Friday, May 05, 2006

Melancong Ala Hostel

Aku pernah terbaca yang Quentin Tarantino mungkin telah menonton Saw, lalu mencebik bahawa dia boleh membuat yang lebih baik daripada itu. Lalu dia pun menghasilkan Hostel. Tapi QT bukan buat cerita atau mengarahkannya, dia sekadar jadi penerbit eksekutif. Hostel adalah garapan Eli Roth yang filem beliau terdahulu aku tengok ialah Cabin Fever.

Aku pernah tulis pasal aku tengok filem ni kat TGV tahun 2003 dahulu. Tak puas hati betul pasal banyak sangat yang di potong. Hostel ni kalau siar kat wayang, tak tahulah tinggal apa. Memang tak layak tunjuk kat panggung kalau setakat nak bagi orang sakit hati. Kalau aku dah mention filem Saw di atas, korang tahu lah pengisian Hostel bagaimana. Gore dan horror adalah tema utamanya. Aku terbaca komen dalam imdb, ia adalah Eurotrip atau Deuce Bigalow: European Gigolo yang ganas dan sadis.

Sadis kerana menurut Roth, beliau mendapat idea nak buat filem macam ni setelah terserempak dengan laman web dari Thai yang mengiklankan “murder vacation”. Laman tersebut menawarkan peluang untuk sesiapa saja yang teringin torture dan membunuh orang lain dengan bayaran $10,000. Lepas tu beliau tunjukkan website ni pada QT dan mereka pun buat filem ni. Tetapi mereka tidak dapat pastikan sama ada laman web itu sahih atau olok-olok saja.

Tetapi di dalam Hostel, “murder vacation” itu bukannya olok-olok lagi kerana ia telah menimpa tiga orang backpackers, Paxton, Josh dan Oli semasa mereka ingin berseronok di Slovakia. Apa yang tak logiknya masa Paxton ingin menyelamatkan diri ….haha… aku terus kasi spoiler pasal mula-mula ingat macam tak ada harapan seorang pun yang akan selamat, para pengawal kat luar tu tak perasan langsung ke dia sedang terbongkok-bongkok nak curi kereta?

Satu lagi aspek yang boleh “menghiburkan” ialah dalam satu adegan menunjukkan senarai kadar nyawa seseorang berdasarkan benua untuk dijadikan mangsa seksaan. Rakyat Amerika paling mahal bayarannya. Agaknya itu memberi maksud jika kita ingin membunuh mereka atas nama rekreasi sekali pun kita terpaksa membayar sejumlah yang mahal ke atas nyawa orang A.S. tersebut, apatah lagi nak ajak mereka berperang. Manakala aspek yang buat kita tidak tenteram ialah gangster kanak-kanak itu.

Menonton Hostel mengingatkan aku pada Reservoir Dogs kerana terdapat nuansa filem berkenaan di sini. Lebih-lebih lagi gedung yang menjadi markas untuk mendera itu sangat signifikan untuk kedua-dua buah filem ini selain warna latar-belakang yang macam zaman dulu. Walaupun Paxton telah keluar dari situ tetapi adegan ngeri tidak habis setakat itu saja. Ini sebuah lagi filem yang boleh memenuhi selera barbaric anda.

Thursday, May 04, 2006

Slam Dunk de Funk

Dahulu aku selalu breakfast dalam pantry, makan nasi lemak atau mee goreng atau sajian sarapan yang berat seumpamanya. Setiap kali aku tengah bersarap di situ, mesti aku terpapas seorang staff perempuan Punjabi ni yang setiap pagi mesti dia makan biskut cream crackers atau kita panggil biskut lemak. Ada juga yang panggil biskut kering.

Itu saja yang dia makan setiap pagi membuatkan aku terfikir bolehkah bertahan dengan biskut kering saja sampai tengahari? Tak rasa badan akan lembik ke nanti? Atau sengaja nak diet? Tapi badan dia dah kurus, buat apa nak diet lagi? Atau saja nak berjimat-cermat? Itulah kata-kata yang sering bersipongang dalam kepala sambil mulutku tekun mengunyah nasi lemak.

Tetapi nampaknya sekarang aku terpaksa telan kata-kata ku itu kerana di office kini setiap pagi aku memang makan biskut kering! (Kadang-kadang kalau rajin baru aku cari kuih-muih). Sebabnya saiz pantry yang telah menjadi lebih kecil selepas renovation menyukarkan untuk di muat lebih banyak kerusi/meja. Aku pun jadi segan untuk menyempitkan diri berkongsi makan dalam ruang yang minimum. Aku rasa klaustrofobik.

Nasi lemak, mihun goreng, roti canai, nasi dagang, roti jala dan segala jenis makanan berat lainnya itu aku makan di kala pantry kami dahulu luas saujana saiznya. Sekarang ni aku terpaksa memilih makanan lain yang tidak renyah. Apa ya?

Biskut keringlah jawabnya.

Biskut cream crackers selain sedap di makan begitu saja, enak juga jika di cicah dalam air kopi, milo, teh atau minuman panas lain. Horlicks ke misalnya. Air limau suam tak tahu ler sedap ke tidak rasa biskut ni nanti kalau di cicah. Jangkamasa rendaman tu bergantung pada citarasa masing-masing. Kalau nak lembut terlebih, cicah lama sikit. Selain biskut kering, biskut Oreo pun popular sebagai bahan celupan apabila kempen iklan tv mereka mendogmakan susu sebagai cecair untuk melazatkan lagi Oreo anda.


Sekarang, marilah kita sama-sama melihat beberapa jenis biskut, kuih, kudapan atau jajan yang lain yang juga tidak kurang sedapnya untuk kita jadikan bahan cicahan. [Aku dapat idea untuk menulis entry ni setelah membaca ruangan Food dalam majalah 8Days bertajuk Taking the Plunge].

Roti

Walaupun menurut Gardenia, roti adalah sungguh enak di makan begitu saja, cicah dalam air pun sedap jugak. Jangan rendam lama sangat, nanti ia akan bercerai dan menyusahkan anda untuk mengautnya balik. Roti sandwich yang putih dan kosong paling sesuai sebagai cicahan.


Biskut balak

Sorrylah, tak ada gambar yang dapat ku tampal untuk menunjukkan rupa bentuk biskut balak ni. Daripada namanya saja korang boleh agak fizikal biskut ni kan … (aku pun dah lama tak makan benda ni, ada jual lagi ke hah?) Tak silap aku, ianya di perbuat daripada serdak roti yang tak laku. Dikumpulkan segala serdak tersebut dan di bentuk menjadi batang balak berukuran mini lalu seterusnya menjalani proses ereksi pengerasan. Sesuai dinikmati hanya dengan cara di cicah. Kalau nak gigit begitu saja, patah pulak gigi tu kang.

Pancake

Aku rasa pancake sesuai untuk di cicah dalam minuman panas. Tapi aku tak pernah pulak cuba. Mungkin lambat sikit untuk pancake ni menyerap minuman tu ke dalamnya sebab ia macam tebal. Aku pernah tengok orang makan kuih cakoi dengan mencicahnya. Lebih kurang macam tu jugalah kalau nak cicah pancake ni.

Kuih Baulu

Pergi sajalah ke website ini kalau nak tahu lebih lanjut tentang kuih baulu. Biasanya orang makan macam tu aje, jarang yang celup dalam air. Try lah kalau nak rasa bagaimana kuih baulu apabila menjadi lebih lembut daripada biasa setelah terkena air kopi. Langsung enzim-enzim baulu tidak berdaya mempertahankan bentuk asal kuihnya setelah di rendam dalam air.

Makanan yang paling pelik pernah aku cicah ialah keropok keping yang telah di goreng lepas tu cicah dalam air teh! Rasanya tentulah dah bertukar tidak rangup lagi sebaliknya jadi lembik dan berminyak. Aku tak tahulah siapa yang mengajarnya tapi masa aku kecil dahulu aku suka buat macam tu.

Menurut artikel tu, snek yang paling tidak sesuai untuk di cicah ialah wafer. Wafer umpama sekeping cardboard tebal yang dilapisi gelembung udara yang dimaniskan. Apabila terkena air ia lebur sama sekali.


Trivia:

1. Jenama Dunkin' Donuts yang famous sebagai bakeri menjual kuih gelang ni mendapat namanya kerana dahulu orang makan kuih gelang atau donut ni dengan cara mencelupnya (dunk) dalam air kopi.

2. Menurut kajian, dengan mencicah biskut ke dalam minuman panas, ia akan merembaskan sebanyak 10 kali lebih perisa daripada biskut itu berbanding jika menikmatinya begitu saja.

3. Ada satu aktiviti popular untuk memakan snek Tim Tam di Australia di panggil “Tim Tam Slam”. Orang yang buat aktiviti tu di gelar ‘slammers’ akan menggigit hujung biskut itu sambil hujung satu lagi di celup dalam air teh. Kenkonon dia buat Tim Tam tu macam straw, sedut air teh tu sehingga Tim Tam tu berderai.

Friday, April 28, 2006

Kesal Kerana Tulisan

Kalau sebelum tidur tu, macam-macam aku rancang dalam kepala, apa yang nak di tulis esoknya dalam blog. Tapi bila dah ada depan komputer, langsung hilang segala idea yang telah di set (kecuali apa yang aku ada jot down sikit-sikit). Kadang-kadang tak payah nak rancang idea apa-apa, sebabnya ilham boleh tiba dalam pelbagai medium. Contohnya input sebelum ini, aku cuma mengisi entry tersebut setelah mendapat kiriman e-mel berkenaan perbezaan kos sara hidup UK dan KL.

Asyik sangat menulis entry yang itu sampai tak sedar jadi panjang berjela. Idea mencurah-curah turun. Macam air terjun Niagara. Bilakah sepatutnya seseorang itu sedar, yang dia wajar menamatkan artikelnya setakat itu saja?

Bila dia sedar apa yang di tulisnya itu lama-lama jadi hambar, ayat-ayat yang di karang seakan pengulangan kepada apa yang telah di tulis lebih awal. Senang cakap, dah tak ada isi lah. Kalau nak teruskan tulis juga, bimbang jadi sia-sia.

Sebenarnya apa yang kita tulis atau paparkan dalam weblog ini memang tidak akan jadi sia-sia. Ia adalah bentuk amalan atau deed yang kita salurkan supaya orang ramai (dalam kes ini ialah internet’s surfers) boleh mendapat faedah daripadanya. Sama ada masyarakat menerima faedah itu dalam bentuk positif atau negatif, kita yang harus bersedia untuk memikulnya. Malah beban yang di pikul itu akan lebih terasa beratnya apabila kita bangkit pada hari pembalasan kelak untuk di beri pengadilan terhadap hasil kerja kita selama hidup di dunia fana ini termasuklah apa yang kita tulis dalam blog.

[sekali-sekala aktiviti memblogging ini buat aku terasa macam aku sedang mempraktikkan peribahasa “tiada beban, batu di galas” – elok-elok hidup secara offline dengan tak payah menambahkan tanggungjawab tak bergaji ni, tiba-tiba sengaja cari pasal]

Menerusi ruangan Kembara Seorang Penulis dalam akhbar Siasah ... eh, nanti dulu. Tahun 2003 dulu aku pernah mention tentang satu majalah bernama Siasah dan pernah juga aku beli (walaupun tak konsisten) tetapi majalah tersebut tidak panjang hayatnya. Kini ada sebuah surat khabar tabloid dengan tajuk yang sama beredar di pasaran. Kurang pasti pula hamba bilakah suratkhabar ini dimulakan kerana baru saja hamba perasan kewujudannya. Tidak pula hamba membelinya pada setiap keluaran kerana baru ada beberapa naskhah saja yang apabila berminat barulah hamba mendapatkannya.

Kita berbalik semula kepada ruangan itu tadi, sorry sebab terlencong ke lain sekejap. Tajuk kepada kolum tersebut berbunyi “Tanggungjawab Seorang Wartawan Islam”. Ia di tulis oleh seorang bekas wartawan yang merupakan salah-seorang karyawan perintis yang memulakan akhbar petang Harian Metro. Selain menceritakan sejarah awal penubuhan suratkhabar itu, jerit-perih untuk memastikan ia terbit keesokkan harinya termasuk berkejar untuk mendapatkan scoop, beliau masih merasa ralat di dalam hati terhadap hasil usahanya itu walaupun Harian Metro telah menjangkau usia 15 tahun.

Apakah yang beliau kesalkan tentang kerjanya ini?

Pengisian suratkhabar berkenaan. Sesetangah daripada kandungannya yang tidak Islamik seperti paparan gambar-gambar artis berpakaian tidak senonoh, ada pertandingan ala ratu cantik dinamakan Gadis Metro di samping keputusan empat nombor ekor. Walaupun tidak terlibat secara langsung dengan ruangan Gadis Muka Tiga itu tetapi sikap beliau yang membisu ketika cadangan tersebut dibentangkan dalam mesyuarat editorial seolah beliau merestuinya. Beliau turut sama menambah saham di atas kemunculan ruangan yang boleh mendatangkan fitnah itu.

