Monday, July 02, 2007

Bersendirian Dengan Hot Fadz Fuzz

Urghhh… nampaknya aku kena berhenti tulis benda yang aku tak pandai. Aku telah baca banyak review untuk Hot Fuzz dan begitu ramai yang memuji filem tu sedangkan aku tidaklah begitu menyanjunginya setelah menonton. Lain kali aku ingin sematkan dalam hati bahawa black comedy stail British bukanlah aku punya secawan teh (hehe).

Comedy? Yes

Black? Yes

Black and alone? Yes and yes!

Bayangkan menonton cerita black comedy di dalam panggung yang gelap dan sempit dan seorang diri pula. Sedangkan itu hari Sabtu yang sepatutnya lebih ramai orang. Memang ada ramai orang tapi semuanya nak tengok Transformers (oh, aku dah tengok Transformers. Best!) Dah-lah aku duduk di barisan tengah. Aku takut nak pindah ke kerusi paling belakang – malah nak pandang belakang pun aku tak berani! Peliknya aku tak pula nak keluar panggung sebab tak selesa tengok seorang diri. Aku bertahan tengok sampai habis.

Kalau berdasarkan sinopsisnya Hot Fuzz ini bukannya sebuah kisah yang seram. Tapi sebab ada banyak sound effects yang kuat dan secara tiba-tiba seperti bunyi laci di buka, pintu di hempas, air di tuang, kereta di brek – semua bunyi di buat secara melampau tahap decibel berapa ntah, sampai banyak kali aku terkejut. Dah-lah aku sorang-sorang dalam tu. Itu belum di tambah dengan kemunculan watak berjubah ala-ala Grim Reaper yang tak semena-mena ada dalam skrin. Semakin seram ler jadinya.

Tapi berbaloi lah tunggu sampai habis kerana kita ingin tahu juga kesudahan misteri pembunuhan yang berlaku di kampung yang kononnya aman permai tersebut. Kelakarnya apabila mereka memperolokkan filem aksi tipikal Hollywood berlatarkan sebuah desa terpencil Inggeris yang selalunya action movies memang terlebih dramatik dan terlalu dibuat-buat. Hot Fuzz pula adalah saduran bijak daripada genre berkenaan dengan idea yang licik dan di perkukuhkan oleh lakonan mantap serta prestasi baik yang di bawa sebelum ini oleh Shaun of the Dead.

Bila lampu di buka semula dan aku ingin melangkah keluar, si cleaner kelihatan hairan melihat aku seorang di dalam lantas menegur

“Satu orang saja kah?”

“Ya,”

Terasa macam satu pencapaian di situ, bersendirian dalam panggung dengan filem yang aku bukan minat sangat. Mungkin lain halnya kalau ada lebih ramai orang sedang menonton bersama ketika itu. Maybe akan berjangkit lebih vibe untuk aku appreciate. Atau lebih sesuai lagi jika aku tengok filem hantu Siam, Alone secara alone?

Tuesday, June 26, 2007

Kekosongan Kejam

Ok, kita semua sudah tahu kan undang-undang filem thriller. Namun ia masih juga berbaloi di tonton. Kalau mahu fikir dengan kritikal mengapa pita rakaman itu dibiarkan saja dalam bilik tersebut atau mengapa kes sebelum ini mustahil tidak di buat siasatan atau menimbulkan syak? Atau bagaimana kalau terjadi lebih daripada dua orang penginap datang pada malam berkenaan? Satu rombongan bas ke?! Macam mana agaknya mereka nak handle situasi begitu?

Tinggalkan “lubang” itu menjadi kecacatan yang disengajakan bagi mencemaskan kita. Luke Wilson beralih ke watak di luar kebiasaannya yang goofy atau kelakar kepada lebih serius di samping Kate Beckinsale dari underworld ke dunia atas yang tidak kurang getir dan kejamnya. Tapi ada satu adegan yang melibatkan “underworld” semasa mereka dalam proses ingin melarikan diri.

Apa sebenarnya kisah Vacancy ini? Seperti dalam Psycho atau Identity, fokus kita adalah kepada motel itu, yang terpencil di tepi jalan dan kelihatan selamat tetapi terlindung petaka. Sanggupkah anda mendaftar masuk ke dalamnya?

Sebenarnya tak payah peduli pasal jalan ceritanya pun tak apa. Luke dan Kate sebagai suami-isteri dalam kereta baru balik dari sebuah majlis keluarga. Mereka rasa janggal dengan kehadiran itu sebab mereka dalam peringkat akhir ingin bercerai secara rasmi. Tambah memedihkan lagi anak mereka baru saja meninggal akibat kemalangan jalan raya. Antara bercerai hidup dan berpisah mati, kereta mereka tiba-tiba rosak di tengah jalan. Tapi kejadian ngeri tidak bermula di sini sebaliknya melorongkan mereka ke sebuah rumah tumpangan yang akan mencetuskan tragedi.

Opening credit yang terasa seperti memberi homage kepada filem-filem thriller vintage garapan Alfred Hitchcock yang diiringi score muzik dengan montaj seakan mengembalikan semangat pengarah tersohor itu. Malah mungkin Norman Bates sendiri akan bangkit memberi idea tambahan kepada motel tersebut supaya lebih menimbulkan impak.

Thursday, June 21, 2007

Hero Dalam Dirimu

Masih lagi dengan konsep copy and paste isi kandungan majalah sebagai bahan blog kali ini aku pilih majalah 8 Days pula. Aku telah membelek isu no. 863 May 3, 2007 yang lepas serta berminat dengan satu kuiz yang terdapat pada keluaran tersebut. Maaflah aku malas pula nak imbas atau taip semula kuiz itu supaya korang dapat menjawabnya. Aku rasa seperti melanggar hakcipta.

Cari sendirilah majalah tu kalau teringin nak buat.

Kuiz tersebut bertajuk “Which Hero Are You” dan betullah seperti yang korang agak, ia berkaitan dengan siri televisyen popular Heroes. Ada sepuluh soalan dengan empat pilihan jawapan yang dapat mencungkil rahsia personaliti seseorang. Yang seronoknya kita boleh tahu adakah peribadi kita serupa atau tidak dengan salah seorang karektor dalam siri Heroes berkenaan setelah selesai menjawab. Tapi cuma empat watak saja yang dapat diketengahkan sebab tak muat, ramai sangat kan.

(Aku terjemahkan secara rambang berdasarkan apa yang aku faham dari keterangan majalah tersebut)

1. Niki/Jessica Sanders (lakonan Ali Larter)

Seorang yang ada dwi personaliti yang sangat berlawanan antara satu sama lain. Kamu sungguh misteri dan sukar di telah perangai sebenar kamu yang mana satu. Waima ini bererti kamu lebih mudah untuk memikul sebarang cabaran hidup berbanding manusia biasa, malangnya karektor kamu yang berubah-ubah itu membuatkan kamu susah untuk menaakulkan perbuatan itu dengan diri sendiri.


2. Peter Petrelli (Milo Ventimiglia)

Kamu ternyata seorang yang baik budi sangat sampai ke tahap memperbodohkan diri sendiri. Tidak sekelumit pun kamu menaruh waham terhadap orang maka sesiapa yang mendekatimu rasa selamat berada di samping. Walaupun bermakna orang mudah untuk menjadikan kamu kawan tapi kamu juga mudah diperlaku sewenang-wenangnya. Lebih buruk lagi, mereka juga selalu ambil kesempatan di atas sikap kamu yang baik hati tak pasal-pasal tu.


3. Claire Bennet (Hayden Panettiere)

Memang kamu sangat istimewa kerana dapat memulihkan diri sendiri walau semalang mana pun peristiwa yang melanda kamu sentiasa menghadapi dunia dengan senyuman. Tak mungkin kamu berduka terlalu lama maka tidak ada luka yang tidak boleh sembuh. Sehebat mana pun dugaan yang di tempuh ia di anggap bukan satu hukuman. Tidak ada faktor yang boleh menggugat daripada kamu terus menjalani hidup oleh kerana kekebalan itu.


4. Hiro Nakamura (Masi Oka)

Sifat ceria dan positif dalam meneruskan apa juga cita-cita waima sebesar mana pun halangan tidak bisa melemahkan. Kamu di kurnia akal bijaksana untuk digunakan mengatasi segala krisis melalui idea logik itu. Walaupun IQ kamu tinggi tetapi ciri EQ juga harus di pupuk lebih mendalam. Keupayaan minda dioptimumkan supaya kamu boleh memanipulasi sesiapa juga demi kebaikan sejagat. Tapi apakah yang baik-baik saja hasilnya yang keluar oleh daya intelek kamu?


Aku sendiri setelah buat kuiz tu mendapati aku lebih kurang sama dengan Peter Petrelli. Baik kah aku ni? Selalu ke aku diperbodohkan?! (tanya diri sendiri)

gambar ihsan http://www.heroes-pictures.com

Tuesday, June 19, 2007

Senarai Penguin Berkuasa


Menurut Entertainment Weekly #931/932 keluaran Apr 27/May 4, 07 ada seekor binatang lain yang telah mengatasi populariti monyet di Hollywood. Ia adalah penguin! Tahun ini mengukuhkan lagi kedudukan haiwan ini dengan kemunculan Surf’s Up yang akan ditayangkan bermula Khamis. Mari kita lihat senarai penguin tersohor yang telah menempa nama di sini berdasarkan Penguin Power List seperti yang dipaparkan majalah tersebut.

1. Mumble – Happy Feet

Telah meraih Oscar dalam kategori Filem Animasi Terbaik baru-baru ini. Aku pernah tulis dah pasal Happy Feet ni, kan? Memang sejenis makhluk yang gebu dan comel untuk menambat hati sesiapa pun. Aku bersetuju dengan majalah ni yang meletakkan Mumble nombor satu dalam senarai mereka.


2. The Penguin – Batman Returns

Bukan semua penguin baik dan jinak kerana burung ini telah mengubah stigma itu dengan jadi penjahat dalam Batman Returns. Tak ada siapa menyangka Danny deVito berjaya menjadi burung yang tidak boleh terbang bermemek bengis dan keji. Sesuailah duduk nombor dua sebagai kontras dengan Mumble yang baik hati dan cute.


3. Emperor Penguin – March of the Penguins

Berasal dari Perancis ia bukan drama sebaliknya dokumentari. Aku pun tak tengok-tengok lagi. Sebagai dokumentari yang kedua mencatat kutipan tertinggi setakat ini ia boleh menjadi perimeter kepada produksi lain yang ingin memilemkan genre ini. Kalau monyet ingin kembali merampas carta tersebut, kenalah bikin satu rencana yang betul-betul gempak tentang makhluk primate ini pula.


4. Skipper, Private, Kowalski dan Rico – Madagascar

Tak sangka pula yang keempat-empat penguin ini pulak yang ditunggu-tunggu kemunculan mereka dalam filem kartun Madagascar. Padahal adegan mereka tidak banyak tetapi biarlah sikit asalkan berkualiti. Inilah surprise hit namanya. Kalau nak buat satu filem spin-off berdasar watak mereka, pastikan ia turut beri impak yang berkesan.


5. Chilly Willy – dalam The Woody Woodpecker Show

Inilah penguin yang meletakkan piawai kepada semua kemunculan penguin selepas itu. Mula dikenali menerusi siri animasi berjudul The Woody Woodpecker Show, ia menarik perhatian khalayak dengan kakinya yang sejuk comel serta suka menghirup sirap maple (terus terjemah daripada EW). Sejak dari tahun 50-an hingga sekarang popularitinya terus bertahan dengan kemunculan memorabilia yang mengabadikan namanya.

Monday, June 18, 2007

NOM3OR

Di petik dari ruangan Sechoit, Majalah Ujang Bil 304 keluaran 15 Mac 2007. Ini sebagai platform untuk pembaca mengetengahkan lawak atau komik hasil perahan idea mereka sendiri. Di bawah ialah jenaka yang di kirim oleh pembaca bernama Almuhaimin Mohd Zahrin.

Nombor

Suatu hari di sebuah sekolah berhampiran dengan studio Ujang, seorang guru matematik menyedari seorang muridnya bernama Jinggo tidak menumpukan perhatian semasa dia mengajar. Lalu beliau memanggil Jinggo dan bertanya pada Jinggo,

“Jinggo! Beritahu saya apakah kategori nombor 4, 17, 40 dan 62?”

Kemudian Jinggo dengan pantas bangun dari kerusinya dan menjawab,

“Ria, AXN, HBO dan Cartoon Network, cikgu!”

Selepas menjawab, dua batang kapur telah melayang dan menyumbat lubang hidung Jinggo.

Sebenarnya aku pun tak tahu jawapannya apa. Tapi tak kanlah kalau aku kena soal macam tu aku nak jawab nombor-nombor itu ialah kategori saluran dalam Astro. Memang patut kena baling dengan kapur. Atau blackboard duster.

