Wednesday, December 29, 2004

Are You Happy (New Year) Now?

Jadi, persembahan untuk menyambut tahun baru telah dibatalkan? Di saat banyak negara jiran sekitar tanahair sekarang mengalami trauma dan kemasyghulan akibat ribut tsunami baru-baru ini, memang wajar kita tidak menyambut apa-apa. Waima angka mangsa terkorban akibat malapetaka itu di negara ini tidak menggalakkan namun itu bukan tiket untuk kita boleh bersuka-suka.

Kesan fizikal dan emosi yang ditinggalkan oleh taufan yang telah pergi amatlah payah untuk dipulihkan. Rumah yang musnah, kampung yang lenyap, harta benda yang rosak, nyawa yang tercabut dan kita tidak boleh bertafakur mengenangi itu semua dengan keluar berseronok-seronok dan menjerit Happy New Year! Happy New Year! Mereka tidak upaya berkongsi perasaan kita yang gembira apabila tahun berganti baru itu dengan turut menjerit sekali. Paling kurang pun mereka boleh menjerit meraung kerana kesedihan.

Masyarakat kita memang memiliki budaya sensitif terhadap penderitaan orang lain. Kita tidak mahu mereka terbiar tanpa perhatian ataupun penderitaan yang menimpa mereka paling kurang dapat kita ringankan. Sekecil-kecil usaha yang boleh kita lakukan ialah mengelakkan sambutan tahun baru atau menghadiri acara unsur berpesta. Paling bermakna kita boleh menderma atau menghulurkan bantuan tenaga untuk menawar kesakitan dan kesulitan yang mereka tempuhi sekarang.

Dalam suratkhabar hari ni juga tercetus saranan pihak Pedana Menteri tentang agenda sewajarnya bagi kita menyambut tahun baru di saat-saat sukar begini.

SUNGAI PETANI 29 Dis. - Kerajaan mengarahkan semua acara keramaian bagi menyambut Tahun Baru 2005 dibatalkan untuk menghormati mangsa-mangsa yang terkorban dan menderita akibat bencana ombak besar `tsunami' Ahad lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebaliknya menyarankan umat Islam dan penganut agama lain menganjurkan majlis memohon doa agar rakyat hidup sejahtera dan dijauhi bala bencana.

Menurut beliau, pembatalan semua acara keramaian itu juga melibatkan majlis-majlis yang dirancang oleh swasta. Beliau meminta pihak berkuasa tempatan membatalkan semua kebenaran yang telah diberikan bagi menganjurkan sambutan itu.

``Sebabnya, kita sekarang berada dalam keadaan sedih dan menderita oleh sebab berlaku kemalangan yang begitu besar dan tidak pernah terjadi di negara ini hingga menyebabkan ramai meninggal dunia dan hilang harta benda,'' katanya.

Menurut Perdana Menteri, sekarang bukan masanya bagi masyarakat Malaysia untuk berseronok, sebaliknya sambutan tahun baru lebih baik diganti dengan majlis mohon doa restu dari Allah agar mangsa yang ditimpa bencana dikurniakan kesabaran dan dapat membina semula kehidupan.


Sementara itu dalam akhbar yang sama juga menghebahkan bagaimana orang ramai boleh membantu dari segi wang ringgit kepada mangsa kejadian berkenaan.


KUALA LUMPUR 29 Dis. - Kerajaan hari ini menubuhkan `Tabung Bencana Tsunami Asia - Kementerian Luar Negeri' bertujuan membolehkan kerajaan dan rakyat menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa bencana ombak besar tsunami.

Bantuan boleh dikemukakan kepada Kementerian Luar dan sumbangan wang tunai perlu melalui cek atas nama `Tabung Bencana Tsunami Asia - Kementerian Luar Negeri'.
Alamat perhubungan untuk semua sumbangan itu ialah Kementerian Luar Negeri, Wisma Putra, Presint 2, Putrajaya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung tabung tersebut boleh menghubungi talian 03-8887 4000/4386/4132/4332/4321 atau melalui faks di talian 03-8889 1717/2834.


Manakala dalam e-mail yang aku terima tadi menyatakan tentang pihak-pihak yang menganjurkan majlis menderma pakaian kepada mangsa-mangsa ribut tsunami.


