Thursday, April 28, 2005

An Entry About Nothing

This blog is not dead yet, alhamdulillah, aku masih berupaya untuk bangkit dan berfikir. Mula-mula aku ingat nak paste e-mail saja sebagai memenuhi entry pada hari-hari terakhir bulan April ini. Tetapi berasa tidak enak pula membaca e-mail yang di tulis orang untuk dipaparkan di sini. Makanya aku harus memerah idea sendiri, mencari isi-isi yang padu supaya aku dapat bergembira dengan hasil entry yang fresh dari ilham kepala otak aku.

Oh, ya, gambar poster filem White Noise tu tak keluar-keluar. Kalau ada masa nanti aku nak fix html code supaya ia menepati apa yang aku inginkan. Berkenaan dengan kehidupanku sehari-hari, segalanya berjalan dengan kelam-kabut kerana sikap aku yang tidak sistematik. I’m a very unorganised person. Aku selalu berfikir untuk mengubah sikap yang selalu buat tak kisah atau tidak terurus ini daripada terus menjadi rutin dalam hidup. Selalu berfikir macam tu tapi langsung tidak bertindak.

Selain itu aku kerap berfikir nak meneruskan blog ini dan inilah yang aku buat, menaip secara spontan entry kali ni….. main taip jerr…. tanpa sebarang draf kasar atau idea-idea bernas untuk memudahkan aku menyiapkannya. Bagaimanakah aku akan menyempurnakan sebuah prosa atau karangan tanpa ada sebarang gambaran awal untuk memulakan, mengisi lantas sampai ke noktah terakhir? Namun ilham itu ada di mana-mana kan? Lagi pun perlukah setiap entry itu harus mengenai tema atau isu tertentu? Tidak bolehkah ianya tidak mempunyai apa-apa matlamat atau isi utama sebaliknya hanya tulisan semata-mata?

Seperti juga kita ingin bertemu saudara-mara atau kawan taulan yang dah lama tak jumpa. Rasanya kita tidak akan terlebih dahulu menetapkan sebarang topik atau perkara berbangkit yang ingin kita bualkan sebelum kita bertindak untuk berjumpa dengan mereka. Kita sekadar ingin melepaskan rindu, bertanya khabar tanpa ada sebarang bahan bersembang secara formal. Jika ada hal-hal yang diperbualkan selepas itu, ia akan datang secara naturally, secara lebih bersahaja.

Begitu juga dengan blog ini. Bagaimana aku ingin menyatakan bahawa aku rindu dan ingin bertanya khabar dengannya tanpa perlu aku menetapkan sebarang topik tertentu terlebih awal? Sudah berminggu-minggu aku tinggalkan ia kosong tanpa entry menyebabkan aku terasa ghalau. Jadi eloklah aku say hello sementara ia masih berbekas di hati walaupun untuk mengucapkan hello itu pun aku kena cari idea juga apa yang nak taip ni.

Kalau anda rasa entry ni macam tak ada apa-apa, macam tak ada isi jer apa yang aku karangkan ini, memang begitulah maksudnya. Lama sangat aku tak menjenguk blog – walaupun tak ada bahan yang penting atau bermanafaat, aku kena juga membuat sesuatu supaya ia tak nampak macam tidak dipedulikan orang. Waima sesuatu yang aku isi itu adalah tidak ada apa-apa.

Sunday, April 10, 2005

Dead.fm


Kita umat Islam tahu apa yang berlaku di alam kubur sana. Tentang seksa atau nikmat yang mungkin si mati dapat ketika berada di liang lahat. Alam yang menjadi tempat tinggal mereka sementara menunggu dibangkitkan kembali ketika kiamat kelak. Kematian selalu menjadi subjek yang berkait rapat dengan genre seram atau thriller dalam filem. Bagaimana untuk memastikan unsur seram itu bangkit meremang dalam tubuh penonton adalah satu hal yang sukar apatah lagi kita di zaman moden ni memang dah biasa dimomokkan.

Sudah lama tidak menonton aksi Micheal Keaton di panggung. Beliau paling diingati sebagai pelakon pertama membawa watak Batman di layar lebar sebelum di ambil alih oleh Val Kilmer. White Noise lakonan Keaton ini ialah kisah manusia ingin berhubung dengan roh orang mati melalui gelombang radio. Ada satu abbreviation yang di pakai untuk komunikasi jenis begini, E.V.P seperti yang tertera pada opening kredit filem.

Bersesuaian dengan tajuknya, filem ini memang bising dengan bunyi tv berdesir macam dah habis siaran. Butir-butir halus yang putih dan berdebu itu kerap kali memenuhi ruang layar seakan effect untuk mengganggu tumpuan penonton. Lepas tu tiba-tiba kamera akan fokus imej berbintik-bintik tu dekat-dekat dan bamm…! keluar muka orang menerpa di skrin dan disusuli suara jeritan. Ya, adegan ni berjaya membuatkan penonton tersentak sampai kedengaran orang di panggung pun menjerit sama.

Unsur kejutan tadi walaupun cliché boleh di puji kerana plot cerita ini yang bergerak perlahan dan tidak di harap ia membawa beberapa adegan yang mendebarkan. Michael Keaton banyak mendominasi filem ini sebagai suami dan bapa yang baru kehilangan isteri dan menjaga anak kecil di samping terbelenggu dengan dunia frekuensi misteri yang secara tiba-tiba muncul dalam hidupnya. Mungkin anda tidak percaya kita boleh berhubung dengan orang mati maka bolehlah anda menyelidikinya sendiri dengan membiarkan tv terpasang sambil visual putih berdebu bak pasir itu berbunyi berdesir-desir sehingga ada suara yang keluar atau bayangan menjelma.

poster credit: imdb.com

Monday, April 04, 2005

Perlumbaan Menakjubkan Kali ke-7

Sejak mula menonton siri perlumbaan The Amazing Race melalui ntv7 dulu (masa belum ada Astro), aku dah mula hooked dengan rancangan yang menakjubkan ini. Apa kata kita mengetahui beberapa perkara trivia tentang siri yang kali ini telah memasuki musim ke-tujuh.

1. Seperti biasa dalam episod-episod Amazing Race yang lepas, setiap pasukan terdiri daripada dua orang peserta. Tpi khabarnya, untuk musim yang ke lapan nanti, setiap pasukan akan diwakili oleh 4 orang peserta pulak. Woo… ramainya. Lebih ramai, lebih meriah kan? Maka lebih banyaklah drama kalau dah ramai sangat macam tu, setiap sorang dengan perangai masing-masing.

2. Jika anda pernah kenal Rob dan Amber melalui siri reality Survivor yang masuk bertanding kali ni, ada seorang lagi bekas peserta program reality yang turut bertanding. Beliau ialah Brian dari pasukan adik-beradik Brian dan Greg. Sebelum ini Brian pernah masuk rancangan Fear Factor untuk episod khas Krismas tetapi tidak menamatkan cabaran apabila gagal dalam stunt kedua, kena makan serangga. Beliau juga pernah muncul dalam iklan Heinekan bersama actress Jennifer Aniston pada tahun 2003.

3. Untuk pertama kalinya dalam musim ke-7 ini, pasukan yang terdiri dari anak lelaki dan ibu ditampilkan iaitu Patrick dan Susan. Tapi mereka dah terkeluar. Pasangan yang paling biasa jadi peserta ialah dating couple.

4. Tahukah anda, setiap kali sesebuah pasukan itu membeli tiket flight untuk ke sesuatu destinasi mereka turut membeli tiket untuk jurukamera dan soundman yang mengiringi mereka sekali. Tapi tentulah depan kamera tiket cuma ditunjukkan dua keping saja untuk memberikan kesan realistik.

5. Dalam sesetengah keadaan, hos rancangan ini Phil Keoghan turut menaiki penerbangan yang sama dengan para peserta ketika dalam sesuatu pusingan di kala rakaman perlumbaan berlangsung.

6. Buat pertama kalinya dalam musim ini hadiah wang tunai turut diberikan kepada mana-mana pasukan yang sampai dulu di pit-stop. Dalam episod pertama dulu, pasukan Bianca dan Debbie yang mula-mula tiba di pit-stop (ketika itu di Peru) telah mendapat wang tunai berjumlah $20,000.

7. Kalau sebelum ini ketika non-elimination leg, peserta hanya diminta menyerahkan baki wang yang mereka ada dan akan start the next race tanpa sedollar pun, kali ini, bukan setakat tak ada duit malah beg yang mereka bawa juga terpaksa diserahkan. Maknanya, tinggal sehelai sepinggang seperti mana yang dialami oleh Gretchen dan Meredith yang sampai last dalam episod di South Africa minggu lepas.

