Wednesday, July 27, 2005

This Page has been Intentionally Left Typed

I would like to thank Mela of this site for the template that you’re seeing now. Finally after a countless try and error I managed to upload the html code into my blog space. If you curious to know any other layouts that Mela have in store, feel free to visit the site. If you noticed that this template is slightly difference from the original, that was because I’ve altered a bit here and there to personalised it. Of course I keep the link to the owner’s name remained at the bottom as what have been requested.

My writing in English is okey, I guess. Easy to follow, right? It supposed to have a banner with the picture of typewriter on top of this blog like attachment below. But I don’t know why suddenly it disappearead. Maybe I mess up the code. It seems that I have to choose another photo to make this weblog look captivating and lively. Without picture it look dull and unattractive, don’t you think? Now, excuse me I want to end this entry because I’d enough of glance through the dictionary.


credit photo www.diaphaneity.com

Thursday, July 21, 2005

Bulu

Rasanya kita dah boleh terima perkataan bulu ini termasuk dalam perbualan harian tanpa tersinggung atau tersipu-sipu. Tapi kalau ada pemikiran terpesong yang ingat bulu “lain” tu, tak dapeklah nak tolong. Perkara ni pun bukannya lucah sebab ia termasuk dalam matapelajaran biologi. Kenapa pula tiba-tiba timbul minat nak cakap pasal bulu-bulu ini?

Senario 1.

Dalam rancangan Globe Trekker yang aku tengok dua hari lepas, pengacara Ian Wright pergi berwisata ke negara Ethiopia atau Habsyah di Afrika. Salah satu tempat yang dilawatinya ialah penempatan suku kaum Mursi. Kaum ini terkenal sebagai puak yang ganas dan sukar didekati oleh orang luar kerana sejarah dan fahaman mereka. Sebagai simbolik keganasan tadi, mereka telah mengecat ke seluruh badan mereka lakaran-lakaran yang berjalur warna putih sampai muka pun di kaler sekali. Nampak macam brutal.


Ian pun turut sporting nak cat badan jugak. Sebelum itu bulu-bulu di badan kena di cukur dahulu supaya cat senang lekat. Tapi warna apa yang hendak di guna supaya imej ganas itu jelas pada tubuh Ian yang putih melepak? Warna hitam, of course. Tapi cat tu tak nampak hitam sangat sebaliknya bercampur kelabu seakan selut. Ok, kaum ini dikatakan garang dan ganas, tapi apa halnya dengan seorang pemuda kaum Mursi tu menyelit dua kuntum bunga kemboja pulak kat kepala dia? Garang tetapi ayu sekaligus?

Senario 2

Housemate aku suka datang bilik aku untuk cukur misai jambang dia. Masa tu bilik aku ada cermin besar. Senang agaknya dia nak menilik muka sambil membuat cukuran rapi. Habis bersepah sisa-sisa bulu atas lantai. Angin aku di buatnya. Bukannya tahu nak lapik dengan suratkhabar ke supaya bulu-bulu tersebut tak berselerak merata-rata. Last-last aku letak cermin tu kat luar.

Itulah sebabnya bilik aku tak ada cermin sekarang. Masa ada housemate lama dulu dah kena sound sekali. Sebab dulu dia suka bercukur dalam bilik housemate lama. Ingatkan dah insaf, tapi dia buat jugak. Dia ingat orang suka sangat ke tengok bulu-bulu misai, janggut dia tu memenuhi setiap inci bilik. Dah jadi macam kedai gunting pulak.

Senario 3

Aku sedang menghirup sup kambing yang baru saja ku beli dari mamak yang jual sup guna kereta sorong tu. Tengah sedap-sedap melantak, tiba-tiba kawan aku tegur,

“Kau beli kat mana sup tu?”

“Kat mamak yang jual depan tu,“

Dia diam sekejap, kemudian menyambung.

“Kau berselera makan sup mamak yer? Kalau aku …. err… tidak ler. Aku bayangkan bulu-bulu mamak tu masuk dalam kuah sup..... lepas tu kita makan pulak.“

Bulu-bulu mamak?

Iyyerrrkkk! Lepas tu aku stop makan sup mamak. Lama jugaklah aku bersara dari menikmati sup kambing atau ayam buatan mereka. Geli-geleman bila aku teringatkan apa yang kawan aku cakapkan tu. Cuma sekarang ni saja yang aku dah start makan balik. Dah tak geli kot?