29/12/2004 12:34 PM
Sesiapa yg ingin menyumbangkan pakaian utk mangsa Tsunami di Utara
Malaysia, boleh lah menghantar pakaian tersebut ke tempat letak
kereta .. bersebelahan Dataran Maybank, Bangsar antara jam 4:00 ptg
hingga 6:30 ptg hari Jumaat 31/12/2004.

Organiser event ini ialah pasukan 4X4 yang akan menghantar pakaian yg
didermakan ke Kuala Muda, Kedah pada malam itu juga. Ini ialah trip
ke 2 mereka.


Walaupun kita mungkin tidak menyambut temasya tahun baru dengan skala yang besar dan meriah sekurang-kurangnya kita memberi definisi lain kepada sambutan tersebut. Kalau biasanya tahun baru agak cliché dengan bunga api dan nyanyi-nyanyi, kali ini kita tumpukan pada unsur manusiawi dan rohaniah. Kita tidak perlu hanya miliki zahir yang gembira, kita juga perlu ada jiwa yang gembira. Maka gembirakanlah sama hati dan perasaan insan-insan yang baru di timpa malang itu supaya mereka juga dapat menitipkan sedikit sinar harapan untuk tahun 2005 yang bakal menjelang ini.

Tuesday, December 28, 2004

Menelah Ombak

Tajuk entry semalam macam misleading pulak seolah-olah aku tengah bercuti dan di landa ribut tsunami. Bukan, aku bercuti duduk di KL saja, malah tak balik kampung pun. Terlebih dahulu aku hulurkan takziah kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian berkenaan. Harap mereka bersabar dan redha dengan ujian yang menimpa.

Oleh kerana aku memang dibesarkan di tepi laut di east coast jadi ribut taufan dan ombak kuat memang tidak dapat dielakkan lagi. Sehingga kini apabila aku berada jauh di kotaraya ini, sesekali suasana laut bergelora itu menjadi sesuatu yang dikenangkan. Apa yang mengusik di jiwa tatkala melihat ombak ganas meluru ke pantai dan angin badai berpuput kencang? Entah, aku tak berfikir apa-apa pun. Aku hanya memandang saja suasana itu. Menikmati perubahan cuaca dari keadaan laut yang tenang kepada gelombang yang membinasa. Oh, aku cuma berharap yang keadaan tidak berlanjutan menjadi lebih memusnahkan.

Semasa saat-saat ombak kuat tu, langit lazimnya mendung, awan hitam berat berarak lambat-lambat seolah-olah seberkas kekabu yang ingin di susun menjadi bantal yang besar. Cuma jangan keluar petir guruh bergempita semasa aku menghayati suasana ribut tu sudahlah. Itu saja yang akan mematikan hasrat aku dari duduk berlama-lama di tepi pantai sewaktu cuaca buruk. Tapi pastikan juga jarak anda jauh sikit dari pantai. Kalau apa-apa hal kang, sempat anda lari menyelamatkan diri.

Memang ombak yang besar tu fascinating. Aku tak dapat nak sangkal lagi bahawa kalau aku kebetulan ada kat pantai yang di landa tsunami tu pun entah-entah aku akan turut terpegun menyaksikan ombak besar itu datang bergulung. Apatah lagi bagi mereka yang jarang-jarang dapat tengok sejenis gelombang yang tidak pernah disaksikan seumur hidup. Sudah pastilah mereka akan berhenti sejenak untuk catch the precious moment. Malah di luar dugaan mereka sama sekali bahawa itulah moment-moment terakhir mereka di dunia yang fana ini.

Lagipun siapalah dapat menelah pada waktu panas terik tengahari dengan cuaca nyaman selesa macam tu tiba-tiba akan muncul ombak mengganas. Wiritnya ketika langit kelam, angin kencang atau keluar kilat dan guruh menjadi alamat yang gelombang kuat akan menghala. Nampaknya tanahair kita ni tidak lagi boleh selesa walaupun jauh dari lingkaran api pasifik, tempias badai adakalanya akan terbias juga.

