Thursday, July 31, 2003

Bila Larut Usia

ps : tadi, berjam-jam aku mengadap pc ni, duk fikir apa aku nak taip. Aku cuma dapat taip dua tiga patah perkataan je, lepas tu terus buntu. Then aku delete aje.

Tapi tadi dalam toilet nak buang air, mencurah-curah pulak idea datang, menyumbat-nyumbat ruang kepala. Sampai aku rasa nak cepat-cepat keluar dari tandas, takut idea lari. Ataupun lain kali aku bawak aje pc ni masuk tandas sekali …. Mwuahhhahahah

Sebenarnya aku nak cakap tentang drama yang aku tengok kat TV2 last Monday. Ada ramai pelakon veteran yang membintangi drama yang bertajuk ”Bila Larut Malam“ itu antaranya Aziz Jaafar, S Shamsuddin, Aziz Sattar, Mariani dan Ibrahim Pendek.

Ia mengisahkan tentang penghuni di sebuah rumah orang tua-tua dan karenah mereka serta karenah dua pekerja yang menguruskan rumah tersebut, watak di pegang oleh A.R. Badul dan Yusni Jaafar.

Apa yang menariknya, tidakkah Yusni Jaafar itu sendiri tidak begitu muda? Dulu dia pernah berlakon berdua dengan S Shamsuddin sebagai suami isteri dalam filem Setinggan. Filem yang bercorak kelakar campur seram.

Tapi kini dalam drama Bila Larut Malam, S Shamsuddin dah layak masuk dalam rumah orang-orang tua sedangkan Yusni masih boleh bergaya sebagai orang muda yang menjaga orang-orang yang tidak lagi begitu muda itu.

Bertuah bagi mereka yang dikurniakan penampilan awet muda. Kita akan tidak dapat mengagak dengan tepat berapakah usia sebenar mereka. Selalunya kita akan teka yang umur mereka sekian-sekian tahun lebih muda padahal angka sebenar sudah melebihi dari apa yang kita teka itu.

Sekurang-kurangnya si empunya umur itu akan merasa kembang bila kita sangka yang dia masih beberapa tahun terawal dari usia sepatutnya. Bayangkan pula kalau kita teka umur dia lebih tua dari umurnya yang betul? Tentu orang tersebut bengang sekejap dan terus hilang mood untuk sepanjang hari.

Dan kita yang meneka ini pun akan rasa bersalah tiba-tiba sebab tidak berjaya untuk memberikan umur yang lebih muda seperti yang
diharapkannya.

Mengaku sajalah yang memang itu pun kita idamkan bila seseorang ingin mengagak usia kita. Belum pernah lagi aku terjumpa orang yang bila kita teka umur dia lebih tua dari umur sebenar akan terus melompat-lompat kesukaan. Tidak kira lelaki atau perempuan.

Ada satu kejadian di tempat kerja lama aku bila seorang staff perempuan ini membahasakan pengawal keselamatan di situ sebagai “Pak Cik”. Terus pak guard tu mengomel kat aku

“Ada ke panggil kita pak cik, dia ingat dia muda sangat ke?“

Aku cuma tersengih mendengar. Lagi pun aku tahu umur staff tersebut dengan pak guard tu lebih kurang sama sebab aku pernah find out daripada mereka dulu. Mungkin staff itu tidak berniat untuk mempersendakan tahap kemudaan pak guard itu cuma dia ingin lebih berbudi-bahasa. Kat Malaysia kan mostly pengawal keselamatannya tua-tua belaka. Aku rasa staff perempuan tersebut telah terbiasa memanggil semua pak guard sebagai pak cik walaupun yang sebaya dengannya.

Selain paras penampilan, status pekerjaan seseorang juga boleh menjadi penentu darjah tua-muda seseorang agaknya. Sebab itulah kita seakan boleh menafikan kenyataan sebenar tentang usia Yusni Jaafar apabila dia berlakon sebagai pekerja yang menjaga kebajikan warga-warga emas di rumah orang-orang tua tersebut.

Sunday, July 27, 2003

Selamat Hari Jumaat

Last Friday morning aku masuk ke bilik housemate aku tiba-tiba terdengar satu lagu yang berbunyi begini

Ampun maaf di pinta.......
….mensuci hening dosa
Setahun menghilang......sekarang menjelang…
...hari yang bahagia..
selamat hari raya


Hah! Selamat hari raya! Hari raya ke hari ni? Mamai ke apa budak ni, pagi-pagi Jumaat pasang lagu raya. Nak kata puasa pun lambat lagi. Apatah lagi nak berhari raya.

Puasa lambat lagi? Sekarang dah nak masuk bulan Ogos, puasa bulan November. Kira dah dekat jugak tu. Masa berlalu begitu cepat sampai kita tak sedar, minggu demi minggu telah berlalu. Kepada kaum-kaum perempuan yang masih belum qodho’ puasa tertinggal bulan Ramadhan yang lepas, eloklah cepat-cepat gantikan. Dan kepada kaum lelaki jugalah, manalah tahu ada satu dua hari yang termiss.... hehhhehe..... Aku memang tak ada tinggal puasa, tak ada kerja pulak aku nak ganti-ganti puasa nanti. Alhamdullillah bulan Syawal yang lepas juga aku start puasa enam. Seksa juga nak puasa enam ni sebab baru first time, macam baru first time puasa Ramadhan pulak. Tapi aku teruskan juga berpuasa sampai habis.

Hari Jumaat juga di panggil penghulu segala hari. Tak silap, aku pernah dengar yang hari Jumaat juga di gelar hari raya mingguan. Itu yang housemate aku pasang lagu raya tu kot .... hehhehe.... Bila aku tanya dia apasal pasang lagu raya, dia jawab,

“Mana ada aku pasang lagu raya,“

“Habis yang aku dengar dalam bilik kau tu?“ aku bertanya.

“Hah, ye ke?“ dia bertanya aku balik sambil menonong masuk dalam bilik dia dan tutup kaset raya tu.

Aku???

Wednesday, July 23, 2003

Hari Demi Hari

Saturday

Bangun tidur pagi tu rasa tak sihat, macam nak demam and pening kepala. Tapi masih boleh bangun. Pergi breakfast makan nasi kerabu dan minum teh o.

Habis breakfast, masuk bilik, baca magazine, terlelap semula. Bangun dalam pukul 3 petang, rasa lapar pulak. Makan twisties sebagai mengalas perut. Rumah senyap-sunyi masa ni. Dapat sms dari Iwan ajak pergi MTC untuk menyaksikan fiesta Makan-Makan tapi sebab pening kepala, tak dapat nak ikut. Bukak radio Light & Easy, lepas tu sambil di buai lagu-lagu syahdu dari stesyen tersebut, tertidur balik!

Bangun dalam pukul 6, rasa lapar balik – mana cukup makan twisties aje. Pergi cari nasi goreng kat kedai makan berhampiran. Dah habis makan nasi goreng singgah pasar malam beli meehoon sup. Balik rumah makan meehoon sup pulak.

Malam habiskan masa tengok tv sambil baca paper. Sebelum tidur telan panadol dua biji sebab symptom nak demam tu makin terasa.

Sunday

Rasa macam nak demam lagi tapi still boleh bangun tanpa ada rasa sakit kepala yang teruk. Alhamdulillah. Tapau roti canai dan nasi lemak. Lepas breakfast basuh baju, tengok tv dan tidur-tidur.

