Dalamannya memang luxurious. Oleh kerana tak ada gambar yang terkini, aku paste gambar Star Hill masa tahun 2003 dulu, ihsan daripada Mr. Zailan. Setakat gambar area concorse tu rasanya tak banyak beza dengan yang sekarang. Di bahagian luar kekisi setiap level ada di tanam pokok lalang (tak tahulah nama pokok ni secara spesifik). Ingatkan palsu, rupanya memang tumbuhan hidup. Di setiap level juga ada ramai polis atau pengawal keselamatan yang macam suspicious jer tengok kami. Masa ni adalah dalam empat lima orang pengunjung dalam kompleks ni. Mereka pun pandang kami semacam, seolah-olah tempat kami bukan di situ. Macam kami hanya layak shopping di Chow Kit atau Mydin saja. Memang kami tak beli apa-apa pun masa tu, tapi at least kami masuk jugak, nampak lah ramai sikit orang kat dalam tu. Ini sunyi sepi macam bangunan hantu pulak.
Kami masuk kedai Bang & Olufsen kat tingkat empat. Bang & Olufsen ni kalau korang nak tahu ialah kedai audio visual dari Denmark. Mak oii... memang best betul sound system dia, rasa macam tak nak keluar! Lagi best dari Best Denki!! Waktu tu dia tengah tayangkan Lord of The Rings, gambarnya sejernih kristal dengan bunyi yang sungguh cemerlang. Tak pernah lagi aku rasa begitu teruja, excited atau seghairah ini semasa sedang menonton. Memang padanlah harganya menjangkau puluh-puluh ribu satu set. Perkakas yang paling murah dalam tu ialah headset, itu pun nak dekat seribu. Satu lagi yang menjadi forte produk ni ialah rekabentuknya.yang moden, ringkas dan licin. Sesuai metah diletakkan dalam rumah atau pejabat berhiasan kontemporari.
Waktu kami banyak dihabiskan dengan pusing-pusing tawaf Star Hill tu dari satu level ke level yang berikutnya. Dah puas jenguk ke bahagian yang atas-atas tu, kami turun ke concourse area. Masa ni tiba-tiba aku rasa nak kenc pulak. Aku pun pergi cari toilet kat bahagian ni. Area ni juga adalah food court untuk Star Hill yang di beri nama Feast Village. Jaga-jaga kalau berjalan di sesetengah pavement kerana batu konkritnya sengaja di simen tidak rata. Boleh tersadung kasut di buatnya. Gambar yang aku ambil dari NST di bawah, sebelah restoran Fisherman’s Cove tu kan ada tempat berjalan kaki.
Masuk saja kat dalam toilet Feast Village ni…waah… gelapnya. Kelam samar-samar jer penataan cahaya dalam tandas ni. Ada banyak batang buluh – besar, kecil, lebar, panjang – ada yang tergantung di siling, ada yang melintang, menghiasi ruang bilik air. Tak tahulah apa konsep yang di panggil ni. Anda dinasihatkan bawak torchlight atau lilin ke, takut tak nampak lubang jamban pulak nanti...haha.. Yang kelakarnya masa aku nak basuh tangan kat sinki. Oleh kerana aku tak jumpa pun kepala paip, aku hulurlah tangan kat muncung buluh atas sinki tu. Aku assume air akan keluar secara automatic. Rupa-rupanya tidak! Kita kena tarik batang buluh atas siling tadi, lepas tu air pun keluar melalui muncung buluh di atas takungan sinki. Aku tahu ni pun pasal toilet attendant tu yang tolong buat. Tentu dalam hati dia cakap
- Bodoh punya orang, dia ingat air tu akan keluar sendiri ke?!!
Habis mana aku tahu? Aku rasa first timer yang guna tandas area Feast Village tu semuanya akan terkial-kial masa nak basuh tangan kat sinki tu. Tak sangka, dalam banyak-banyak perkara yang kita tahu, tiba-tiba bab nak basuh tangan kita boleh tak tahu.
credit photo: zailan dari http://www.pcphotoreview.com/ dan NST. tq!