8. Jika ada antara anda kehairanan melihat menara loji yang cantik dihiasi lukisan mural ketika Ray dan Deana melakukan Fast Forward di Afrika Selatan minggu lepas, siapakah yang melukisnya dan kenapa ia dihiasa sebegitu rupa?







  Orlando Power Station



Ia merupakan hasil ciptaan seorang graphic designer bernama Janine Kleinschmidt yang ditugaskan oleh bank First National di sana untuk memberi wajah baru kepada loji tersebut. Janine mengambil inspirasi dari kawasan dan penduduk Soweto supaya ia dapat mencetuskan semangat dalam menggambarkan kawasan di mana loji Orlando Power Station itu terletak.

Wednesday, March 30, 2005

Gempa Bumi Datang Lagi

Bila aku sampai saja di office pagi semalam, ternampak ada banyak lagi suratkhabar percuma The Sun dalam bekasnya maka aku ambillah satu. Alangkah terkejutnya aku melihat tajuk depan akhbar tersebut ialah tentang gempa bumi. Dekat Sumatera lagi pulak tu. Ni, gempa bumi apa lagi ni? Kan ke dah ada gempa bumi hari tu? Betul ke paper hari ni yang aku ambik ni?

Rupa-rupanya malam sebelumnya memang berlaku gegaran di pulau Sumatera sehingga boleh terasa di Semenanjung. Aku saja yang tak terasa apa-apa. Tidur mati kot? Housemates aku pun tak rasa bergegar atau bergoyang malam tu walaupun mereka masih belum mengorok. Lagipun flat kami duduk tu bukannya tinggi sangat mungkin pasal tu kami tak effect dengan gempa yang melanda.

Keluarga aku pun ada sms bertanya macam mana keadaan aku dan sebagainya. Alhamdulillah, selamat semuanya. Padahal aku pun tahu pasal berita ni melalui newspaper. Lepas tu aku access internet nak baca berita lebih lanjut tapi sekadar baca tajuk-tajuk utama jer. Busylah nak baca betul-betul. Lagipun kita dah boleh agak inti kandungan bahan berita macam tu.

- ramai yang mati
- berlaku kerosakan harta benda
- semua orang takut
- semua pihak akan hulur bantuan

Jadi cukuplah setakat baca main titles jer. Bukanlah bermakna kita dah jadi kurang sensitif dengan issue-issue begini cuma tak ada banyak masa nak layan. Lagipun fikiran kita masih fresh dengan tragedi yang berlaku pada Boxing Day tahun lepas maka ia seakan tidak memberi impak yang dahsyat lagi. Sementelah kita tidak merasai apa-apa kesan dari gempa yang berlaku. Apatah lagi bagi mereka yang terlibat secara langsung dengan kejadian itu, tentulah berlebih-lebih trauma mereka. Mungkin tak sanggup untuk membaca atau mendengar berita semacam ini lagi. Sekurang-kurangnya dalam masa terdekat.

Kemudian lepas lunch ada seorang rakan menelefonku bertanya betul ke beberapa bangunan di Golden Triangle bergegar hari ni? Bergegar? Entahlah, aku tak rasa apa-apa pun. Dia cakap ada seorang kawannya yang bekerja di kawasan ini beritahu dia tadi. Dia pun terus call aku untuk bertanya khabar kalau-kalau aku turut merasa getarnya….cheh… dah jadi macam tajuk lagu kumpulan Slam pulak…”Jika Kau Rasa Getarnya”. Aku jawab, tak ada apa-apa pun, macam biasa saja. Tak ada bergoyang sikit pun.

Lepas tu ada staff dari department sebelah bagi tahu yang memang ada berlaku gegaran tengahari tu. Beberapa orang kakitangan terasa yang meja, cabinet dan kerusi seakan tidak stabil dan bergoncang-goncang kecil. Tapi ianya berlaku dalam beberapa saat saja. Tapi mereka semua tetap merasa cuak dan berjaga-jaga. Memang sukar nak mengagak benda-benda fenomena alam macam ni. Dalam pada kita ingat peristiwa begini tidak akan berlaku lagi dalam jangka masa terdekat, tidak semena-mena ia terjadi juga.

Monday, March 28, 2005

Dear Diary

Rasanya kalau aku menulis dengan details apa yang aku buat hari-hari, itu akan jadi lebih menarik (perasan). Tapi memandangkan yang satu dunia boleh membaca blog ni, haram ler aku nak buat macam tu. Haram jadah…. Tapi tak apa, kita ambil fragmen-fragmen penting saja dalam sehari-hari tersebut.

Misalnya semalam aku tulis mengenai apa yang aku makan dalam sehari, hari ni pula aku nak bercerita tentang sejak bilakah aku mula berminat untuk menulis diari. Oh, sebenarnya tadi aku dah siap mengarang satu perenggan berkenaan satu peistiwa yang meninggalkan kesan padaku (dan pada manusia sejagat). Tapi bila aku congak-congak, kejadian yang berlaku tu akan genap sepuluh tahun pada tahun depan. Aku fikir balik, elok aku tulis tahun depan sajalah, baru nampak cantik sikit bila dah cukup sepuluh tahun nanti. Doakan aku panjang umur.

Ok, apa yang membuatkan aku begitu berminat untuk menulis diari ni? Bagaimanakah ia bermula? Aku start masa zaman sekolah, pada aku merasa sangat-sangat boring duduk di asrama dan aku tak begitu suka bercakap dengan budak-budak lain. Jadi aku menconteng pada kertas-kertas terpakai dan buku nota. Kemudian aku beli satu diari yang proper dan mula menulis secara tertib. Aku tulis semua kejadian dari bangun tidur sampailah aku nak tidur balik pada malam harinya.

Ia menjadi rutin yang sangat menyeronokkan setiap hari dan aku cuba sedaya-upaya untuk mendisplinkan diri supaya dapat menulis walaupun sebaris ayat. Kalau malam tu aku terlalu penat, aku cuba untuk menulis pada keesokkan siangnya. Kadang-kadang sampai dalam kelas pun, tapi bukanlah masa cikgu mengajar. Kalau terkantoi kang, dibantainya cikgu tu baca diari aku depan kelas kuat-kuat….. waduhh…malu sihh..!

Rakan-rakan seasrama tahu yang aku ada menulis diari dan mereka selalu mendesak untuk membacanya. For surelah aku tak bagi, semua benda yang aku kutuk diorang ada dalam tu. Yang kelakarnya sekarang aku pulak sukarela nak paparkan diari aku secara terbuka di alam siber ni. Tak payah nak di desak atau di pujuk rayu. Cuma tak adalah aku nak tulis pasal kutuk-mengutuk…. ke ada? Tak perasan pulak, kalau ada sorry.

Tapi disebabkan aku ni ada short-span interest terhadap sesuatu, selepas aku habis belajar jer, minat aku untuk menulis diari juga tidak serancak dulu. Bukan tak tulis langsung, hanya tak konsisten. Lama-kelamaan minat itu kian pudar dan terus aku melupakannya. Namun, bila aku bertukar tempat kerja dan ada komputer sendiri, aku start menulis (atau menaip) balik. Ada yang aku print dan ada yang aku save dalam disket.

Sampailah aku granted with internet access at office dan aku discovered dunia blog ini. Aku pernah ceritakan dalam entry yang lepas-lepas bagaimana aku boleh terklik pada website blog ni dulu. Well…. di sinilah diari aku sekarang. Terbuka, bebas dan jauh melampaui batasan. Cuma isinya saja terpelihara agar tiada yang sumbang dan tidak mengaibkan. Aku mohon petunjuk dari Allah (S.W.T) semoga selama ini apa-apa yang aku terbitkan, biarlah ia mendatangkan manafaat. Kalau pun ada sifat-sifat mazmumah yang terlepas siar, janganlah anda mencontohinya, ambillah ia sebagai iktibar.

Sunday, March 27, 2005

Sajian Simple Sabtu

Dalam Kosmo Ahad hari ni (mukasurat 2 dan 3), aku memang bersetuju sangat yang rakyat Malaysia makan berlebih-lebihan setiap hari. Langsung tak reti nak control. Pulak tu makan benda-benda sampah-sarap (junk) pulak, bukannya makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayur, ulam-ulaman atau buah-buahan. Termasuklah orang yang menulis ni jugak..hehhe… kalau boleh malas nak telan sayur-mayur ni, tak lalu tekak.