Petang tu pergi kedai beli barang-barang dan sambung tengok tv sampailah ke malam. Dalam pukul 10.30 keluar dinner. Sebelum tidur telan dua bijik panadol sebab masih terasa demam walaupun tak kuat.

Monday

Pagi ni rasa macam tak nak pergi kerja. Hujan pulak tu, sedap tidur aje. Oh, no! Aku kan masih rasa tak sihat lagi ni, so lebih sesuai kalau aku kata aku tak dapat pergi kerja sebab tak sihat daripada sebab hujan turun. Tiba-tiba aku teringat yang aku baru saja termimpikan sesuatu yang agak creepy tadi so daripada aku sambung tidur dan mimpi tadi bersambung semula baiklah aku cepat-cepat bangun. Actually aku dah dua kali mimpi benda yang seakan-akan sama ni. First time aku bermimpikan perkara ni, situasi masih elok lagi, tapi kali ke-dua aku mimpikan benda yang sama, situasinya menjadi bertambah seram! Dahlah semua watak-watak yang muncul dalam mimpi tu aku kenal. Mungkin sebab aku selalu sangat baca Mastika?

Di office buat kerja macam biasa walaupun aku masih rasa tak bermaya. Balik kerja singgah di KLCC terjumpa dengan kawan satu IPT dulu. Borak-borak dan minum-minum kejap. Sampai di rumah dalam pukul 8, rasa dah sihat sikit. Biasanya aku akan tengok cerita Misteri Nusantara tapi sebab fikiranku masih terganggu so aku skip dari menonton tv dan dengar radio instead sambil baring-baring baca majalah dan makan M&M’s. Housemates balik lepas tu dan aku sembang-sembang dengan diorang. Sambil berborak kami makan roti cicah sambal ikan bilis dalam tin. Tak sedap sangat sebab masin. Lain kali jangan beli sambal ikan bilis dalam tin. Housemates buka TV3 yang tengah siarkan filem Cina Dial D for Demon. Cerita seram! Tapi aku tengok juga sampai habis sebab ceritanya taklah menakutkan sangat.

Tuesday

Aku MC! Bukan sebab demam penangan filem Dial D for Demon tapi aku memang dah tak sihat, baik aku jumpa doctor, minta ubat dan MC.


Friday, July 18, 2003

Jadilah Pengguna Bijak

Siri tv kegemaranku Alias telah pun berakhir last week. Sementara menunggu musim barunya bermula TV3 gantikan dengan siri Beastmaster. Aku memang malas nak tengok cerita lelaki berpakaian ala tarzan ni, so aku pun bukak vcd filem How to Make an American Quilt. Dah lama aku beli vcd ni tapi asyik tak ada masa nak tengok. Tajuk dia pun semacam ganjil, macam vcd cara-cara untuk menjahit pulak. Mari kita belajar menjahit sambil disulami aksi-aksi dramatik. Perjalanan filem ni agak lembab boleh membuatkan kita rasa mengantuk. Dalam sepuluh minit terakhir cd pertama filem tu tiba-tiba terdapat gangguan audio. Teruk jugak bunyi yang keluar sehingga suara Winona Ryder yang lunak merdu tu bertukar jadi macho macam suara lelaki keras pulak. Dah tak macam suara lelaki lembut…eh…bukan, dah tak macam suara perempuan ……hehhehe…. Tapi aku just ignore masalah audio tu sebab mungkin speaker komputer tu ada problem. Aku tengok vcd ni guna komputer housemate aku.

Lepas habis cd pertama tu aku terfikir nak test betul ke speaker ni yang rosak. Atau vcd tu yang ada problem. Aku pun ambil cd cetak rompak lagu-lagu popular dan pasang. Eh, elok pulak bunyi lagu tu, sedap berkumadang tak ada rosak apa-apa bila aku mainkan cd tersebut yang ada lagu hits seperti Bring Me to Life (Evanescene), Rock Your Body (Justin Timberlake), Get Busy (Sean Paul), Unwell (Matchbox 20), Ka-ching (Shania Twain), I Know What You Want (Busta Rhyme & Mariah Carey) serta banyak lagi lagu-lagu lain yang enak-enak belaka. Mesti punca problem sebenarnya adalah dari vcd filem tu. Tak guna betul. Dahlah aku beli vcd tu yang asli punya. Pastikan ori, baru beli. Lepas tu aku tak pasang dah second cd filem tersebut kerana dah tak ada mood nak tengok. Aku teruskan dengar lagu-lagu aje.

Rugi juga rasanya beli cakera video yang tulen tapi hasilnya tidak up to the standard. Kalau cetak rompak tu lain ler sebab dah namanya pun cetak rompak. Tak rasa rugi apa-apa pun kalau mutunya tak memuaskan, lagipun murah pulak tu. Kalau vcd original, mula-mula pasang dah rosak, memang terasa upset. Dengan harganya yang mahal dan beberapa scene-scene menarik yang di censor sesuka hati membuatkan belian anda amat tidak bernilai. Mungkin aku patut kembalikan vcd tu ke kedai video yang aku beli dulu. Mana tahu pekedai tu baik hati dan masih boleh bertimbang rasa untuk menggantikan vcd berkenaan with another one or with a new movie yang sama harga. Tapi boleh ke, dah dekat sebulan dah tambahan pulak resit dia pun tak tahu di campak kat mana. Kalau tak boleh apa kata aku panjangkan perkara ini ke Tribunal Tuntutan Pengguna sebab kedai video itu tidak mahu menggantikan vcd yang spoilt tersebut dengan yang baru. Aku pernah baca dalam Mingguan Malaysia last Sunday pasal seorang lelaki yang mengadu pada tribunal ini berkenaan remote control tvnya yang tidak berfungsi dan kedai tu pulak refuse to replace it. Mula-mula dia macam segan jer nak bawa perkara tu ketengah pasal berapa sangatlah harga remote control tu, RM20 aje, itu pun nak kecoh-kecoh. Tapi sebab semangat kepenggunaan yang begitu tebal dalam diri lelaki terbabit maka dia pun mendakwa pekedai itu. To cut the story short, dia akhirnya berjaya menuntut gantirugi untuk cover harga remote control dan mileage dari Rawang ke bangunan tribunal. Aku rasa dia dapat dalam RM60.

Harga vcd aku tu, tak sampai pun RM20 sebab aku beli masa ada offer. Entah-entah kalau pasang kat vcd player baru okey agaknya vcd tu. Tapi vcd player aku pulak dah lama rosak. Bila entah nak beli player yang baru. Agaknya bila dah ada player baru nanti, aku pun dah malas nak fikir pasal vcd yang rosak tu. Biarkan saja.

P/s : aku tengah berlatih guna link-link ni….. maaf ler kalau ada link-link yang macam tak ada kena-mengena dengan article, saja nak practice.

Wednesday, July 16, 2003

Sport: Fit and Foe

Hujung minggu yang lampau aku keluar ke KLCC dengan Iwan. Hajatnya nak tengok Hulk, dah lama planning nak tonton filem ni. Sampai kat sana dalam pukul 10.30 pagi terus pergi TGV. Tengok-tengok, dia punya queue nak beli tiket pagi tu punyalah panjang berjela-jela sampai masuk dalam terowong kat sebelah restoran Chillis tu. Okay, aku tahu laluan tu bukan di panggil terowong tapi lebih kuranglah tu. Sebab kami ni jenis yang malas nak beratur jadi cancel ajelah tengok Hulk. Lepas tu singgah pasaraya Tops membeli satu dua jenis barang. Tops rupa-rupanya akan di ambil-alih oleh Giant pula. Patutlah kebelakangan ini bila masuk Tops nampak pasaraya tu macam baru lepas kena rompak sebab tak ada banyak barang dekat rak dan lengang aje suasana.

