melompat-lompat sebab banyak kena sensor. Setahu aku Tobey Maguire pun ada enterframe dalam filem ni tapi babak tu dah kena potong agaknya.

Tuesday, October 28, 2008

Beberapa Catatan Movie di JB

Cuti tiga hari hujung minggu lepas aku pergi ke Johor Bahru. Tak ada apa benda pun aku buat kat sana selain jalan-jalan dan makan-makan. Ada beberapa perkara berkaitan dengan movie yang boleh aku kongsi semasa aku di Jb.

1. Tatkala terpasang stesyen tcs5, aku berpeluang tengok setengah jam terakhir filem Mindhunters. Aku ingat lagi yang dvd aku beli dulu rosak. Seperti biasa aku ni memang malas nak tukar balik. Jadi aku tak tahu ending dia macam mana sebab aku dapat tengok sekerat jalan je dulu. Ini dah ada disiarkan di tv Singapore ni, boleh le aku tengok ending dia bagaimana.

2. Masa kat Jb aku beli dvd Harold and Kumar Escape From Guantanamo Bay. Tokey tu cakap gambar clear. Kalau mana-mana movie yang tak clear memang diorang akan bagitahu yang gambar tak jelas. Tapi dalam kes ni, bukan pasal gambar tak clear tapi movie lain pulak yang keluar.

Bila aku pasang dvd tu yang keluar ialah Harold and Kumar Go to White Castle. Laa… macam mana ni? Dah-lah aku dah tengok movie ni. Eh, dia silap masuk dalam sampul ke? Tapi bila aku check gambar yang kat disc tu memang ia tulis Harold and Kumar Escape From Guantanamo Bay. Pelik ni. First time aku beli dvd terjadi kes macam ni.


3. Satu lagi dvd yang buat aku upset ialah Pineapple Express. Patutnya aku test dulu kat kedai tu atau kat rumah kawan aku di Jb. Ini dah sampai KL baru nak test. Bukak-bukak jer gambar dah senget-benget. Tak clear pulak tu. Mungkin sebab adegan awal ni ialah zaman 1937 (ada tulis kat skrin) sebab tu hitam putih kelabu warna dia. Tapi selepas 5 minit babak tu dan kembali ke zaman sekarang pun masih kelabu lagi, macam mana tu? Sah-sah dvd ni yang kelabu asap.


4. Masa on the way balik tu bas pasang filem Midnight Meat Train. Terkejut gak aku. Boleh ke nak siar filem 18 tahun ke atas ni dalam bas? Macam mana nak sensor part-part yang ranjang dan ganas sadistik itu? Oh, bila sampai ke adegan yang menyinggung ketenteraman awam tu, diorang fast forward kan. Tapi penumpang setakat boleh tengok gambar je, audio langsung tak dengar. Kecuali part jerit-jerit. Tak ada subtitle pulak tu. Aku tak kisah pun sebab dah tengok kat tgv.

Friday, October 24, 2008

Soul's Code

Filem Thailand yang ni macam berlagak bagus je. Menggabungkan konsep forensik ala csi dengan elemen supernatural dalam satu persembahan pada awalan cerita macam menjanjikan sesuatu. Tapi lama-lama jadi menjengkelkan. Pelakon-pelakon yang membintangi filem ni pun nampak sengal. Aku rasa tak ubah macam aku tengok Gerak Khas versi Siam je dengan dialog yang poyo (kalau ikut sarikata tu lah – mungkin kalau aku faham cakap Siam aku tetap nak kata dialog tu skima giler).

Sudahlah plotnya agak berbelit. Mungkin pembikinnya nak bagi surprise kepada penonton. Tapi sampaikan ada lubang-lubang cerita tidak dijelaskan dengan teliti (atau aku yang tak tengok betul-betul?) membuatkan ia bertambah palsu. Ada dua kisah yang berlainan yang difokuskan dalam filem ini, hanya bertembung di tengah cerita untuk mengaitkan mereka. Pertama tentang sepasukan polis yang sedang dalam operasi untuk memberkas penjenayah. Kedua berkenaan seorang lelaki dengan teman wanita, si model jelita yang sedang bermasalah.

Di samping itu kedua-dua cerita ini melibatkan satu jelmaan roh wanita yang menyeru ketua pasukan polis dan teman lelaki model seolah-olah meminta tolong. Tapi efek hantu itu tak seram mana sebab semua sudah pernah kita lihat dalam produksi lain. Malah kisah begini pun kita boleh anggap ia sebagai satu episod dalam siri The X-Files dengan perisa asia. Jelas unsur tok sami dan tokong Siam sebagai props untuk menaikkan lagi fenomena yang di harap boleh menambahkan misterius pada khalayak. Namun itu tidak begitu banyak membantu.

Namun dari segi positifnya, filem ni tidak menaruh strategi marketing dengan poster dan terjemahan tajuk yang mengelirukan. Tak macam filem Ghost House yang aku tengok beberapa bulan lepas yang memang buat orang rasa tertipu. Tapi aku tetap gembira walaupun sudah dipedayakan oleh filem itu kerana endingnya yang sangat di luar jangkaan. Siap ada penonton yang tergelak besar lagi masa tengok adegan penamat yang mental itu.


Poster taken from http://www.demonoid.com Tq

Monday, October 20, 2008

Catacombs

Filem ni bukanlah menjadi pilihan untuk di tengok. Main beli je tiket kemudian tunggu show start pukul 9 malam. Masa kredit pembukaan keluar kenyataan yang mengatakan filem ni berdasarkan kejadian sebenar. Di samping itu turut juga diterangkan apakah maksud Catacombs ni sebab kebanyakan penonton memang tak tahu langsung apa kah bendanya ini. Kalau berdasarkan poster yang penuh tengkorak itu kita akan suspek ni filem angker.

Agak seram jugak filem ni, sudahlah penonton dua tiga kerat je. Langsung aku membayangkan konsep penggambarannya ada macam •Rec (walaupun aku tak tengok lagi filem tu) sebab feelnya seolah kita dibawa menyelami keluh-kesah seseorang yang cemas di rakam guna videocam sendiri tanpa ketahuan apa yang menanti di depan (atau belakang, tepi segala). Dengan ruang bawah tanah yang klastraufobik serta momokan urban legend misteri menambahkan lagi trauma kepada si gadis malang yang mengalami.

Aku agak terkejut dengan ending filem ini. Bukan ia buruk atau tak masuk akal tapi ia memuaskan hati. Setelah lama terkurung dengan seorang watak utama saja lari ke hulu ke hilir dalam situasi gelap yang hanya di bantu oleh lampu suluh, memang kita rasa nak naik hantu jugak.

Tuesday, October 14, 2008

Paranoid Park

Mula-mula pandang dvd ni di kedai rasa macam nak beli. Tapi fkir-fikir semula tak jadi lah. Nasib baik tak beli pasal masa balik kampung hari tu tengok-tengok dah ada kat rumah. Adik aku beli. Tapi tak habis pun dia tengok. Boring katanya.

Memang pun. Aku sendiri rasa azab nak habiskan filem ni. Kalau anda bayangkan filem ini ala Elephant, mungkin jangkaan anda boleh dikatakan tepat. Lagipun subjeknya masih sama berkaitan dengan alam remaja. Malah tema keganasan di sekolah seperti dimainkan oleh filem tersebut sangat segar pada waktu itu kerana ia ibarat dokumentasi tragedi Columbine yang masih hangat.

Namun Paranoid Park walaupun ada kena-mengena dengan remaja dan pembunuhan tetapi naratif yang di bina adalah dalam format yang menyeksakan penonton. Ia tidak menurut jurus teknik bercerita filem-filem lain yang konvensional. Bagi aku sedikit rumit dan menuntut kesabaran kalau nak tonton filem ni seperti kena cerakin sebuah buku penuh falsafah. Tidak aku nafikan yang konsep begini sangat unik dan kreatif tapi hanya penggemar Gus Van Sant saja yang akan benar-benar menghargainya.

Alex lakonan Gabe Nevins pergi bermain skate board di sebuah kawasan di panggil Taman Paranoid. Dalam pada itu terdapat satu kejadian pengawal keselamatan stesyen keretapi terbunuh dan nampaknya Alex terlibat dalam kes ini atau mungkin tahu sesuatu mengenainya. Pasal baca sinopsis ini pada inlay dvd itu dahulu juga yang buatkan aku berminat nak beli. Ia sebagai daya penarik selain nama pengarah kerana pelakon-pelakonnya semua tak famous kecuali Taylor Momsen (Gossip Girls).

