Wednesday, April 30, 2003

May Day

Esok cuti Hari Pekerja. Dulu aku pelik juga kenapa bercuti pulak pada “Hari Pekerja”, kenapa tak kerja? Patutnya di panggil “Hari Bercuti”. Oleh kerana tidak semua pekerja dapat bercuti pada hari itu, kita tambah “Hari Bercuti Yang Istimewa”. Tak payah letak perkataan “Pekerja” di sini sebab it’ll confusing. Memang sesetengah pekerja kena bekerja pada hari tersebut. Ia tidak dapat untuk di elak terutama jika mereka berkhidmat dalam service industry atau pun pekerja shift. Mereka inilah sebenarnya menepati konsep “Hari Pekerja” ini. Bayangkan kalau mereka semua ini juga ingin bercuti pada 1 May. Semua doctor, pilot, pembaca berita, juruwang supermarket, cleaner, waiter – semua ingin balik duduk rumah atau pergi jalan-jalan. Okey, duduk rumah fine, tapi pergi jalan-jalan? Kalau tak ada kereta sendiri, macam mana nak naik public transport sebab driver bus pun bercuti? Kalau ada kereta pun, tiba-tiba minyak tak ada, nak pam minyak pun tak boleh pasal stesyen minyak tutup kerana tuan punya stesyen petrol pun ingin bercuti juga – balik duduk rumah atau pergi jalan-jalan. Okey, duduk rumah fine, tapi pergi jalan-jalan? Arghhh…. very complicated! It back to square one. Tak dapat kita nak mencapai cuti “Hari Pekerja” yang ideal nampaknya. Pasal ada yang kena kerja dan ada yang boleh bercuti.

Happy First May everyone!

Tuesday, April 29, 2003

Mandi Air Perigi

Tahukah anda bahawa tahun ini telah diisytiharkan sebagai International Year of Freshwater 2003 atau dalam bahasa kebangsaan di panggil Tahun Air Bersih Antarabangsa? Mesti ramai yang tak tahu atau mesti ramai yang ignore saja benda-benda macam ni. Padahal benda air inilah yang paling asas untuk kita meneruskan hidup. Kalau ada sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut pasal Tahun Air ini, bolehlah melayari laman web yang berkaitan. Aku malas nak sukarela memberi maklumat di sini. Memang susah tak ada air – lebih-lebih lagi air bersih. Memang biasa kita dengar orang bercakap biar tak ada letrik, jangan tak ada air. Tambahan pula duduk di KL kalau kena waktu keputusan bekalan air, memang menyeksakan. Tapi di kampung, kalau air paip tak ada, kita boleh guna air telaga.

Semasa bersekolah asrama dulu, selalu juga asrama kami keputusan bekalan air. Tak tahulah kenapa. Sama ada area tu benar-benar have some water difficulties atau pihak sekolah saja suka-suka cut-off water supply nak menyeksa budak-budak. Patutlah kat tepi asrama dulu memang dah disediakan perigi. Macam tau-tau bekalan air wajib akan terputus punya. Ada sekali tu air perigi dah hampir nak kering, budak-budak ramai lagi yang tunggu nak mandi, macam mana aku nak buat ni. Aku pun ajak seorang kawan aku ni pergi mandi kat rumah orang kampung belakang asrama tu! Aku pun was-was juga, nak ke diorang bagi kami mandi kat rumah diorang nanti? Tanya aje lah. There’s no harm in asking, right.

Petang tu dekat-dekat nak maghrib, kami pun panjat pagar belakang asrama. Nampaklah ada sekumpulan makcik dan pakcik tengah duduk bersembang atas tangga. Aku pun tanyalah diorang, “Boleh tak kami menumpang mandi kat rumah makcik? Kat asrama tak ada airlah mak cik, bolehlah…pleaseee..”

Tanpa banyak soal makcik tu pun jawab, ”Pergilah mandi kat perigi belakang tu.”

Haa…. Mandi perigi juga? Tak kisahlah tu asalkan aku tak kena berdikit-dikit mandi air telaga kat asrama yang dah cetek tu. Perigi kat rumah makcik ni memang banyak air dan tak berapa dalam macam kat asrama. Kami pun mandi sepuas-puas hati. Kawan aku cakap yang kita patut bagi duit kat mak cik yang baik hati ni. Kita dah banyak guna air dia ni. Mula-mula aku tak nak, tak payahlah bayar, bukan kita guna air paip dia.

“Apa salahnya kita bagi duit, nanti bila-bila kita nak tumpang mandi tak adalah segan sangat nak mandi sebab kita bayar, bukan kita mandi free,” jawab kawanku.

Mmm...betul juga, okeylah. Kami decide nak bagi dia RM5. Tengah sedap-sedap mandi tu tiba-tiba tali timba yang kawanku tarik tu putus! Rats. Alamak, macam mana nak buat ni? Kami dah saling pandang-memandang dengan risau. Tak pasal-pasal mengamuk pulak mak cik tu nanti.

“Kita bayar dia RM10,” kata kawanku.

Lepas tu kami cepat-cepat sudahkan proses mandi-manda kami ni menggunakan tali timba yang aku pakai. Nasib baik yang aku pakai tu tak putus. Kami bergilir-gilirlah guna. Dah siap-siap pakai baju, sikat rambut semua – kami pun jumpa balik dengan mak cik tu yang masih duduk kat tangga depan. Dengan rasa tersipu-sipu aku cakap yang salah satu tali timba tu dah putus.

“Tapi mak cik jangan risau, ni kami bayar balik kat mak cik,“ jelas kawanku sambil mengeluarkan dompetnya. Mak cik tu nampak macam bengang sikit tapi dia tak nak terima duit kami tu.

“Tak payahlah susah-susah, perkara kecil aje tu,“ jawab mak cik yang baik hati itu. Puas kami mendesak dia suruh ambil duit tu, dia tetap tak nak. Dan yang membuatkan kami lebih-lebih rasa bersalah bila dia cakap yang minggu sebelum tu pun ada tali timbanya terputus dan tenggelam dalam perigi juga. Tapi mak cik tu tetap tak mahu terima duit kami yang tak seberapa tu. Kalau macam tu tak apalah, terima kasih ya mak cik sebab bagi kami mandi kat sini. Lepas tu kami dah tak datang ke kampung belakang asrama tu lagi. Dah malu sangat dengan mak cik tu. Kami pakat-pakat mandi aje kat perigi asrama tu, tak ada nak mengada-ngada mandi kat rumah orang lagi.

Monday, April 28, 2003

Siapa Namanya? Hmmm...