Dekat kawasan air pancur luar KLCC masa tu tengah ada acara AXN Challenge. Kami berjalan-jalan di sekitar booth yang ada dan beberapa jenis materials yang sesuai untuk sukan extreme seperti rock climbing dan apa benda entah yang lain tu pun ada kat situ. Ada pentas terbuka didirikan, dj yang bising sibuk bersuara dan muzik latar kuat dimainkan. Ia mewujudkan atmosfera karnival di kawasan tersebut. Pendek kata meriahlah area ini dengan orang ramai datang berkeliaran di samping peserta-peserta yang menyahut cabaran AXN itu sendiri.

“Patutnya kita pun masuk acara ni,” kata Iwan tiba-tiba.

“Gila. Berlatih apa tidak, stamina tak ada, tup-tup nak masuk. Nak mampus,”

Memang kita tak boleh sembarangan nak setai acara-acara sukan macam ni tanpa persediaan mental dan fizikal . Sekurang-kurangnya dua-tiga bulan sebelum hari perlawanan sudah berlatih cukup-cukup. Kalau dah hari bertanding pun baru tahu hari ni, tak semena-mena nak mendaftar masuk, memang menempah bala-lah jawabnya. Apatah lagi bagi mereka yang bukan sports enthusiast macam aku ni, it will be even worst. Even mereka yang selalu berlatih, bermain dan sukan menjadi kerjaya mereka juga ada yang menemui ajal di padang. Contoh terbaru ialah Mark Vivien Foe. Pergilah klik kat laman web berkaitan kalau ingin tahu pasal berita-berita mengenai kecelakaan di gelanggang dan di padang. Tapi jangan takut. Sukan juga boleh memberikan anda hasil lumayan seperti Nicol-Ann David yang baru saja mendapat tajaan ribuan ringgit kerana kecemerlangannya dalam squasy. Atau sukan juga boleh membuatkan nama anda tercatat di dalam rekod sejarah seperti Abdul Malik Mydin yang ingin berenang merentasi selat Inggeris. Apa-apa pun kenalah pandai menjaga kesihatan diri dan bersukan adalah antara cara yang terbaik. Cuma kita saja yang tahu keupayaan kita sendiri.

Monday, July 14, 2003

Dress Code

Last Friday morning masa aku tengah duduk mengadap komputer di cubicle aku tiba-tiba Kak Elly lalu di depan dengan baju yang ku kira agak seksi untuk di pakai pada hari Jumaat. Dia pakai seluar ketat dengan baju sendat nampak lurah gelinciran tapi pakai tudung! Tudung pakai tapi dada bidang terdedah luas sebab baju tu jenis yang suka menonjolkan dada. Aku pun cepat-cepat hubungi dia sebab aku rasa tak selesa tengok dia pakai macam tu (kononnyalah tak selesa....hehhehe.... )

“Seksi you hari Jumaat macam ni, mimpi apa malam tadi?“

“Mimpi yang indah...“ jawabnya main-main.

“Kenapa you pakai macam tu, kan hari Jumaat ni?“ tanyaku. Bukanlah aku bermaksud yang hari-hari lain dia dapat pelepasan untuk berbaju seksi cuma sebagai wanita Muslim dia kena lebih sensitif etika berpakaian. Even staff non-muslim pun ada berbaju kurung pada hari Jumaat inikan pulak dia sendiri sebagai muslimah.

”I tahu….. Ikut suka I lah nak pakai apa,” jawabnya sambil lewa.

“Habis, husband you tak marah?”

Dia diam sejenak sebelum teragak-agak menjawab.

“Err..errr….. Actually memang I pakai baju kurung masa keluar rumah tadi tapi masa dalam kereta I pun tukarlah!” Terkejut pulak aku dengar dia cakap macam tu. Kes takut husband marahlah ni.

“Laa…sanggup you buat macam tu,” aku menggeleng-gelengkan kepala. Habis macam mana you nak tukar pakai seluar tu dalam kereta? Kan sempit tu?” Dalam fikiranku mula berimaginasi.

“Mana ada sempit - kereta I kan luas,” dia membantah. “You ni, tak kan I nak bukak baju kurung macam tu lepas tu baru I pakai seluar dan baju lain pulak,”

“Habis tu,”

“I dah siap-siap pakai baju dengan seluar tu dalam baju kurung, dalam kereta, tinggal nak tanggal baju kurung tu ajelah,” jawabnya sambil ketawa-ketawa.

“You ni, macam budak sekolah pulak. Di luar pakai uniform, kat dalam ada baju biasa,”

Tak tahulah apa motif Kak Elly buat macam tu. Mungkin betul takut husband dia marah. Apatah lagi dia pakai tudung pulak tu. Nampak tak kenalah bertudung tapi pakaian seksi. Bukanlah maksud aku kalau dia tak bertudung maka dia boleh seksi dan bebas dedah-dedah. Aku sepatutnya tak payah nak menyibuk hal dia nak pakai baju apa ke, tak nak pakai baju ke, ia tak ada kena mengena dengan aku.

Semasa aku bersekolah menengah dulu aku duduk di asrama. Tapi sebab asrama aku tu tak ada special uniform untuk budak-budak pakai kalau mereka nak keluar ke bandar pada setiap Sabtu maka kami semua pakai kasual, t-shirt dan jeans. Jadi aku tak adalah peluang nak merasa thrill mengelat dengan menukar ke baju yang lebih ranggi apabila keluar dari kawasan hostel. Tapi penghuni asrama puteri ada pulak uniform khusus untuk asrama. Mereka diwajibkan memakai baju kurung batik ketika keluar berurusan (atau berpeleseran) di bandar. Mereka selalu iri hati dengan penduduk hostel budak-budak lelaki yang terlalu bebas berpakaian tidak selayaknya bagi seorang pelajar asrama. Mungkin ada pelajar perempuan ini yang tidak berpuas hati dengan double standard tersebut, juga bertindak untuk salin ke pakaian kasual apabila sampai ke destinasi.

Pengetua sekolah akhirnya dapat menghidu ketidak seimbangan ini antara hostel lelaki dan perempuan. Tapi beliau bukan tekankan mengenai uniform untuk pelajar lelaki keluar ke pekan sebaliknya tentang uniform pelajar lelaki untuk pergi solat Jumaat. Menurut pengetua, cara budak-budak lelaki pergi ke masjid macam orang-orang kampung dengan kain pelekatnya dan t-shirt atau baju Melayu. Langsung tak ada imej budak hostel. Kemudian sekolah memperkenalkan undang-undang menyuruh penghuni asrama memakai sepasang baju Melayu putih lengkap dengan kain sampin hijau. Mula-mula saja dalam dua tiga bulan pertama bersemangat ikut peraturan, lepas tu bila pihak sekolah lepa sikit, baju Melayu ke mana, sampin ke mana. Pakai balik kain pelekat.