Senario 4

Masih dengan cerita makan. Aku dengan officemate tengah makan kat kedai mamak di Wisma Central. Dia order mee goreng dan aku makan nasi lemak. Dah habis mee goreng sepinggan tiba-tiba dia bersuara,

“Alamak aku lupa aku ada beli karipap pagi tadi,“

“Pagi tadi punya? Kau tak makan ke?“

“Aku makan sikit, ada lebih lagi dua“.

“Karipap apa? ......... err... karipap bulu?[1] Aku bertanya nada berseloroh.

“Karipap bulu *tooooot*” dia mencarut.

Kahkahkahkah…. Kami ketawa..

Notakaki:
[1] Pernyataan ini dikeluarkan oleh Ekin tatkala di tanya Aznil semasa sessi borak-borak sebelum Ekin memulakan persembahannya pada konsert AF minggu ke 5. Aznil meminta Ekin memperkenalkan ahli-ahli Currypuff Girl yang kononnya dianggotai oleh pelajar-pelajar perempuan AF3. Setiap ahli kumpulan ada gelaran masing-masing dan bila Aznil tanya apakah nama gelaran Ekin, Karipap Bulu itulah jawapannya. Tapi kita tak dapat melihat aksi Ekin dalam AF3 lagi bila dia telah terkeluar minggu lepas.

Tuesday, July 19, 2005

Novel yang Banyak Perkataan Itu

Novel yang baru saja aku habis baca itu mempunyai idea yang sangat baik. Sehingga aku boleh menvisualkan setiap isi ceritanya itu dalam kepala. Seolah-olah aku sedang menonton filem itu pula. Walaupun agak lambat untuk aku menyelesaikan pembacaan novel itu, tapi aku tetap teruskan itu. Alang-kepalang aku sudah mulakan membaca itu, baiklah aku habiskan saja novel yang seronok itu. Teringin juga hendak tahu nasib itu doktor, ahli sains dan orang kampung itu.

Novel yang aku maksudkan itu ialah ... JIAN. Kepada si pengarangnya, lain kali boleh tak kau kurangkan perkataan “itu” dalam novel kau atau gantikan perkataan “itu” dengan “tersebut” atau “berkenaan”. Barulah nampak sedap sikit untuk di baca. Dah naik bingung aku dibuatnya – banyak sangat perkataan “itu” dalam novel kau itu. Malah, dalams sesetengah ayat tak perlu letak “itu” banyak-banyak pun, contohnya pada ayat di muka surat 215 seperti di bawah;

Dr. Leon memancut spray itu ke arah muka penghidap virus itu. Dia cepat-cepat beredar dari kereta itu. Tiba-tiba beberapa penghidap virus itu mengepung Dr. Leon dan budak perempuan itu.

Disebabkan aku sendiri tidak berapa pandai tatabahasa BM, tapi aku boleh cadangkan untuk contoh petikan di atas kau boleh tulis begini,
Dr. Leon memancut spray itu ke arah muka penghidap virus terbabit. Dia cepat-cepat beredar dari kereta berkenaan. Tiba-tiba beberapa penghidap virus tadi mengepung Dr. Leon dan budak perempuan itu.


Barulah nampak bervariasi sikit perenggan itu kerana ada aneka vocabulary yang di guna. Memandai pulak aku ni…hehe… Lagi satu, kebanyakan dialog yang diucapkan oleh para saintis dan doktor ini bunyinya macam terjemahan dari orang putih bercakap. Cuma dialog orang kampung yang memang menampakkan ciri-ciri dan situasi kekampungan mereka. Tak payahlah aku bagi sinopsis novel ni pulak ye. Bagi sesiapa yang selalu baca blog tontonfilem, tentu tahu novel ni dari genre yang macam mana. Memang sesuai dengan minat dan aspirasi yang di bawa oleh pengarangnya.


Bagi aku isi cerita dan plot-plot dalam novel ni dah cukup baik jika di nilai ini adalah hasil karya sulung. Tapi dah cukup hebat sebab kau tulis ni masa umur 17 tahun. Penulisnya telah berjaya memberi impak dari segi penceritaannya membolehkan pembaca menyelami rentetan peristiwa di dalam. Untuk lebih mengujakan lagi apa kata kau buat pula prequel novel ni? Misalnya apakah peristiwa yang di alami oleh Dr. Fuad and the gang masa terperangkap dalam makmal dalam hutan itu dulu? Bagaimana keadaan Akob sebelum dia dirantai di bawah rumah Tuk Imam Azhar? Nanti dah jadi macam Star Wars pulak buku cerita ni siap ada prequel-prequel semua :D
kredit foto: http://www.dawama.com/images