Last weekend duduk-duduk saja di rumah, tak keluar pergi mana-mana. Pagi Sabtu, aku keluar breakfast at regular food court, makan mihun sambil baca suratkhabar. Kalau anda malas nak beli paper atau nak berjimat dari beli paper, pilihlah kedai makan yang ada provide newspaper. Sambil menyumbat makanan, bolehlah anda baca-baca sikit. Tengah aku sedap-sedap melantak, tiba-tiba bahuku di tepuk orang. Eh, laaa… kawan aku rupanya, dia datang dengan anaknya. Dah besar rupanya budak ni. Sementara dia nak menunggu roti canainya siap, dia tanya itu ini dengan aku, aku pula agak surprise terjumpa dia kat situ. Yalah rumah dia agak jauh di Sentul, semata-mata datang sini untuk makan pagi, macam tak logic aje. Menurutnya dia memang suka tukar-tukar tempat makan macam ni, saja nak beralih selera. Tapi dia tak makan kat situ, sebaliknya dia tapau saja. Aku yang masa tu dah habis makan mihun - aku ambil pula sepiring kuih yang aku tak tahu nama kuih tu. Aku borak-borak dengannya sambil aku cuba skill aku layan budak. Kuih yang aku tak tahu nama tapi sedap tu, aku suapkan ke mulut anak dia. Baik pula dia makan, senang layan budak yang tak banyak kerenah. Sambil suap kuih, aku bagi dia minum air teh yang masih berbaki. Bapaknya pun turut merasa kuih tu. Lebih kurang setengah jam kami berborak dan makan, dia pun beransur. Aku pun say bye-bye. Rasa macam bersalah pula sebab sepanjang melayan anak dia tadi, aku puas cuba recall nama anak dia. Apa ke nama budak ni, Amir? Amin? Aku rasa bukan – tapi nama dia dekat-dekat macam nama tu. Nak tanya bapaknya malu pula. Last-last aku try layan budak tu tanpa memerlukan aku memanggil namanya. Actually nama kawan aku tu pun aku tak tahu… kihkihkih… apa punya kawan aku ni. Tak apa, nanti aku try tanya sesiapa kawan aku yang tahu nama kawan aku yang ini.

Friday, April 25, 2003

Gym Depan Vcd

Masa nak balik rumah semalam, rasa berdebar-debar juga, manalah tahu kalau-kalau kena lock sebab tak bayar cukai pintu. Alhamdullillah, pintu tak kena lock, rumah tak kena sita – terima kasih pada tuan rumah yang sudi melunaskan cukai tertunggak tu. Malam tadi sebab aku dah tengok Antz dan dah beli pun vcd filem animasi ni, aku pun buka vcd One Hour Photo lakonan Robin Williams. Keseluruhan filem ni agak memuaskan cuma tidak dinyatakan kenapa Robin menjadi manusia depressing dan lonely. Mungkin dia berasal dari broken family atau masa kecil dia alami child abuse from his family member. Tadi my officemates yang survey another fitness center petang semalam complaint pasal staff di situ yang unfriendly. Macam berlagak sikit membuatkan mereka rasa meluat. Walaupun area bersenam di situ lebih luas dan facilities yang lebih baik tapi sebab mereka tak berkenan dengan perangai staffnya lebih baik lupakan. Jadi mereka will go ahead dengan gym di hotel yang kami survey tengahari tu. Tapi aku memang tak kan mendaftar sebagai ahli, yuran bulanannya mahal sikit, aku tak mampu rasanya. Tapi complimentary voucher tu memang aku akan guna.

Thursday, April 24, 2003

Jom, Survey Gym!

Lepas lunch tadi, aku ingatkan officemates aku nak terus balik ke office tapi kami melencong pula masuk ke sebuah hotel. Ahha…. Masuk hotel bukan nak check-in bilik dan buat aksi-aksi pramugara yang melampau, tapi hendak survey fitness center dalam hotel tersebut. Itulah pertama kali aku masuk gym dan rasa canggung pula. Ramai juga orang bersenam waktu-waktu tengahari macam tu. Ada seorang gym instructur yang entertain kami, showing all the facilities yang terdapat di dalamnya. Segala peralatan yang biasa kita nampak dan equipment yang sesuai untuk sebuah fitness center memang terdapat di situ. Someone please help me with the gymnasium jargon here! Aku tak tahu nama benda-benda tu semua, yang aku tahu alat berjalan kaki tu threadmill namanya kot? Nampaknya kena refer internet untuk Gym for the Beginners atau Gym for Dummies kalau ada. Aku manalah faham benda-benda ni semua, dasar malas bersenam. Bersukan jauh sekali. Even main video game pun aku tak suka. Kemudian instructor tersebut, Prakash aku rasa namanya, tunjukkan locker room, jacuzi dan sauna. Lepas tu Prakash shows us swimming pool yang terletak di tingkat berapa entah. Penat pulak panjat tangga tinggi-tinggi macam tu. Semua dah termengah-mengah. Itu baru naik tangga, belum buat work-out dekat gym lagi tu. Tak ada pula orang berjemur atau mandi-mandi masa ni…hehhe….. Setelah puas meninjau-ninjau semua tempat tu, kami masuk semula ke dalam hotel. Sebelum balik Prakash dengan baik hatinya telah bagi complimentary voucher untuk kami try guna gym tersebut sebelum kami betul-betul memutuskan untuk mendaftar sebagai ahli. Thanks Prakash. Lepas balik pejabat, my officemate complaint yang tempat tu terlalu kecil rasa macam cramp, tak selesa untuk bergerak bebas apabila bersenam nanti. Then, after office hour they decide to check-out other fitness center at the another nearest hotel. Tapi aku tak ikut, aku nak balik cepat lagipun macam nak hujan.

Wednesday, April 23, 2003

Noodle-do

Biasa aku makan nasi masa lunch tapi tadi berubah selera kita makan mee pula. Aku makan black mushroom noodle, officemate aku pun order mee yang sama. Tak sangka sedap juga mee tu. Kalau sesiapa yang teringin makan cendawan tapi takut nak cuba, eloklah mulakan dengan black mushroom dulu. Rasanya pelik tapi lazat. Ada sedikit rasa macam daging yang liat. Mereka yang baru convert pada vegetarian, kalau rindu nak makan daging sebenar, bolehlah ganti dengan cendawan ni. Dulu aku pernah sekali makan nasi goreng kat restoran ni tapi tak sedap pun. Lepas tu terus tak datang-datang dah. Lepas ni boleh datang lagi nak rasa mee yang lain pula. Kalau tidak waktu tengahari boring asyik nak mengadap nasi aje. Nasi dan lauk mana-mana kedai pun lebih kurang sama. Hendak cari kedai jual mee punyalah susah. Aku fikir, makan mee adalah paling ringkas. Tak payah nak pening-pening kepala fikir pasal lauk-pauk. Ada ruangan food review yang aku baca dalam The Star mengulas pasal satu gerai jual mee waktu tengahari di Bukit Bintang. Nampak menyelerakan betul. Tapi tak tergamak pula aku nak makan kat situ. Cuma kedai yang jual mee dalam Hawkers di Lot 10 tu, aku boleh makan. Mungkin sebab persekitarannya bersih dan tidak mewas-waskan aku.

