Sunday, July 30, 2006

Ibu Tanah Kebebasan

Kisah seorang ibu mencari anaknya yang hilang adalah cliche. Cerita seorang ibu yang mencari anak hilang lepas tu orang macam suspek ceritanya tak betul pun adalah cliche juga. Jadi, apakah kelainan Freedomland?

Bagaimana dengan memasukkan unsur perkauman pada insiden kehilangan anak tersebut maka konflik akan jadi lebih menggemparkan? Entahlah, pada aku filem ini tidak begitu berjaya menggarap premise yang memainkan naluri keibuan dan perkauman dalam satu masa untuk menaikkan emosi. Julianne Moore memang berkesan sebagai ibu yang ghalau anaknya hilang manakala Samuel L. Jackson sebagai penguasa yang mengendalikan kes, memerankan wataknya dengan meyakinkan.

Gandingan dua karektor itu sepatutnya mampu mengekalkan momentum pada setengah jam pertama Freedomland yang di beri efek kasar dan suram berlokasi perumahan ghetto di New Jersey semasa Samuel datang ke situ serta berimbasan imej putih dan suci hospital yang dikunjungi Julianne untuk mendapatkan rawatan tapak tangannya yang tercedera. Tapi lama-kelamaan penonton tidak mahu tahu lagi adakah anaknya benar-benar dilarikan atau anak itu hanya imaginasinya saja (hahaha.... dah jadi macam The Forgotten pulak).

Freedomland bukan semata-semata menjadi lambang Tanah Amerika yang Bebas (itulah tanggapan awal aku masa tengok tajuk ni) tetapi ia adalah sebuah tempat yang memang wujud. “Freedomland Village“ ialah sebuah pusat mengumpulkan remaja dan kanak-kanak gelandangan tetapi kini pusat tersebut telah terbiar.

Semasa mereka beramai-ramai masuk ke situ untuk mencari anak Julianne, terbentuk satu barisan manusia yang panjang. Seakan memberi maksud demi nyawa seorang anak kulit putih mereka akan bersatu dan berganding bahu untuk menyelamatkannya. Tidak semena-mena kita akan rasa nak marah pula apabila mengingatkan mereka merestui Israel yang membunuh kanak-kanak Asia Barat dalam keganasan terbaru ini.

Tetapi dalam satu babak yang lain kita ditunjukkan pula barisan perisai manusia yang panjang terdiri dari kaum kulit hitam cuba memprovoke jujukan polis anti rusuhan yang kebanyakkannya berkulit putih dari tercetusnya konflik. Di sebuah negara yang kononnya memperjuangkan hak kebebasan asasi manusia, kaum berwarna terpaksa mempertahankan hak sendiri tanpa belaan yang sewajarnya. Manakala kaum kulit putih nampaknya terus menduduki hierarki sebagai bangsa teratas waima kita cuba menafikannya.

Thursday, July 27, 2006

Berlari Kerana Takut

Pergi dari situ jika ia dapat menyelesaikan masalahmu. Dan bagaimana kalau dengan melarikan diri itu kita ditemukan pula dengan masalah baru? Malah lebih rumit dan mengacau jiwa, lebih-lebih lagi ia ada kaitannya dengan musibah awal yang kita cuba lari darinya. Ke mana lagi kita ingin pergi? Atau hadapi saja sebarang risiko walaupun ia bakal meragut nyawa?

Keganasan dan lebih banyak yang ganas-ganas adalah tunjang filem ini. Aku pun malas nak fikir pasal jalan ceritanya yang aku rasa macam nak argue jer. Paling best ialah gerak kerja kamera yang seperti siri televisyen CSI – jadi setiap adegan yang menyusul membuatkan impaknya terlebih dan seolah-olah kita turut ingin lari dan takut bersama. Plot Running Scared yang menggabungkan begitu banyak kebejatan yang berlaku dalam dunia sekarang adalah fakta yang menggerunkan. Tambahan pula ia berlaku dalam 24 jam. Seolah ke mana hala yang kita tuju akan menjerumuskan kita ke lembah hina.

Satu aspek yang provokatif dalam Running Scared ialah penglibatan kanak-kanak yang agak meluas dalam adegannya. Semasa hero filem ini Joey (Paul Walker) bercerita pada Oleg (Cameron Bright) tentang seseorang yang dikenalinya masa kecil dahulu yang pernah membelasah bapa sendiri – kita tahu bahawa orang itu sebenarnya adalah dia. Lihatlah apa yang dia jadi sekarang. Manakala Oleg pula dibesarkan dalam sekitaran yang penuh penderaan sehingga nekad untuk menembak bapa tiri sendiri yang abusive.

