Tuesday, June 29, 2004

Please Prepare Plastic Bag (or tupperware, whatever ....)

Baru-baru ni seorang kawan datang ke KL dan bermalam di salah sebuah hotel di sini dan aku dengan muka tak malunya pergi menempel kat bilik dia. Siap tumpang tidur lagi tu – okeylah, lagi pun dia duduk seorang. Daripada membiarkan sebuah lagi katil kosong tiada penidur (?), baik aku yang tidur kat situ.

Seperti biasa aku akan bertindak sebagai tourist guide kalau ada sesiapa datang berkunjung ke bandaraya ni – macam family aku yang datang dulu. Seperti biasa juga kami mesti akan berkunjung ke Times Square! Urghh… aku rasa macam dah tak bermaya masuk dalam ni – asyik pergi Times Square jer. Nasib baik kawan aku tu dah pernah ke sini, jadi tak payahlah aku nak bawak dia ke serata ceruk. Malah dia lebih advance lagi, dah mencuba segala permainan di Cosmo World. Tak macam aku, penakut sikit.

Nasihat dia kalau nak cuba naik roller coaster ke, merry-go-round ke, pastikan yang perut anda kosong, jangan makan dulu sebab nanti tak pasal-pasal boleh membuatkan usus anda meragam. Masa dia naik dengan rakan-rakan dia dulu, ada juga yang muntah. Bukan setakat naik benda yang berpusing-pusing saja boleh menyebabkan anda muntah, kalau naik kenderaan pun boleh juga membuatkan kita rasa macam tu terutama untuk perjalanan jauh. Kalau perjalanan tu tak jauh pun tetapi TINGGI besar kemungkinan kita akan muntah juga.

Seorang kawan aku pernah naik light aircraft di Subang untuk bersiar-siar di udara Lembah Klang. Pesawat tu cuma muat untuk dua orang saja – oleh kerana bilangan yang nak naik tu ramai jadi kenalah bergilir-gilir. Sebelum naik setiap seorang dari mereka dibekalkan satu plastik beg. Tujuannya kalau ada penumpang yang tak tahan loya mereka boleh melambakkannya dalam plastik tu. Memang betul pun bila pesawat mendarat terdapat juga penumpang yang memegang sebungkus plastik berisi bahan kumbahan dari mulut mereka. Nasib baik bagi plastik beg, kalau bagi tupperware - nanti orang ingat bubur apa pulak dalam tu ...kihkihkih...yikess! Gross.

Cukup. Cukuplah cerita pasal muntah, tak pepasal aku pulak yang termuntah atas keyboard ni. Walau pun dah banyak kali aku ke Times Square, itulah kali pertama aku masuk ke McDonalds cawangan kompleks ini. At least tak adalah aku nak merayau kat area yang sama sahaja. Sambil menjamu selera kami boleh menyaksikan orang ramai sedang mencuba segala jenis mak nenek permainan di amusement park tersebut. Tak nampak pulak kalau-kalau ada orang yang muntah setelah menaiki roller coaster tu – kalau tak, mesti aku tak lalu nak makan. Dah lah aku makan bubur ayam masa tu! Sesambil makan bubur ayam McD kawan aku bercerita pasal kawan dia yang muntah masa naik one of the rides kat situ last time. Errk! Eloklah tu cakap pasal muntah masa orang tengah makan bubur. Tapi aku tak geli pulak, maybe aku tengah lapar tahap maksimum, tak ada masa nak geli-geli.

Sekali lagi cukuplah bercakap pasal muntah. Oleh kerana aku tak bawak baju extra, aku pun pergi beli baju baru. Tak kan aku nak pakai baju hari tu untuk esoknya, busuk oi! Aku tak shopping kat Times Square, aku pergi Parkson sebab ada diskaun sampai 70%. Kemudian kawan aku tu nak beli dvd games pulak. Aku yang memang buta pasal game ni pun ikutlah dia mencari game-game yang memang di luar pengetahuanku. Selain dari playstation, kita jugak boleh guna XBOX untuk mainkan game rupanya. Masa kat Times Square tadi juga singgah kedai Toys – macam budak-budak pulak rasanya. Aku rasa mak dengan bapak budak kat KL ni tentu phobia bawak anak-anak lalu kat kedai Toys sebegini, harga bukan main ganas lagik. Main ratus-ratus punya. Aku suggest beli Ding Dang jer lah, dapat jugak toys dalam kotak Ding Dang tu, percuma jer…..haha…

Hotel yang kawan aku duduk tu, serupa saja keadaannya dengan hotel-hotel lain. (Hotel-hotel yang “jual ayam” kat Chow Kit tu tak tahulah pulak macam mana). Cuma yang tak bestnya pasal hotel ni ialah view dia. Tingkap dia mengadap ke bumbung-bumbung zink bangunan seakan gudang (atau bengkel lama) yang dah reput dan usang. Memang mencemarkan pandangan.