Itulah yang menjadi kekesalan di hati beliau. Ketika ini hanya keampunan yang beliau panjatkan dan berharap agar akhbar tersebut turut menjadi medan dakwah supaya ada sedikit faedah yang dapat beliau kutip di atas hasil usahanya itu. Malah beliau juga kaitkan hal ini dengan seorang penulis, Faisal Tehrani, yang menurut beliau pernah mencoretkan betapa dia menyesal menulis beberapa kisah-kisah lara dan cinta picisan lewat novel-novel terawalnya. Dan kalau jam boleh berputar balik Faisal mahu memadamkan semua karya itu kerana bimbang apa hendak dijawab di depan Tuhan nanti. Malangnya, semua itu tidak mungkin berlaku kerana semalam sudah menjadi sejarah.

Macam aku sendiri, apakah yang aku kesalkan sepanjang aku menulis blog ini?

Memanglah ada perkara-perkara yang aku kesalkan. Blog ni pula bukannya menjurus ke arah urusan dakwah atau memiliki keperibadian Muslim yang tawadduk. Korang tahulah apa benda kebanyakan yang aku tulis kan? Majoritinya tentang hedonisma semata-mata. Bezanya, aku boleh delete semua yang aku pernah publish tu atau lebih extreme lagi aku mansuhkan terus blog ini. Cuma aku saja yang masih tidak berbuat demikian.

Setiap kali aku cuba sedaya-upaya agar tidak tergelincir, sama ada dalam menjalani hidup di dunia nyata atau pun secara online. Aku mahu segala apa yang aku usahakan diberkati dan dapat memberi manafaat kepada sesiapa yang ia sampai. Aku tidak mahu menyesal di kemudian hari.

Wednesday, April 26, 2006

Tinggal Atau Tinggalkan

“Kalau kau nak berhijrah ke UK, aku pun nak ikut sekali”

Bunyi balasan satu e-mel.

Aku cuma buat kelakar dengan menghantar e-mel kepadanya menyatakan “Kalau macam tu aku nak pindah duduk UK lah lepas ni,“

Sebelum itu dia telah forward satu e-mel bertajuk - Fwd: Cost of Living in Malaysia....Terlalu Tinggi? - kepada inbox ku.

Aku rasa aku pernah dapat e-mel ni dulu. Biasalah lepas dapat, baca dan padamkan. (Atau aku ada forward pada orang lain? Tak ingatlah). Tetapi kiriman e-mel itu kali ni sangat berbeza. Pasalnya aku baru saja terbitkan entry tentang kehidupan pendatang asing yang bermigrasi ke UK dalam filem Dirty Pretty Things. Cuma aku rasa tak perlu aku paparkan e-mel tersebut di sini.

Bila aku baca apa yang tertulis tentang perbezaan kos sara hidup antara Malaysia dan UK membuat kita rasa tak puas hati. Tambah menyakitkan hati lagi apabila pada perenggan terawal penulis e-mel itu membandingkan dengan Singapura, (kerana ia contoh yang paling munasabah) memang jauh sangat nampak yang kita ni “miskin” dari segi pendapatan tetapi terpaksa membayar harga yang mahal untuk menikmati barang dan perkhidmatan asas. Sedangkan di Singapura, mereka mendapat gaji yang lumayan untuk membayar harga yang setimpal atau pun murah kepada barang dan perkhidmatan di negara mereka.

[Aku pernah tulis dulu dalam entry yang lepas-lepas mengenai sivil servant mereka pun mendapat gaji yang ribu-ribu untuk mengelakkan amalan korupsi]

Satu lagi fakta yang sangat jelas ialah Singapura tidak ada hasil sumber asli berbanding dengan Malaysia bumi bertuah ini yang nama saja kaya dengan sumber mineral, pertanian dan hutan tetapi hasilnya seakan tidak sampai dari segi material untuk di kongsi secara saksama dengan rakyat terbanyak. Bagi aku sekurang-kurangnya kayu ukur yang menunujukkan kerajaan benar-benar menyalurkan kekayaan negara ini dengan cara yang tidak di ragui ialah melalui penyediakan kemudahan keperluan asas seperti air, elektrik, telefon, makanan, pengangkutan awam, perubatan, pendidikan serta kemudahan awam dengan berkesan dan murah.

Walaupun subjektif sebenarnya untuk mengkelaskan bagaimana yang dikatakan berkesan dan murah tu tetapi kita tahu bahawa setiap bulan gaji kita yang ciput ni tak adalah habis dengan bayar petrol atau bayar tol/parking atau bayar tambang lrt/bas, bayar hutang rumah/kereta dan bayar bil air/api/kad kredit saja. Sampai nak beli baju baru atau makan yang mewah sikit pun dah tak mampu. Takut jadi papa kedana pulak sebelum dapat gaji baru nanti. Itu belum masuk lagi angan-angan nak beli Nokia N-Series atau tv plasma. Aku menulis ni dengan tiada ilmu khusus ekonomi atau sains politik atau cara-cara mentadbir negara anda sendiri – ia sekadar pembacaan dan pemerhatian secara umum. Tapi aku berhak untuk menyuarakan hal-hal begini, bukan?

Analoginya macam satu persatuan atau kelab di sekolah, peringkat yang paling asas kita mula belajar membentuk satu sistem organisasi. Ada presiden, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli-ahli biasa. Negara adalah organisasi dalam skala yang lebih besar. Bezanya jadi presiden dalam persatuan di sekolah tidak di bayar. Walaupun kita ada raise money untuk menjana aktiviti persatuan kita – melalui yuran ahli, jual makanan kat sukaneka, kutip derma dan lain-lain – tujuannya hanya satu, untuk menggerakkan persatuan supaya ia memberi faedah kepada ahli-ahlinya. Dengan tidak ada sebarang kepentingan material kepada diri sendiri (mungkin untuk dapat nama pada sekolah, tapi itu lain cerita).

Sebelum aku mula rasa macam buat esei menulis benda-benda skima macam ni, apa yang aku nak point out ialah bahawa budak sekolah rendah pun tahu bagaimana sesebuah negara itu berjalan dan berfungsi. Apatah lagi orang dewasa yang ada pendidikan tinggi. Kita ingin bergantung dalam sebuah negara yang kita boleh berasa yakin dengannya dan berasa selamat duduk di dalamnya.

Dalam akhbar The Star ada ruangan Malaysians Abroad setiap hari Isnin. Antara soalan yang kerap di tanya kepada orang Malaysia yang duduk di negara luar itu, apakah perkara yang awak rindukan pasal Malaysia? Jawapan standard yang di beri ialah rindu nak makan nasi lemak, roti canai, teh tarik dan rindukan ahli keluarga atau paling busuk pun rindukan keindahan pantai di Malaysia. Tak ada pula jawab saya merindui suasana pemerintahan Malaysia yang sangat cekap dan berwibawa serta amalan demokrasi yang tiada tolok banding.

Memanglah nampak tak logik pulak nak jawab macam tu. Apakah yang membuatkan mereka berhijrah in the first place? Asasnya untuk mencari kehidupan yang lebih baik bukan? Sama juga konsep hijrah oleh Rasulullah (s.a.w) dari Mekah ke Madinah dulu. Tak ada pulak mereka nak bermigrasi dari negara yang boleh dikatakan okey macam Malaysia ni ke negara yang lebih huru-hara, Burundi misalnya. Pemerintah mungkin tidak boleh puaskan hati semua rakyatnya, sebab itulah ada peluang saja sesetengah dari mereka akan cabut ke negara lain yang ada lebih banyak prospek.

Walaupun kerajaan tidak mampu mengekang rakyat daripada lari meninggalkan negara ini, sekurang-kurangnya kerajaan kenalah menjaga dengan lebih baik akan kebajikan rakyatnya yang tidak mampu untuk berhijrah itu. Macam kita rakyat hina-dina ni yang semakin hari rasa semakin tertekan ini. Kalau rakyat tempatan semakin kurang, macam mana negara ingin berkembang? Bagaimana untuk mempertahankan negara? Siapa yang ingin mengeluarkan produktiviti? Sampai bila nak berharap tenaga buruh asing? Kalau inginkan sumber manusianya progresif, mengapa tidak memelihara mereka sebaik-baiknya?

Aku selalu terasa jengkel dengar satu pepatah yang sekian lama di acu dalam kepala kita “Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri – lebih baik lagi di negara sendiri. Sedangkan emas juga yang menjadi sandaran untuk mengeluarkan matawang (tapi dalam satu e-mel yang aku pernah dapat mendakwa bahawa ringgit negara ini tidak lagi berpaksikan emas). Namun masih juga emas itu yang jauh lebih baik daripada batu Oklah, aku mengaku aku menafsir peribahasa ini secara literal, mungkin ada subtle di mana-mana. Entah-entah orang yang mereka peribahasa itu sendiri menciptanya masa telah berpindah ke tempat lain sebagai alasan untuk mengelak orang kampungnya dari mengikutnya berpindah ke tempat baru yang lebih makmur.

Banyak merungut pun tak guna. Kalau nak sedapkan hati sendiri kita pandang saja aspek positif dalam hidup di negara ni misalnya tak ada peperangan, politik yang stabil, ada tempat tinggal, makan minum yang mencukupi, ada kerja dan sebagainya. Atau untuk menyenangkan hati lagi kita bandingkan pula dengan negara-negara yang lebih menderita misalnya Afghanistan, Ivory Coast, Haiti – tentu kita rasa Malaysia lebih baik. Macam yang selalu pemimpin kita buat tu, suka benar bandingkan harga minyak kita dengan minyak negara lain. Tapi dia tak justify pula perbandingan itu dengan income atau cost of living negara tersebut.

Apakah rasionalnya banding-membanding begini?

Kalau ada rakyat yang singkat pemikiran, dah bangun memberontak dah. Menurut e-mel tersebut “It is just that Malaysians are just too content with what they have.”. Sebenarnya kita terpaksa content, bukan tidak timbul rasa kita berhak mendapat imbalan yang lebih baik. Dengan struktur ekonomi yang khabarnya antara terbaik di negara dunia ke-tiga tetapi kita masih kekal di dunia ke-tiga. Sedang jiran kita di selatan itu sudah pun masuk ke dunia pertama. Padahal kita melalui proses yang sama, daripada sejarah, iklim, latar-belakang pemimpin, demografik, geografi malah kita ada kelebihan sumber asli dan bilangan penduduk tetapi masih tidak mampu untuk bersaing dengannya.

Singapura mungkin ada masalahnya sendiri. Atau UK, negara yang kita ingin hijrah itu (kalau bolehlah) atau Dubai atau mana-mana tempat lain yang berpotensi tidak seratus-peratus sempurna. Paling utama kita kena lihat dalam sesebuah negara itu ialah ketelusan pemimpinannya. Kita boleh lihat track record politik, ekonomi dan sosial mereka sebagai panduan sebelum kita boleh memutuskan untuk kita tinggal di sana (macam ye, ye, jer nak migrate ni – sebenarnya paling mustahak ialah cara untuk bekerja di negara itu, bagaimana untuk survive? Tak kan nak kerja jadi cleaner kat hotel jer. Tapi aku rasa gaji cleaner kat UK mesti lagi mahal kan?)

Kalau asyik ragu-ragu dan tidak yakin macam tu memang tidak boleh berhijrah ke mana-mana. Di sudut kecil hati kita masih menaruh harapan untuk negara kita sendiri. Kebanyakan dari kita belum mahu lagi bermigrasi ke negara lain yang lebih hijau dan lebih banyak emas. Walaupun dalam satu poll yang di buat minggu lepas mengenalpasti bahawa ahli politik adalah golongan yang paling rakyat Malaysia tidak percayai, tetapi adakah kita punya alternatif lain untuk mengenepikan mereka?

Sementara masih ada harapan yang bersisa, pemimpin kita kena membuat sesuatu yang konkrit untuk meyakinkan rakyatnya bahawa masih ada masa depan yang cemerlang untuk negara ini. Tidak perlu berhijrah. Tapi, apakah sesuatu itu? Menjadi tugas mereka untuk ikhtiarkan, sebab itulah kita memilih mereka in the first place, right?


Photo Credit:http://wisp11.physics.wisc.edu/

Monday, April 24, 2006

Dirty PATI Things

Oleh kerana tak tahu nak kaitkan filem ni dengan apa, aku pilih Crash sebagai rujukan yang layak untuk Dirty Pretty Things. Alasannya sebab tema perkauman atau imigran yang terkandung di dalamnya adalah sangat kuat dalam kedua-dua buah filem di atas. Crash nampak terlalu banyak kebetulan yang bila difikirkan balik nampak macam mustahil untuk terjadi di dunia nyata. Manakala Dirty tak adalah banyak sangat kebetulan. Walau pun Dirty lebih awal keluar tetapi Crash yang aku tengok dulu.


Filem keluaran tahun 2002 ini mengisahkan survival pendatang asing tanpa izin (PATI) di UK yang bekerja di sebuah hotel. Salah seorang pekerja itu ialah Okwe, watak yang sangat berkesan di bawa oleh Chiwetel Ejiofor, sebagai pendatang dari Afrika. Mula-mula kita ingatkan yang Okwe bekerja sebagai pemandu teksi saja tapi rupa-rupanya sebelah malam di kerja di hotel pula sebagai front-desk.

Dia terpaksa mengambil sejenis herba peransang untuk membolehkan dia berjaga tatkala membuat semua tugas-tugas itu. Kita juga ingatkan yang Okwe hanya gelandangan dengan kerja yang rencam dan hidup tidak terurus, rupa-rupanya dia lebih daripada apa yang ditampilkannya.