Manakala apabila Oleg menyelinap ke dalam sebuah van ketika dalam proses melarikan diri, dia terjebak dalam skandal child pornography! Produksi filem ini mungkin berhati-hati untuk menggambarkan adegan ini tidak seperti filem My Life as a Dog yang pernah aku tengok dulu yang selamba saja siarkan shoot pelakon kanak-kanak tu berpelukan. Mungkin kanak-kanak dalam babak intim lebih merungsingkan daripada kanak-kanak dalam adegan tembak-menembak.

Walaupun sebenarnya aksi ganas pelakon cilik dalam filem ini lebih tenteram untuk di tengok berbanding dalam City of God tetapi apakah limit bagi seorang kanak-kanak untuk terbabit dalam genre begini? Sedangkan paparan pada berita realiti pun kita tidak dapat mengengkang mereka daripada akses, segala peperangan dan keruntuhan moral - maka kita terpaksa bersedia mempelawa mereka menyertai dunia seluloid dewasa.

Wednesday, July 26, 2006

Legenda Menghantui

Sumpah-menyumpah antara satu sama lain adalah perkara yang universal *An American Haunting is crap* Kalau di alam nusantara peristiwa sumpahan yang paling terkenal ialah Mahsuri menyumpah Langkawi, ibu si Tanggang menyumpah anaknya jadi batu, Sultan Melaka menyumpah PGL tak boleh turun ke bumi …. dan banyak lagilah.

Filem yang aku nak perkatakan ini berdasarkan satu legenda yang berlaku di Red River, Tennessee dalam tahun 1800-an. Berdasarkan info yang aku baca, ianya tentang seorang anak dara bernama Betsy Bell telah di rasuk oleh unsur jahat yang di panggil Kate. Ia sentiasa mengekori Betsy dan mengganggunya melalui aktiviti poltergeist. [Kalau ada yang tak tahu, poltergeist ni ialah paranormal seperti barang-barang atau perabot bergerak sendiri dalam rumah, bunyi bising yang tidak diketahui puncanya, lampu menyala sendiri dan lain-lain]

Lama-kelamaan poltergeist ini jadi semakin melampau dengan aksi lebih mendera seperti rambut Betsy di tarik, pipinya di lempang, mengheretnya di lantai, membiarnya tergantung-gantung di awangan dan macam-macam lagi. Betsy juga sehinggakan muntah keluar jarum (macam santau – tapi dalam filem tidak pula di buat babak ini). Akhirnya setelah puas menyeksa Betsy, roh jahat itu mengalih pada bapanya, John sehingga membawa maut.

That’s it.

Lebih baik jika pengkarya An American Haunting ini cuma menumpukan pada isi legenda itu sahaja tanpa memulas ceritanya sampai buat orang keliru. Bila aku rujuk dekat imdb barulah aku faham apakah kaitannya dengan adegan zaman moden yang terisi antara sela-sela cerita (babak wanita yang baca surat). Habis tu, kalau baca sinopsis atau spoiler barulah dapat enjoy filemnya, apakah guna untuk pergi menontonnya lagi?

Betul, tak payahlah tonton filem ni.

Wednesday, July 19, 2006

Pĕrang

Telah terlalu lama kita mendengar berita rantau yang paling tidak tenteram di dunia yang asyik dalam kancah peperangan sama ada melibatkan kehilangan nyawa dalam jumlah yang banyak atau perang kecil-kecilan. Tetapi dalam seminggu ini ia semakin menjadi-jadi apabila Israel nampaknya bukan setakat melibatkan Palestine sebaliknya sampai mengebom Lebanon pula.

Tiba-tiba ketenangan yang kita rasai seakan di renggut.

Kenapa Lebanon pula menjadi mangsa? Bukankah selama ini mereka hanya berperang dengan Palestine?

Seakan kita telah immune mendengar berita Palestine yang selalu sangat di buli oleh Israel lalu adakah tidak berdetik lagi manusiawi terhadap nasib kaum yang di halau dari bumi sendiri itu? Seolah senafas pun nyawa mereka tiada nilainya untuk di bela? Betapa malang.