Monday, July 18, 2005

Fantastic Festival

Semalam kawan aku, Khai ajak menonton filem-filem percuma sempena dengan Festival Film Malaysia kat TGV KLCC. Dia nak tengok Pontianak Menjerit, Sembilu 2005 dan Lady Boss. Filem pertama tu aku setuju nak tengok sekali dengan dia - yang lagi dua tu kau tengok sorang-soranglah, aku nak balik. Tapi bila sampai kat panggung pagi semalam, dah habis tiket free untuk menonton Pontianak Menjerit. Cuma tinggal Sembilu dan Potret Mistik.

Jadi tak dapatlah aku menonton filem tersebut. Namun menurut kawan aku, di GSC MidValley, kalau nak tengok filem percuma ni, tiketnya kena ambil di pejabat Finas di Ulu Klang. Tapi nasib baik untuk tayangan di KLCC, tiketnya hanya perlu di ambil di depan panggung saja. Nasib tak baik pulak, tiketnya dah habis. Ramai betul yang berminat nak tengok filem ini nampaknya. Aku pun minat jugak nak tengok tapi asyik tak berkesempatan saja. Oleh itu kami habiskan masa menonton filem Fantastic 4.

Terus bagi kesimpulannyalah ok? Ini adalah filem superhero yang paling ringan pernah aku tengok berbanding dengan The X-Men, Spider-Man atau Batman. Aku rasa seperti menonton rancangan kartun pagi Sabtu dalam versi manusia pula. Jalan ceritanya adalah straight-forward, kelakar dan ada mesej juga sedikit. Sebab ini adalah filem pertama Fantastic 4 jadi penonton di bawa melihat bagaimana asal-usul empat orang ini boleh menjadi fantastic. Lima orang sebenarnya tapi yang lagi seorang menjadi fantastic versi jahat untuk beraksi sebagai musuh mereka. Julian McMahon jadi jahat saling tak tumpah macam Balthazar dalam siri Charmed.

Kalau anda pernah menonton Scooby-Doo versi filem, begitulah secara kasar gambaran yang dapat diberikan tentang filem Fantastic 4. Aku tidak pernah membaca komiknya jadi tidak dapat menganalisis sejauh mana filem ini memberi keadilan kepada karya asal komik tersebut. Walaupun ini adalah komik pertama yang diterbitkan Marvel tapi ia lambat sangat difilemkan. Sehingga kita sudah tidak hairan dengan “kuasa luar biasa” yang mereka miliki - boleh ghaibkan diri, boleh menganjalkan badan, boleh keluar api dan lain-lain semunya pernah di tonton seperti dalam Hollow Man, The Incredibles, The League of Extraordinary Gentlemen dan beberapa filem lain. Namun Fantastic 4 masih boleh menghiburkan dan tidak akan menyerabutkan kepala anda.

Malam tu tengok Festival Film Malaysia. Aku rasa boleh di puji kelicinan perjalanan majlis sebab semuanya fast dan nampak ada koordinasi. Keputusan yang paling mengejutkan tentulah Zamarul Hisham sebagai best actor. Mungkin it’s about time kita mengiktiraf pelakon lelaki lain pula yang turut memperlihatkan kualiti atau peningkatan tahap lakonan sebagai perangsang atau motivasi untuk pelapis filem akan datang. Rasanya ramai yang tak sangka kerana mungkin karektor Zamarul dalam Di Ambang Misteri tidak begitu kuat berbanding Rosyam Nor yang memerankan tiga watak dalam Gangster. Ironinya Erra Fazira diiktiraf pula sebagai yang terbaik bagi kategori wanita dengan memegang tiga watak berbeza dalam Hingga Hujung Nyawa.

Aku berpuas hati dengan kemenangan lagu “Warkah Buatmu Laila“ sebagai lagu tema terbaik dan Radhi Khalid sebagai pelakon pembantu lelaki terbaik. Dalam entry sebelum ini aku dapat rumuskan bahawa itulah two strong points untuk memaksa penonton supaya melekat depan skrin untuk mengikuti Qaisy dan Laila sampai habis. Akhirnya ia terbalas apabila dua elemen tersebut dianugerahkan oleh para juri festival dengan trofi. Belanjawan Puteri Gunung Ledang seakan terbazir apabila ia tidak diiktiraf di negara sendiri. Tahniah untuk Yasmin Ahmad di atas kemenangan Sepet sebagai yang terbaik. Kita tunggu Gubra lepas ni.