Jalinan plot yang di susun tidak mesra penonton. Termasuk juga dengan kerja kamera yang dengan long takes, gerakan gambar yang slow serta aspek-aspek visual yang bagi aku eksperimental lebih dititikberatkan daripada cerita itu sendiri. Selain di tuduh boring tadi, Paranoid Park juga akan di kecam sebagai pretentious dan mengada-ngada. Namun secara positif, filem ini jika disaksikan pada kondisi yang tepat boleh membuatkan kita meneroka satu lagi perspektif baru dalam tontonan.

Thursday, October 09, 2008

Eagle Eye

Masa mula-mula adegan di buka dengan orang-orang Arab berkumpul di satu penempatan padang pasir dan ada skuad intelligent Amerika memantau dari satelit kita dapat gambaran asas filem ini mungkin tentang terrorist. Dah berdetik dalam hati rasa tidak selesa, entah macam mana ganas pula orang Islam akan di potray dalam cerita ni. Atau tatkala tengok trailernya lagi dengan babak dalam bilik Shia Labeouf dengan senjata, alatan tentera dan bahan kimiawi membuat bom ada alasan untuk percaya filem ni ada kena-mengena dengan keganasan.

Bagi aku setakat tengok trailer saja pun cukup. Jika ada yang terlebih anda harapkan daripada Eagle Eye, mungkin sedikit kecewa.

Aksi pelakon utamanya yang cemas dan sasau menerima panggilan telefon entah siapa dan dari mana memberi arahan macam-mana sangat berkesan. Kita pun jadi terpinga-pinga dan takut dengan suara misteri yang bijak menyusun perintah dan pandai memanipulasi membuatkan suasana jadi rusuh. Kalau boleh aku tidak mahu tahu dari mana suara itu datang. Dan kenapa ia perlu menguasai. Biar ia kekal jadi tanda-tanya.

Kerana apabila jawapannya di buka, mungkin ia tidak segempak yang kita sangka. Atau jadi klise. Macam tak boleh ada klimak yang lain sebagai punca. Dengan penamat yang tidak memuaskan, ia lebih menjengkelkan lagi. Sekadar Untuk tahap aksi kejar-mengejar dengan kamera goyang-goyang dan laju ia memang boleh di harap.

Wednesday, October 08, 2008

Raya Pertama 1429H

Hari Raya sudah berlalu. Namun beberapa trivia yang ingin aku kongsi bersama dipaparkan di sini setelah tahun lepas aku menyepi daripada cerita Raya.

Spaghetti Bolognese

Buat pertama kalinya apabila bertandang ke rumah saudara-mara pada raya pertama ada yang menghidangkan spaghetti bolognese. Biasanya hidangan normal yang tersaji ialah nasi dagang, nasi minyak, laksa, ketupat rendang je kali ni siap ada spaghetti pulak. Boleh tahan jugak rasanya. Gambar spaghetti ambik dari website www.thesun.co.uk/sol/homepage/news/money/article294209.ece


Rambut karat

Dulu-dulu masa berkunjung ke rumah seorang saudara aku yang kaya-raya ni (opss… tergosip pulak) anggota keluarga beliau yang perempuan semua tutup kepala, kali ni ada pulak seorang dua yang free hair. Siap rambut kaler blonde lagi ala-ala Paris Hilton gitu …. kekkeke….

Muah-muah dengan nenek.

Biasanya kalau bersalam raya dengan nenek aku, setakat cium tangan je. Kali ni nenek aku suruh semua anak cucu yang salam dengan beliau turut cium pipi sekali. So, aku dengan malu-malu alah pun turut muah-muah bergesel pipi dengan nenda yang walaupun uzur namun masih nampak bertenaga.

Balik awal

Hari Raya pertama kebiasaanya kalau tak nak masuk maghrib, tak sah keluar beraya. Tapi selalunya kami pastikan sempatlah balik solat Asar kat rumah. Namun pada tahun ini dalam pukul 3 petang dah sampai rumah dan siap boleh tidur siang lagi tu.

Tertinggal angpow kat rumah

Memang setiap tahun aku dah peruntukkan duit raya untuk dua orang mak saudara aku ni. Tapi di saat akhir aku boleh terlupa pula nak ambil angpow yang aku dah selit celah almari tu. On the way pergi menziarah tu, barulah aku teringat. Terpaksalah buat pertama kalinya di raya pertama aku pinjam duit orang nak bagi duit raya. Bukan dengan orang lain pun, pinjam dengan kakak aku jugak.

Wednesday, September 24, 2008

Tiga Kad

Ada 3 kad aku dapat (setakat ni) sempena raya tahun ini.

Kad pertama yang sampai (dan bukan kad raya pulak tu) ialah kad walimatulurus. Tahniah kepada kawan aku Aida yang akan melangsungkan majlisnya seminggu lepas raya nanti. Sampai jugak jodohnya walaupun aku belum tahu lagi dapat hadir ke tidak ke hari perkahwinannya itu. Namun aku layangkan juga balasan kad raya ke kampungnya.

Kad yang kedua baru lah kad Hari Raya. Itu pun di bagi secara by-hand. Masa aku dan kawan-kawan berbuka di Pelita terus ada seorang kawan aku ni hulur kad. Senang gitu. Tak payah nak susah-susah ke post office. Tapi aku reply thru post.

Kad yang ketiga juga merupakan kad raya. Tapi di beri melalui e-mel. Cuma aku tak kenal nama orang yang hantar e-kad tu. Kawan atas kawan agaknya yang aku tak tahu nama? Memang aku tak dapat nak recall langsung siapakah dia ni.

Dalam e-mel itu disertakan notis:
Disclaimer Jika anda tidak mengenali penghantar E-kad ini. Anda boleh menandakannya sebagai spam

Tak adalah aku nak anggap macam tu. Malah aku happy sangat terima ucapan Hari Raya dari sesiapa pun juga. Ia bukan spam padaku dan bukan sesuatu yang buat kita naik geram. Dapat pula daripada seseorang yang tidak dikenali lebih-lebih berbesar hati rasanya.

Friday, September 19, 2008

Masakan Cina Kylie Kwong

Kalau tekak anda rasa nak berbuka dengan juadah Cina, jom nikmati beberapa jenis masakan Cina yang digemari oleh chef selebriti Kylie Kwong yang selalu muncul di saluran Travel & Living. Artikel ni aku petik dari suratkhabar Weekend Journal Asia keluaran 25 Julai. Selain menjadi hos rancangan, beliau juga menulis buku masakan dan mengusahakan sebuah restoran di Sydney, Billie Kwong yang diiktiraf pengkritik sebagai penyaji hidangan Cina yang menyediakan resepi penuh perisa menggunakan bahan organik dan mesra alam.

Mari lihat 5 menu makanan Cina yang menjadi pilihan tukang masak terkenal ini. Gambar makanan tak ada, sorry. Cuma ada gambar Kylie Kwong. Ini aku terjemahkan dari artikel dalam ruangan Hit List itu.


Peking duck

Menurut Cik Kylie, itik Beijing panggang ini adalah contoh yang tepat bagi yin dan yang dalam masakan Cina. Dia amat mengagumi bauran rasa dan teksture, rangupnya bawang besar yang bersari dan timun sejuk, gandingkan bersama sos hoisin yang likat manis serta daging suam yang berkulit garing. Ia satu persembahan yang berwarna-warni. Sesiapa yang cipta benda ni patut dapat award, kata perempuan ni lagi.

Steamed garoupa with ginger and shallots

Chef ini memang suka makan ikan malah orang Australia sendiri obses dengan seafood. Mengaku beliau makan hidangan ni empat kali seminggu. Isi ikan yang lembut adalah sangat berteksture. Kaedah stim begitu menakjubkan kerana ia membolehkan proses penyerapan segala yang tulen daripada bahan-bahan asli ini bersinar melaluinya, boleh? (Lantaklah kalau korang tak paham)

White-cooked chicken

Ayam yang di masak dengan tulang temulangnya sekali adalah cara yang hebat untuk kekalkan jus dan kelembapannya. Untuk sediakan resepi ini beliau membubuh ayam seekor berat lebih kurang 18 kg ke dalam stok mendidih selama 14 minit. Lepas tu ketepikan sebentar periuk dari api dan biar selama 3 jam. Kemudian sajikan ia dengan halia di hiris, bawang besar, lada, renjisan hot peanut oil, kicap, minyak bijan dan gula.

Stir-fried pumpkin with black bean and ginger

Beliau terjumpa resipi ni semasa kat Guangdong, tempat asal nenek moyangnya ketika beliau shooting di situ pada bulan Februari tahun lepas. Si Kylie ni sedang membeli labu dari sebuah pasar tempatan dan seorang wanita di situ tunjukkan beliau cara memotong dan mengggorengnya dalam kuali bersama fermented black bean dan halia. Beliau tidak pernah membayangkan bahawa orang Cina sangat sukakan labu.

