Sunday, July 31, 2005

Half Day Saturday - Revisited

Bulan Julai berakhir. Tahun ini bulan Julai adalah yang paling menggembirakan buat pekerja di jabatan kerajaan kerana mereka diisytiharkan bekerja untuk lima hari sahaja. Setelah hanya mendapat cuti Sabtu untuk minggu pertama dan ketiga saja sebelum ini, sekarang mereka boleh lupakan frasa tersebut. Sabtu adalah masanya untuk cuti sehari penuh yang mutlak. Tak payah kerja lagi.

Ada kena-mengena dengan aku ke kalau mereka bercuti hari Sabtu atau bekerja separuh hari?

Tak ada.

Tapi aku sangat memahami betapa bahagianya jika dapat kerja cuma lima hari saja dalam seminggu. Kalau boleh nak kerja empat hari jer pulak, hari Jumaat pun cuti. Nanti di kata orang di beri betis, hendak peha pula. Walaupun aku bukan kerja gomen, tapi aku pernah juga merasa kerja 5 hari setengah dulu. Mari kita imbas kembali bentuk kerja aku pada separuh hari Sabtu yang pernah ku jalani.

Masuk kerja pukul 9 pagi. (Nama tempat kerja adalah rahsia)

Setiap kali sampai di tempat kerja mesti terdengar siaran radio stesyen Cina. Tak tahulah nama stesyen ni apa sebab tak paham. Tapi amoi ni cuma pasang radio dia hanya pada hari Sabtu saja. Tak tahulah kenapa. Tapi yang peliknya stesyen Cina ni tak banyak lagu-lagu, banyak bercakap jer, cong-ceng-cong-ceng-cong-ceng. Serabut kepala aku dengar.

Apa yang menariknya, radio ni ada segmen drama setiap pagi Sabtu. Kita boleh dengar bermacam-macam intonasi suara didalamnya. Ada bunyi orang marah, merayu, bersembang biasa, menangis hiba dan macam-macamlah. Ada bunyi kereta, loceng pintu, bunyi binatang dan aneka audio lagi untuk menghidupkan opera Cina diorang tu. Lebih kurang macam slot Panggung Drama kat Radio 1 RTM. Sekarang Radio 1 dikenali dengan nama Nasonal fm.

Sambil mendengar siaran radio Cina tersebut, tugas aku ialah membuat stock take. Jadi kena kira jumlah product dalam store company tersebut sama ke tidak dalam akaun keluar masuk. Mudah saja kerjanya. Tapi rumit sikit bila part nak kira botol ubat yang kecil-kecil tu. Tak boleh silap sikit kalau tak habis kena kira semula. Leceh.

Barang paling besar kena kira ialah penapis udara. Ini senang sikit pasal saiznya besar dan ia berisi dalam kotak. Cuma ianya berat tapi faktor untuk tersalah kira tu adalah sifar pasal memang besar gedabak penapis udara ni. Memang mustahil boleh silap.

Tapi kalau ada error di mana-mana, kenalah kami stay-back kat situ nak mengenalpasti apa benda yang tak kena. Biasanya supervisor akan belanja makan rojak mamak kalau kena kerja lebih masa. Selalunya memang jarang terpaksa stay-back hari Sabtu sebab masing-masing ingat nak balik dah. Pasal tu lah kami kira barang-barang tu semua betul-betul dan double check.

Balik kerja 1 tengahari.

Yeahh…! Dah boleh balik. Tapi bukannya balik rumah. Biasanya pergi merambu kat Sunway Pyramid sebab shopping complex terdekat yang paling happening.

Friday, July 29, 2005

Tiada Rahsia Antara (Makanan) Kita

Daripada filem seram kita beralih ke sebuah restoran yang mempunyai nama sama macam tajuk sebuah filem seram. Rahsia. Sebelum kita meninjau macam mana makanan kat sini, kita lihat dulu dekorasi restorannya. Restoran ni memang cantik dan tenang. Sesuai dengan lokasinya di Jalan Damai yang aman damai tu. Sajiannya pula bagaimana? Mari kita kongsi bersama apa yang aku dan kawan-kawan aku nikmati. Gambar makanan tak ada tapi aku cuba sertakan gambar restoran.