Tuesday, April 22, 2003

Sita Dewi

Semalam kawan aku yang nak kahwin tak lama lagi sms aku tanya petua-petua untuk bakal pengantin. Petua? Untuk malam pertamalah tu. Haihh… macamlah aku pandai sangat benda-benda macam ni. Ada satu lagi berita yang dia sampaikan, katanya Zachary dah duduk seorang kat flat dia. Housematenya dah pindah. Aha..bolehlah aku tumpang rumah Zachary nanti kalau-kalau rumah yang kami sewa sekarang ni kena sita esok lusa! Mula-mula aku tak faham macam mana pihak-pihak berkenaan boleh menyita rumah sewa kami ni. Menurut Iwan mereka akan rampas barang-barang dalam rumah kami tu. Tapi sebab tak pasti, Iwan tanya pula jiran sebelah. Bukan mereka rampas barang tapi mereka akan lock pintu rumah kita tak bagi sesiapa masuk. Cara ni nampak lebih logic. Kalau ada banyak sangat rumah nak di sita nanti banyak pula barang nak di rampas, kat mana pula nak simpan barang yang berlonggok-longgok tu? Tentu bagi anda yang curious di luar sana tertanya-tanya, kenapa rumah kami nak di sita? Sebabnya tuan rumah kami ni tak bayar cukai pintu. Kebetulan Iwan ada di rumah pagi tu bila pihat tersebut serahkan surat amarannya. Minggu lepas aku dan Iwan pergi menziarah rumah tuan rumah di Ulu Klang untuk mengkhabarkan berita ini. Puas aku cuba call handphone-nya tapi asyik suruh masuk mesin pesanan aje. Petang Ahad tu kami pun cari rumahnya berpandukan alamat yang pernah diberinya sebelum ini. Melilau jugalah pusing-pusing nak cari kawasan tu, nasib baik jumpa. Sesudah bertanya khabar berbasa-basi, kami pun beritahu hal sebenar. Tuan rumah nampak cool aje. Menurut mereka, dalam minggu ni mereka akan settlekan hal tersebut. Memang mereka kena jelaskan amount yang tertunggak tu minggu ni, kalau tidak hari Khamis nanti memang kami tak dapat masuk rumahlah jawabnya Handphone tu sebenarnya dah rosak pasal anak-anak mereka jatuhkan, patutlah tak dapat bila kami call. Tuan rumah menjamu kami dengan jus tembikai dengan kuey teow goreng sebelum kami blah. Tapi aku kena call Zachary juga, in-case ada sesuatu yang tidak di duga. Kita mesti ada back-up plan.

Monday, April 21, 2003

...dan demi pintuku buka, di hadapanku seorang wanita...

Masa aku tengah tengok Each Other semalam, tiba-tiba terdengar pintu depan di ketuk. Ingatkan salah dengar. Entah-entah pintu rumah orang lain kot. Tapi ketukan masih kedengaran bertalu-talu. “Siapa pula yang datang maghrib-maghrib ni,“ getus hati kecilku. Tak kan salesman datang jual barang waktu-waktu macam ni. Mungkin orang tabligh datang nak ajak kami solat berjemaah di surau? Dalam tertanya-tanya macam tu, pintu pun ku buka. Ada seorang perempuan dewasa berdiri di muka pintu sambil tersipu-sipu bertanyaku, “Sini ada bilik kosong tak?” Hah, bila masa pulak aku ada iklankan bilik kosong ni? Terus aku jawab tak ada. Perempuan yang mukanya ala Indonesia tu nampak macam kecewa sikit. “Tak ada?” dia bertanya lagi mungkin tak berapa jelas atau mungkin dia expect aku akan tukar jawapanku menjadi, ada. “Tak ada,” aku menjawab sambil menggelengkan kepala sambil tersenyum polite. Aku rasa perempuan tu main gamble aje ketuk-ketuk pintu rumah orang tanya pasal bilik kosong. Patutnya carilah kat 7-Eleven atau beli Malay Mail ke. Tapi aku tak sempat nak suggest macam tu pasal aku tak terfikir pula masa tu. Lagipun kan dah maghrib, tak manis pula aku bersembang depan pintu macam tu dengan perempuan. Dah lah aku tak solat berjemaah di surau.

Thursday, April 17, 2003

Game of War

Seseorang telah forward e-mail tentang perkembangan terbaru di Iraq. Ya, aku pun dah “lupa“ nak berkongsi pendapat tentang perang ini apatah lagi sejak banyak tersiar foto-foto rakyat Iraq yang bersuka-ria, cium tangan tentera dan galak menyamun. Semua nampak happy berpesta seolah-olah mereka telah menang sesuatu di sini. Menang? Perang seharusnya ada kalah dan menang bukan. Dan nampaknya mereka telah menang dalam perang menentang pencerobohan oleh tentera Amerika, Britain dan sesiapa saja yang bersekutu itu. Wait the minute? Kalau mereka menang kenapa pula Saddam tidak lagi berkuasa? Macam mana tentera-tentera barat itu masih boleh berkeliaran? Mengapa mereka tumbangkan patung Saddam (aku tak tahu pula yang ada patung Saddam – besar pulak tu – ikut saiz Saddam agaknya) yang gagah berdiri itu? Bukankah mereka selama ini menentang tentera barat yang menceroboh? Kalau begitu, Iraq kalahlah ya? Kalau kalah kenapa happy? Kenapa cium tangan? Kita semua di sini bukan main lagi buat solat hajat, berdoa, berhimpun secara aman dan bersedekah untuk rakyat Iraq yang diperangi oleh tentera penceroboh. Kita semua tidak rela melihat mereka di bom, di tembak lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak dan wanita. Tapi sekarang keadaan menjadi pelik dan keliru. Kini yang banyak terpapar ialah imej-imej ceria (termasuklah unsur-unsur keganasan masih ada) yang keluar seolah-olah apa yang berlaku sebelum ini hanyalah penggambaran filem yang yang di tokok dengan kesan khas CGI dan stuntmen. Someone please clear up the air.

