Sunday, October 31, 2004

Buffet Breaking Fast

Sekian lama asyik berbuka puasa di rumah jer (rumah sendiri dan rumah kawan-kawan) jadi hari Jumaat lepas tibalah masa untuk berbuka di luar pula. Lebih tepat lagi kami berbuka di PJ Hilton. Majlis di buat kecil-kecilan saja dengan beberapa teman sepejabat. Syukurlah aku dah beransur sihat jadi boleh makan banyak dan berselera. Jadi tak rugilah datang berbuka secara buffet dan bayar mahal.

Sesampai sana dalam pukul 6, punyalah ramai orang sedang berpusu-pusu di ruang restoran Paya Serai. Nak bergerak pun tak selesa sebab disesaki dengan meja dan kerusi menjadikan tempat yang tak berapa luas tu agak sempit. Tanpa membuang masa terus mengambil hidangan yang tersaji bersama-sama dengan pengunjung hotel yang lain.

Sebelum makan kenalah tunggu masuk waktu mahghrib dulu kan. Rupa-rupanya siap ada orang azan dalam tu. Mulakan berbuka puasa dengan kurma sebiji. Sedap betul kurma dia, tebal isinya dan lembut. Lepas tu makan sayur dan buah – tembikai, dragon fruit dan belimbing. First time rasa buah dragon fruit tu, ada biji-biji hitam kecil macam buah kiwi cuma warna dia putih lemak. Tak kan nak melantak sayur dengan buah jer kan. Aku ni bukannya vegetarian.

Aku pun ambik sekali ikan dengan ayam. Ikan tu style fillet di goreng dan ayam di potong kecil-kecil masak apa entah. Makanan yang paling aku gemari di sana ialah bubur lambuk. Makan bubur lambuk di sini aku teringat yang macam jiran aku di kampong dulu pun buat style bubur lambuk macam ni. Ada perisa lada hitam yang pedas cuma kat sini tak ada diletakkan daun-daun ulam sekali. Yang ada hanya lobak merah.

Lepas solat maghrib, sambung balik acara makan-makan. Aku ambik sate, nasi himpit, daging panggang, roti jala dan kuah kari. Kemudian rasa macam dah tak larat dah. Jadi kita rest kejap sambil minum sirap, kuih-muih dan teh tarik. Ada seorang model iklan yang turut berbuka puasa di hotel tersebut masa tu, tapi aku tak tahu nama dia siapa. Ada officemate aku cakap, itu Zizan. Tapi bukan dialah rasanya. Tak silap aku dia ni berlakon iklan Maxis dan Cadbury yang scene dia terjatuh dari hammock masa nak ambil coklat tu.

Acara makan-makan itu aku akhiri dengan makan dessert ais krim dan apam balik mini. Punyalah lama nak tunggu kat kaunter tukang masak membakar apam balik. Tapi worth it la sebab sedap dan tak terlalu manis walaupun aku tengok banyak jugak gula pasir yang di campur dekat pastry apam tu. Kenyang sungguh rasanya. Tapi setiap hidangan aku ambil sikit-sikit jer, lebih kurang macam untuk buat merasa. Cuma bubur lambok jer aku ambik banyak.

Tak bolehlah setiap satu sajian tu nak melantak sampai kenyang – nanti tak muat pulak perut nak isi makanan lain. Ada pula tetamu yang hisap cerut lepas tu. Tak tahan bau asap cerut tu menerawang ke segenap sudut. Jadi lepas dah puas makan dan borak-borak kami pun beransur. Aku ingatkan dah tak boleh makan lepas tu sebab dah terlampau kenyang. Tapi dalam pukul 1 pagi tu aku ikut housemate aku makan roti canai kat restoran berhampiran rumah. Tu kira macam sahur lah tu.

Wednesday, October 27, 2004

$\|_ _%0`/\/^.blogsot.com

Officemate aku (dikenali sebagai Ika) tiba-tiba mention perkataan “Blogspot” dekat aku. Adakah I’ve been discovered? Adakah sesiapa di pejabat ini telah membaca online jurnal ini? Masanya untuk panik, no?

“Blogspot apa?” aku buat-buat tak tahu

“Nama website tu $\|_ _%0`/\/^.blogsot.com,” officemate aku menjelaskan

Alhamdulillah, lega rasanya. Aku ingatkan dia nak nak sebut nama blog aku ni. Kalau tak terpaksalah aku menipu di bulan puasa ni mengatakan aku tak tahu apa-apa pasal tu. Aku rasa dia mungkin tak kan tahu pasal setakat ni aku tak ada lagi menulis apa-apa aktiviti yang melibatkan kami berdua di alam diari cyber nih. Jadi tak adalah sebarang alasan atau bukti untuk mengukuhkannya.

Kemudian dia suruh aku surf blog berkenaan di atas sesuatu sebab yang tidak dapat aku nak kongsi bersama kalian. Bila aku layari laman blog yang dimaksudkan, menarik juga sampai kepada archive sekali aku bukak. Nasib baik baru start tahun ni jadi archive yang ada cuma beberapa bulan saja – sekejap jer nak habiskan menelaah arkib-arkib tu semua.

Isi kandungannya – tak payahlah aku beritahu apa dia, si pengarang blog ni tak banyak bercerita kisah-kisah peribadi tapi ada banyak juga gambar dalam tu. Salah satu gambar yang tertera ialah seseorang yang ku kenali.

“Eh, ni bukan N ke?” aku bertanya

“A’aah… N lah tu,”

“Patutlah macam familiar jer,”

“Akulah yang ambik gambar tu masa kitorang duduk kat tangga,”

Tapi aku dengan N ni memang tak pernah bertegur sapa. Lagi pun dia bukan satu department dan kitorang kalau saling ternampak, senyum pun tidak, apatah lagi nak say hi, hi, bye, bye. Tak kisahlah, agaknya kalau berpeluang bercakap dengan N tentu aku boleh mention pasal aku nampak gambar dia kat internet.

Tentu dia tanya pulak – kat website mana you jumpa gambar tu?

Terpaksalah aku cakap nama address $\|_ _%0`/\/^.blogsot.com.

Macam mana you boleh jumpa website tu?

Alamak! Terpaksalah aku cakap yang Ika yang introduce to me!

Alamak!Alamak! Macam mana nak buat ni?! Dahlah Ika kata jangan bagitahu sesiapa. Nampaknya terpaksalah aku diamkan jer hasrat nak berborak dengan N. ataupun, boleh nak beramah-tamah dengan N tapi jangan cakap pasal ternampak gambar dia kat website tu. Aku tanya pasal benda lain lah seperti makan apa untuk berbuka nanti? Dah beli baju raya ke? Banyak buat kuih tahun ni? Kampung kat mana? Banyak dapat kad raya? dan seumpamanya.

Sebab apa Ika tak bagi aku bagi tahu N yang dia telah memperkenalkan website tersebut pada orang lain? Ahh… sebabnya N banyak mengumpat pasal tuan punya website tu. Tak pasal-pasal kurang markah puasa sebab mengumpat - perut jer puasa, mulut tak puasa. Kalau korang ingat yang Ika bawak mulut pasal N, silap yer. Gambar N hanya tumpang menempel kat website tu tapi dia bukan orang yang tukang create blogspot berkenaan.

Adakah aku perlu panik sekarang sebab ada officemate aku yang telah discovered pasal online jurnal bergelar blogspot ini? Tahu-tahu sajalah benda ni berangkai-rangkai, masing-masing ada link ke sana-sini. Tak pasal-pasal si Ika tu boleh tersampai pulak ke halaman ini setelah menjelajah ke segenap ceruk diari. Tentu dia boleh agak siapa gerangannnya ini kerana dia sorang jer boleh faham apa benda yang aku tengah menceceh sekarang. Lari…..!!

Sunday, October 24, 2004

Tembikai Demam

Sakit tekak dan batuk-batuk semakin berkurangan. Kadang-kadang terasa macam nak demam juga. Walaupun tak sihat tapi aku masih mampu berpuasa. Nak makan pun rasa tak begitu berselera juga, lebih baiklah puasa. Nanti tak perlu nak ganti. Alhamdulillah dengan cuaca yang redup nyaman selesa menyenangkan untuk menghadapi hari siang tanpa makanan. Cuma tekak ini yang pedih perit, perlu lebihkan minum air kosong waktu berbuka nanti.

Okey, aku pernah berbuka sebab tak sihat – demam masa aku darjah 6 dulu. Demamnya taklah seteruk mana tapi lebih kepada malas nak berpuasa hari tu. Hari tu juga aku tak ke sekolah walaupun sakitnya tak seberapa. Malas nak pergi sekolah + dengan malas nak puasa = duduk melepak kat rumah. Mak bapak aku tak ada masa tu sebab diorang keluar ada urusan masing-masing.