Kita juga berkenalan dengan seorang lagi karektor, iaitu Senay lakonan Audrey Tautou sebagai imigran dari Turki yang menjadi house-keeper di hotel tersebut. Selain itu ada watak pelacur diperankan oleh Sophie Okonedo dan Juan si pengurus hotel lakonan Sergi López.

Hotel ini bukan saja menjadi tempat mereka cari makan bahkan ia juga adalah simbol bagi mereka meneruskan ikhtiar kelangsungan hidup di bumi asing serta bagaimana mereka menentukan takdir mereka sendiri. Jika mereka sangka dengan lari daripada kesulitan hidup di negara asal dapat melepaskan mereka dari bencana, tunggulah sehingga bertemu ruas di negara yang mereka tumpangi ini.

Ada seorang kawan aku masa belajar di Mesir, pernah datang secara saluran belakang ke UK untuk bekerja di ladang strawberi di sana masa cuti musim panas. Memang menarik cerita mamat tu malah saat paling mendebarkan apabila dia dan kawan-kawannya bertembung dengan polis dan terpaksa mereka-reka cerita. Lain kalilah aku cakap pasal tu (kalau tak nanti entry ni jadi menyimpang pulak).

Memang para imigran berkenaan amat takut dengan pihak berkuasa malah dalam Dirty mereka digambarkan sanggup berbuat apa saja agar tidak di heret ke muka pengadilan waima terpaksa menggadaikan kehormatan diri. Dalam kes ini, Senay yang kelihatan terdesak sangat walaupun banyak situasi wataknya tidak diperjelaskan.

Mungkin jalan cerita Dirty boleh dipertikaikan dari aspek undang-undang imigresen atau sistem birokrasi tertentu atau kesahihan latar belakang tetapi dari segi kemanusiaannya ia adalah relevan. Digambarkan juga bahawa tidak semua pendatang itu mencari rezeki secara haram di negara yang mereka hijrah itu.

Misalnya kawan Okwe, Guo Yi yang kerja di rumah mayat nampaknya ada kerjaya yang terurus dan status yang sah. Peranan Guo Yi adalah penting di sini kerana Okwe sebenarnya adalah seorang doktor (walaupun mula-mula dia tak mengaku) di Nigeria kerana terdapat plot mengenai penjualan organ secara black market yang melibatkan imigran-imigran ini. Jadi antara dilema, prinsip, etika, maruah atau nafsu, mereka semua dalam bersimpang-siur di samping cuba bertahan untuk meneruskan hidup.

Jika diperhalusi, setiap watak pendatang dalam Dirty adalah wakil kepada bangsa-bangsa tertentu yang memang terkenal selalu mencuba nasib di rantau orang. Okwe adalah wakil kulit hitam Afrika yang telah sekian lama dijadikan subjek sebagai “pelarian” dari benua penuh masalah tersebut. Senay pula secara longgar adalah mewakili golongan Asia Barat walaupun Turki sendiri macam tak ada apa-apa konflik untuk dia tinggalkan negaranya itu. Mungkin dia sebagai wanita timur tengah ingin tinggalkan adat dan resam kaumnya supaya dapat bebas menjalani hidup mengikut terma moden.

Juan seorang latin di beri nafas pendatang yang haloba menindas pendatang lain yang ingin berlindung di bawah ehsannya. Manakala Guo Yi seorang imigran China adalah yang paling selesa antara mereka dengan cuba meminimumkan penglibatannya dengan masalah tetapi masih penuh dengan ciri-ciri manusiawi.

Friday, April 21, 2006

Open Fly, Close Mind

Ada satu iklan aiskrim di televisyen. *Mungkin aku pernah tertengok iklan ni tapi aku tak perasan* Masa kami serumah tengah tengok tv, tersiar iklan ini dalam versi bahasa Melayu.


Budak remaja lelaki dalam lif ramai-ramai sambil dia menjilat aiskrim – Memandang lelaki di sebelah sambil berteriak – “Kedai dah bukak!“

Kedai dah bukak....? Apakah maknanya? Dia nak buat kelakar ke ni? Kenapa aku tak rasa lawak pun? Tak paham gue. Menurut housemate aku kalau dalam versi Inggeris, budak tu bukan cakap kedai dah bukak tapi zip seluar terbukak (in English, of course).

Yes! Barulah terasa dia punya punch line.

Tetapi aku mengaku kita akan tidak selesa atau sikit gabra bila ada orang mention zip seluar kita terbuka. Macam pagi tadi kat pantry office masa aku tengah buat air.

“Woi, zip seluar kau terbukak tu,” Colleague

“Mana ada,” Aku dengan muka nervous tapi maintan cool.

Dia pun gelak-gelak sambil menyuap nasi lemak.

Tapi aku tak terus periksa. Sambil kacau air dengan camca lepas tu aku cepat-cepat blah. Aku pasti yang tak ada apa-apa yang terbuka depan seluar aku ni. Tapi selepas keluar dari pantry saja, aku tunduk juga check kat “area itu” manalah tahu kan …. kalau tak jom sure heboh officemates aku tengok aku punya seluar zip tak bertutup.

Aku rasa sensitif agaknya perkara ini untuk disiarkan di kaca tv. Kalau setakat untuk dijadikan bergurau sesama kawan mungkin tak sensitif sangat. Ini sampai dijadikan iklan untuk tontonan ramai boleh menyinggung perasaan sesetengah golongan. Jadi para penapis iklan kita tiba-tiba rasa nervous mendengar skrip tersebut lalu bertindak untuk menukarnya menjadi kedai dah buka. Walaupun tak ada kena-mengena dialog tu dengan babak berkenaan.

Padahal bukan kamera fokus “kat situ“ pun. Dan aku pasti yang kalau kamera masih nak fokus “kat situ“, tak kan dia nak tunjuk yang zip seluar lelaki tu tengah ternganga. Tapi kalau kebetulan kamera fokus sekejap “di situ“ cuma dalam keadaan zip seluarnya tertutup sekadar untuk meyakinkan penonton yang remaja lelaki tadi rupa-rupanya berlawak saja – itu masih boleh di terima. Tak payahlah kita nak gelabah disebabkan oleh hal sekecil itu.

Atau mungkin sebab kita orang Asia? Agaknya penapis iklan kita fikir apabila terdengar ayat “Zip seluar awak terbuka” penonton kita akan terus teringatkan alat sulit lelaki Asia yang saiznya ahem….tidak begitu mencapai piawai kepuasan syahwat?! Patutlah dalam suratkhabar Kosmo! semalam ada berita seorang pelajar dari Singapore bunuh diri kerana tidak berpuas hati dengan saiz alat kelaminnya.

Jadi perkara ini amat sensitif bagi sesetengah daripada kita. Tentang saiz itu? Bukan. Pasal zip seluar terbuka tadi. Eh, boleh jadi ianya memang pasal saiz?! Bukan pasal dialog mengenai zip seluar terbuka? Atau pasal aiskrim tu tak? Iklan tentang aiskrim dan zip seluar terbuka mungkin boleh menjadi double meaning. Aiskrim dan zip tidak cocok untuk disatukan? Begitu? Apa-apa sajalah.

Wednesday, April 19, 2006

Destinasi-Destinasi Dijauhkan

Dalam akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 16 April, ada sebuah rencana yang memetik laporan dari Forbes.com berkenaan beberapa destinasi yang disifatkan paling berbahaya di dunia. Kebanyakan daripada tempat yang disenaraikan tidak selamat itu adalah beberapa negara yang memang selalu kita disogokkan kebobrokan tentangnya. Malah senang pula kita kenalpasti destinasi tersebut berdasarkan peta. Cuma ada beberapa kawasan yang mungkin kita tak pernah dengar namanya apatah lagi nak identify tempat tu kat mana.

Mari kita meninjau destinasi-destinasi yang diuar-uarkan sebagai berisiko tinggi serta penerangan ringkas yang aku cedok dari suratkhabar tu mengapa mereka boleh membawa padah kepada anda jika melawatnya.

1. Afghanistan

Di culik dan dijadikan tebusan. Itulah risiko yang bakal menimpa orang luar yang mengunjungi negara ini, lebih-lebih lagi jika anda berkulit putih. Pencetusnya ialah bekas pejuang Taliban dan Al-Qaeda yang masih giat menjalankan aktiviti pengeboman sama ada oleh penyerang berani mati atau dengan cara meletupkan kenderaan.

2. Burundi

Di manakah letaknya Burundi? Sila lihat peta di bawah. Perang saudara yang bermula sejak 1993 akibat tidak bersetuju dengan tekanan pihak kerajaan menyebabkan berlakunya pemberontakan. Tidak diketahui pula apakah tekanan tersebut (aku malas nak buat further research) mungkin sebab kerajaan mereka menghapuskan subsidi minyak? Keganasan yang berlaku belum ada tanda-tanda akan berakhir apatah lagi tahun lepas mereka dikatakan telah setuju untuk menggenjat senjata tetapi dalam saat-saat akhir masih tembak-menembak dengan kerajaan.

3. Ivory Coast

Mengikut laporan yang aku baca, negara ini menjadi tidak stabil disebabkan oleh rasuah. Walau sekaya mana pun hasil sumber asli atau sebijak mana pun dasar kerajaannya tetapi jika korupsi berleluasa, negara tidak akan menjadi makmur. Justeru ia akan membawa konfrontasi lalu memburukkan reputasi negara itu sendiri.

4. Republik Congo

Sama juga konfliknya macam negara sebelum ini. Walaupun ada penyeliaan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) namun kejadian rogol, penculikan dan rompakan masih terus berleluasa. Malah kerajaan peralihan yang diwujudkan pada 2003, gagal mengekang aktiviti gangsterisme yang semakin melampau dilakukan oleh kumpulan bersenjata. Apa yang menakutkan orang luar ialah prosedur “duit kopi“ yang menjadi amalan untuk keluar masuk ke negara ini.

5. Georgia

Perang saudara juga menjadi pencetus krisis di sini yang telah berlanjutan antara tahun 1980-an dan 1990-an, mengakibatkan negara itu terbahagi seperti apa yang ada pada hari ini. Sebenarnya aku pun tak tahu “apa yang ada pada hari ini” di negara terbabit pasal tak pernah ambil tahu pun. Konklusinya situasi politik yang kucar-kacir dan sering berevolusi menyebabkan negara ini terutamanya di wilayah tertentu sukar bagi pihak luar untuk merujuk siapakah sebenarnya pihak atau kerajaan yang memegang tampuk kuasa.


6. Haiti

Berhati-hatilah apabila ingin berkunjung ke negara ini kerana apabila keselamatan anda terancam semasa di sana, jangan berharap untuk mendapat tindakan dari pasukan polis mereka. Dilaporkan bahawa anggota polis negara tersebut kurang efisien. Manakala adalah normal untuk melihat kegiatan tunjuk perasaan dan keganasan berlaku di sini terutama mereka yang menjalankan urusan bisnes, memang biasa menjadi mangsa. Selain masalah jenayah itu, sumber bekalan asas, air dan elektrik yang terhad juga memudarkan minat kita untuk berlibur di negaranya.

7. Iraq

Siapakah yang ingin melancong ke Iraq buat masa ini? Melainkan anda adalah wartawan, atau pasukan bantuan kemanusiaan, atau tentera pengaman atau…. entahlah….. orang yang sanggup ambil risiko mungkin? Lebih-lebih lagi jika anda orang putih dari Amerika – tidak ada orang yang sanggup melawat Iraq buat masa ini. Jika anda tidak tahu kenapa, maybe anda berada di planet Marikh sebelum ini dan belum begitu faham dengan situasi di bumi lebih-lebih lagi di Iraq.

8. Liberia

Adalah sangat bahaya dan mengancam untuk melawat Liberia lebih-lebih lagi jika anda adalah wanita. Di sini penjenayah rogol adalah sangat bermaharajalela. Berpuluh ribu anggota keselamatan PBB dan polis penasihat mengawasi negara itu tahun lepas sempena pemilihan presiden dan walaupun ia berjalan lancar, keselamatan masih belum terjamin. Kesan dari sisa-sisa perang saudara selama 14 tahun dan krisis sosial masih menghantui sebahagian daripada wilayah ini

9. Pakistan

Tak payahlah nak melancong ke Pakistan pasal di negara kita pun ramai orang Pakisatan. Ok, kalau nak tahu juga, Pakistan berkonflik dengan India sejak mereka berpisah pada 1947 untuk menjadi sebuah negara Islam. Jadi, kerap terjadi pergolakan sempadan. Tambah memburukkan lagi apabila Afghanistan yang juga bersempadan dengannya telah membuat negara ini sebagai sarang untuk para pejuang mereka seperti Taliban dan Al-Qaeda menyorok.

10. Papua New Guinea

Apabila anda berada di sini dinasihatkan supaya anda tidak menaiki pengangkutan awam kerana tidak selamat. Jadi sewa kereta atau motosikal kalau nak berjalan-jalan. Manakala Port Moresby yang juga ibu negaranya dilaporkan sebagai antara kawasan yang mencatatkan kadar jenayah bunuh tertinggi di dunia. Kawasan luar bandarnya pula banyak penyeluk saku berkeliaran. Maka, enter on your own risk.

11. Rusia (Chechnya)

Masalah utama yang menyebabkan wilayah ini tidak tenteram ialah keadaan politik yang tidak stabil. Antara kawasan-kawasan yang tidak digalakkan anda kunjungi termasuklah North Ossetia, Ingushetia, Dagestan, Stavropol, Karachayevo-Cherkessiya dan Kabardino-Balkariya seperti juga Chechnya.