Well, confuse no more bila aku baca e-mail di bawah. Tapi aku tak pasti pula kenapa Saddam menindas kaum Kurdish dulu. Itu kena rujuk buku sejarah Iraq. Apa pun aku menentang sebarang penindasan atau penganiyaan terhadap sesama manusia. Aku juga cuba buka website COMES tapi gagal diperolehi. Apa benda COMES ni pun aku tak tahu.

Subject: Fwd: Perkembangan Terakhir Perang Iraq; Cerita Dari dalam



> 14/42003 - Seorang wartawan COMES Malaysia telah mengadakan temuramah
> dengan salah seorang rakyat Iraq dari Basra yang kini menetap di PJ,
> Selangor, berikut adalah hasil daripada temuramah tersebut :-
>
> 1) Mengapakah orang2 Baghdad bersuka ria dan meraikan kedatangan tentera
> bersekutu serta menyamun
>
> Jawapan :-
>
> i- Adakah benar mereka ini orang-orang Baghdad, menurut rakan saya, mereka
> ini merupakan pengikut-pengikut Baqir Hakim, ulama Syiah yang
> bertanggungjawab menyerang tentera-tentera Iraq dan juga pejuang-pejuang
> Iraq dari belakang sewaktu mereka sibuk berperang dengan tentera-tentera
> bersekutu. Kecekalan rakyat Iraq dan tentera-tenteranya telah dapat
> melihatkan kepada kita bagaimana utuhnya mereka mempertahankan Umm Qasr,
> Nasiriyyah, Najaf, Karbala dan malah al-Faw, bandar pelabuhan yang didiami
> hanya oleh ratusan manusia sahaja. Sayangnya bila Baqir Hakim berserta
> orang-orangnya masuk semula ke Iraq setelah dahulunya mereka hidup dalam
> buangan di Iran (bilangan mereka mencapai ratusan ribu) dan juga 'maker'
> yang dilancarkan oleh tentera Badarnya, rakyat Iraq akhirnya ditikam dari
> belakang dan tentera bersekutu masuk dengan mudahnya.
>
> ii- Siapakah mereka ?
>
> Mereka adalah golongan Syiah dari Selatan Iraq yang ditindas sejak sekian
> lama di bawah rejim Saddam seperti kaum Kurdish. Sebuah perkampungan mereka
> pernah dimusnahkan oleh Saddam. Bagi yang lari meninggalkan kampung halaman
> harta benda mereka dirampas Saddam dan dijadikan milik negara. Mereka
> berhijrah beramai-ramai ke Iran. Sebab itulah lewat peperangan Iran-Iraq
> mereka telah menyerah diri kepada Iran dan menetap di sana, dan malah ada
> di antara mereka yg telah mengkhianati tentera-tentera Iraq pada masa
> tersebut.
>
> Mengapa mereka suka dan berpesta ?semua telah terjawab.
>
> Mengapa pula mereka menyamun ?, Jawapannya mudah, mereka mengatakan harta
> benda di Baghdad adalah harta benda mereka yang telah dirampas dulunya oleh
> Saddam. Jadi inilah masa untuk mengambil semula harta benda mereka.
>
> Sejauhmana kebenaran dakwaan ini ?
>
>      1- Kirakan berapa ramai gambar orang yang berpesta meraikan kejatuhan
>      patung-patung Saddam di Baghdad ?, Tidak ramai , sedangkan rakyat Iraq
>      ramai. Kemana perginya mereka ? di Umm Qasr pertempuran masih berlaku,
>      di Tikrit, di Najaf dan di sesetengah-setengah tempat yang lain.
>
>      2- Mengapa hanya di Baghdad dan Kirkuk sahaja yang berlaku samun
>      menyamun, mengapa tidak di bandar-bandar lain, malah di tempat-tempat
>      lain, rakyat hidup seperti biasa. Ini kerana, di Kirkuk majoriti
>      rakyatnya adalah Kurdish yang pernah menerima nasib seperti syiah,
>      jadi mereka mengambil semula apa yang kononnya menjadi milik mereka.
>
> 2) Ke manakah Saddam dan tentera-tenteranya?
>
> Menurut rakan saya yang berbangsa Iraq, beliau telah ditahan oleh
> tentera-tentera AS sejak kejatuhan Baghdad. Itulah sebabnya al-Douri mantan
> wakil Iraq ke PBB, bila ditanya kenapa dia letak jawatan, katanya : "The
> Game is over!" Bila ditanya tentang Saddam, dia kata : "You ask the
> Americans, they know it"?
>
> Tetapi mengapa mereka tidak isytiharkan kemenangan dan menangkap Saddam dan
> masukkan dalam media ?
>
> Jika mereka melakukan demikian, hayat tentera AS di Iraq akan menjadi lebih
> pendek dan mereka akan segera meninggalkan Iraq, tetapi jika mereka
> mendiamkannya mereka akan punya alasan untuk tinggal lebih lama dan
> mengatakan mereka masih lagi memburu Saddam sepertimana mereka membiarkan
> Usamah dan Mullah Umar di Afghanistan menyembunyikan diri agar mereka dapat
> tinggal lama di Afghan.
>
> Apakah helah mereka?, Makin lama mereka berada di sana makin banyak agenda
> mereka yang boleh dilaksanakan dan ianya alasan untuk mencampuri urusan
> dalaman Iraq, dan mereka akan minta 'payback' untuk khidmat mereka yang
> panjang.
>
> 3) Bagaimanakah moral rakyat Iraq sekarang ini
>
> Melalui media dan juga apa yang berlaku, AS dan syaitan-syaitannya inginkan
> agar dunia tidak lagi menyokong Iraq, mereka 'barbarian', jahat,
> 'uncivilized', jadi apa yang kami lakukan mempunyai alasan yang kukuh!
> Mereka mesti diajar, dan hanya Amerika sahaja yang tahu bagaimana berurusan
> dengan mereka.
>
> Dunia yang telah menyaksikan slot-slot filem yang sikit itu pun akan
> berkata : "Betui kata depa no?"
>
> Hatta di kalangan orang Islam sendiri. Malah sudah mula ada orang-orang
> Islam yang mengatakan : "Padan muka depa!"?Betapa berjayanya propaganda
> mereka melalui media.
>
> Namun bagi rakyat Iraq, kata rakan saya, "Kami punya tanah air, kami punya
> negara dan kami punya maruah?Saddam bukannya Iraq, dan Iraq bukannya
> Saddam, dan kami akan teruskan perjuangan?dan AS akan menyesali
> permainannya ini,,,Insya Allah"
>
> Hasil temuramah dengan Maad Mohammad , seorang pensyarah Bahasa Arab di
> pusat Martik UIA semalam, 13/4/2003 di PJ, oleh Wartawan COMES Maszlee
> Malik.