Mula-mula kena order minuman. Aku order cocktail “Asmara” yang tidak mengandungi alcohol. Rasanya agak masam tapi masih boleh dihabiskan. Minuman lain macam biasalah ada air buah, teh, kopi dan minuman keras.

Appetizer

Untuk hidangan pertama kami telah memilih sebuah sajian pembuka selera di beri nama Rahsia Spring Rolls. Atau boleh jugak kita panggil popia goreng inti ayam yang di cincang. Cicah dengan sos cili nyonya, memang terangkat. Anda dapat sebatang saja popia ni yang bersaiz lebih besar dari popia kat pasar malam. Lebih baik anda order lagi satu sebab sedap sangat.

Salad and soup kami tak order sebab nak terus makan sajian utama.

Main Course

Kami memesan beberapa hidangan berat seperti Basil on Dory, Seabass Paprika dan Balinese Set. Dua sajian ikan tersebut disertakan dengan mashed potatos yang lembut dan lemak dengan cream sauce yang tidak pernah di rasa sebelum ini. Untuk mengimbangkannya lagi disertakan sayur-sayuran berdaun hijau.

Manakala Balinese Set itu adalah hidangan nasi ala Indonesia yang dilengkapi dengan nasi dua warna, kari ayam, rendang daging, acar dan keropok malinjo. Karinya sedang-sedang saja, tak terlalu pedas dan tidak terlalu bersantan.

Desserts

Sebagai mengakhiri santapan, kami memilih tiga jenis pencuci mulut yang di beri nama seperti Crumble!, Poached Pear dan Fresh Mango. Buah pear tu telah di rebus dan di sira sampai agak lembik dan di makan bersama aiskrim vanila. Manakala buah mangga tu memang yang segar macam tu di makan dengan ais krim vanila juga.

Manakala untuk Crumble! adalah agak kreatif jika anda tidak tahu nak buat apa dengan serdak biskut raya yang masih berbaki dalam tin biskut di rumah. Kumpulkan serdak tersebut dan jadikan ia doh dalam bentuk leper membulat. Kemudian bubuh satu scoop aiskrim vanila di atas. Maka jadilah Crumble!
kredit foto: Rahsia Restaurant

Thursday, July 28, 2005

Six @ 6


Ahhh… filem bertajuk Six di cineplex bernombor 6… betapa bertepatan, betapa cheeky menonton filem superstitious tentang angka 6 di dalam sebuah panggung bernombor 6 juga. Mula-mula aku tak berminat nak tengok cerita ni tapi setelah membaca sinopsisinya macam menarik so aku pun pergilah tengok. Sama macam filem Shutter dulu. Aku tak terfikir nak tengok tapi lepas aku baca sinopsis dia dalam majalah, terus jadi interested. Tapi Shutter memang di luar jangkauan. Ia nampak lebih original dan fresh. Bila menontonnya kita tidak terasa menonton idea yang recycle. Walau ia di anggap menyambung kebangkitan genre seram Asia Timur seperti The Ring atau Ju-On tetapi Shutter semacam berada dalam kelasnya tersendiri. Bagaimana pula dengan Six?

Six bukannya tak seram atau tidak berkaliber seperti Shutter atau Nang Nak tapi macam ada sesuatu yang tak kena di sini. Mungkin sebab storyline yang macam kita pernah lihat sebelum ini. Ia ada persamaan seperti filem The Locals a.k.a Dead People dari New Zealand yang aku tengok tahun lepas. Tapi persamaan tersebut hanya aku sedari setelah filem ni hampir nak habis. Puas aku mengingatkan yang plot sebegini pernah aku tonton dulu tapi tak ingat kat mana. Bezanya The Locals tidak melibatkan unsur superstitious terhadap angka seperti filem Thailand berkenaan.