Zaman aku sekolah dulu walaupun seseorang tak sihat, tak ada pulak mereka kena pergi klinik atau hospital ambil MC dan tunjukkan pada cikgu keesokan harinya. Kalau cikgu kelas tanya cakap jer demam – senang cerita. Mungkin aku bernasib baik dapat cikgu yang tak cerewet, jadi tak perlu tunjuk sijil sakit. Tapi memang kalau aku tak datang sekolah sebab sakit, aku memang betul-betul sakit, demam atau pening kepala, bukannya aku sengaja menyakitkan diri alasan malas ke sekolah. Aku tak tipu bab tu – sakit teruk tak teruk tu belakang kira…hehe…

Sebelum kita terbukak puasa, kita kena make sure dulu ada tak makanan dalam fridge yang masih berbaki. Yalah, tak kan nak terbukak puasa dengan sengaja mengorek hidung kan? Tak berbaloi langsung. Jadi masa aku periksa isi kandungan fridge tu aku ternampak sepotong tembikai yang berwarna merah merona kelihatan sejuk dan segar menanti masa untuk di ngap. Bertitisan air liur keluar kerana penangan tembikai yang kelihatan sungguh menyelerakan.

Masa tu lebih kurang pukul 11 pagi dan tak ada sesiapa pun kat rumah. Apa lagi aku pun slurp..! slurp…! melantak tembikai yang begitu menggoda itu dengan sepenuh nafsu. Lagi pun sesuailah aku makan tembikai masa ni sebab banyak vitamin jadi cepatlah demam aku kebah. Cuma apa yang aku rasa pelik terasa ada sesuatu yang kureng di sini. Isi tembikai yang di kunyah tidak terasa nikmat. Macam ada yang tidak lengkap dengan buah itu. Mungkin sebab aku demam kot sebab tu apa yang aku makan tidak begitu berperisa.

Rugi pulak rasanya satu hari puasa terkorban kerana tidak tahan untuk melahap tembikai. Padahal mulut aku ni kalau tak sihat bukannya dia boleh menikmati makanan yang di sumbat didalamnya. Tapi disebabkan consider aku masih kecik lagi masa tu jadi tak adalah nak dikesalkan sangat. Cuba sekarang ni dah tua bangka macam ni tak dapat nak melawan rasa sakit sikit terus nak berbuka, yang tu kira boleh angkut naik van jabatan agama lah jawabnya.

Bila parents aku balik rumah petang tu aku cakaplah kat diorang yang aku dah terbuka puasa. Aku tak ada nak senyap buat-buat bodoh pulak – nanti diorang find out siapa makan tembikai tu, aku jugak yang kena pasal aku seorang jer yang ada kat rumah masa tu. Diorang cuma cakap nanti jangan lupa ganti pulak. Ganti puasa ya…. bukan ganti buah tembikai tu… hehe… tembikai tu tak payah gantilah.

Friday, October 15, 2004

Masih Cerita Weekend

Lepas balik dari MAHA punya ekspo Sabtu lepas aku rasa penat sangat, nak duduk rehat jer kat rumah lepas tu kalau boleh. Hari Ahad tak nak keluar dah. Tapi aku kena keluar juga hari Ahad tu (Oktober 3, 2004) kerana dah buat appointment dengan kawan aku nak tengok wayang.

Pagi tu awal-awal lagi dah keluar sebab aku nak breakfast di KLCC. Makan roti canai kat food court jer, murah dan mengenyangkan. Sesambil tu main sms dengan kawan aku pasal dia estimate akan sampai sedikit lewat ekoran balik lambat dari kerja. Kalau aku tahu yang dia mungkin terlambat tadi baik kansel jer. Aku pun tengah tak begitu bersemangat nih.

Dia terlambat pasal ada kerja kat office sampai pukul 3.30 pagi. Sampai rumah jer dah pukul 4 pagi. Then tidur kejap lepas tu kena keluar balik pasal kitorang dah janji nak tengok wayang. Tapi sebab dia tak kisah nak keluar jugak, aku okey jer. Kalau tak jadi pun tak apa, boleh aku balik rumah sambung tidur. Lagipun filem yang kami nak tengok ni bukannya genre kegemaranku.

Kami tengok filem The Princess Diaries 2 – Royal Engagement. Masa filem pertamanya dulu aku cuma tengok vcd jer. Untuk menyedapkan hati aku rasa aku “patut tahu” apakah yang berlaku pada Puteri Mia seterusnya. Ceritanya jenis feel-good movie, yang serba-serbinya indah dan banyak membuai perasaan. Penonton pagi tu pun ramai terdiri dari budak-budak perempuan dan remaja yang berusia manis. Pada pendapat aku filem pertamanya adalah lebih exciting dengan jalan cerita lebih kuat dari sekuelnya ini.

Selesai menonton kami lunch di Asian Flavours. Lepas tu dia nak singgah ke jalan TAR tapi aku tak dapat ikut sebab penat sesangat – aku nak balik dah masa tu. Lagi pun aku takut dah sampai sana nanti aku tershopping pulak, maklumlah nak masuk bulan puasa lah katakan. Baju raya belum beli lagi ni. Tapi sebelum balik tu sempat lagi masuk Avenue K yang kat seberang KLCC tu. Bahagian yang bersambung dengan stesyen lrt tu rupa-rupanya telah ada satu dua kedai di buka. Ada kedai muzik, butik, kedai Secret Recipe dan lain-lain. Bertambahlah pilihan untuk shopping dan bersantai apabila Avenue K di buka sepenuhnya nanti.

Sampai di rumah lega sangat rasanya, aku tidur sampai pukul 6. Gila punya mengantuk. Bangun, mandi dan barulah terasa fresh. Lepas maghrib aku bersiap-siap nak keluar makan dengan housemates kat Bukit Bintang. We decide to have dinner at Fish & Co dekat Lot 10. Antara hidangan yang kami order ialah Seafood Platter, Salmon Grilled dan Chilli Crab ala Portugis. Memang sedap makanan kat sini, berbaloi dengan wang anda.

Tuesday, October 12, 2004

Sky Captain and the World of Agriculture

Sabtu lepas aku sungguh gila sekali sampai aku telah merayau di tiga buah shopping kompleks. Merayau jer, bukan beli apa-apa pun. Aku pergi Sungai Wang Plaza, Times Square dan Mines Shopping Fair. Alang-alang dah sampai Mines tu aku pergi pameran di gelar MAHA 2004.

Tapi sebelum aku bercakap pasal Maha, aku ceritakan pasal filem Sky Captain and the World of Tomorrow yang aku tonton di kompleks Mines tu. Perbezaan ketara filem ini dibandingkan dengan filem-filem lain yang dikeluarkan sekarang ialah teknik penggambarannya. Seolah-olah ia dari jenis filem lama yang baru menemui kamera warna jadi ia hanya dapat menyerap warna yang terhad.

Bukan sekadar kaler yang terbatas itu menjadi daya tarikan Sky Captain tetapi dari segi cara lakonan watak-wataknya seperti Jude Law, Gwyneth Paltrow, Angelina Jolie dan Giovanni Ribisi juga sampai terbawa-bawa dengan cara pelakon zaman dulu berlakon. Please refer to the filem-filem klasik untuk mendapatkan lebih kepastian tentang statement ini. Dari segi jalan ceritanya setakat okey saja – kisah pilot yang ingin menyelamatkan dunia dari seorang saintis lunatic.

Daripada World of Tomorrow kita beralih kepada World of Maha pulak. Bagi yang tak tahu Maha ialah ianya berkaitan dengan pertanian. Kat sni kita boleh jumpa beberapa inovasi dalam dunia pertanian di Malaysia seperti jus herba (apa ntah – lupa nak take note), ikan air tawar yang di buat fillet (nama ikan, sorry lupalah), ice blended guna kopi kampung, keropok lekor yang besar sikit dari saiz guli – buat snek makan sambil jenjalan dan banyak lagilah.

Itu baru pasal makanan, sebab aku banyak menjenguk kawasan makan-makan ni jer. Tapi lepas habis ekspo Maha ni aku tak pasti lak kat mana para potential customer ni boleh mendapatkan atau boleh beli lagi benda-benda yang diorang pamerkan tu. Agaknya kena tunggu ada pengedar atau orang perseorangan yang sanggup jadi pembekal atau franchiser barang-barang tu semua.

Bagi mereka yang suka menternak ada pelbagai haiwan yang bleh di pilih seperti lembu, burung unta, arnab, kambing dan macam-macam lagi. Kuda pun ada tapi lebih sebagai bahan untuk buat show – tak tahulah kalau ada pihak yang berkenan nak ternak kuda-kuda tu. Tapi kat kawasan haiwan-haiwan ni baunya agak kureng sikit, maklum jer lah. Makanan binatang ternakan pun ada di jual. Diorang pun perlukan lauk-pauk yang berkhasiat jugak.

Selain haiwan, tumbuh-tumbuhan pun ada di jual. Tapi aku tak begitu meneliti sangat kerana dah lewat petang. Banyak pokok dan herba yang kalau kita berminat nak tanam, memang berbaloi lah beli – murah kot. Buah-buahan tempatan adalah yang paling mendapat tumpuan pengunjung sebab ramai memborong langsat, duku dan sebagainya. Buah-buah lain aku tak perasan sebab paling banyak ialah buah langsat. Penuh dengan buah langsat jer.

Sebelum balik aku kena beli something untuk makan-makan. Aku masuk ke khemah besar yang memuatkan beberapa gerai makanan. Aku pilih untuk tapau nasi minyak lauk gulai kawah. Sedapnya, bukan selalu jumpa lauk macam ni kat KL. Selain tu aku beli air tebu yang dibotolkan style mineral water.