Wednesday, April 16, 2003

Kita Minum Dulu!

Setelah sekian lama menyepi aku pun sms kawan aku Rule yang kat JB tu malam tadi. Entah apa khabar mamat ni. Hari tu Jee ada e-mail aku beritahu yang Rule dah pindah dari Larkin. Sekarang dia duduk kat Pasir Gudang. Dia balas sms aku kata yang dia akan call aku hari ni. Tadi aku baru lepas sembang-sembang dengan dia. Di Pasir Gudang tu dia tinggal serumah dengan seorang kawan masa belajar dulu termasuk ada budak-budak lain yang dia tak kenal. Kali ni memang duduk menyewa dalam rumah yang benar-benar rumah dan bukannya bilik seperti di Larkin. Elok juga dia pindah pasal bilik sewa lama dulu kan penuh dengan pijat-pijat. Memang tak boleh tidur dibuatnya. Rule cakap masa sebelum pindah tu, dia try juga tidur kat bilik budak-budak lain, manalah tahu kot-kot bebas dari jangkitan pepijat ni. Tapi bilik diorang pun sama aje, binatang tu dah merebak ke seluruh rumah tu dah agaknya. Last-last pindah terus, lagi senang. Tapi di rumah Pasir Gudang ni ada masalah lain pula yang berlaku. Housemates kawan dia ni suka minum arak. Kalau aku, aku memang tak selesa nak serumah dengan housemate yang minum-minum ni. Kalau dia nak minum juga, suruh dia berambus dari rumah tu. Tapi menurut Rule, so far dia okey aje duduk situ walaupun dalam fridge sebelah-menyebelah ada carlsberg, ada coke, ada jolly shandy, ada kicap kipas udang dan makanan-makanan. Nanti tak pasal-pasal terminum jolly shandy pulak. Dah lah tin dia cantik. Macam minuman berkarbonat biasa.

Monday, April 14, 2003

Apa yang Aku Buat Last Weekend?

1. Aku tak keluar ke Mydin malah tak keluar ke mana-mana pun last weekend sebab M.A.L.A.S. Nasib baik aku tak keluar sebab petang tu hujan lebat. Dari aku terperangkap dalam hujan di KL baiklah aku tidur-tidur kat rumah.

2. Petang Sabtu kat TV1 ada rancangan Drive! tentang pemotoran. Ada satu kereta futuristic yang praktikal dan mesra alam dibangunkan oleh GM. Kereta ni guna kuasa elektrik. Melihat pada kereta macam ni mengingatkan aku pada salah satu episod dalam siri The Lone Gunmen yang menyiasat tentang misteri kehilangan sebuah kereta yang menggunakan air sebagai bahan api. Ciptaan kereta sebegini memang menjadi ancaman kepada syarikat-syarikat petroleum. Kalau kita cuma perlu ada air atau elektrik saja untuk menghidupkan kereta, siapa yang perlukan minyak lagi?

3. Aku tengok vcd Baran. Ia juga sedang di tayang kat GSC MidValley International Screen dan anda boleh tonton di situ kalau anda kaya atau anda rasa bersalah bersengkongkol dengan lanun pencetak rompak. Setakat ini baru satu filem aku tengok di sana, filem Jepun bertajuk Welcome Back Mr. McDonalds. Filem ni kelakar dan memang berbaloi dengan harga tiketnya RM12. Baran was reviewed in paper The Star last Saturday. Ia mengisahkan bagaimana orang Afghan yang lari dari negara mereka kerana perang ingin meneruskan hidup di tempat orang, maksudnya di Iran. Filem ini secara kasar bertemakan cinta – tapi bukan cinta biasa! Ia lebih sukar dinyatakan, kerana tiada sebarang lafaz sebagai petanda. Sebaliknya hanya gerak-geri, imbas pandang dan kesungguhan yang menjadi kalimah-kalimah cinta. Pergi cepat tengok filem ini kalau anda mengaku suka filem cinta dan apa salahnya anda beralih sekejap dari filem cinta semi-erotik yang selalu di tayangkan di tv atau panggung wayang yang lazim itu.

4. Hari Ahad aku tonton filem Insomnia lakonan tiga pemenang Anugerah Academy – Al Pacino, Hillary Swank dan Robin Williams. Filem ni banyak bergantung pada pemandangan indah kawasan gunung ganang bersalji, tasik yang membiru dan hutan pokok pain di Alaska. Tapi shooting sebenar di buat di Kanada. Kejadian dalam filem ini di gambarkan semasa Alaska mengalami empat bulan matahari menyinar sepanjang tahun. Jadi malam anda tetap terang benderang walaupun jam menunjukkan tengah malam. Al Pacino sebagai pegawai polis dari LA tidak biasa dengan keadaan itu membuatkan dia susah untuk tidur – hence Insomnia. Geddit? Bukan itu saja, malah dia acap terbayang-bayang kejadian dia tertembak (atau sengaja tembak) rakan setugasnya semasa memburu penjenayah di kawasan kabus tebal. Filem ini di angkat dari sebuah filem Norway dengan judul sama yang dihasilkan pada tahun 1997.

Friday, April 11, 2003

Me, Myself and Mydin

Kawan aku tiba-tiba tanya sama ada aku pernah pergi ke Mydin masa kami sedang lunch tadi. Mydin? Ya, pernah juga – empat tahun lepas lebih kurang. Itupun aku tak ingat aku beli apa. Lepas tu aku rasa aku tak pernah singgah lagi ke situ. Atau mungkin aku pernah datang lagi ke Mydin selepas itu cuma aku tak beli apa-apa. Tak ingatlah. Lagipun apa aku nak beli di Mydin? Aku dah lupa pasal tempat membeli-belah yang satu ini. Cuma yang famous tentangnya ialah harga barang-barang jualannya yang memang murah hingga tak masuk akal. Terkini aku dengar yang Mydin sudah mengambil-alih Sinar Kota yang dulunya menjadi tempat Metrojaya. Ia juga banyak cawangan di serata Malaysia. Kawan aku kata dia pun jarang ke sana cuma semalam dia teman kawannya shopping kat situ. Dah agak dah. Nak harapkan dia sendiri yang memang nak shopping kat Mydin – memang tak adanya. Nantilah hujung minggu ini kalau rajin aku kembali menjengah ke Mydin, gedung yang menjimatkan dan tidak berpura-pura.