Cara kita berpakaian sebenarnya bukan saja melabelkan status kita sebagai pelajar atau ia juga boleh menjadi lambang pekerjaan kita misalnya polis, jururawat atau ahli gymrama. Atau ia juga sebagai menghormati etika sosial dan garis sempadan tertentu terhadap penerimaan masyarakat kepada baju yang kita pakai. Semasa di kampung dulu pada suatu petang, aku sedang menunggu bas di stesyen. Dalam celah-celah orang ramai yang lalu-lalang aku terlihat sepasang remaja perempuan sedang berjalan. Seorang sopan berbaju kurung dan bertudung litup. Manakala kawannya pula dengan skirt pendek, rambut lepas dan bert-shirt. Mereka berjalan ke hulu ke hilir berdua di sekitar stesyen bas itu dan kedai-kedai berhampiran. Tentulah orang ramai lebih tertarik kepada si gadis yang berskirt itu kerana gadis Melayu dan kain skirt di pekan kecil bukanlah cerita biasa. Tapi ia nampak janggal. Mungkin sebab cuma seorang saja yang berkain skirt dan berkawan pula dengan orang yang berkain labuh. Atau ia janggal kerana ini ialah kawasan luar bandar dan masyarakat agak sensitif dengan wanita yang tidak menutup aurat.

Setelah beberapa ketika bas pun sampai. Aku mula bergerak untuk menaiki apabila aku terpandang kembali dua remaja tadi. Dua remaja perempuan berpeleseran itu, yang pada mulanya ku lihat cuma seorang saja yang berbaju kurung kini dua-dua sudah berbaju kurung. Dan bertudung litup pula! Pandangan mataku menyoroti mereka hingga kedua-duanya menaiki bas bersebelahan. Sudah pastilah dia takut dimarahi mak bapak bila sampai di rumah nanti dengan memakai kain hanya sekerat. Tak tahulah kat mana budak perempuan itu menyalin bajunya. Mungkin dalam tandas awam. Tidak mengapalah, berlatih salin baju dalam tandas dulu. Bila besar nanti boleh salin baju dalam kereta pula!

Thursday, July 10, 2003

Ba-Ba-Black Pepper

Petang semalam masa kat office laparnya perut tak tertahan. Lapar teramat sangat sampai aku rasa boleh makan seekor lembu! (Ayat translate dari article bertajuk ”The Giant Steak Challange“ dalam The Star Jul, 9) Kenapa lapar sangat ni? Oh, masa lunch tadi aku cuma makan burger seketul dan mineral water. Aku tak ambil meal set sebab ada french fries dengan coke yang aku bukan makan sangat. Mahal pulak tu kalau aku include sekali those two items yang aku tak makan tu. Actually burger dan mineral water tu pun bukannya murah kalau dah makan kat Burger King. Sekali-sekala ikut kawan apa salahnya. Aku order black pepper burger yang sedapnya tak terperi. Sebab makan burger saja, baru pukul 3, perut dah berkeroncong balik. Aku pun buat nescafe dan makan cream crackers tiga keping. After office hour, singgah Secret Recipe makan black pepper chicken grill dengan salad dan nasi. Tak tahulah kenapa aku suka sangat makan black pepper hari semalam.

Wednesday, July 09, 2003

Perpisahan Terasing

Masa aku tengah rilek-rilek dalam bilik sambil dengar stesyen RMKL, tiba-tiba dj tu announce satu berita yang menyayat hati - kembar siam Laleh dan Ladan yang bercantum di kepala cannot survive the operations. Walaupun telah berkali-kali di beritahu yang pembedahan itu amat berisiko tinggi tapi mereka amat optimis dengan keputusan yang di ambil. Pembedahan ini mungkin akan berjaya kalau mereka masih baby atau kanak-kanak seperti kembar siam Nepal yang bercantum di kepala juga dan dapat dipisahkan tahun lepas di Singapura. Allah lebih menyayangi mereka dan kita sedekahkanlah al-fatihah untuk kedua-dua mereka.

Masa aku tengah bersedih dengar berita tu tiba-tiba housemate aku menjerit-jerit panggil aku dari ruang tamu, macam cemas aje bunyinya. Apa hal pulak ni? Cepat-cepat aku keluar.

“Hah..ada apa? Ada apa?“ tanya aku.

“Ni, hah aku ada bawak balik asam pedas kepala ikan ni, kau makanlah,”

Cheh, nak suruh aku makan kepala ikan rupanya. Hampas betul budak ni. Bunyi panggil orang tu macam ada emergency aje. Terus spoil mood sedih aku. Tapi yang peliknya kepala ikan aje yang ada, nasi tak ada.

“Tak ada nasi ke?” aku tanya.

“Nasi tak ada, kepala ikan aje ada. Kau ratah je lah kepala ikan tu,“

Aku pun pulun asam pedas kepala ikan yang besar tu tanpa nasi. Sebenarnya aku pun dah makan nasi goreng sebelum maghrib tadi.

Ada insan yang tidak dapat memisahkan kepala mereka. Ada pula makhluk yang kepala mereka kena makan oleh insan lain.

Monday, July 07, 2003

Les Parapluies de Sobranie

Last weekend juga aku pergi ke Sobranie, menonton satu filem klasik dengan seorang rakan. Aku sebenarnya gamble aje ikut dia ni, tajuk filem yang aku bakal saksikan tu pun aku tak tahu. Sampai di sana, barulah aku tahu filem tu ialah filem Perancis berjudul Les Parapluies de Cherbourg atau dalam bahasa Inggeris maksudnya The Umbrellas of Cherboug lakonan Catherine Denueve dan Nino Castelnuovo. Start saja filem ni dah berkumandang suara pelakonnya menyanyi yang masa tu scene dalam bengkel kereta. Oh, filem muzikal rupanya. Sepanjang-panjang filem tu memang asyik menyanyi aje. Mak marah anak, menyanyi - posmen hantar surat, menyanyi – order air, menyanyi – jual barang, menyanyi – boss nak pecat pekerja pun sambil menyanyi juga! Menyanyi tapi sambil marah dalam nada berlagu.

Memang tak ada bercakap langsung dalam filem ni. Well, sepatutnya lirik-lirik yang mereka lagukan itu adalah skrip yang biasa juga. Cuma kerana nak sesuaikan dengan konsep muzikal filem ini maka kenalah pelakon-pelakon itu semua menyanyi. Aku respek dengan pelakon-pelakon itu kerana telah berjaya menyanyi dengan cemerlang. Maklum sajalah, bukan mudah untuk ekspresikan lirik lagu itu dalam bentuk lakonan. Kadang-kadang mereka kena berada dalam mood sedih, marah, kecewa, kelakar tapi mereka kena zahirkan itu semua secara nyanyian. Aku rasa, payah juga tu.

Filem keluaran tahun 1964 ni mengisahkan dua beranak yang mengusahakan kedai menjual payung di Cherboug. Anak gadis ni bercinta dengan Guy seorang mekanik tapi ibunya tak setuju sebab Guy ni miskin. Disebabkan hal-hal tertentu, masing-masing kahwin dengan orang lain. Tapi memang wajar diorang kahwin dengan orang lain sebab ...err.... tengoklah sendiri. Masa tengah menonton tu aku boleh nak terlelap sebab terlalu asyik di buai lagu-lagu dalam filem ni. Nasib baik tak tertidur sampai habis filem ni, kalau tak rugi aje RM10.

Sunday, July 06, 2003

Good Morning, Charlie!