12. Somalia

13. Sudan

14. Zimbabwe

Tiga negara Afrika yang terletak dalam rangking terbawah ini sama jugak masalahnya dengan jiran-jiran Afrika mereka yang lain. Keganasan, krisis politik, jenayah, rasuah, penyakit, bencana alam, karenah birokrasi, kegawatan ekonomi, perang dan lain-lain gejala sosial memang membantutkan hasrat masyarakat global untuk berwisata ke negara mereka. Walaupun terdapat aneka kecantikan semulajadi, budaya dan kesan-kesan sejarah yang sepatutnya menjadi bahan tarikan pelancong namun kerana seribu satu masalah itu menyebabkan kita tidak berani memperjudikan nyawa menjejakkan kaki ke sana.

Tuesday, April 18, 2006

Merelai Israel

Kita mulakan entry hari ni dengan membaca suratkhabar.
‘Rela makan garam’

GAZA: Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh, kelmarin menegaskan rakyatnya lebih rela hidup dengan memakan ‘herba, garam dan buah zaitun’ tetapi sesekali tidak akan tunduk kepada tekanan Barat supaya Hamas mengiktiraf Israel.

Kenyataan keras Haniyeh dikeluarkan ketika dia menghantar tiga menterinya memulakan lawatan ke negara Arab dan Islam untuk mengutip derma manakala pemimpin Iran pula berkata, adalah menjadi tugas semua negara Islam untuk membantu membiaya kerajaan baru Palestin berikutan potongan bantuan oleh Barat.

Berita Minggu – April 16, 2006

Pejabat Israel Masuk RI

Jerusalem – Meski ditentang sejumlah tokoh dan umat Islam di tanahair, pembukaan hubungan diplomatik antara Indonesia dan Israel agaknya bukan mustahil. Sebab, sejumlah pejabat pemerintah Indonesia diam-diam telah bertemu dengan perwakilan pemerintah Israel, Selasa lalu.

Pertemuan itu berlangsung di sela sidang tahunan ke-62 Komisi Ekonomi dan Sosial PBB untuk Asia Pasifik (UNESCAP) di Jakarta. Menurut Jubir Kementerian Luar Negeri Israel, Mark Regev, pemerintah Israel diwakili Deputi Dirjen Kemenlu Urusan Asia dan Dubes Israel untuk Thailand Yael Rubinstein.

Tetapi, Regev menolak membeber nama-nama pejabat Indonesia yang hadir dalam pertemuan itu. Dia melihat pertemuan itu sebagai pertanda bahwa kedua negara “dapat berjalan ke arah yang benar” menuju perbaikan hubungan. “Israel tidak melihat alasan mengapa hubungan bilateral dengan Indonesia tidak bisa diperbaiki,” kata Regev tanpa merinci agenda pembicaraan.

Jawa Pos - April 13, 2006

Sementara itu di Kuala Lumpur

“Do you remember the document that I ask you to prepare last week?” Boss aku

“Yea…. What happened? Something wrong?” Aku

“Could you change address dia. Bukan send to Singapore tapi send to Israel,“ Boss aku.

Send to Israel??!

But…. but….. Tapi tak terkeluar pula ayat untuk aku menyuarakan pendapat berkenaan penukaran alamat yang boss suruh aku buat tu. Lagipun apa benda yang aku nak pertikaikan pun. Hantar sajalah ke negara zionis berkenaan. Kadang-kadang aku terfikir, sampai ke tak surat ni nanti kat Tel Aviv tu? Nak ke posmen hantar? Punyalah naïf pemikiran.

Huh… dari Singapore hantar ke Israel? Apa ke bezanya?

Kalau dokumen yang perlu di hantar ke Australia, U.S., Hong Kong, Jepun, Switzerland tu memang biasalah aku buat. Ini Israel. Negara yang terkenal kerana penindasannya terhadap bangsa Palestine. Rasa semacam pulak. Ini nak send macam biasa atau nak kena bubuh bahan kimia atau racun-racun tertentu dulu dalam dokumen ni...? hahahha... Sekali lagi aku berfikir secara shallow. Nanti tak pasal-pasal Mr. Netany... (alamak, nama kena dirahsiakanlah) yang ditujukan surat ini buat bantahan antarabangsa pula bila dapat tahu ada kompeni dari Malaysia kirim surat bercampur serbuk anthrax. Mungkin beliau bukan penyokong dasar kerajaannya tetapi kita biasanya gemar membuat tanggapan secara umum.

Mari kita tengok pula laporan berita hari ini.
Tidak yakin Eropah, Amerika bertindak pantas menyelamatkan rejim Yahudi

BAITULMAQDIS: Ketua parti Yisrael Beitenu yang akan mempunyai wakil dalam kabinet baru Israel, berkata rejim Zionis itu mungkin terpaksa membuat serangan awal secara sendiri terhadap Iran bagi menyekat negara Islam itu membangunkan senjata nuklear.

Avigdor Lieberman memberitahu Radio Israel semalam program nuklear Iran “mewakili satu ancaman kepada kewujudan Israel dan dengan itu memaksanya mengambil tindakan jika masyarakat antarabangsa tidak membuat sesuatu.”

Krisis berhubung program nuklear Iran meruncing minggu lalu selepas Iran berkata saintisnya berjaya meningkatkan mutu uranium kepada tahap yang diperlukan untuk menjana tenaga.

Berita Harian - April 18, 2006

Palestinian suicide bomber kills nine in Tel Aviv

TEL AVIV (Reuters) - A Palestinian suicide bomber killed nine people and wounded 60 outside a Tel Aviv restaurant during the Jewish holiday of Passover on Monday, an attack the governing Islamic group Hamas called an act of self-defence.

The Israeli government of acting Prime Minister Ehud Olmert said it held the new Hamas-led Palestinian Authority responsible for the bombing, claimed by the Islamic Jihad group and the deadliest in Israel since 2004.

"We will know how to respond in the way and manner required, and we will continue to act with all means at our disposal to thwart further such incidents," Olmert said in Jerusalem, where parliament held an inaugural session following a March election.

The Star - April 18, 2006

Melihat berita yang dipaparkan dalam media kebanyakannya berbau negatif dan krisis ia memberi kesan yang tidak menyenangkan kepada khalayak. Apatah lagi sebarang usaha yang dilihat untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan negara tersebut biasanya tidak mendapat konsensus terutamanya dari umat Islam disebabkan oleh polisi rejim mereka. Usahkan hendak membuat hubungan negara, hinggakan urusan nak mengepos dokumen pun kita dah merasa galau, tidak selesa, berbelah-bagi, tidak rela, seolah-olah ia macam bersekongkol – bermakna prinsip tidak memandang pada perkauman yang selama ini kita terap tidak dapat kita aplikasikan kepada bangsa dan wilayah mereka ini.

Monday, April 17, 2006

Warna Rasisme

Di dalam aku tengah mencari ilham ini, elok saja kalian baca e-mel yang dipanjangkan kepada aku berkaitan dengan rasisme.

It's British Airways..!!!

This scene truly took place on a British Airways flight between Johannesburg and London. A white woman of 50 years of age was seated next to a black man. Obviously disturbed by this, she called the air hostess.

"Madam, what is the matter?" the hostess asked.

"You obviously do not see it then?" she responded.

"You placed me next to a black man. I do not agree to sit next to someone from such a repugnant group. Give me an alternative seat."

"Be calm please," the hostess replied and continued, "Almost all the places on this flight are taken. I will go to see if another place is available."

The hostess went away and then returned a few minutes later.

"Madam, just as I thought, there are no other available seats in the economy class. I spoke to the captain and he informed me that there is also a seat in the business class. All the same, we still have one place in the first class."

Before the woman could say anything, the hostess continued: "It is not usual for our company to permit someone from the economy class to sit in the first class. However, given the circumstances, the captain feels that it would be scandalous to make anyone sit next to someone so disgusting."

She turned to the black guy, and said, "Therefore sir, if you would like to, please collect your hand luggage, a seat awaits you in first class."

At that moment, the other passengers who were shocked by what they had just witnessed stood up and applauded.

This is a true story. If you are against racism, please send this message to all your friends.

Aku forward dalam blog ni sajalah. Selain kisah di atas, ada sebuah sajak yang juga menempelak elemen perkauman yang aku terima dalam e-mel. Ayuh, mari ikut baca.

This poem was nominated poem of 2005 for the best poem, written by an African kid..amazing thought!!!


When I born, I Black,
When I grow up, I Black,
When I go in Sun, I Black,
When I scared, I Black,
When I sick, I Black,
And when I die, I still black..
And you White fella,
When you born, you Pink,
When you grow up, you White,
When you go in Sun, you Red,
When you cold, you Blue,
When you scared, you Yellow,
When you sick, you Green,
And when you die, you Gray..
And you calling me Colored ??


photo credit: www.luisprada.com. Tq

Wednesday, April 12, 2006

Cinema, DVD, TV


Water Spirit

Kalau macam tu, semua filem hantu, ngeri, seram, bunuh-bunuh kena letak amaran seperti yang tercetak pada poster filem ini. TIDAK DISYORKAN KEPADA PEREMPUAN MENGANDUNG ATAU YANG LEMAH SEMANGAT. Sebenarnya teknik takut-takut atau brutal dalam Water Spirit adalah lame atau kurang impaknya berbanding dengan Saw atau Texas Chainsaw Massacre atau baru-baru ini Wolf Creek. Filem seram yang sederhana saja statusnya. Ada seorang remaja perempuan yang menyaksikan ibunya di bunuh oleh seorang rahib di dapur rumah mereka. Dia pun ingin membongkar misteri sister tersebut. Penyiasatannya membawa dia sampai ke Sepanyol ke sebuah convent yang pernah ibunya belajar dulu. Untuk membolehkan perempuan ni ada side-kick, tiba-tiba dia berkenalan dengan seorang lelaki masa tengah buat research di perpustakaan. Kemudian dia ketahui bahawa lelaki tersebut sedang mendalami ilmu menjadi paderi.

Lupa nak cakap, dia pergi Sepanyol tu dengan kawan dia (termasuk dengan boyfriend kawan dia) yang memang berasal dari sana. Kawan dia tu belajar kat US. I think so lah… sebab aku tertidur masa tengok filem ni kat panggung…wakakakaka… siap boleh tertidur kejap. Kalau anda ingin merasa bagaimana ditakutkan oleh seorang rahib, tengoklah sendiri kalau berminat. Ceritanya bukanlah tidak boleh di terima langsung tetapi I don’t know. It just not for me. Maybe kita boleh panggil filem ni macam Potret Mistik versi Hollywood or Spain dari mana filem ini berasal. Bila aku check dekat imdb, rupa-rupanya tajuk originalnya ialah La Monja kemudian diterjemahkan kepada The Nun untuk market international. Filem ni ada twist sikit kat ending dia. Tidaklah segempak mana twist yang cuba di cipta itu, tapi bolehlah untuk mengujakan sikit.

Man on Fire

Baru saja tengok dvd filem ni. Menonton lakonan Denzel Washington dalam Man on Fire mengingatkan aku pada lakonannya dalam Training Day. Boleh dikatakan memang berkesan watak tersebut di bawa oleh beliau. Denzel memegang peranan sebagai pengawal keselamatan kepada sebuah keluarga kaya di Mexico. Lama-lama dia menjalinkan pertalian akrab dengan anak perempuan keluarga berkenaan yang dilakoni oleh Dakota Fanning. Suatu hari Dakota kena culik dan dikhuatiri telah di bunuh oleh penculiknya disebabkan oleh operasi penyerahan wang tebusan yang tidak mengikut perancangan. Manakala Denzel pula di tembak oleh polis kerana di anggap terlibat dalam penculikan tersebut.

Perihal polis yang korup, pelaksana undang-undang yang tidak cekap, membuat hukuman sendiri serta masalah sosial yang tidak terkawal adalah intisari Man on Fire. Ianya membuatkan kita rasa ingin mewajarkan segala tindakan yang kita rasa betul pada akal kita dan ia patut dimaktubkan tetapi prosesnya lambat atau tidak ada maka kita patut melaksanakannya sendiri. Aku tak tahu apa teknik yang di panggil ni, tapi corak penggambaran filem ni macam City of God atau Amores Perros. Filem ini adalah remake dari filem bertajuk sama keluaran joint-venture Italy/Perancis tahun 80-an dulu.


Prison Break

Siri ini baru saja bermain di US tahun lepas dan akhirnya sampai di 8TV. Hanya dia saja yang percaya abangnya tidak bersalah dalam kes pembunuhan itu tetapi mahkamah tetap mensabitkannya maka hukuman yang bakal di terima adalah mati. Jadi, jika hanya ada satu cara yang boleh membuatkan dia menyelamatkan nyawa abangnya ialah dengan di penjara bersama, maka dia rela dipenjarakan. Pada episod rintis siri ini ditunjukkan bagaimana Michael merompak bank dan dengan sengaja menyerah diri. Lepas itu dengan mudah sangat mengaku bersalah tanpa ada rasa ingin fight for his right. Memang pun dia tidak memerlukan pembelaan yang sewajarnya kerana matlamat itulah yang di cari.