Monday, July 11, 2005

Sabra & Shatila, Qaisy & Laila

Tatkala kita bersimpati dengan mangsa-mangsa pengeboman di London sampai kita terlupa dengan nasib penduduk di Iraq, Palestine dan Afghanistan yang saban hari di bom dan di bunuh tanpa dipedulikan oleh masyarakat antarabangsa. Nyawa manusia di mana-mana pun memang berharga walau di ceruk mana saja mereka berada. Sama ada ia terletak di perut bumi stesyen keretapi underground atau kawasan underground padang pasir. Tiada siapa dapat menafikan hak seseorang manusia untuk hidup bebas dari ketakutan terhadap bom atau letupan.

Secara tidak sengaja aku telah terbuka Majalah 3 Sabtu lepas. Tentu anda dah boleh agak rancangan apa sebenarnya yang aku tonton yang membuatkan aku accidently tertengok Majalah 3. Jika sebelum ini kita terlalu diasak dengan angka atau tarikh 11 September, maka kali ini kita perlu setkan minda kita bahawa angka 14 – 19 September adalah paling relevan dengan kita umat Islam sejagat. Pada detik itulah kemuncak kebobrokan rejim zionis melancarkan serangan ke atas kem pelarian Palestine di Shatila dan kawasan berhampirannya Sabra yang mengakibatkan 3,500 nyawa terkorban.

Apabila melihat sendiri rintihan Ummu Ali yang ditemuramah oleh pengacara Norzie tentang anaknya yang di sembelih di depan matanya sendiri membuatkan hatiku sungguh tersayat. Langsung aku turut berkongsi doa dengan ibu malang itu supaya Sharon yang binatang turut ditimpa nasib yang sama seperti mana anak-anak Ummu dahulu. Memerhati kesan-kesan bangunan yang berlubang akibat peluru dan hitam berjelaga kesan belerang sungguh surreal. Kita tidak dapat bayangkan seksaan mental yang terpaksa dihadapi pelarian itu semua hari-hari terpaksa menatap monument tragik yang masih kukuh berdiri.

Aku tak tahu pun itu adalah bahagian kedua dari siri peninjauan Majalah 3 mengimbas kembali 23 tahun tragedi berdarah Sabra Shatila yang dalam masa yang sama bersaing dengan konsert mingguan AF. Itulah juga nasib yang menimpa filem Qaisy dan Laila yang bersaing dengan War of the Worlds apabila kutipan filem Melayu tersebut sangat menyedihkan. Masa aku tengok pun tak sampai sepuluh orang dalam panggung. Padahal bukanlah berat sangat subjek yang di bawa filem ini malah senang difahami oleh semua. Tak payah berfikir dengan kritikal pun.

Kita patut appreciate usaha Habsah Hassan yang sanggup melakukan menggambaran di lokasi yang tidak glamor seperti Pakistan dengan birokrasi yang bukan kepalang. Tema yang di angkat oleh filem ini amat berkait rapat dengan survival umat Islam secara khususnya di saat kita di label sebagai terrorist. Lakonan Jehan Miskin sebagai pemuda Afghan boleh di terima akal manakala Radhi Khalid sangat cemerlang dalam filem ini. Dialog yang sangat berkesan ialah apabila Qaisy menempelak yang seluruh dunia akan bising apabila seorang Amerika terkorban sedangkan setiap hari tidak terkira orang Afghan terbunuh tetapi dunia tidak berkata apa-apa.

Filem ini tidak seratus-peratus sempurna. Tetapi usaha murni dan tema yang terkandung didalamnya adalah sangat sempurna di mataku. Aku suka dengan lagu runut bunyi bertajuk “Warkah Untuk Laila” yang dinyanyikan oleh Zahid Baharuddin begitu membuai syahdu. Jika ada keajaiban, kita suruh Mawi nyanyi lagu ini untuk konsert mingguan AF nanti. Manalah tahu nanti ramai yang terpesona dengan lagu tersebut maka berduyun-duyunlah orang ke panggung untuk menonton filemnya pula.


Kredit foto: http://www.qaisylaila.com

Thursday, July 07, 2005

7 haribulan 7

Di manakah anda ketika letupan berlaku?

Di Kuala Lumpur, Malaysia, di office tengah buat kerja – kalau ikut waktu kita pada masa itu yang dianggarkan pengeboman terjadi lebih kurang pukul 4 petang.