Monday, December 27, 2004

Weekend: Cuti dan Tsunami

Hujung minggu lepas agak seronok sebab cuti tiga hari. Jadi ada lebih banyak masa untuk duduk rest, tidur, tengok tv, tidur and more tengok tv. Aku semakin gila tengok tv lebih-lebih lagi semenjak rumah aku dah ada Astro beberapa minggu lepas. Aku dah jadi macam tvholic pulak. (ada ke perkataan tu?) Aku sibuk main-mainkan remote control Astro. Boleh jadi mabuk tak tahu nak tengok saluran yang mana satu.

Cuma hari Sabtu malam tu saja aku keluar selepas maghrib. Kalau tak aku sibuk melekat depan idiot box. Pulak tu housemate aku semuanya kerja, akulah conquer Astro tu sorang-sorang. Kena keluar pasal dah janji dengan housemate nak makan Kenny Rogers dengan dia kat Times Square. Lagi pun aku nak guna kupon diskaun yang aku dah lama dapat dari restoran tu. Kami makan spaghetti, salad dan muffin. Sebelum tu kami merayau sekejap cari dvd murah.

Lebih kurang sejam dua duduk merayau dalam Times Square kami pun balik. Sebelum sampai rumah tu berhenti rehat sekejap untuk minum-minum dan sebab housemate aku tu lapar balik, dia order sup mushroom kat satu restoran Siam ni. Aku tak makan sebab aku dah kenyang giler, cukup minum nescafe ‘o’ saja. Sampai di rumah dah pukul 1 pagi dan kami tengok dvd sementara belum mengantuk. Housemate aku cakap yang filem bertajuk “The Last Horror Movie” ni dia ingatkan cerita hantu tapi rupa-rupanya kisah bunuh-bunuh. Tak takut pun cuma quite disturbing campur annoying pun ada. Tema dia macam reality show lebih kurang hanya yang ekstremnya pasal dia melibatkan nyawa manusia.

Esoknya hari Ahad aku sambung tengok Astro dan dvd lagi. Sampai tak ingat nak lunch lagipun aku dah breakfast heavy makan nasi kerabu. Petang tu aku tidur kejap dengan cuaca yang mendung dan redup begitu menyenangkan mataku lelap. Masa Asar tu aku bangun dan terus pergi makan. Balik makan aku ingat nak sambung tengok Astro tapi tak jadi sebab rasa macam dah muak pulak. Sebaliknya aku tengok dvd.

Malam tu lepas maghrib aku tergerak nak tengok berita sebab entahlah…. tiba-tiba jer rasa nak tengok berita. Padahal ada banyak channel lain aku boleh pilih kat Astro tu, aku decide untuk menonton Buletin Utama. Laa… rupanya-rupanya ribut taufan tsunami telah melanda Malaysia terutamanya bahagian utara Semenanjung. Memang aku rasa aku ada come-across dengan berita gempa bumi melanda Indonesia tapi tak sangka pula sampai melibatkan Malaysia dan beberapa Negara Asia lain. Betapa ignorancenya aku ni.

Wednesday, December 22, 2004

Kongsi Baca

Tatkala aku sedang melayari laman-laman web jurnal dan blog baru-baru ini aku terjumpa dengan blog seorang kawan kepada Ika, officemate aku. Senang saja nak tahu beliau ini ialah kawan officemate kerana dia menggunakan nama betul dan siap ada gambar lagi tu. Memang sahihlah.

Tapi aku tak bagitahu pun Ika sebab aku nak biarkan dia discover sendiri. Entah-entah dia pun dah tahu pasal ni. Aku pernah jumpa sekali dengan kawan Ika ni dan kami tak bercakap banyak masa tu. Aku cuba check dekat achieve kalau-kalau dia ada menulis pasal tu dalam blognya. Rasa thrill nak tahu apa yang orang kata pasal kita. Tapi tak ada. Tak kisah pun sebenarnya. Aku juga tak ada menulis tentang itu dalam blog aku. Nampaknya perkara itu tidak penting menjadi isi kandungan blog atau pun belum masanya lagi.