Sunday, June 27, 2004

Mari Mengarang

Yess! Aku dah habiskan baca satu novel Melayu yang jalan ceritanya mendatar saja dalam masa tak sampai sebulan. Satu pencapaian di situ. Cuma yang tak bestnya pasal aku rasa macam pernah baca buku ni dulu tapi tak ingat bila. Yang bestnya pulak aku dah lupa jalan cerita dia jadi tak ada hal aku nak baca sekali lagi. Sekarang aku boleh beralih pada satu buku yang lain pula, yang memang pasti aku belum pernah baca sebab baru terbit tahun ni. Novel-novel bahasa Inggeris tu – nanti dulu lah, biar aku habis baca buku Melayu dulu. English novel yang aku beli di Pesta Buku baru-baru ni jenis tebal, tulisannya kecil-kecil dan bau kertas recycle dia kuat sangat. Kalau beli novel versi paperback memang biasa berbau macam ni, lebih-lebih lagi yang second hand punya novel lagilah pening bau dia.

Cakap pasal bahasa Inggeris, ada seorang officemate aku yang belajar part-time di kolej swasta minta aku tolong dia buat karangan dalam bahasa tu last week. Segan jugak nak tolong orang ni pasal aku punya English pun tunggang langgang. Tapi sebab dah beria-ia sangat perempuan ni mintak aku tolong dia – aku pun dengan baik hatinya pergilah tolong. Mula-mula aku pun suruh dia compose dulu karangan tu siap-siap, nanti bolehlah aku check dia punya grammar ke, edit ayat-ayat dia tu ke – hhehehe…... macam bagus!

“Aku memang dah siap tulis dah cuma aku nak kau ajar aku macam mana nak letak gambar dan tambah grafik kat karangan aku tu, biar cantik sikit,” beritahu dia.

“Ooo.. macam tu… nanti aku try ajar, aku pun bukan pandai sangat,”

Macam manalah aku boleh perasan dia nak mintak aku tolong dia dalam grammar pulak ni. Mesti dia pun tahu yang bahasa Inggeris aku tahap inferior jer. Aku pun suruh dia emailkan karangan dia tu bila aku dah free nanti aku boleh buat. Bila dapat jer email dia tu dan aku baca, mak datok… punyalah sempoi ayat English dia, kalah budak nak ambik UPSR. Nak tak nak aku kena edit juga karangan dia pasal terlalu tak sedap. Tak setaraf dengan kedudukan dia yang tengah menuntut di kolej. Lagi satu, karangan dia pendek bebenor, walaupun lecturer dia suruh buat hanya dalam satu muka surat tapi janganlah sampai buat dua tiga baris jer. Contoh karangan adalah seperti di bawah. (beberapa perkara telah di ubah untuk melindungi kepentingan si penulis asal...hehhehe..)

I was born in 34 April 1839. I live in Kuala Lumpur with my sister. I love city lives, it is happening and there is so many places to go.
I enjoy food most of the time, especially kuih cek mek.


At the moment, I am working as a tea lady while studying in Kolej Baginda as a part-time and my course finishes very soon.
The place that I always wanted to go is Vanuatu Island. That is in my dream…hopefully it will come true one day.


Begitulah lebih kurang bunyi karangan yang officemate aku tulis tu. Aku tak sampai hati membiarkan dia hantar karangan macam tu. Aku pun tulis balik karangan dia ni ikut idea asal seperti apa yang dia dah buat. Lepas tu aku tambah lagi dengan ayat-ayat lain biar panjang. Dah siap semua tu, baru aku beritahu dia

“Sorry yer, karangan yang kau buat mula-mula tadi, aku dah buat balik – pasal yang kau tulis tu nampak macam err....,“

“Macam ’kampung’?“ dia bertanya.