Weekend, aku keluar menonton Charlie’s Angels Full Throttle di TGV. Filem ni nampak macam caca-marba, jalan cerita yang tidak memuaskan dan aksi-aksi lasak yang out-of-this-world. Jika anda sekadar ingin mencari hiburan kosong maka, pergilah saksikan filem ini. Atau jika anda ingin merasa nostalgic, pergi juga tonton filem ini. Aku masih kecil lagi semasa siri Charlie’s Angels ini bermain di kaca tv tapi yang paling aku ingati tentang siri ini ialah muzik temanya. Cuma untuk versi filem lagu tema itu sudah mengalami pengubahsuaian. Bagi anda yang sudah lupa pada MC Hammer, kini masanya to refresh your mind dengan video klip lagunya bertajuk “U Can’t Touch This”. Bila aku cakap video klip, memang video klip tu sendiri yang muncul in one of the scenes. Lagu “What A Feeling” nyanyian Irene Cara pula keluar melatari satu adegan yang membuatkan aku terus teringat pada filem Flashdance. Bila Jaclyn Smith sendiri muncul secara cameo dalam satu scene bersama Drew Barrymore memang serta-merta teringat pada siri tv Charlie’s Angels. Senang cerita kalau anda ingin merasa nostalgic yang sebenar, buka saja saluran TV2 setiap Jumaat pukul 12 tengah malam kerana the original Charlie’s Angels sedia beraksi untuk anda. Sekarang stesyen itu menayangkan rerun siri tersebut walaupun aku sendiri jarang tengok.

Suatu yang tidak menyeronokkan bila menonton filem-filem sequel ini ialah apabila salah seorang watak utama dalam filem pertama dahulu tidak dapat kembali to reprise his role. Watak Bosley yang di pegang oleh Bill Murray dulu kini di bawa pula oleh Bernie Mac. Murray khabarnya bergaduh besar dengan Lucy Liu semasa filem pertama dulu sehingga mati hidup balik pun dia tak akan berlakon dalam sequel Charlie’s Angels jika terpaksa mengadap si Lucy Liu ni. Yang peliknya Bernie Mac ni berkulit hitam manakala Murray adalah kulit putih. Supaya penonton tidak mempersoalkan bab itu, maka digambarkan kononnya Murray adalah anak angkat kepada keluarga Bernie yang memakai family nama kulit hitam.

Thursday, July 03, 2003

Antara Dua Air

Kawan aku Rule yang duduk kat Johor tu dah pindah dari rumah yang housematenya suka minum arak tu. Lagipun memang mula-mula dulu dia nak duduk sekejap aje kat situ. Di tambah dengan rakan serumah yang suka minum-minum macam tu, lebih baik dia cepat-cepat berambus. Sia-sia aje dia dapat dosa kerana bersubahat sama. Dia hendak menegah dengan mulut pun tak berdaya, apatah lagi nak menegah dengan tangan. Yang mampu dia lakukan hanya membantah perbuatan mereka di dalam hati dan tidak rela sama sekali perbuatan itu dilakukan dan itu adalah selemah-lemah iman. Rule memang memiliki iman yang lemah sebab itu dia pindah dari rumah tersebut. Kalau iman dia kuat tentu dia telah menegah tabiat mereka itu dengan tangan – dia akan buang saja botol-botol arak dari fridge tanpa sebarang ragu-ragu lagi. Risikonya biar dia yang tanggung kalau housematenya balik nanti tengok minuman keras itu sudah pun tiada. Sudah tentu housemate yang meradang itu akan halau dia dari rumah itu. Silap-silap kena belasah pula sedas-dua. Jadi, daripada dia blah dari rumah tu dengan lebam-lebam, baik dia blah dari situ dengan iman yang lemah.

Sekarang dia duduk berdua dengan officematenya yang sudah berkahwin. “Habis, bini dia duduk mana?“ aku bertanya.

“Bini dia duduk KL – kerja company yang sama jugak tapi bini dia kat headquarters kat KL tu,” jawabnya.

“Tak dapat transfer ke Johor?“

“Susah sekarang ni, lagipun dia dah stabil kat KL tu so tak apalah berkorban sikit,“

“Oh, diorang dah ada anak?“

“Dah, seorang,“

“Mesti dia rindukan anak dia,“

“Ya, dua minggu sekali dia balik KL nak jenguk anak dia dan hantar ’air’ sekali,“ kata Rule sambil tergelak-gelak.

“Hantar ’air’?“ tanya aku tak faham.

----------- silent sekejap.

Lepas dah dapat tangkap tu, aku pun ketawa terkekeh-kekeh.


Wednesday, July 02, 2003

Sakit Kepala

Mula-mula aku tak ada idea nak tulis apa hari ni. Jadi, tak payahlah submit entry. Tup-tup masa aku tengah buang air besar tadi datang pulak ilham nak tulis pasal benda ni. Kira, idea dari tandaslah ni…hehhehe…. cuma ia tak ada kaitan dengan bahan-bahan kumbahan atau Indah Water. Begini ceritanya.

Semalam dalam pukul 8 lebih lepas aku solat maghrib aku rasa pening kepala sangat. Berdenyut-denyut kepalaku. Apa pasal tiba-tiba pening ni, berdetik di fikiran. Mungkin sebab aku makan sotong banyak sangat tadi, sebab tu pening tak? Entahlah, biasanya aku makan sotong, tak adalah sampai sakit-sakit kepala. Lagipun ada ke symptom sakit kepala disebabkan makan sotong? Kebetulan pulak masa tu juga housemate aku tengah pasang vacuum cleaner, bising pulak bunyi benda tu. Tapi aku tahan aje, walaupun kepala berdenyut di tambah vacuum cleaner yang bingit. Sempat lagi tu aku suruh dia vacuum ke arah siling yang bersawang walau pun tengah sakit kepala macam tu. Oh… mungkin sebab aku kena hujan tadi tak? Yalah, sampai sekarang pun hujan masih turun renyai-renyai. Aku kadang-kadang pantang terkena hujan sikit, terus pening-pening, sampai boleh membawa demam.

Aku teringat masa sekolah dulu ada seorang kawan bernama Ridhwan yang masa tu tengah main sepak takraw dalam hujan. Tapi hujan tak lebat, hanya drizzling. Lepas mereka habis main tu aku pun tegur dia “Kau orang main dalam hujan ni, tak takut demam ke, kita kan nak exam ni,” Kebetulan masa tu nak ambil SPM. Ridhwan jawab

“Ala... kalau kita asyik fikir yang kalau kena hujan demam, kena hujan demam, lama-lama demamlah jadinya. Cuba kalau kita fikir yang kalau kena hujan tak jadi apa-apa, so tak adalah kita kena demam ke apa ke,” menjawab budak ni.

Aku rasa macam nak membantah aje. Tapi aku diam ajelah, aku harap dia demam esok, hah, nanti baru dia sedar. Langsung tak dapat ambil exam. Tapi keesokkannya, dia sihat macam biasa. Tak ada pun sakit demam. Lepas tu aku pun apply teori si Ridhwan ni, jangan nak trauma sangat pasal pening dan demam kalau terkena hujan. Kadang-kadang kita ni memang terpaksa juga meredah hujan (kalau tak lebatlah) disebabkan oleh sesuatu hal yang tidak dapat dielakkan. Ataupun kalau anda terkena hujan, bila sampai di rumah, jirus kepala anda dengan air paip. Lebih senang, baik anda mandi terus. Tapi biasanya sejuk-sejuk macam tu, susah sikit nak mandi.