Susah jugak nak buat filem seram yang asli nampaknya. Walaupun ada persamaan yang tidak dapat di elak tapi Six tetap mempunyai pengaruhnya lebih-lebih lagi apabila kita didedahkan dengan kepercayaan mereka terhadap meramal nasib, ilmu falak, hidup-mati dan spirituil. Menariknya filem ini juga mengetengahkan fenomena “Entity“ perihal mereka yang ghairah memvideokan aktiviti hantu yang kini menjadi kegilaan di nusantara. Bagaimana sekumpulan remaja ada yang taksub dan ada yang skeptic tentang wujudkah hantu di sesuatu tempat dan bolehkah kita melihatnya dengan mata kasar.

Wednesday, July 27, 2005

This Page has been Intentionally Left Typed

I would like to thank Mela of this site for the template that you’re seeing now. Finally after a countless try and error I managed to upload the html code into my blog space. If you curious to know any other layouts that Mela have in store, feel free to visit the site. If you noticed that this template is slightly difference from the original, that was because I’ve altered a bit here and there to personalised it. Of course I keep the link to the owner’s name remained at the bottom as what have been requested.

My writing in English is okey, I guess. Easy to follow, right? It supposed to have a banner with the picture of typewriter on top of this blog like attachment below. But I don’t know why suddenly it disappearead. Maybe I mess up the code. It seems that I have to choose another photo to make this weblog look captivating and lively. Without picture it look dull and unattractive, don’t you think? Now, excuse me I want to end this entry because I’d enough of glance through the dictionary.


credit photo www.diaphaneity.com

Thursday, July 21, 2005

Bulu

Rasanya kita dah boleh terima perkataan bulu ini termasuk dalam perbualan harian tanpa tersinggung atau tersipu-sipu. Tapi kalau ada pemikiran terpesong yang ingat bulu “lain” tu, tak dapeklah nak tolong. Perkara ni pun bukannya lucah sebab ia termasuk dalam matapelajaran biologi. Kenapa pula tiba-tiba timbul minat nak cakap pasal bulu-bulu ini?

Senario 1.

Dalam rancangan Globe Trekker yang aku tengok dua hari lepas, pengacara Ian Wright pergi berwisata ke negara Ethiopia atau Habsyah di Afrika. Salah satu tempat yang dilawatinya ialah penempatan suku kaum Mursi. Kaum ini terkenal sebagai puak yang ganas dan sukar didekati oleh orang luar kerana sejarah dan fahaman mereka. Sebagai simbolik keganasan tadi, mereka telah mengecat ke seluruh badan mereka lakaran-lakaran yang berjalur warna putih sampai muka pun di kaler sekali. Nampak macam brutal.


Ian pun turut sporting nak cat badan jugak. Sebelum itu bulu-bulu di badan kena di cukur dahulu supaya cat senang lekat. Tapi warna apa yang hendak di guna supaya imej ganas itu jelas pada tubuh Ian yang putih melepak? Warna hitam, of course. Tapi cat tu tak nampak hitam sangat sebaliknya bercampur kelabu seakan selut. Ok, kaum ini dikatakan garang dan ganas, tapi apa halnya dengan seorang pemuda kaum Mursi tu menyelit dua kuntum bunga kemboja pulak kat kepala dia? Garang tetapi ayu sekaligus?

Senario 2

Housemate aku suka datang bilik aku untuk cukur misai jambang dia. Masa tu bilik aku ada cermin besar. Senang agaknya dia nak menilik muka sambil membuat cukuran rapi. Habis bersepah sisa-sisa bulu atas lantai. Angin aku di buatnya. Bukannya tahu nak lapik dengan suratkhabar ke supaya bulu-bulu tersebut tak berselerak merata-rata. Last-last aku letak cermin tu kat luar.