Apabila dia telah berada dalam penjara….err…errrkk… aku sebenarnya tengok bersekali dengan siri Lost kat AXN…hahhahhaha…. Keparat, yang pergi tayang sekali harung tu buat apa?! Dah menyusahkan orang nak concentrate. Pulak tu kata start pukul 9.30, tup-tup 9.30 keluar Simple Plan punya showcase. Last-last pukul 10 baru ada, serentak dengan Lost. Nasib baik Lost tu ada banyak ulangan walaupun tak best tengok yang ulangan punya. Prison Break ada premise yang bagus untuk sebuah siri tv. Tidak banyak rancangan tv yang memaparkan dramatik hidup dalam penjara dan hal-hal berkaitan secara plot utama dalam terbitannya. Biasanya filem yang buat macam tu seperti Carandiru, In Hell atau The Longest Yard. Pastikan yang banduan, warden dan sel penjara itu ada mencetuskan konflik atau menimbulkan potensi supaya orang ramai berminat untuk menonton kehidupan mereka. Kalau tak mesti dalam dua atau tiga season saja tiba-tiba hilang dari kaca tv.

Wednesday, March 29, 2006

Internet (1996 - 2006)


Seperti tajuk di atas, inilah perkara yang pernah aku janji pada tahun lepas (kalau anda masih ingatlah) ketika aku nak paparkan dulu, tiba-tiba aku berubah fikiran. Kerana aku anggarkan julat tahunnya akan genap sepuluh tahun pada 2006 jadi kalau aku letak entry tu pada tahun lepas iaitu 2005 ia baru sembilan tahun maka ia nampak tidak simetri untuk menyambut ulang tahun yang ke sembilan??! Baik tunggu setahun saja lagi supaya genap sepuluh tahun untuk membuatkan ia lebih mesra menjadi 10 tahun seperti kebanyakan dari kita yang memang biasa dengan perayaan jubli emas, jubli perak maka berkenalan dengan dunia internet adalah satu jubli bagiku. Jadi aku dedikasikan entry ini untuk mengenanginya. Sorry ler, intro aku ni berbelit-belit sikit.


Ringkas cerita, bulan Mac tahun 1996 itulah aku mula mengenali internet dan sedar tak sedar telah sepuluh tahun aku melayari dunia tanpa sempadan ini. Aku rasa bersyukur dan gembira. Aku memang tak ingat tarikh yang tepat tapi bulan Mac tu aku ingat sebab aku ada tulis dalam jurnal. Bukannya selalu aku tulis jurnal tu – hanya kadang-kadang bila rajin. Sebab itulah bila timbul mood nak mencatat sesuatu, aku rangkum semua sekali apa-apa kejadian atau peristiwa yang aku alami, tulis sekaligus pada masa itu. (Rasanya aku pernah tulis pasal perkara ni).

Berbeza pula tabiat aku masa di sekolah menengah kalau menulis diari ni mesti apa-apa kejadian yang berlaku pun aku kena catat sekali tarikhnya. Oleh kerana aku kenal benda internet ni masa aku dah lepas sekolah menengah yakni aku telah pun berada di IPT jadi resam aku menulis jurnal pun berubah. Aku tidak lagi kerap menulis malah apa-apa hal yang berlaku pun aku biar berlalu begitu saja tanpa nak ambil pusing signifikannya pada hari-hari mendatang. My point is – kalau aku teruskan habit aku tulis sesuatu berdasarkan tarikhnya seperti aku di sekolah menengah dahulu, tentu aku dapat tahu tarikh yang tepat bilakah harinya first time aku melihat paparan internet itu, bukan?

Aku cuma ingat kawan aku ajak masuk makmal komputer yang khusus untuk pelajar-pelajar yang mengambil jurusan sains komputer (pelajar-pelajar dari kursus lain tidak dibenarkan masuk dan menggunakan makmal ini kerana ianya lebih canggih dan berkomplikasi tinggi yang sesuai dengan keperluan mereka yang mengambil jurusan tersebut. Pelajar-pelajar dari kursus lain sila belajar guna Wordstar! Bayangkan aku masih belajar guna wordstar, dBase dan lotus 1,2,3 yang kuno itu – betapa ketinggalan zaman) kerana dia ingin menunjukkan padaku sesuatu dalam pc di sana. Kawan aku tu memang pelajar sains komputer dan walaupun aku bukan sealiran dengannya, nasib baiklah penjaga makmal tidak menghalau aku keluar. Risau juga masa tu tapi aku tak berani nak sentuh apa-apa dalam tu. Aku hanya tengok apa yang dia buat dan duduk diam-diam.

Tiba-tiba dia menunjukkan sesuatu pada layar komputer itu yang di panggilnya internet. Wow, seronoknya dapat menengok internet!!!! Selepas itu adalah dua tiga kali aku ikut dia masuk makmal tu, tapi tidaklah selalu sebab aku rasa segan. Bila dah grad barulah proses tentang internet ini aku terima secara meluas dan lebih selesa. Tahap-tahap aku berevolusi dengan internet ini selepas aku tahu bagaimana untuk surfing ialah

1. Create e-mail

Tapi e-mail pertama yang aku ada bukannya aku sendiri yang buat, kawan aku tadi yang tolong create. Alamat e-mail yang famous masa tu, tentulah hotmail. Pada waktu itu aku tak tahu kenapa aku kena ada sebuah e-mail dan dia sanggup bersusah-payah menciptanya. Jadi aku tak ambil kisah pasal tu. Bila aku dah mula faham kepentingan e-mail, aku create sendiri guna yahoo pasal yang hotmail tu kawan aku pun tahu passwordnya pasal dia yang create. Agak tidak privacy guna sesuatu yang passwordnya diketahui ramai.

2. Chatting

Aku tak ingat laman sembang pertama yang aku masuk (MIRC kot?) pasal sekarang aku memang dah tak suka ber-chating. Mula-mula mengetahui kewujudan dunia chat online ni memanglah kita teruja. Lama-lama jadi bosan kemudian aku terus lupakan.

3. Download

Walaupun aku rasa kasihan dan bersalah dengan memuat-turun lagu-lagu secara percuma dari karyawan seni yang berhempas pulas memerah otak dan tenaga untuk mencipta lagu, menulis lirik dan menyanyikannya, tapi aku tetap teruskan aktiviti ini sehingga sekarang. Cuma movie yang aku belum cuba download lagi.

4. Mewujudkan Blog!

Oleh kerana aku telah memuat-turun hasil usaha orang lain secara percuma, maka orang lain juga boleh menikmati hasil usaha aku secara percuma juga. Dengan menulis blog! So, this is the way how I giving back to society… kahkahkahkah… (poyo jer ayat). Sebenarnya aku mengharapkan untuk reka satu laman web yang ada dotcom aku sendiri tanpa bergantung pada blogspot (atau apa-apa free webhosting yang lain) tapi aku belum mampu lagi. Jadi aku terpaksa bergantung pada blogspot sampailah aku boleh berdikari. Aku pernah cerita pasal asal-usul aku memulakan weblog dan perkara berkaitan dengannya dalam entry yang lepas-lepas. Tak payahlah aku ulang balik.

Jadi, anda semua yang tengah membaca ni, begitulah kisahnya aku bergelumang dengan arena internet semenjak aku mengenalinya dari Mac 1996. Panjang lagi kalau nak diikutkan idea aku nak tulis pasal internet ni tapi cukuplah setakat ini dahulu. Untuk makluman, banyak lagi aspek-aspek lain dalam internet yang aku belum teroka seperti membeli-belah dalam talian, bayar bil, webcam dan lain-lain, namun aku amat berpuas hati dengan potensi yang ditawarkan oleh entity yang bergelar I.N.T.E.R.N.E.T setakat ini. Seperti quote Paul Finch seorang watak dalam filem American Pie, "God bless the Internet!"

Tuesday, March 28, 2006

Jembalang Atau Hantu Atau Abang?

Buat pertama kalinya hari Ahad lepas aku telah menonton dvd filem Melayu. Biasanya tengok dvd filem mat salleh saja, kali ni ada dvd filem tempatan pula kat rumah tu. Housemate aku beli. Filemnya bertajuk Abang. Dvd original siap dengan sticker LPF tanda ia adalah hasil bukan cetak rompak.

Tetapi masa adegan abang Fuad mereka lakonan Rahim Razali balik ke rumah dari US tu, stuck pulak filemnya di tengah-tengah. Terpaksalah aku pergi tekan menu “Chapter” untuk beralih ke scene berikutnya. Tak tahulah sama ada player aku tu yang dah rosak atau cakera tu yang ada masalah. Memandangkan ini adalah dvd original, aku anggap yang player aku tu yang tak betul. Dah lama tak cuci dia punya lens tu. Selepas aku tukar ke adegan yang berikutnya, barulah filem tersebut bergerak lancar sampailah tamat.


Dalam dvd ini cuma ada tiga features iaitu Play, Set-Up dan Chapter. Set-Up itu adalah untuk menentukan sistem bunyi yang kita mahu misalnya dts dan seumpamanya. Aku ingatkan mereka ada masukkan “The Making of…” atau Trailer sekali tetapi tidak ada. Zaman 80-an dulu mungkin mereka tidak pentingkan semua itu sebagai strategi untuk mempromosikan filem. Kualiti gambarnya memang sama seperti mana yang kita tonton filem ini jika ditayangkan di kaca televisyen biasa. Tidak pula mereka ingin memperbaiki mutu gambarnya supaya jadi lebih bersih tanpa cacat-cela memandangkan ia dipasarkan dalam format video digital.

Apa yang buat aku garu kepala ialah tagline atau slogan filem ini.
Adakah dia Jembalang Atau Hantu Atau Syaitan Atau…?

Apa benda jenis tagline macam tu? Bunyi macam filem seram pulak. Tapi masa adegan Noor Kumalasari berdiri pegun seakan patung dengan wajah terkesima setelah mendengar telegram yang di baca oleh Ahmad Yatim, beliau mengucapkan dialog yang keluar perkataan jembalang, hantu semua itu. Dia ibaratkan Rahim Razali sebagai jembalang dari masa silamnya sambil Ahmad Yatim cuba menteteramkan perasaannya yang berkecamuk setelah mendengar berita tadi.

Semasa filem Abang bermain di kaca tv berabad-abad nan lalu, aku tidak pernah menonton filem ini secara tertib. Tapi aku tahu endingnya bagaimana malah dalam inlay dvd itu sendiri telah pun di beritahu spoilernya. Tak payah kita nak rasa tertanya-tanya apakah rahsia yang di simpan oleh Rahim Razali, kenapa dia menghilangkan diri selama 10 tahun di US? Kenapa dia menyerahkan segala hartanya kepada kaum keluarganya? Kenapa dia minta maaf dari semua orang. Walaupun anda telah tahu semua itu tetapi Abang masih sedap untuk di tonton.

Kerana skripnya, kerana jalan ceritanya, dan kerana aksi pemerannya yang cemerlang. Juga kerana lagu Simfoni Kasih nyanyian Fauziah Ahmad Daud yang begitu melekat di sanubari. Cuma mungkin anda terasa filem ini seperti teater yang telah difilemkan sementelah pelakon-pelakonnya memang ramai yang di bawa dari aliran teater. Aku juga suka mendengar cara para pelakonnya bercakap terutamanya Rahim Razali dan Ahmad Yatim. Setiap butir perkataan yang lahir dari mulut mereka kedengaran berkuasa dan kita berasa yakin dengan apa yang mereka tuturkan itu. Ini sebuah filem yang tidak mudah kita tolak ketepi.

Monday, March 27, 2006

Opera Withfree*

Jika anda ada duit terlebih sebanyak RM30, RM120 atau RM150 sekarang, pergilah menonton persembahan M! The Opera di Istana Budaya. Walaupun wang sebanyak itu pun agak besar jumlahnya bagi sesetengah daripada kita tambahan pula sejak kenaikan harga minyak, namun kalau anda ingin menyokong seni persembahan pentas tanahair - pergilah tengok.

Walaupun anda tengok pelakon lelaki utamanya macam kureng sikit dari departmen rupa-paras untuk memegang peranan hero tetapi beliau boleh menyanyi. Dengan begitu sedap pula dan pitching yang selaras serta tidak berterabur. Anda memang kena bertahan mendengar beliau menyanyi bersama pelakon-pelakon lain yang asyik menyanyi sepanjang pementasan berlangsung, Oh, lupa pulak, ini namanya opera. Jadi jangan hairan kalau mereka sewaktu bercakap pun dengan lenggang-lenggguk alunan lagunya sekali.


Kalau anda tidak membaca naskhah lampiran yang di beri di pintu masuk, anda mungkin tidak akan faham isi ceritanya. Pada muka surat Synopsis dan The Story ada diterangkan bagaimanakah jalan cerita opera ni serta perincian setiap babak-babaknya. Dengan hanya nyanyian serta gerak tari sebagai lambang untuk memberi maksud sesuatu perlakuan atau emosi, ia mungkin sedikit sulit untuk penonton memahaminya. Tambahan pula bagi kita yang kurang terdedah dengan seni opera.

Satu-satunya imej opera yang selalu di pasak dalam pemikiran kita ialah seorang lelaki / perempuan bersaiz ekstra yang berdiri tegak sambil membuka mulut seluas-luasnya seraya mengalunkan suara dengan nyaring. Antara ikon yang terkenal dalam dunia opera ini ialah Luciano Pavarotti. Manakala dalam M! The Opera pun ada juga di kalangan pelakon yang mengambil bahagian itu mewakili ciri-ciri seperti Pavarotti ini.