Tapi semalam, Sabtu (March 26, 2005) aku telah berjaya mengurangkan makan. Horee..! Aku makan benda-benda yang merepek macam tak masuk akal pun ada. Lagi satu sebab aku malas nak turun bawah dua tiga kali semata-mata nak mengisi perut. Jadi makan saja apa yang ada dalam peti ais. Tak sangka aku boleh bertahan sepanjang hari dengan melantak sajian ringan berikut.

Sarapan

Aku makan milkybar, sejenis white chocolate bercampur badam, sebungkus assorted nuts, a glass of soybean milk and sebiji oren.

Tengahari

Masa ni aku kena keluar cari nasi. Tak tahan makan pagi dengan style mengada-ngada macam tadi. Walaupun hujan melanda, tetapku redah jua pergi ke restoran berdekatan mencari sepinggan nasi dengan lauk-pauk selera Melayu. Aku makan ikan keli goreng, sayur jantung pisang masak lemak dan sambal sotong.

Inilah yang baru di panggil makanan. Hujan masih turun masa ni menambahkan kelazatan suasana dalam iklim yang sejuk berhadap nasi panas yang membuka selera. Balik rumah tidur (perangai yang buruk) sampailah pukul 6. Lepas tu lapar balik.

Dinner

Malasnya nak turun makan. Buka peti ais tengok apa yang ada. Ada sekotak susu soya dan sekeping Cadbury. Habiskan air soya dan makan coklat. Lepas tu kenyang. Dapat sms orang ajak tengok teater. Malam tu habiskan masa menonton Astro sampai tengah malam. Housemates ajak keluar makan tapi tak ada mood.

Masa nak tidur perut berkeroncong bagai nak gila sebab lapar. Sampai naik pening kepala. Berfikir-fikir sendiri nak keluar makan ke tak ni, atau nak biarkan saja sampai esok pagi? Tak bahaya ke ni tahan lapar macam ni? Alhamdulillah aku berjaya meneruskan tidur tanpa membangunkan diri untuk ke kedai mamak. Kalau tak bertambahlah kalori aku malam tu sebab menjamu selera di tengah malam buta.

Itu masa boleh tahan. Kalau rasa lapar tu dah menggila sangat, baik korang pergi jer makan. Jangan nak menyeksa diri tak tentu pasal. Nak berdiet pun orang kata berpada-padalah sama juga masa tengah makan, janganlah kenyang sampai tersandar. Baik bangun dari tidur dan pergi makan kejap daripada terus pening kepala macam tu. Nanti tertidur terus kang…. sapa nak jawab.

Friday, March 25, 2005

Berdiri Tanda Berbudi

Semasa mula-mula iklan kempen berbudi bahasa yang menonjolkan seorang pemuda berat bontot dalam LRT tu disiarkan, aku mengikutinya dengan penuh minat. Kesan daripada iklan tu aku rasa sangat menyampah dengan Adlin. Meluat, geram, sakit hati dan seumpamnya. Memang menyampah tahap maksimum sampaikan aku dah tak tengok lagi iklan tu tatkala tayangannya berputar di kaca tv. (Mungkin aku terbawa-bawa dengan menyampahnya aku masa melihat dia membawa watak Sultan Melaka dalam Puteri Gunung Ledang tu tak?)

Whateverlah, yang pentingnya aku tak suka.

Tidak berapa lama kemudian kawan aku Brad cakap kat aku yang dia pun tak suka dengan iklan pemuda dalam LRT tersebut. Erkk… kenapa agaknya? Dia pun tak suka dengan Adlin ke?

Bukan, sebab aku imagine pemuda tu ialah aku sendiri!

Kenapa? Kau pun sama perangai macam tu ke?

Dulu kan masa aku belum ada kereta, aku naik LRT jugak. Memang selalu ler aku jumpa orang-orang tua, perempuan pregnant…. biasanya aku buat-buat tidur jer. Bukannya aku nak offer diorang tu tempat duduk.

Oh, macam tu.

Yalah, aku dengan fail-fail aku lagi – laptop lagi… macam mana aku nak carry semua tu! Tegasnya mempertahankan diri.

Oh, ok.

Memang iklan tu perli aku lah. Nasib baik aku dah ada kereta sekarang.

Memang senario yang digambarkan dalam iklan berkenaan adalah tulen dan betul-betul menyentuh perasaan sesetengah daripada kita. Tentang bagaimana kita untuk memberi respon di atas keadaan yang digambarkan itu adalah hak masing-masing. Aku pernah terbaca yang screenplay iklan itu hampir tidak diterima oleh pihak kementerian. Mereka lebih berminat dengan satu kempen lain yang memberi mesej lebih sound direct. Nasib baik akhirnya mereka memberi lampu hijau untuk iklan yang dapat kita lihat sekarang.

Aku tak mahu sentuh soal kaum apa yang tidak beradab sopan atau bangsa apa lebih bertatarakyat kerana dah ada orang lain mengulasnya. Isunya macam mana nak mengubah attitude buruk ini dalam masyarakat Malaysia. Semua orang yang naik pengangkutan awam tu ada masalah atau tekanan atau situasi mereka sendiri semasa berada di dalamnya. Tapi sebab itu adalah kenderaan yang di kongsi beramai-ramai jadi mereka tidak boleh mementingkan diri sendiri. Jadi untuk mereka yang kurang berbudi bahasa dan berat punggung tu…. belilah kereta, macam kawan aku tu.

Monday, March 21, 2005

Babbling About Blog

Walaupun aku rasa lega dapat berehat dari menulis, tapi ketahuilah anda semua bahawa aku sentiasa teringatkan blog ni (serta pembaca-pembacanya) yang membuatkan aku kekadang jadi tak keruan. Seperti mana yang selalu aku tekankan, aku tak nak menulis kalau aku tak ada idea yang lancar nak di luah atau aku rasa macam terpaksa. Sementelah aku dah boring dengan template sekarang ni. Nak try buat yang baru pulak.

Tapi kali ni aku kena lebih berhati-hati bila nak mengubahsuai design layout blog ni. Kalau tak isi kandungan dia habis jadi tunggang-langgang. Maklumlah aku ni bukannya pakar dalam html dan benda-benda yang sangkut-paut dengannya. Paling bodoh pun aku boleh surf dalam internet dan belajar sendiri cara-cara menukar corak weblog anda supaya menjadi lebih cantik? Err… bukanlah aku nak laman ni jadi lebih cantik sebenarnya tapi lebih praktikal.

Lebih praktikal?

Macam mana tu?

Entah.

Gasaklah.

Ok, kita berbalik semula pada perenggan pertama tadi yang aku cakap aku berehat seketika dari mengisi blog ini. Apa yang aku buat semasa berehat tu? Macam biasalah pergi kerja, balik kerja, keluar minum teh tarik (aktiviti favourite sekarang), tengok wayang, keluar dari KL, tengok konsert, makan-makan di luar (memang kena makan kat luar pun – tak reti masak),baca novel, beli dvd dan rasanya tu jerlah kot. Tak begitu banyak variety untuk aku ceritakan. Melainkan aku cerita secara terperinci, setiap butir-butir aku dedahkan dalam tulisannya tanpa berselindung sedikitpun, itu boleh saja di anggap sebagai satu perpektif berbeza.

Tidak. Aku tak boleh (dan tak mampu) untuk menulis dengan details segala perinciannya. Jadi yang tinggal hanya perkara-perkara general yang tidak menyentuh sensitiviti sesiapa. Baru-baru ini seorang kawan ada bertanya dalam sms, tidakkah aku teringin nak create sebuah blog? Aku tak jawab pun soalan tu sebalik menyimpang ke benda lain. Kalau aku jawab aku memang ada sebuah (atau sehelai? Sehelai blog?), nanti ia akan berlanjut-lanjut ke persoalan yang lain-lain pula. Aku belum bersedia nak mention pasal blog ni kat sesiapa.

Macam mana dia boleh nak tahu pasal benda blog ni? Pasal dia ingin create semula weblognya setelah dia memansuhkan weblog yang pernah dimiliki suatu ketika dulu. Jadi dari situ, dia pun bertanya dengan aku soalan mengenainya. Aku tak tahu macam mana perasaannya kalau dia dapat discover online jurnal aku ni. Marahkah dia? Atau rasa tertipu setelah mengetahui bahawa aku sebenarnya bertahun-tahun kebelakangan ini memang mempunyai sebuah blog. Cuma aku tak hebahkannya kerana aku rasa malu.

Bulan Mac sudah hampir ke penghujungnya. Sepatutnya hari ni menjadi terlalu panas gara-gara equinoks tapi alhamdulillah hujan lebat turun membasahi bumi. Kalau rajin aku update lagi sebagai memenuhi entry bulan ini yang terlalu sikit.