Sebenarnya ada seorang lagi kawan aku yang ada blog. Dia bukan main excited lagi bagitahu aku pasal ni. Aku pun pergilah melawat laman web dia tu. Dia tak banyak cerita perihal personal tetapi lebih kepada hal-hal umum dan minat peribadi. Laman dia lebih menarik sebab ada lebih banyak gambar. Tapi aku tak cakap kat dia yang aku pun telah ada weblog sendiri. Dia tak tanya dan aku malas sengaja ingin mendedahkannya.

Aku mencipta blog dengan sengaja ingin berkongsi minat. Bukan berkongsi rahsia. Tengok, sampai dua blog yang aku mention di atas juga tidak aku sertakan linknya. Tapi aku kena tulis benda ni untuk menguranagkan kepala yang berserabut. Blog juga boleh menjadi tempat kita melepaskan tekanan walaupun mungkin tiada yang dapat memahaminya. Perkara yang asalnya kelihatan komplek akan beransur-ansur terungkai dengan bercerita di sini.

Aku sudah habiskan membaca novel The Eyes of Darkness hari Ahad lalu. Sementara menunggu siri Smallville start aku baca mukasurat-mukasurat terakhirnya. Novel ini berkesudahan dengan happy ending walaupun happy endingnya agak tergantung. Sekarang aku boleh sambung novel Enrique Melangkah Jauh yang aku dah baca sikit walaupun novel The Eyes of Darkness tu aku belum settle.

Duit syiling yang seorang kawan beri untuk membayar hutang itu, aku telah mengiranya. Tapi baru sikit, belum habis kira lagi. Tabung itu pun aku masih biarkan berbungkus dalam plastik. Belum dikeluarkan pun.

Monday, December 20, 2004

3 Filem

Hujung minggu lepas aku telah menonton tiga buah filem di panggung. Tapi bukanlah berturut-turut. Mari kita lihat poster dan sedikit cerita berkenaan filem-filem yang telah aku tengok tu.



Filem ini di kira pesaing untuk Troy yang muncul pada awal tahun. Malah, nama Archilles watak utama filem itu juga banyak kali di sebut dalam filem ini. Babak aksi peperangannya sangat bersungguh-sungguh dan menakjubkan. Jalan ceritanya bagi aku sederhana saja yang sama taraf dengan Troy. Tak tahulah Alexander berjaya atau tidak di pilih sebagai calon 5 filem terbaik Oskar tahun depan.



Aku dah tengok The Incredibles melalui vcd lanun masa balik kampung dulu tapi cuma vcd ke duanya saja. Jadi aku tak tahu bagaimanakah permulaan filem ini. Memang dah tak suspen sebab dah tahu endingnya bagaimana tapi itu bukan persoalannya. Seperti juga tajuk itu, filem ini memang incredible! Animasinya telah diperhalusi dan jalan cerita sangat bergerak membuatkan filem kartun ini seolah serius. Tetapi dengan unsur kanak-kanak yang masih tidak diketepikan membuatkan ia sesuai untuk tontonan seisi keluarga.



Baiklah, aku cuma menonton Ocean 11 melalui vcd dan aku sudah pun melupakannya. Dan aku malas nak baca balik sinopsis filem pertama itu tadi. Tapi mujurlah pada awal-awal adegan Ocean Twelve ini kita sudah boleh refresh akan apa sebenarnya terjadi dahulu. Banyak dialog-dialog yang lawak kali ni tapi tak banyak action. Seperti juga The Italian Job, filem ini mengangkat martabat pencuri sebagai wira. Tapi The Italian Job lebih banyak aksi.



Kredit poster untuk joblo.com, graphicexpectations dan allposters

Thursday, December 16, 2004

Sila Sediakan Wang Kecil yang Mencukupi

Hari Isnin lalu betapa gembira mendengar berita yang seorang kawan nak bayar hutangnya. Seorang dah nak bayar, ada lagi beberapa orang lain yang belum bayar, ramai jugak yang berhutang dengan aku. Dah rasa macam banker pulak. Nasib baik aku bukan Along – Oooh….. nak pinjam pandai, nak membayar bukan main liat lagi, mari kita kasi hantam sama dia.