“Errmm... lebih kuranglah. Takkanlah aku nak biar kau submit karangan macam tu kat lecturer kau, aku pun buat yang baru,“

”Ye ke? Thank you bebanyak. Nanti aku belanja kau makan,” Kemudian dia baca composition yang aku dah edit tu.

“Habis grafik dan picture yang aku suruh kau create tu, tak ada pulak?”

“Laa…. aku lupa nak buat, nanti aku tolong,”

Tapi aku tak buat pun grafik-grafik tu semua sebab aku tak pandai. Last-last dia pulak yang terpaksa ajar aku. Eloklah tu, lagi pun itu assignment dia kan? Bila semua dah siap, dia pun tunjuk kat aku suruh aku komen. Tak cantik langsung cara dia decorate karangan dia tu, aku pun dengan kepandaian yang tak seberapa ni, pergilah edit balik. Nasib baik dia suka dengan hasil kerja aku tu. Petang tu dia pun submit disket karangan tu kat lecturer dia.

And the next weeknya dia cakap kat aku yang karangan tu tak keluar kat skrin komputer. Hah, tak keluar, buat penat je aku buat!

“Karangan tu keluar tapi dia punya grafik tu yang tak keluar – kau save betul-betul tak dalam disket tu?“ dia bertanya.

“Aku dah save lah. Lepas save tu aku check balik ada tak file tu dalam drive A. Lepas confirm semua ada baru aku bagi kau disket tu,”

“Habis kenapa gambar-gambar tu tak keluar dalam assignment tu hah?”

“Entah ler tapi yang pentingnya karangan tu keluar,”

Tapi aku tak berani pulak nak tanya dia berapa markah yang lecturer dia bagi atas karangan yang aku buat tu. Rasa seronok pulak tolong orang buat assignment macam ni walaupun sebenarnya aku tak patut buat macam tu. Lain kali aku kena ajar dia sikit-sikit cara mengarang dalam bahasa Inggeris, bukannya aku yang bantai buat sampai siap. Kalau macam tu sampai bila dia dapat belajar sendiri.

(Karangan yang dah siap tu mintak maaflah tak dapat aku nak paparkan di sini kerana hak cipta terpelihara)

Thursday, June 24, 2004

A Theme to Fill

Ahah! Aku dah jumpa satu site yang review begitu banyak tempat makan di Malaysia terutamanya di Klang Valley dan hanya dengan membacanya saja telah membuatkan air liurku meleleh. Masa aku nak tulis pasal sarapan di McDonalds dalam entry sebelum ni, aku tiba-tiba hilang ingatan tentang apa benda yang di panggil burger masa aku bersarap tu? Kemudian aku terus check internet untuk mendapat jawapannya. Dari beberapa laman yang google cadangkan akhirnya aku klik di sini dan bukan sekadar pasal burger McDonalds yang aku dapat tetapi beratus-ratus restoran, gerai dan medan selera yang sesuai untuk anda pergi melantak.

Kan bagus kalau aku boleh maintain jurnal ini dengan hanya menumpukan pada satu tema atau isu supaya ia nampak sistematik. Pada mula-mula laman ini ingin dibangunkan aku berhasrat untuk menfokuskan tentang filem-filem yang pernah aku tonton. Apa-apa saja filem sama ada di pawagam, dvd atau tv yang telah aku tontoni, aku ingin ulas (atau pulas...hahahar...) mengikut suka hati aku. Tetapi setelah aku terjumpa dengan blog ini dan ini membuatkan aku cepat-cepat tersedar ke alam nyata. Aku tidak boleh menulis sebaik mereka dengan kritikan dan reviu sungguh bernas membuatkan menonton wayang bukan sekadar hiburan semata-mata. Setelah menghayati laman mereka itu membuatkan aku jadi tumpul untuk menulis pasal filem secara konsisten dan ia cuma mengisi entry ini sekali-sekala apabila aku tergerak untuk menulisnya. Lebih-lebih lagi jika filem itu terlalu berbekas di hati membuatkan idea untuk mengarang menjadi lebih licin.