Friday, October 08, 2004

Penjual dan Perantis

Bila difikirkan balik aku banyak membazir membeli dvd dan baju. Beli banyak-banyak tapi bukannya tengok pun. Begitu juga dengan baju, beli banyak-banyak tapi pakai sekali dua jer. Lepas tu simpan dalam gerobok buat kenangan. Tak tahulah sejak bila habit ni mula melanda diri ini. Aku rasa sejak aku duduk KL ni lah.

Terfikir jugak nak dermakan baju yang masih elok ke charity atau yang buruk-buruk tu buang saja dalam tong sampah. Cuma kadang-kadang timbul rasa sayang pulak. Mungkin dvd atau vcd yang bertimbun tu tak beranilah aku nak jual balik sebab banyak yang pirate, takut pulak kena serbu oleh skuad 999 nanti – menjual barangan cetak rompak.

Sebenarnya aku banyak kali terfikir nak jual baju-baju lama tu. (Malu pulak nak cakap). Tapi rasanya kuantiti untuk di jual tu yang belum cukup. Aku kena tambah dengan baju-baju housemate aku sekali. Baru nampak berbaloi kalau aku nak sewa tapak di flea market atau pasar malam ke jual benda-benda ngok-ngek macam ni.

Bak kata Donald Trump kepada pelatih-pelatih dalam The Apprentice untuk menjadi usahawan yang berjaya kenalah mulakan dengan menjual jus lemon dulu. Sanggupkah aku menjual jus lemon di tepi jalan atau dalam kes ni ialah menjual baju lama? Entahlah. Aku memang lemah skill dalam memujuk atau mempromote sesuatu barang. Biasanya aku akan mengambil prinsip – Nak beli, beli – tak nak beli, boleh berambus!

Tapi kalau aku jadi pelatih dalam siri The Apprentice tu tak bolehlah nak pakai prinsip membunuh macam tu. Memang sah kena fired dengan Encik Trump tu nanti. Begitu juga masa aku ambil subjek Selling kat ITM dulu kena buat praktikal sessi menjual produk. Terpaksalah aku berusaha keras untuk meyakinkan budak-budak ITM tu supaya membeli barang yang kami jual. Kami jual toiletries yang memang pun menjadi basic necessities semua orang, kacang jer nak jual.

Kami ingat senanglah nak jual toiletries tu rupanya payah jugak. Maybe sebab brand dia mahal sikit jadi students tu semua terpaksa fikir dua tiga kali sebelum keluarkan duit mereka. Letih jugaklah nak promosikan barang-barang tu semua, nasib baik banyak jugak yang laku. Jadi dapatlah markah yang tinggi sikit. Tapi aku mengaku yang menjadi jurujual memang perlukan semangat yang tinggi dan kena banyak bersabar. Satu lagi jangan malu nak menjual barang ni.

Alamak, tak boleh malu ke? Habis macam mana aku nak bukak gerai baju nanti? Dahlah aku ni pemalu orangnya. Masa praktikal dulu bolehlah aku hapuskan kejap rasa malu tersebut demi mendapat markah yang bagus – kali ni apa yang boleh motivate kan aku supaya aku tak malu? Untung yang banyak of course. Aku ni baru dalam initial plan jer ni, tak tahulah jadi jual ke tak.

The Apprentice disiarkan di TV3 setiap Ahad pukul 10.30 malam.

Thursday, October 07, 2004

Oink-Oink

Kisah 1

Tadi masa aku tengah berjalan di Sungai Wang, aku terpapas dengan seorang artis cantik di pintu lif. Sempatlah terdengar perbualan dia dengan kawan-kawan dia masa tu. Oh, dia tengah bercakap pasal binatang oink-oink rupanya. Tak senonoh pulak dengar perempuan cantik macam dia tu bercakap pasal benda tu. Kuat pulak suara minah ni. Dulu artis ni taklah berapa lawa tapi sejak dia buat come back dalam dunia hiburan ni bertambah-tambah lawalah pulak.

Sebenarnya itu hak dia nak cakap hal apa sekalipun atau dia nak bergurau guna nama binatang apa sekali pun. Tapi janganlah sound direct di khalayak ramai macam tu. Mulut tu cover lah sikit tambah-tambah kalau nak cakap pasal najis mughallazah ni. Orang yang mendengarnya tentu akan memandang serong dan akan mudah mengandaikan itu ini. Orang popular ni kenalah lebih menjaga tatasusila dan tutur kata supaya orang lain tak mengata.

Mensh: Nasib baik tak popular, jadi tak kisahlah nak cakap apa pun…kihkihkih….

Kisah 2

Sorang kawan bercerita yang bapanya baru menang lucky draw anjuran tempat dia bekerja. Seronoklah menang lucky draw harap-harap dapat hadiah best, barang letrik ke, tiket melancong ke. Tapi bapa dia menang hadiah patung oink-oink dengan patung anjing! Hanjing betullah… Tak sensitif betul company bapak dia ni. Main belasah jer nak taruh hadiah apa.

Walau pun orang Melayu ialah minoriti di tempat kerja tersebut tapi janganlah sampai tergamak mempermainkan agama dan budaya bangsa lain. Patung pulak yang jenis binatang najis pulak tu. Lainlah patung arnab ker, beruang ker – walaupun objek berbentuk benda hidup ni sendiri haram di simpan sebagai hiasan di rumah orang Islam. Tapi perasaan kita pasti tak terhina sangat apabila menerima patung arnab berbanding jika menerima patung oink-oink.

Mensh: Agaknya kita nak buat apa ya kalau dapat patung macam tu? Bagi kat kawan-kawan atau jiran-jiran yang non-muslim boleh kot?

Kisah 3

Kisah ke tiga ni aku rasa semua orang yang membaca Harian Metro minggu lepas pasti dah tahu pasal gambar di muka depan akhbar ni. Cantik jer terbaring ayam yang dah di sembelih bersebelahan dengan seekor… gulp…! apa tu? Sekali pandang macam oink-oink! Alamak, memang betul oink-oink rupanya!! Macam mana boleh letak sebelah-menyebelah pulak? Begitu liberal sekali nampaknya.

Kalau pihak suratkhabar tak mengetengahkan perkara ni agaknya pihak berwajib masih buat donno jer akan isu tersebut. Padahal kejadian ni berlaku di dalam tempat penguasaan mereka. Mesti diorang tak buat follow-up atau tak buat pemeriksaan secara konsisten sampai peniaga ayam di sana boleh sesuka hati jer di samping menjual ayam, turut berniaga daging non-halal. Ayam tu pun yang asalnya halal boleh jadi non-halal jugak kalau dah sembelih tak ikut syariat.

Mensh: Banyakkan makan sayur jer lah, sayur tak payah kena sembelih.

Kisah 4

Err… tak der kisah empat pun. Tu jer yang sempat di compile kan buat masa ni berkenaan dengan peristiwa semasa. Tapi mostly banyak melibatkan oink-oink kan? Jangan korang rasa loya sudah – kalau loya cepat tadah mulut tu dengan plastik.

Wednesday, October 06, 2004

Dayang Senandung Kamu

Sabtu lepas aku dan beberapa officemates dan kawan-kawan lain pergi lunch di Planet. (Padahal nak tengok showcase Dayang). Okey, memang tak plan nak makan pun mula-mula sebab kitorang just nak bersenandung dengan Dayang Nurfaizah tapi dah termakan pulak. Kawan aku sorang ni Aida yang bagi idea supaya kami melantak kat sana sebab dia pun belum lunch lagi.

Aku makan pasta seafood yang sedapnya…. rasa macam nak tambah lagi sepinggan. Aida makan sandwich, Brad makan daging dan Azah dengan boyfriend dia pun makan sandwich. Masa ni keadaan dalam PH dah penuh sesak dengan orang ramai yang semuanya nampak macam remaja jer. Kami jer ke yang tua dalam tu? Oh, kemudian nampak Chef Wan pula masuk – yes, ada lagi yang lebih tua dari kami…kahkahkah. Dia datang dengan seorang pemuda yang macam pernah ku tengok mukanya dalam paper. Aku ingatkan pemuda tu kawan anak dia.

Rasa tak selesa nak makan-makan sebab ramai yang berdiri masa tu tengok kami makan. Kalau nak pelawa makan sekali pun tak boleh jugak pasal diorang nak duduk kat mana disebabkan oleh kerusi tak cukup. Tetiba nampak Chef Wan menuju ke arah stage bersalaman dengan Acis yang jadi one of the musicians petang tu. Agaknya dia nak ucapkan congrats dekat Acis pasal Sheila Majid kan baru lepas deliver baby girl. Celebrity lain yang turut hadir beri sokongan ialah Afdlin Shauki, Azlan Abu Hassan, KC Ismail dan adalah lagi yang lain maybe aku tak kenal diorang.

Bila Dayang ingin memulakan persembahan saja semua orang start menjerit. Aku takderlah nak menjerit sama pasal tengah sibuk mengunyah. Seksi baju Dayang hari tu nampak macam fesyen baju dalam. (Aku tak tahu nama fesyen baju tu). Dia pakai dengan skirt yang labuh sikit, tak senteng macam skirt dia masa Anugerah Era dua minggu lepas. Lepas tu dia terus start menyanyi dengan suara yang gemersik dan badan yang meliuk lentuk. Aku fokuskan pada tangannya yang sangat bergaya itu.