Itulah sebabnya bilik aku tak ada cermin sekarang. Masa ada housemate lama dulu dah kena sound sekali. Sebab dulu dia suka bercukur dalam bilik housemate lama. Ingatkan dah insaf, tapi dia buat jugak. Dia ingat orang suka sangat ke tengok bulu-bulu misai, janggut dia tu memenuhi setiap inci bilik. Dah jadi macam kedai gunting pulak.

Senario 3

Aku sedang menghirup sup kambing yang baru saja ku beli dari mamak yang jual sup guna kereta sorong tu. Tengah sedap-sedap melantak, tiba-tiba kawan aku tegur,

“Kau beli kat mana sup tu?”

“Kat mamak yang jual depan tu,“

Dia diam sekejap, kemudian menyambung.

“Kau berselera makan sup mamak yer? Kalau aku …. err… tidak ler. Aku bayangkan bulu-bulu mamak tu masuk dalam kuah sup..... lepas tu kita makan pulak.“

Bulu-bulu mamak?

Iyyerrrkkk! Lepas tu aku stop makan sup mamak. Lama jugaklah aku bersara dari menikmati sup kambing atau ayam buatan mereka. Geli-geleman bila aku teringatkan apa yang kawan aku cakapkan tu. Cuma sekarang ni saja yang aku dah start makan balik. Dah tak geli kot?

Senario 4

Masih dengan cerita makan. Aku dengan officemate tengah makan kat kedai mamak di Wisma Central. Dia order mee goreng dan aku makan nasi lemak. Dah habis mee goreng sepinggan tiba-tiba dia bersuara,

“Alamak aku lupa aku ada beli karipap pagi tadi,“

“Pagi tadi punya? Kau tak makan ke?“

“Aku makan sikit, ada lebih lagi dua“.

“Karipap apa? ......... err... karipap bulu?[1] Aku bertanya nada berseloroh.

“Karipap bulu *tooooot*” dia mencarut.

Kahkahkahkah…. Kami ketawa..

Notakaki:
[1] Pernyataan ini dikeluarkan oleh Ekin tatkala di tanya Aznil semasa sessi borak-borak sebelum Ekin memulakan persembahannya pada konsert AF minggu ke 5. Aznil meminta Ekin memperkenalkan ahli-ahli Currypuff Girl yang kononnya dianggotai oleh pelajar-pelajar perempuan AF3. Setiap ahli kumpulan ada gelaran masing-masing dan bila Aznil tanya apakah nama gelaran Ekin, Karipap Bulu itulah jawapannya. Tapi kita tak dapat melihat aksi Ekin dalam AF3 lagi bila dia telah terkeluar minggu lepas.

Tuesday, July 19, 2005

Novel yang Banyak Perkataan Itu

Novel yang baru saja aku habis baca itu mempunyai idea yang sangat baik. Sehingga aku boleh menvisualkan setiap isi ceritanya itu dalam kepala. Seolah-olah aku sedang menonton filem itu pula. Walaupun agak lambat untuk aku menyelesaikan pembacaan novel itu, tapi aku tetap teruskan itu. Alang-kepalang aku sudah mulakan membaca itu, baiklah aku habiskan saja novel yang seronok itu. Teringin juga hendak tahu nasib itu doktor, ahli sains dan orang kampung itu.

Novel yang aku maksudkan itu ialah ... JIAN. Kepada si pengarangnya, lain kali boleh tak kau kurangkan perkataan “itu” dalam novel kau atau gantikan perkataan “itu” dengan “tersebut” atau “berkenaan”. Barulah nampak sedap sikit untuk di baca. Dah naik bingung aku dibuatnya – banyak sangat perkataan “itu” dalam novel kau itu. Malah, dalams sesetengah ayat tak perlu letak “itu” banyak-banyak pun, contohnya pada ayat di muka surat 215 seperti di bawah;

Dr. Leon memancut spray itu ke arah muka penghidap virus itu. Dia cepat-cepat beredar dari kereta itu. Tiba-tiba beberapa penghidap virus itu mengepung Dr. Leon dan budak perempuan itu.