Tuesday, March 08, 2005

Tertarik dari Menulis

Sesuatu yang di tulis dengan hati yang jujur dan ikhlas akan lebih seronok untuk di baca. Masalahnya aku tak ada mood. Dah masuk minggu ke dua Mac dan aku masih tak ada keikhlasan ingin mengisi diari ini. Jadi, bagaimana bisa ia akan jadi menyeronokkan untuk di baca nanti?

Kebelakangan ini, habis saja waktu pejabat aku tidak terus pulang ke rumah. Sebaliknya menyertai rakan-rakan minum teh tarik di kedai mamak. Sesambil itu bersembang-sembang dari satu bab ke satu bab sampai nak masuk waktu maghrib. Elok juga tu, boleh aku terus singgah masjid berdekatan untuk sembahyang jemaah. Cuma yang aku tak puas hati, masa-masa untuk aku berada di rumah telah menjadi begitu singkat ekoran dari tabiat ini. Aku kan lebih suka duduk rumah.

Sebenarnya itu bukanlah satu masalah besar pun. Duduk rumah ke, pergi keluar merayap ke, mana-mana jer lah. Asalkan aku tahu apa yang aku buat tu tak memudaratkan. Macam mana ada orang yang lebih suka menghabiskan masa di luar rumah daripada berada di dalamnya? Lainlah kalau memang kena bekerja lebih masa atau menghadiri aktiviti yang tidak boleh dielakkan, sekadar untuk merayau-rayau rasanya adalah tidak begitu perlu.

Tetapi mengapa pula susah sangat aku nak menolak atau rasa berat hati meminggirkan kawan-kawan dengan berjumpa untuk sessi borak-borak over a glass of teh tarik. Sejak bila aku mula rasa tertarik untuk menyertai mereka? Seolah-olah aku fikir akan ketinggalan sesuatu jika tidak berkumpul bersama dan berbual-bual atau sekadar tumpang telinga mendengar apa-apa yang mereka asyik perdebatkan. Dan sejak bila pula balik cepat ke rumah bukan lagi menjadi keutamaan selepas kerja?

Rasa macam membazir pun ada. Dengan harga segelas teh yang manis di tambah dengan roti canai atau roti bakar bersalut jem, semuanya bukanlah murah jika di campur setiap hari. Mungkin tidak perlu setiap hari, dalam lima hari kerja yang ada, keluar bersantai minum-minum ini untuk sehari dua saja, nampaknya lebih munasabah. Benda yang dicakapkan pun bukanlah penting mana, berbaur sekali dengan mengumpat gosip turut menghurung dosa. Selepas itu ketawa-ketawa seolah-olah dunia ini kita yang punya.

Dalam hati sedar yang aktiviti begitu tidak wajar dijadikan rutin malah boleh mengganggu masa rehat yang sepatutnya diperuntukkan berada di rumah. Sekurang-kurangnya boleh tengok Astro atau melelapkan mata. Agaknya aku dah jemu tengok tv, bosan duduk rumah tak buat apa-apa dan mula tergerak hendak meluaskan minda melalui suasana sosial begitu. Malah ianya semakin menarik, bercakap, mendengar dan mengambil bahagian dalam berinteraksi sesama sendiri adalah sangat positif seakan ia boleh menjadi therapy.

Rasanya aku lebih menggemari perkara-perkara begitu sekarang daripada menulis. Patutlah untuk mengeluarkan idea melalui tulisan kebelakangan ini seakan terseksa malah adakalanya buntu. Terus aku jadi malas tidak bermaya. Lupakanlah aku sekejap sehingga aku menjadi ikhlas kembali.

Monday, February 28, 2005

Pergilah Melancong

Ke mana agaknya nak pergi melancong jika melawat Travel Fair? Ya, aku tahu, dah seminggu Travel Fair ni berlalu dan tak kan aku baru nak ceritakannya hari ni? Apa benda yang aku nak tulis dalam blog ni adalah tertakluk pada aku sendiri so bear with me people. Sejak bila orang ramai mula berminat hendak bercuti secara diskaun ini? Begitu ramai sekali umat yang membanjiri ekspo pelancongan yang baru berlalu termasuklah aku sendiri tidak ketinggalan.

Nak masuk kena bayar RM2 sekaligus sebagai derma untuk mangsa tsunami. Petugas di kaunter memberi tag untuk di lilit pada pergelangan tangan sebagai tanda kita telah di caj. Masuk-masuk saja ke ruang pameran, terdapat begitu banyak booth agensi pelancongan sedang mempromosi pakej masing-masing. Manusia melaut ramainya ke hulu ke hilir menyinggah setiap gerai seolah-olah begitu berminat untuk makan angin. Aku pun tak tahu apa yang aku cari di sini sedangkan di hati sendiri masih berbelah bahagi sama ada betul-betul aku ingin keluar melancong atau saja nak mengecap suasana.

Aku memang tidak berduit nak melancong ke luar negara waima dengan sebegitu menggoda tawaran yang diberikan ia masih di luar kemampuanku. Jadi aku hanya berjalan iseng membontoti kawan-kawan yang nampak genuine ingin keluar berwisata dengan bersungguh-sungguh meninjau setiap booth di pameran. Tapi aku tetap juga mengambil apa-apa flyers atau pamphlet yang di unjuk petugas-petugas mana-mana agensi yang tidak jemu membahagikannya kepada orang ramai. Aku teliti juga risalah yang di beri manalah tahu ada yang berkenan di hati (dan di akaun) maka bolehlah aku join sekaki.

Kalau melancong sekitar Malaysia bolehlah aku join, ikut sekadar mana yang termampu. Selain dari booth travel agency, ada terselit satu booth TMNet sedang mempromosikan streamyx. Melihat dari gerai-gerai travel agency itu, kita tidak akan menyangka betapa banyaknya kewujudan agensi pelancongan yang terdapat di Malaysia. Dulu aku ada seorang kawan yang kerja di agensi begini tapi sekarang dah resign dan agensi tempat dia bekerja dulu pun dah bungkus. Memang dia selalu keluar outstation membawa pelanggan-pelanggan di agensinya itu makan angin di destinasi yang ditawarkan.

Tempat yang paling selalu dia pergi ialah selatan Thai. Tak tahulah secara spesifik di bahagian mana selatan negara Siam itu. Sekarang ni nak pergi ke sana pun agak was-was ekoran kejadian pengeboman yang selalu sangat kita dengar. Kalau tak kena bom pun kena tembak, memang bahaya betul. Akhir tahun lepas pula berlaku dua kejadian yang tidak selesa buat para pelancong iaitu pembunuhan di Tak Bai dan tsunami di Phuket yang kedua-duanya bertempat di selatan Thai. Tapi semasa kawan aku pergi ke sana dulu menguruskan pelancong-pelancong dari Malaysia, tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Maaflah, aku tak sempat nak korek cerita lebih-lebih dari dia pasal pengalaman dia membawa pelancong ke sana, kalau tak sahih aku akan paparkan di sini. Walaupun tidak dapat pergi sendiri dengar cerita dari orang yang pergi tu pun, okey juga. Entahlah, tak terfikir pulak masa tu.

Wednesday, February 23, 2005

Candle-Lite Breakfast

Pagi Ahad(1) sampai saja di rumah, tekan suis lampu dan suis kipas, ke dua-duanya tidak berfungsi. Sahlah tak ada elektrik. Patutlah tadi di kedai-kedai makan yang aku lalu semuanya memasang lilin seolah-olah sedang memuja sesuatu. Aku suspek mesti rumah aku juga gelita gelita petanda keputusan bekalan elektrik. Memang betul pun. Tak tahu apa masalah TNB kali ni, harap-harap ia tidak memakan masa terlalu lama.

Aku buka tingkap supaya angin dapat masuk sebab pagi ni terasa panas pula. Tapi ruang tamu masih tidak begitu cerah kerana baru pukul 7 lebih, matahari belum naik lagi sehasta. Macam mana nak makan roti canai(2) dalam keadaan tiada cahaya ni? Astro pun tak dapat tengoklah jawabnya. Aku pun cari lilin nak bagi terang sikit rumah aku yang dah macam dalam gua tu.

Lilin yang biasa warna putih dan bersaiz panjang tu tak ada, yang ada ialah lilin aromaterapi. Jadi ler… dari tak ada lilin langsung. Sekarang masa untuk mencari lighter. Kat manalah housemate aku ni letak lighter dia. Biasanya ada banyak benda ni bersepah-sepah depan mata, tapi time orang nak guna dia, tak ada pulak. Aku pun guna api dapur gas(3) jer lah. Tapi cahaya yang terbit dari lilin tu terlalu romantik, kecil sangat apinya dengan bau wanginya lagi. Bolehlah tu, asalkan boleh terang sikit-sikit, bukannya aku tak nampak langsung dan bukannya aku nak sumbat roti canai tu ke hidung(4). Kat luar pun matahari dah makin meninggi di ketika ini.