Dalam pada aku duk bergumbira tu, kejadian yang di luar dugaanku berlaku. Kawan aku tu nak bayar hutang aku dengan duit syiling! Hutang dekat dua ratus tu nak bayar pakai duit syiling? Duit syiling semata-mata, yang diperbuat daripada timah (atau besi) yang bulat dan berat dan akan berganda-gandalah beratnya kalau dah jumlahnya dekat dua ratus! Gila haper nak mengendung duit syiling banyak tu. Satu kerja pulak nanti nak pergi tukar dekat bank.

Dia ni serious nak bayar hutang ke tak nak bayar ni. Nak bayar buatlah cara nak bayar, janganlah sarkastik sangat oii! Aku boleh terima duit syiling tu tak ada masalah pun, tapi janganlah banyak sangat. Aku bukannya berniaga kedai makan atau pun konduktor bas – senang nak bagi balance kat orang. Patutnya dia pergilah tukar dulu duit tu kat mana-mana sebelum dia decide nak bayar hutang aku. Tak payah nak ada simbolik apa-apa dengan membayar hutang orang pakai duit syiling yang berlambak-lambak.

“Betul ke ni kau nak bayar pakai duit syiling tu?” aku bertanya nada tak puas hati

“A’aahh, boleh tak? Kalau tak boleh aku bayar pakai duit kertas,”

“Err… kau pakai duit kertaslah elok, ada ke nak guna duit syiling,”

“Sebenarnya aku dah malas nak collect duit syiling tu lagi. Nanti aku nak pindah rumah, buat berat jer mengusung tabung-tabung duit tu semua. Pasal tu lah aku ingat nak bayar guna duit syiling tu,”

“Oh, macam tu pulak.” Memang kawan aku ni ada hobi mengumpul duit syiling. Dia pernah tunjuk kat aku tabung-tabung duit dia. Tak kisahlah tu, hobi masing-masing.

“Nanti aku bagi kau duit tu dengan tabung-tabung sekali – ok?”

“Hah, tabung tu pun kau nak bagi aku, habis aku nak buat apa dengan tabung tu pulak?”

“Kau boleh buat isi duit syiling…”

Err…betul jugak. Tapi dia tak dapat tangkap ke maksud aku sebenarnya. Kalau duit syiling tu pun aku dah keberatan nak terima apatah lagi dengan tabungnya. Mamat ni tak faham-faham ke. Macam mana aku nak explain ni.

“Duit syiling tu banyak sangatlah, kalau setakat lima puluh ringgit tu bolehlah aku ambik. Yang balance dia tu kau bayar guna duit kertaslah,”

“Oh…. okeylah, kalau macam tu,”

Maka dia pun membayar hutangku dengan sedikit duit syiling dan sebahagian yang lain dengan wang kertas. Tapi dia bagi juga tabung dia tu dekat aku. Aku belum kira lagi jumlah duit syiling tu, cukup ke tidak, hehe….. malas pulak aku nak mengira. Lagi pun dia cakap dia dah dua kali kira, confirm tak ada terlebih, terkurang punya. Kalau ada tu kira halal jer lah.

Friday, December 10, 2004

R.i.P (Rest in Paper)

Kalau anda rajin membaca suratkhabar kebelakangan ini, tentu anda perasan tentang berita beberapa kubur yang di gali semula ekoran kerana alasan tertentu. Semuanya atas sebab-sebab disyaki terdapat unsur jenayah selepas mayat selamat dikebumikan. Berita macam ni selalunya aku baca dalam majalah Mastika tetapi puncanya lebih menjurus kepada anggota keluarga suspek yang si mati sebenarnya masih hidup dan bukannya kerana melibatkan jenayah. Manakala dalam suratkabar sekarang pasal polis ingin siasat punca kematian lebih lanjut kerana timbul spekulasi atau keraguan yang melampaui tahap munasabah.

Antara si mati yang berjaya mendapat tempat di dada akhbar itu ialah, pemburu rusa yang didakwa meninggal akibat sakit jantung oleh abang ipar mangsa. Khabarnya dia maut akibat di tembak secara tidak sengaja oleh abang ipar tersebut. Berita lain ialah seorang doktor wanita berketurunan India yang meninggal juga didakwa sakit jantung di gali balik kubur mendiang. Ini kerana bapanya mengesyaki anaknya itu telah di bunuh. Satu lagi ialah seorang wanita tua yang di temui mati terlentang di rumah yang disyaki mula-mulanya adalah kerana sakit tua. Kemudian anak arwah suspek yang wanita itu sebenarnya adalah di bunuh ekoran terjumpa bukti-bukti tertentu.