Bercakap tentang nombor, sekarang ni pelanggan Astro dengan pakej basic tentu sudah kena belajar mengenali nombor 59.95 pula. Kalau dulu nombor yang harus difahami ialah 49.95 sekarang sudah berganda 10. Walaupun ada penambahan saluran baru tetapi rasa macam rugi pulak sebab kebanyakannya memang tak pernah tengok.


Disclaimer. Logo di atas tak ada kena mengena dengan mana-mana stesyen satelit berbayar.

Thursday, June 07, 2007

Asas Tidur 101

Skrin kecil di luar TGV sedang menyiarkan trailer filem Rush Hour 3. Ada seorang watak pemandu teksi sedang beraksi di situ. Aku terasa macam pernah tengok orang yang pandu teksi tersebut sebelum ini. Dalam cerita apa agaknya. Aku pun membuka internet untuk mencari siapakah namanya. Rupa-rupanya dia adalah Yvan Attal. Memang aku pernah menonton beliau dalam satu filem tak lama dulu, My Wife is an Actress berlakon bersama isteri beliau sendiri, Charlotte Gainsbourg.

Beberapa bulan lalu aku telah memuat-turun lagu “If you rescue me” soundtrack filem The Science of Sleep. Tapi aku belum jumpa filem ni kat mana-mana penjual dvd. Cuma naluri sendiri saja yang selalu mendesak supaya cari dan tonton. Tapi bagaimana, ya? Nasib baik ada Festival Filem French berlangsung di Mid-Valley dan filem tersebut turut tersenarai bakal ditayangkan.

Pelakon utamanya, Gael Garcia Bernal bernama Stephane adalah seorang pemuda ting-tong dari Mexico datang ke Paris setelah ibunya yang lama berjauhan menjanjikan dia akan dapat kerja sebagai pereka-seni di sebuah syarikat menerbitkan kalendar. Tapi sebenarnya dia hanya di beri tugas buat kerja-kerja am yang bosan dan menjerankan. Dia menginap di apartment ibunya yang di biar kosong sementera satu unit rumah yang ibunya miliki di sebelah baru saja dimasuki penyewa baru, seorang wanita lakonan Charlotte yang ketika itu cemerkap dengan kerja-kerja memindahkan barang-barang.

Ini filem yang mengajak kita tidur dan bermimpi bersama Stephane. Ia berwarna-warni, bersimpang-siur, bercampur-baur, berlapis, bertindan membentuk seakan vorteks yang bisa memeningkan. Walau kita cuba sisih mana yang nyata, mana pula fantasi atau di alam mimpi malah kita berusaha meyaring pula simbolik dan abstrak yang tampil mengkehendaki kita menafsirnya sendiri. Ini menyusahkanlah sains tentang tidur ini dengan formulanya yang eksentrik dan analogi yang mahu dihuraikan tentang pemuda tersebut serta peristiwa-peristiwa seputarnya. Aku hanya penonton lemah!

Keseluruhan filem ini merupakan hasil kraf yang cantik sekaligus pelik kerana aku memang ada di situ di samping khalayak lain yang ketawa atau terpinga-pinga menatap kelirnya. Kalau sesekali mengamati perjalanan seharian seorang manusia ketika jaganya saja sudah terlalu rutin. Kali ini kita ingin lebih menyumbeleweng lagi dengan menjengah ke dunia mimpinya pula. Percayalah, kalau ia terjadi begitu, tiada lagi yang rahsia atau privacy untuk kita simpan sebagai hakmilik sendiri.

Sebelum boleh memasuki portal mimpi seseorang itu, tunggulah sehingga dia mengantuk. Dengan mulut menguap dan kepala tersengguk-sengguk, kata peribahasa ibarat kepala di sorong bantal. Efek daripada itu menyebabkan kita turut rasa macam nak menguap juga walaupun bila tidur nanti belum pasti kita akan mendapat mimpi yang serupa.

Monday, June 04, 2007

Sempadan Nama

Hidup ini lahir dengan nama. Walaupun bayi lelaki kepada pasangan Ganguli itu sebenarnya kalau ikut adat terpaksa menunggu sehingga 6 bulan selepas itu, tetapi kerana dia lahir di Amerika dan untuk keluar hospital dia harus dinamai dahulu, maka bapanya memohorkan dia dengan Gogol. Bukan sebab terpaksa atau tiada nama lain lebih sesuai tetapi kerana satu peristiwa masa lampau yang menjadi pencetus anjakan. Lagi pun itu bukan sebarang nama. Milik seorang penulis terkenal kerana ibu bapa selalunya kita sangka memang obses dengan selebriti walaupun nama itu ganjil dan bakal di giat orang.

The Namesake ialah proses pencarian dan cuba mengekal jatidiri di bumi asing tetapi dalam masa yang sama ingin berasimilasi dengan masyarakat serta norma tempatan. Filem ini mengetengahkan nama sebagai subjek yang sepatutnya menjadi identiti sesuatu bangsa walaupun watak utamanya sendiri tidak memakai nama yang berbunyi seperti kaum yang diwakilinya tetapi seumur hidup kita akan di panggil dan dibahasakan orang, maka – apakah makna nama itu yang perlu di cerakin dan di kaji sehingga mengabaikan faktor lain yang menyerlah pada seseorang insan.

Gogol dengan kedua ibubapanya, imigran dari India seakan menimbulkan isu tentang namanya sendiri yang tidak konvensional sehinggakan apabila dewasa dia memilih untuk dikenali dengan Nick yang lebih berbunyi seperti orang New York. Selepas itu ia bukan lagi sekadar tentang nama, sebaliknya menjurus kepada adat resam, mencari jodoh dan menyelami budaya sendiri yang jauh ditinggalkan di India sana supaya anak-anak mereka kenal asal-usul. Dengan imej Taj Mahal, cuaca panas, manusia-manusia kumal dan geografi sesak serta konsep kasta yang berfungsi sebahagian daripada sosio-politik mereka, inilah yang generasi baru itu harus tahu dan belajar mengenainya.

Dua negara yang berbeza dengan dua bahasa serta dua cara hidup dan dua fahaman tetapi ia mengalami percampuran yang berhati-hati supaya tidak terlalu meresap atau tidak terbawa-bawa. Ia masih konflik atau dilema kepada para penghijrah yang mencari hidup baru di bumi asing tentang warisan yang mereka lepaskan di tempat asal juga apa yang akan mereka tinggalkan untuk legasi yang selepas itu. Walaupun pada hakikatnya sekarang semua aspek hidup telah saling berkait dan tidak mengenal batas sempadan sedangkan kita sedaya-upaya untuk mempertahankan segala yang kita dakwa dan anggap sebagai personifikasi bangsa walaupun hanya pada sepotong nama.

Friday, May 25, 2007

Kembali Bersiaran

Tak ada idea nak tulis apa dan aku yang tengah sakit-sakit sekarang ni lalu sesetengah agenda tergendala. Alhamdulillah sekarang ini beransur pulih. Tapi ubatnya harus masih perlu di ambil juga. Bukan aku seorang yang tak sihat, rakan rumah dan teman tempat kerja juga ada di landa wabak.

Paling akhir menonton wayang ialah cerita Spiderman 3. Bagi aku, ia layak dengan biaya yang melampaui kos biasa untuk terbitkan filem kerana hasilnya dari aspek aksi komputer memang nampak hidup. Sandman dan Venom itu meyakinkanku bahawa kewujudan mereka tidak kelihatan kartun walau Goblin Jr lebih ketara seperti manusia watak jahat yang menunggang mobil udara. Dengan gajet senjata dan segalanya, tentu ia seteru lelaki labah-labah paling ampuh.



Manakala bagi sesi menonton sinema di kaca tv pula, aku terpapas dengan sebuah filem Iran di Kirana dua atau tiga minggu lepas. Oleh kerana aku tidak tengok daripada awal maka aku terpaksa surf internet untuk dapatkan maklumat tentangnya. Tajuknya ialah Beautiful City atau Shah-re Ziba yang aku fikir ia sebuah filem tema cinta yang sangat menyentuh hati dari negara ini. Tapi tentulah cara cinta dan perasaan sayang itu tidak didedahkan cliche seperti filem barat malah filem tempatan sendiri.

Kisahnya seorang perempuan yang hidup bersama anak kecilnya dan bekerja di kilang kain dengan adik lelakinya sedang merengkok dalam penjara menanti hukuman mati. Seorang rakan sepenjara adiknya yang baru dibebaskan bersimpati dengan nasib wanita itu lalu dia memberi harapan bahawa dia boleh mencari jalan supaya adiknya dapat dibebaskan. Adiknya di hukum kerana kesalahan membunuh anak perempuan kepada sepasang suami-isteri di kawasan berhampiran.

Caranya mengikut undang-undang dia mesti memohon pengampunan daripada pihak keluarga tersebut serta melunaskan sejumlah bayaran kepada mereka di atas kesalahan yang adik wanita itu disabitkan. Dalam proses inilah terbitnya perasaan cinta tidak terluah di samping timbul konflik dengan keluarga si mangsa serta dilema yang masing-masing hadapi ekoran masalah yang melanda. Tapi mereka tempuhi itu semua dengan tenang walaupun ada kecoh sikit-sikit tapi kelihatannya mereka tidak terlihat penasaran yang terlalu.

Apa yang seronoknya, penamat itu dibiarkan tergantung tanpa kita diberi penjelasan atau harapan pada siapa masa depan yang lebih baik memihak. Tidak dapat tidak, semasa menonton itu hati turut merasa ghalau dengan rencana hidup yang melingkungi. Kalau berpeluang, aku kepingin untuk menonton filem ini daripada awal supaya ia lebih menjelaskan lagi apa yang terjadi sebermula. Pokoknya, filem Iran ini memang bisa membekas.

Friday, May 11, 2007

Tontonlah Sumolah

Filem ini mengandungi nuansa Asia yang bercita-cita untuk menjana minat antarabangsa. Inilah yang di panggil glokal agaknya. Afdlin ada matlamatnya dan kita ada pilihan masing-masing jika tidak mahu mengikut laluan yang dirintisnya. Tetapi berilah peluang kepada filem ini jika berkesempatan kerana pengkaryanya sudah melakukan sehabis daya mempromosikan walaupun tentu kita berharap ia berbaloi dengan hype yang tersebar. Namun ia tidaklah mengecewakan juga.

Aku ada mention perkataan “promosi” dalam perenggan di atas bukan?

Strategi dalam memakai pelakon terkenal Thailand dan Singapura untuk filem ini jelasnya bagi memancing penonton dari negara asal mereka. Sekadar cadangan, kenapa tidak bentukkan supaya karektor itu benar-benar dari sana supaya tidak kelihatan terlalu kekok lebih-lebih lagi Inthira Chareonpura yang nampak tidak sebati dalam persekitaran. Sepanjang adegan yang melibatkan beliau, aku asyik berfikir tentang masalah bahasa itu, orang Siam yang kena cakap Melayu, English, Jepun dengan wataknya sendiri satu dimensi dan tidak dikembangkan sebaiknya. Boleh ambil pelakon tempatan saja kalau begitu.

Bagi yang lain seperti Awie, Radhi Khalid, Patrick Teoh, Kartina Aziz dan Afdlin sendiri memainkan peranan yang sederhana tetapi berkesan untuk menghidupkan cerita. Ianya masih ada lawak seperti Baik Punya Cilok atau Buli namun mesejnya mungkin tidak sekuat seperti filem-filem terdahulu. Aku suka dengan naratif yang seakan menjadi trademark untuk filem-filem Afdlin kerana kurang produksi tanahair yang ingin gunakan pendekatan suara latar begini.

Walau ada yang tidak kena dan terdapat lubang di sana-sini, Sumolah ada iltizam yang ingin di sahut. Satu yang aku boleh lihat tentang filem ini ialah ingin mengajak kita mencontohi orang Jepun yang sentiasa berbangga dengan budaya mereka, makanan dan sukan mereka. Kita sendiri, masyarakat nusantara ada identiti dan kelebihan juga. Mungkin Afdlin boleh menggali dan mencetuskan idea dari situ untuk mengembangnya menjadi sebuah kisah tentang jati diri bangsa serumpun pula.


Terima kasih kepada Gaia dan AyuG di atas tiket menonton preview Sumolah di KLCC, Rabu lepas.

Wednesday, May 09, 2007

Kudaku Lari Gagah Berani

Filem tentang binatang kadang-kadang sedap juga di tonton. Aku rasa dalam banyak-banyak haiwan yang wujud di muka bumi ni, antara yang selalu enterframe ialah anjing, ikan, kucing, tikus, khinzir, naga dan lain-lain. Baru-baru ni aku menonton sebuah dvd yang menampilkan kuda sebagai temanya. Subplotnya pula ialah tentang kekeluargaan. Sebuah filem sesuai untuk petang hujung minggu yang damai.

Ia berdasarkan novel bertajuk “My Friend Flicka” tetapi untuk versi filem ini ia menjadi Flicka saja. Seekor kuda liar yang di lihat ada potensi untuk dijinakkan – itulah yang bermain di benak Katy (lakonan Alison Lohman) setelah dia terselamat dari serangan seekor “singa” disebabkan oleh bantuan Flicka yang menghalau binatang buas itu. (Aku tak tahu kenapa ia di panggil lion/singa. Haiwan itu nampak macam harimau kumbang atau puma). Namun bapanya Rob (Tim McGraw) tidak bersetuju lalu memutuskan untuk menjual kuda itu kepada pihak lain.