Tapi nampak macam kita sudah tidak prihatin dengan nasib penduduk di sana. Apabila tentera rejim Zionis telah mengganas sampai ke Lebanon malah Syria barulah kita rasa ingin menyuarakan sesuatu (Ya, seperti juga aku yang cuma boleh memberikan pendapat di blog, rakan-rakan jiran Arab mereka juga hanya sekadar boleh bercakap saja, berunding, berforum – bukan bertindak – setakat ini)

Mengapa tiba-tiba Israel naik berang lalu menyerang Lebanon pada hujung minggu lalu?

Tentera Hizbullah telah menceroboh Israel lalu membunuh lapan askar rejim Yahudi dan menculik dua yang lain. Ia satu tindakan yang disifatkan sangat bermain api. Lalu Israel menyerang balas dengan mengebom Lebanon.

Mengapa ia ditujukan kepada Lebanon?

Kerana aktiviti pejuang Hizbullah banyak berpusat di wilayah Lebanon.

Apa termampu buat kita lakukan di saat ini ialah kita memanjatkan doa untuk saudara-saudara kita di sana dan semoga konflik tidak merebak jadi lebih mengancam.

Monday, July 17, 2006

Pepet Pada Huruf ĕ

Minta maaf jika bunyi tajuk entry ni agak menyinggung perasaan... hehe... Siapalah gamaknya yang mencipta ’panggilan’ untuk huruf “ĕ“ ini macam ni, ya? Bunyi macam tak senonoh pun ada. Ingat lagi dengan entry “Bacalah Lagi“ di bawah yang aku mempunyai masalah untuk meletakkan simbol ˘ pada huruf “e“ tersebut? Aku memang tak puas hati kalau simbol sepatutnya yang terpampang pada entry berkenaan tidak menjelmakan diri.

Kalau simbol ΄ untuk huruf é taling itu boleh muncul pada layout, kenapa simbol ˘ untuk e pepet itu tidak keluar? Sebaliknya yang keluar ialah ? (simbol tanda soalan). Di manakah silapnya?

Geram ni.

Aku sebagai umat yang tidak mengenal erti putus asa, terus dengan tabah menyusuri laman-laman web yang banyak berceretek di dunia maya ni untuk mencari solusinya. Tidaklah begitu sukar sebenarnya jika kita tahu bagaimana untuk menggoogle kata kunci yang sesuai untuk menemui apa yang di cari. Terlebih dahulu kita ucapkan tahniah kepada Google kerana ia telah di terima sebagai satu verb di dalam dictionary!
The word 'google' with a small 'g' has been added to the 11th edition Merriam-Webster dictionary as a verb. The definition: "to use the Google search engine to obtain information … on the World Wide Web." As in, "Let me google that."

Kita kembali kepada topik asal, bagaimana untuk menimbulkan simbol e pepet jika kita menulis sesuatu teks dalam blog dan tiba-tiba dalam ayat yang kita tulis itu memerlukan kita menggunakan simbol e pepet? Sedangkan kita telah copy simbol berkenaan dari menu Insert pada MS Word dan paste pada blogspot tetapi ia tetap tak mahu keluar. Apa yang kita marah tu simbol untuk é taling tu keluar pulak.

Tiba-tiba aku terjumpa satu website yang aku rasa dapat memenuhi apa yang aku kehendaki.

Voila!

Akhirnya, dapat juga aku membuat simbol ĕ pepet ini keluar apabila aku publishkan entry ku. Baru berpuas hati secara maksimum. Selain itu kita juga boleh membuat ayat dengan menggunakan simbol ĕ pepet ni. Terutama apabila hari ini kita mendengar berita yang seorang artis terkenal rupa-rupanya memang betul ingin berkahwin dengan orang tua. Ingatkan gosip semata. Jadi bila dengar saja berita tersebut, kita boleh buat ayat ini,

“Ĕĕĕĕĕ.... pepet sangat! Macam tak ada orang lain!”

Hahahahaha.....!

(Gurau jer…. Semoga beliau berbahagia di samping pilihan hati.)

ĕ

Thursday, July 13, 2006

Bacalah Lagi


Akan berlangsung Kempen Membaca peringkat kebangsaan bermula 14 Julai. Pelancarannya akan di buat esok di Pusat Konvensyen KL. Setiap tahun kempen ini dijalankan untuk menggalakkan minat membaca di kalangan orang awam <-- skima giler ayat. Sebaik-baiknya kalau nak memupuk sikap gemar membaca ni, elok mulakan masa masih pra-sekolah. Mari kita imbas balik, apakah buku yang terawal kita mula-mula ralit membacanya.