Kenapa aku mengangkat berita macam ni sebagai topik? Kerana aku sekarang sedang membaca novel yang berlatar-belakangkan kisah exhumation ini. Ingat tak aku pernah cerita yang aku beli berlambak-lambak novel masa pesta buku kat PWTC bulan Jun lepas? Salah satu novel yang aku beli, bertajuk The Eye of Darkness berkisahkan tentang hasrat seorang ibu yang ingin kubur anak lelakinya di gali semula.

Kalau dalam suratkhabar yang kita baca tu nampak macam senang jer pihak-pihak berkuasa menggali semula kubur-kubur tersebut tetapi dalam novel The Eye of Darkness tu bukan main dramatik lagi. Siap ada adegan kejar-mengejar, tembak-mennembak dan bunuh-membunuh macam tengok filem action pula. Ekoran permintaan si ibu terbabit membuatkan dia dan peguamnya di timpa bermacam-macam masalah. Selain penuh aksi, novel ni ada unsur kuasa supernatural juga.

Lagi dua tiga bab kita boleh tahulah sama ada berjaya atau tidak si ibu membongkar semula "kubur" anaknya itu. Tapi aku pulak yang tak ada masa nak habiskan baca cepat-cepat. Mujurlah buku ni tak tebal mana dan jalan cerita yang merangsangkan mungkin aku cuba selesaikan baca sebelum akhir bulan.

Tuesday, December 07, 2004

Shirt, Slack, Shoes

Annual dinner tu telah berlangsung dengan jaya dan gembira walaupun aku tak menang lucky draw. Makanan dia boleh tahan – Chinese food dan hiburannya so so jer. Dua tiga hari sebelum tu aku pergi survey baju sebab aku tak ada baju yang sesuai untuk di pakai ke majlis.

“Aku pakai t-shirt jer malam tu,”

“Hah, tak kan kau nak pakai t-shirt jer, pakai ler baju lawa sikit,” tegas officemate.

“Baju macam mana agaknya yang dikatakan lawa tu?”

Walaupun aku tak tahu definisi lawa yang bagaimana, aku pergi juga melawat shopping complexes dan kedai-kedai pakaian semata-mata nak cari baju yang lawa. Sebenarnya aku pun teringin nak bergaya sikit (sikit jer…. tak berlebih-lebih) dan masa bila lagi yang sesuai untuk penampilan diri nampak berbeza kecuali melalui annual dinner? Pakai t-shirt biasa memang boring tapi nak buat macam mana, I’m a boring person.

Bagi mengelakkan kebosanan berpanjangan, untuk sedapkan hati aku meninjau juga di sekeliling pusat beli-belah Sogo, Maju Junction, Pertama untuk mencari baju-baju yang harganya murah. Beli yang murah-murah dahlah, tak baik membazir – lagipun baju tu nanti, bukan boleh pakai selalu pun macam t-shirt, kena tengok tempat dan acara jugak.

Dah puas survey sana-sini masuk keluar butik (konon…) akhirnya aku beli sehelai baju made in India kat Reject Shop. Untuk memudahkan korang menggambarkan macam mana baju yang aku beli tu, pergilah ke Reject Shop lepas ni dan carilah baju buatan negara India. Material kain dia agak kasar tetapi tak keras, namun tidak juga terasa lembut bila di sarung di badan ini. Ada rasa macam miang-miang sikit. Mungkin bahan utamanya ialah campuran kapas dengan tali jut kot?

Setelah mendapatkan baju yang sesuai, tengok kasut pulak. Arghhh…. kasutku kusam dan tidak bermaya, tak kan nak masuk hotel dengan kasut hodoh begini? Nak beli kasut baru adalah di luar budget maka kita pergi jumpa tukang kasut dan minta beliau polish kan kasut itu. Setengah jam kemudian apabila aku datang balik dekat cobbler tersebut, betapa impressnya aku mendapati kasut burukku telah bertukar baru. Terserlah kekilatan dan bau kiwi semerbak membuatkan aku ingin tersengih.