Secara ringkasnya opera yang aku tonton itu berkisarkan tentang fesyen, dunia peragaan, pereka pakaian dan dunia fabrik yang dramatik. Sebenarnya bukan semua orang peduli sangat dengan hal-ehwal fesyen dan dunia kain baju. Melainkan dia seorang yang fashion conscious dan mementingkan ketrampilan. Lebih-lebih lagi kita di seru supaya mengubah gaya hidup kita baru-baru ini membuatkan memakai baju designer yang menjadi kegemaran kita sebelum ini – sekarang terpaksa kita lupakan. Walaupun kita agak keberatan untuk memilih pakaian di pasar malam atau hypermarket atau baju bundle, nampaknya dengan belanjawan yang semakin ketat – macam mana nak bermewah-mewah?

M nama pereka fesyen dalam pementasan opera ini – yang asyik menyanyi sepanjang masa tu – sebelum ini kita ibaratkan boleh menyanyi keriangan kerana hasil rekaannya banyak di beli orang. Kini beliau terpaksa menyanyi hiba sebab orang sudah tak mampu nak beli. Sudahlah tidak mampu untuk membeli baju yang di rekacipta dan di jualnya, malah apabila M membuat persembahan opera juga, aku tak fikir aku akan mampu untuk membayar harga tiketnya.

Nasib baiklah aku dapat tiket free, maka dapatlah aku menonton M and the gang menyanyi dan berdansa di atas pentas dengan tak payah bayar. Kalau tidak dengan sedikit lebihan duit gaji yang aku ada eloklah aku buat beli makan-makan. Atau beli baju bundle kat uptown. Atau lebih baik lagi aku simpan saja.

*dekat-dekat dengan bunyi Oprah Winfrey…. hehhehehe....

Friday, March 24, 2006

Idea Untuk di Tulis

Semasa tidur, tiba-tiba Seinfeld (Seinfeld dah ada balik, yay!!) mengelisar di atas katilnya. Kemudian dia bangun dan mencatat sesuatu pada kertas yang terletak atas meja sisi sambil tersenyum kambing. Selepas itu dia tidur semula. Pagi esoknya bila dia cuba membaca kembali apa yang dia tulis masa tengah tidur tu, satu habuk pun dia tak faham. Habis semua orang yang dia jumpa dia suruh bacakan kalau-kalau mereka boleh tangkap maksud catatan caca-marbanya itu. Seorang pun tak faham.


Aku pun pernah macam tu.

Masa tengah nak tidur tu – biasanya mana ada orang letak jer kepala atas bantal terus terlelap, tentu ada fikiran melayang dulu atau berfikir-fikir atau mencari ilham atau berangan-angan ke – lepas tu baru terlena (panjang pulak intro). Masa ni biasanya kalau aku dapat idea yang aku rasa cambest jek, aku akan bangkit dari tidur, cari kertas dan tulis atau ambik handphone taip kat handphone dan save.

Kadang-kadang pagi esoknya bila aku cuba baca dan ingat kembali (sebab aku tulis in short-form) apa sebenarnya yang aku nak sampaikan dengan catatan malam tadi – aku jadi tak faham. Lagi pun aku tulis cepat-cepat takut idea lari dan bukan dalam ayat lengkap. Lepas tu bila aku baca balik dah tak tahu hujung pangkal. Macam dah tak ada makna lagi apa yang aku catat tu. Kalau benda tu sepatutnya kelakar, dah tak tahu apa kelucuannya yang cuba nak disampaikan. Semuanya gara-gara tulis secara tergesa-gesa dan tengah mamai.

Aku pernah terbaca yang Dr. Mahathir ada menasihatkan jika anda mendapat ilham apa-apa, terus ambil kertas dan tulis. Jangan mengharapkan otak anda untuk mengingatinya kerana anda pasti akan terlupa selepas itu. Dan aku nak tambah pulak, tulis tu pulak biar lengkap ayat dia, jangan main tulis sepatah dua perkataan saja. Manalah tahu esok-esok bila anda baca balik catatan yang ringkas tu, anda tak boleh faham dah apa bendanya yang anda tulis. Sebab pendek sangat atau terlalu banyak abbreviation. Tapi kalau dah kena tulis satu ayat penuh yang sempurna, ia sudah tidak di panggil nota lagi kan.

Lagi satu aku nak tambah, bila dah tulis nota tu siap-siap, jangan hilangkan pulak. Simpan betul-betul. Nanti tak guna ada nota bertulis kemas tersusun lengkap kalau hilang pulak dah. Tahun lepas aku ada tulis sikit pasal satu kejadian tapi aku tak teruskan pasal aku ingat nak publish tahun ni. Namun bila cari-cari balik sehari dua ni, aku tak jumpa kat mana entah aku letak benda tu. Bukan tulis sebenarnya tapi taip. Agaknya aku dah ter-delete entry tu.

Kenalah aku tulis balik isi-isinya bermula daripada sifar. Tentu ada yang tertanya-tanya, kenapa pula kena tulis idea yang tiba-tiba muncul tu di kepala tu? Apakah relevennya dengan hidup seseorang? Macam Seinfeld yang kerjanya sebagai stand-up comedian, dia memang terpaksa mencatatkan apa-apa idea yang timbul sebagai bahan untuk skrip persembahannya nanti. Kalau dia hanya bergantung pada daya ingatannya mungkin tidak semuanya lekat di kepala. Macam aku pulak, idea yang menjengah tak kira masa tu kena di simpan sebagai bahan untuk mengisi entry dalam blog. Kalau tak tulis atau buat nota awal-awal susahlah nanti sebab aku tak berapa reti tulis on the spot.

Monday, March 20, 2006

Good Afternoon, and Good Luck

Ini sebuah filem keluaran tahun 1975 arahan Sidney Lumet. Aku pun tak tahu kenapa aku beli dvd ni. Mungkin sebab kebelakangan ni asyik tengok filem-filem baru saja. Jadi sekali-sekala kita tengok filem yang lama sikit. Sebelum anda confuse dengan tajuk entry di atas tu, filem yang aku mention ni judulnya ialah Dog Day Afternoon. Nampaknya, selain dari Reservoir Dogs dan My Life as a Dog, satu lagi filem yang ada perkataan anjing pada tajuknya yang aku kena tambah sebagai filem yang aku gemari iaitu Dog Day Afternoon.

Macam tak percaya ada perompak macam ni tambahan pula ini dipadankan dari kisah benar. Kalau anda pernah terbaca berita yang ada penyamun kirim kad pada tuan rumah yang dirompaknya, minta maaf pasal merompak rumah tersebut atau kisah perompak yang membantu tolong kemas rumah tu dulu sebelum blah dari situ – that’s it. Lebih kurang begitulah konsep penyangak dalam filem ni. Perompak yang berbudi bahasa.

Kerjaya sebagai pencuri adalah kompleks. Walaupun bidang yang mereka ceburi itu mendapat cemuhan masyarakat tetapi dalam diri mereka itu masih terdapat sifat perikemanusiaan yang membuatkan mereka terpaksa berfikir sebelum bertindak atas sesuatu. Ada dua sahabat, Sonny dan Sal merompak sebuah bank yang hampir dengan waktu tamat urusniaga apabila segala rancangan mereka tidak menjadi seperti yang di harapkan. Mula-mula bila kawan mereka seorang lagi (ada tiga mulanya) jadi nervous pulak bila dah masuk dalam bank tu dan langsung tarik diri. Kemudian duit dalam bank tu baru saja lepas kena transfer dan tinggal sikit saja dalam peti besi.

Paling kelakar bila ketua juruwang kat bank tu marah kat perompak tu, “Korang nak rompak bank ni dah plan betul-betul ke tak ni? Ke main belasah jer?” Wakakaka… kelakar giler masa ni. Terkedu kejap perompak dua ekor tu kena smash.

Lepas tu pulak dengan tak di sangka-sangka polis pulak sampai. Macam mana entah polis boleh tahu ada rompakan sedang berlaku sedangkan mereka telah mengambil segala langkah yang perlu untuk menutup jenayah mereka. Bila dah kereta peronda dan trak polis mengepung bangunan tersebut, orang ramai jadi tertarik untuk mengambil tahu. Mereka pun sama-sama menyertai pasukan polis tadi untuk meng”havoc”kan suasana. Ini satu lagi yang pelik dalam filem ini. Selain watak perompak yang baik budi itu tadi, masyarakat awam dalam filem ni digambarkan menyokong tindakan perompak (lebih-lebih lagi bila salah-seorang dari perompak itu, Sonny membaling wang ke udara – bertambah sukalah mereka) dan mereka mengejek-ejek pasukan polis yang di dakwa mengamalkan kekerasan.


Satu lagi yang di luar jangkaan dalam kisah benar ini ialah motif rompakan tersebut. Ya lah, sesuatu rompakan itu mestilah bermotifkan sesuatu bukan? Ini benar-benar menjadikan ianya lebih sensasi dan para media yang turut buat liputan pada masa itu bagaikan gila untuk mendapatkan skop terbaik dan orang ramai tidak berganjak dari tempat kejadian. Seperti mana yang di tulis pada inlay dvd, ia bagaikan sarkas. Frank Pierson yang menulis lakon layar untuk filem ini telah mendapat Oskar untuk Best Original Screenplay. Untuk sebuah filem yang tak banyak bergerak (90 peratus adegannya tertumpu di dalam bank itu sahaja) ini adalah penghasilan yang cemerlang. Manakala Al Pacino yang membawa karektor Sonny adalah kekuatan filem ini.

Thursday, March 16, 2006

Ketipak-Ketipak Capote

Lepas habis tengok filem pasal best actress, kenalah tengok filem best actor pula. Mula-mula main dvd tu dah sangkut-sangkut sikit, macam rosak jer tapi gambar jelas. Lama-lama lepas tu okey. Ceritanya bagus juga kalau korang boleh tahan dengar cara Phillip Seymour Hoffman bercakap dengan nada yang lemah tu selama dua jam. Aku rasa pasal lengguk dia bercakap yang istimewa tu kot dia menang award.

Dia memegang watak sebagai Truman Capote, penulis yang terkenal di Amerika. Sebagai seorang yang tak berapa kenal penulis-penulis veteran dari sana kecuali Hemingway, tidaklah aku pernah mengetahui wujudnya buku berjudul In Cold Blood ini. Pendek kata, rakaman filem ini menelusuri bagaimanakah cara Capote mendapatkan bahan-bahan dan perkara bersangkut-paut sehingga dia boleh menulis novel tersebut. Kalau macam filem Adaptation yang aku pernah tengok dulu, kita dapat saksikan bagaimana Charlie Kaufman ingin mengadaptasikan buku The Orchid Thief ke dalam versi filem. Tapi sampai sudah tak siap-siap filem pasal “Pencuri Orkid” tersebut.

Dalam beberapa minggu nan silam semasa aku tengok National Geographic pasal The Orchid Hunter masa closing credit ada acknowledgement kepada buku The Orchid Thief. Menarik juga dokumentari ni sebab ia menceritakan seorang pemuda yang ingin memburu bunga orkid spesis yang jarang – maksud aku gen baru bagi bunga aggerik. Pencarian tersebut membawanya sampai ke Papua New Guinea. Akhir tahun lepas kan wilayah Papua ini menjadi buah mulut masyarakat antarabangsa kerana saintis terjumpa banyak spesis flora dan fauna yang sebelum ini belum pernah disaksikan.

Sebelum aku melencong pasal orkid atau Papua lebih jauh, kita berbalik kepada kisah Encik Capote kita. Macam mana aku hendak memuji watak penulis ini sebab dia nampak macam seorang yang manipulatif, seperti mementingkan diri sendiri atau boleh kita kata licik orangnya. Dia pandai menggunakan segala kelebihan yang ada pada dirinya supaya apa yang dia ingini akan diperolehinya. Sebab ini berdasarkan kisah benar, memang siap juga novel dia tu setelah berhempas pulas untuk menemuramah dan mencungkil maklumat dari berbagai sumber. Tapi tahukah anda bahawa itulah novel terakhir yang Truman Capote berjaya siapkan (sumber imdb). Bukannya sebab dia dah meninggal dunia lepas tu tapi mungkin dia dah tak bersemangat lagi nak menulis kot.


Lupa pula aku nak beritahu apakah isi kandungan novel In Cold Blood. (Ini kena refer balik imdb sebab aku pun dah tak ingat....hihihihi….) Pada tahun 1959, sebuah keluarga yang terdiri dari 4 beranak telah di bunuh dengan kejam di Kansas. Macam kes di Johor baru-baru ni yang empat beranak (ibu dan tiga anak) di bunuh. Yang jadi suspek ialah si suami dan kes masih dalam siasatan. Manakala yang dekat Kansas tu pulak suspek ialah seorang pemuda bernama Perry Smith maka Capote menjadikan beliau sebagai subjek utama untuk dia mendapatkan isi novel tersebut. Semasa dalam proses mendapatkan informasi dan interview, dia secara tidak sedar telah terbit konflik dalam dirinya mengenai tindakannya untuk ekploitasi kes pembunuhan tersebut menjadi bahan best seller dan dalam masa yang sama rasa kasihan dengan nasib pemuda berkenaan.