Disebabkan aku sendiri tidak berapa pandai tatabahasa BM, tapi aku boleh cadangkan untuk contoh petikan di atas kau boleh tulis begini,
Dr. Leon memancut spray itu ke arah muka penghidap virus terbabit. Dia cepat-cepat beredar dari kereta berkenaan. Tiba-tiba beberapa penghidap virus tadi mengepung Dr. Leon dan budak perempuan itu.


Barulah nampak bervariasi sikit perenggan itu kerana ada aneka vocabulary yang di guna. Memandai pulak aku ni…hehe… Lagi satu, kebanyakan dialog yang diucapkan oleh para saintis dan doktor ini bunyinya macam terjemahan dari orang putih bercakap. Cuma dialog orang kampung yang memang menampakkan ciri-ciri dan situasi kekampungan mereka. Tak payahlah aku bagi sinopsis novel ni pulak ye. Bagi sesiapa yang selalu baca blog tontonfilem, tentu tahu novel ni dari genre yang macam mana. Memang sesuai dengan minat dan aspirasi yang di bawa oleh pengarangnya.


Bagi aku isi cerita dan plot-plot dalam novel ni dah cukup baik jika di nilai ini adalah hasil karya sulung. Tapi dah cukup hebat sebab kau tulis ni masa umur 17 tahun. Penulisnya telah berjaya memberi impak dari segi penceritaannya membolehkan pembaca menyelami rentetan peristiwa di dalam. Untuk lebih mengujakan lagi apa kata kau buat pula prequel novel ni? Misalnya apakah peristiwa yang di alami oleh Dr. Fuad and the gang masa terperangkap dalam makmal dalam hutan itu dulu? Bagaimana keadaan Akob sebelum dia dirantai di bawah rumah Tuk Imam Azhar? Nanti dah jadi macam Star Wars pulak buku cerita ni siap ada prequel-prequel semua :D
kredit foto: http://www.dawama.com/images

Monday, July 18, 2005

Fantastic Festival

Semalam kawan aku, Khai ajak menonton filem-filem percuma sempena dengan Festival Film Malaysia kat TGV KLCC. Dia nak tengok Pontianak Menjerit, Sembilu 2005 dan Lady Boss. Filem pertama tu aku setuju nak tengok sekali dengan dia - yang lagi dua tu kau tengok sorang-soranglah, aku nak balik. Tapi bila sampai kat panggung pagi semalam, dah habis tiket free untuk menonton Pontianak Menjerit. Cuma tinggal Sembilu dan Potret Mistik.

Jadi tak dapatlah aku menonton filem tersebut. Namun menurut kawan aku, di GSC MidValley, kalau nak tengok filem percuma ni, tiketnya kena ambil di pejabat Finas di Ulu Klang. Tapi nasib baik untuk tayangan di KLCC, tiketnya hanya perlu di ambil di depan panggung saja. Nasib tak baik pulak, tiketnya dah habis. Ramai betul yang berminat nak tengok filem ini nampaknya. Aku pun minat jugak nak tengok tapi asyik tak berkesempatan saja. Oleh itu kami habiskan masa menonton filem Fantastic 4.

Terus bagi kesimpulannyalah ok? Ini adalah filem superhero yang paling ringan pernah aku tengok berbanding dengan The X-Men, Spider-Man atau Batman. Aku rasa seperti menonton rancangan kartun pagi Sabtu dalam versi manusia pula. Jalan ceritanya adalah straight-forward, kelakar dan ada mesej juga sedikit. Sebab ini adalah filem pertama Fantastic 4 jadi penonton di bawa melihat bagaimana asal-usul empat orang ini boleh menjadi fantastic. Lima orang sebenarnya tapi yang lagi seorang menjadi fantastic versi jahat untuk beraksi sebagai musuh mereka. Julian McMahon jadi jahat saling tak tumpah macam Balthazar dalam siri Charmed.