Happy weekend, you all!


Thursday, April 10, 2003

Swimming with Seniors

Semalam masa menonton filem Swimming with Sharks kat TV2, ada satu scene keluar lagu Sarah McLachlan. Lama tak dengar lagu ni. Aku tunggu sampai closing credit nak tahu tajuk lagu tu – Good Enough nama lagunya. Now, let me see. Dulu aku ada beli kaset Sarah McLachlan yang berjudul Mirrorball, album konsertnya. Masa tu hari-hari aku dengar lagu I Will Remember You dimainkan di radio. Sebelum ini aku cuma tahu lagu Adia dan Angel saja yang popular dari penyanyi berkenaan. Selepas beli album Mirrorball aku suka lagu Good Enough dengan Building a Mystery. Tapi kaset tu kawan aku dah pinjam sampai sekarang tak dikembalikan. Terpaksalah aku humming lagu tu sendiri dengan melodinya pun aku dah ingat-ingat lupa.

Filem Swimming with Sharks ni best juga, tapi aku dah ketinggalan setengah jam pertama sebab aku sibuk nak dengar cd yang aku pinjam dari officemate aku last week. Aku rasa Kevin Spacey ni over actinglah, naik menyampah pulak aku tengok. Orang kata kalau seseorang pelakon tu berjaya membuat penonton menyampah atau meluat dengan wataknya, bermakna lakonannya berkesanlah tu. Kevin berlakon sebagai Buddy seorang boss yang cerewet, moody dan bermulut lancang. Ending filem tu ada sedikit twist which is viewer should had expect. Maybe Dawn terbunuh semasa ingin menyelamatkan Buddy dari di tembak oleh Guy. Apabila Buddy terselamat, lain pula cerita yang keluar dari mereka berdua. Kononnya Dawn telah menjadi psycho dan menjadikan Buddy sebagai tebusan manakala Guy datang tepat pada masanya untuk menyelamatkan Buddy. Padahal peristiwa sebenar yang berlaku adalah sebaliknya. Kesudahannya Guy kekal menjadi personal assistant kepada Buddy yang banyak songeh tu. Walaupun Buddy pada zahirnya jahat tapi dia tidak dakwa pulak Guy yang telah menjadikannya sebagai tebusan dan menyeksanya. Aku rasa mungkin dia tak puas lagi torture budak Guy ni. Kalau Guy dah merengkuk dalam penjara nanti, macam mana dia nak dera budak tu lagi. Dalam satu scene ada diceritakan bahawa Buddy bersikap sebagai boss yang brutal dan tidak bertimbang-rasa kepada Guy kerana dulu pun dia bekerja di bawah boss yang kejam juga. Jadi apabila dia pula yang menjadi boss, dia pula yang bersikap mean, meaner dan meanest pda orang bawahannya. Tidak mustahil kalau Guy pula yang jadi boss suatu hari nanti, dia menjadi boss yang zalim juga. Kalau macam tu, sampai Kiamatlah dok berbalas-balas macam tu. Macam kes raging kat asrama jugalah. Tahun ni senior raging kita, tahun depan kita pula raging junior. Begitulah pusingan hidup.

Tuesday, April 08, 2003

Kau Kunci Tercicir Dalam Bas Itu

My housemate, Iwan tercicir kunci rumah semalam. Dia ada perasan somebody belakang dia panggil-panggil dia sambil tunjuk-tunjuk kunci. Dia ingatkan tu bukan kunci dia. Dia ingat yang kunci itu masih tersimpan di dalam beg. Tapi malangnya kunci itu sudah tidak lagi berada di dalam beg. Mungkin kuncinya ada pada orang yang belakang tadi. Orang yang tunjuk-tunjukkan kunci itu sambil lambai-lambai padanya. Iwan rasa dia seakan-akan terdengar suara orang itu berteriak, “Kunci awak ni oii!“ “Kunci awak jatuh ni!“. Tapi sebab dia yakin itu bukan kuncinya maka dia tidak berpatah balik pada orang itu untuk proses pengecaman kunci. Dia terus berjalan menonong meninggalkan kawasan itu. “Macam mana aku nak cam itu kunci aku, aku tak nampak key-chain gajah kat kunci tu, orang tu cuma tunjuk kunci aje,“ beritahu Iwan. Jadi kalau ada sesiapa yang terambil atau tersimpan atau ternampak key-chain gajah bersekali dengan selonggok kunci, sudi-sudikanlah contact diri ini. Lain kali kalau anda ada perasan seseorang tercicir kunci dan anda ingin menyerahkannya kembali, jangan main jerit-jerit dari jauh saja. Cepat-cepat lari ke arah orang berkenaan. Atau kalau anda masih juga nak menjerit-menjerit, pastikan anda tunjukkan bahagian key-chainnya pada orang itu. Baru senang dia nak cam. Itupun kalau kunci tu ada key-chain. Errr.. aku pun kena letak key-chain jugaklah. Bukanlah aku mengharap yang kunci aku pula yang tercicir lepas ni.

Monday, April 07, 2003

Six Feet Poster

Aku suka dapat surat. Tak kisahlah surat apa-apa pun asalkan surat. Surat layang ke, surat cinta ke, hate mail ke, apa-apa ajer. The REAL letter I tell’ya. Surat yang posmen hantar dan di isi dalam post box. Kalau e-mail tu lain cerita. Last Sunday I’m a bit happy sebab dapat surat. Sampul suratnya besar dan bila aku buka dalam tu ada poster dan buku nota Six Feet Under! Kalau anda biasa tengok promotional picture untuk siri tv Six Feet Under yang ada tangan memegang gincu menghala ke arah bibir pucat dengan segaris warna merah di tengah bibir – itulah gambar pada poster dan buku nota yang aku terima. Thanks to the kind people at Galaxie and HBO. Poster tu dah ada kesan-kesan lipatan, aku tak fikir yang aku akan gantung poster sebegini. Bukan sebab ia ada bekas kesan di lipat-lipat itu tapi takut-takut ianya menyinggung ketenteraman ahli-ahli kat rumah aku ni...hehhe... Six Feet Under in case ada di kalangan anda yang tidak pernah mendengar tentang siri tv ini ialah berkenaan satu keluarga yang menjalankan perniagaan pengebumian. Mungkin ada yang terfikir apa salahnya aku gantung saja poster tu. Sekurang-kurangnya boleh membuatkan aku berfikir tentang kematian?! No, thank you. Lebih baik aku perbanyakkan ibadah saja, solat dan mengaji – ada ciri-ciri Islamik. Lagipun aku rasa cukuplah dengan poster Spider-Man dalam bilik aku tu. Banyak-banyak sangat poster nanti menyemak pulak. Kalau ada yang tengok siri Each Other kat TV3 pukul 7 semalam, tentu perasan poster Spider-Man dalam apartment Jason (lakonan Jien) tu. Macam tu lah posternya, cuma saiznya kecil sikit. Sebelum ni aku gantung poster Blair Witch Project. My friend bila nampak poster Blair Witch tu siap tanya, ”Kau tak rasa creepy ke tengok poster tu?”. Creepy? Ermm.. mula-mula tu ada juga rasa seram-seram sejuk sikit, tak tahu kenapa – padahal itu cuma sekeping poster yang kaku dan tidak berkuasa. Mungkin sebab dulu aku dah set in my mind yang Blair Witch sepatutnya menjadi seram dan apa saja merchandise Blair Witch sepatutnya menakutkan aku. Lama-lama fenomena Blair Witch menjadi surut dan poster itu menjadi klise.