Kita menyedari Flicka dan Katy ada persamaan yang cuba dilampiaskan menerusi tindakan agresif mereka melalui naluri masing-masing. Seperti kuda itu yang tidak mahu di kawal, Katy juga ada pemikirannya sendiri dan dia boleh bertanggungjawab di atas apa saja keputusan yang di ambil. Walaupun ada kalanya dia nampak seperti teragak-agak dan tidak pasti. Namun dalam masa yang sama dia masih memerlukan sokongan tetapi tidak mahu dikuasai. Ia adalah emansipasi jantina itu terutama dalam satu bidang yang zahirnya di beri gambaran dunia penuh lasak, mencabar dan menuntut keperkasaan.

Sebaliknya abang dia sendiri Howard (Ryan Kwanten) yang di harap bapa mereka untuk meneruskan tradisi kerja-kerja gembala kuda tidak berminat untuk mengembangkan legasi tersebut. Justeru dia menganjurkan pula kepada orang tua mereka bahawa Katy yang lebih layak malah lebih bersemangat koboi daripadanya untuk bekerja di situ. Ada satu adegan yang mengukuhkan kenyataan ini apabila adiknya sanggup menyamar jadi lelaki semata-mata untuk menyertai acara menunggang kuda liar. Sebagai ibu bapa yang konservatif tentu ini bukan satu benda mudah.

Filem ini tentang coming of age yang menyentuh pertalian antara manusia dan haiwan. Antara generasi muda dan orang tua. Antara menurut laluan sedia ada atau mencipta haluan sendiri. Antara mengikut tradisi atau memecahkannya supaya menjadi lebih konkrit dan berdaya maju lalu dalam masa yang sama warisan tidak terkubur cuma ia beralih konsep. Ia seperti pola yang terjadi dalam mana-mana demografik di dunia hari ini yang beranjak dan mengalami perubahan kerana tuntutan zaman. Seperti dalam bait-bait esei yang Katy cuba siapkan untuk kerja sekolahnya mengenai tafsirannya tentang “How the west was won...”. Atau barat itu sebenarnya tidak pernah menang.

Satu hal yang pelik dalam filem ini ialah dua beradik tersebut hubungan mereka ditampilkan seperti terlalu mesra untuk adik perempuan dan abang sendiri. Ia terlebih ekspresi. Manakala Tim McGraw aku rasa tidak sesuai berlakon sebab sifat bapa yang tegas seakan tidak nampak terzahir pada wajahnya. Mungkin dia patut biarkan muka dia dengan goatee supaya kelihatan lebih keras. Maria Bello yang menjadi emak walaupun biasa saja tetapi ok lah, dengan watak ibu penyayang dan memahami. Dan, Flicka sebagai kuda .... err.... memang menjadi watak kudanya itu.....hehhehehe.....

Friday, April 27, 2007

Utusan Angker

Sekawanan burung gagak terbang dan hinggap di luar pada hari keluarga itu berpindah ke rumah baru mereka di sebuah tanah terpencil di Dakota Utara. Seakan haiwan itu bertindak sebagai usherer mengalu-alukan serta menghela mereka ke dimensi lebih gelap seperti warna bulu-bulu pelepah yang membalut tubuh burung itu sendiri. Ibarat mata keluarga itu juga kelam gelap untuk menyedari mesej yang gagak itu cuba beritahu apa yang bakal menunggu mereka di sebuah penempatan sunyi yang lama ditinggalkan.

Serba-serbi adalah cliche dan stereotype untuk The Messengers. Tetapi aku suka dengan metafora menggunakan gagak itu bagi memberi maksud malapetaka. Tak silap aku ia di ambil daripada mitos Greek yang mengaitkan burung terbabit sebagai pembawa berita musibah. Juga aku pernah terbaca (dalam Mastika agaknya) yang haiwan ini adalah makhluk pendendam. Jika ia pernah disakiti atau dianiaya, seseorang yang membuat angkara terhadap kelompoknya maka bersedialah untuk terima pembalasan. Dalam satu adegan semasa Roy (Dylan McDermott) ingin menghalau burung itu secara tak sengaja dia telah mencederakannya, tidak lama kemudian gagak-gagak itu kembali untuk menyerangnya.

Tapi The Messengers tidak boleh semata-mata merujuk pada burung gagak kerana nanti ia menjadi filem salinan Alfred Hithcock’s The Bird bulat-bulat. Masalahnya walaupun ia tidak bermaksud untuk muncul semula sebagai filem berkenaan, ia tetap ada saduran The Shining, Cold Creek Manor, Dark Water serta imejan hantu yang semacam re-cycle daripada The Grudge. Malah hantu yang muncul di siang hari itu membuatkan aku teringat pada Puaka Tebing Biru. Mungkin mereka ingat dengan menggabungkan sekian banyak anasir seram produksi lain akan mencetuskan impak yang baru untuk filem ini.

Selain elemen gagak itu, aku juga tertarik dengan konsep membolehkan bayi atau kanak-kanak berupaya melihat objek atau semangat halus yang orang dewasa tidak dapat memperolehinya. Di sini watak bayi lelaki itu, Ben (dilakonkan secara berganti oleh kembar Evan & Theodore Turner) yang mula-mula sedar kehadiran unsur lain dalam rumah tersebut serta memperlakukannya seperti ahli-ahli lain seperti keluarganya juga. Tetapi kakaknya Jess (Kristen Stewart) turut di rasuk oleh entiti terbabit bagaimana pun tentu saja memberi respon lebih agresif apabila di ganggu. Seperti biasa juga orang tua mereka Roy dan Denise (Penelope Ann Miller) tidak percaya dengan anak-anak mereka apabila mereka mengadu perihal aktiviti mistik ini.

The Messenger memang tiada plot dan cerita yang kuat untuk menyokong pembabitan pertama Danny dan Oxide Pang ke dunia Hollywood. Mungkin mereka terbatas atau terikat dengan olahan kisah yang bukan idea sendiri. Tetapi meminjam terlalu banyak emosi filem seram tersohor lain adalah lebih mengecewakan lagi.

Wednesday, April 25, 2007

Tontonan Segera

Apabila aku sentuh mengenai filem ni ramai kawan-kawan aku akan mengaitkannya dengan Super Size Me. Bukan mereka saja yang terkeliru dengan filem dokumentari tersebut, aku sendiri pun tidak pasti sama ada ini adalah filem yang serupa tetapi memakai judul lain atau memang ianya berbeza sama sekali. Namun premisnya tetap mengangkat restoran makanan segera menjadi rencah utama dalam menghidangkan sebuah masakan yang boleh di hadam itu pun jika kita mahu menikmatinya.

Fast Food Nation adalah filem yang berdasarkan buku karya Eric Schlosser serta diarahkan oleh Richard Linklator. Kebanyakan reviu yang aku baca menyatakan bahawa filem ini tidak begitu bagus malah kita sepatutnya membaca dari bukunya saja. Aku tak baca buku itu tetapi aku fikir yang filem ini tetap menarik.

Berbanding dengan doku-drama yang satu lagi aku tonton, Thank You for Smoking, filem ini agak didaktik. TYfS tidak bertindak untuk mengajar atau berceramah pada kita tentang moraliti di sebalik rokok. Tetapi FFN dialognya memang terang-terang sedang menyuap kita dengan segala maklumat tentang kepincangan industri makanan segera, pihak-pihak berkuasa di belakang tabir industri itu, kaedah memproses bahan mentahnya dan lain-lain. Aku rasa macam nak ambil buku nota dan salin butir-butir penting apa yang mereka bincangkan.

Secara kasarnya terdapat dua aspek yang menjadi fokus dalam filem ni. Selain makanan segera, kita juga dapat menyorot masalah pendatang dari Mexico yang di bawa masuk secara haram untuk bekerja dalam sektor kolar biru di Amerika. Senario begini berlaku di mana-mana juga di dunia terhadap negara yang di anggap lebih superior dari jirannya. Justeru ia masih boleh menginsafkan melihat gambaran yang di beri menerusi FFN apabila ada yang sanggup menggadai maruah diri, diabaikan perlindungan kesihatan serta situasi tempat kerja yang merbahaya semata-mata mencari kehidupan lebih baik di tempat orang.

Tempo keseluruhan filem ini adalah perlahan dan tenang walaupun ada unsur-unsur dramatik seperti kemalangan di kilang atau di kejar peronda sempadan tetapi ia kelihatan bersahaja. Mungkin ia untuk disesuaikan dengan situasi penggemar makanan segera itu sendiri yang selalu sangat mengambil burger atau kentang goreng yang penuh bahan kimia dan garam berlebihan serta minuman berkarbonat yang mengandungi gula melampau lambat-bangat ia tetap mendatangkan risiko penyakit dan memusnahkan tubuh pelahapnya. Kita mungkin tidak peduli dengan kesannya pada hari ni tetapi sesuatu yang perlahan dan lambat lama-lama akan sampai juga kepada kita dan ketika itu mungkin telah terlewat untuk kita bertindak.

Ada adegan di akhir filem ini yang membuat aku tersengih sebab ia semacam sama seperti yang pernah aku alami. Makanan segera ini boleh disimbolkan sebagai kemajuan yang kita kejar-kejar. Seperti juga aku yang sebelum dapat kerja di KL teringin sangat nak makan MacDonalds. Memang nampak naif masa tu. Mungkin itu juga yang menjadi umpan pada sesetengah orang untuk berhijrah ke tempat lain yang lebih makmur dan makanan segera menjadi standard kepada kemakmuran yang mereka cari.

Monday, April 23, 2007

Nombor Psiko

Mengapa seseorang perlu obses dengan nombor? Mungkin filem The Number 23 dapat memberikan jawapannya. Itu saja yang aku dapat rumuskan tentang manusia yang taksub dengan sesuatu nombor dan filem mengenainya, ia tidak begitu memberi kesan. Tapi opening credit agak mengujakan dengan cara menggabungkan nama pelakon dan krew beserta angka dengan peristiwa dan teori yang boleh disabitkan dengan 23. Selepas itu anda boleh tinggalkan panggung kalau tidak mahu bertahan melihat Jim Carrey berlagak serius.

Memang masih timbul nak ketawa melihat beliau walaupun filem ini tidak memerlukannya menggelinjang atau buat memek-memek muka lawaknya itu. Kombinasi dengan pelakon-pelakon lain seperti Virginia Madsen, Logan Lerman dan Rhona Mitra dapat mengimbangi unsur drama misteri yang cuba dibawakannya daripada penonton yang gelak tak pasal-pasal. Begitu juga dengan elemen “noir” yang diterapkan pada sesetengah babak filem itu untuk membezakan yang mana gambaran daripada buku/khayalan dan ketika di alam nyata.

Filem ini berasaskan kepada sebuah buku. Begitu juga dengan filem Secret Window yang pernah aku minati dulu. Satu persamaan yang aku tak dapat sangkal ialah nama pengarang buku yang turut menjadi subjek dalam kedua-dua garapan ini iaitu Topsy Kretts dan John Shooter. Nama itu seakan kriptik yang merahsiakan sesuatu. Nampaknya selain nombor, ada perkara lain yang terpaksa watak-watak ini pecahkan kodnya. Walaupun ada mereka berikan penjelasan, tapi tak payah dengar betul-betul kerana ia mungkin tak masuk akal atau anda akan pertikaikan nanti.

Satu lagi karektor yang aku tak berapa faham ialah Ned, anjing yang menimbulkan masalah buat Jim selain daripada buku tersebut. Anjing itu ada signifikan dengan kerja Jim di Animal Control tetapi nampaknya haiwan itu terus mengganggu sehingga kita tidak pasti sama ada ia benar-benar perlu wujud sekadar untuk menambah suspen pada plot? Lebih baik penulis skripnya, Fernley Phillips cuba untuk menjustifikasikan nombor 23 itu supaya ia benar-benar memberi impak kepada hidup Jim daripada sekadar dia sasau untuk menyelidik kenapa buku tersebut seolah-olah berdasarkan kisah hidupnya.

Begitulah permulaan ceritanya apabila watak yang di pegang Jim bernama Walter Sparrow dihadiahkan buku oleh isterinya bertajuk The Number 23 ketika harijadi yang jatuh pada 23 haribulan 2. Makin lama dia baca semakin paranoid jadinya kerana catatan dalam buku tersebut benar-benar mirip dengan apa yang pernah dia alami. Cuma kita sebagai penonton perlu alasan yang lebih konkrit untuk turut menyelami ketakutan yang sama.

Friday, April 20, 2007

Mengejar Matahari

Semasa melihat poster dan membaca sinopsis filem ni, aku terus teringat pada The Core. Sejenis lagi filem dengan konsep yang sama cuma satu menuju ke matahari manakala yang sebuah lagi menjunam ke dasar pusat bumi. Kedua-duanya bertindak atas prinsip ingin membaiki atau memulihkan suatu sistem yang kian lemah dan rosak supaya dapat kembali berfungsi demi kesejahteraan umat sejagat.