Malam tadi oleh kerana sakit kepala itu yang sudah tidak dapat di tanggung lagi, aku pun ambil minyak cap kapak, sapu kat dahi, tengkuk dan sisi kepala. Alhamdulillah, baru lega rasanya.

Monday, June 30, 2003

Nuts

Keluar temankan officemate shopping after office hour. Then dia belanja makan kat KFC. Lama dah tak makan KFC 3-course-meal. Ada aiskrim kacang pecan disajikan sekali dengan ayam. Aku tak tahu dalam bahasa kita kacang pecan ni di panggil apa tapi tulisan kat kotak ais krim tu terjemahkannya sebagai kacang PEKAN. Huruf C di tukar kepada huruf K. Aku rasa memang ada satu istilah khusus untuk kacang pecan ni dalam bahasa Melayu tapi aku tak ingatlah apa dia. Atau mungkin tak ada? Kalau kacang pistachio tu aku rasa memang tak ada istilah tersendiri. Satu kerja pulak aku nak menyemak kamus semata-mata nak mencari nama-nama kacang ni. Kacang-kacang mat salleh ni memang sedap terutamanya kacang pistachio, tapi mahal. Asyik makan kacang tanah aje, boring juga. Kalau masa hari raya, sajian kacang tanah goreng dengan garam ni memang laris di kalangan tetamu. Sedap pun sedap. Kalau aku pandai benda-benda html ni, bolehlah aku directkan kau orang kat website tentang kekacang dalam internet ni. Tapi websitenya pun aku belum jumpa....hehhehe....

Sunday, June 29, 2003

Tales of Two Countries

Masa aku tengah bersarapan di Pertama semalam, tiba-tiba dapat sms berbunyi ”Switzerland kat mana?“ Huh... Switzerland kat mana? It from my sister actually. Switzerland or maybe it was Swaziland? Aku baca betul-betul. Sebab I’m still not top-up my credit, aku pun guna pay phone to call her personally. “Switzerland dekat Europe, why? She didn’t answer my question tapi dia tanya pulak, “German kat mana, dekat-dekat Switzerland jugak ke?” “German pun dekat Europe tapi tak tahulah dekat ke tidak dengan Switzerland tu, but why?” “Ni dekat karnival Sure Heboh ke, bunyi bising kat belakang?” “Tak..err...“ Tak sempat nak bercakap panjang sebab talian terputus lepas tu pasal aku malas nak tambah coin dan sebab aku ada handphone. Instead of aku membazir hulur duit dekat pay phone tu baik aku beli prepaid dan use my own telefon bimbit. Sekarang pun kalau beli prepaid kita boleh dapat perfume Polo percuma….hahha… kalau aku rajin aku ceritakan pasal tu nanti. Tapi later that day bila I already top-up my phone, tak ada pula aku terfikir nak call my sister tanya tentang soalan Switzerland dia tu. Maybe dia sengaja nak menguji tahap geografi aku agaknya.

Swaziland pulak for those of you who are uninitiated adalah sebuah negara di Afrika. Aku sendiri terpaksa surf internet untuk mengesahkan fakta ni..hahahha… Ia bersempadan dengan Afrika Selatan dan Mozambique. Kalau berdasarkan website tu memang banyaklah benda yang menarik kat Swaziland ni tapi kalau ikut apa yang aku tahu Swaziland ni ialah rajanya seorang yang suka berkahwin banyak. And I don’t think that it was what the people of Swaziland can be proud of. Or were they? Tak silap aku baca berita tu dalam paper Mingguan. Satu perkara yang mungkin akan membuatkan orang confuse dengan negara ini ialah people will can always mix-up with Switzerland. Imagine when you introduce yourself from Swaziland. What? Switzerland? But you look like..err… Tentu dalam fikiran orang tu akan berfkir-fikir yang ada juga Swiss people yang lebih Afrika dari orang Afrika sendiri. Terpaksalah anda explain kepadanya yang anda sebenarnya dari Swaziland, sebuah negara kecil di Afrika dan bukannya Switzerland, sebab itulah anda nampak macam orang Afrika. Walaupun Switzerland juga negara kecil tapi ia lebih well-known mungkin sebab ia ada exposure dari Swiss knife atau jam Swiss atau lain-lain sebab yang lebih konkrit. Malas nak surf internet. Mungkin orang Swaziland patut cipta satu trade-mark untuk memudahkan masyarakat dunia lain lebih mengenali negara ini. “Ala... Swaziland, negara yang raja dia suka kahwin banyak tu,“ Or maybe not.

On a surprising note, I remember last time that my housemate Iwan pernah cakap yang kawan dia ada bekerja di Kedutaan Swaziland in KL! Heck, I’m not even know that such embassy is exist, let alone knowing someone who is working there. No offend kepada sesiapa warga Swaziland atau warga Afrika yang terbaca this entry kalau mereka terasa macam ada bau-bau apartheid. Sorry, aku tak berniat macam tu sebenarnya. Macamlah kalau mereka baca pun, mereka boleh faham…….hahahha… uppss…sorry again.

Friday, June 27, 2003

Novel + Screenwriter - Imaginary Twin = Adaptation

Dalam filem Adaptation ada diselitkan shooting filem Being John Malkovich sedang dijalankan. Aku ada beli dvd filem Being John Malkovich tapi tak dapat tengok lagi sebab aku masih belum ada dvd player. Nasib baik aku terfikir nak beli dvd filem ni dulu sebab sekarang mana lagi nak cari dvd yang murah? Well, at least in KL. Apa yang Being John Malkovich buat dalam Adaptation? Sebab, semasa shooting filem pertama tadi sedang berlangsung, the screenwriter of the movie, Charlie Kaufman sedang dalam proses untuk menulis lakon layar untuk filem yang berikutnya, based on the book by the title The Orchid Thief. Dia sedang meninjau suasana penggambaran Being John Malkovich untuk melepaskan tension tatkala menyiapkan kerja-kerja penulisan filem seterusnya itu. Apa yang pelik ialah apabila adik kembarnya Donald turut berada di sana dan berbual-bual dengannya. Kepada anda yang tidak mengetahui, Charlie Kaufman sebenarnya tidak mempunyai adik kembar. Tapi untuk filem Adaptation dia telah mewujudkan watak itu. Dan watak itu wujud pula semasa dia sedang dalam proses shooting Being John Malkovich. Sudah tentulah semasa shooting sebenar filem ini pada tahun 1998 dulu “kembar” dia yang bernama Donald tu tidak wujud sama sekali. Apa yang menariknya nama Donald Kaufman turut tercatat sebagai penulis bersama untuk kredit filem Adaptation. Rasa macam merepek pun ada.