Barulah boleh makan roti canai dengan selesa sebab dah ada api lilin. Tengah-tengah aku sedap mengunyah tiba-tiba elektrik muncul. Yay!! Dah boleh tengok tv! Masa tu lebih kurang pukul 8 lebih dan aku pun padamkan lilin sambil menikmati sarapan dengan lebih menyelerakan. Lupa pulak nak cakap. Aku sebenarnya baru sampai ke rumah subuh Ahad tu dari bercuti wisata. Penat-penat sampai kat rumah, tengok-tengok letrik pulak tak ada. Nasib baik kejap jer.

___________________________
(1). Ahad 13 Feb 2005 yang lepas, dah lama punya cerita ni tapi sebab benda ni asyik berpusing-pusing di kepala, baik aku tulis.
(2). Sebelum sampai rumah tadi aku tapau roti canai dulu di satu restoran. Tapi restoran yang aku singgah ni ada pulak api letrik. Mungkin dari pencawang yang lain.
(3). Nak pasang lilin aromaterapi guna api gas ni agak payah sikit pasal bentuk lilin tu yang macam pasu bunga kecik. Kalau lilin kaler putih yang panjang tu memang senang pasal bentuk dia panjang. Kita boleh terus hulur sumbu dia dekat api tu. Kalau lilin bentuk macam pasu ni, kita kena ambik kertas suratkhabar, bakar kertas tu dulu kemudian baru cucuh dekat lilin aromaterapi tu.
(4). Walau segelap mana pun tempat yang kita nak makan, memang mustahil yang makanan tu kita akan suapkan ke anggota badan yang lain. Mesti suap ke dalam mulut jugak. Kalau tak, kebuluranlah jawabnya bagi golongan cacat penglihatan sebab gelap tak nampak, tak tahu nak sumbat makanan tu kat mana?!

Monday, February 07, 2005

Tua Setahun Lagi

Sms yang kawan aku hantar semalam untuk membatalkan janji temu sarapan kami diakhiri dengan ungkapan

“jangan marah, nanti cepat tua”

Aku tak marah pun, sebaliknya aku lega sebab tak jadi. Dan aku tak kisah juga kalau cepat tua. Sejak bila marah diasosiasikan dengan tua, aku tak tahu. Tapi ia seakan amaran supaya kita jangan cepat marah-marah jika tidak mahu menjadi tua yang seakan sangat ditakuti itu. Mari kita imbas kembali beberapa frasa melibatkan “tua” yang sangat popular.

a/+ Seorang Tua di Kaki Gunung

Sebuah novel karya Azizi Haji Abdullah yang pernah menjadi teks sastera wajib untuk pelajar tingkatan 4 (atau 5 kot?) pada tahun-tahun 80-an dulu. Betapa berkesannya novel ini sehingga ia didramakan dengan pelakon utama ialah Taman Idris. Aku pernah baca masa budak-budak dulu walaupun agak lambat nak habiskannya.

b/+ Tua-tua Keladi

Sejenis peribahasa yang sambungannya berbunyi “Makin Tua Makin Menjadi”. Maksudnya lebih kurang makin lama hidup, semakin gatal pulak jadinya. Contohnya orang tua yang syok dengan perempuan muda dan ingin berkahwin dengannya atau lebih teruk sekadar nak berseronok-seronok sahaja. Kita boleh juga panggil dia, “Tua Kutuk”.

c/+ Rumah Orang-orang Tua

Sebuah pusat penjagaan orang-orang tua yang biasanya di panggil dengan nama lain misalnya “Rumah Seri Kenangan”. Walaupun penghuni yang duduk di situ tidak berharap mereka hanya di kenang sebaliknya pergilah juga menziarahi mereka. Bukannya mereka dah meninggal nak di kenang-kenang. Patutnya pusat tu kita panggil “Rumah Seri Kena Ziarah”.

d/+ Tua Sebelum Waktunya/Tua Mengejar Kita

Dua buah lagu yang pernah ngetop nyanyian dua penyanyi wanita yang berlainan. Lagu berunsur nasihat ini secara ringkasnya mewajarkan kita mempergunakan masa terluang dengan sepenuh manafaat sebelum tanpa kita sedari kita telah terlalu tua di samping mengingatkan kita bahawa hari tua pasti menjelma.

e+ Le Tour de Langkawi

Tak ada kena-mengena dengan terminologi tua walaupun sebutan “Tour” tu lebih kurang sama dengan “Tua”… hahhaha…


Setahun sudah berlalu… bukan hari ni lah maksud aku hari Khamis nanti bermakna satu lagi tahun baru menjengah tiba. Maka semakin tua juga usia kita setahun lagi. Selamat menyambut Tahun Baru Islam 1426 H.

Sunday, February 06, 2005

Makan, Tidur, TV

Pagi

Selepas aku selesai mandi, tiba-tiba saja mendapat call dari kawan yang nak ajak breakfast bersama. Teragak-agak pula aku nak pergi ke tidak pasal kalau aku keluar pagi ni mesti terlepas kartun Spiderman : ) kat ntv7 nanti. Keluar makan dengan dia ni selalunya lama dan aku malas nak cakap aku kena balik cepat semata-mata nak tengok kartun. Aku pun setuju jer lah nak ikut dia keluar breakfast.

Lepas aku bersiap-siap, tiba-tiba dapat pulak sms dengan katanya tak jadi nak keluar pasal dia ada hal mengejut. Lega sikit dengar, aku pun terus pergi masak air nak buat air teh dan masak Indomie goreng. Lama tak masak mee segera, sedap betul rasanya. Sambil tengok kartun di pagi Ahad yang ceria.

Tengahari

Lepas habis Spiderman aku bukak dvd filem bertajuk Cruel Intentions 3. Tak sampai setengah jam tengok tiba-tiba rasa mengantuk pulak lalu aku terus zzzzz….. Sedar-sedar dah pukul 2 lebih dan aku terus keluar cari nasi. Makan nasi lauk ikan pari masak asam pedas, sayur masak air dan hati goreng. Tengah makan lauk hati tu tiba-tiba aku teringat pulak pasal rancangan kat channel Travel & Living semalam yang bertajuk “Eating in Guangzhou” yang menceritakan masyarakat Cina kat sana yang makan ular! Semua bahagian ular diorang makan. Loya pulak tekak aku.

Habis lunch, aku balik rumah dan bukak tv. Bukak-bukak jer terus keluar channel Hallmark yang jarang aku tengok tu. Ada filem bertajuk “When We were Grownups” lakonan Peter Fonda dan Faye Dunaway. Filem yang sesuai untuk petang Ahad yang bertemakan kekeluargaan mengisahkan seorang perempuan berkahwin dengan duda anak tiga. Ada juga babak-babak yang menyentuh perasaan terutama semasa adegan rakaman video di parti hari jadi datuk mereka yang ke-100. Habis tengok filem tu aku tidur balik.

Petang

Sedar-sedar dah pukul 6.30 petang. Masak air lagi sebab air pagi tadi dah sejuk (rumah aku tu takder thermos). Aku membancuh semug vico 3 in 1 sambil menunggu The Simpsons start pukul 7. Tapi rupa-rupanya dah tak ada kartun tu, digantikan dengan Malcolm in the Middle. Cuaca kat luar masa ni guruh berdentam-dentum memaksa aku off kan tv.

Sambil minum vico aku makan karipap mini yang dah berhari-hari aku nampak ada berbungkus atas meja. Sedap jugak karipap ni makan time-time lapar dengan hujan kat luar yang sedang melebat. Sekejap jer hujan turun sebab dalam pukul 7.30 lebih tu cuaca dah kembali cerah. Aku pun kembali membuka tv tanpa was-was lagi.

Malam

Aku terus pasang channel StarWorld sebab ada Oprah Winfrey dengan tetamu jemputan beliau malam ini ialah pelakon-pelakon siri komedi “Seinfeld”. Bagi aku siri “Seinfeld” ni adalah antara rancangan paling kelakar yang pernah aku tengok dan memang menyedihkan apabila Jerry secara tiba-tiba membuat keputusan untuk menghentikan siri tersebut. Alasannya, dia takut penonton akan menjadi muak. Ibarat kita makan sejenis makanan yang sedap, apabila terlebih satu dua suapan, sajian itu tidak akan lagi sesedap seperti yang mula-mula. Penonton di studio Oprah malam tadi sangat bertuah apabila mereka semua dihadiahkan dvd 3 musim pertama sitcom “Seinfeld”.