Bilakah anda mendapat tahu mengenainya?

Masa aku tengah tengok kartun Garfield and Friends kat TV1 bila secara tiba-tiba siaran kartun yang kelakar tu dihentikan tak semena-mena untuk memberi laluan kepada berita gempar. Aku dah suspek masa tu mesti ada perkhabaran tak baik berlaku. Tragedi apa agaknya kali ini?

Apa yang anda terlintas di fikiran anda pada masa tersebut?

Terus aku teringat tarikh apa hari ni. 7 haribulan 7! Serious! Cantik tu.... err maksud aku tarikh macam tu senang terpahat dalam memori. Tapi peristiwa ngeri macam ni akan terus menjadi parut yang sedih untuk mangsa dan mereka yang terlibat.

Selain itu, apa lagi yang anda fikirkan?

Aku juga teringatkan pasal filem The Interpreter yang ada scene bas diletupkan oleh suicide bomber tu. Sebijik. Tapi itu filem, lainlah. So sad it really could happen in real life.

Anda rasa siapa yang akan dipersalahkan?

Al – Qaeda. Walaupun aku memang tak nak kejadian keganasan ini dikaitkan dengan nama Islam tapi pihak Barat akan terus menghukum kumpulan ini.

Suspek lain yang anda syaki?

Ala.... ni mesti ada mana-mana hamlau dari Paris atau Madrid atau New York atau Moscow yang jealous London dapat jadi tuan rumah Olimpik 2012 ni. Punyalah kronik tak dapat terima kenyataan sampai sanggup bom tempat orang..hehhe... Tapi mana diorang tahu yang London akan dapat title tu – siap dah pasang bom awal-awal?

Ok, serius, pada pendapat anda mengapa agaknya kejadian sebegini boleh terjadi?

Lagi mahu tanya. Semua orang tahu tentang penglibatan Britain dalam perang di Iraq. Kalau betul militant Islam yang punya angkara pastilah mereka mahu “mengajar” Britain supaya jangan terus kacau daun di Iraq.

Kesimpulannya?

Peace people….peace!

Monday, July 04, 2005

Rumah Maut


Keseraman yang di bawa oleh filem ini mengalir sampai ke panggung. Mungkin effect dari pendingin hawa yang sejuk banget. Filem horror seharusnya seram sejuk kan? Aku dah lupa macam mana versi asal filem ni yang tak silapnya aku tengok tatkala ia disiarkan di kaca tv tahun-tahun 80-an dulu. Macam mana nak tengok kalau masa tu aku lebih banyak menutup muka dengan tapak tangan. Takut woi.... Tapi bentuk exterior rumah ini memang aku ingat sangat sampai sekarang. Ianya menjadi mercu untuk Amityville Horror kerana tanpa rumah yang dimaksudkan, filem ini tidak akan sempurna.

Kalau kita ingat balik memang banyak filem yang agenda hantunya berpaksi di rumah seperti The Grudge, Thirteen Ghost, The Haunting, Rosemary’s Baby dan bermacam-macam lagi. Rumah memang selalu di pilih sebagai props yang berkesan untuk memomokkan penonton kerana kita semua duduk dalam rumah. Jadi feel untuk merasa seram dan kecut perut tu akan lebih cepat di tangkap kerana persekitaran yang sudah biasa. Kalau lokasinya di motel atau hospital gila tentulah payah sikit penonton yang menyelami unsur keseraman tersebut pasal situasi yang tidak ada sangkut-paut dengan kebanyakan dari kita.

Mujurlah filem ini tidak mengikut formula hantu Jepun atau Korea yang suka benar guna perempuan rambut panjang (eh, budak perempuan tu panjang sikit rambut dia) dan merangkak atau berjalan atau mengesot perlahan-lahan ke arah subjek Sebaliknya ia mengguna old school punya horror yang menunjukkan rupa hantu secara close-up dan menjelma secara tiba-tiba dilatari dengan bunyi effect. Cheap thrill? Bolehlah dikatakan macam tu tapi jantung penonton tersentak juga dan gelisah di tempat duduk. Masa anak lelaki mereka yang kecil itu nak mengemih di waktu malam dan pintu bilik air dibiarkan terbuka, adegan yang memang suspen.