Oleh kerana aku tak pernah tengok filem-filem lakonan Michelle Yeoh di panggung wayang sebelum ni, maka aku pun melapangkan masa untuk menontonnya. Sudah pastilah ini bukan medan selayaknya mengukur kekuatan aksi lakonan beliau kerana terdapat tujuh lagi watak lain yang berkongsi ruang dengannya secara saksama. Lapan angkasawan dan saintis di hantar ke angkasa dalam satu misi di panggil Icarus 11 untuk menjana semua kuasa matahari yang semakin malap dengan menggunakan bom nuklear. Michelle menjadi pakar biologi bernama Carazon yang bertugas memelihara kebun tanaman bagi bekalan oksigen serta sebagai sumber makanan dalam kapal angkasa tersebut.

Aku nasihatkan anda berbanyak bersabar apabila menonton filem ini kerana ia bergerak sangat perlahan sehingga kalau seseorang angkasawan itu berada terlalu lama di angkasa dia boleh di rasuk “space madness”, anda yang di pawagam pula boleh terkena “cinema madness” masa tengok Sunshine ni. Seakan ia mahu kita benar-benar ambil sedikit masa untuk hargai dan nikmati matahari yang seringkali kita abaikan kerana menganggap ia akan tetap menyinar untuk selama-lamanya. Apatah lagi hampir keseluruhan fokus filem ini terkepung di atas kapal itu serta dunia kosmik di luarnya.

Jadi untuk elakkan daripada kegilaan ini berlaku, cuba tumpukan pada proses yang para angkasawan itu jalani untuk menjayakan misi berkenaan di samping menyelami setiap detik yang resah, sulit dan indah tatkala masing-masing berada dalam stesyen angkasa terbabit. Penulisnya Alex Garland melakukan tugas sukar dalam naskhah Sunshine ini kerana jika ia berseni sangat mungkin penonton mudah bosan. Special effect terutama percik-letus matahari itu memang menakjubkan namun itu bukan umpan bagi filem ini bertaraf blockbuster kerana aku tidak fikir ia di beri label demikian.

Kalau kita familiar dengan kerja-kerja pengarahnya Danny Boyle sebelum ini seperti The Beach, Trainspotting dan 28 Days Later, kita boleh rumuskan bahawa idea yang nampak biasa seperti remaja yang ingin mencari pantai atau zombie tiba-tiba kelihatan segar dan tidak lagi menjadi tontonan santai. Kisah angkasaraya seperti ini boleh menjadi falsafah dan semangat seperti juga ada di kalangan kita yang suka merenung bulan di langit lepas dengan tujuan kerohanian atau sebagai sumber inspirasi.

Wednesday, April 18, 2007

The Fabulous Picture Show

Petang Sabtu lepas di saluran Aljazeera, aku sempat tertengok rancangan bertajuk The Fabulous Picture Show (FPS). Tapi aku tertinggal beberapa minit terawal jadi aku kena surf internet untuk mendapatkan info selanjutnya tentang program ini. Ianya tentang acara-acara filem dan perkara seputarnya dihostkan oleh Amanda Palmer. Pada hari yang aku tengok itu mereka sedang mengadakan diskusi tentang filem yang datang dari Israel berjudul Beaufort.

Rancangan ini di rakam secara langsung di sebuah pawagam yang menayangkan satu-satu filem tertentu penghasilan karyawan dari seluruh dunia justeru penonton yang hadir di situ boleh memberi pendapat mereka lantas pengarah serta penerbitnya boleh menerima maklum balas secara bersemuka dari khalayak yang mengikutinya. Verdik yang dapat di cerna daripada itu, terserahlah pada publik untuk menilainya sendiri.

Beaufort diarahkan oleh Joseph Cedar seorang bekas tentera Israel (aku rasa semua rakyat Israel ni memang dikerahkan jadi askar) yang mengisahkan pada tahun 2000 dulu bagaimana satu ketumbukan pasukan muda tentera di arah untuk mengawasi sebuah penempatan terakhir Israel di Labenon yang terletak di Beaufort Castle, tatkala mereka dalam proses berundur dari situ. Pelakon Oshri Cohen memegang watak Liraz Liberti seorang komander yang berusia 22 tahun mengepelai sebuah kumpulan anak muda yang di paksa berperang dalam satu perjuangan sia-sia. Namun ironi pahit yang terpaksa di telan, sebulan setelah tamat penggambaran filem ini, konflik meletus semua antara Israel dan Labenon pada 2006.


Penonton yang hadir ketika itu terdiri dari warga Labenon dan kaum Yahudi masing-masing menyokong filem ini dan kesal dengan tragedi yang berlanjutan. Ia dapat menyentuh hati mereka kerana peristiwa yang dipaparkan adalah dekat dengan persekitaran yang di alami serta menimbulkan keharuan. Siap ada yang bercucuran air mata kerana terkesan dengan cerita berkenaan.

Selain daripada filem Beaufort tersebut, satu lagu preview yang sempat aku tengok ialah Goodbye Bafana. Ianya menyingkap memoir seorang warden penjara kulit putih yang bersikap apartheid lakonan Joseph Fiennes yang tiba-tiba berubah apabila beliau ditugaskan untuk mengawal seorang banduan, pejuang hak asasi manusia, Nelson Mandela lakonan Dennis Haysbert. Berapa banyak lagi filem tentang tokoh dari Afrika yang hendak ditonjolkan tidak dapat kita jangka. Apa yang sedikit pincang ialah apabila karektor itu bukan dimainkan oleh wakil benua itu sendiri tetapi orang luar.


Selain itu program FPS ini juga menemuramah Sydney Pollack, seorang pengarah veteran Hollywood yang popular dengan filem seperti Tootsie, Out of Africa dan The Interpreter. Filem terbaru yang sedang ditayangkan kini, Sunshine turut dipromosikan dalam rancangan ini. Aku dah tengok Sunshine minggu lepas, nanti aku cuba bagi pendapat aku tentangnya.

Friday, April 13, 2007

Main Tembak-Tembak

Apabila melihat letupan disusuli api marak menyambar dari belakang dengan si hero melangkah gagah dibayangi api tersebut, kita terasa ingin melaung “Rambo..!!” Mark Wahlberg dengan lagak macho penuh intensiti dan stamina berperanan sebagai Bob Lee Swagger seorang askar marine yang telah bersara tetapi di panggil balik untuk membantu satu misi rahsia kerajaan. Kemahirannya sebagai penembak curi jarak jauh yang tepat sangat diperlukan bagi membanteras satu cubaan membunuh presiden U.S.

Melihat filem ini daripada perspektif yang lebih luas ia nampak idealistik yang keterlaluan sehingga kita terasa jengkel. Dalam pada negara polis dunia itu masih berkeras dengan Iran yang terus dengan prinsipnya untuk memiliki kuasa nuklearnya sendiri, kita idamkan ada manusia macam Bob Lee ini yang muncul di Amerika secara realiti. Supaya dia sanggup memikul tanggungjawab di atas setiap tindakan kotor pemimpinnya waima dalam masa yang sama dia tetap bersemangat patriotik. Ia sesuatu yang nampak bertentangan.

Itulah juga yang bermain di fikiranku tatkala ditemukan dengan The Shooter ini seolah-olah perwira berkenaan ingin menentang seluruh sistem Amerika. Mungkin bercampur sedikit dengan konflik peribadi apabila semasa pembukaan cerita, rakan karibnya yang juga bertindak sebagai scout sniper terbunuh lalu mereka berdua ditinggalkan terkontang-kontang oleh rakan sepasukan di Ethiopia semasa satu serangan. Kemudian, tiga tahun selepas itu dia di aniyai pula oleh beberapa pegawai berkuasa yang menyebabkan dia menjadi buruan.

Pengarah Antoine Fuqua yang memang sinonim dengan action flicks begini seperti Training Day dan Tears of the Sun sekali lagi tidak menghampakan peminat aksi thriller. Tapi tindakan menembak mangsa dari jauh dan tersembunyi kita rasa macam perbuatan mengelat dan tidak gentleman. Namun aku rasa ada sesetengah adegan dalam filem ni semacam memberi homage untuk siri tv MacGyver, lelaki yang pintar menggunakan perkakas, unsur dan benda-benda di sekelilingnya sebagai survival untuk hidup. Tetapi MacGyver anti senjata api jadi ada sedikit perbezaan di sini dengan Bob Lee.

Paling melecehkan tentang The Shooter ialah plotnya yang tidak kemas dan dangkal terutama melibatkan alasan untuk seorang tentera yang telah berhenti khidmat bagi membalas dendam dan bertindak menuntut bela bagi warga Ethiopia. Perempuan yang jadi balu kepada rakan karibnya itu juga tidak muncul meyakinkan malah tak perlu pun tak apa. Sekadar untuk menjadi damsel in distress adalah cliche. Tetapi anda sekadar tengok untuk berseronok apa salahnya.

Tuesday, April 10, 2007

Kisah Seram Daripada Kitab

Melihat dari trailer saja aku sudah dapat rasakan Jangan Pandang Belakang adalah sangat menyeramkan. Terus meremang bulu roma masa tu. Lantas aku teringatkan sebuah drama bertajuk “Kembali” lakonan Zami Ismail yang pernah aku saksikan masa kecil-kecil dahulu yang turut menjalarkan rasa seram yang sama. Memang sebuah cerita yang akan menghantui anda buat jangka masa yang lama sehingga tak boleh tidur. Jadi aku skip filem ni dan memilih untuk menonton The Reaping.

Sebelum itu memang aku ada tertengok promo dan posternya yang kelihatan fantastik. Ia nampak misteri cuma tak timbul rasa seram sejuk bagi apa-apa bulu berdiri. Aku memang susah nak selami unsur ketakutan yang cuba diterapkan oleh filem barat. Tapi sekurang-kurangnya kita boleh ambil tahu perkara-perkara yang menjadi faktor seram buat mereka. Dan ia ada persamaan juga dengan kita sendiri yang selalu berwasapada dan prihatin bila mendengar perkara-perkara pelik dan berita-berita yang menimbulkan intrig. Tambahan pula apabila ia ada kaitannya dengan kitab suci yang menjadi pegangan sesuatu penganut.

Tetapi bagi seseorang yang telah hilang kepercayaan kepada fahaman rohaninya, dia akan sedaya upaya membongkar kejadian misteri itu dengan huraian saintifik dan logik akal. Di sinilah karektor Katherine lakonan Hilary Swank muncul di sebuah daerah bernama Haven setelah penduduk di situ gempar apabila air sungai mereka tiba-tiba menjadi merah ibarat darah. Mereka mengaitkannya dengan seorang budak perempuan Loren (AnnaSophia Robb) yang disyaki jelmaan syaitan lalu membangkitkan kembali peristiwa ngeri seperti digambarkan dalam kitab Zabur.

Agak menarik mendengar hujah Katherine bagaimana dia menafsirkan kejadian 10 Biblical Plagues di Mesir dulu mengikut huraian bersandarkan fakta-fakta yang boleh di terima akal. Jadi apabila simptom yang serupa melanda Haven, mereka perlu mencari kambing hitam untuk melupuskan sumpahan wabak itu daripada terus menimbulkan bencana. Dari sini kalau kita cerakin dengan teliti, dah boleh agak twist yang bagaimana pengarah mahu tampilkan. Namun The Reaping bermula dengan baik pada adegan awal Katherine bersama krew dalam sebuah gereja di Chile untuk menyiasat satu kes mukjizat di situ yang ingin dibongkarnya.

Kebanyakan ulasan dan kritikan memberi penarafan yang buruk buat filem ini. Bagi aku sendiri yang tak begitu tahu kisah yang bersangkutan dalam kitab agama mereka rasa menarik juga maklumat begini sebagai pengetahuan am. Tentang aspek lakonan, dialog, kesan khas atau jalan cerita aku bagi rating sebagai sederhana saja. Memang kita ingin mengaitkan ia dengan Rosemary’s Baby atau Signs tetapi sudah tentu filem berdua itu lebih kuat lagi dari segi permainan ceritanya.

Sunday, April 08, 2007

Suku-Sakat Robinsons

Baru saja aku sentuh pasal inovasi, reka cipta dan apa-apa lagi tentang cetusan idea untuk membentuk benda atau produk terbaru bagi memudahkan hidup serta menjana pertumbuhan minda (dah bunyi ala-ala iklan susu tepung pulak ..hehe...) dalam dua entry terdahulu, tiba-tiba keluar filem Meet the Robinsons. Memang bernas tema yang di bawa oleh filem ini untuk memupuk minat kanak-kanak kepada dunia sains dan teknologi. Serta kesan yang boleh di bawa oleh seorang saintis kepada hidupnya sendiri pada masa depan serta alam sekelilingnya.