Ada sebuah buku yang aku terjumpa kat rumah masa aku kecil-kecil dulu menceritakan pasal sebuah keluarga Melayu yang merantau ke UK. Aku tak berapa ingat ke semua nama ahli keluarga tersebut. Aku cuma ingat nama narrator bukunya, Neng serta adik lelaki beliau Harith. Lagi seorang adik lelakinya aku dah lupa. Tajuk buku pun aku dah lupa. Pelayaran ke London kot? Haha…. bantai jer lah. Tapi aku ingat lagi, itu lah antara buku yang pertama menarik minatku untuk membaca.

Neng serta keluarganya belayar dari Tanah Melayu ke Britain dengan menaiki kapal kerana mengikut bapanya yang ingin melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Kirkby. Novel ini teramat-amatlah lamanya sebab latar-belakang negara kita masih lagi Tanah Melayu. Malah ejaan yang digunakan juga ikut stail lama. Tapi tak begitu susah aku nak memahaminya.
Sĕtiap pagi ada orang mĕnghantar susu ka-rumah. Di-sini orang mĕmanggilnya susu hidop. Jika di Tanah Melayu ta’ lalu nak minum susu macam tu saja. Kami ka-sĕkolah mĕmbawa bĕkal sebab ibu ta’ pĕrchaya dĕngan makanan di-kantin.

Lebih kurang macam tu lah ejaan zaman dolu-dolu. Kalau huruf e nya ada dua jenis; ĕ pepet dan é taling. Simbol yang terdapat di atas huruf e tu adalah untuk membezakan cara menyebut perkataan yang sama ejaan tetapi mempunyai erti yang berlainan. Contohnya perkataan perang. Kalau pĕrang, kita akan guna huruf ĕ pepet yang bermakna pertempuran. Manakala pérang pula kita pakai huruf é taling yang memberi maksud sejenis warna (kelabu).

Novel ni memuatkan kronologi saat mula-mula Neng serta keluarganya berada dalam kapal tersebut. Macam-macamlah cerita tentang kapal itu serta pelayaran yang mereka alami di beritahu seperti apabila kapal berkenaan singgah dari satu pelabuhan ke satu pelabuhan sehinggalah akhirnya mereka tiba di UK. Setelah sampai di negara penjajah itu, maka pembaca di bawa pula menelusuri hidup mereka sekeluarga di tanah asing yang serba-serbinya mengujakan. Persekitaran yang benar-benar berbeza dari Tanah Melayu.

Mereka ke sekolah, berkawan dengan mat salleh, meraikan hari jadi, berkelah di taman bunga, merasai perubahan cuaca serta berurusan dengan pihak hospital apabila salah seorang adiknya jatuh sakit. Aku rasa ini adalah antara novel terawal yang mendokumentasikan kehidupan kaum Melayu yang berkelana di luar negara. Jalan ceritanya pun mendatar saja, tak ada konflik apa-apa. Apa yang menarik apabila Neng terkejut dengan budaya mat salleh yang lebih bebas terbuka dalam hidup mereka terutama apabila mereka sekeluarga sedang berkelah dia mendapati orang puteh ini tidak malu untuk menayangkan body di tempat awam.

Buku ni nipis sangat, kurang dari lima puluh muka surat. Selain dari sekadar penerangan dalam bentuk teks, ada beberapa ilustrasi seperti lukisan watercolour yang menggambarkan aktiviti yang keluarga Neng jalani. Aku cuba juga cari informasi tentang buku ini di internet tapi tidak ke temu.

Wednesday, July 12, 2006

Anjuran Nasib


Untuk merilekskan otak, tonton saja chick-flick seperti Just My Luck. Jalan cerita yang ringan dan tidak membebankan lantas bisa menggugah kemasyghulan hati. Aku terlihat poster filem ini lalu tanpa berfikir panjang terus melonjak rasa ingin melihatnya di panggung. Tak payah kot nak ajak sesiapa menemaniku tatkala menontonnya nanti. Tidak di sangka ada seorang kawan yang juga kepingin untuk menonton sama jadi kami berdua lah nampaknya.