Thursday, April 03, 2003

Sex and the cd

Petang semalam after office hour keluar minum teh tarik dengan officemate. Makan roti canai yang sudah sejuk. Sepatutnya aku suruh mamak tu hangatkan dulu atau buat yang lain. Tapi roti canai yang keras dan sejuk tu habis juga aku pulun, cicah dengan kuah dhal. Aku pinjam cd dari officemate aku bertajuk R&B Love Song sebab ada lagu “All Cried Out” nyanyian kumpulan Allure dengan 112. Dah lama aku tak dengar lagu ni, kumpulan Allure ni entah ada lagi entah tidak sekarang. Lagu-lagu lain yang ada dalam cd tu kebanyakannya boyband dan penyanyi-penyanyi yang kejap ada, kejap tak ada.. Sebelum balik singgah kedai magazine beli FHM cover Kim Cattrall. Aku memang jarang beli FHM – last sekali aku beli yang cover Patricia Velazquez (pelakon The Mummy Return). Itu pun sebab masa tu ada percuma cd promo Bee Gees. Tapi cd free tu cuma untuk FHM yang di beli di MPH MidValley saja. Ruangan pertama yang biasa aku baca ialah surat dari pembaca. Dalam mana-mana majalah pun mesti aku cari ruangan ni dulu. Mungkin kita lebih teringin hendak tahu apa yang pembaca di luar sana ingin cadangkan atau idea yang mereka rasa bernas untuk majalah itu terbitkan. Satu cadangan yang popular sering pembaca ajukan ialah meletakkan so and so idola mereka sebagai cover atau gandingkan so with so dalam majalah itu. Dalam FHM April tu pun ada pembaca yang utarakan cadangan begini, seorang pembaca ni minta FHM ambil Jessica Alba sebagai cover mereka in future. Aku kalau di beri peluang untuk menggandingkan siapa sebagai cover, aku akan pilih siapa lagi kalau bukan orang paling sensasi at this current moment, Bush dan Saddam. Tak tahulah FHM terima ke tidak idea suci ini ….. hehe

Sampai di rumah aku pasang cd tersebut. Tapi yang peliknya lagu-lagu dalam cd tu tak fully version. Belum sempat lagu pertama habis lama-lama ia faded dan terus bersambung lagu ke-dua. There’s no gap between first song and second song. But I can’t complaint much because it was loaned and it’s a pirated cd that I talked about. What do I expect? A clear and crisp sound recorded cd? Sebab aku malas nak turun makan, aku goreng keropok lekor yang Rule bawa hari tu. Keropok tu dah hampir seminggu dalam fridge, rasa pun dah tak fresh. Tiba-tiba Ap sms ajak aku turun makan sebab he’s on the way home. Aku tak ikut dia pasal I had some laundry to do. Aku juga belek-belek FHM tadi. Kim Cattrall in case ada yang tidak menonton Sex and the City ialah well ... salah seorang pelakon siri Sex and the City. Beliau juga memegang watak sebagai ibu kepada Britney Spears dalam filem Crossroads. Berdasarkan interviu dalam majalah itu, jawapan-jawapan yang Kim Cattrall berikan kebanyakannya berhati-hati dan sopan. Ada sesetengah soalan yang bunyinya provocative terutama yang berbau sex, tapi beliau jawab tanpa elemen horny atau ghairah. Tetapi ada juga soalan-soalan pelik yang penulis tu tanya Ms Cattrall antaranya, bagaimanakah cara Kim Cattrall memotong rumput di laman rumahnya dan apakah memorinya ketika mengayuh unicycle semasa kecil dahulu? Huh… apa jenis soalan macam ni? Mungkin bukan memotong rumput di laman tapi memotong ”rumput“ lain? Agaknyalah. But then again, it’s FHM after all. What do I expect?

P/s : Ada satu episod dalam Sex and the City menceritakan pasal memotong “rumput” ni. Memang kelakar. Lightning does sometimes strike twice… hehe… You got to watch it yourself to find out what I mean.

Wednesday, April 02, 2003

A Bug's Life

Petang Ahad aku sampai dari Johor Bahru dalam pukul 7.40 malam. Penat. Itulah kali ke dua dalam masa tiga bulan aku pergi ke JB. Kali pertama dulu masa cuti Lunar New Year. JB agak sibuk pada hari Sabtu dengan ramai anak-anak muda yang nampak macam umur budak sekolah melepak di shopping complex.

Sesampai saja di JB terus ke City Square jumpa dengan Jee. Masa ni memang ramai betul orang, tambahan pulak kat ruang legar tu diadakan pameran PC sempena PC Fair. Serabut dengan orang yang berkelintar, kami ke Komtar untuk makan-makan di Garden Caf̩. Sedap betul mee Hong Kong yang aku order, Jee makan kuay teow hailam Рaku rasa sikit, sedap jugak. Rule makan nasi goreng ayam kunyit Рdia kata tak berapa sedap. Tak habis pun makan.

Kemudian kami pergi cari rumah yang Rule nak sewa di area Larkin. Sebenarnya bukan rumah tapi bilik. Rumah landlord kat bahagian depan, manakala di belakang di buat beberapa bilik untuk disewakan. Ada tiga bilik air. Kita boleh pilih sama ada nak sewa saja atau sewa bersekali dengan makan. Macam hostel pulak.