Tetapi baik aku cakap awal-awal bahawa filem ini bertaraf sederhana saja. Animasi Disney sebelum ini, Cars lebih baik lagi walaupun aku susah nak absorb kisah kereta boleh bercakap dan alat-alat pengangkutan berjiwa macam manusia itu. Tapi seluruh penceritaan Cars adalah bersungguh-sungguh dan perincian yang di buat memang menarik minat. Tapi bukanlah keluarga Robinson ni mengecewakan sangat dan tidak ada pengisian cuma menontonnya tak ada rasa teruja. Mungkin dah banyak sangat filem kartun malah syarikat filem lain juga menghasilkan filem animasi dengan olahan cerita lebih padu jadi kita expect bila muncul yang terkini ia akan lebih gempak.

Secara asasnya Meet the Robinsons ini mendasari persahabatan antara Lewis dan Goob, dua anak terbuang yang membesar di rumah anak yatim. Mereka mempunyai kegemaran yang berbeza iaitu Lewis seorang yang berminat dalam bidang sains dan mereka-cipta manakala Goob yang suka dengan permainan baseball tetapi tak begitu berbakat. Malah Goob yang lebih banyak berkompromi dengan hobi rakannya itu apabila dalam segenap aspek terpaksa menjadi pembantu Lewis serta bertindak sebagai bahan eksperimen. Kaedahnya, dialah yang paling banyak berkorban supaya Lewis dapat memajukan lagi ciptaan sainsnya seolah-olah dia dan sukan baseballnya tidak penting.

Namun satu unsur yang tidak dieksploit sepenuhnya ialah keunikan keluarga Robinson tersebut yang patut di beri sceen time lebih lama kerana tajuknya sendiri tentang mereka. Tetapi ia boleh jadi juga berkenaan famili yang diimpikan oleh Lewis kerana sejak lahir tidak pernah merasai kasih sayang keluarga kandung kerana dibiarkan ke tangan rumah kebajikan. Natijahnya, semoden atau seadvance mana kehidupan manusia ini akan tempuhi kelak, nilai serta ikatan sebagai saudara sedarah sedaging jugalah yang akan menjadi teras insani.

Perhatikan pada sejuring kata-kata hikmat oleh Walt Disney dipaparkan sebelum kredit penutup buat motivasi.

Wednesday, April 04, 2007

Nampak Saja Macam "Kacang"

Kalau anda pernah terasa macam nak lempang jer bila nampak Mr. Bean, hajat anda akan ditunaikan dalam filem ni. Dan ia bukan sekali. Karektor yang paling menjengkelkan, menyakitkan hati, menyusahkan hidup dan tidak bermakna tetapi boleh jadi kelakar kini kembali mengganggu kita dalam filem keduanya bertajuk, Mr. Bean’s Holiday. Jika dalam filem pertama dulu anda di bawa ke Amerika, kali ini destinasi yang bakal ditimpa malapetaka ialah Perancis atau lebih tepat lagi, bahagian selatan negara ini atau Cannes.

Menyebut Cannes kita akan teringatkan festival filem yang termasyhur itu malah ironinya filem Mr. Bean ini sendiri hanya boleh bermimpi untuk bertanding didalamnya. Tetapi beliau ada muslihat lain bagaimana cara membolehkan watak seperti Mr. Bean untuk menyertai pertandingan yang berprestij seperti di Cannes tersebut. Ia di buat dalam bentuk satira sebagai filem artsy yang macam syok sendiri dibintangi kebanyakkannya oleh Willem Dafoe cuma ia lebih serius tetapi masih narsisistik seperti Mr. Bean itu sendiri. Kalau diperhatikan inilah unsur paling lucu sepanjang filem ini bermain. Dan bijak.

Dalam hidup seharian kita pun, kita memang tidak boleh bertoleransi dengan mereka yang mementingkan diri sendiri. Mengapa kita boleh bertahan untuk menonton aksi begini di dalam sebuah filem adakalanya ia di luar capaian akal. (aku sendiri tengok pun pasal kawan aku belanja ....hehe...) Nak tengok sitkom dia yang setengah jam kat tv itu juga aku rasa macam kena torture. Tapi disebabkan ia dapat sambutan hangat maka versi filemnya wajib di bikin. Tetapi menurut sumber imdb, ini adalah filem Mr. Bean yang terakhir. Mungkin Rowan Atkinson sudah penat untuk buat-buat tak boleh bercakap dan bergaya macam manusia paling ignorance di muka bumi.

Bagi mereka yang tidak berminat dengan gaya lawak ala Mr. Bean ini mungkin akan skeptikal cara penulis cerita akan mengarang filem ini supaya jenaka dan perjalanannya konsisten sehingga akhir. Aku memang memuji garapan mereka kerana dari saat watak utama kita ini menang cabutan bertuah itu sehinggalah beliau tiba di Cannes ia penuh dengan misadventure acuan Mr. Bean yang kita tidak terasa keterlaluan atau dimualkan sehingga penonton boleh hilang minat. Mungkin ia aksi biasa bagi mereka yang kerap menyaksikan semua itu melalui siri tvnya tetapi aku percaya bila menonton versi filem ini, ia tidak hilang niche yang di bawa.

Ini sebuah road movie yang kita rasa di samping dapat mengekalkan populariti Mr. Bean, turut jadi serampang dua mata untuk memperkenalkan pelakon-pelakon Perancis yang membintangi filem ini. Dan juga ia lebih mudah bagi orang asing yang ingin berkenalan dengan Mr. Bean untuk bertanya khabar dengannya kerana masalah bahasa itu bukan lagi satu masalah (sebab dia kan ada problem pertuturan).

Wednesday, March 28, 2007

Idea Inovasi Hidup

Jika anda ada hobi suka melihat alatan, perkakas atau barang-barang yang berinovasi baru atau ciptaan unik, pasti anda telahpun melawat pameran Improving Life – the design of Swedish Innovation yang berlangsung di level concourse Ikano Power Centre baru-baru ini. Aku juga berkunjung ke sana hujung minggu lepas setelah mengetahuinya melalui suratkhabar. Ketika itu sambutan sudah agak reda jadi sekitar ruang pameran lengang. Cuma kelihatan beberapa orang sedang duduk di sofa yang tersedia berhampiran.

Benda pertama yang menarik perhatianku ialah robot vacuum cleaner daripada Electrolux. Penyedut hampagas ni dibiarkan berfungsi sendiri tanpa ada manusia mengendalikannya. Yang bestnya benda ni diletakkan atas satu bongkah tinggi berpermukaan rata dan ia men”vacuum” di situ. Tak jatuh pulak tu sebab bila dah sampai kat sipi-sipi bongkah tu ia pun berpatah balik ke ruang yang selamat. Kalau vacuum cleaner ni ada wayar putus kat mana-mana, tentu dah jatuh tergolek ke bawah.

Barang lain seperti ubat untuk pesakit lelah macam inhaler. Ada jaket untuk memudahkan penyusuan bayi. Kerusi keselamatan untuk kanak-kanak ketika menaiki kenderaan. Kotak-kotak untuk isi air minuman yang di panggil Tetra Pak pun turut dipamerkan dalam satu akuarium. Rupa-rupanya itu juga dicipta oleh mereka dari Scandinavia ini. Ada satelit apa entah, macam ceper satelit Astro tapi lebih sofistikated fizikalnya turut berada di sana.

Memang setiap item pameran di beri label dan penerangan tetapi aku jer yang tak baca betul-betul. Aku suka sangat tengok hasil ciptaan mereka yang berbentuk moden, licin, selamat, ringkas, mesra pengguna dan bergaya. Orang-orang Sweden ini memang mengalu-alukan hasil inovasi terbaru dan mereka akan memajukannya dan mengkomersilkan untuk faedah khalayak ramai. Jadi tak timbullah isu penat-penat buat R&D untuk sesuatu projek lepas berhasil tu senyap jer tak ada khabar berita. Mustahil sesuatu idea baru itu langsung tak dapat untuk diketengahkan sebagai berpotensi mendatangkan prospek?

Atau pun jika benda itu bukanlah ciptaan terbaru tetapi ada improvasi atau idea lain untuk menambahkan lagi kecekapan atau kelebihannya maka ia sedikit sebanyak juga boleh mendatangkan impak. Contohnya penyedut hampagas itu bukanlah ciptaan Sweden sebaliknya mereka telah mengemukakan versi yang lebih ringan, cantik dan murah kepada mesin dari Amerika yang mula-mula kelihatan ganjil. Kereta Volvo mereka juga adalah kenderaan yang paling selamat di dunia dengan three-point seatbelt sebagai medium menahan penggunanya dari risiko maut akibat kemalangan.

Mereka tidak saja-saja menubuhkan company kereta itu semata-mata untuk national pride tanpa menimbangkan kualiti, rekabentuk atau kebolehpercayaan yang sepatutnya menjadi perimeter bagi membentuk satu jenama yang berjaya. Bukannya dengan melaungkan propaganda untuk menyemai semangat patriotik palsu dengan memaksa rakyat menggunakan produk kelas ke-tiga sebagai slogan gunalah barangan buatan negara sendiri. Ini sangat menganiaya, menindas, tidak berhemah dan tidak beretika kepada rakyat.

Jika ada satu benda yang tidak dapat disekat dari kita, ia adalah idea. Tapi jika ada satu benda lain yang mungkin dapat mengengkangnya, ia adalah karenah birokrasi. Namun langkah pertama harus di buat kerana kata pepatah, kalau hendak seribu daya...


Gambar daripada The Star. tq

Thursday, March 22, 2007

Jangan Bagi Tumpang


Mesti fikiran kita dah dapat agak macam mana bentuk filem ni tanpa berpandu pada sinopsis, trailer, poster atau tengok filem asalnya sekalipun. Ini adalah remake dari tahun 1986 punya production tapi masih fun untuk di tonton. Mula-mula sekali aku bayangkan yang pemandu kereta tu mesti sengaja cari pasal dengan bagi tumpang pada orang asing yang menahan kereta mereka di tengah jalan.

Nampaknya ada sedikit twist pada bahagian itu yang akhirnya mahu tak mahu mereka terpaksa juga mengajak lelaki tersebut, John Ryder lakonan Sean Bean untuk menyertai mereka di dalam kereta. Part ini menarik bagi aku sebab kita tentu tidak mahu lagi watak itu jadi terlampau sivik dan bermurah hati tanpa ada menaruh sedikit pun syak wasangka pada orang yang tidak di kenali? Walaupun tidak ada surprise lagi di sini yang stranger yang menumpangi kereta itu memang seorang celaka yang akan menimbulkan banyak kekejaman tetapi apakah ikhtiar mereka untuk membasminya?

Mereka berdua di sini ialah Grace dan Jim (Sophia Bush dan Zachary Knighton) sepasang kekasih yang dalam perjalanan untuk balik kampung dari kolej. Tetapi segala angan-angan indah mereka untuk menghabiskan percutian musim bunga itu bertukar malapetaka apabila bertembung dengan John. Sean Bean yang menjadi orang jahat dalam cerita ni tidak membuang masa untuk menunjukkan aksi ganasnya kepada dua remaja tersebut tetapi dalam sekelip mata juga mereka berjaya menumpaskannya. Tak kan cepat sangat kot?

Memang agak mendadak juga tetapi brutality tidak berakhir di sini. Walaupun sehingga melibatkan pihak polis sekali pun tetapi mereka seperti biasa sekadar tempelan cuma untuk meyakinkan penonton yang pihak berkuasa tetap berada di sisi anda tatkala anda memerlukan bantuan apabila terjerat dengan penjenayah. Seperti biasa juga penjenayah itu pun bukannya ada motif apa-apa untuk merasionalkan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu. Namun tak payah anda nak berasa runsing atau berkerut dahi memikirkan plot atau skrip longgar ke haper hanya yang perlu nikmati saja apa yang The Hitcher ini mainkan.

Serupa juga dengan road movie genre gory lain seperti Joyride, Kalifornia atau Wolf Creek yang tak lebih dari sekadar untuk psycho para pengguna lebuh raya ketika mereka sedang menempohi sebuah perjalanan yang panjang dan sunyi sehingga boleh trauma dibuatnya. Sedangkan ada kata-kata hikmat yang pernah kita dengar juga menyebut bahawa bukan destinasi itu yang penting sebaliknya adalah perjalanan yang sedang dilalui itu yang patut kita hargainya. Yeah right, itu mesti mereka sebut sebelum jumpa John Ryder!

Monday, March 19, 2007

Raja Scottish Berjiwa Afrika

Tajuknya adalah mengambil salah-satu gelaran yang pemimpin tersohor ni pakai pada dirinya. Seperti tokoh-tokoh lain yang menerima imej buruk dan tidak adil dari media serta perspektif yang tidak dapat disahihkan sendiri, apakah yang akan kita expect dari sebuah profile begini? Sama ada kita masih ingin menyebelahi laporan awal tadi atau kita tetap berasa skeptikal, jelasnya sumber yang kita dapat masih tidak telus. Namun jika di teliti secara kritis dan membuat analisis yang menyeluruh gambaran yang di rakam berdasarkan kisah yang benar-benar berlaku tetap menyesakkan diri.