Pernah aku terfikir untuk menukar nasib baik yang selalu menaungi seorang kawan aku ni (bukan yang teman aku tengok wayang tu) dengan nasib sendiri yang tidak begitu cerah. Tak baik kan? Kalau tengok hidup orang lain yang nampak sempurna di mata kasar malah membandingkan pula dengan hidup sendiri yang kucar-kacir, memang ia bagai tidak dapat di hindar. “Terimalah diri anda seadanya” adalah nasihat yang hanya cantik di baca tetapi untuk praktikal adalah perjalanan emosi lebih-lebih lagi kalau hidup kita di kelilingi mereka yang selalu bertuah.

Lindsay Lohan berlakon sebagai Ashley gadis yang paling bernasib baik di New York. Tak payahlah aku nak bagi definisi nasib baik tu macam mana. Sampaikan cuaca pun menyebelahinya yang mula-mula tadi hujan, apabila Ashley keluar saja dari apartment, tiba-tiba hujan pun berhenti. God bless, indeed. Sehinggakan dua orang kawan karibnya juga kelihatan sangat ikhlas menyokong dalam apa-apa tuah yang mendatangi hidupnya. Langsung tiada memek cemburu atau sakit hati melihat Ashley yang sentiasa dilimpahi rahmat.

Manakala pada satu sudut kota yang berbeza kita di bawa mengenali Jake yang diperankan oleh Chris Pine sebagai manusia paling malang pernah wujud di situ. Mungkin bukanlah yang paling malang sebab dia ada kerja sebagai janitor di sebuah pusat bowling di samping mengurus sebuah kumpulan muzik bernama McFly dari UK yang ingin mencari tapak di Amerika. Cuma insiden-insiden seperti seluar terkoyak, terkena najis, di kejar polis atau tercabut plug yang membuat kita rasa simpati dengannya tetapi lucu. Namun itu bukanlah bermakna hidup berakhir.

Jalan cerita ini menjadi tambah seronok apabila Ashley bertukar good luck charm dengan Jake akibat satu kucupan. Boleh agak sendiri bagaimana kalut dan tunggang-langgang ekoran daripada itu. Seorang menjadi miserable manakala lagi seorang mendapat tuah bergolek-golek. Filem yang memang membuai penonton supaya melarikan diri dari kenyataan hidup bahawa nasib baik hanyalah 1 peratus dari keseluruhan prospek yang anda dapat dalam hidup di dunia ini.

Monday, July 10, 2006

Berarak Warna

Hari Jumaat lepas tengok raptai Citrawarna dengan housemate. Disebabkan masih tak memiliki kamera untuk upload gambar, pakat-pakat baca sajalah apa aku nak tulis ni. Tapi posternya cantik – ada muka pemuda yang seolah sedang terkejut + terpinga-pinga apabila kotaraya ini dibanjiri propaganda kebudayaan. Semua negeri ada budaya tradisinya yang unik untuk menjadi wakil wilayah mereka kecuali Kuala Lumpur.

Nampak sangat KL tak ada budaya tertentu yang boleh dibanggakan – terpaksa menumpang atas nama budaya kontemporari. Kali ini ia bertemakan Batik apakejadahntah. Aku terpaksa highlight team dari KL ni kerana ia “terlalu unik“. Apabila tiba giliran kumpulan KL berhenti depan grandstand untuk menari, aku melihatnya seraya cringe with horror. Sampai terdengar penonton lelaki kat belakang yang mulutnya tak ada insurans melaung

“Ramai woi pondan tu...!!“

Memang betul. Sampai tak dapat cam yang mana satu perempuan, yang mana satu lelaki dan yang mana pulak yang separuh-separuh! Ini baru betul mardi-grass. Macam negeri-negeri lain walaupun ada ahli perbarisan mereka tu lemah gemalai ala-ala nyah gitu, tapi mereka memakai kostum yang mewakili lelaki. Kita tengok pun tahu ini budaya mewakili gender perempuan manakala yang satu lagi adalah puak lelaki. Tapi untuk KL ni ahli-ahli team mereka ada sedikit kekeliruan di tonjolkan. Kalau ada gambar senang sikit untuk korang analisis sendiri.

Kemudian masa negeri Pahang punya kontigen mengambil giliran sekali lagi lelaki celupar yang duduk di belakang membuat bising

“Wooi.... ada burung buat sarang atas kepala pulak....hakhakahkkhak....“

Aku pun terpaksa ketawa sekali dengar dia cakap macam tu. Kepala penari semua dihiasi jurai-jurai jerami menjadi bentuk sarang burung. (Aku rasa ini Pahang atau Kedah punya penari – tak ingat pulak). Kadang-kadang rasa kasihan dengan peserta perarakan berkenaan yang terpaksa bertahan memakai kostum yang pelik-pelik sambil melemparkan senyuman (palsu?) kepada penonton.