Kemudian beralih pula kepada channel Discovery yang menyiarkan dokumentari bertajuk 1421: The Year China Discovered America. Ia sesungguhnya satu dokumentari yang sangat menarik! Pergilah tengok kerana ia mencetuskan perdebatan siapakah orang sebenarnya menemui Amerika, Columbus atau siapa? Episod malam tadi menceritakan bagaimana laksamana Zhang He (ataupun Cheng Ho) ingin memulakan pelayarannya dari China ke Melaka, India sampailah ke Afrika.

Friday, February 04, 2005

Menjadi Blogger

Banyaknya jurnal atau blog yang aku discovered sekarang sampai dah tak terbaca. Tapi kebanyakannya baru wujud dalam tahun lepas. Bukan main rajin pulak mereka semua untuk update, boleh dikatakan setiap hari. Maklumlah masih baru, tentulah semangat masih berkobar-kobar untuk memenuhi entry supaya nampak penuh berisi.

Tak macam aku ni, makin lama makin malas pulak. Dah tahap seniorlah katakan. Senior dari segi bab membaca dan discover blog orang lain. Tapi bab mula create blog dan mengemaskini tu kira amatur lagilah. Sedar tak sedar dah masuk 5 tahun aku menggemari aktiviti membaca jurnal di dunia cyber ini. Dah bermacam-macam gaya, beraneka bentuk, bervariasi jenis jurnal, diari atau blog yang aku jumpa di sini. Antaranya;

1<< Ada sesetengah blogger yang terpaksa menukar site contohnya dari diaryland ke blogspot ke livejournal dan sebagainya. Adalah sebab-sebab yang tak dapat mereka elakkan tu sehingga mereka terpaksa "berpindah rumah".

2<< Sesetengah blogger pula telah menukar isi kandungan blog mereka secara ekstensif dari berbicara soal peribadi beralih kepada soal-soal umum. Sebab-sebab mereka bertindak untuk menukar tu, ada alasan-alasan tertentulah tu.

3<< Ada juga penulis yang berehat dulu sekejap dari menulis blog mereka malah terus menutupnya. Apabila mereka kembali, baru mereka menukar isi kandungannya.

4<< Ada jugak yang apabila tutup blog, langsung tak buka-buka

5<< Setiap pencipta blog memang tidak suka dengan design blog yang standard dan huduh itu malah mereka sangat dengki pula dengan penulis blog lain yang ada laman blog yang sangat sofistikated (termasuk akulah tu …) Tak apa, berusahalah untuk create design blog yang lebih gempak dengan belajar sendiri atau tanya orang.

6<< Sesetengah penulis online jurnal ini tanpa rasa segan silu terus mendedahkan apa-apa saja aktiviti mereka seharian tanpa ada self censorship atau tanpa memikirkan sensitiviti agama atau adat-budaya. Kadang-kadang siap kena condemn lagi dengan pembaca sama ada melalui Haloscan comment, tagboard message atau guestbook.

Membaca mesej-mesej berbentuk provokasi beginilah yang agak mencabar pemikiran dan kesabaran tapi memandangkan ia adalah hak individu, terpulanglah. Sekurang-kurangnya ada respond dan bermakna ada yang prihatin.

7<< Jangan sangka semua blog yang anda baca sekarang akan kekal mudah tertera setiap kali anda ingin mengkliknya. Suatu masa nanti tak semena-mena anda akan di minta password pulak untuk membacanya. Sedihh… Tapi sebab anda adalah silent reader, tak ada masa pula anda nak bertanya si penulis jurnal untuk memberi anda kuasa membuka jurnalnya itu. Lantaklah. Baca saja mana-mana jurnal lain yang tak banyak songeh.

8<< Akan ada rakan blogger atau pembaca blog anda yang ingin berjumpa dengan anda! Macam selebriti pulak rasanya. Tapi terserahlah pada anda sendiri sama ada nak jumpa atau kekal sebagai anonymous.

9<< Seseorang yang anda kenali akan terjumpa blog anda! Tapi aku sendiri … alhamdulillah, belum ada lagi kawan-kawan lama aku yang terjumpa dengan blog ni. Tapi hari tu nyaris kantoi dengan Ika, officemate aku, nasib baik sempat cover baik punya.

10<< Dengan menulis blog, anda boleh dapat anugerah tau! Bukan artis atau ahli sukan jer yang dapat anugerah, blogger pun boleh.

Itulah antara beberapa aspek dalam menulis online jurnal yang sempat aku perhatikan. Kalau anda yang membaca ini tiba-tiba tergerak untuk mencipta jurnal sendiri, selamat berjaya diucapkan. Harap-harap ianya tidak berhenti sekerat jalan. Semoga apa yang anda tulis itu dapat memberi manafaat dan ilmu kepada mereka yang membacanya di samping mendapat keberkatan untuk anda menjalani hidup di dunia ini serta di akhirat kelak.

Thursday, January 27, 2005

Watch Saw


Err… di atas sebab-sebab yang aku sendiri malas nak fikir, aku tak jadi letak e-mail tu kat sini. Mudah-mudahan, akan ada nanti seseorang atau sesiapa yang baik hati akan membuatkan artikel tersebut tersesat ke alamat e-mail anda. Kita kembali kepada agenda yang lebih senang untuk di tulis, iaitu apa yang aku buat sehari-hari. Ahh… benda-benda bosan jer yang aku buat pun.

Setelah sekian lama tak tengok wayang dan di tambah dengan dvd yang banyak kat rumah tu tapi masih aku tak tengok-tengok, bebaru ni aku kembali ke panggung. Aku pilih untuk menonton filem Saw, semata-mata kerana kawan aku cakap ada twist kat ending dia. Aku tengok tanpa banyak berfkir kerana tak mahu menyerabutkan kepala otak meneka apakah twist yang tersembunyi itu. Rupa-rupanya … aha! Nasib baik aku tak sibuk nak berfikir itu ini sebab penamat dia memang gempak.

Puas hati dengan filem ni kerana jalan ceritanya agak lancar tanpa gangguan begitu banyak potongan. Sepatutnya berdasarkan dari sinopsis yang aku baca tentulah filem ini akan di cincang-cincang sebab temanya yang ganas, rupa-rupanya tak ganas sangat. Idea yang dilontarkan itu kedengaran seakan-akan gory waima sebenarnya ia divisualkan dengan lebih berhati-hati.

Tahukah anda kenapa filem yang sepatutnya ganas ini telah menjadi jinak? Kerana pengarahnya James Wan terpaksa memotong beberapa adegan yang di dakwa keterlaluan supaya ia mendapat rating yang lebih longgar. Filem ini juga pada mula-mulanya dicadangkan untuk diedarkan terus dalam versi video tetapi setelah tayangan awalnya mendapat respon yang positif, ia di tukar menjadi format filem.

Ini merupakan filem pertama arahan James Wan seorang penuntut jurusan filem di Australia dan pengambaran hanya memakan masa 18 hari.Selain itu pelakon-pelakon utamanya bukanlah terdiri dari nama-nama besar dunia hiburan selain Danny Glover dan Monica Potter yang memerankan watak sampingan. Jalan cerita yang berkesan serta tagline yang provokotif menjadi tarikan utamanya. How much blood would you shed to stay alive?

Wednesday, January 26, 2005

Wonder Year

Dalam satu anekdot yang pernah aku baca menyatakan bahawa, orang yang bersifat pesimis boleh menjadi seorang manager yang bagus. Mengapa? Kerana mereka selalunya akan mengambil kira mengenai risiko atau akibat buruk yang mungkin timbul dari sesuatu tindakan. Maka mereka akan terus bersedia dengan jalan penyelesaiannya sekali.

Manakala jika anda terdiri dari golongan yang optimis pula, cuba paksa diri anda untuk mencatatkan segala-galanya tentang aspek-aspek negatif yang mungkin berlaku dari sesuatu tugasan, idea baru, pekerja, prospek dan lain-lain. Apabila anda dapat membiasakan diri dengan amalan ini secara mudahnya anda akan lebih bersedia dengan sebarang jalan keluar jika malapetaka menimpa.

Sementara itu semasa aku masih menuntut dulu, lecturer aku pernah memberitahu yang orang pesimis ini paling sesuai bekerja sebagai jurujual insurans. Kenapa pula? Kerana nature tugas yang memerlukan mereka sentiasa bercakap tentang perkara-perkara buruk yang bakal terjadi seperti kematian, kemalangan, kebakaran, kecurian, penyakit dan sebagainya.