Selain daripada Forest Whitaker yang dijulang kerana menjelmakan Idi Amin penuh karisma dan authentic, lagi seorang pemegang watak The Last King of Scotland, James McAvoy turut memberikan intensiti bagi karektor Dr. Garrigan walaupun dia hanyalah fiksyen. Kedua-dua mereka ini mendominasi setiap ruang sepanjang tayangan kerana salah seorang dari mereka perlu untuk melengkapi antara satu sama lain walaupun tidak semestinya. Walaupun ia akan membahayakan nyawa.

Whitaker memang berjaya tampil menggerunkan walaupun pada masa-masa dia kelihatan mesra dan bergurau-senda sampai kita rasa nak memekik kepada Garrigan supaya dia lari jauh-jauh dan cepat keluar dari Uganda! Dengan memek muka, gerak tubuh serta pertuturan bahasa Afrika yang dia bawa, semuanya serba menjadi baginya untuk bergelar Idi Amin yang eksentrik. Malah dia melantik Garrigan sebagai doktor peribadinya setelah impress apabila doktor muda itu tidak teragak-agak mengambil pistol untuk menembak lembu yang bising mengaduh kesakitan setelah terlibat dengan kemalangan dengannya. Inilah semangat yang dia mahu!

Sebarang keganasan atau kekejaman yang pernah kita dengar tentang Idi Amin hanya ditampilkan secara subtle dalam filem ini (melainkan ada beberapa). Seakan kita sendiri sebagai penonton juga menjadi Garrigan yang tidak nampak atau buat-buat tidak sedar bahawa pemimpin yang dirapatinya itu adalah manusia buas. Sebaliknya kita lebih banyak di tunjuk mengenai sikap dan peribadi diktator itu disebalik uniform tentera yang selalu dikenakannya. Malah semakin lama kita perhatikan bahawa beliau bukan setakat tidak berkaliber sebagai pentadbir malah memang patut pun di tentang. Tapi jangan cuba untuk mempertikai atau memberontak kerana kita tidak akan berdaya untuk mempertahankan diri sendiri selepas itu.

Nampaknya Afrika akan terus didogmakan sebagai benua yang penuh kekejian dan tidak selamat seperti mana filem-filem yang memotretkannya begitu seperti Blood Diamond, Hotel Rwanda, The Constant Gardener atau Tsotsi, yang serba kacau dan menderita. Sampai bila ia akan kekal negatif dan gelap macam ni tidak dapat kita nak pastikan. Kerana seperti Dr. Garrigan, lama-kelamaan beliau juga rasa semakin tidak selesa dan terancam lalu ingin bersegera keluar dari situ.

Friday, March 16, 2007

Titi Terabithia

Dunia kanak-kanak yang tinggi daya imaginasi dan serba advencer kalau boleh ingin direalisasikan. Kita tak mahu ia hanya berkelintar dalam kepala, untuk dinikmati seorang diri saja atau cuma mainan untuk melepaskan diri dari kenyataan hidup yang serba payah. Biarlah apa yang kita khayalkan itu boleh menjelma di horizon nyata supaya kita betul-betul yakin dan percaya bahawa minda kita memang telah terbuka seluas-luasnya.

Bridge to Terabithia adalah cerita dari sudut pandangan dan pemikiran kanak-kanak yang kita sangka naif tetapi sebenarnya mereka penuh dengan kreativiti dan tanggungjawab yang kita rasa mereka masih mentah untuk memikulnya tetapi sepatutnya kita menaruh kepercayaan serta memberi mereka peluang. Orang dewasa juga pernah menjadi kanak-kanak dulu tetapi kenapa kita seakan-akan tidak dapat memahami? Walau di zaman mana pun kita dibesarkan, dunia si kecil yang penuh warna-warni dan ketulusan boleh di katakan serupa saja di ceruk mana sekali pun.

Filem ini mengajak kita mengimbau kembali saat-saat kita pernah ke sekolah, mencuba perkara-perkara baru, mula berkawan, di buli rakan, membantu keluarga, mencipta dunia sendiri, dan apa-apa saja ruang-lingkup hidup budak-budak yang kita sangka mereka semua akan saling bergembira bila berada dalam kelompok mereka. Sebenarnya mereka juga ada yang berpuak-puak dan bergeng-geng malah ada juga yang menjadi outcast tetapi itu semua bukanlah satu masalah kerana mereka ada dunia ajaib sendiri.

Jess dan Leslie adalah dua watak yang berkesan di sini menjadi penghubung kepada satu persahabatan yang pada mulanya tidak begitu diharapkan tetapi hari ke hari mereka dapat membentuk struktur yang mereka mengerti. Di sertai dengan adik Jess, May Belle yang sentiasa bersama tetapi tidak begitu digalakkan namun dia tetap memandang tinggi pada abangnya serta selalu berasa selamat dengannya walaupun Jess sendiri tidak yakin dengan diri sendiri. Kehadiran Leslie mengubah semua itu malah keluarga kawannya juga serta alam terabithia yang dicetuskan adalah kurnia tidak ternilai bagi budak lelaki ini.


Leslie adalah semangat yang dia perlukan kerana dia selalu terasing dan tenggelam dalam dunia lukisannya di samping terhimpit dalam kesempitan hidup keluarga serta kawan sekolah yang tidak berperasaan. Kerana Leslie jugalah dia dapat keberanian untuk menonjolkan diri pada seorang guru perempuan yang mengajar muzik di kelas mereka. Jasa yang tidak ternilai untuk satu ikatan persahabatan yang terjalin ibarat jambatan yang mereka cipta menghubungkan antara dua elemen hidup. Seakan kita ingin merestui mereka berdua ini ibarat kisah pari-pari yang akan bahagia selama-lamanya.

Memanglah apabila telah dewasa ini kenangan yang dilalui zaman kanak-kanak tetap akan bersemadi dalam satu sudut yang tersimpan rapi. Kadang-kadang kita tidak mahu mengingatinya balik kerana mungkin ada satu dua cela terpalit yang kalau boleh biarlah ia berlalu bersama masa. Namun kita kena belajar buang rasa bersalah itu kerana semasa kecil kita tidak tahu semua perkara walau kita cuba belajar bertanggungjawab.

Thursday, March 15, 2007

Free the Pee

Selasa lepas paper The Star dalam ruangan thumbnails tunjukkan gambar peserta-peserta Smart Tunnel marathon berderet kencing tepi belukar. Gambar tu menang wang tunai RM50. Walaupun memang biasa orang lelaki untuk menala ke mana-mana tempat yang mereka fikir sesuai, amat mustahil pula untuk kaum wanita buat macam tu di khalayak ramai. Sebab itulah cuma pelumba lelaki saja yang terlibat dalam foto tersebut.

Kalau budak perempuan yang buang air kecil ni pernahlah aku terperasan. (Macam pedophilia lah pulak bunyinya) Aku ingat masa aku dekat depan satu restoran Cina di Jalan TAR ni, selamba je aku nampak seorang kakak ni suruh anak dia, perempuan dalam umur 3 atau 4 tahun kencing kat dalam longkang belakang bus stop. Aku buat tak tahu saja kalau berhadapan dengan situasi seseorang berkemih depan publik ni. (Berkemih tu maknanya kencing. Tak silap aku orang Sarawak yang cakap macam tu.)

Tapi ada satu keadaan yang kita tak boleh buat tak tahu tatkala bertembung dengan mereka yang buang air kecil ni. Iaitu ketika ada adegan kencing di dalam filem. Lebih-lebih lagi untuk kaum perempuan, hanya melalui filemlah, wanita-wanita ini telah dapat melampiaskan kebebasan untuk memerankan aksi mereka membuang air kecil secara terbuka, bebas dan mengalir lancar. Sekadar suka-suka aku senaraikan beberapa filem yang mengandungi adegan watak pelakon wanita ni sedang berkemih.

1) Juliette Lewis sebagai pembunuh bernama Mallory tiba-tiba menyusup ke dalam semak untuk kencing sambil tersengih. (aku dah ingat-ingat lupa scene dalam Natural Born Killer ni sebenarnya)

2) Sambil terbaring mengerekot kesakitan, Cate Blanchett rasa nak kencinglah pulak dalam Babel. Kemudian Brad Pitt tolong hulurkan periuk untuk mengelakkan air seni itu dari mengalir tak tentu hala.


3) Sook-Yin Lee sambil duduk atas mangkuk tandas mencuba aksi kencing sambil mengemut berulang kali dalam Shortbus. Ini nasihat yang dia dapat dari geng lesbian dengan tujuan untuk menguatkan otot vagina lalu menyenangkan orgasm.

4) Tempatnya di tanah gersang gurun Australia dengan Kate Winslet sedang berjalan dalam Holy Smoke apabila tidak semena-mena ... err... tak tahu nak cakap apa..... wakakkaka....

5) Oleh kerana Jon Lovitz tak mahu berhenti sebab nak kejar masa dalam perlumbaan Rat Race, dia pun suruh anak perempuan dia yang dah tak tahan nak buang air kecil masa tu, kencing ikut tingkap kereta jer!

6) Aku tak tahu nak kategorikan adegan Felicity Huffman buang air kecil dalam Transamerica ni sebagai watak perempuan atau lelaki sebab ianya sungguh mengelirukan.

Tuesday, March 13, 2007

Berbaloi untuk Bersukan

Tahniah kepada Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong yang menjuarai kejohanan badminton All England baru-baru ni. Ketika bergu negara adik-beradik Razif dan Jalani melakukannya 25 tahun lalu, mereka belum pun dilahirkan. Tetapi seseorang tidak perlu wujud untuk mendapat inspirasi kepada kejayaan yang pernah di capai oleh orang lain jika dia menetapkan sasaran serta berusaha untuknya.

Tapi aku bukan nak bagi pujian melambung tinggi di sini sebab takut mereka lupa diri. Nanti jadi macam seorang jaguh badminton yang menang perseorangan lelaki kejohanan yang sama pada 2003 lepas tu prestasi makin lama makin merosot. Masa tu bukan setakat penghargaan secara verbal yang beliau terima malah ganjaran dalam bentuk wang tunai yang melimpah ruah sedikit sebanyak mungkin memberi kesan pada daya tahan dan mentaliti beliau ketika bertarung dalam pertandingan yang berikutnya.

Namun juara bergu yang baru menang ini mungkin tidak menerima implikasi yang sama kerana mereka khabarnya tidak menerima ganjaran serupa di atas kejayaan tersebut. Berbeza dengan Hafiz Hashim yang lebih bertuah kerana kategori perseorangan lelaki lebih lama lagi tempoh jarak masa yang Malaysia ketinggalan untuk bergelar juara iaitu 37 tahun. Agaknya lebih panjang masanya maka lebih cerah peluang untuk mendapat habuan.

Memang ada buruk dan baiknya jika ahli sukan ini dimanjakan dengan insentif yang melampau padahal pretasi yang ditunjukkan tidak konsisten. Sama ada imbuhan yang di terima itu boleh mendatangkan motivasi untuk terus mencipta kejayaan atau pelaburan yang di buat tidak mendapat pulangan yang setimpal ia banyak bergantung pada ahli sukan itu sendiri. Menjadi ahli sukan adalah satu bidang yang pencapaian kita menjadi perhatian ramai. Apabila bertanding, kebanyakan media massa akan datang buat liputan dan memberi laporan.

Aku fikir menghambur sedikit ganjaran tidak akan mengecewakan mana-mana pihak. Tak payahlah nak harapkan mereka menang dalam semua siri kejohanan yang disertai barulah nak pertimbangkan itu semua.Tambahan pula mereka atlit lelaki yang mungkin tidak begitu mendapat kejayaan ketika zaman sekolah dulu (aku buat andaian je ni. Boon Heong dan Kean Kiat boleh jadi pelajar yang berpotensi semasa sekolah). Jadi mana-mana pelajar lelaki yang tak begitu “menjadi” dalam akademik sebaliknya lebih cergas dalam sukan boleh menjadi pendorong untuk mereka tetap cemerlang dalam hidup kerana mereka boleh memilih sukan sebagai alternatif.

Kalau kita lihat dalam sesetengah organisasi contohnya macam tempat kerja aku ni, staff lelaki yang bekerja sebagai despatch atau general worker yang tak memerlukan mereka berkelulusan tinggi memang berbakat dalam sukan. Mereka akan selalu jadi wakil untuk company dalam acara bola sepak, badminton, hoki dan lain-lain. Kakitangan lelaki yang berpangkat tinggi pun ada juga terlibat tapi yang aku nak tekankan yang mereka berjawatan rendah ini kalau di beri peluang mungkin ingin menceburkan diri dalam sukan secara sepenuh masa. Tetapi mungkin aspek sara hidup dan punca pendapatan yang tidak menjamin, mematahkan minat mereka untuk berkecimpung secara serius.

Kalau mereka jadi wakil syarikat untuk satu-satu pertandingan sudah pasti ada insentif atau bonus yang company bagi kepada mereka untuk tambahkan semangat serta galakan. Di samping dapat gaji tetap jadi mereka tidak perlu untuk risaukan tentang isu kewangan. Menjadi ahli sukan sepenuh masa di Malaysia adalah tricky kerana masa depannya bergantung kepada prestasi serta prospek yang boleh mereka beri secara konsisten untuk mendapat imbalan.