Atau aku boleh menulis tentang hobi aku! Ya.... betul tu! tentu tidak menjadi masalah untuk aku menghidupkan jurnal ini dengan cerita tentang hobi aku yang sesuai di kongsi bersama. Malangnya aku tak ada sebarang hobi yang boleh dikatakan unik atau intrig untuk anda semua mengetahuinya. Aku terserempak dengan jurnal ini yang si empunya mempunyai minat menonton bola. Kalau anda teringin untuk tahu aspek-aspek peminat bola terutama sekarang ni tengah musim Euro 2004 bolehlah membacanya di sana. Apa yang membuatkan jurnal ini tambah istimewa ialah dia ni seorang perempuan yang fanatik dengan bolasepak! Pasukan kegemaran beliau ialah Itali. Sekarang masa yang baik untuk kita menjenguk laman ini kerana Itali yang gagal ke suku akhir Euro 04 pastinya mempunyai banyak sebab untuk tuan punya jurnal ini berkabung. Selain itu beliau juga bermain gitar di masa lapang dan sedikit sebanyak kita boleh tahu tentang gitar dan perkara-perkara yang berkaitannya.

Bukankah elok jika aku ada satu minat yang konsisten - oh, aku suka baca buku tapi err.... nak habiskan satu buku jer dah memakan masa berbulan-bulan. Nanti dapat update jurnal sebulan sekali sajalah sebab nak reviu pasal buku tu - sebulan baru habis. Aku rasa tak ada satu anasir yang boleh aku angkat menjadi tema untuk jurnal aku ni. Bukanlah aku tidak pernah ada hobi langsung. Aku pernah berminat mengumpul setem masa budak-budak dulu, pernah minat tanam sayur, main dam, lukis kartun dan macam-macam lagi. Tapi semua tu tak berkekalan sampai sekarang. Apabila masa beredar dan usia meningkat aku sudah melupakan benda-benda tu dan tidak berminat untuk meneruskannya. Kalau tak korang boleh menambah ilmu membaca tentang cara-cara membaik-pulih setem yang rosak atau pasal cara-cara untuk memastikan pokok tomato anda boleh menghasilkan buah yang merah dan subur.

Alamak, baru aku ingat - aku memang ada satu hobi yang unik - - - - - - -
Aku suka mengumpul sampah!! Hah... sekarang anda boleh membaca tentang minat aku yang masih kekal sampai sekarang ni, hobi mengumpul sampah. Aku tak ingat bila pertama kali aku start berminat mengumpul sampah-sarap nih. Nampaknya aku kena buat entry lain yang special pasal hobi ni. Hmm .... lepas ni jenuhlah korang membaca jurnal yang terisi dengan tema cara-cara mengumpul sampah dengan efektif.
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
Korang : Cheh ....kalau dah dasar malas nak kemas rumah tu, memanglah sampah sarap tu akan berkumpul ..... boleh dia kata itu hobi "mengumpul sampah". Itu bukan hobi oii..... itu namanya pemalas!!

Aku : Kahkahkahkah ...!!

Monday, June 21, 2004

Subuh ke Dinihari

Hujung minggu baru-baru ni aku habiskan masa membawa keluarga aku jalan-jalan di sekitar bandaraya. Mereka datang hari Sabtu – subuh-subuh hari dah call suruh pick them up dan balik semula pada malam harinya. Tak tidur kat sini pun. Apakah tempat-tempat yang sesuai untuk membawa kaum keluarga anda yang baru tiba dari desa bersiar-siar di Kuala Lumpur ini? Shopping complex of course.

Tarikan membeli-belah terbaru di sini tentulah Berjaya Times Square. Sebelum tu kami pergi Stesyen Sentral dulu sebab tempat yang ini pun mereka belum pernah sampai lagi. Berjalan kejap sambil tengok apa-apa yang menarik di kiosk serta kedai-kedai yang di buka. Tak beli apa-apa sebab lepas ni nak simggah di Times Square baik beli terus di sana, lagi banyak pilihan. Naik lenguh kaki banyak berjalan dan lepas tu duduk melepak tengok tv di satu sudut. Hanya gambarnya saja yang dapat di lihat, audio tak dengar, lagi pun suasana agak bising.

Dah sampai KL ni mesti nak bawa diorang merasa naik sistem kenderaan awam terbaru di sini iaitu Monorail. Diorang komplen gayat sikit naik benda ni macam bergoyang-goyang terutama masa dia nak korner kat selekoh landasan tu. Kami naik sampai stesyen Imbi dan terus masuk ke kompleks beli-belah yang berwarna terracota bertunjangkan dua menara. Terus cari restoran laksa dalam tu sebab kakak aku mengidam nak makan laksa Sarawak. Tapi bila disajikan bukan dia guna laksa tapi mihun. Berbeza masa aku makan laksa Sarawak di Maju Junction, memang laksa itu sendiri sebagai bahan utamanya dan bukan mihun atau mee kuning ke. Mihun dia warna putih cuma saiz dia tebal sikit dari mihun yang lazim. Tak tahu macam mana nak bezakan resepi laksa antara dua tempat ni pasal aku tak cuba merasa yang kakak aku order tu. Yang kat Maju Junction tu punya memang sedap. Kecur pulak air liur aku ni.