Beberapa waktu kemudian terdengar sorak-sorai orang ramai dari arah tangga. Siapa gerangan yang menjadi tumpuan itu? Anuar Zain rupa-rupanya yang tengah enterframe. Sebelum dia dapat sampai ke tempat duduk, dia telah diserbu dulu oleh peminat-peminat yang ghairah ingin bersalaman dengannya. Dayang pula nampaknya boleh meneruskan persembahan macam biasa seolah-olah tidak terganggu sedikit pun oleh bunyi sorakan dan jeritan orang ramai yang macam hilang akal bila nampak Anuar Zain masuk.

Lagu-lagu baru Dayang banyak yang sedap seperti Erti Hidup ciptaan Afdlin yang juga lagu rasmi Khidmat Negara, Dayang Sayang Kamu, Andai Ku Tahu (ciptaan Acis), Kau Pergi Jua (nyanyian asal Adam Ahmad), Coretan Cinta (di cipta Hazami) dan dia juga nyanyikan lagu-lagu lamanya. Tidak ketinggalan dia turut mempelawa Lah dari kumpulan VE berduet bersamanya lagu Aku Rindu Aku Jemu manakala untuk lagu Dayang Sayang Kamu dia berduet dengan Cat ahli kumpulan Ruffedge. Pengunjung ada kedengaran suggest dia berduet dengan Anuar Zain tapi tidak dipenuhi. Mungkin lain kali lah.

Selain lagu sendiri Dayang turut menyanyi beberapa lagu Beyonce secara medley walaupun vocalnya tidak jelas semasa menyanyikannya cuma muzik latar jer kuat. Bila habis persembahan tibalah sessi autopgraph dan sessi ambik gambar. Kami nak keluar cepat-cepat dari PH tak boleh pasal hujan lebat sedang melanda masa tu walaupun langit agak cerah. Kami pun tersekat kejap dan sempatlah tengok Dayang melayan peminatnya yang sedang berasak-asak mintak tandatangan. Overall persembahan petang ni adalah sangat menghiburkan di samping mengenyangkan jugak.

Wednesday, September 29, 2004

Wake Up (See the Fireworks) and Smell the Coffee

Tiba-tiba aku terdengar bunyi bising kanak-kanak bermain di bawah. Lantas aku pun terjaga dari lena Bilik aku cerah, terang benderang. Eh, aku tak tutup lampu ke sebelum tidur tadi, getus fikiranku. Bunyi suara kanak-kanak dan orang ramai masih kedengaran tertangkap di telinga. Alamak, dah pukul berapa ni? Dah siang ker?!!

Aku mencapai handphone di tepi untuk menengok waktu.

Pukul 21.

Pukul 21? Pukul 21.21 tertera pada skrin handphone.

Dah siang ke ni? Aku rasa macam baru jer tidur tadi.

Pukul 21 ni pukul berapa eik? Kalau 15, pukul 3 – 16 pukul 4 – 17 pukul 5 – 18 pukul 6 – 19 pukul 7 – 20 pukul 8 – 21 pukul 9!

Oh, pukul 9, lebih tepat lagi pukul 9.21 rupanya.

Bila masa entah aku terlelap. Aku tengah baca buku tadi selepas maghrib sambil baring-baring terus mataku layu dan zzzzz….. Petua yang mudah untuk cepatkan mengantuk ialah bacalah buku sebelum tidur. Kat bawah flet memang selalu bising, tak kira siang malam. Sentiasa hidup dengan aktiviti sampai orang akan confius, sekarang ni siang ker malam? (kalau kita tak menjenguk keluar)

Aku pun bingkas bangun dan pergi ke sinki untuk mencuci muka. Kemudian aku ambil cerek dan isikan air. Sementara menanti air penuh aku meninjau keluar tingkap jap nak tengok budak-budak mana yang telah mengganggu tidurku tadi. Bising bebenor.

Oh, ada sekumpulan kanak-kanak ribena sedang main basikal, main kejar-kejar di kawasan lapang di bawah. Bila aku mengalih pandangan ke arah bangunan pencakar langit di KL yang cantik cerah disinari cahaya lampu tiba-tiba keluar percikan bunga api!

Aik, ada bunga api? Ada acara apa ni? Malam tahun baru ke ni? Walaupun bunga apinya tidaklah setinggi mana percikan itu, tapi cukup untuk mengindahkan panorama malam. Lebih kurang seminit jugaklah pertunjukkan bunga api tu berlangsung. Aku tengok sekejap sambil masak air. Tempat acara tu diadakan berdekatan dengan Empire Tower atau pun aku rasa mesti kat taman KLCC ni.

Terhibur sekejap melayan bunga api yang dalam skala sederhana saja maraknya tatkala aku masih mamai-mamai penangan tidur di awal malam. Sementara menanti air masak aku pergi mandi dulu. Kemudian selepas mandi aku solat isyak dan tengok tv siri kelakar King of Queen sambil minum Nescafe.

Sitkom ni walaupun tak begitu popular tapi aku memang tak pernah miss setiap minggu. Episod kali ini baru first time aku lihat watak ibu bapa Doug muncul. Kalau tak kita cuma kenal Arthur, bapa si Carrie tu saja. Sesambil bergelak ketawa tu aku menghirup kopi, nasib baik tak tersedak.

Lepas tu dah susah aku nak tidur balik. Nak sambung baca buku tadi pun dah boring. Aku pun tengok dvd bertajuk You Can Count on Me yang aku tengok sikit Sabtu lepas. Tengah menonton tu tiba-tiba rasa sleepy datang dan barulah masa untuk tidur betul-betul. Lain kalilah aku habiskan tengok filem ni.

Tuesday, September 28, 2004

Size Does Matter

Suratkhabar saiz apa yang menjadi pilihan anda? Saiz kompak nampaknya kerana syarikat akhbar kini berlumba-lumba untuk menerbitkan suratkhabar bersaiz tabloid. Mudah di bawa ke mana-mana menurut alasan mereka. Di Lembah Klang New Straits Times boleh didapati dalam versi mini manakala Harian Metro telah ada saingan kerana Utusan pula menerbitkan Kosmo!

Dulu saiz kecil ini di anggap tidak berprestij dan di label sebagai akhbar nyamuk. Bahan berita yang dimuatkan kebanyakannya ialah kisah-kisah aneh dan misteri yang berlaku dalam masyarakat serta tidak ketinggalan gossip politik dan artis. Tidak banyak bahan-bahan membina minda atau intelektual yang di isi. Memang benar ada juga ruangan seperti komentar dan analisis isu semasa, soal-jawab agama, public interest dan lain-lain. Tapi ia hanya menjadi pengisian sekunder.

Kini stigma saiz mini hanya untuk suratkhabar murahan adalah tidak berasas lagi. Media arus perdana juga semakin berlumba-lumba untuk mengecilkan ukuran mereka. Mereka kena mengambil kira citarasa orang muda sekarang yang sukakan perkara compact dan padat sebelum melabur dalam sesuatu. Golongan ini juga yang akan memanjangkan usia perniagaan mereka jika mereka konsisten membeli suratkhabar mini begini.

Masih ingatkah anda akhbar tabloid pertama yang di beli/di baca? Rasanya aku first time baca tabloid ialah Bacaria, tak pun Warta Perdana – ingat-ingat lupa dah. Aku baca kat rumah sepupu yang suka sangat baca suratkhabar jenis ni, berlambak-lambak kat rumah dia. Aku pun tumpang baca jer lah, walaupun aku sendiri tak berapa faham konsep paper macam ni. Kat rumah aku pulak yang ada cuma paper saiz besar.

Masa tu memang aku rasa pelik sikit tengok isi kandungan dia sebab tak ada berita-berita terkini atau isu semasa macam surat khabar besar. Yang ada banyak cerita-cerita masyarakat, kisah-kisah paranormal atau gossip-gosip seperti Dukun Tipu Duit, Budak Terjumpa Polong, AR Badul Bercerai Lagi, Pondok di Bakar Jin, UFO Terbang di Mersing, “Saya Tak Seksi – Noreen Noor” dan begitulah contoh-contoh topik dalam suratkhabar tabloid yang aku baca dulu-dulu.

Aku rasa orang kita memang suka baca berita yang bertajukkan macam tu. Sebab itulah akhbar tabloid ini boleh hidup sampai sekarang. Sampaikan media arus perdana terpaksa mengikut rentak mereka dengan turut menerbitkan suratkhabar saiz tabloid ini. Mungkin kerana stigma masyarakat sendiri yang menganggap semua media mini akan mengeluarkan cerita sebegitu walaupun suratkhabar kompak kini turut dipapari berita bermaklumat semasa. Nampaknya kita terpaksa akur sekarang saiz kecil akan mempunyai masa depan yang lebih besar.

Wednesday, September 22, 2004

Pontianak Lagi

Waktu balik dari office Isnin lepas officemate aku cerita baru-baru ni ada orang nampak pontianak kat Kampung Baru! Oh, tapi sebelum tu kita ucapkan tahniah pada Shuhaimi Baba kerana mendapat anugerah pengarah terbaik untuk filem Pontianak Harum Sundal Malam di Festival Filem Seram di Sepanyol. Nanti kita tunggu sequel dia pulak macam mana, kalau boleh nak lebih seram lagi pasal PHSM tak derlah seram sangat.