Deep-fried silken tofu with Sichuan pepper, salt and lemon juice

Tofu ialah makanan ruji Cina dan oleh kerana rasanya yang hambar ia sangat sesuai digandingkan dengan bumbu-bumbu yang menyerlah. Yang baiknya dalam resipi ini ialah kombinasi dalamannya yang lembut bak baldu serta bahagian luar yang rangup dan berkriuk. Tambahnya lagi ia sangat murah. Dalam hidangan Cina, tak perlu bahan yang eksotik dan glamour untuk menyiapkan satu makanan hebat.

Wednesday, September 17, 2008

2 Terbakar

Ada dua “Burn” yang menarik untuk di tonton. Satu di kaca tv dan satu lagi filem yang masih tak tahu sama ada akan bermain di panggung sini atau tidak. Mari baca sikit info yang aku ceduk serba sedikit.

1) Burn Notice

Sebuah siri penyiasatan yang cool dan banyak diperkatakan. Bakal disiarkan di 8tv minggu depan dengan pelakon utamanya ialah Jeffrey Donovan dan Gabrielle Anwar. (Tak ada kena-mengena dengan mana-mana Anwar di tanahair kita sekarang yang rasanya turut dalam keadaan "terbakar").


2) Burn After Reading

Daripada pengarah No Country for Old Men yang menang Oskar tahun ni. Disebabkan aku memang nak tengok filem ni jadi aku terpaksa lupakan untuk baca sinopsis. Lihat dari tajuk pun rasa nak tengok tu sudah membara.

Monday, September 15, 2008

Tulis dan Kerja

Baik aku update sikit sementara cubicle sebelah aku ni masih free lagi. Nanti by next week dah ada orang nak masuk cubicle tu, bila dia nampak aku bukak blog, dan tanya pasal tu – tak kan aku nak menipu kan? Dah lah bulan puasa. Ataupun aku tunggu timing yang sesuai je untuk update. Masa dia ke tandas atau ke mana-mana lah.

Ya, aku masih ada develope rasa tidak sentosa dengan blog ni walaupun dah masuk 5 tahun memblogging. Tapi aku tidak kesal pula kerana memulakan semua ini. Aku tetap bersemangat nak mengisi blog walaupun sejak akhir-akhir ni ia banyak tentang filem saja. Memang itu pun mula-mula matlamat asal aku create benda ni tahun 2003 dulu.

Sesekali kalau mood bertukar, akan ada peralihan kuasa nada terhadap bahan yang aku nak letak dalam ni. Sesekali nak juga tulis selain daripada movie yang aku tonton. Banyak benda lain yang aku boleh kongsi di sini seperti hal-ehwal semasa, pesanan khidmat masyarakat, salinan e-mel, keratan akhbar dan macam-macam lagilah. Pokoknya kalau aku rajin untuk menganalisa, mencerakin dan membuat rumusan daripada sumber-sumber tadi maka bisa aja aku mempublishnya di medan ini.

Cuma yang mengengkang semua itu ialah kemalasan yang melanda diri. Aku rasa ada lagi benda yang aku pernah mention nak tulis tapi tak buat-buat lagi. Misalnya tahun lepas masa aku buat entry tentang Dirty Jobs, langsung aku pun teringin nak listkan jenis-jenis dirty jobs aku sendiri. Secara ringkasnya, tak adalah kerja-kerja yang aku pernah buat tu seteruk seperti yang di paparkan dalam rancangan tu.

Paling negri pun kena bersihkan hud dapur kat restoran yang aku pernah jadi pembantu dulu. Kalau hud dapur kat rumah tu memang kecil je kan. Ni yang kedai makan punya, bapaklah besarnya. Oleh kerna benda tu berminyak-minyak dan ada bilah-bilah yang sedikit tajam. Tercedera lah jugak tangan aku masa aku membasuh benda tu walaupun dah cukup berhati-hati.

Mula-mula kena tanggalkan apa ntah yang dia panggil tu, bilah kot (macam pisau lak) dari kepala dia tu lepas tu baru lap dengan span. Memang kotor hud dapur ni. Banyak sisa hitam yang melekit dan bergris. Habis baju dan seluar aku kotor kena percikan sabun yang berselaputi benda alah tu. Lain-lain tugas-tugas kotor dan comot yang aku kena buat macam siang udang, basuh pinggan, bersihkan restoran dan aktiviti seumpamanya.


Kredit Foto: www.ajmadison.com

Monday, September 08, 2008

Persepolis

Tak tahulah kalau Iran ada Freedom Film Fest, filem macam ni memang sesuai jadi bahan pengisiannya. Ia di angkat daripada novel grafik berdasarkan kisah hidup Marjane Satrapi yang diterbitkan pada tahun 2000 - 2003. Aku memang tak pernah dengar mengenai novel tersebut malah cuma tahu mengenai filemnya apabila dicalonkan dalam anugerah Oskar tahun ini. Pernah juga terbaca filem ni agak kontroversi sehingga kerajaan Iran melarang penayangannya.

Kita sebagai orang luar mungkin tahu serba sikit mengenai sejarah dan politik negara tersebut seperti penggulingan Shah Iran, revolusi Islam dan Perang Iran-Iraq. Dalam Persepolis, kita di bawa menyelami semua itu menerusi pengalaman pengarangnya dari kecil hingga dewasa hidup dalam dunia yang tidak menurut terma idealistik yang dia percayai. Tambahan pula kerana keluarganya sendiri sangat liberal dan memupuk pengaruh yang jelas kepada persekitarannya.

Ini sangat kontras pada Marjane yang bersifat terbuka sedangkan struktur di negaranya itu yang lebih konservatif dan Islamiyah. Semua ini terzahir pada bentuk animasi yang sangat ringkas tapi ekspresif seolah-olah membaca comic strip hitam putih di suratkhabar. Ini mungkin disengajakan sama ada kerana mengambil terus ilham visual daripada novel grafik itu atau memberi ilusi kepada penonton bahawa kehidupan di Iran memang monokrom, tertutup, pasif dan tiada harapan.

Malah si penulis itu sendiri di hantar ke Vienna oleh ibubapanya untuk belajar dan menikmati hidup lebih bermakna dan tidak terkongkong. Segala paparan dalam Persepolis agak radikal dan mungkin berlebih-lebih untuk menimbulkan dramatik kepada penonton. Namun sebagai sebuah kisah coming-of-age untuk perempuan yang berasal dari negara timur tengah, filem begini sangat unik dan tentu menimbulkan polemik.


Kredit foto: www.sparehed.com

Wednesday, August 27, 2008

Wall•E

Filem ini di pakej macam satu produk. Berbentuk kiub. Untuk dijadikan merchandise sebagai promosi filemnya. Nanti boleh di beli buat kenang-kenangan. Sementara tayangannya masih rancak berputar di panggung. Bagi mengujakan lagi kalau beserta mainannya. Bila filemnya sudah sejuk nanti, simpan saja ia di rak.

Buat hiasan.

Mengumpul debu di situ.

Kalau dah jemu dengannya, buang ia ke tong.

Nanti pihak majlis bandaraya akan ronda dan kumpul sampah dari tong tersebut. Lalu di bawa ke satu tapak lain untuk di lupus.

Lalu 700 tahun lagi mungkin semasa Wall•E mengorek tanah dan sisa akan terjumpa satu benda sepertinya. Dia membelek dan merenung untuk dikenalpasti. Setelah lulus menurut piawainya sendiri, dia akan membawa benda itu pulang.

Kalau dia tak berkenan, akan di proses dalam badan bersama barangan lusuh lain. Keluar sebagai kiub. Di susun tinggi bertingkat-tingkat ibarat menara.

Tiada benda yang terlepas dari sasaran Wall•E. Dan Wall•E menyasarkan kita semua. Sebuah produk tentang mesin yang berperasaan. Dan kita manusia yang sepatutnya lebih tinggi perasaannya terhadap alam semulajadi yang rapuh ini. Kerana bumi bukan merchandise. Ia tak boleh di buang ke tong. Walaupun kebanyakan daripada kita treat ia macam sampah.

Monday, August 25, 2008

Komuter, Kapal, Kapal Terbang, Kereta

Minggu lepas berita-berita mengenai pengangkutan menarik minatku untuk di blog. (Harga petrol turun 15 sen – setelah digenapkan amat melegakan seluruh Malaysia dan membuatkan sebahagian pengundi Permatang Pauh serba salah). Walaupun minyak memang ada kena mengena dengan alat-alat pengangkutan ni, tetapi bukan itu yang aku nak cerita. Mari imbas kembali beberapa tajuk-tajuk melibatkan transportations di dalam mahu pun di luar negara.