Kemudian kami pergi ke Sungai Wang yang terletak berhampiran sebab nak mencari barang-barang untuk di bawa pulang sebagai buah tangan. Seperti biasa kat sini manusia berpusu-pusu sampai di luar kompleks pun ramai. Pergi farmasi, Parkson dan melihat kedai-kedai yang memang banyak terdapat kat sana. Lepas tu singgah beli buah kat Giant pulak. Memang sesuailah beli buah sebagai buah tangan. Selain buah, beli roti yang jenisnya tidak ada di kampung untuk sarapan esok paginya. Pagi tadi pun aku bawak diorang sarapan stail fast food di McDonalds. Paling sedap makanan breakfast di sini ialah Hash Brown potatoes. Memang sedap benda ni sampai kita boleh bersarapan dengan Hash Brown saja tanpa makan sajian lain. Tapi kami order set breakfast yang mengandungi sosej berbentuk daging burger dengan McEgg dan minum teh dan kopi.

Selesai membeli barang-barang makan di Giant kami pun berangkat ke Pudu nak mengejar bas. Penat sungguh rasanya satu badan penat bersiar-siar sekitar ibu kota sehari suntuk dari subuh ke dinihari melayan familyku ini. Balik rumah rasa nak tidur terus tapi kena mandi dulu dan solat isyak lepas tu baru pengsan.

Wednesday, June 16, 2004

The One with the f.r.i.e.n.d.s Quiz





I'm Joey Tribbiani from Friends!

Take the Friends Quiz here.

created by stomps.





First time aku try kuiz macam ni. Err... no, rasanya pernah try kuiz macam ni sebelum ini tapi tak publish dalam jurnal. Tak ingatlah kuiz apa.

Aku try kuiz karektor f.r.i.e.n.d.s yang mana mirip anda. Result yang keluar ... I'm Joey. "Macam" Joey lah tapi bukan macam Matt le Blanc.
Kuiz di ambil dari Airiz.net. Aku dah send e-mail dekat dia cakap aku ambil kuiz ni. Dah ambik baru tanya.
Aku nak try paste kat blog, menjadi tak hasilnya.

Tuesday, June 15, 2004

The O.C. @ The Obses Cinema

Biasanya kita dengar nama jalan, tempat atau bangunan diabadikan dengan nama tokoh-tokoh yang berjasa, tumbuhan atau kesan-kesan sejarah. Tapi sekarang ada pula lapangan terbang yang akan dinamakan mengikut siri televisyen. Bukan, bukan KLIA akan di beri nama baru sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Gerak Khas atau Lapangan Terbang Akademi Fantasia sebaliknya sebuah lapangan terbang lain di selatan California. Pihak berkuasa di sana ingin menukar namanya jadi The O.C. Airport. Ahad lepas aku tunggu jugak cerita ni keluar di LapanTV tapi di ganti dengan Euro 2004 pulak. Sampai bulan Julai lah nampaknya kena mengadap bola jer.

Berbalik pada rancangan The O.C yang dihebohkan tadi, nama tu dicadangkan kerana populariti yang dikecapi oleh siri televisyen tersebut kebelakangan ini. Namun usul itu tidak mendapat reaksi menggalakkan kerana rancangan tv biasanya tidak kekal lama. Siri The O.C. baru memasuki musim keduanya tahun ini. Jika tiba-tiba ia dibatalkan penyiarannya kerana mungkin rating yang merudum, maka tiada signifikan lagi sedangkan nama itu terus kekal di lapangan terbang. Namun sebuah bandar di Hot Springs, New Mexico ada menggunakan sebuah rancangan tv sebagai nama pekan mereka iaitu "Truth Or Consequences" berdasarkan program popular di tahun 50-an. Sekarang lapangan terbang di selatan California itu di panggil John Wayne Airport. John Wayne tu pun pelakon jugak, ada kena-mengena dengan hburan dan televisyen. Mereka di California tu nampaknya memang obses dengan dunia hiburan.