Tuesday, March 14, 2006

The Power of Goodbye

Kenapa perlu memulakan dan kemudian mengakhirinya? Kenapa ingin tulis, publish dan update apabila tiba-tiba tanpa petanda ia tamat tidak tersangka? Nasib baiklah ada say goodbye jadi orang tahu yang dia tidak menulis lagi lalu mengucapkan selamat tinggal pada dunia online. Bagaimana kalau dia terus biarkan weblognya tergantung tanpa penyudah. Membiarkan pembacanya tertanya-tanya, terkial-kial.

Aku ingatkan aku sudah immune bila berhadapan dengan kes blog yang aku suka baca tiba-tiba tamat begitu saja.

Tamat.

The End.

Au revoir.

Adios.

Coda.

T.A.M.A.T. Itulah satu perkataannya yang jika di eja dari hadapan atau belakang tetap sama bunyi sebutan yang kadang-kadang membuatkan hatiku ghalau. Tentulah kehidupan si empunya blog ni masih berterusan di dunia luar sana cuma kita rasa ketinggalan dari mengikuti apakah yang terkini dari beliau. Memang tidak ada ikhtiar lagi untuk mengetahui semua itu.

Bagaimana dengan mengutus e-mel?

Tulis e-mel lepas tu nak tanya apa?

Hei, what are you doing today? Update me with your life, please. I'm desperate to know

Setiap hari hantar e-mel tanya benda yang sama. Macam tak ada kerja. Padahal semasa beliau masih memiliki blog, tak ada pula aku nak bagi komen atau say hi atau hantar e-mel. Yes. I’m a silent reader. Silent reader masih seorang “reader” yang membaca blog anda yang anda tidak tahu setiap kali ada waktu terluang mereka akan klik pada laman blog anda. Nampaknya dia juga tidak tahu bahawa apabila dia telah menutup weblognya itu silent reader tadi terasa macam nak berkabung.

Kenapa menjadi silent reader?

Sebab malas nak cakap banyak. Tak tahu nak komen apa. Tak reti berinteraksi secara online. Rasa terpinggir oleh sesebuah group. Tak payah letak komen pun tak apa, ramai lagi orang lain yang akan letak. Aku surf blog dia ni sebab nak baca, bukan nak mengomen. Sebab di dunia offline pun tak begitu bermulut kecoh jadi di dunia online tak kan nak berubah jadi talkative pula – nanti ada wrong impressions.

Siapakah yang penting, pembaca yang memberi reaksi atau pembaca yang sunyi?

Sudah pasti ramai yang menjawab, pembaca yang memberi respond bukan? Sebab itulah ramai penulis weblog yang selitkan ruangan untuk mengomen di setiap penghujung entry mereka. Aku pula amat berterima kasih setiap kali tuan punya blog ada menjawab atau memberi maklum balas jika aku ada meninggalkan komen pada online jurnal mereka itu. Tetapi jika tuan punya blog itu ingin menutup blog mereka, tak kira lah anda pembaca yang berstatus selalu bertegur sapa atau silent reader, kalau dah tutup tu, tetaplah tak dapat baca jugak. Habis cerita.

Mereka menulis weblog ini secara sukarela. Jadi kita kena harus bersedia dengan kebarangkalian bahawa mereka akan menutupnya suatu hari nanti. Mereka bukan di bayar atau tertakluk di bawah polisi tertentu yang memerlukan mereka konsisten mengemaskini laman blog mereka. Aku rasa inilah bidang sukarela yang mempunyai paling ramai ahli yang menceburinya.

Kenapa blog yang ramai penyapa atau correspondence pun boleh di tutup?

Tak tahulah nak jawab macam mana. Kita bukan berada dalam situasi mereka yang membuatkan mereka tidak mahu lagi meneruskan aktiviti sukarela ini. Aku rasa blog yang paling layak di tutup ialah blog yang sunyi sepi macam blog aku ni, yang tak ada slot untuk mengomen kat bawah tu. Tapi aku masih minat nak menaip dan mengisi entry dalam ni, so lambat lagilah kalau nak say goodbye pun.

Friday, March 10, 2006

Seiring dan Sejalan

Bercakap tentang menolong bapa di kebun, dalam filem Walk the Line dipaparkan adegan hidup Johnny Cash semasa beliau kecil dahulu. Beliau dan abangnya akan menolong ibu bapa mereka di kebun (tak tahulah apa jenis tanaman yang mereka tuai tu) di Arkansas walaupun Cash sebenarnya lebih minat memancing. Bapanya (lakonan Robert Patrick – Agent Dogget dalam The X-Files) pula sebenarnya lebih mengutamakan abangnya daripada Cash kerana sikap abangnya yang ringan tulang, pandai dan berbakat.

Manakala dia sendiri hanya suka membuang masa memancing dan mendengar radio yang amat tidak disenangi oleh bapanya. Aku ingatkan perangai tidak sebulu dengan bapa ni hanya setakat masa kecil saja tetapi berlarutan sehingga tua. Namun seperti wiritnya cerita bapa bengis yang lain, si ibu pula akan mengimbangi sikap tidak toleran ini dengan menghargai serta memberi perangsang kepada Cash terhadap minatnya yang sukakan muzik. Tetapi beliau tidak terus menjalani audition untuk menceburkan diri dalam karier hiburan selepas dewasa sebaliknya beliau menjadi tentera dulu. Di sinilah beliau mendapat ilham untuk mencipta lagu yang menjadi pencetus kerjayanya dalam dunia muzik iaitu At Folsom Prison.

Siapakah Johnny Cash?

Di dalam Walk the Line, watak penyanyi ini dibawakan dengan berkesan oleh Joaquin Phoenix. Aku terbaca yang pengarah, James Mangold memilih beliau untuk memerankan karektor Cash dengan hanya melihat gambar hitam putih Phoenix menerusi filem Gladiator yang nampak klasik dan menepati kriteria. Kemunculan Johnny Cash yang membawakan genre muzik berbeza dari karyawan sedia ada telah memberi kelebihan kepada beliau untuk memulakan tapak. Pada zaman 60an itu yang kebanyakan penyanyi memilih irama riang ria muda-mudi tetapi beliau menongkah arus membawa nada yang tidak spesifik.

Mungkin ianya campuran irama country, rock & roll dan folk atau gospel pun boleh juga sebab semasa Cash dan anggota bandnya membuat audition, tuan punya recording company tu menempelaknya mengatakan lagu-lagu ketuhanan @ gospel seperti yang mereka tengah nyanyi tu tidak boleh di jual, tak ada commercial value. Tapi lagu dengan lirik sebegitu yang spiritual dan bermotivasi akhirnya telah menaikkan nama beliau serta menjadi sanjungan masyarakat dan mengubah kehidupannya. Seperti biasa juga populariti yang datang bukanlah tanpa cabaran. Oleh kerana ini filem autobiography, kita dapat menyaksikan pahit maung Cash bergelumang dengan dunia hiburan zaman dahulu yang nampaknya tidak ada bezanya dengan senario hiburan hari ini.

Habis tu, dimanakah Reese Witherspoon?

Sebenarnya di awal-awal filem lagi nama June Carter, watak yang di pegang oleh Reese telah di sebut semasa Cash dan abangnya mendengar radio ketika mereka kecil dahulu. Carter bermula sebagai penyanyi kanak-kanak sehinggalah beliau dewasa dengan meneruskan karier sebagai penghibur. Kali pertama kita nampak kelibat Reese dalam Walk the Line ialah ketika Phoenix yang masih dalam tentera sedang membaca majalah yang melaporkan berita perkahwinan artis tersebut. Gandingan Phoenix dan Reese memang ada keserasian yang mencengkam terutama apabila mereka digambarkan antara suka dan tidak seolah-olah tidak pasti bagaimana mereka akan bersatu akhirnya terutama sikap Carter yang lebih banyak bermain tarik tali tatkala Cash ingin menyimpulkan perhubungan mereka.

Aku yang pada mulanya memilih untuk menonton filem ini sekadar ingin menyaksikan Reese Witherspoon akhirnya terpesona dengan jalan cerita dan perkembangan karektornya. Seperti yang dilaporkan kedua-dua pelakon ini menjalani latihan vocal serta belajar bermain instrument; gitar untuk Phoenix dan auto-harp untuk Reese membayangkan dedikasi mereka untuk watak berkenaan. Reese lebih bernasib baik kerana meraih Oskar untuk best actress manakala Phoenix terkandas dekat nominasi.

Tetapi kedua-duanya sepatutnya layak dengan karisma mereka yang menyerlah. June Carter nampaknya “lebih bersih“ untuk Amerika iktirafkan yang selalu akan mereka ingati sebagai ikon wanita yang percaya pada dirinya, gigih untuk mencapai matlamat hidup serta setia pada cinta sejati.

Thursday, March 09, 2006

Children of the Corn

Menyentuh tentang bercucuk-tanam, aku teringat yang aku pernah tanam pokok jagung masa aku remaja dulu. Sebenarnya bapak aku yang suruh tolong dia ni. Dulu kami ada satu tanah kebun yang terletak agak jauh dari rumah tapi sekarang dah jual. Suatu hari bapak aku nak tanam jagung dan dia ajak aku sekali. Senang jer nak tanam pokok jagung ni.

Mula-mula ambil kayu sebatang dan kita hunjam ke tanah dan buat lubang. Menugal kot orang panggil ni. Taburkan benih jagung dalam dua tiga butir lepas tu kambus balik tanah tu. Lepas tu siram. Kita tanam secara berjujuk panjang (aku tak ingat keluasan kebun tu) sampailah benih tu habis. (Lepas selesai menanam tu aku nampak ada segerombolan babi hutan tengah berkumpul kat tepi pagar kebun tu. Banyak gilerr... tapi lain kalilah kita bercerita pasal babi hutan ni).

Ada satu petua yang pernah aku baca kalau kita nak menghasilkan buah jagung yang isinya rapat-rapat dan ranum. Semasa menanam jagung kita dilarang sama sekali membuka mulut. Jadi mulut yang bertutup rapat adalah simbolik kepada biji-biji jagung yang bersusun rapat melekap pada tongkolnya nanti. Aku tak tahulah betul ke tak petua ni sebab masa aku menanam jagung tu tak ada pulak aku nak prektis petua tu. Asyik berborak lagi ada.


Lepas tu aku tak ingat apa terjadi dengan jagung tu sebab aku duduk asrama. Suatu hari masa aku balik rumah bapak aku cakap,

Kalau kau nak makan jagung – kau beli sendirilah.

Hah, apasal pulak? tiba-tiba aku teringat yang aku pernah menanam jagung dulu.

Jagung yang kita tanam dulu tak menjadi.

Ohh

Aku tak adalah rasa ralat ke apa dengar yang jagung tu tak menjadi hasilnya. Biasa jer. Bukannya aku tak suka makan jagung tapi dah tak ada rezeki nak buat macam mana. Dulu aku suka jagung rebus atau jagung bakar tapi sekarang dah tak suka sangat. Aku lebih suka bubur jagung.

Jagung adalah sangat releven dengan hobi aku sekarang iaitu menonton wayang – apa lagi kalau bukan pop corn! Pop corn kan di buat dari jagung. Butir-butir jagung di masak secara meletup lalu membentuk gelembung kecil yang berurna putih kekuningan dan manis. Mengikut wikipedia bertih jagung mula dinikmati di pawagam semenjak 1912 lagi. Payah betul aku nak cari maklumat bagaimana orang boleh terfikir nak makan pop corn dan segala snek yang lain dalam panggung wayang. Asal-usul tentang pop corn banyaklah aku jumpa. Juga ada satu artikel menarik yang menyenaraikan 4 jenis makanan ringan yang TIDAK SESUAI di makan di dalam panggung.

Cuma tak adalah setiap kali aku tengok wayang aku kena mengunyah pop corn. Kadang-kadang bila teringin nak makan baru aku beli. Tapi dalam kebanyakan masa aku memang annoy dengan bunyi orang mengunyah pop corn semasa sedang menonton. Bukan pop corn jer, chikedees, twisties, double-decker, corntos dan semualah jenama junk food rangup yang lain. Selain bunyi mengunyah, bunyi kertas @ plastik pembungkus makanan yang dikeronyok juga aku tak suka dengar. Terpaksalah aku buat tak tahu jer walau dalam hati menyeranah.

Tuesday, March 07, 2006

Di Atas Bumi Kita Berpijak

Bercakap tentang karangan, hujung minggu yang lepas aku telah berpeluang membaca beberapa karangan yang di tulis oleh murid tahun empat yang belajar di sebuah sekolah di Petaling Jaya. Kebetulan aku melawat kawan aku yang pada masa itu teman serumahnya sedang memeriksa kerja sekolah matapelajaran Bahasa Melayu anak-anak muridnya. Kelakar nak mampos!

Aku tak boleh bayangkan kalau aku yang kerja sebagai guru yang mengajar subjek tersebut dan kena meneliti hasil kerja mereka, hari-hari aku akan sakit perut pasal terlebih gelak. Atau mungkin tidak. Sebab cikgu housemate kawan aku tu walaupun nampak macam nak ketawa bila membaca apa yang pelajar-pelajarnya tulis, tapi dalam masa yang sama kelihatan geram bercampur tension bersekali dengan nak marah. Lain yang orang ajar, lain pulak yang budak-budak tu buat. Kalau mula-mula dulu mungkin ia nampak cute tapi dah sekolah nak masuk tiga bulan pun masih tak reti-reti, benganglah member.