Dalam bilik tu ada tv, boleh tengok siaran TCS. Kami tonton channel 5 yang tengah siarkan Malcolm in the Middle, then bersambung pula tengok The Simpsons. Dah lama aku tak tengok kartun ni – dulu masa TV3 siar aku memang tak lepaskan peluang tengok The Simpsons. Lepas tu beralih tengok channel Suria, masa tu sedang siarkan dokumentari alih suara tentang pelancongan di Vietnam maybe Kemboja entah. Pukul 8 di Suria ada berita – sama juga macam kat stesyen tv di Malaysia yang semuanya menyogok berita pukul 8. Tengok berita kejap sebelum pergi mandi.

Malam tu lepas hantar Jee balik rumah dia aku dan Rule makan- makan kat gerai berdekatan dengan Extra. Nasi goreng ikan masin dia boleh tahanlah. Seperti biasa kalau gerai-gerai tom yam macam ni kalau tak orang Kelantan, mesti orang Melayu Siam yang mengedalikannya. Masa nak balik ke rumah di Larkin tu tak jumpa cari jalan.

Sesat. Dua-tiga kali pusing-pusing sampai entah ke mana-mana. Masa sesat tu nampak Dataran Bandaraya, Bangunan RTM Johor, Saujana, Kelab Golf di Raja Johor sampai ke macam-macam tempat boleh jumpa. Lebih kurang sejam dok tawaf mencari jalan pulang, akhirnya sampai juga.

Sampai di bilik terus buka channel 5 yang tengah siarkan gusti WWE. channel Suria siarkan Juara Lagu 18 yang di ambil dari TV3. Manakala channel I siarkan apa entah…… Rule pula tiba saja di bilik terus bentang toto kat lantai dan tidur. Aku landing atas katil, tengok tv sambil baca majalah.

Masa tengah sedap baring-baring tu, tiba-tiba badan aku rasa gatal-gatal. Gatal sangat. Kat kaki, belakang, tangan. Apasal ni? Kemudian aku check tilam tu.

Alamak, rupa-rupanya ada banyak serangga-serangga penghisap darah menghuni kat tilam tu! Aku tak tahu apa nama binatang tu – pepijat kot? Bentuknya macam kutu tapi saiznya besar sikit dari kutu. Kalau kita picit badan pepijat ni, keluarlah darah yang dihisapnya tadi.

Jadi tugas aku malam tu ialah meneliti setiap inci tilam untuk menghapuskan serangga penghisap darah tersebut. Aku memang teliti betul-betul di segenap sudut tilam untuk membunuh makhluk halus itu. Kalau kena gigit dengan pepijat ni, memang tak boleh tidur dibuatnya. Sakit dan gatal.

Lama jugalah operasi membunuh pepijat ni berlangsung. Lebih kurang pukul 1 lebih tu, aku tutup lampu dan cuba tidur. Tak sampai lima minit aku dah tergaru-garu, rasa gatal-gatal dah menyerang balik. Mula-mula aku fikir – tahan sajalah, lama-lama nanti mesti aku kebah punya dengan gigitan serangga ni. Aku terus buat-buat tidur. Tapi memang tak boleh tidur. Aku asyik tergaru sana, tergaru sini. Aii... makin menjadi-jadi pulak binatang pepijat ni menyerang aku.

Setengah jam kemudian aku surrender. Aku on lampu dan on tv. Aku check balik tilam. Memang ada banyak lagi pepijat atas tilam tu. Tak boleh jadi ni. So, aku sambung balik operasi membunuh all those irritating bugs. Di samping tu aku tetap tengok tv yang terpasang. Masa tu channel I ada siaran Straits Times TV News.

Siaran berita Singapura lebih menumpukan wabak SARS yang sedang menular sekarang ni. Ada juga berita perang di Iraq dan ada berita pasal demonstrasi Aman di KL. Sebab aku masih was-was nak tidur di katil tu, aku teruskan tengok tv yang penuh dengan cerita-cerita sitkom. Mula-mula aku tengok Spin City, Taxi (siri komedi 80-an) dan Show Me the Funny. Dalam pukul 4 pagi baru aku tidur. Itu pun masih terasa lagi gatal-gatal. Ahh...gasaklah.

1 April 2003

Dah masuk bulan April. Semalam aku dah beli 3 vcd, hari ni masa lunch hour aku beli 3 lagi vcd. Semalam aku beli Swimfan (Jesse Bradford, Shiri Appleby), About Schmidt (Jack Nicholson) dan Sweet Home Alabama (Reese Witherspoon).

Hari ni aku beli Trapped (Kevin Bacon, Charlize Theron), The Guru (Heather Graham) dan filem Iran bertajuk Baran. Baran tu diterjemahkan sebagai Rain. Aku ingatkan panas Baran. Rupa-rupanya Hujan…hehhehe… Setakat ni baru ada dua filem Iran kat rumah, Children of Heaven dan Colours of Paradise.

Filem Colours of Paradise tu sedih juga jalan ceritanya. Aku gila beli vcd tu pun pasal dia jual RM10 untuk tiga keeping, gambar clear pulak tu. Biasa yang aku nampak kalau RM10 tiga keeping ni vcd jenis yang ada subtitle Cina dengan Melayu yang gambar pun jenis tak clear, kelabu asap - maklumlah copy dari panggung wayang. Siap boleh nampak baying-bayang penonton. Bunyi penonton gelak pun kita boleh dengar. Yang subtitle Melayu tu pula tonggang langgang, baik tak payah ada subtitle.

Latest filem yang aku tengok vcdnya jenis sebegini ialah Tears of the Sun (Bruce Willis). Sebab jalan ceritanya menarik tentang perang sivil di Afrika dan bagaimana askar-askar Amerika (as usual) ingin menyelamatkan beberapa tebusan. Menariknya dalam filem ni ada Monica Belucci yang filemnya sebelum ni yang aku tengok ialah Malena.

Malena memang filem yang cemerlang dari segala segi, jalan cerita, teknik fotografi dan soundtrack. Monica berlakon sebagai perempuan berhati walang yang secara diam-diam diminati oleh seorang budak lelaki pra-akil baligh. Filem ni turut mendapat beberapa pencalonan oscar.

Tapi tidak semestinya kalau cover sesuatu vcd itu tidak terdapat note subtitles Chinese/Malay, gambarnya akan clear. Contohnya vcd The Majestic (Jim Carrey) yang aku beli dulu, memang teruk gambarnya, blur dan siap senget-senget lagi tu! Tak tahulah, mungkin lanun yang sedang copy filem tu tertidur kat panggung agaknya, langsung tak sedar yang digicam tu dah terbalik. Sampai sekarang aku tak tengok-tengok The Majestic.