Hari itu mana-mana staff yang confirm akan hadir annual dinner diizinkan balik awal. During lunch hour dah boleh balik. Selain baju dan kasut, apa lagi yang tertinggal? Seluar! Habis… tak kan nak pakai baju dan kasut jer pergi annual dinner, seluarnya macam mana pulak. Sekali lagi dalam proses untuk menjimatkan belanja, aku pakai jer lah seluar slack yang biasa di guna buat pergi kerja tu. Aku check seluar tu manalah tahu kot-kot ada comot di mana-mana, sempat aku cuci dan keringkan. Memang betul pun ada segaris kotoran melekat di seluar tu agak jelas di pandangan. Aku pun cuci lebih kurang dan jemur. Dalam pukul 6 tu dah kering, terima kasih kepada cuaca yang terik sampai ke petang. Kini tibalah masa untuk proses menyetereka.

Baju – check!

Seluar – check!

Kasut – check!

Now, off to annual dinner.

Wednesday, December 01, 2004

Borong Mall

Setelah aku menulis dalam entry tersebut, kemudian kawan aku telefon ajak pergi Ikea. Entah-entah dia baca blog ni tak? Aku macam malas pulak nak pergi sebab aku masih berpuasa hari tu. Sehari puasa, sehari tidak – kadang-kadang dua hari melangkau puasa. Ikut moodlah, asalkan masih di bulan Syawal. Aku berbuka dalam kereta minum air kotak (dah standby awal-awal) sebab jalan raya sesak teruk disebabkan hujan dan waktu lepas office hour. Memang confirm tak boleh sampai tempat tu sebelum maghrib.

Setiba saja di Ikano Power Centre terus cari food court untuk berbuka. Besar dan cerah kelihatan tempat makan ini yang bersih dan serba berkilat. Aku makan nasi goreng dan minum air teh o panas. Paling unik kat Rasa Fiesta ini ialah sinki tempat basuh tangannya terletak dalam sebuah bilik kaca. Seolah-olah untuk melindungi pandangan orang yang sedang menjamu selera dengan orang yang sedang berkumur dan mencuci tangan. Pada satu bahagian dindingnya ada corak petak-petak disirami lampu yang berubah warna untuk setiap jangka masa tertentu.

Ikano adalah sebuah gedung yang dipenuhi dengan kedai-kedai yang besar dan tak masuk akal macam pasar borong pulak. Di sinilah kita boleh jumpa pasar borong perabot, pasar borong buku, pasar borong barang elektrik, pasar borong hardware, pasar borong kain – semuanya di bawah satu bumbung. Begitulah konsep yang ingin di terap oleh kompleks beli-belah ini. Tapi kami tak masuk ke semua pasar-pasar tersebut, cuma singgah sekejap di Barang-Barang dan terus ke Ikea. Aku teringin nak menjenguk ke Popular Book Store yang melaut luasnya itu, tapi tak sempat. Tengok dari luar, memang besar giler kedai buku ni.

Para pengunjung tetap ramai berpusu-pusu di sana walaupun hari itu ialah hari kerja. Mungkin budak-budak yang ramai berkeliaran masa ni kerana cuti sekolah. Di Ikea aku terus membeli barang yang di hajati dan membeli juga satu dua jenis barang lain dan bayar. Kat sini dah terasa suasana Krismas dengan latar lagu-lagu perayaan itu kedengaran berkumandang. Manakala hiasan kompleks juga dengan pokoknya, lilin, reben, loceng dan benda-benda lain turut menaikkan semangat itu.

Selesai membayar kami beli hotdog Ikea yang sedap di campur dengan mustard dan sos cili sebanyak mana yang kita mahu. Balik ke rumah dalam pukul 11 tu aku makan lagi! Aku ada beli rojak Singapore sebagai persediaan untuk berbuka dalam kereta tadi tapi tak sempat nak makan. Habiskan semangkuk rojak sebelum tidur, sayang kalau terbuang tanpa di makan walaupun perut sendiri dan rasa penuh sangat.