1. Komuter

Pengguna komuter sangat bertuah pada hari Khamis lalu. Pak Lah telah merendah diri untuk sama-sama bersesak-sesak dengan rakyat jelata dengan menaiki pengangkutan tersebut menuju ke destinasi masing-masing. Apakah mesej yang dapat di pelajari daripada headline ini? Bahawa pemimpin kita memang kalau boleh ingin selalu menggunakan public transport itupun jika servisnya lebih effisyen kerana dalam spot check tu Pak Lah dapati perkhidmatan komuter kurang memuaskan.

2. Kapal

Berita yang merisaukan di terima dari Yaman apabila sebuah kapal tangki MISC yang berisi minyak kelapa sawit telah di rampas oleh sekumpulan lanun di Teluk Aden, berhampiran perairan Yaman dan Somalia pada 19 Ogos. Ok, apa-apa saja yang berkaitan dengan minyak adalah sangat berharga sekarang walaupun yang bukan daripada fosil. Seramai 39 anak kapal masih belum dapat dipastikan nasib mereka. Doakan semoga mereka selamat dan tidak diapa-apakan oleh lanun minyak sawit itu.


3. Kapal Terbang

Sementara menunggu National Geographic Channel buat lakonan semula dalam program Air Crash Investigation nanti, sebuah pesawat penumpang milik Spanair Airlines terhempas lalu terbakar di landasan di Lapangan Terbang Madrid-Barajas ketika baru hendak berangkat, mengakibatkan 45 orang terbunuh, manakala 40 lagi cedera.

Manakala di Kyrgyzstan pula pesawat kebangsaan negara itu telah terhempas apabila mengalami kerosakan teknikal tatkala berlepas dari terminal kira-kira 25 kilometer dari ibukotanya, Bishkek. Sebanyak 65 nyawa tertewas dalam nahas tersebut.

4. Kereta

Well, pasal kereta yang aku nak cakap ni ia bukan laporan mana-mana berita. Tapi dari filem Death Race. Sebaik saja anda memutuskan untuk tengok filem ni, lupakan aksi lumba jentera yang anda pernah saksikan ala The Fast and the Furious (atau Evolusi KL Drift... hehe..) kerana hidup mati di litar memang memerlukan pelumbanya mampos. Hanya yang menang akan hidup dan bebas dari penjara di mana perlawanan itu berlangsung. Sebuah aksi pecutan adrenalin yang ganas dan laju.

Friday, August 15, 2008

Rogue

Tak ingat bila kali terakhir tengok filem berkaitan buaya. Tak juga aku menggemari haiwan yang berasal dari susur-galur zaman dinasor ni. Rogue muncul dengan nama Greg Mclean sebagai daya penarik untuk membuat orang teruja. Filem beliau sebelum ini Wolf Creek yang aku tahu pun setelah membacanya dari blog mamaikmal tak silap. Jumpa saja dvd itu di kedai dan tengok, wow! memang dahsyat dan mencemaskan.

Malah untuk filem ini juga konsepnya lebih kurang sama. Jika filem dulu, orang tua itulah yang jadi binatangnya, maka dalam Rogue ini, well, buaya itu ler. Kalau dulu juga adegan pembukaan dihiasi dengan budak-budak muda tersebut berjalan iseng bersantai di gurun Alice Spring itu, kali ni para pewisata tu semua belayar tenang merentasi sungai di negeri wilayah utara. Tapi rasanya kalau untuk genre horror-thriller ni memang temponya akan jadi macam tu juga mana-mana pun.

Ok, seperti yang aku sebut dalam perenggan di atas, pelancong-pelancong terbabit naik bot sebab nak tengok habitat buaya yang memang tersohor di situ. Salah seorang daripada mereka ialah Pete (Michael Vartan) seorang penulis majalah pelancongan dari Chicago. Mengemudi perjalanan mereka pula ialah Kate (Rhada Mitchell) sebagai pemberi penerangan untuk pelawat yang berminat pasal haiwan berkenaan. Sedang mereka berseronok di atas air berlaku insiden malang menimpa rombongan cik kiah itu.

Sekali lagi kalau korang pernah tengok Wolf Creek, bahagian yang dekat hujung-hujung semasa mangsa terperangkap itu pun lebih kurang sama dengan Rogue ni. Bezanya kali ini ianya adalah binatang betul. Namun versi asalnya, orang tua berperangai binatang itu lebih baik lagi untuk di tonton.

Wednesday, August 13, 2008

Susuk

Kau tak payahlah tengok Susuk. Tak best,” kata kawan aku

What?! Tak best ke?” aku

Tapi aku tak tahulah kau punya selera. Kau mesti suka kot? Macam ada pretentious art something dalam tu,” kawan aku

Aku tak ingat exactly apa yang kawan aku cakap, lebih kurang macam tu lah. Lama dah tunggu filem ni. Jadi tak kan aku nak terjentik dengan kata-kata kawan aku tu. Nasib baik tak tengok dengan dia. Kalau tak mood mesti terjejas untuk menghayati filem ini yang rupa-rupanya complicated. (Mungkin itu yang dia tak suka, susah untuk di cerna agaknya?)

Hasil mainstream pertama Amir Muhammad. Dari Perforated Sheets (artikel), Lips to Lips (filem), Malaysian Decameron (teater), Big Durian (filem), Lelaki Komunis Terakhir (filem) sekarang ke khalayak ramai akhirnya dengan satu naskhah yang releven dan cocok dengan naunsa tempatan. Walaupun tidak kontroversi sehingga tayangannya boleh di tarik balik, Susuk bukanlah subjek yang selesa. Mungkin ada yang bandingkan dengan satu siri drama Melayu yang turut guna tajuk serupa, seolah amalan ini makin dilupakan kerana persaingannya dengan botox maka ia memerlukan pendedahan lebih meluas.

Apabila membaca sinopsis filem ini rasa tidak ada kelainan atau perkara baru yang boleh diketengahkan. Topik perempuan kampung yang ingin menjadi glamor adalah lazim dalam filem-filem Melayu. Daripada gadis naif, suci kemudian bertukar jadi lupa daratan, jadi pelacur, jadi huru-hara dan macam-macamlah. Sekarang dalam Susuk sampai jadi monster pulak. Tapi itu semua adalah cadangan transisi yang bagus dalam konteks perlunya anak-anak gadis ini membuat keputusan yang tepat dalam hidup.

Berkoloborasi mengarah dengan Naeim Ghalili, disertai tenaga yang biasa berganding bahu dengannya dan jalan cerita yang berulang-kali di rombak, filem ini berjaya menakutkan jika itu matlamatnya. Kalau ia ingin menyeru masyarakat tentang keangkeran susuk, mungkin akan sampai maksudnya. Cuma jika ia ingin mendidik penonton supaya menghargai teknik penceritaan yang unik dan berbeza, aku rasa itu tidak akan berlaku dalam masa yang singkat. Namun strategi pengkarya Susuk mengambil serampang dua mata melalui gabungan kisah seram yang memang diminati ramai dalam kerangka cerita tidak linear adalah satu usaha yang sangat bijak dan patut di puji.

Tuesday, August 12, 2008

21

Ada seorang pelajar MIT yang pintar ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang medik di Harvard tetapi tidak cukup wang. Mula-mula dia buat permohonan untuk biasiswa (bukan dengan mana-mana pejabat timbalan perdana menteri tau!) tapi masa interviu, macam tak ada harapan. Pada masa yang sama pelajar ini Ben Campbell lakonan Jim Sturgess turut buat kerja sampingan di sebuah kedai pakaian dan aktif dalam rekacipta robot.

Bekerja dengan pendapatan tetap = ada jaminannya tapi hasilnya mendatar + mungkin lambat meningkat. Masuk sebarang pertandingan, +- menang wang lumayan atau +- tak menang = hasil yang belum konkrit sedangkan budget kena dikeluarkan dulu untuk menghasilkan material.

Bagaimana dengan berjudi? Belum pasti juga nasibnya nanti. Bagaimana kalau berjudi dengan kepakaran tertentu? Beserta strategi dan komplot bersama sekumpulan genius? Maka kebarangkalian untuk menang besar bukan lagi satu hipotesis.

Itulah yang telah menyeret Ben ke kota berdosa untuk berjudi secara mengira daun terup dalam game blackjack setelah terpengaruh dengan ajakan profesornya Mickey Rosa (Kevin Spacey) dengan beberapa pelajar lain. Mula-mula dia hanya ingin join mereka sehingga dananya mencukupi untuk melanjutkan pelajaran tapi lama-kelamaan dia semakin kemaruk berjudi. Plot yang dah biasa diutarakan perihal manusia yang tergoda kerana fulus. Keseluruhan filem ini bagi aku bergerak dalam tempo yang sederhana dan tidak teruja sangat.