Tatkala hari raptai yang aku tengok tu corak perarakan masih tidak tersusun kemas dan kelam-kabut sikit. Macam tak cukup latihan (tak tahulah hari sebenar macam mana). Namun masih ramai manusia yang membanjiri pinggir jalan Tuanku Abdul Rahman untuk memeriahkan raptai penuh tersebut. Ia satu promosi yang bagus untuk mengetengahkan setiap negeri di Malaysia. Malah kalau kita berkunjung ke negeri itu sendiri belum tentu aspek kebudayaan seperti itu dapat kita saksikan di depan mata.

Friday, July 07, 2006

Stay Alive or Stay Away?


Telah bermacam-macam objek, jirim dan unsur yang telah di angkat untuk memomokkan hidup anda. Kali ini video game pula sebagai berpotensi untuk mengganggu – bolehkah anda melepaskan diri hidup-hidup dari permainan berpuaka ini? Jika boleh, bagaimanakah caranya? Jika tak boleh, mesti kena bunuh kan? .... duh...kalau semuanya hidup selamat, di manakah trillnya? Seakan semua benda ada menyimpan hantunya tersendiri.

Untuk abad ke-21 ini, hantu jembalang telah menjadi bertambah hi-tech. Aku bukan seorang “gamer“ untuk bercakap mengenai jenis-jenis permainan video. Tapi yang tersohor macam Lara Croft atau Resident Evil, Final Fantasy atau Sim City tu aku tahulah jugak. Lara Croft misalnya, si gadis cantik lasak pembongkar kubur yang sentiasa dalam misi bahaya membabitkan dunia alam barzakh. Manakala Resident Evil pula melibatkan zombie. Semuanya ada kena-mengena dengan unsur spirit dan alam ghaib.

Jadi, beri laluan untuk Stay Alive. Apabila bunuh-membunuh di dalam permainan video telah satu takah menjadi ekstrem, kita lihat apa terjadi kepada pemainnya apabila benar-benar di bunuh di luar permainan. Di dalam game ini, sekumpulan anak muda bertarung demi nyawa mereka untuk menewaskan seorang Blood Countess yang bukan hanya memburu mereka secara online malah terbawa-bawa sampai ke dunia nyata. Aku rasa memang itu pun impian kebanyakan gamers yang sicko supaya karektor yang mereka perangi tiba-tiba bukan lagi sekadar ada dalam skrin sebaliknya mencabar mereka sehingga ke realiti.

Kalau korang abaikan jalan cerita yang tak masuk akal ni, Stay Alive memang seronok di tonton. Ada cheap shock effects di situ, sini sikit, kill! kill! die! die!, kejar-mengejar dan sebagainya. Filem ini guna formula biasa kisah-kisah thriller yang pernah kita tengok.

Dalam satu adegan masa hero dan heroin nak masuk rumah tu ada sebuah motosikal Harley di pintu depan, tak tahulah apa fungsi motosikal tu. Penonton mesti bayangkan ada geng penjahat tengah stand-by di dalam nak memerangkap hero. Tapi sebenarnya tak ada fungsi apa-apa pun motor tersebut. Watak heroin ni yang si hero temui masa pengebumian kawannya (mangsa pertama Blood Countess) pun macam tak ada impak. Aku bayangkan ada lah twist apa-apa di hujung cerita melibatkan beliau (I know it sounds lame) but at least ada lah signifikan kewujudannya yang tiba-tiba itu.

Lain kali boleh tak jangan bagi ada nama watak sempena bulan dalam kalendar? Bayangkan tengah-tengah jalan terdengar orang menjerit-jerit memanggil October! October! Macam ganjil bunyinya campur kelakar. Oleh kerana plotnya ada kena-mengena dengan video game, jadi bersedialah anda untuk dihadapkan dengan kesan khas CGI permainan video sebesar panggung wayang. Itu aspek yang agak cool untuk filem ini setelah disogokkan dengan benda-benda lain yang corny.

Monday, July 03, 2006

Movie of My Life

The Movie Of Your Life Is An Indie Flick

You do things your own way - and it's made for colorful times.
Your life hasn't turned out how anyone expected, thank goodness!

Your best movie matches: Clerks, Garden State, Napoleon Dynamite