Bukan di California saja ada orang yang obses dengan dunia seni dan hiburan ni, kat negara kita ni pun ada. Contohnya yang tengah menaip ni. Sebelum tu aku rasa dah sampai masanya aku memaafkan Shuhaimi Baba kerana membikin filem yang (entah ler, tak tahu nak describe macam mana) bertajuk Mimpi Moon lima tahun sudah. Mimpi apa entah yang Shuhaimi dapat sehingga sanggup produce filem yang lemah dari segi jalan cerita dan skrip yang memerlukan pelakon-pelakonnya bertutur slang utara yang pelik. Teruk sangat filem tu, yang berkualiti cuma teknik penggambaran yang cantik. Dengan munculnya Pontianak Harum Sundal Malam maka terubat sudah kekecewaan akibat kehampasan Mimpi Moon malah sampai aku berhajat nak tengok Pontianak buat kali kedua! Punyalah suka dengan filem ni.

Tapi malangnya tak sampai hajat di hati aku nak tengok Pontianak buat kesekian kalinya karena duit aku hilang entah ke mana padahal aku dah susah payah beratur kat TGV masa tu!!! Aku rasa aku dah simpan duit tu dalam poket seluar siap-siap sebelum pergi ke panggung tapi bila aku cari-cari tak ada pulak. Ada tercicir di mana-mana kot? Risau gak ni. Extra cash yang ada cuma empat lima ringgit jer tak cukup nak bayar harga tiket. Petang tu after office hour aku beratur balik tapi dah sold out pun tayangan Pontianak untuk show pukul 11 lebih jadi aku tengok Harry Potter and the Prisoner of Azkaban. Duit yang hilang tu aku masih musykil sama ada ia betul-betul hilang atau aku sebenarnya tak masukkan dalam poket tapi aku letak kat tempat lain? Sebab aku ada jumpa duit extra dalam beg aku yang aku tak ingat bila masa aku letak kat situ. Aku pulak tabiat suka letak duit merata-rata.

Filem sambungan ke-tiga kisah Harry dan rakan-rakan di Hogwart School ni adalah yang terbaik (in my opinion) berbanding dengan dua filem terawal. Ia lebih padat, penuh aksi dan lebih mendebarkan. Aku rasa mungkin ada yang terfikir bahawa konsep filem Harry Potter dengan dua rakan karibnya, Hermione dan Ron lebih kurang macam siri novel tiga sekawan atau lima sekawan yang Enid Blyton tulis tu. Bezanya mereka hidup di alam fantasi berbanding dengan buku cerita Blyton berkisarkan alam nyata. Weekend lepas juga aku tengok dvd Cheaper by the Dozen yang mengisahkan tentang keluarga beranak 12. Biasa saja filem ni tahap-tahap cerekarama jer. Ironiknya dalam filem ni Ashton Kutcher yang berlakon sebagai boyfriend Piper Perabo allergik dengan adik-adik Piper seramai sebelas orang padahal in real life dia sendiri pun dia terpaksa berdepan dengan anak-anak Demi Moore yang segerabak tu.

Hari Isnin pun aku tunggu cerita Alias keluar dia siar ulangan bola lagi. Nampaknya betul-betul kena tunggu sampai musim Euro 2004 ni tamat barulah siri-siri kegemaran aku kembali ke tv.

Thursday, June 10, 2004

Demon, Pontianak & Zombie

Tengah aku mencari vcd Sweet Home Alabama yang kawan aku nak pinjam, tiba-tiba terjumpa beberapa vcd yang aku ada tapi aku tak pernah tengok. Banyak pulak tu. Antaranya Rosemary's Baby, The Thin Red Line, Chopper, Dr Dolittle 2 dan banyak lagi. Nanti aku buat satu entry yang menyenaraikan beberapa movie yang ada kat rumah tu tapi aku belum tengok. Aku akan senaraikan reasons nya sekali kalau ada yang logik. Salah satu filem yang masih belum ku tonton itu ialah The Ninth Gate lakonan Johnny Depp dan Lena Olin (mak Sidney Bristow dalam Alias). Aku tak jumpa vcd Sweet Home Alabama tu sebagai gantinya aku bagi dia pinjam vcd Harry Potter and the Chamber of Secrets.