Tuesday, February 27, 2007

Hantu Siang

Puaka Tebing Biru terlalu lama rasanya untuk menakutkan bagi sebuah filem seram sehingga kita terasa penat. Begitu juga adegan Nasha Aziz dan Sharifah Amani di rumah lama mereka itu juga tidak ada alasan munasabah kenapa mereka perlu berhari-hari di situ sedangkan tujuan asal sekadar bermalam sekejap untuk mengimbau nostalgia. Memang kita akan expect perkara-perkara misteri seram ganjil akan berlaku dari sini tetapi cukuplah jika ia hanya semalaman. Tapi sebab dah masuk tiga-empat hari, maka kesan yang diharapkan tidak begitu berbekas.

Bagi sesiapa yang pernah menyaksikan Malaikat di Jendela, melihat adegan perempuan mendayung dan adegan asmara di tepi laut itu bagai deja-vu. Sampai aku terasa yang filem ini adalah versi Malaikat yang telah dipanjangkan cuma subjeknya saja yang berubah dari Aids ke anak luar nikah. Aku setuju dengan tontonfilem yang tema untuk filem ini sebenarnya sudah menarik sebagai bahan tanpa campur-aduk hantu atau roh yang tidak tenteram. Walaupun jalan cerita yang cuba di garap macam ada yang tak kena, filem ini masih ok.

Atas nama pengarahnya, yang terkenal menerusi filem-filem pendek dan drama seperti Surat Untuk Bulan dan Toll-Gate Girl maka orang akan tetap pergi menyaksikannya. Aku sebenarnya tak ada meletak harapan yang keterlaluan sebelum menonton kerana filem ini adalah penghasilan pertama beliau untuk layar lebar. Jadi kita boleh terima seadanya mana-mana lubang atau fokus yang tidak jelas dari sebuah produksi yang bergantung nasibnya pada jumlah tiket yang laku. Mengetengahkan unsur misteri dan hantu adalah langkah ekonomikal.

Sesetengah idea atau bayangan yang digambarkan dalam kepala sendiri memang nampak cantik dan kena kerana kita faham tentangnya. Tetapi apabila divisualkan mungkin tidak semua akan keluar menjadi seperti yang diilhamkan. Begitu juga apabila si pengarah memberi simbol atau lambang tertentu dalam sesetengah shot dan aksi bukan semua orang boleh hadam maknanya dengan teliti. Seperti ada yang mempertikaikan kenapa siling apartment Nasha macam tu, kenapa hantu boleh muncul siang hari, mengapa rumah lama mereka yang di tepi pantai tu tak nampak macam rumah tinggal pun, mengapa Nasha tiba-tiba terapung dalam kolam renang masa mula-mula start filem? dan lain-lain.

Sebab itu aku cuba hubungkaitkan Puaka Tebing Biru dengan filem Volver yang watak-watak dalam dunia nyata ini masih belum diberi penjelasan tentang beberapa peristiwa lampau sedangkan pihak-pihak yang mengalaminya telah pun meninggal dunia. Jadi seseorang perlu hidup kembali untuk menceritakannya. Tetapi Volver tidak menghidupkan hantu bagi tujuan itu sebaliknya mereka olah ceritanya supaya unsur komedi dapat di pakai. Bukan setakat karektor-karektor yang masih hidup itu dapat dipuaskan rasa ingin tahu mereka terhadap kejadian yang masih di belenggu misteri malah penonton juga berpuas hati tanpa perlu ditakutkan oleh alam mistik yang hadirnya sekadar untuk memberitahu apakah sebenarnya yang berlaku.

Thursday, February 22, 2007

100 bpm

Dulu aku tak tahu menyebut lbs bagaimana. Aku sebut libs. Haha... Pounds sebenarnya. Di channel nombor 10 Astro kini ada satu drama tv yang memakainya sebagai judul, 3 lbs. Ada sesuatu yang artifice apabila bertemu tajuk-tajuk begini sebagai jenama program kerana orang akan tertanya-tanya apakah yang 3 pounds?

Begitu juga dulu ada sebuah filem arahan Gonzalez Innaritu yang menggunakan judul 21 Grams turut menimbulkan persoalan tentang berat apakah yang di sukat sebanyak 21 gram itu? Mengapa hanya 21 dan tidak 17 atau 23 gram? Sebuah gimik yang mengujakan bagi menarik perhatian bakal penonton untuk mengikutinya. 21 gram sebenarnya adalah mungkin berat roh manusia kerana hasil kajian mendapati setelah seseorang meninggal dunia, beratnya akan berkurangan sebanyak itu.

Tetapi kalau kita lihat dalam senario produksi tv tempatan, berdasarkan tajuk-tajuk rancangan tv yang disediakan, usahkan nak ada rasa tertanya-tanya, rasa nak tengok pun tak ada. Contohnya macam siri Cinta Medik. Aku tak pernah tengok pun cerita ni tapi aku assume yang ianya tentang para doktor, nurse dan hospital attendant sedang bertungkus-lumus mencari formula nak buat medicine untuk mendorong lebih ramai orang bercinta (?) Agaknyalah, aku tak pernah tengok pun. Tapi kenapa kena guna judul Cinta Medik yang nampak sangat dangkal, tidak menimbulkan rasa ingin tahu malah sangat straight forward.

Kenapa para pengkarya tersebut tidak mahu memerah sedikit bahagian kanan otak mereka untuk memberi jenama yang progresif pada terbitan yang dihasilkan? Btw, 3 lbs yang aku mention awal-awal tadi ialah timbangan berat otak bagi seorang manusia. Siri tv ini berkisarkan situasi yang di alami oleh doktor-doktor pakar bedah otak di sebuah pusat perubatan di mana etika dan moral semasa bertugas dan menjalani hidup seharian saling berkaitan. Kalau nak buat secara direct-to-the-point rancangan ini boleh dinamakan Brain Surgeon atau Brain Clinic atau whatever yang pergi terus ke maksud sebenar. Tapi mungkin tidak Brain Love.

Kenapa mereka pilih tajuk 3 lbs agaknya? Sebab mereka kreatif. Dan ini back to the point matlamat asal siri drama ini yang berkaitan dengan sistem saraf manusia kerana kreativiti berpusat dalam kepala otak. Padahal dunia medik seperti yang dipaparkan oleh siri tempatan bertajuk Cinta Medik ini punyai skop yang lebih luas isunya dan komprehensif yang boleh digarap dan dikaji melibatkan fizikal atau organ dalaman, deria, naluri, sikap, psikologi dan banyak lagi aspek perubatan yang boleh di olah dan di guna sebagai judul. Adventerouslah sikit macam XX-Ray atau Gol dan Gincu (nasib baik tak pakai tajuk Cinta Halimunan atau Cinta Gol!) yang lebih catchy dan menarik minat untuk di tengok.

Namun aku mengaku yang tajuk yang kreatif dan bijak sekalipun mungkin bukan satu elemen kukuh untuk menarik perhatian penonton supaya terus mengikutinya. Siri 3 lbs ni sendiri sudah dibatalkan tayangan di Amerika kerana kurang sambutan. Mungkin faktor kandungan yang terlalu berat bagi sesetengah orang tentang neurosurgeon dan otak adalah membosankan serta tiada daya hiburan. Berbanding dengan Grey’s Anatomy yang walaupun masih bergelumang dalam dunia kedoktoran di pusat rawatan tetapi ia lebih banyak pasal seks. Mungkin kalau Cinta Medik teringin nak jadi lebih adventurous, ia boleh tukar tajuk drama itu menjadi Seks Medik.


3 lbs setiap Isnin 9 malam di Hallmark Channel
Cinta Medik setiap Khamis 8.30 malam di TV9

Wednesday, February 21, 2007

Bol-Ber

Lain kali aku kena setkan otak aku awal-awal kalau tengok filem Pedro Almodovar ni mesti ending dia macam tiba-tiba gitu, tak semena-mena dah habis. Itulah yang aku rasa setelah menonton All About My Mother, Talk to Her dan baru-baru ini Volver. Kecuali Bad Education yang ada bagi penjelasan dalam bentuk teks tentang apa yang berlaku selanjutnya pada watak-watak itu. Tetapi Volver sendiri bermula dengan adegan wanita-wanitanya membersihkan kubur. Biasanya selepas kematian bukan semua perkara dikuburkan sekali.

Penelope Cruz menjadi aktres Sepanyol pertama yang mendapat pencalonan Oskar untuk watak Raimunda yang dipegangnya dalam filem ini. Dia menjelmakan kekuatan bukan kepalang seorang perempuan, ibu, isteri dan anak dalam satu kehidupan normal atau situasi yang cuba “dinormalkan”. Cruz memang lebih menyerlah beraksi dalam persekitaran asalnya berbanding dalam mana-mana produksi Hollywood kerana ekspresi yang terpancar lebih ikhlas dan boleh sampai kepada kita. Dengan tukangan Almodovar pula, bukan setakat Cruz malah pemeran lain bercerita dengan kita segala rahsia dan berkongsi sebuah filem yang isinya tidak menuju terus ke klimaks.

Ada satu “hantu” di sini yang datang kembali untuk menjernihkan kemelut silam. Ya, kalau anda telah menonton Puaka Tebing Biru ada sedikit persamaan bab ini apabila entiti yang semasa hidupnya tidak sempat untuk memberi penjelasan tentang apa yang sebenarnya berlaku kena merasuk orang yang masih hidup. Dalam Volver simbol “hantu” itu secara bijaknya adalah ibu Raimunda sendiri yang kita sangka mungkin halusinasi tetapi ia tidak memesongkan filem ini jadi cerita seram kerana wanita itu memang wujud secara fizikal (nanti aku cuba reviu PTB pula).

Seperti biasa kita akan jumpa signature Almodovar menerusi warna-warna garang vibrant latar-belakang setiap inci sorot kamera serta kali ini elemen angin juga banyak mempengaruhi hidup wanita-wanitanya. Tidak ketinggalan api yang menjadi punca segala rentetan peristiwa apabila ibubapa Raimunda mati terbakar kerana angin kalau bertiup kencang maka api akan semakin marak. Jadi segalanya perlu terkawal malah adakalanya apa yang mereka cuba selindungkan itu tak masuk akal sehingga lucu jadinya seperti contoh apabila adik Raimunda, Sole yang terpaksa bercakap kuat tatkala kakaknya itu tiba di depan pintu rumahnya.

Volver adalah komedi gelap yang mewirakan perempuan kerana lelaki di sini tidak diberi peluang untuk mempertahankan sisi mereka. Malah mungkin mereka tidak memerlukan lelaki jika hanya menyusahkan sedangkan sesama perempuan juga mereka boleh memaut bibir pada kiri dan kanan pipi setiap kali bertemu seolah menguatkan manifesto sisterhood mereka. Agaknya itu lagi meningkatkan libido.

Tuesday, February 20, 2007

Ilusi Satu Pementasan

Jika anda pernah menonton The Prestige, cubalah beri peluang kepada The Illusionist pula. Walaupun anda cuba bersikap neutral, kadang-kala timbul juga naluri membandingkan kedua-dua buah karya itu. Ianya masih tentang tukang sulap (magician) yang handal mempersembahkan silap mata sehingga akal keliru menyangkakan ia adalah nyata sedangkan setiap trick ada penjelasan. Sejauh mana anda berupaya menyaring antara keduanya, ia memerlukan kebijaksanaan anda.

Eduard atau Eisenheim (lakonan Edward Norton) sejak kecil tertarik dengan dunia magis. Filem ini diisi dengan naratif Inspector Uhl (Paul Giamatti) yang cuba membongkar rahsia ahli silap mata tersebut demi menurut perintah Putera Mahkota Vienna, Leopold (Rufus Sewell) yang tidak senang dengannya tanpa ada alasan kukuh. Mungkin egonya tercabar kerana well... dia tidak dapat mengangkat pedangnya sendiri dengan mudah dalam satu muslihat yang Eisenheim lakukan semasa satu acara. Tentulah dia tidak berpuas hati sebab maruahnya seakan telah dicemarkan di mata khalayak.

Tambahan pula bakal isterinya sendiri, Sophie (Jessica Biel) diketahuinya adalah buah hati lelaki berkenaan semenjak kecil lalu semua itu semakin menyakitkan jiwa. Populariti Eisenheim juga semakin mendapat perhatian penduduk Vienna kerana pertunjukan silap matanya yang melangkaui minda serta sukar dijelaskan logik. Sambutan tersebut tambah hangat dan menakjubkan apabila dia berjaya membuat orang mati bangkit dari kubur (literally). Pihak berkuasa mula menaruh waspada kepadanya malah dia diminta supaya memberi huraian bagaimana sesuatu magis itu dipersembahkan. Sampaikan gerak-gerinya juga diawasi lebih-lebih lagi dia ada skandal dengan gadis bangsawan.