Kalau anda pernah menonton Scooby-Doo versi filem, begitulah secara kasar gambaran yang dapat diberikan tentang filem Fantastic 4. Aku tidak pernah membaca komiknya jadi tidak dapat menganalisis sejauh mana filem ini memberi keadilan kepada karya asal komik tersebut. Walaupun ini adalah komik pertama yang diterbitkan Marvel tapi ia lambat sangat difilemkan. Sehingga kita sudah tidak hairan dengan “kuasa luar biasa” yang mereka miliki - boleh ghaibkan diri, boleh menganjalkan badan, boleh keluar api dan lain-lain semunya pernah di tonton seperti dalam Hollow Man, The Incredibles, The League of Extraordinary Gentlemen dan beberapa filem lain. Namun Fantastic 4 masih boleh menghiburkan dan tidak akan menyerabutkan kepala anda.

Malam tu tengok Festival Film Malaysia. Aku rasa boleh di puji kelicinan perjalanan majlis sebab semuanya fast dan nampak ada koordinasi. Keputusan yang paling mengejutkan tentulah Zamarul Hisham sebagai best actor. Mungkin it’s about time kita mengiktiraf pelakon lelaki lain pula yang turut memperlihatkan kualiti atau peningkatan tahap lakonan sebagai perangsang atau motivasi untuk pelapis filem akan datang. Rasanya ramai yang tak sangka kerana mungkin karektor Zamarul dalam Di Ambang Misteri tidak begitu kuat berbanding Rosyam Nor yang memerankan tiga watak dalam Gangster. Ironinya Erra Fazira diiktiraf pula sebagai yang terbaik bagi kategori wanita dengan memegang tiga watak berbeza dalam Hingga Hujung Nyawa.

Aku berpuas hati dengan kemenangan lagu “Warkah Buatmu Laila“ sebagai lagu tema terbaik dan Radhi Khalid sebagai pelakon pembantu lelaki terbaik. Dalam entry sebelum ini aku dapat rumuskan bahawa itulah two strong points untuk memaksa penonton supaya melekat depan skrin untuk mengikuti Qaisy dan Laila sampai habis. Akhirnya ia terbalas apabila dua elemen tersebut dianugerahkan oleh para juri festival dengan trofi. Belanjawan Puteri Gunung Ledang seakan terbazir apabila ia tidak diiktiraf di negara sendiri. Tahniah untuk Yasmin Ahmad di atas kemenangan Sepet sebagai yang terbaik. Kita tunggu Gubra lepas ni.

Monday, July 11, 2005

Sabra & Shatila, Qaisy & Laila

Tatkala kita bersimpati dengan mangsa-mangsa pengeboman di London sampai kita terlupa dengan nasib penduduk di Iraq, Palestine dan Afghanistan yang saban hari di bom dan di bunuh tanpa dipedulikan oleh masyarakat antarabangsa. Nyawa manusia di mana-mana pun memang berharga walau di ceruk mana saja mereka berada. Sama ada ia terletak di perut bumi stesyen keretapi underground atau kawasan underground padang pasir. Tiada siapa dapat menafikan hak seseorang manusia untuk hidup bebas dari ketakutan terhadap bom atau letupan.

Secara tidak sengaja aku telah terbuka Majalah 3 Sabtu lepas. Tentu anda dah boleh agak rancangan apa sebenarnya yang aku tonton yang membuatkan aku accidently tertengok Majalah 3. Jika sebelum ini kita terlalu diasak dengan angka atau tarikh 11 September, maka kali ini kita perlu setkan minda kita bahawa angka 14 – 19 September adalah paling relevan dengan kita umat Islam sejagat. Pada detik itulah kemuncak kebobrokan rejim zionis melancarkan serangan ke atas kem pelarian Palestine di Shatila dan kawasan berhampirannya Sabra yang mengakibatkan 3,500 nyawa terkorban.