Bukankah itu semua benda-benda yang selalu di fikirkan oleh mereka yang pesimis? Bagaimana kalau aku jatuh sakit dan kena tahan di wad? Macam mana kalau meninggal dunia – siapa nak tanggung anak-anak? Bagaimana kalau lampu antik China yang encik beli ni di rompak orang? Macam mana pulak jika bot anda karam? Semuanya berkisarkan faktor-faktor yang menakutkan belaka, tak ada yang happy langsung.

Tentu ada di kalangan anda ada menerima e-mel layang bertajuk “FW: Supervolcano in the heart of USA - antara tanda kiamat yg akan tiba..” baru-baru ini? Kalau ada yang belum dapat esok jer lah aku paparkan kat sini. Entry sebelum ni pun dah siarkan forward e-mail jugak, nanti bosan pulak asyik siar e-mail memanjang.

Have a pessimistic year everyone!

Sunday, January 23, 2005

Cerita Acheh

Officemate aku forward e-mail di bawah berkenaan Acheh dan spekulasi mengenai tsunami yang menimpa daerah itu baru-baru ini. Aku pun tak ada idea nak tulis apa buat masa ni, jadi sudi-sudikanlah membacanya. Semoga mendapat manafaat bersama.

Subject: Lagi mengenai Acheh- mesti baca

benar atau tidak.. hanya Allah S.W.T. sahaja yang mengetahuinya....


Menarik...
Beberapa hari lepas aku ada peluang duduk semeja dengan pak lebai dari golongan tabligh yang dah merantau di Pakistan, India, negara2 Arab dan tak terkecuali di Acheh. Bila aku tanya kenapa Acheh sebuah negara yang kuat pegangan agamanya dan mendapat jolokan Serambi Mekah, dilanda bencana yang paling teruk. Apakah bentuk peringatan yang ditunjukan oleh Allah S.W.T kepada kita sebenarnya.

Jawapan dia yang pertama yang juga merupakan satu pertanyaan, Pernah ke aku ke Acheh? Tentu jawapannya aku tak pernah ke sana. Itulah banyak orang yang tak tahu keadaan disana. Bila dia ceritakan perkara yang sebenarnya apa yang berlaku semasa dia disana pada tahun 1996 selama lebih sebulan, orang kata itu adalah fitnah.

Dia kesana bersama jemaahnya pada bulan puasa. Apa yang dilihatnya, menimbulkan kekaguman pada Islam disana. Orang yang bersembahyang jemaah disana untuk Maghrib
dan Isyak memang ramai. Katakan masjid tu boleh muat seribu orang, yang pergi 3 ribu. Semua berduyun-duyun. Bukan satu masjid, bahkan hampir kesemua masjid menampung bilangan 2-3 kali ganda kapasiti yang boleh muat, melimpah sampai ke jalan. Apabila tamat saja Ramadhan, bilangan amat jauh berbeza. Bilangan yang sembahyang jemaah hanya satu saf saja. Bila ditanya, jawapannya semua sibuk dengan kerja.

Waktu Ramadhan, memang adat sembahyang jemaah dan tarawikh, macam satu pesta. Maknanya Islam disitu lebih kepada adat.Bila malam bulan Ramadhan, memang diadakan Tadarus Al-Qur'an di masjid2. Tapi tadarusnya lain sekali dari Malaysia. Caranya dengan selang seli antara bacaan oleh pihak perempuan dan lelaki yang berkumpul dalam satu bulatan. Antara waktu rehat, diadakan jamuan makan yang juga bercampur antara lelaki dan perempuan yang bertepuk tampar dalam masjid. Disana juga ada pasentern atau sekolah agama. Pelajar perempuan memang diwajibkan bertudung. Tapi yang mengecewakan adalah, mereka hanya memakai skirt yang menampakkan betis mereka. Sedangkan itu juga adalah aurat yang wajib ditutup.

Pada malam2 tertentu, diadakan ceramah agama. Tapi yang peliknya, ia lebih kepada cerita jenaka. Tak kira penceramah itu bercakap soal neraka atau syurga, pendengar akan ketawa terbahak-bahak sampai menepuk lantai, bukannya seperti kita yang kekadang sehingga menitis airmata keinsafan.Dari segi penghayatan agama juga amat berlainan.

Dalam satu rumah boleh ada agama yang berbeza. bapa mungkin seorang Islam, tapi anak belum tentu. Dalam satu rumah Islam, boleh ada ayat2 suci al-Qur'an dan boleh juga ada salib. Si bapa yang Islam tidak akan menghalang anaknya menganut agama lain kerana Pancasila negara juga tidak menghalang. Jadi bila pak Haji ni nak jumpa bapanya yang Islam, anaknya boleh cakap, urusan agamu adalah urusan kamu, jangan ganggu agama aku dan bapanya boleh mengiyakan. Kalau kita kata ramai Hafiz atau penghafaz Qur'an disana, kita silap. Di Malaysia lagi ramai.

Kerajaannya sanggup mengeluarkan tawaran, barangsiapa anaknya Hafiz, anaknya beserta dia suami isteri akan dihantar ke Mekah untuk menunaikan haji secara percuma. Apa yang berlaku disini adalah kerana ulama' disana telah dikatakan menjadi ulama' pemerintah. Ketika penjajahan Belanda, ramai ulama' Islam dibunuh dan kitab2 dibakar. Ulama' tulen telah hamper tiada dibumi Acheh.

Umat Acheh adalah Islam kerana adat sahaja, walaupun bukan semua. Mereka amat marah jika ada pihak menghina Islam, tapi Islam mereka tidak begitu sempurna. Apa yang berlaku pada mereka adalah hamper sama dengan apa yang berlaku kepada kaum Nabi Luth mahupun kaum Nabi Nuh, mereka dihilangkan dari bumi Allah dan digantikan dengan kaum yang baru. Begitu juga yang berlaku di Bosnia misalnya.

Itu adalah salah satu pandangan yang aku perolehi. Ada juga pandangan dari orang lain yang aku lihat hampir sama dengan pandangan itu tadi. Kemaafan aku pohon kalau
ada yang terguris dan terasa dengan penjelasan ini. Walau apapun, bersama-samalah kita renungkan cerita pak haji itu tadi. Kalupun cerita itu tak betul, sekurang-kurangnya ada sedikit pengajaran.

Thursday, January 13, 2005

Ocean Legend

Dulu semasa orang ramai paranoid nak makan ayam, terpaksalah kerajaan mengadakan kempen makan ayam. Alasannya kerana khuatirkan penyakit selesema burung yang sangat berleluasa di kala itu. Sekarang, kita terdengar pula tentang kempen memakan ikan. Puncanya pulak kerana masyarakat awam takut ikan-ikan di perairan nusantara ini memakan mayat manusia lalu kita pula secara tidak langsung ibarat jadi “pemakan orang” juga kalau melantak ikan yang telah mendapat zat dari mayat-mayat tadi.

Kita tidak mahu jadi cannibal walaupun secara tidak langsung begitu. Ia adalah urban legend kita bahawa ribuan mayat yang masih belum dapat timbul ke permukaan menjadi habuan hidupan marin. Walaupun jika memang benar pun ikan-ikan tersebut mencicip daging mayat manusia, apakah akibat paling buruk yang dapat mereka bawa pada kita? Selama ini macamlah kita peduli pun apa yang haiwan itu makan. Aku amat bersetuju dengan komentar Awang Sulung dalam Utusan Malaysia hari ini. Ikan tidak perlu menjadi satu fear factor.

Kita di sini di landa kerisauan yang tidak berasas terhadap makanan laut manakala umat manusia di Acheh, Sri Langka dan India yang baru saja di landa tsunami itu risau tak dapat makan. Mentang-mentanglah kita ada banyak pilihan makanan lain maka tidak makan seafood dalam sebulan dua ini tentulah tidak akan memberi impak yang kritikal dalam kehidupan kita. Cuba kalau tak ada sumber makanan langsung? Entah-entah bukan saja ikan, binatang yang merayap di tepi dinding pun kita tengok dengan penuh terliur. Tapi aku terbaca dalam paper baru-baru ni pasal status makanan non-halal sebagai sumber mengalas perut di saat-saat darurat untuk umat Islam di Acheh.

Kenapa masyarakat kita tiba-tiba teringin untuk mengambil tahu apakah jenis-jenis hidangan yang hidupan laut itu makan? Ia bukan hanya sejak mayat-mayat mangsa ribut tsunami yang terdampar di dasar lautan itu mula menjadi isu tapi sebenarnya kita telah lama curious tentang hal ini. Sebelum ini seseorang pernah menegah aku dari makan ayam kampung. Alasannya ayam kampung itu makan macam-macam benda langsung tak tahu memilih. Semua item yang ada di atas tanah mahu di catuknya. Campaklah hampas kelapa ke, putik bunga ke, cebisan plastik ke, puntung rokok ke, jam tangan ke, maka berkejar-kejarlah ayam tadi untuk cepat-cepat memagut “rezeki” yang tak reti untuk dibezakannya itu.