Kalau The Prestige bergantung kepada dua orang tukang sulap dalam konteks ceritanya, The Illusionist adalah one man show. Norton seperti biasa sangat berkesan dalam karektor yang memerlukan dia tense seakan dalam konflik atau dilema mencengkam namun masih tidak dapat menandingi intensiti yang dibawanya dalam American History X. Giamatti dan Sewell dalam peranan sebagai antagonis berjaya dalam watak masing-masing siap dengan misai palsu. Namun pada hampir penamat daripada suara latar inspektor itu nadanya mula berubah seolah memberi clue bahawa pakatannya dengan putera mahkota tidak bertahan lama.

Sebuah filem tentang dunia magis dan mereka yang membuat silap mata cuba menjadi muslihat itu sendiri dalam membina plot yang akan mengagumkan penonton. Ini sangat menarik kerana kita sebagai penonton akan secara sukarela sanggup di panggil ke pentas untuk menjadi bahan eksperimen. Tapi kita tidak akan gentar kerana kita tahu apa yang bakal dialami nanti hanyalah sekadar satu ilusi.

Friday, February 16, 2007

Seorang Sri Panggung

Sempena menyambut kedatangan alaf baru dahulu, terdapat sebuah filem yang ditujukan khas untuknya oleh Jepun bertajuk Millennium Actress. Tapi oleh kerana kita dekat dengan Tahun Baru Cina, aku buat ia seolah-olah sempena perayaan itu kerana nuansa oriental yang ada. Menontonnya, tidak terasa ia lukisan kartun. Bagaikan hidup ia menjelma di depan mata, memohon kita menyisihkan khayalan supaya hasilnya dapat diselami sepenuh jiwa.

Filem ini bukan khusus untuk peminat anime saja malah mereka yang tidak biasa juga boleh menikmatinya asalkan ada perasaan yang halus dan bersedia supaya emosinya di robek. Bukan mudah melakar jalan cerita yang meruntun hati apatah lagi mediumnya dalam bentuk kartun. Tetapi Satoshi Kon menggalas cabaran itu dengan hasil yang berseni dan memukau seolah ia memberi homage untuk dirinya sendiri sebagai seorang karyawan dan pembikin filem yang berbangga dengan susur-galur riwayat sinema negara matahari terbit itu serta berjaya mengaitkan unsur semulajadi (gempa bumi misalnya) untuk dieksploitasi menjadi plot yang cantik.

Ia bermula dengan seorang pengarah dokumentari bernama Genya Tachibana sambil di temani oleh jurukameranya yang setia (dan lawak) menemuramah seorang aktres tersohor yang tiba-tiba menghilangkan diri dari kemilau dunia hiburan. Chiyoko Fujiwara kini telah pun tua tetapi masih cantik menyepi dalam sebuah kediaman yang terletak di pinggir Tokyo bersedia untuk melayani segala pertanyaan lelaki tersebut. Disinilah keseronokkannya bermula tatkala cerita dalam cerita mengambil alih mengaburi realiti dalam satu sesi lipurlara yang mengasyikkan.

Kata kuncinya err... ya, memang ianya ada kena-mengena dengan sebentuk kunci yang menyebabkan Tachibana ingin merakamkan pertemuannya dengan Fujiwara di sini adalah “janji yang telah di pateri”. Semasa kecil dahulu, pelakon tersebut pernah membantu seorang pelukis misteri yang cedera lalu dia menyerahkan kunci tersebut kepada Fujiwara agar suatu hari nanti mereka dapat bertemu dan kunci itu akan dikembalikan kepadanya. Ia di jaga penuh cermat dan berhati-hati malah sampai tahap compulsive sedangkan dia sendiri tidak pasti sama ada mereka dapat berjumpa semula atau ia akan menjadi sia-sia.

Kita di bawa menyaksikan kronologi seorang pelakon dari zaman kanak-kanak sehingga dewasa dalam dunia panggung wayang dari era maharaja ke angkasaraya berbaur antara skrip dalam lakonan atau dialog yang lahir sendiri kerana tiada pemisah antara pementasan dalam drama atau hidup sebenar. Mereka yang obses dengan filem mungkin ada manifestasi mereka sendiri tentang bagaimana untuk meraikan atau menjulang dunia seluloid seperti yang mereka dambakan misalnya Giuseppe Tornatore yang membikin Cinema Paradiso untuk tribute kepada satu escapism. Atau Janji Joni yang turut menyuntik semangat yang sama kepada Indonesia. Tak tahu bilakah kita pula dapat mencetuskan kesaktian yang sama.

Thursday, February 15, 2007

How to Save a Song

Bila dapat tahu yang Dixie Chicks menang lima Grammy baru-baru ni aku teringat pada kawan aku, Brad yang sibuk promote album awek country ni suruh aku dengar. Aku tak pasti bila masa dia ni beralih minat pada muzik genre country. Lagi pun lagu-lagu dia macam sama je bila dengar banyak-banyak kali. Aku tak berapa minat nak pinjam tapi aku respek dengan dia sanggup beli cd ori.

Pada zaman yang kebanyakan orang hanya tahu mendownload, pembeli cakera padat original umpama species yang hampir pupus, mereka semua patut di beri anugerah yang sewajarnya kerana masih menyokong industri ini secara tulen. Ok, bercakap pasal anugerah, aku cuba check senarai lagu dalam MP3 player aku yang mana ada memenangi Grammy Award baru-baru ini.

1. Pop Vocal Album: Continuum, John Mayer. Dua tiga lagu je yang aku ada seperti Belief, Slow Dancing in a Burning Room – lagu lama dia pun aku ada, Your Body is a Wonderland. Satu lagi kategori yang John Mayer menang ialah Male Pop Vocal Performance: "Waiting on the World to Change,"

2. Female Pop Vocal Performance: Ain't No Other Man, Christina Aguilera.

3. Rock Instrumental Performance: The Wizard Turns On ... , the Flaming Lips. Aku tak ada lagu ni tapi aku ada lagu lain bertajuk We Can’t Predict the Future.

4. Dance Recording: Sexy Back, Justin Timberlake and Timbaland. Satu lagu nominasi yang Justin menangi ialah Rap/Sung Collaboration: My Love, featuring T.I.

5. Electronic/Dance Album: Confessions on a Dance Floor, Madonna. Hanya lagu Get Together yang ada.

6. Male R&B Vocal Performance: Heaven, John Legend. Aku cuma ada lagu lama dia, Ordinary People.

7. Aku juga ada lagu How To Save a Life daripada group The Fray calon kategori Best Rock Performance by a Duo or Group with Vocal tetapi dimenangi oleh Red Hot Chili Peppers dengan lagu Dani California.

How To Save a Life

Step one you say we need to talk
He walks you say sit down it's just a talk
He smiles politely back at you
You stare politely right on through
Some sort of window to your right
As he goes left and you stay right
Between the lines of fear and blame
And you begin to wonder why you came

Where did I go wrong, I lost a friend
Somewhere along in the bitterness
And I would have stayed up with you all night
Had I known how to save a life

Let him know that you know best
Cause after all you do know best
Try to slip past his defense
Without granting innocence
Lay down a list of what is wrong
The things you've told him all along
And pray to God he hears you
And pray to God he hears you

Where did I go wrong, I lost a friend
Somewhere along in the bitterness
And I would have stayed up with you all night
Had I known how to save a life

As he begins to raise his voice
You lower yours and grant him one last choice
Drive until you lose the road
Or break with the ones you've followed
He will do one of two things
He will admit to everything
Or he'll say he's just not the same
And you'll begin to wonder why you came

Where did I go wrong, I lost a friend
Somewhere along in the bitterness
And I would have stayed up with you all night
Had I known how to save a life

Where did I go wrong, I lost a friend
Somewhere along in the bitterness
And I would have stayed up with you all night
Had I known how to save a life

How to save a life
How to save a life

Where did I go wrong, I lost a friend
Somewhere along in the bitterness
And I would have stayed up with you all night
Had I known how to save a life

Where did I go wrong, I lost a friend
Somewhere along in the bitterness
And I would have stayed up with you all night
Had I known how to save a life

How to save a life

Tuesday, February 13, 2007

Dinihari

Tajuk novel yang aku mention dua hari lepas tu silap. Bila aku check balik, tajuknya yang sebenar ialah Dinihari. Penulisnya memang betul Zeeree Kanreng. Aku tak pasti pula sama ada Encik Zeeree ini ada menulis buku-buku yang lain kerana tak pernah aku terjumpa. Malah novel Dinihari ini sendiri aku tak perasan ada ke tak di cetak semula.

Copy yang aku ada ni pun dah hampir lunyai sebab kena dakwat tumpah. Dakwat dalam botol tu. Bukan dakwat daripada pen. Kalau anda ada belajar seni menulis khat atau kaligrafi tentu pernah guna pen yang kena di sedut dakwatnya dari botol. Suatu hari entah macam mana cecair tersebut telah tumpah lalu menimpa helaian buku itu.

Sekali pandang memang terdapat persamaan subjek antara Dari Kepala Batas ke New Haven dengan Dinihari yang bercerita tentang anak muda membesar dalam persekitaran sukar di Malaysia sampailah mereka berjaya melanjutkan pelajaran di luar negara. Tetapi Dinihari hanya sentuh kepayahan hidup watak utamanya Zamree di pedalaman Sabah secara imbas kembali. Itu pun tidak terperinci. Sebaliknya dia lebih banyak mengelamun tentang aweknya di kampung. Pasal derita atau perkara yang pahit-pahit semasa kecil tidak diberatkan. Satu aspek yang menarik tentang novel ini ialah taglinenya yang menangkap,

Andai Cinta Itu Satu Dosa, Dia Sanggup Berdosa Kerananya

Bila kita baca sampai habis, kita sedar yang Zamree tidak sanggup berdosa kerana cinta disebabkan ada satu watak lain yang lebih layak memikulnya. Keseluruhan novel memang bertumpu kepada kisah pelajar-pelajar itu di Scotland di samping sibuk belajar turut terjebak dalam soal gelora perasaan menelusuri fasa dewasa di bumi asing.

Memang isi utamanya adalah berkenaan cinta. Tetapi benda-benda buruk atau tidak bermoral yang terjadi dijelaskan oleh pengarang tanpa berselindung. Manakala yang baik-baik itu pula tidaklah di tulis berlebih-lebih sampai kita terasa jengkel. Namun selera setiap orang berbeza. Aku bandingkan dua novel ini pun bukanlah atas penilaian yang muktamad cuma pendapat secara peribadi dari seorang pembeli dan pembaca.

Sunday, February 11, 2007

Dari Kepala Batas ke Kepala Pembaca

Menulis novel bukanlah kerja yang gampang. Tapi itu bukanlah satu excuse bagi pengarangnya untuk hantar satu cerita yang aku fikir macam masih dalam peringkat draft untuk diterbitkan oleh publisher. At least begitulah yang aku rasa bila membaca novel yang bertajuk Dari Kepala Batas ke New Haven ini. Teramat-amat simple dan straight forward sampai aku rasa tak percaya pula benda yang aku sedang baca tu adalah sebiji novel yang sudah siap. Aku ingatkan ia semacam bentuk assignment atau soalan tesis,

“Sila teliti perenggan di bawah dan lengkapkan ia sehingga menjadi sebuah cerita....“

Ada terlalu banyak dialog dalam novel ini. Tak kisah sebenarnya banyak dialog pun tapi biarlah ayat-ayat yang watak-watak tu sedang bercakap janganlah terlalu skima dan buatlah ada emosi. Cuma pernyataan yang disusuli selepas dialog yang menegaskan bahawa orang yang bercakap itu sedang menengking atau merasa hiba barulah jelas situasi yang cuba digambarkan oleh pengarang. Kalau tak kita mesti anggap yang dia sedang bertutur dalam keadaan selamba-mamba.

Begitu juga dengan latar masa tentang period bila cerita ni berlaku tidak di beritahu. Sepatutnya awal-awal lagi maklumat tentang tahun-tahun yang dilalui oleh karektor dijelaskan oleh penulis supaya pembacanya lebih jelas dengan keadaan pada zaman tersebut. Jadi kita dapat sedikit idea bahawa ini adalah kisah hidup salah satu watak yang muncul pada permulaan cerita sehinggalah dia dewasa. Satu lagi masalah, pengarang juga tidak begitu menonjolkan watak ini ketika dalam bab-bab yang awal sehingga kita tak boleh nak merasa intim dengannya sedangkan sehingga penamat baru kita sedar yang buku ini adalah tentang beliau.

Kalau nak tunggu sampai si karektor tu, Khalili namanya berada di New Haven, anda kenalah banyak bersabar. Ia hanya ada ketika cerita hampir nak hujung-hujung. Di sini juga baru anda tahu yang novel ini berbentuk motivasi seperti yang diterangkan oleh wataknya supaya kita semua tabah dan sabar menempuhi cabaran hidup dan berjaya mencapai segala impian. Kalau anda ingin baca satu novel Melayu yang terus pergi ke kisah pelajar kita di oversea, boleh baca Gerhana, karya Zeree Kanreng yang lebih nampak seperti sebuah novel sebenar.