Daripada apa yang aku tahu, banyak aspek dari buku asalnya (sumber filem ini) telah diHollywoodkan. Antaranya ialah para pejudi itu sebenarnya kesemua mereka adalah orang Asia, mereka tidak bermain di Vegas saja, tidak ada unsur romance, setiap kali berada di kasino mereka akan buat penyamaran (dalam filem bila part last itu saja mereka menyamar). Kebarangkalian kalau penulis lakon layar dan pengarah ikut saja elemen dalam buku itu aku jangka hasilnya +- akan mengena jackpot.

Friday, August 08, 2008

The X-Files I Want to Believe

Peminat kental The X-Files tentu bersyukur dengan terbitnya filem yang kedua ni. Boleh melepaskan rindu terhadap dua petugas, Mulder dan Scully yang masih ada kimia mereka. Malah tidak tersirat lagi. Ya, itu saja yang anda boleh bongkar untuk fail X kali ini jika selalu tidak jelas tentang status hubungan mereka berdua. Kalau masih ingin bukti kukuh bahawa mereka bukan sekadar rakan sekerja, inilah dalilnya.

Selain itu, aku tak berupaya nak kutuk filem ini. Plot yang dangkal dan persembahan yang tidak blockbuster membuatkan ia di kecam oleh orang ramai. Terutama mereka yang menanti selepas enam tahun sesudah siri tv tu tamat, patutnya buatlah versi filem yang lagi gempak. Sudah-lah Fight the Future dulu pun so-so jer. Bagi aku yang tak expect apa-apa ni, tak adalah nak komplen banyak. Aku redho jer dengan garapan Chris Carter kali ni.

Kisahnya bersabitkan kehilangan anggota wanita FBI. Lalu seorang paderi yang mempunyai kuasa psikik di minta membantu kerana dia ada tenaga dalaman untuk mengesan dimanakah mangsa berada. Latar belakang si paderi itu pula menjelikkan sebab dia seorang bekas peodiphilia. Sementara sub-plotnya pula Scully sedang dalam proses untuk memulihkan penyakit seorang kanak-kanak dengan menggunakan rawatan tidak konvensional. Mula-mula aku ingatkan ada kaitan antara kes pertama dengan cerita kedua tetapi tak ada pun. Mungkin sekadar nak melodrama mengingatkan Scully pasal anaknya, William yang dia tinggalkan dengan keluarga angkat dulu.

Aku baca dalam internet, mungkin ada filem ketiga untuk The X-Files ni. Yay! Tapi bersorak ala-kadar je lah kalau hasilnya masih tak ada x-factor.

Thursday, August 07, 2008

Sex and the City Movie

Ok, berdasarkan versi wayang di Malaysia, Sex and the City Movie masih menghiburkan. Itu pun kalau anda memang menyusuri kisah empat perempuan ini sejak dari siri tvnya di HBO lagi. Kalau tidak mungkin susah sikit nak mengenali, memahami dan menilai perangai dan latar belakang mereka. Atau tak perlu semua itu? Tengok saja buta-buta tanpa perlu nak concern apa-apa. Cerita pasal seks, apalah sangat.

No. Tak adalah pasal nak mengongkek je.

Filem ini lebih kepada cinta. Cinta Carrie Bradshaw kepada lelaki besar itu yang on and off and on and off entah bila kesudahannya. Jadi untuk menyimpulkan perhubungan tersebut, ia dipateri menerusi filem ini yang bagi aku tak perlu pun tak apa. Cukuplah dengan Mr. Big mengejar Carrie di Paris di musim finalenya dulu. Atau memang kena juga difilemkan untuk membolehkan SJP memperaga fesyen-fesyen yang sangat menawan dan bergaya serta bertata-rias sepenuh-penuhnya di layar lebar.

Seolah-olah itu maksud sebenar tujuan hati. Kesampingkan jalan cerita yang lebih kukuh dan penuhkan dengan masa-masa gembira untuk panjangkan durasi.

Ketiga-tiga kawan rapatnya iaitu Miranda, Charlotte dan Samantha turut mendapat sedikit peluang untuk berkongsi perkembangan karektor mereka dengan kita semua. Jadi kita tidak hanya perlu risau dengan hidup Carrie yang penuh drama dan warna. Hidup seorang wanita single di New York yang cintakan fesyen dan buku serta mendambakan sebuah perhubungan abadi. Pengakhiran yang memang di harap untuk sebuah siri yang sungguh fabulous.

Monday, August 04, 2008

The Midnight Meat Train

Senang cakap, untuk bahagian gory – body di lapah, darah bersembur, di bunuh dengan ganas, filem ni memang sangat lazat sebagai horror/thriller terbaik untuk 2008 setakat ni. Tajuknya pun dah berbunyi semacam (Tapi apasal ada yang kaitkan dengan porn, hah? Ada undertone dengan “daging” lain ke?) Selain ia turut buat orang membuak-buak ingin tahu tentang apa yang simbolik mengenai keretapi ngeri ini.

Bagi sesiapa yang tak pernah dengar tentang cerpen tulisan Clive Barker, tak tahulah jangkaan anda bagaimana. Aku sendiri tak dapat bayangkan bagaimana untuk membaca kisah kejam yang ekstrem ini tanpa visual yang boleh menceritakannya sendiri. Malah “cerita” itu pun kita boleh sangkalkan ia perlu untuk mewajarkan segala elemen brutal tahap hardcore ini. Lebih-lebih lagi di masa 30 minit terakhir di mana kita di bawa ke penghujung terminal yang gelap, terperosok dan di luar logika.

Tapi aku tak ada komplen pasal tu sebab ia memang menjadi impian peminat filem seram supaya melopong tengok. Nasib baik filem ni tak banyak mencarut kalau tak habislah tersekat-sekat gambar kena potong macam Doomsday. Bahagian membelasah tubuh manusia dan main kerat-kerat dan mendera atau menikam dengan peralatan tajam serta apa-apa adjektif ganas yang lain di biar bebas tanpa potongan. Ia sangat memuaskan hati. Bravo kepada LPF!

Seorang jurugambar, Leon yang dalam proses untuk mendapatkan peluang menjual karyanya di sebuah galeri seni, telah menjelajah ke sekitar kota di waktu malam untuk menangkap imej-imej emosi sebuah metropolitan. Namun dia terjerumus lebih dalam daripada itu apabila dia mula obses untuk mengekor seorang lelaki bagak yang tiada perasaan semata-mata dia suspek lelaki itu terlibat dalam satu kes pembunuhan seorang model jelita. Bermula dari sini, bersedialah anda untuk menaiki keretapi tengah malam yang mengangkut daging yang boleh jadi daging anda sendiri juga sesuai menjadi muatan gerabak.

Wednesday, July 30, 2008

Pushing Daisies

Malam tadi Pushing Daisies punya episod ada sikit macam filem yang Ryan Gosling bercinta dengan manekuin perempuan tu. Kisah tentang patung itu yang di tuduh mencekik kawan kepada boyfriendnya. Tapi tak habis lagi cerita terbabit ada pula plot sampingan pasal sebuah kedai gula-gula dan manisan yang baru di buka bersaing dengan The Pie Hole untuk merebut pelanggan. Jadi teman lelaki yang terpenjara dengan patung perempuan sebagai bahan bukti masih tergantung begitu je. Bersambung next week gamaknya.

Siri tv ini memang unik dan tak masuk akal namun meriah dengan warna-warni. Walaupun temanya berkenaan pembunuhan dan kematian tetapi semuanya ditunjukkan secara humor. Aku start tengok daripada pilot. Padahal tak perlu tengok pun tak apa kerana dalam bahagian yang kemudian-kemudian, ia turut menyelitkan riwayat hidup Ned (lakonan Lee Pace) ini sejak kecil berlanjutan ke masa sekarang.

Terdapat suara latar-belakang yang tahu semuanya lengkap terperinci berlipur-lara kepada penonton mengenai watak-watak yang terlibat dalam Pushing Daisies dan agenda hidup mereka. Suara itu juga tak penat-penat mention tentang umur setiap karektor secara detail sekali lengkap dengan minit dan saat. Tak tahulah apa relevennya buat kita dengan maklumat umur yang seteliti macam tu. Usia yang terperinci mungkin menjadi dilema kepada Ned kerana bakat ajaibnya itu yang boleh menyambung semula umur terhenti sering menimbulkan problema. Atau penawar?

Dengan premise yang ganjil tetapi fantastik, tahun ini ia turut menerima pencalonan Emmy yang memberangsangkan sebanyak 12 kategori. Antara nominasi yang berjaya diterimanya (untuk siri komedi) adalah Outstanding Lead Actor bagi Lee Pace, Outstanding Supporting Actress bagi Kristin Chenoweth, Outstanding Casting dan lain-lain kategori teknikal. Tak tahulah peluangnya bagaimana kerana persaingan sangat hebat lebih-lebih lagi dengan 30 Rock yang lawak tak hengatt.