Apabila melihat sendiri rintihan Ummu Ali yang ditemuramah oleh pengacara Norzie tentang anaknya yang di sembelih di depan matanya sendiri membuatkan hatiku sungguh tersayat. Langsung aku turut berkongsi doa dengan ibu malang itu supaya Sharon yang binatang turut ditimpa nasib yang sama seperti mana anak-anak Ummu dahulu. Memerhati kesan-kesan bangunan yang berlubang akibat peluru dan hitam berjelaga kesan belerang sungguh surreal. Kita tidak dapat bayangkan seksaan mental yang terpaksa dihadapi pelarian itu semua hari-hari terpaksa menatap monument tragik yang masih kukuh berdiri.

Aku tak tahu pun itu adalah bahagian kedua dari siri peninjauan Majalah 3 mengimbas kembali 23 tahun tragedi berdarah Sabra Shatila yang dalam masa yang sama bersaing dengan konsert mingguan AF. Itulah juga nasib yang menimpa filem Qaisy dan Laila yang bersaing dengan War of the Worlds apabila kutipan filem Melayu tersebut sangat menyedihkan. Masa aku tengok pun tak sampai sepuluh orang dalam panggung. Padahal bukanlah berat sangat subjek yang di bawa filem ini malah senang difahami oleh semua. Tak payah berfikir dengan kritikal pun.

Kita patut appreciate usaha Habsah Hassan yang sanggup melakukan menggambaran di lokasi yang tidak glamor seperti Pakistan dengan birokrasi yang bukan kepalang. Tema yang di angkat oleh filem ini amat berkait rapat dengan survival umat Islam secara khususnya di saat kita di label sebagai terrorist. Lakonan Jehan Miskin sebagai pemuda Afghan boleh di terima akal manakala Radhi Khalid sangat cemerlang dalam filem ini. Dialog yang sangat berkesan ialah apabila Qaisy menempelak yang seluruh dunia akan bising apabila seorang Amerika terkorban sedangkan setiap hari tidak terkira orang Afghan terbunuh tetapi dunia tidak berkata apa-apa.

Filem ini tidak seratus-peratus sempurna. Tetapi usaha murni dan tema yang terkandung didalamnya adalah sangat sempurna di mataku. Aku suka dengan lagu runut bunyi bertajuk “Warkah Untuk Laila” yang dinyanyikan oleh Zahid Baharuddin begitu membuai syahdu. Jika ada keajaiban, kita suruh Mawi nyanyi lagu ini untuk konsert mingguan AF nanti. Manalah tahu nanti ramai yang terpesona dengan lagu tersebut maka berduyun-duyunlah orang ke panggung untuk menonton filemnya pula.


Kredit foto: http://www.qaisylaila.com

Thursday, July 07, 2005

7 haribulan 7

Di manakah anda ketika letupan berlaku?

Di Kuala Lumpur, Malaysia, di office tengah buat kerja – kalau ikut waktu kita pada masa itu yang dianggarkan pengeboman terjadi lebih kurang pukul 4 petang.

Bilakah anda mendapat tahu mengenainya?

Masa aku tengah tengok kartun Garfield and Friends kat TV1 bila secara tiba-tiba siaran kartun yang kelakar tu dihentikan tak semena-mena untuk memberi laluan kepada berita gempar. Aku dah suspek masa tu mesti ada perkhabaran tak baik berlaku. Tragedi apa agaknya kali ini?

Apa yang anda terlintas di fikiran anda pada masa tersebut?

Terus aku teringat tarikh apa hari ni. 7 haribulan 7! Serious! Cantik tu.... err maksud aku tarikh macam tu senang terpahat dalam memori. Tapi peristiwa ngeri macam ni akan terus menjadi parut yang sedih untuk mangsa dan mereka yang terlibat.

Selain itu, apa lagi yang anda fikirkan?

Aku juga teringatkan pasal filem The Interpreter yang ada scene bas diletupkan oleh suicide bomber tu. Sebijik. Tapi itu filem, lainlah. So sad it really could happen in real life.