Murid-murid berkenaan di minta menyiapkan dua buah karangan berdasarkan gambar yang di beri. Gambar pertama menunjukkan persekitaran sekolah mereka – jadi sepatutnya agak senang untuk murid-murid mengkaryakannya. Gambar kedua agak susah jika budak-budak ini tidak pernah menonton atau mengalami suasana di desa atau lebih tepat kawasan pertanian kerana ia berlatar belakangkan sawah padi. Bila aku baca karangan mereka, memang kebanyakkannya gagal untuk mengembangkan isi cerita berdasarkan foto yang tertera.

Budak-budak yang duduk di kawasan metropolitan ni tak pernah tengok orang bercucuk tanam ke? Atau kalau diorang duduk di apartment pun dan ibu bapa mereka ada menanam pokok bunga dalam pasu, samalah asasnya macam menanam padi [walaupun tidak serumit menanam padi yang ada membajak, membanting semua tu]. Sekurang-kurangnya karangan mereka nampak ada point yang meyakinkan. Ada yang tulis menanam padi menggunakan lori kecil lah, di hantar ke kilang nasi (kilang nasi?!) lah, padi kemudian dipisahkan dari batang stem dia lah, lepas menjual padi, Pak Abu membeli rumah banglo, Pak Abu menabur benih padi untuk menanam cili …… heishh.. macam-macamlah ayat-ayat merepek yang lain.

Kalau anda dapat membacanya sendiri barulah anda dapat merasakan betapa kelakarnya biji butir karangan yang budak tahun empat tu tulis. Tahun empat sepatutnya sudah boleh menulis ayat yang lengkap dalam bahasa kebangsaan dengan baik. Lagipun mereka berpandukan kepada gambar-gambar yang di beri sewajarnya ia lebih menyenangkan lagi. Ayat yang mereka tulis juga lebih kepada bahasa pasar atau bahasa pertuturan yang memang janggal jika di guna untuk matapelajaran yang rasmi. Ada yang tulis bercampur aduk dengan bahasa Inggeris.

Mungkin mereka skeptikal untuk belajar betul-betul bahasa Melayu ini. Sedangkan sains dan matematik pun mereka belajar menggunakan bahasa Inggeris di sekolah sekarang. Waima ada saranan supaya bahasa kebangsaan ini diperkasakan di semua sektor, termasuk swasta tetapi pelaksanaannya tidak dapat dipastikan. Sementelah apabila mereka ingin keluar bekerja nanti mereka terpaksa juga memahirkan diri dengan bahasa antarabangsa itu untuk memancing majikan, jadi eloklah mereka belajar Bahasa Melayu dengan ala-kadar saja.

Seperti karangan yang aku baca itu mereka memang boleh menguasai bahasa ini cuma ia di luar dari tahap yang kita harapkan. Macam mana kita ingin memberi mereka motivasi supaya ada keazaman untuk belajar bahasa kebangsaan dengan sebaik-baiknya? Apakah pulangan yang mereka dapat? Aku tak tahulah apa kaedah yang pedagogi Bahasa Melayu sekarang guna untuk menaikkan semangat mereka supaya belajar bahasa ini dengan sempurna dan jayanya. Mereka tahu setidak-tidaknya kalau mereka menanam padi, dapat juga mereka membeli rumah banglo tapi kalau Bahasa Melayu?

Disclaimer: Blog ini juga tidak ditulis mengikut skima tatabahasa yang layak. Ayat-ayat yang digunakan malah tidak sesuai bagi sebarang urusan rasmi. Untuk di baca sahaja.

Friday, March 03, 2006

Where Do You Want To Go Today

Minggu yang tidak berapa bagus buat kita semua. Atau mungkin tahun? Semuanya kerana harga minyak naik. F#@% that! Kenapa aku kena tulis ayat yang proper macam tu?!! Why? Why?!!! Ini bukan karangan budak sekolah menengah. Tulis jer carca-marba-carut-maki-hamun semua. Ok, let me start again. Alamak, today is Friday so kalau nak mencarut aku tunggu hari lainlah.

Harga minyak adalah umpama teori domino. *I think this sounds better* Diorang naikkan harga minyak maka harga barang dan perkhidmatan pun PASTI naik Macam mana diorang nak bagi amaran suruh jangan naikkan harga barang yang mereka jual. Bekalan barang-barang tu nak di hantar guna apa? Kereta lembu ke? Nelayan nak ke laut menangkap ikan guna pendayung sampan ke? Ada lagi ke beca sebagai ganti teksi (at least kat KL ni), Nak memasak guna kayu api ke? Rasa macam balik ke zaman dulu pulak.

Agaknya kita memang perlu balik ke zaman dulu. Tak payah guna minyak-minyak petrol diesel ni semua. Sudahlah harganya dari tahun ke setahun semakin mahal. Mencemarkan alam pun ada. Lepas tu membuatkan kita dengki pula dengan mereka yang bekerja di syarikat minyak itu yang dapat sehingga setengah tahun bonus. Emas hitam yang hanya menjadi penyebab pertumpahan darah pada akhir zaman. Tetapi di zaman moden ini kita memang tidak boleh hidup tanpanya. Ia seakan nafas ke dua yang kita sedut selepas udara. Ini semua kerana kita tidak di beri pilihan untuk memberi persaingan kepada petrol dan gas.

Alternatif yang sepatutnya kita ada.

[Aku terpaksa refer kepada entry tentang satu rancangan tv The Lone Gunmen spinoff dari The X-Files. Sebagaimana aku minat Mythbusters, macam itu jugalah aku respek dengan rancangan ni. Lihat balik apa yang aku tulis pada 14 April 2003.]


Petang Sabtu kat TV1 ada rancangan Drive! tentang pemotoran. Ada satu kereta futuristic yang praktikal dan mesra alam dibangunkan oleh GM. Kereta ni guna kuasa elektrik. Melihat pada kereta macam ni mengingatkan aku pada salah satu episod dalam siri The Lone Gunmen yang menyiasat tentang misteri kehilangan sebuah kereta yang menggunakan air sebagai bahan api. Ciptaan kereta sebegini memang menjadi ancaman kepada syarikat-syarikat petroleum. Kalau kita cuma perlu ada air atau elektrik saja untuk menghidupkan kereta, siapa yang perlukan minyak lagi?

Salah.

Aku pernah terbaca dalam suratkhabar yang mengatakan untuk menjana bahan api yang diperlukan oleh elektrik ini masih memerlukan minyak. Malah tenaga alternatif yang kita ada sekarang iaitu NGV turut bergantung kepada minyak sebagai bahan bakar utamanya. Namun NGV itu pada relatifnya masih murah berbanding dengan petrol dan diesel sebagaimana yang di guna kebanyakkan kenderaan di negara kita hari ini. Aku tidak tahu prospek air sebagai ganti petrol seperti kisah siri penyiasatan tersebut tetapi kita tahu tentang ancaman. Ya, opsyen ini tentu sekali akan menggugat syarikat-syarikat gergasi petroleum sekiranya benar-benar ada satu sumber tenaga alternatif yang menjimatkan, mudah dan mesra alam diperolehi.

Adalah amat mustahil dan tak masuk akal di zaman teknologi moden serba canggih ini tidak ada seorang pun yang pakar atau bijak pandai yang dapat menemui bahan api lain sebagai pilihan kita. Malangnya kita hidup di zaman konspirasi pihak pelobi membuat komplot atau dalang tertentu yang memainkan peranan untuk menekan atau menghalang daripada semua ini di beri pendedahan atau dimajukan kerana melindungi kepentingan puak-puak berpengaruh. Seperti biasa yang menjadi mangsa adalah rakyat bawahan yang tiada kuasa apa-apa dan berpendapatan rendah yang seolah-olah hidupnya adalah dalam belenggu serta di cengkam dengan polisi dan dasar kapitalis dan pemerintah. Ini macam filem Syriana pulak.

Menurut sumber yang aku baca penggunaan minyak domestik Malaysia akan melebihi takat keupayaan pengeluaran petroleum negara pada tahun 2010. Maka ketika itu kita akan menjadi pengimport minyak pula. Habis, itu saja ikhtiar yang ada? Menjadi pengimport minyak pula? Minggu lepas aku tengok National Geographic tema Mega Structures bertajuk Black Gold. Ada satu kawasan tundra yang di teroka dekat Kanada untuk mencari gali minyak. Ia bukan dalam bentuk minyak mentah cecair biasa tetapi dalam bentuk tar. Syarikat-syarikat petroleum ini sanggup melabur berbilion dolar untuk mengaut hasil bumi ini walaupun tar lebih rumit dan mahal untuk di proses berbanding minyak yang lazimnya. Kita tahu kenapa mereka sanggup mengambil risiko itu kerana itulah yang menjadi buruan manusia sekarang dan akan datang.

Sementara kita terus tertekan dengan harga minyak yang memang akan meningkat dan terus melonjak-lonjak dan syarikat petrol yang berusaha untuk meneroka tapak penggalian baru, apakah ikhtiar lain yang kita ada? Nampak macam tak ada kan? Projek untuk mencari bahan api alternatif yang “tidak dapat” dikembangkankan serta terdapat karenah birokrasi untuk memajukan ciptaan teknologi yang boleh mengurangkan kebergantungan kepada minyak hanya tambah menyulitkan semua ini. Kita pernah dengar tentang kereta solar sejak bertahun-tahun dahulu. Walaupun rekaannya nampak pelik tapi bukankah itu sepatutnya menjadi prospek di saat-saat kritikal begini? Atau idea ini tidak praktikal? Atau kita memang kena hidup bermandikan emas hitam ini? Tidak boleh tidak. Tidak ada pilihan lain selain petrol dan diesel semata-mata. Dalam banyak-banyak pilihan yang ada dalam hidup manusia sejagat ini tetapi untuk memilih bahan api kita cuma dihadkan kepada minyak petroleum semata-mata.

Aku tidak tahu apa kita hendak panggil fenomena ini. Mungkin inilah namanya monopoli atau globalisasi. Jika dunia global yang sepatutnya kita dilambakkan dengan begitu banyak pilihan tetapi sebagai bahan api kita hanya ada petroleum maka ia adalah bencana. Dan kita tidak mahu hidup dengan bencana ini tetapi malangnya kita juga tidak dapat pergi ke mana-mana lagi.

Nak naik?

Wednesday, March 01, 2006

Dangdut Yuk!

Sebab boring sangat semalam di office aku pun download lagu-lagu termasuklah satu lagu dangdut yang bertajuk Sini Cinta Sana Cinta. Bila aku dengar lepas tu terasa nak ketawa terbahak-bahak, kelakar pulak. Seperti balik ke zaman 90-an. Malam tu bila tengok Muzik@Ria memang era dangdut kembali berleluasa nampaknya sebab tetamu Yasmin Hani semalam ialah barisan penyanyi genre tersebut. Ada Iwan, Mas Idayu, Haiza dan lain-lain.


Tak kisahlah orang kata ini muzik kampung – tapi aku dengar jer, tak ada masalah. Cuma kadang-kadang terpaksa juga jadi hipokrit bila berdepan dengan mereka yang ekstrem sangat anti dengan muzik corak begini. Bukan malu nak mengaku minat dengar lagu dangdut. Hanya malas nak panjang-panjangkan cerita. Selalu sangat dengan pop ballad, rock atau R&B dan lain-lain aliran wirama yang lazim boleh menjadi bosan.

Aku dengar dangdut pun bukanlah sepanjang masa. Bila rasa ada mood nak dengar atau saja-saja nak dengar, baru aku pasang. Sekarang telah ada beberapa lagu dangdut yang tidak begitu “hardcore“ dalam komputer aku. Kalau masa tengah demam atau pening kepala – jangan sesekali pasang lagu macam ni. Mahu kena terajang radio/pc tu kalau tiba-tiba berkumandang irama yang “mengasyikkan“ itu sedangkan kita pula tengah sakit kepala.

Lagi satu mungkin pasal imej pembawanya.

Kebanyakan penyanyi yang mempopularkan irama ini berasal dari luar bandar. Dengan genre yang di cop muzik kampung serta artis yang berasal dari kampung, telah cukup menjadikan mereka sebagai outcast dalam dunia muzik tanahair. Dengan fesyen yang tidak up-to-date (mengikut standard bandar), penampilan yang kokak, tidak mahir berbahasa Inggeris, nyanyi pula lagu dangdut – lengkap pakej untuk di gelar artis kampungan. Walaupun aku fikir, tak ada salahnya dengan irama lagu dangdut ni, kita dengar pun untuk berhibur. Bagi aku tak ada nada muzik yang lebih superior dari yang lain, melainkan ianya adalah sama darjatnya semata-mata.

Berbalik kepada tujuan lagu dialunkan adalah supaya menjadi halwa telinga. Kalau dangdut yang kita suka – maka bergembiralah mendengar irama dangdut. Atau kita adalah peminat hip-hop tetapi sedang cuba belajar untuk menerima dangdut, boleh dengar lagu How Me Sexy daripada Too Phat (menampilkan Inul Daratista ratu dangdut goyang gerudi yang kontroversi itu). Irama urban bertemu muzik kampung hasilnya tentu aje ampuh.

Nota: Untuk lebih feel masa baca entry ni, sila pasang lagu dangdut sebagai back-up song. Apa-apa lagu dangdut pun tak apa. Kalau boleh, sambil membaca, sambil bergelek sekali. Anyhoo, gerudi it at your own risk ; )