Pushing Daisies disiarkan setiap Selasa, 9.30 malam di 8tv
kredit foto: thetvaddict.com

Tuesday, July 29, 2008

Budak-budak Histerikal

Kalau berita-berita misteri dan anker tahap majalah Mastika atau Variasari ni aku jarang nak bagi perhatian. Tapi kalau dah sampai masuk dua tiga hari dan siap ada laporan susulan, agak menarik juga untuk di teliti bersama. Dari zaman aku sekolah lagi cerita histeria macam ni sudah keluar melanda masyarakat setempat. Di bawah ada sedikit petikannya,
Seramai 36 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur, Kuantan yang mengalami histeria baru-baru ini akan dipindahkan ke sekolah berdekatan iaitu SMK Sungai Soi dalam masa terdekat bagi membolehkan mereka meneruskan pembelajaran dengan selesa.

Tujuan memindahkan pelajar tersebut adalah supaya mereka dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran masing-masing. Dalam pada itu gangguan histeria di sekolah itu semakin buruk apabila 15 lagi pelajar perempuan menjerit-jerit dalam keadaan tidak sedar diri pagi semalam.

Seramai 14 daripada mereka merupakan mangsa berulang, manakala seorang lagi mangsa terbaru menjadikan kesemuanya 36 orang diganggu kejadian misteri yang menyelubungi sekolah tersebut lebih dua bulan lalu.

Aku tak ingat pulak masa sekolah aku dulu ada tak budak-budak kena histeria. Rasanya macam ada. Yang aku ingat, aku pernah melawat jiran aku yang kena sakit ala-ala histeria ni. Tapi dia bukannya satu sekolah. Menakutkan jugak lah masa melawat dia tu sebab dia meraung-raung dan suara garang giler. Cuma tak pasti sama ada punca dia menjadi begitu adalah kerana di landa jangkitan histeria atau penyakit lain.

Dulu ada drama Melayu bertajuk Histeria lakonan Melissa Saila (pelakon-pelakon lain, tak ingat) yang disiarkan kebetulan semasa tengah hangat jugak dengan kes-kes begini. Aku pun dah lupa jalan ceritanya macam mana. Tapi boleh bajet sendiri yang plot dia berkisar di kawasan sekolah dan budak-budak perempuan itu di rasuk sesuatu lalu menjadi histerikal.

Manakala tidak lama lagi muncul pula sebuah filem dengan tema serupa arahan James Lee. Ia telah ditayangkan sempena 21st Singapore International Film Festival pada April lepas. Tapi belum sampai-sampai lagi di Malaysia. Aku rasa inilah masanya kalau filem berjudul Histeria lakonan Vanidah Imran, Ady Putra dan Liyana Jasmay ini ingin menceduk peluang menjadi laris di saat-saat tengah heboh dengan berita histeria. Aku sendiri memang akan tunggu filem ni.

Wednesday, July 23, 2008

Charlie Brown

Kawan aku forward e-mel tentang apakah watak kartun yang secocok dengan personaliti diri mu. Lantas aku pun mencuba kuiz tersebut dengan sedaya-upaya. Macam biasa format kuiz begini ada soalan dan aneka pilihan jawapan. Pilih saja mana jawapan yang paling tepat persamaan dengan kamu atau pun yang dekat-dekat.

Pernahkah kamu tertanya-tanya apakah karektor kartun yang kamu paling mirip? Sekumpulan pengkaji telah bersama-sama memerah otak dan mencerakin keperibadian watak-watak animasi moden yang popular dan diminati ramai untuk membina kuiz ini. Jawab semua soalan dan mata akan di beri berdasarkan pilihan jawapan yang di klik. Seterusnya, nilai terkumpul markah di kira untuk menentukan watak berkenaan.

Ringkas cerita setelah aku mengabiskan waktu mencuba kuiz terbabit, akhirnya aku pun mendapat tahu kartun yang berkongsi karektor denganku. Ianya CHARLIE BROWN! Yay!!

Disebabkan aku nak tahu lebih lanjut tentang siapakah sebenarnya Charlie Brown ini, maka aku pun wiki nama itu. Ayat pertama yang describe tentang Charlie Brown telah buatkan aku kecik hati

Charlie Brown is a loveable loser, a child possessed of endless determination and hope, but who is ultimately dominated by his insecurities and a "permanent case of bad luck", and often taken advantage of by his peers.


Copyright by Charles M. Schulz, ambil kat wikipedia

Monday, July 21, 2008

Sleepless/Non ho sonno

Tertekan channel sana-sini, alih-alih sampai ke Astro Kirana, dan tertengok satu filem ni lakonan Max von Sydow. Sememangnya di kenali kerana watak Paderi Merrin dalam The Exorcist. Nama-nama lain yang terpampang pada opening credit tak familiar. Lepas tu keluar nama Dario Argento sebagai pengarah. Dario Argento? Bukan kah dia ni tersohor dengan filem-filem yang seram-ganas-sadis ke? Mesti filem yang aku bakal saksikan ni sejenis macam tu juga. Ini kalau siar pun harus banyak potong.

Filem ni dinyatakan tajuknya sebagai Sleepless/Non ho sonno. Yang ada slash tu mungkin pasal alih-suara dari bahasa asalnya kot, Itali. Dengar pelakonnya bercakap Inggeris pun macam kaku, tak nampak menjiwai watak. Namun itu semua tidak menggugat jalan ceritanya yang misteri dan cemas. Rasanya, inilah pertama kali aku menyaksikan filem yang dihasilkan oleh Argento setelah sekian lama mendengar namanya diwar-warkan oleh bloggers kat sini.

Tapi aku tak boleh nak claim yang filem ni dapat justify kepada karya-karya Argento yang dengarnya lebih power seperti Suspiria, Stendhal Syndrome atau Deep Red. Overall yang aku boleh cakap, ia tidak mengecewakan untuk mereka yang baru nak berkenalan dengan beliau. Terasa macam tengok filem Hitchcock pun ada. Endingnya agak mencuit hati, seolah ianya siri penyiasatan kanak-kanak. Dan kisahnya memang bermula dari zaman watak utamanya masih kanak-kanak.

Semasa Giacomo (Stefano Dionisi) masih kecil, ibunya telah mati di bunuh. Dia yang ketika itu sempat menyorok bawah katil bagaimanapun selamat dan detektif Ulisse Moretti (Max Von Sydow) yang menyiasat kes itu berjanji akan menangkap pembunuhnya. Lepas tu kita di bawa ke masa sekarang, seorang pelacur yang baru habis menservis pelanggannya ingin melarikan diri dari rumah itu dalam keadaan tergesa-gesa (Kena sensor kot sebab adegannya tak lancar). Lalu dia menelefon kawannya yang dia suspek sesuatu yang menakutkan pasal lelaki tadi dan menyuruh si kawan menjemputnya bila dia sampai di stesyen keretapi kelak.

Adegan semasa dalam koc keretapi yang lengang dan kosong memang menarik. Perempuan yang gelisah berlari-lari dari satu gerabak ke gerabak yang lain untuk mengelakkan penjahat berjaya menimbulkan rasa tak tenteram. Seperti di jangka, terlalu banyak kengerian, kelar dan bunuh dalam filem ni. Namun Argento bukan bersandarkan itu saja, sebaliknya beliau turut ada menyelitkan simbolik atau motif yang terkandung dalam plot seperti puisi kanak-kanak dengan elemen binatang untuk membangkitkan curiosity penonton tentang pembunuhan tersebut walaupun ia tidaklah berkesan mana.

Friday, July 18, 2008

Insatiability

Terus-terang, aku tak berapa faham filem ni. Satu perkara yang memang agak pasti menurut filem ini, China akan menyerang Poland pada suatu ketika nanti. Aku rasa itu mungkin dari aspek ekonomi secara tersiratnya kerana mereka akan menguasai ekonomi dunia dan juga bidang-bidang lain. Cuma mungkin tidak akan menyerang negara lain secara fizikal seperti yang dicadangkan dalam cerita ni.

Pada akhir adegan jika anda masih mampu bersabar dengan segala ekstravaganza yang ditampilkan, anda pasti rasa tertipu. Tajuk asal filem ini dalam bahasa ibundanya ialah Nienasycenie keluaran tahun 2003. Menurut kenyataan pada kulit dvd, ia adalah futuristic remake untuk filem Salo, hasil karya kontroversi Pasolini. Tontonfilem pernah reviu filem tu dulu.

Namun Insatiability ialah versi tone down segala yang melampau dan memualkan dari filem Salo. Ia berdasarkan novel tulisan pengarang, dramatis dan ahli falsafah Poland bernama Stanisław Ignacy Witkiewicz yang diterbitkan buat kali pertama pada tahun 1930. Oleh kerana situasi pada zaman itu yang tidak releven untuk difilemkan pada masa sekarang, maka naskhah itu telah di olah supaya lebih terkedepan pada era yang ganjil yang aku tidak dapat pastikan bila.