Berbalik pada pontianak Kampung Baru, officemate aku citer ada seorang penghuni flat ni yang nak buang sampah kat tong DBKL bawah tu. Masa tu dalam pukul 2 pagi. Oleh sebab tong tu agak tinggi sikit kedudukannya maka dia terpaksa berjengket sambil melambung sampahnya ke dalam. Sejurus saja sampahnya masuk, terus melayang satu lembaga dari dalam tong sampah meluncur laju naik ke atas.

Hamba Allah ni bukan main terperanjat lagi dengan kemunculan makhluk berkenaan secara tiba-tiba. Hilang semangat bila menengoknya. Tapi dia tak dapat describe macam mana rupa-paras lembaga pontianak ni kerana ia dalam sekelip mata berubah-ubah. Tapi yang pastinya pontianak ni tentulah tak harum macam PHSM pasal dok berkubang dalam tong kumbahan. Kita boleh panggil dia PBTS – Pontianak Busuk Tong Sampah.

Officemate aku cerita lagi kalau di bandar-bandar ni memang pontianak akan cari tempat-tempat macam tong sampah tu sebagai habitat mereka manakala kalau di kampong adalah di pinggir hutan dan di hujung desa. Aha! Aku rasa Shuhaimi boleh buat sekuel PHSM ini berkisahkan pontianak di bandaraya pula dengan mengambil lokasi tempat pembuangan sampah macam kat Segambut tu. Pastikan pelakon yang memegang watak pontianak tu nanti tahan dengan bau busuk dan sanggup bergelumang dengan sampah sarap.

Tapi sementara nak menunggu sekuel tu siap, kita tengok dulu filem Pontianak Menjerit arahan Yusof Kelana lakonan Ziana Zain dan Sheila Rusli. Tak tahulah mana satu pontianaknya, Ziana atau Sheila. Aku rasa berdasarkan tajuk filem ni tentulah Ziana Zain sebab ada unsur-unsur menjerit di situ. Bab-bab menjerit ni serahkan pada Ziana, vocal powerlah katakan. Nak tahu sepower mana, tengok jer lah bila ditayangkan nanti. Tahun depan kot pasal tengah busy shooting sekarang.

Monday, September 20, 2004

Seluar Sedalam

Hari ni tak best kat opis pasal seluar aku berbau busuk! Tak best betul bau dia. Kepada mereka-mereka yang berfikir bahawa seluar aku bebau busuk ni pasal aku terduduk atas taik ke atau aku terjatuh dalam tong sampah ke atau (terkincit dalam seluar?! isyhkkk mintak dijauhkan ler…) bukan ye, semua itu bukan. Jauhkan semua itu dari pemikiran anda. Jadi apakah penyebab kepada bau yang kureng enak ini?

Seluar aku terkena hujan! Aku basuh seluar slack aku minggu lepas – padahal dah sedia maklum yang lately kat KL ni every evening mesti pouring rain punya. Tak kisahlah tu sebab kalau housemate aku yang kerja shift tu ada dia boleh tolong angkat. Kebetulan memang hujan pun pada hari aku jemur seluar tu. Bila aku balik rumah jer tengok seluar aku dan beberapa helai pakaian lain masih tersidai di ampai. Housemate aku pulak tak ada, belum balik lagi, dia kerja shift siang kot. Aku pun biarkan jer lah kat situ hopefully esok cuaca cerah sampai ke petang.

Keesokkannya cuaca pun hujan jugak di petang hari. Tapi bila aku balik rumah malam tu tengok-tengok baju dan seluar aku semua telah di angkat. Bila aku cium-cium seluar baju tu untuk mengenalpasti sama ada mereka ada berbau kurang sedap atau tak ternyata yang seluarku ada mengeluarkannya. Terpaksalah aku bilas balik dan jemur semula. Aku jemur sekejap kat luar malam tu untuk memastikan airnya habis menetes dan bila dah lembab sikit aku jemur dalam bilik.

Terbukti jemur seluar lembab dalam bilik (dan baru lepas kena hujan) bukanlah tindakan yang bijak kerna apabila mereka kering akan menimbulkan bau busuk. Hari ni terpaksalah aku redho saja memakai seluar busuk ini di office. Balik rumah karang aku basuhlah balik.

Seluar Membawa Tuah

Pernah dengar atau tidak ada sesetengah orang yang percaya baju atau seluar atau apa-apa pakaian tertentu yang mereka pakai akan mendatangkan tuah? Mungkin jaket atau skirt yang si polan ini kenakan akan memberi tuah bila mereka menghadiri interviu atau proposal mereka di terima client atau mereka tidak di timpa petaka pda hari tersebut. Begitulah prinsip yang pelakon popular Colin Farrell sematkan sebelum dia ingin memulakan sesuatu penggambaran ada sejenis seluar yang akan dipakainya untuk memastikan filem itu box-office. Dia akan memakai seluar dalam yang di beri abangnya yang di dakwa sungguh ong ketika dia sedang bekerja. Tak terfikir pulak spender pun boleh bawak tuah.

Bukan Colin Farrell saja yang berfikir macam tu ada kawan aku sorang pun sama. Tapi bukan spender sebaliknya ialah seluar jeans. Dia akan memakai seluar tersebut ketika ingin keluar bersosial yang membuatkan dia menjadi perhatian ramai. Bila dengar dia cakap macam tu aku …errr…. ntah ler tak tahu nak cakap apa.

Tuesday, September 14, 2004

Busy and Blogg(y?)

Minggu lepas yang aku tak submit entry pasal biasalah ... busy dengan kerja-kerja opis. Aku cuma sempat taip sikit berkenaan filem Puteri Gunung Ledang tapi aku tak habiskan karangan tu. Lepas tu aku delete. Apa lagi yang aku nak kata pasal filem tu? Anda boleh baca mana-mana laman berkaitan atau baca suratkhabar ruangan ulasan filem.

Baru seminggu lebih tak menulis ni aku dah rasa kekok. Malah rasa tak nak menulis terus pun ada jugak. Tapi aku tak nak jadi seperti “ketam yang mengajar anaknya berjalan betul” sebab aku kekadang fed-up bila tengok sesetengah blog/jurnal yang tiba-tiba berbulan-bulan abandon tak semena-mena aku pun turut menjadi seperti mereka. Errk… betul ke peribahasa aku dengan situasi ni? Macam tak betul jer… kihkihkih…. Hantam sajalah.

Last weekend aku pergi majlis orang kahwin. Kawan aku tu pulak tak bawak hadiah – dah lah datang lambat semua tetamu sudah beransur yang tinggal sedara-mara si pengantin saja. Jadi rasa awkward tu tak dapat nak sorok. Makan nasi minyak dengan ayam masak merah dan gulai daging. Sedap dan kenyang pasal memang sengaja pagi tu tak makan heavy masa breakfast sebab nak makan nasi kenduri. Tak dapat bunga telur tapi dapat coklat. Sempat beramah-tamah dengan pengantin dan duduk-duduk sekejap sebelum blah.

Last week jugak siri The O.C. dah habis season 1. Tak tahulah cerita apa yang ganti siri favourite aku ni nanti. Hopefully siri yang tak best pasal tak payahlah aku nak tunggu depan tv. Cerita-cerita macam ni lebih kurang sama temanya macam telenovela dari Amerika Latin atau dari Filipina yang meleret-leret dan beribu-ribu episode tu. Sekali tengok dah ketagih padahal memang tak ada faedahnya untuk cara hidup kita. Jangan sampai budak-budak sekolah atau remaja kita yang menontonnya akan terpengaruh dengan perangai dan gaya hidup mereka seperti bergaul bebas sampai termengandung, derhaka dengan mak bapak, mak bapak yang sporting gilerr, memang tak sesuai lah tu walaupun ramai anak-anak yang wish mak bapak diorang sporting dengan mereka…. Betul tak?

Dalam satu perkara lain, dua tiga minggu lepas aku ada terbaca dalam The Star tulisan seorang pembaca bergelar “Serial Blog Reader” yang mendakwa blogging can hurt. Terutama jika penulis blog tu menyuarakan rasa tak puas hatinya terhadap kawan-kawan atau ahli keluarga, saudara-mara, jiran tetangga, haiwan kesayangan atau sesiapa jua dengan penuh details. Siap mention nama pulak tu. Maknanya ia adalah tidak adil jika pembaca cuma boleh tahu cerita sebelah pihak saja tanpa mengetahu apakah kisah dari pihak satu lagi di sana.

Lepas tu Sabtu lepas ada pulak respond dari pembaca lain tentang surat Serial Blog Reader tersebut dipaparkan. Tapi aku tak sempat nak baca aku cuma baca tang tajuk jer. Ini untuk penulis blog yang menjadikan jurnal mereka seperti diari peribadi. Jadi segala catatan harian, suka duka sedih pilu kritikan kutukan pendapat segala bagai akan diluahkan dalam blog berkenaan seolah-olah buku diari yang di tulis dengan pen dan kemudian di simpan di rak-rak buku. Bezanya blog ni tak boleh di simpan di celah-celah rak buku, ia kena dipublishkan kepada public (atau pun diprivatekan kalau tak mau orang awam membacanya). Kira dah jadi macam public property.