Entah kenapa kita perlu mewujudkan kembar yang kita tidak ada itu. Kenapa seseorang perlu rasa yang mereka sepatutnya memiliki seorang (atau mungkin lebih) kembar? Best ke ada kembar? Aku tidak ada so far mempunyai kawan yang kembar. Tidak ada. Dalam ramai-ramai kembar yang lahir kat dunia ni, satu pun tak ada terlekat menjadi kawan baik aku. Sudah pastilah aku ada kenal seorang dua kembar sepanjang aku hidup ni cuma kami tidak berkawan rapat. The interesting part is kawan aku yang kembar tu, aku tak tahu pun yang dia sebenarnya ada mempunyai seorang kembar! Dan aku telah make friend dengan kembar dia terlebih dulu walaupun dia sendiri aku dah kenal lama tapi kami tak pernah bercakap pun. I’d feel like macam telah membuat satu discovery, seolah-olah telah menjumpai satu formula baru semasa aku mengetahui berita ni. Rasa macam nak menjerit “Eureka!“

Ceritanya begini, semasa aku berpindah ke sekolah baru, aku ada terjumpa satu muka yang sama, the same exactly face yang serupa (pun the redundancy) kat sekolah baru aku tu. Sebab dah terlalu sangat disogokkan dengan ungkapan cliche “Semua manusia ada tujuh muka yang serupa dengannya“ so I decide to just ignore the face. Tapi setiap kali bertembung dengan muka itu hati aku bagai di desak-desak untuk mengetahui tentang misteri di sebaliknya. Mungkin aku boleh terima kalau muka saja yang sama, tapi dengan saiz badan, warna kulit dan umur pun sama? Ianya mesti ada rahsia di mana-mana. Aku pun meluahkan kemusykilan di hati pada kawan aku tentangnya. And it turn out that memang betul yang budak itu adalah kembar dengan kawan aku kat sekolah lama. Aku pun start bercakap dengannya sebab dulu aku pernah satu sekolah dengan kembar dia tu so I think it’s nice if I introduce myself. Paling surprise bila dia bagitahu yang kembarnya kat sekolah lama aku tu akan join us di sekolah ni next month. Lepas tu baru aku dapat tengok mereka berdua sebagai sepasang kembar yang sempurna setelah kedua-duanya berada dalam satu sekolah.

Apa yang lebih memeningkan tentang Adaptation ialah bukan saja tentang kembar yang tidak wujud tapi tentang cerita yang “tidak menjadi”. Filem ini bukan berdasarkan isi kandungan buku The Orchid Thief yang kononnya Charlie Kaufman ingin adaptasikan tu, sebaliknya ia menjadi tentang benda lain. Ia berkisarkan tentang situasi yang Charlie alami semasa proses untuk mengadaptasikan buku itu yang menurutnya tiada movie value. Buku itu mengisahkan mengenai pencuri bunga orkid dan dia rasa amat payah untuk dia dramatized kehidupan seorang pencuri bunga dan tentang bunga secara umumnya. Sebuah filem sepatutnya penuh dengan drama bukan? Lalu muncul pula kembarnya (yang tidak wujud itu) yang turut sama dalam proses untuk menulis satu lakon layar. Babak-babak Charlie dengan kembarnya sangat hilarious sambil aku asyik berfikir untuk mengagak mana satu yang reality dan mana pula yang fiksyen. Donald yang masih mentah dalam dunia penulisan filem banyak meminta bantuan dari Charlie walaupun Charlie agak jengkel dengan idea filem yang ingin dihasilkannya tu. Tetapi di akhir cerita apabila Charlie sendiri sudah semakin buntu untuk menulis tentang The Orchid Thief itu, dia pula meminta bantuan dari Donald. Lebih-lebih lagi apabila agent Charlie yang sudah membaca hasil karya kembarnya itu memujinya sebagai smart and best script that he’d ever read in that year, walaupun Charlie tetap merasa annoyed.

Oleh kerana aku sudah membaca serba-sedikit tentang latar-belakang filem ini di internet dan menonton The Making of Adaptation terlebih dulu, so roughly aku telah dapat sedikit idea apa sebenarnya yang movie ini mahu sampaikan. Semasa tayangan berlangsung ada juga beberapa penonton yang keluar selepas tengok separuh jalan. Mungkin mereka bosan atau tidak faham. Atau mungkin mereka menyuruh kembar mereka saja yang menonton filem ini sampai habis bagi pihak mereka.

Thursday, June 26, 2003

D(ritz)zling

Aku tak dinner pun malam ni dan aku tak pula rasa terlalu lapar. Biasa kalau hujan-hujan, cuaca sejuk macam ni, perut mudah benar berkeroncong minta di isi. Memang ada rasa lapar sikit, aku alas perut makan biskut Ritz tiga empat keping. Nak buat ovaltine pun malas. Petang tadi kat office aku makan waffle cake yang di bagi rakan cubicle sebelah. Waffle cake yang gebu beisi jem blueberry, sedap walaupun terlebih manis. Keluar dari pejabat aku singgah Tops beli danish ...err.... entah apa nama roti ni, yang ada sosej dalam tu. Sedap juga walaupun tak kenyang. Makan benda-benda tu saja pun dah okey. Jimat belanja dari beli nasi dan lauk-pauk yang banyak guna kalori dan guna duit ..hehhe ....

Tuesday, June 24, 2003

Kita Peng-yau

Kuala Lumpur bukanlah sebuah bandaraya yang friendly, menurut survey oleh sekumpulan social psychologist selama 6 tahun di 23 buah bandaraya utama dunia. Aku baca dalam The Star last Monday 23 June. Bagaimanakah survey ini dijalankan? Para penyelidik ingin meninjau sejauh mana penduduk sesebuah bandaraya tergerak untuk membantu strangers dengan berpura-pura jatuhkan pen atau surat bersetem, berlagak buta atau tercedera.

Sahihlah dari hasil survey tu tak ada seorang pun (maybe ada seorang dua) yang sudi untuk membantu para penyelidik yang berpura-pura buta atau sengaja jatuhkan pen tu di KL. Warga kota kebanyakkannya akan ignore saja benda tu daripada menjadi terlalu prihatin. Aku boleh simpulkan yang kita semua paranoid. Kita sudah menjadi takut untuk menolong orang-orang yang tidak dikenali. Lebih-lebih lagi kaum wanita. Lebih-lebih lagi yang jatuhkan pen tu bermuka semacam bengis, selekeh, berjambang tidak terurus. Siapa yang sudi menolong jika kita diselubungi cuak dan curiga? Tambahan pula kita baru saja membaca berita seorang wanita di culik, di rogol dan di bakar di KL ini. Tak tahulah macam mana perempuan tu boleh di culik di Bangsar Shopping Centre. Khabarnya lelaki tu memang sudah target untuk ambush mangsanya ini di car park kompleks tersebut. Mungkin juga lelaki jahat itu telah jatuhkan pen lalu perempuan malang ini ingin membantu, siapa tahu?

Housemate aku Ap, pernah mengalami pengalaman hampir serupa, bukan di culik atau di rogol tapi ada orang menjatuhkan barang, bukan pen tapi handphone. Dia sedang berjalan di Puduraya bila tidak semena-semana seorang lelaki berpapasan dengannya tiba-tiba tercicir handphone. Buk, handphone jatuh ke lantai tapi tidak bersepai. Ap dengan sifat tidak friendly orang KL menonong meninggalkan orang itu tanpa berhajat ingin membantu. Setelah dua tiga langkah berlalu, tiba-tiba dia terdengar orang melaung “Hoi..hoi…!”