Pagi Sabtu lepas aku pun tengok The Ninth Gate yang ceritanya lembab nak mampus. Tak ada English subtitle pulak tu, kenalah aku pasang telinga dengar betul-betul. Aku tengok satu vcd dulu sebab boring gila. Filem ni pun lebih kurang sama macam Secret Window yang hampir 80 % bertumpu pada Johnny Depp semata-mata. Beliau banyak berlakon secara solo dalam ke dua-dua filem ni dan watak-watak lain seolah-olah terpaksa mengemis untuk muncul di adegannya. Berdasarkan sinopsis yang aku baca The Ninth Gate sepatutnya seram pasal ia ada kaitan dengan unsur menyeru demon. Tapi so far tak seram lagi. Mungkin dalam vcd ke-dua nanti baru hantu akan muncul.

Oleh kerana tak sabar nak melihat hantu, petang tu aku dengan Jee yang baru datang dari Shah Alam pergi ke KLCC untuk menonton Pontianak Harum Sundal Malam. Malangnya tiket telah sold-out untuk kebanyakkan show. Queue pulak seperti biasa tetap panjang berjela dengan orang ramai. Padahal filem-filem blockbuster masa tu mostly dah sold out, mungkin mereka semua nak beli tiket filem Bicara Hati pulak yang masih belum laris. Kami berkejar pula ke Mid Valley manalah tahu di sana kami lebih bernasib baik. Tapi sold-out juga. Hai... ramai peminat pontianak rupanya di KL ni. Lagipun dah tiga puluh tahun filem genre hantu ini tidak diizinkan mengilai di pawagam. Jadi, semua orang seakan di rasuk untuk mengejar dan memakunya di mata masing-masing. Bagaimanakah rupa pontianak di alaf baru ini? Masih menakutkan tak?

Lepas solat maghrib singgah Carrefour, jalan-jalan dan tengok apa yang murah untuk di beli. Singgah di seksyen cd muzik, tengok album baru Misha Omar. Tentulah kerana tertarik dengan lagu tema filem berjudul "Pulangkan" maka hati tambah terdesak untuk menonton filemnya sendiri. Tapi album tu tak berjaya dibeli. Setengah jam mundar-mandir dalam pasaraya besar, beli satu dua bahan makanan untuk mengisi tembolok. Lepas tu pergi shopping kat Petaling Street pula. Nampak dvd Dawn of the Dead berasa tertarik untuk memborong. Mengubat hati yang ralat tidak dapat melihat pontianak tadi, dapat melihat zombie pun jadilah. Balik rumah bila test dvd tu, hampehh..! Kualiti gambarnya menyedihkan, kelabu jer macam tengok vcd yang di rakam di panggung wayang. Tengok jer lah, malas nak pergi tukar. Kalau clear sangat takut pulak nampak zombie berkeliaran dalam mimpi aku nanti.

Pagi Ahad esoknya di KLCC, awal-awal lagi kami dah terpacak depan TGV nak beli tiket. Ingatkan kami yang terawal sampai, rupa-rupanya ramai lagi makhluk lain yang awal dari kami. Berduyun-duyun semuanya dok kerumun kat situ padahal TGV belum buka kedai lagi. Bila kedai bukak aje, menderu orang menyerbu ruang legar untuk merebut tempat pertama. Aku pun berlari sekali ..... kihkihkih.... nampak sangat kemaruk nak tengok wayang, macam apa jer. Masa tengah taip ni malu pulak bila aku ingat-ingat balik. Siap bertolak-tolak, sampai tali yang di buat border barisan tu entah ke mana-mana perginya. Ada amoi sorang tu bengang giler bila mamat belakang dia dok menghimpit, last-last dia surrender terpaksa blah. Apa ke jadahnya nak tengok wayang sampai kena peluk?! Namun pak guard @ bouncer TGV telah berjaya mengawal keadaan dan suasana menjadi tenang. Dapat jugak tiket akhirnya setelah hampir sejam beratur nak dapatkan tiket pontianak tu. Itupun seat antara yang ke depan, terpaksa mendongak ler jawabnya. Ni kalau tak best filem ni aku cekik-cekik Shuhaimi Baba pulak lepas ni.