Sendiri punya blog, suka hatilah nak tulis apa kan? Ini atas hati budi masing-masing. Jika penulis blog merasakan ada sesuatu isu atau maklumat yang dirasakan sensitif mungkin dia akan edit atau sensor mana-mana yang mengaibkan tu. Tapi kalau dia tengah marah sangat atau dia rasa there’s no harm to national security if he/she publish the story in the blog maka dapatlah kita baca seperti yang dia akan paparkan nanti. Kalau you tak puas hati kirim e-mail kat dia atau send komen kat guestbook. Barulah pembaca lain dapat different side of the story.

Kalau tak puas hati jugak, create lah satu blog sendiri. Lepas tu counter-attack balik apa yang dia dah tulis. Hah, puas hati. Oleh itu juga kerana blog ni seperti public property maka janganlah melakukan vandalisme terhadapnya. Yay! Siap jugak satu entry untuk minggu ni. Selamat membaca.

Thursday, September 02, 2004

Merdeka di Putrajaya

Seorang lecturer aku masa di ITM dulu menulis beberapa soalan di white board berkenaan personal diri pelajar. Salah satu soalan tersebut berbunyi

“Namakan Tokoh yang Paling Anda Kagumi?”

Aku tengok jawapan kawan aku di sebelah.

Dia jawab Princess Diana!

Huh, Princess Diana – tokoh ker?

Tak pernah terfikir ada gak orang jadikan puteri ni sebagai tokoh.

Jawapan aku pula - Anwar Ibrahim.

Aku memang kagum dengan ketokohan beliau.

Kemerdekaan ke-47 yang bermakna dengan pembebasan ini. Semoga beliau selamat menjalani rawatan yang di Jerman. Dan selamat sejahtera juga untuk menjalani hidup ini sehingga ke akhir hayat.

Nota: No offense kepada sesiapa yang mengangkat Puteri Diana sebagai idola mereka….hehhe….

Wednesday, September 01, 2004

Merdeka di Kampung

Hujung minggu hari merdeka yang lepas aku berada di kampung. Berikut ialah beberapa catatan aku di desa tercinta.

#1 - Masa kat kampong ada dua jenis binatang berbisa masuk dalam bilik air kat rumah aku. Kala jengking dengan lipan. Punyalah besar haiwan-haiwan tu semua, macam mereka baru lepas makan kenyang-kenyang lepas tu keluar merayap. (Tapi kedua-dua haiwan tidak ditemui pada hari yang sama, nasib baik). Lipan tu saiznya lebih besar dari lipan yang masuk kat dapur rumah flat aku bulan lepas. Nur Malena yang tengah buat show dengan jengking kat Kuantan tu tentu menangis kalau tahu yang binatang kesayangannya ini telah di hempap dengan penyapu. Lagi pun takder siapa nak tangkap menatang tu buat simpan dalam botol pastu contribute kat Malena.

#2 - Malam merdeka aku tak ke mana-mana pun duduk rumah jer layan komik. Aku baca komik Jepun “Detektif Canon” yang dialihbahasa ke BM. Mula-mula payah jugak aku nak paham susun atur komik ni, se perkara lagi dia kena baca dari belakang, macam baca jawi gitu. Ia menceritakan pasal detiktif ni yang asalnya seorang pemuda normal entah macam mana suatu hari dia bertukar jadi budak-budak. Kelakar gak kartun dia. Tapi isi cerita dia macam tak seswai untuk bacaan budak-budak sebab banyak melibatkan adegan bunuh-bunuh dan mebalas dendam. Paling interesting ialah kita akan rasa teruja nak tahu macam mana cara detektif Conan ni nak selesaikan satu-satu kes tu.

Malam merdeka tu juga kawan-kawan aku hantar sms wish happy merdeka. Aku pun main-main balas-balas sms dengan diorang saja nak habiskan kredit.

#3 - Tengah aku membelek buku-buku di rak, ternampaklah satu buku teks sastera form 4. Ia ada beberapa seksyen seperti cerpen, puisi dan drama. Salah satu skrip drama yang termuat dalam buku tu bertajuk “Titik-titik Perjuangan” karya sapa entah, tak ingat. Memang kena pada masanya aku baca drama tersebut kerana hari tu ialah 31 Ogos dan ianya pula bertemakan kemerdekaan. Ia mengambil latar suasana di kampung sebelum dan selepas Tanah Melayu bebas dari penjajah. Antara watak yang menarik dalam drama ini ialah perempuan tua kampung yang main bersetuju ajer dengan apa yang pegawai kerajaan tu cakap. Seolah-olah dia ni mengampu. Sesambil baca skrip tu aku imagine yang jika drama ini dipentaskan pastinya watak perempuan tua tu yang paling kelakar.

#4 - Adik aku ada beli vcd Eternal Sunshine of the Spotless Mind lakonan Jim Carey dan Kate Winslet. Macam mana ntah dia boleh berminat nak beli vcd ni. Tapi gambarnya tak berapa clear lagi. Aku baru fikir nak beli dvdnya tapi sebab dah ada vcd ni layan jer lah – tak payah membazir nak beli dvd dia. Filem tulisan Charlie Kaufman yang aku ada ialah Being John Malkovich (dvd – dah tengok, best!), Human Nature (vcd – belum tengok lagik, ex-housemate aku beli) dan aku pernah tengok kat wayang filem Adaptation. Aku pernah mention pasal ni dalam entry tahun lepas. So far aku suka kedua-dua filem tersebut. Eternal Sunshine ni secara kasarnya menceritakan pasal orang yang ingin erase memori dia. Macam manalah cara nak padamkan memori tu yek? Charlie Kaufman ni memang suka menulis benda yang pelik-pelik.

#5 - Mak aku pula kalau time-time cuti cenggini mesti dia masak nasi himpit dengan kuah kacang. Asal aku balik kampung jer mesti dia masak nasi impit, makanan favourite aku kot? Hari merdeka pun dah macam hari raya.. hehe.. cuma takder ziarah-menziarah jer. Petang tu jiran sebelah bagi laksa - tengok, siap ada bertukar-tukar juadah lagi tu. Laksa jiran sebelah tu aku tak sempat nak makan pasal aku dah tak lalu. Balik kampung asyik makan-makan-makan. Lepas tu tidur-tidur-tidur, tu jer lah kerja aku kat kampung.

Wednesday, August 25, 2004

Rejab, Syaaban ... Lepas tu Puasa.

Minggu lepas aku terima e-mail di bawah berkenaan dengan bulan Rejab dan amalan-amalan di dalamnya. Kemudian pada minggu ni ada e-mail lain pulak yang aku terima seakan memperjelaskan lebih lanjut tentang amalan tersebut. Dah bulan Rejab rupanya kita ….. dah dekat nak puasa balik.

E-Mail 1

Fw: Jgn lupa tahun ni 17 Ogos 2004 = 1 Rejab 1425

KELEBIHAN BULAN REJAB

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya
Allah
muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi
s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan
Ramadhan
bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya,
Sya'aban dengan malam NISFUnya
Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang
menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan
daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari
kiamat.

*Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu
neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu
syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu,
MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan
perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari
kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah
di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam
syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai
di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah
lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya
(pembaharuan umur). Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas
segala Qalam. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh
tahun dan diberi minum air dari Syurga. Puasa 10 hari pada bulan Rejab
dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi
Sirotalmustaqim
di hari kiamat. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan
ibadat
seumurnya. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti
puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang
meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib
baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah
tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap
sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat,
dihapus seribu kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab
seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan
seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah
daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.Allah
jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta
ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku
ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah
pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan
tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi
ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau
adalah
jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu
dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya.
Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana
kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada
bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam
syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya
berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.Diampunkan baginya 70
dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar
nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat
ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi
Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat,
pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan
Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap
hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan
berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah peri
keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN
ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

semoga kita sama2 m'dpt manfaat....
wassalam

E-mail 2

Fwd: Kekeliruan di Bulan Rejab

Assalamu'alaikum frens,

i sekadar ingin menyampaikan pesanan ustazah fatma az-zahra yg telah
memberi
ceramah pada 18.8.2004 baru2 ni di petronas twin towers.ceramah ini
dihadiri
oleh lebih 60 orang.ramai yang menjadi saksi.ianya dianjurkan oleh
petronita, persatuan kebajikan wanita petronas.

ustazah berpesan bahawa e mail kelebihan2 rejab ini merupakan dakyah puak
syiah yang membesar2kan bulan rejab berbanding bulan ramadhan. rasulullah
saw tidak berpuasa sepanjang bulan rejab. baginda hanya berpuasa isnin dan
khamis, seperti amalan baginda yang biasa.

rasulullah saw mengatakan bahawa sunat membanyakkan puasa pada awal bulan
syaaban, sebelum 15 syaaban.saidatina aisyah r.a. bertanya "mengapa ya
rasulullah ? "baginda bersabda bahawa amalan kita naik ke langit pada bulan
syaaban & aku ingin amalanku diangkat ketika aku berpuasa.
sebagai umat nabi muhammad s.a.w., kita hendaklah membesarkan ramadhan.

sesiapa yg berpuasa rejab,syaaban & ramadhan 3 bulan berturut2, ianya
adalah
amalan khurafat kerana ianya bukan amalan rasulullah saw & sahabat2
baginda.na'uzubillahi minzalik! kita hendaklah menyimpan tenaga untuk
beribadat bersungguh2 di bulan ramadhan, lebih2 lagi 10 hari terakhir
ramadhan. jika kita telah berpuasa 3 bulan berturut2, kita dikhuatiri
keletihan untuk beribadat. jika berpuasa 3 bulan berturut2 juga, nikmat
ramadhan akan hilang..tiada lagi keistimewaan ramadhan kerana pada ramadhan
kita wajib berpuasa sebulan.

wAllahu'alam bissawab..silalah sampaikan maklumat ini kepada teman2 yang
lain..dikhuatiri kita beribadat tetapi ianya tidak diterima kerana
khurafat.