Anda rasa siapa yang akan dipersalahkan?

Al – Qaeda. Walaupun aku memang tak nak kejadian keganasan ini dikaitkan dengan nama Islam tapi pihak Barat akan terus menghukum kumpulan ini.

Suspek lain yang anda syaki?

Ala.... ni mesti ada mana-mana hamlau dari Paris atau Madrid atau New York atau Moscow yang jealous London dapat jadi tuan rumah Olimpik 2012 ni. Punyalah kronik tak dapat terima kenyataan sampai sanggup bom tempat orang..hehhe... Tapi mana diorang tahu yang London akan dapat title tu – siap dah pasang bom awal-awal?

Ok, serius, pada pendapat anda mengapa agaknya kejadian sebegini boleh terjadi?

Lagi mahu tanya. Semua orang tahu tentang penglibatan Britain dalam perang di Iraq. Kalau betul militant Islam yang punya angkara pastilah mereka mahu “mengajar” Britain supaya jangan terus kacau daun di Iraq.

Kesimpulannya?

Peace people….peace!

Monday, July 04, 2005

Rumah Maut


Keseraman yang di bawa oleh filem ini mengalir sampai ke panggung. Mungkin effect dari pendingin hawa yang sejuk banget. Filem horror seharusnya seram sejuk kan? Aku dah lupa macam mana versi asal filem ni yang tak silapnya aku tengok tatkala ia disiarkan di kaca tv tahun-tahun 80-an dulu. Macam mana nak tengok kalau masa tu aku lebih banyak menutup muka dengan tapak tangan. Takut woi.... Tapi bentuk exterior rumah ini memang aku ingat sangat sampai sekarang. Ianya menjadi mercu untuk Amityville Horror kerana tanpa rumah yang dimaksudkan, filem ini tidak akan sempurna.

Kalau kita ingat balik memang banyak filem yang agenda hantunya berpaksi di rumah seperti The Grudge, Thirteen Ghost, The Haunting, Rosemary’s Baby dan bermacam-macam lagi. Rumah memang selalu di pilih sebagai props yang berkesan untuk memomokkan penonton kerana kita semua duduk dalam rumah. Jadi feel untuk merasa seram dan kecut perut tu akan lebih cepat di tangkap kerana persekitaran yang sudah biasa. Kalau lokasinya di motel atau hospital gila tentulah payah sikit penonton yang menyelami unsur keseraman tersebut pasal situasi yang tidak ada sangkut-paut dengan kebanyakan dari kita.

Mujurlah filem ini tidak mengikut formula hantu Jepun atau Korea yang suka benar guna perempuan rambut panjang (eh, budak perempuan tu panjang sikit rambut dia) dan merangkak atau berjalan atau mengesot perlahan-lahan ke arah subjek Sebaliknya ia mengguna old school punya horror yang menunjukkan rupa hantu secara close-up dan menjelma secara tiba-tiba dilatari dengan bunyi effect. Cheap thrill? Bolehlah dikatakan macam tu tapi jantung penonton tersentak juga dan gelisah di tempat duduk. Masa anak lelaki mereka yang kecil itu nak mengemih di waktu malam dan pintu bilik air dibiarkan terbuka, adegan yang memang suspen.

Trivia menarik dari Amityville Horror ialah dua pelakon utamanya Ryan Reynolds dan Melissa George adalah berasal dari rancangan televisyen. Masing-masing dari siri komedi Two Guys and a Girl dan siri penyiasatan Alias. Mungkin penerbit tidak fikir untuk menggunakan pelakon yang lebih terkenal kerana ini adalah remake berdasarkan kisah benar yang masih diingati kerana kejahatan jenayahnya. Lagipun siapa yang memerlukan bintang terkenal jika rumah itu sendiri sudah merupakan “bintang” untuk menarik orang ramai menonton filem ini.

Terima kasih kepada majalah Hype! di atas token menonton The Amityville Horror di GSC Times Square.