Monday, June 07, 2004

Akhir Bulan Lepas, Awal Bulan Ini

Sabtu May 28th, 2004

Hari ni buat OT. Walaupun aku rasa macam nak demam campur selesema terpaksa juga datang habiskan kerja supaya Isnin nanti tak melambak benda-benda yang tertangguh. Sempat makan mihun dan buat Nescafe. Tapi dalam sejam jer duduk buat kerja pasal rasa creepy pulak duduk kat office yang luas tu sorang-sorang.

Sebab dah ada kat KL masa ni aku pun pergi tengok wayang. Panjangnya barisan orang beratur - rasa tak percaya pulak rakyat KL suka tengok wayang di pawagam. Ingatkan suka beli dvd pirates jer. Aku tengok Secret Window pasal filem-filem lain terlalu popular dan akan bermain di pawagam dalam tempoh yang panjang. Secret Window pula dah nak tamat tayangannya. Kalau anda tidak biasa tengok siri Twilight Zone tentu anda akan rasa surprise dengan ending filem ni.

Petang tu KL hujan lebat. Aku yang macam nak demam ni, dengan sejuk dan selesema memaksakan diri pergi juga ke PWTC. Dalam bangunan tu pun sejuk tahap maksimum - menggigil-gigil jadinya. Aircond yang di pasang terlampau powerful. Aku terus berjalan dari satu booth ke satu booth borong buku. Lagi pun tahun lepas aku tak pergi jadi tahun ni bolehlah lepas geram beli buku banyak-banyak. Tahun lepas bukan tak nak pergi tapi asyik bertangguh jer, nantilah, nantilah, tup-tup dah habis pun pesta buku. Aku banyak beli majalah yang back issues dan yang baru, second hand English novels dan novel Melayu yang first hand punya.

Rabu 2nd June 2004

Lunch hour pergi TGV nak beli tiket wayang. Panjangnya barisan manusia beratur nak beli tiket, serupa macam Sabtu lepas. Give-up nak beratur terus pergi lunch kat Picnic dengan Khai. Dekat Picnic pun ramai orang, melilau ler nak cari tempat duduk. Makan nasi dengan lauk chicken fillet dengan black pepper gravy. Cepat-cepat sudahkan makan dan lepas tu masing-masing balik ke pejabat semula.

Petang pergi survey hadiah di Ampang Point untuk kasi kat orang kahwin weekend ni. Singgah di Royel tengok dulu barang apa yang mereka jual dan harganya bagaimana - mampu ke nak beli. Lepas tu pergi Remix pula survey pinggan mangkuk. Aku rasa pinggan mangkuk, gelas, cawan, piring ni adalah antara barang-barang lazim yang orang hadiahkan dekat pengantin. Dah puas membelek semua benda-benda tu aku pun blah. Bila-bila aku datang balik kalau dah confirm nak beli.

Khamis 3rd June 2004

Hari ni officemate aku belanja makan beberapa orang staff di Pizza Hut. Walaupun aku tak berapa gemar Pizza Hut tapi sebab orang nak belanja, settt...! Masa tengah makan-makan tu, officemate aku pun cakap

“Benda macam piza ni sesuai makan sebulan sekali jer – fast food ni tak elok makan selalu sangat,“

Haa, tapi aku pulak seminggu sekali makan piza. Tak tahulah apasal tapi dah tiga minggu berturut-turut, ada jer nak melantak piza ni. Bermula dengan Pizza Uno, diikuti minggu lepas makan piza di De Palma. Dalam banyak-banyak makanan yang ada kat hotel tu, kawan aku boleh order piza? Dah lah tak berapa sedap pulak tu. Semalam pulak makan di Pizza Hut. Nampaknya ada menu baru di restoran ini, piza bertopping kembar atas satu crust. Ini idea yang bagus, kalau kita jenis cepat muak dengan satu jenis perisa, ada satu lagi perisa yang boleh kita cuba.

Jumaat 4th June 2004

After office hour terus pergi Ampang Point. Aku beli jer lah pinggan mangkuk kat Remix tu. Dah malas nak survey kat tempat lain tambahan pulak ada diskaun lagi. Macam tahun lepas pun aku hadiahkan barang jenis ni juga untuk orang kahwin. Kalau sesiapa yang jemput aku pergi majlis kahwin tu rasanya mereka dah boleh expect hadiah apa yang aku akan bagi. Singgah food court di tingkat atas untuk makan malam. Sambil tu tengok Channel V yang ditayangkan. Entahlah tak dengar sangat lagu-lagu yang keluar pasal suasana kat situ yang bising.