Sunday, August 22, 2004

Entry Sepatutnya Minggu Lepas

Nota : Artikel di bawah sepatutnya dimasukkan dalam entry minggu lepas. Tapi cpu aku ni kena di hantar ke MIS department untuk satu proses tertentu maka tak dapeklah aku nak surfing secara bebas. Oleh kerana aku malas nak delete entry yang aku dah taip awal-awal ni, aku post kan jerlah walaupun terlambat seminggu.


Malasnya nak keluar petang hari Sabtu, cuaca pulak macam nak hujan, tidur sedap ni. Aku pun tidur jer lah. Sebenarnya ex-officemate aku ajak pergi rumah dia petang tu sebab dia baru pindah rumah. Lain kali lah aku pergi. Aku pun cancel pergi rumah dia dengan alasan aku ada program lain. Padahal program lain tu lambat lagi pukul 8 malam baru boleh pergi. Program apa? Nak tengok Akademi Fantasia konsert akhir! Haha…

Aku tengok kat rumah kawan jer. Tak macam tahun lepas yang aku tengok kat PWTC sempena dengan Karnival Astro, tahun ni Astro tak buat macam tu lagi. Jadi petang ni aku malas nak merayap ke mana-mana. Aku kena cover tidur sebab malam tadi dah tidur lambat tengok opening ceremony Olympic.

Bercakap pasal majlis pembukaan sukan yang bersejarah ini, ianya sungguh menakjubkan. Kita tak terfikir yang padang di tengah stadium akan dibanjiri bergelen-gelen air yang sehingga sebuah “kapal” pun boleh belayar melaluinya. Para sukarelawan yang membuat persembahan itu semua telah di solek sehingga nampak macam patung. Pakaian mereka pula ada yang agak jarang dan sekali imbas kelihatan tidak memakai apa-apa. Agak seksi untuk sebuah rancangan dengan rating “U”. Unsur-unsur dongeng dan mitos Greek kuno mendominasi persembahan mereka.

Part paling mengantuk ialah masa perbarisan masuk atlit-atlit dari negara-negara yang mengambil bahagian. Beberapa kali aku terlena kejap. Banyak pulak tu sampai 202 negara nak kena habiskan semua tu. Nasib baik aku tak terlepas masa Malaysia masuk. Cantik-cantik nampaknya atlit berbilang bangsa pakai baju kebangsaan. Pemegang bendera ialah si cilik atlit terjun Bryan Nickson yang mencatat rekod olimpik kerana ahli sukan lelaki termuda, teringan dan terendah dalam temasya kali ini. Kalau anda ingat ada penambahan 2 negara dari Sydney 2000 kerana dimasukkan Timor Leste dan Palestine.

Aku tahankan juga mata kerana tak ingin terlepas peluang menyaksikan saat-saat obor ingin di pasang. Tetapi sebelum itu bila seorang sukarelawan melakukan aksi berlari melintasi tali regang untuk menandakan setiap kotaraya yang pernah menjadi tuan rumah, tiba-tiba beliau jatuh tersungkur agak dramatik. Rupa-rupanya itu menandakan Perang Dunia Pertama sedang meletus. Cara nyalaan obor menarik cuma tidak excited seperti di Barcelona dulu yang menggunakan pemanah.

Punjut gergasi yang digerakkan secara hidraulik perlahan-lahan merebahkan muncungnya ke arah pemegang obor lalu beliau menghalakan api obor ke muncung lalu punjut dengan slow motion naik semula ke atas. Itu saja. Lupa nak cakap ada persembahan nyanyian Björk sebelum itu dengan lagu Oceania. Memang padanlah tajuk lagu tu dengan konsep pembukaan Olimpik yang ibarat kolam gergasi serta kain yang membalut tubuh si penyanyi yang melaut lebarnya. Entah berapa kodi agaknya kain yang di guna tu.

Friday, August 13, 2004

Citius, Altius, Fortius



Hari Rabu lepas, aku telah menonton bahagian kedua sebuah filem tentang Olimpik di TV2. Bahagian pertama aku tak dapat nak tengok pasal masa tu aku tengah tengok wayang kat 1-Utama. Filem yang bertajuk The First Olympics: Athens 1896 ini diterbitkan pada tahun 1984 sebagai sebuah telefilem. Kalau tahun 1984 maknanya ia sempena Los Angeles yang menjadi tuan rumah pada tahun berkenaan. Tapi kali ni bila TV2 siarkan ia jadi lebih relevan kerana Olimpik kembali ke tempat kelahirannya di Greece.

Tahukah korang bahawa jika tidak kerana sumbangan kewangan dari seorang bisnesman Greek bernama George Averoff, sukan ini mungkin terpaksa dipindahkan ke Budapest, Hungary? Negara itu miskin sangat sampai tak berupaya nak membaikpulih stadium Panathenean yang telah di bina sejak 330 B.C.E. Setelah dana mencukupi, bukan setakat stadium itu yang mampu dibaiki, mereka juga dapat membina jeti untuk acara renang dan lapang sasar untuk acara menembak.

Namun Olimpik Moden harus berterima kasih kepada Baron Pierre de Coubertin seorang pendidik dan pemikir berbangsa Perancis yang telah berkelana ke seluruh dunia untuk mendapatkan sokongan dan kerjasama demi merealisasikan impiannya menyatukan insan melalui sukan. Semasa bahagian kedua filem ini dipaparkan banyak acara padang dan olahraga yang dimenangi oleh pasukan Amerika yang tiba di Greece pada saat-saat upacara pembukaan mahu dimulakan.

Mereka banyak menfokuskan kepada dua acara itu di samping ada ditunjukkan sukan menembak dan renang. Berdasarkan maklumat internet yang aku cari antara sukan lain yang turut dipertandingkan pada masa itu ialah lawan pedang, angkat berat, tennis, basikal, gymnastics dan wrestling. Agak kelakar menengok seorang peserta renang ini dikesejukan bila mencecah air kerana mereka bukan berenang di kolam sebaliknya di laut sebenar. Ia diadakan di Bay of Zea di Laut Aegean dan pingat emas pertama dimenangi oleh Alfred Hajos Guttman dari Hungary.

Saat-saat paling menyentuh perasaan dalam filem ini ialah semangat seorang askar Greek bernama Spiridon Louis yang miskin dan buta huruf berusaha untuk mengharumkan nama tempatnya serta membolehkan dia menikmati kehidupan yang lebih baik jika berjaya memperolehi pingat emas. Seluruh kampung menghantar dan memberi semangat sebelum dia masuk bertanding. Mengikut sejarahnya acara marathon ini dicadangkan oleh kawan kepada de Coubertin sebagai memperingati Sukan Olimpik Purba untuk menandakan kemuncak pertandingan ketika itu yang telah pun berlangsung selama 11 hari.

Perlumbaan bermula dari Marathon ke Athens (dianggarkan sejauh 22-26 batu), disaksikan lebih dari 100,000 orang dan pemenangnya sudah tentulah askar Greek tadi, Spiridon Louis. Bermula dari detik beliau menjejak langkah ke stadium untuk pusingan terakhir, penonton tuan rumah bersorak dengan penuh bangga dan bersyukur. Kegirangan dan keterujaan bersemarak sekaligus menjadikan upacara finale itu sebagai simbol semangat kebangsaan.

De Coubertin sangat berpuas hati dengan sukan moden pertama itu. Beliau menekankan kepada para penganjur betapa signifikan kalau sukan itu dapat bergerak ke negara-negara lain pula. Ini amat menepati aspirasi sukan itu sendiri yang berhasrat mewujudkan keamanan dan persefahaman manusia sejagat melalui bersukan. Bagaimanapun Athens merasa kecewa mulanya yang berhajat untuk menjadi tuan rumah secara kekal namun akur dengan matlamat Olimpik supaya ia menjadi entiti antarabangsa. Itulah menjadi apa yang kita kenal sekarang sebagai Sukan Olimpik.

Malam ini (pagi sebenarnya) bermulalah detik bersejarah kembalinya sebuah perayaan dan mercu tanda yang begitu lama berpusing ke seluruh dunia ke lokasi di mana ia dilahirkan. Berilah ucapan selamat berjaya kepada semua atlit dan berharap supaya mereka bertanding dengan semangat kesukanan yang faster, higher and stronger!

Wednesday, August 11, 2004

Kampung yang Melampau

Apa yang kita harapkan dari filem garapan M. Night Shyamalan? Unsur seram, suspen dan pengakhiran yang tidak di sangka-sangka. Ia telah menjadi trademark pengarah berketurunan India ini sejak dari The Sixth Sense. Atau sepatutnya beliau mula bersedia untuk menukar selera kepada genre yang lain? Adakah kita masih belum puas ditakutkan oleh Shyamalan? Atau kita sudah rasa sinikal dengan twist endingnya?