Di sini aku terjemahkan sinopsis ikut pemahaman aku.

Seorang lelaki kacak yang merupakan pewaris kepada pengusaha arak yang berjaya di Poland telah di korup oleh seorang puteri yang rosak akhlak dengan badutnya yang psycho, gila seks, dan homo serta berbadan bongkok pula. Pengarahnya, Wiktor Grodecki sangat daring mengadaptasi naskhah ini yang merincikan kejatuhan tamadun barat secara muktamad.

Dalam pada itu China telah menakluk dengan rakus Eropah Timur dan sedang pewaris yang tampan dan idealistik tadi memikirkan kesan-kesan perang tersebut, si puteri jelita, Irina mengambil peluang itu untuk menghela beliau ke arah keseronokan asmara terlampau tatkala motif sebenarnya adalah nak membolot kekayaan pemuda itu. Bukan puteri itu saja yang eksploitasi keadaan ini, pewaris berumur 18 tahun itu juga cuba dimanipulasi oleh seorang sami tua yang lawak dengan memperolokkan kenaifannya, sehingga nampaknya tiada jalan pulang untuk satu dunia di mana perang dan seks adalah gabungan intim selama-lamanya.

Friday, July 11, 2008

Sepi

Secara peribadi jika ingin dibandingkan antara Cinta dan Sepi, aku lebih sukakan Sepi. Kedua-duanya mempunyai cerita yang baik walaupun masih tidak dapat mengelak dari dikaitkan dengan filem luar. Mengambil inspirasi mana yang elok dan bermain dalam ilham sendiri aku kira tidak akan membuatkan sesiapa kecewa walaupun penyudahan yang gembira bukanlah untuk semua. Dalam tiga kisah yang dibawakan hanya seorang atau sepasang yang perhubungan mereka tidak berakhir seperti diharapkan. Maka menjadilah ia lebih menepati tajuk Sepi ini.

Kejadian flyer iklan servis majlis perkahwinan terbang melayang lalu mengakibatkan satu kemalangan adalah pencetus imbas kembali dan masa depan watak-wataknya. Setiap yang bercinta atau yang masih solo ingin hidup mereka merasa ke jinjang pelamin. Tetapi ada kalanya rencana tidak menjadi atau mungkin lorong ke arahnya penuh ranjau. Semua orang ingin takdir yang indah memihak kepada mereka. Tiada siapa inginkan sunyi dan ghalau menjadi teman hidup. Tema yang sebegitu lazim diketengahkan dalam produksi tempatan menjadi cantik dan kreatif apabila kena tukangannya.

Sekali imbas memang nampak seakan-akan Cinta sementelah tenaga belakang yang sama membikinkan, Kabir Bhatia dan Mira Mustapha. Selain adegan kemalangan yang seperti filem Mexico itu, Sepi ini ada sedikit macam filem Iran, Cafe Setareh yang turut memuatkan tiga cerita dalam satu filem. Ia turut berkisarkan tiga karektor utama (cuma bezanya ia ke semua wanita) yang berhadapan dengan masalah peribadi dengan cinta dan perhubungan sebagai persoalan tunjang. Yang menariknya adegan-adegan yang di alami watak-watak tersebut turut diulang-ulang setiap masa berdasarkan time frame yang sama cuma dari sorot pandang karetor yang berlainan pula.

Filem ini lebih membuai rasa lagi dengan alunan lagu latar yang menjadi dan berpadu. Jika di suruh memilih, kisah Sufi-Marya lebih aku gemari dan mendatangkan kesan. Aku turut simpati dengan watak Nasha Aziz yang walaupun kecoh dan pelik, dia kelihatan “sepi”. Terasa ingin lebih mendalami karektor perempuan gila ini kerana ia subjek yang menarik untuk di kaji. Entah siapalah Mat Noor yang dia jeritkan itu setelah mendengar kata-kata perpisahan dari lelaki tersebut.

Sunday, June 29, 2008

Pensil

Filem ini tidak berputar lama di panggung. Kalau dah minggu pertama aku tengok pun penonton cuma dua tiga kerat, jangan harap nyawanya panjang. Aku rasa sebab promosinya tidak giat di tambah dengan pelakon utamanya entah siapa (M. Subash?) dan tema tidak popular serta tajuk tidak mendebarkan (macam Akhirat contohnya... walau cerita sampah) maka tiada sambutan. Karya seperti Pensil ini macam lebih sesuai untuk terbitan tv saja.

Memang itu pun seperti yang aku baca. Ia diangkat dari sebuah drama Tamil. Tapi aku tak dapat nak agak versi Tamilnya bagaimana. Adakah Badrul itu di asuh dalam keluarga Islam juga? Adakah mak tiri Badrul masih berbulu dengan sikap suaminya yang ada anak haram India dan terencat pula? (kalau versi Tamil tentu konflik emosinya tidak begitu menyengat). Tetapi untuk naskhah Melayu ini ia sangat mencengkam sampai aku rasa nenek itu patut bela sendiri cucunya yang istimewa itu daripada membiarkan dia terus merana.

Pensil ada cerita yang baik dan lakonan yang berkesan. Malu pulak aku rasa sebab karyawan bukan Melayu yang buat filem ni tahu pula untuk martabatkan tulisan Jawi dan tak ada nak buat adegan kurang sopan (kecuali Jalil Hamid… hehhe…). Hanya ada sesetangah part terlalu melodrama sehingga kita nak rasa sedih pun tak perlu terutama masa Badrul kena belasah oleh mak tiri dan adiknya tu. Dah dapat jangka yang adegan begini akan meruntun hati. Namun pada aku bahagian yang sedih tanpa di buat-buat sepanjang filem ini ialah semasa Badrul merealisasikan impian neneknya. Sebak dowh …

Mungkin sempena Festival Filem Malaysia yang akan datang ini Pensil akan ditayangkan percuma bersama beberapa filem lain. Pergilah tengok.

Wednesday, June 18, 2008

The Happening

Filem ini di buka dengan orang ramai membunuh diri masing-masing. Kemudian semasa adegan Elliot lakonan Mark Wahlberg mengajar di dalam kelas, dia memberitahu bahawa berlaku kepupusan lebah di Amerika dan bertanya anak muridnya kenapa serangga itu kian terhapus. Musnah dan lenyap adalah suasana filem ini. Sebuah filem apokalips gaya M. Night Shyamalan. Walaupun berdasarkan teaser poster dan trailer, ia di jangka lebih huru-hara dan menggemparkan, tetapi dalam The Happening tidak berlaku demikian.

Menyendiri atau menjadi terpencil dan menjauhkan diri dari komuniti ada horrornya yang dapat dirasai. Secara kasar, apabila berada dalam kelompok lebih kecil, ia akan menjadi mudah diperhatikan, di selia dan di baik pulih. Populasi yang ramai dan tersebar khalayaknya akan menjadi rumit dan mudah berjangkit. Lebih payah pula untuk dikendali jika terjadi sesuatu fenomena atau peristiwa. Apatah lagi jika punca berlakunya kejadian itu tiada siapa yang dapat mengesahkannya.

Elliot mencetuskan teori tentang epidemik yang melanda kawasan mereka sekarang adalah tindak balas alam semulajadi. Lebih tepat lagi ialah tumbuh-tumbuhan. Tapi benarkah pokok boleh mengakibatkan malapetaka sebegitu rupa? Melainkan kita di timpa dahan yang patah atau tersangkut akar yang menjalar, kita tidak pernah nak ambil pusing bahawa pokok juga tidak boleh di pandang enteng tahap ancamannya. Cuma kita mungkin insaf setelah termakan buah atau daun-daun beracun. Padahal kita sendirilah kebanyakannya menyebur toksin pada buah dan hasil tanaman tersebut.

Filem ini memang sebuah persembahan yang tidak penuh aksi. Seperti watak cikgu itu juga mengajar sains di dalam kelas. Jika anda menumpukan perhatian semasa cikgu berada di depan, anda mungkin dapat A dalam subjek berkenaan. Jika anda cuba untuk berfikir sedikit semasa menonton filem ini, anda mungkin akan terkesan dengan mesej yang cuba disampaikan. Selepas itu, mungkin masih ada harapan untuk melihat lebah-lebah beterbangan menyebarkan debunga pada tumbuh-tumbuhan.

Monday, June 16, 2008

Sms Emosi

Minggu lepas, sedang aku sedap-sedap buat kerja di pejabat, tiba-tiba terdengar bunyi mesej masuk ke telefon bimbitku. Teksnya seperti di bawah,

Congratulations!
Nombor HOTLINK
Anda tlh berjaya
Mendptkan hadiah
Utama.Cek b’nilai
RM 10.000,dari
Power Root SDN.
BHD.Sila Hub tel:
017-277****
Terima kasih.