Begitu juga dengan kerang. Pernah dengar tak yang penternak kerang biasanya membiakkan haiwan moluska itu berhampiran dengan ladang oink-oink? Aku malas nak mengulas panjang sebab anda pun boleh membayangkannya dalam kepala masing-masing. Aku tak tahu sejauh mana benarnya dakwaan ini atau ia hanya satu lagi urban legend. Tak pernah pulak aku berhajat nak melawat pusat penternakan kerang semata-mata untuk menentukan kesahihannya sendiri. Dan aku pulak masih makan kerang walaupun setelah mendengar desas-desus begini. Terserah anda.

Tuesday, January 11, 2005

Pergilah Makan

Sepatutnya hari ni aku di belanja makan tetapi last-last aku pulak yang kena belanja orang lain. Petang tadi officemate aku nak belanja makan KFC sebab aku tolong dia copy lagu dalam pc dia. Tak boleh cakaplah nama album yang di copy cdnya itu nanti menangis pulak penyanyi berkenaan, penat-penat dia keluar duit buat lagu, senang-senang pulak aku pergi copy. Dia tak dapat belanja sebab ada seorang lagi officemate tiba-tiba nak ikut pergi makan sekali. Dia nak belanja aku seorang jer, jadi kenalah kansel. So, kitorang makan goreng pisang instead.

Malam tu aku makan sekali lagi dengan adik aku yang datang berkursus di KL ni. Aku belanja dia makan di Rafflesia Chicken Hut yang menyediakan koleksi nasi ayam dengan pelbagai perisa. Aku makan chicken lemon with honey dan adik aku ambil roasted chicken. Tak berapa membangkitkan selera nasi ayam dia di tambah aku dah kenyang makan pisang goreng dan ubi goreng tadi. Kalau aku betul-betul lapar mungkin sedap sikit nasi ayam tu lagipun nasi dia sedikit lembik. Dah habis makan tu ternampak lalat hijau yang besar seekor hinggap di saki baki makanan kami. Lalat pun ada. Yikes!

Hari Jumaat lepas after office hour, kawan aku datang bermalam di rumah. Sebelum balik dia membawa aku makan di satu tempat yang agak seedy di belakang pasaraya Mydin. Tempat tu memang nampak tidak semenggah dari segi kebersihan dan persekitaran untuk menarik nafsu makan. Tapi orang tetap ramai mengunjungi food court dimaksudkan. Jangan tengok sekeliling tempat tersebut sebaliknya anda tengok tv ke, atau tengok ke arah makanan anda. Kalau mata asyik meliar melihat ke sana sini, bimbang ternampak cik ti sedang main kejar-kejar. Tebantut selera. Aku order nasi bubur dan kawan aku makan mee bandung.

Mee bandung dia nampak sedap (tapi aku tak tumpang rasa) dengan segala ramuan yang membuatkan ia kelihatan sesuai di panggil mee bandung. Aku punya bubur nasi lebih kepada bubur lambuk. Lebih kurang sama macam bubur lambuk yang mak aku selalu masak masa bulan puasa. Aku kena mintak extra sup sebab bubur dia terlalu likat, seakan berkanji. Kita ada pilihan sama ada nak letak ayam atau daging, aku pilih ayam. Aku tak rasa mee bandung kawan aku tu pasal minggu sebelumnya aku baru makan mee bandung jugak. Aku try yang kat Senja di Asian Heritage Row. Mee bandung di Senja tu kureng sikit dengan selera aku sebab terlalu pedas dan ada perbezaan style masakannya dari yang biasa aku cuba.

Tapi Senja tentu saja mempunyai suasana dan keadaan yang lebih selesa untuk menjamu tekak dari belakang Mydin tu. Makanan yang tidak menepati citarasa tentu boleh dimaafkan jika dekorasi dan kebersihan restorannya terpelihara. Berlainan pulak dengan warung belakang mati tadi, makanan dia kena betul-betul sedap sebab kita telah sanggup berkompromi dengan persekitaran yang mencemarkan itu semata-mata untuk mengisi perut dengan keenakkan sajian yang tiada tolok banding. Jadi apa sebenarnya piawai yang anda letak sebelum anda sanggup melabuhkan tubuh untuk duduk dan mengadap hidangan di depan mata? Bon appetite!

Entry berbau "Jalan-jalan Cari Makan" ini kerana aku terpengaruh dengan channel Travel & Living di Astro.

Wednesday, January 05, 2005

My Happy Working

Earlier this week (aku try nak tulis dalam English tapi stuck pulak tak tahu perkataan apa nak guna….hehe..) aku telah di panggil oleh HR department. Panik already. Walaupun aku dapat agak benda apa yang mereka nak cungkil dari aku – sebab salah seorang boss dah beritahu aku awal-awal berkenaan hal ini, namun kepanikan tetap tak boleh elak. Tapi aku buat tak tahu jer, terus masuk bilik meeting dan discuss beberapa perkara dengan pegawai yang dimaksudkan.

Perjumpaan itu berlangsung dengan lancar walaupun aku ada tergagap-gagap nak jawab sebab sibuk nak susun ayat in English. Hasilnya, aku menjawab bercampur aduk, sekejap dalam BM, sekejap lagi jadi BI pulak. Dah tak jadi satu dialog yang sistematik dan kemas, seolah-olah tak meyakinkan. Ada juga aku terasa perjumpaan tu ibarat lakonan semula interviu kerja lagaknya. Nasib baik lepas tu tak ada terima apa-apa surat dengan statement berbunyi “…we regret to inform you…bla-bla-bla…” Scary. Secara ringkasnya pertemuan dengan pegawai tu adalah untuk berbincang mengenai tugas-tugas aku di department sekarang.

Seorang kawan bertanya dalam e-mail sama ada aku tidak berminat untuk berniaga atau learn any new skills untuk memperbaiki kehidupan demi masa depan yang lebih baik? Sampai bila aku nak hidup begini? Sampai bila aku nak duduk di KL? Adakah aku gembira dengan kerja dan kehidupan di kotaraya ini? Adakah aku telah selesa dengan persekitaran yang aku jalani sekarang? Nampaknya aku telah dihujani dengan soalan-soalan beracun yang selepas itu membuatkan aku seakan-akan termanggu. Macam mana nak jawab ni. Dah lah aku jarang membuat open discussion untuk menghuraikan masalah-masalah begini. Sebenarnya kerap juga aku memikirkan benda-benda ni dalam kepala sendiri tapi setakat berfikir jer lah. Dan apabila tiba-tiba seseorang telah menanyakannya secara terbuka (walaupun dalam e-mail) ibarat kepala aku macam kena sekeh.

Aku pun membalas e-mail itu setelah mendapat idea untuk memberi jawapan yang memuaskan. Secara ringkas jer aku rangkumkan jawapan itu dengan menyatakan bahawa aku happy dengan kerja sekarang. Walaupun melalui karier yang cikai ini mungkin tidak mampu menjadikan aku kaya raya atau boleh menjadikan aku pandai dalam bidang geologi (contoh yang tak ada kena-mengena….) tapi sekurang-kurangnya aku happy. Aku sangat bersyukur dengan secebis kegembiraan yang Allah kurniakan itu kerana aku tak sanggup dapat kerja yang membuatkan aku jadi duka nestapa. Dalam hidup kita ni ada banyak aspek dan kalau boleh dalam semua ciri tersebut kita ingin kebahagiaan. Tentulah macam terlalu sempurna jika keseluruhan hidup kita adalah di penuhi kegembiraan semata-mata, ada juga sesetengah perkara yang pasti membuatkan kita tak puas hati, betul tak?

Kerja tak seberapa inilah setakat ini yang mencetuskan rasa gembira, rasa selesa sikit walaupun tak adalah setiap hari aku mesti gembira. Kadang-kadang aku kena jadi despatch tu, itu yang aku tak berapa gemar cuma tak selalu kena buat. Aku pernah mengalami bidang kerier yang bikin aku rasa tertekan, macam nak gila dan rasa tak best. Memang hari-hari rasa tak seronok dan setiap hari adalah penyeksaan yang tidak tertanggung. Sebab pilihan di tangan sendiri, maka aku berusaha juga mencari kerja yang sesuai dengan jiwa aku dan boleh membuatkan aku rasa sentiasa nak happy tu. The rest as they always said is history.