Jika kita asyik berandaian itu ini berteka-teki akan apa sebenarnya penamat filem “The Village” maka keghairahan menikmati babak demi babak yang bermain di kelir akan terabai. Itulah yang asyik bermain di fikiranku untuk menelah apa benda sebenarnya “Kampung” ini yang pada firasatku bukanlah sebuah kampung yang biasa. Jadi dalam pada mata tidak berkelip menatap filem yang sedang di tayang ketika itu, fikiran pula sibuk melayang.

Jadi aku telah membuat beberapa kesimpulan sendiri tentang bagaimana Shyamalan mahu menamatkan filem tersebut. Dan salah satu dari tekaanku itu mengena! Rats. Sudah tiada yang special lagi tentang filem ini setelah aku berjaya meneka dengan tepat. Habislah sakti Shyamalan yang sepatutnya berupaya memukau melalui penamat di luar dugaan apabila penonton yang marhaein sepertiku telah dapat mengagak ending yang sepatutnya unexpected itu.

Apakah yang berupaya menakutkan kita di dalam hidup ini? Sesuatu yang kita tidak nampak, halimunan, misteri dan selalu dimomokkan. Apabila sesuatu perkara itu selalu diasak dalam kepala setiap hari walaupun ianya samar-samar atau tidak berasas hujung pangkalnya lama-lama ia akan di sangka betul. Contohnya metos penunggu laut kepada nelayan yang perlu di jamu supaya tidak di kacau dan memurahkan rezeki adalah kiasan kepadanya.

Siapa yang pernah melihat penunggu laut? Sejauh mana orang-orang yang mendengar dongeng penunggu ini sanggup terpedaya dengannya? Mungkin sampai mereka dapat “melihat“ sendiri dengan mata kepala walaupun tidak dapat dipastikan sama ada ketika itu mereka sedang berhalusinasi atau pun ia betul-betul menjelma. Apabila telah ada seorang yang mula mendakwa bahawa penunggu laut benar-benar wujud maka mereka tidak boleh skeptikal lagi. Ianya adalah suatu yang serius dan mereka harus berpegang dengan ritual yang berlangsung selama ini demi keharmonian hidup.

Bagaimana pula jika lembaga itu memang wujud tetapi bukan dari horizon yang lain sebaliknya terdiri dari kalangan mereka sendiri juga? Seperti dalam siri kartun Scooby-Do dengan misi memburu hantu dan makhluk ganjil sedangkan apa yang ingin mereka tangkap itu bukannya jembalang tetapi menyerupai jembalang. Jadi hantu atau makhluk misteri adalah prinsip yang sangat berkesan untuk menakutkan orang atau untuk menegah seseorang dari membuat sesuatu.

Memberi alasan yang logik adakalanya memenatkan. Apabila seseorang kanak-kanak di larang dari membuat satu-satu perkara, misalnya bermain dalam belukar pada waktu maghrib mereka biasanya akan bertanya “Kenapa?“.

“Nanti kena sorok dek hantu!“ orang dewasa akan mengancamnya begitu. Mencipta alasan begini bukan saja kreatif malah menyeronokkan sehingga Shyamalan boleh membuat satu filem mengenainya! The Village bukan semata-mata berkenaan orang di sorok atau di baham lembaga misteri sebaliknya ialah keupayaan manusia berikhtiar untuk terus hidup dalam suasana yang mereka fikirkan ideal walaupun terpaksa berdepan dengan metos yang melampau.

Terima kasih kepada majalah Hype! yang memberikan tiket percuma untuk menonton filem ini semalam.




Monday, August 09, 2004

Bukak Jendela

Semasa seorang kenalan, M mengambil seorang bayi menjadi anak angkatnya, semua kawan-kawan merasa curious teringin hendak tahu asal-usul budak itu, siapa ibu bapa sebenarnya dan mengapa M perlu mengangkatnya sebagai anak. Bukan kami saja bahkan mak cik warung tempat M membeli sarapan juga turut tertanya-tanya anak siapakah yang sedang dikendongnya itu, tiba-tiba saja ada anak?

Tetapi soalan itu tidak ada diberikan jawapan yang memuaskan seolah-olah benda itu tidak penting. Mereka yang rapat dengan M seringkali beralih topik setiap kali soalan itu diajukan. Aku pun termasuklah golongan yang kepoh bertanya, tetapi tidak pernah mendapat jawapan yang setimpal. Cuma aku was-was hendak bertanya sendiri kepada M, entahlah mungkin aku nak menjaga tata-susila atau pun aku kena menerima situasi itu as it is tanpa perlu menyelidikinya.

Apabila aku merisik dari Khai yang lebih rapat dengan M, dia meminta supaya aku tidak bertanya apa-apa lagi tentang anak yang di bela M. Dia mengharap pengertianku supaya “faham-faham sendiri” tentang budak itu mengapa dia perlu diserahkan kepada orang dan M yang begitu mulia hatinya sanggup untuk memelihara. Kita harus memberi sokongan kepada M yang bersusah-payah menjaga di samping mengorbankan zaman mudanya yang bebas untuk berulit dengan anak kecil.

Fine. Kalau mereka merasakan benda ini merupakan skandal yang perlu dilindungi maka aku pun tidak berhak untuk menyingkapnya. Biarlah bayi comel dan M sama-sama membentuk ikatan kasih sayang sesama mereka tanpa ada orang lain mempertikaikan kesahihan hubungan itu. Masyarakat mungkin boleh prejudis tetapi anak itu masih perlu hidup dan perempuan yang melahirkannya juga perlu cari makan tetapi pandangan serong dan diskriminasi hanya akan menyulitkan proses ini.

Osman Ali mungkin tidak memelihara anak sesiapa tetapi beliau telah melahirkan Malaikat di Jendela dan Bukak Api. Secara harafiahnya filem ini mengandungi dua tema yang sama, penyakit Aids dan mengandung luar nikah. Walaupun Bukak Api telah menyampaikan mesejnya secara berterus-terang menerusi dialog watak-wataknya manakala Malaikat lebih simbolik dengan naratif dan gerak emosi Ning Baizura serta latar belakang lokasi yang indah adalah pencerita keseluruhan filem.

Menurut Julian Jayaseela yang berucap selepas habis tayangan, mereka mendapat inspirasi untuk mengeluarkan Malaikat apabila berkunjung ke satu kampung di pantai timur. Mereka sedang duduk di sebuah warung tatkala lalu satu rombongan mengusung jenazah. Mereka bertanya pada seorang mak cik, siapa yang meninggal? Seorang lelaki di kampung itu, jawab mak cik tersebut.

Apa sakitnya? Mereka bertanya lagi. Tetapi si mak cik mengelak dan tidak selesa untuk terus melayan. Mereka pun tidak tergamak untuk melanjutkan bicara lantas membuat andaian sendiri. Mungkin andaian yang bermain di kepala masing-masing bukanlah sesuatu yang enak untuk diketahui tambahan pula yang mengiringi jenazah itu hanyalah empat orang sahaja. Manakala orang-orang kampung lain cuma memandang sepi dari jauh.

Kejadian yang mereka saksikan di kampung itu terlalu berkesan di hati mereka lalu dalam satu adegan semasa kematian watak suami Ning, jenazah dan jumlah penduduk kampung yang kecil telah dilakarkan dalam Malaikat. Mungkin ada yang tidak mengetahui bahawa undang-undang Malaysia tidak membenarkan bidan pembawa HIV menguruskan bayi. Ini dijelaskan oleh Jayaseela semasa adegan Ning ingin menyambut bayi dalam buaian ketika dia sedang berkunjung ke sebuah rumah penduduk tetapi seorang wanita telah menepis tangannya lalu membawa bayi itu pergi.

Cuma aku tak pasti sama ada watak Ning juga ada mengidap HIV kerana berjangkit dari suaminya sebab aku tak perasan kalau-kalau ada dinyatakan dalam filem. Bukak Api lebih senang difahami kerana pelakon-pelakonnya memang sound direct bercampur dengan mencarut dan lingo mak nyah. Walaupun ramai penonton ketawa kerana isi percakapan mereka tetapi mesej yang tersembunyi adalah tidak kelakar.

Apabila hatiku ralat kenapa mereka perlu tercebur ke kancah perniagaan seks ini seakan terjawab dengan seruan seorang mak nyah veteran yang mengesyorkan seorang mak nyah muda ini supaya belajar menjahit daripada terus bergelumang dengan pelacuran. Walau pun seks bebas dan melacur adalah salah satu gejala penularan penyakit Aids, Malaikat adalah sindiran dengan watak suami Ning dan Ning sendiri yang menerima polemik akibat penyakit itu.

Kedua-dua filem ini bukannya di buat dengan style berkhutbah atau pun untuk memberi didikan moral tetapi mendidik mereka yang telah terjebak supaya tidak terlalu terjerumus atau tergelincir dari norma-norma tidak tertulis yang mereka sendiri boleh menafsirnya. Kita yang hanya memandang dari luar akan payah untuk mengerti atau tidak boleh membuat justifikasi terhadap krisis yang mereka hadapi. Selebihnya kita cuma boleh faham-faham sendiri.