Rasa macam nak melompat baca tu. Lepas tu satu lagi mesej masuk. Wahh, sama jugak! Sampai dua kali dapat?! Adakah bermakna aku boleh claim dua kali hadiah wang tunai itu. Bestnya!
>
>
>
>
>
>
>
>
>
Ok, sebelum korang semua nak mula dengki dengan aku .... don’t. Tipu je semua tu.

(Walaupun aku cuba juga telefon nombor yang di beri .... hhehe... Manalah tahu kan? Tapi bila aku call – ada bunyi line busy yang aku dengar. Memang ia satu bentuk scam, dan hanya membuatkan anda membazir duit je hubungi diorang)

Namun Power Root ada kena-mengena dengan musim Euro sekarang apabila menjadi penaja bersama sorakan emosi Euro 2008 di saluran media prima. Jangan lupa untuk minum Power Root masa mengikuti perlawanan pasukan kegemaran korang nanti. Hehe..

Sunday, June 15, 2008

Happeningkan Hidup Sendiri

Minggu lepas sangat happening. Well, selain ada kena-mengena dengan filem The Happening, aku bukan saja-saja memulakan perenggan ini dengan perkataan tersebut. Tapi nampak macam tak sensitif pula kan, dengan isu-isu kenaikan harga petrol, harga barang-barang yang turut melambung, tidak puas hati dengan pemimpin negara ini, aku pula tidak tunjukkan rasa prihatin langsung. Sedang segelintir daripada kita terpaksa mengikat belanjawan dan perlu meneruskan hidup sehari-hari dalam skala cukup makan saja, aku ni boleh nak cakap yang hidup aku menggembirakan.

Maksud aku, gembira dalam terma aku sendiri. Kita tidak berkongsi universe yang sama walaupun masih hidup di planet yang sama. Betul, aku turut menerima kesan lantaran harga miyak naik itu, tetapi keluar menikmati hidup tetap perlu diteruskan.

Aku tidak mahu setiap hari cuma pergi kerja, balik kerja, tidur dan esoknya pergi kerja lagi dan balik kerja lagi dan lepas tu tidur lagi. Bukan hanya orang kaya saja yang mampu keluar bersuka-suka di saat-saat tenaga bahan api melonjak tinggi seperti sekarang. Orang yang tak kaya macam aku pun boleh ok! If you can't beat them, join them. (hehe... gurau je).

Walaupun dengan cara itu tidak boleh menghantar signal kepada pihak berkuasa yang rakyat bawahan benar-benar menderita dengan kenaikan harga minyak berkenaan, tapi dengan duduk berkurung saja di rumah pun akan menimbulkan tekanan juga. Oleh kerana nak pergi ke tempat-tempat yang berbayar dan memerlukan perjalanan jauh adalah tidak ekonomikal sekarang, keluar saja ke destinasi yang free of charge. Misalnya taman bunga (berlari berkejaran ... seindah bunga di taman ... sambil feeling-feeling Broery dan Kak Pah), tepi sungai, pantai, perpustakaan, masjid, taman permainan dan sebagainya. Semua itu percuma bukan. Sekurang-kurangnya kita ada lagi cara untuk bebas keluar menyedut udara segar dengan tak perlu bayar apa-apa (buat masa ini lah, tak tahulah nanti kerajaan nak caj udara pulak!)

Hujung minggu ni aku tidur di hotel (bukan free ok, kena bayar). Ada khidmat wifi percuma dan boleh surf sepuas hati di situ dengan membawa laptop. Melepaskan tekanan kerja seminggu di hotel pada saat-saat begini adalah ganjaran tidak ternilai. Harap keadaan akan menjadi lebih baik selepas ini.

Thursday, June 05, 2008

Prom Night

Kalau anda rasa nak marah hari ni dan ingin membunuh (dalam filem of course) boleh menonton Prom Night. (Walaupun budget tengok wayang mungkin terpaksa dikurangkan atau tak ada langsung dah bagi sesetengah kita) aku masih ingin ke panggung. Terutama untuk teen-slasher-horror macam ni, memang aku minat sangat. Ia seakan mengimbas kembali era akhir 90-an dulu yang penuh dengan genre begini.

Aku ingat lagi kawan aku bukan main bengang masa Scream tak jadi disiarkan di Malaysia. Kami terpaksa berpuas hati dengan tengok vcd je. Iya, memang agak ngeri dan tak membantu moral langsung filem ni terutama untuk remaja. Tapi ia sangat klasik bagi aku dan tidak hairanlah ia menjadi trilogy dan di spoof sebagai perintis Scary Movie. Namun kami kena bergembira dengan I Know What You Did Last Summer, Carrie 2, Teaching Mrs Tingle, Urban Legend, Halloween H20 dan beberapa lagi yang dapat masuk panggung. Walaupun tak gempak macam Scream.

Yang tak lepas masuk wayang kenalah tengok vcd seperti Jawbreaker, The Faculty, The Forsaken dan lain-lain. Dasarnya sama saja konsep filem macam ni. Tak ada yang perlu di fikir atau nak kaji. Di saat-saat nilai untuk menikmati satu eskapisme dengan menonton filem di pawagam menjadi semakin tidak perlu, kenalah pilih cerita yang betul-betul buat anda rasa berbaloi dan tidak menyesal lepas tu. Kalau anda ada citarasa macam yang aku listkan di atas, Prom Night ada kembalikan nostalgia itu.

Seorang remaja perempuan masih trauma dengan kejadian keluarganya di bunuh oleh seorang cikgu psycho. Ia kembali menghantuinya setelah tiga tahun peristiwa kejam itu berlaku pada satu malam acara tari-menari tamat sekolah. Itulah dia serba ringkas sinopsis filem ni. Tapi tak ngeri sangat. Sebab itu lah lepas tanpa potongan oleh LPF.

Wednesday, May 28, 2008

Budak-budak Sekolah Suka Berembun

Dua tiga hari ini hujan sudah melanda setiap petang di Kuala Lumpur. Bagus. Panas terik berminggu-minggu yang lalu menakutkan. Cuti sekolah sudah bermula. Tapi aku bukan cikgu atau murid sekolah jadi ia tidak ada kena-mengena. Cuma yang buat ia ada kena-mengena dengan aku kalau budak-budak yang sedang cuti sekolah ni duduk memekak kat bawah rumah pagi-pagi buta.

Orang nak tidur pun tak boleh. Mana perginya mak bapak bebudak ni? Tak risau ke anak-anak masih tak balik rumah sedangkan jam dah pukul 2, 3 pagi? Iyelah walaupun ada yang cakap budak-budak jantan ni tak payah nak control sangat tapi diorang tu masih di bawah umur. Duduk saja-saja melepak buat bising dan mencarut kat tepi rumah orang tak mendatangkan hasil apa-apa. Kalau dah dari kecil lagi terbiasa berembun macam tu, sampai ke besar lah jawabnya bawak perangai sebegitu rupa.

Kenapa agaknya ada remaja suka melepak kat luar dinihari macam tu? Apa yang di cari? Atau apa yang membuatkan mereka tak betah duduk di rumah sendiri? Aku tetap nak salahkan ibu bapa sebab tak tegas menegur anak-anak. (Tapi dapat mak bapak yang tegas pun, ada juga kes budak perempuan curi-curi keluar rumah dengan turun pakai cadar ke tingkat bawah, macam kes kat Putrajaya dulu). Rasanya lebih ramai lagi kes ibu bapa yang sukarela atau berlembut dengan anak-anak membiarkan mereka ke hulu- ke hilir pagi-pagi buta tanpa tujuan.

Diorang berlatih nak jadi pak guard agaknya? Dari kecil dah di ajar supaya tahan berjaga malam sampai ke subuh. Eloklah tu. Tak payahlah kita nak mengupah pak guard dari Myanmar atau Nepal lagi. Selain daripada jadi pengawal keselamatan, aku tak pasti bidang tugas apa lagi yang memerlukan kita berjaga malam. Terutama untuk mereka yang dah praktik dari kecil lagi tak reti nak tidur walaupun dah malam buta. (Sebenarnya memang banyak pun kerja-kerja yang melibatkan shift malam – kupu-kupu malam tak termasuk, ok!)

Jadi, kepada adik-adik bawah umur yang sedang membaca blog ini, tolonglah jangan melepak pagi-pagi buta masa orang tengah nak tidur ni. Lebih-lebih lagi masa malam hari kerja (Kalau malam weekend, maybe tak adalah sakit hati sangat). Dan jangan buat bising kalau nak melepak pun. Dan mulut kena jaga. Jangan guna ayat tak senonoh. Nanti kesian dengan ayah dan ibu dapat anak suka bercakap lucah.