Dia pun berpaling, tengok-tengok orang tadi sedang mengejarnya. Cepat-cepat Ap deras berjalan meninggalkan Puduraya. Sambil muka menoleh-noleh ke arah belakang, orang tadi masih mengejar dan menjerit padanya. Akhirnya orang itu menepuk bahunya dan dia terpaksa berhenti. Orang tu memarahi Ap kerana telah melanggarnya tadi lalu handphonenya terjatuh dan rosak. “Mana saya ada langgar, bang.“

Setelah puas berdolak-dalik itu ini, orang itu suruh housemate aku bayar RM500, harga handphone. Dia tak kisah nak bayar tapi sebab bukan dia yang jatuhkan handphone tu malah berlanggar pun tidak. Tak semena-menang kena tuduh pulak. Harga handphone tu pun tak munasabah, jenis handphone botol air yang besar dan hitam warnanya tu. Stail zaman awal-awal kemunculan handphone. Tapi dia risau juga sebab orang tu masih berkeras tidak mahu melepaskannya. Mana tahu diapa-apakannya, mana tahu kalau orang itu bertindak jahat ingin mencederakannya atau mungkin dia akan di bakar nanti? Last-last sebab dah tak tahan sangat di desak, caci maki, tawar-menawar dan di peras ugut, Ap bagi orang tu RM10 aje. Nasib baik orang tu nak terima lepas tu cepat-cepat blah dari situ.

Bukanlah salah kita kalau kita menjadi tidak peramah pada orang asing. Terlalu banyak jenis orang yang berkeliaran di sekeliling kita yang kita tidak dapat menelah air muka mereka, mulia atau keji. Aku rasa warga KL bukan tidak peramah tapi mereka cuma berhati-hati. Mereka tahu jika mereka juga di timpa malang, tiada orang di jalanan yang sudi untuk membantu mereka dek kerana sifat suspicious tadi. Manalah kita dapat mengagak yang mereka itu betul-betul di timpa kesusahan atau hanya helah ingin memerangkap kita atau rupa-rupanya mereka adalah sekumpulan penyelidik yang sedang membuat research?

Btw, bandaraya paling friendly di dunia ialah Rio de Janeiro yang terkenal kerana keganasan, jenayah dan kemelaratan sosialnya. Macam mana pula mereka boleh menjadi lebih friendly agaknya ya?

Monday, June 23, 2003

Not That Wrong Viewing

Tengok filem Wrong Turn kat TGV. Plot filem ni, lebih kurang sama dengan filem-filem thriller yang pernah kita tonton sebelum ini. Orang jahat memburu orang baik, orang baik ketakutan, orang jahat tangkap orang baik, orang baik dapat melepaskan diri dan orang jahat tewas akhirnya. Filem ni at least berjaya membuatkan penonton2 menjerit dan tersentak. Tak macam Mistik yang aku tengok dulu, pelakon-pelakon aje yang banyak menjerit. Ada scene yang mendebarkan terutama masa Eliza Dushku dengan geng dia atas pokok nak mengelakkan dari di tangkap oleh orang jahat. Muka orang jahat tu pulak saling tak tumpah macam askar-askar Uruk-hai dalam filem Lord of the Ring – The Two Towers. Tak ke ngeri tu.

Ceritanya begini, Chris dalam perjalanan untuk satu interview di Raleigh dalam masa lagi 3 jam, tiba-tiba dia stuck dalam satu traffic jam. Sebab dia nak cepat, diapun berpatah balik ke lebuhraya West Virginia. Then dia try call someone guna handphone dia, tup-tup tak ada line. Dia ternampak satu papan tanda yang menunjuk ke arah stesyen petrol, lalu dia membelok ke situ. Ada seorang tua kutuk yang jaga stesyen tu, sedang minum air strawberi kot. Public phone kat situ pun tak boleh di guna. Chris tengok ada satu peta di tampal, menunjukkan macam ada jalan pintas dan dia tanya orang tua tu untuk kepastian. Orang tua tu cakap, boleh aje lalu jalan tu, mesti sampai punya. Padahal Chris tidak tahu nasib yang bakal menimpanya apabila melalui jalan tersebut. Tengah Chris leka nak modified cd dalam keretanya tiba-tiba dia terlanggar satu Range Rover. Ada 5 remaja, 2 lelaki, 3 perempuan di situ yang Range Rover mereka tengah pancit tayar. Maka lepas tu startlah satu demi satu kena bunuh.

Yang peliknya, tak kan tak ada pihak berkuasa yang curious bila dah ramai-ramai sangat remaja yang hilang kat area hutan tu. Especially bila ada banyak abandoned vehicles ditemui di satu kawasan lapang tempat orang dilaporkan hilang. Tapi dalam satu scene ditunjukkan yang polis pun kena bunuh oleh orang jahat. Jangan balik dulu lepas closing credit kerana ada baki sikit lagi scene yang tertinggal.

Wednesday, June 18, 2003

Bajuku, Bajumu Jua

Macam mana aku boleh tak perasan yang ada seorang staff ni pakai kemeja yang sama dengan aku hari ni. Itu pun sebab Kak Elly yang mention. “Hey, baju you sama dengan baju Jason,“ kata Kak Elly sambil tersengih-sengih. Huh, ye ke? Patutlah sepanjang dari pagi tadi bila dia berpapasan dengan aku asyik tenung baju aku. Aku pulak jarang nak perhatikan baju seluar orang ni, tak ada kerja pulak aku. Tapi sebab Kak Elly dah cakap macam tu aku pun tengoklah apa yang si Jason pakai hari ni. Kemeja sama colour dan seluar pun sama colour jugak! Tak boleh ke dia pakai hari lain?! Bengang jugak tu. Kalau aku tak perasan ada yang pakai baju yang sama dengan aku, memang aku tak rasa apa-apa. Ini siap ada yang tolong mention lagi tu baju aku sama dengan baju budak ni. Terganggu pulak fikiran.

Macam bulan lepas ada sekali aku pakai baju kemeja colour yang sama dengan kemeja staff perempuan yang duduk sebelah aku ni. Dari jauh orang dah dapat tengok warna biru terang memancar-memancar dari tempat kami. Macam kembar. Dia nampak macam tak kisah pun pakai baju seakan serupa dengan aku. Macam mana pulak perempuan ni boleh ada kemeja sama colour ni? Tapi dia pakai baju kemeja yang stail untuk wanita punya. Itu pun Kak Elly juga yang mula-mula mention dengan aku pasal baju aku sama dengan perempuan tu. Memang prihatin sungguh Kak Elly ni. Tapi kalau dia tak mention pun mesti aku akan perasan jugak pasal dah duduk sebelah-menyebelah. Small matter aje tu, asalkan baju tak sama corak macam kain langsir ke, kain alas meja kat restoran ke sudahlah.

Tuesday, June 17, 2003

Nemo Si Comel

Rasa macam melampau pulak, bila rasa sihat sikit terus pergi tengok wayang! Aku tak plan pun mula-mula nak tengok wayang tapi entah macam mana boleh sampai KLCC, beli tiket RM10 dan terus tengok Finding Nemo. Memang kelakar filem tu dan sedih pun ada juga. Paling lawak masa Dory tak ingat apa pasal ikan badut bernama Marlin ni asyik nak mengekor dia. Overall memang kelakarlah filem ni, puas hati. Alhamdulillah, bangun pagi Isnin dah rasa kurang sakit kepala dan demam pun dah kebah. Terus bersiap-siap ke tempat kerja. Tapi masih tidak berani makan yang pedas-pedas dan berat di pagi hari jadi beli sandwich aje. Lunch hour pun tak berani nak makan nasi dengan lauk pauk, aku makan mee sup kat Lot 10. Aku still rasa tak sedap di bahagian perut atau usus. Tapi tak juga pergi jumpa doktor. Cuma malam aje aku dah rasa yakin nak makan nasi dengan lauk sardin dan ayam goreng. Syukurlah, tak ada sakit perut lagi.