Trivia menarik dari Amityville Horror ialah dua pelakon utamanya Ryan Reynolds dan Melissa George adalah berasal dari rancangan televisyen. Masing-masing dari siri komedi Two Guys and a Girl dan siri penyiasatan Alias. Mungkin penerbit tidak fikir untuk menggunakan pelakon yang lebih terkenal kerana ini adalah remake berdasarkan kisah benar yang masih diingati kerana kejahatan jenayahnya. Lagipun siapa yang memerlukan bintang terkenal jika rumah itu sendiri sudah merupakan “bintang” untuk menarik orang ramai menonton filem ini.

Terima kasih kepada majalah Hype! di atas token menonton The Amityville Horror di GSC Times Square.

Thursday, June 30, 2005

Ku Tulis Nota

1. Derma sms untuk tabung Bersamamu sepatutnya di taip seperti di bawah. Kredit untuk rakan blogger ini kerana membetulkannya dalam guestbook

smskan TABUNG2 (RM2), TABUNG5 (RM5) atau TABUNG10 (RM10) dan hantar ke 33533.

2. Buat pertama kalinya kredit handphoneku telah di tolak kerana berbakti.

3. Ada blogger yang di pecat dari jawatannya kerana terlalu ralit blogging. Pekerja malang itu ialah Heather Armstrong dari Dooce Blog yang banyak mendapat bloggie awards kerana aktivitinya itu. Maklumat di petik dari V Mag keluaran Jun.

4. Sudah hampir lima hari aku tak makan nasi waktu malam. Yeaaa.... boleh kurus sikit lagi.

5. Ramai kawan-kawan telah memarahiku kerana line handphoneku kebelakangan ini tidak boleh di harap. Jika mereka hantar sms pagi ni, malam karang baru mesej berkenaan sampai dekat handphoneku. Dan seorang officemate hantar sms yang dia akan lewat sampai office pagi tu, sila maklumkan pada bos. Aku pula kena marah bila diam tidak reply smsnya kerana mana aku tahu dia ada hantar sms.

6. Aku belum habis baca novel Jian karya sulung pemilik blog yang enthusiastic filem.

7. Ketika aku ingin mengangkat keropok yang telah siap di goreng ke dalam pinggan, api gas telah menyambar serviette yang aku buat alas pinggan tersebut. Nasib baik tak terbakar pinggan dan keropok. Fungsi serviette adalah untuk menyerap lebihan minyak dari keropok.

8. Aku baru tahu yang pelakon siri Lost, Dominic Monaghan bercinta dengan rakan pelakon dalam siri itu Evangeline Lilly di luar set. Lost found love.

9. Kita sudah habis setengah tahun 2005, tercapaikah separuh dari azam?

Monday, June 27, 2005

Fakir Factor

Pertama kali tengok orang makan siput babi ialah semasa rancangan Fear Factor. Siap kena makan dengan cengkerangnya sekali sampai habis sebelum boleh beraksi di stunt yang berikutnya. Tapi malam ni aku tengok orang makan siput babi kerana memang itu saja solid food yang ada! Dah tak ada pilihan lain, hanya siput babi yang available. Bukan makan kerana hendak menang US$25,000 tapi makan kerana kesempitan hidup dan meneruskan ikhtiar.

Sebenarnya itulah pertama kali pun aku menonton rancangan Bersamamu walaupun dah kerap kali tertengok promonya bermain di tv. Tidak di sangka sama sekali seazab itu kemiskinan yang di alami keluarga malang di Sarawak ini. Rasa macam tidak adil sama sekali buat keluarga ini hidup di negara kita yang kononnya pesat membangun tetapi mereka sebutir hama pun tidak nampak di mana kemakmuran yang mereka dapat kecapi bersama. Apabila kita terdengar berita tentang kemiskinan tegar atau manusia hidup melarat kita selalu bayangkan negara-negara jiran seperti Indonesia, Cambodia, Filipina atau pun India, rupa-rupanya ada juga yang berlaku depan serambi rumah sendiri.

Bukan hanya makan siput babi highlight utama untuk episod malam ini sebaliknya dipaparkan juga ketiadaan air paip dan api letrik untuk kegunaan harian mereka. Bagaimana peritnya si bapa berikhtiar mencari rezeki mencuci kereta tatkala beliau juga mengalami penyakit sawan yang menyerang tak kira masa. Sumber air yang diperolehi keluarga ini sangat menyedihkan dari takungan sungai atau parit yang agak keruh untuk mandi, mencuci, memasak dan lain-lain. Serta kediaman mereka yang daif dengan tiada satu pun barang keperluan asas yang sepatutnya dimiliki untuk kegunaan di rumah. Rasanya orang miskin kat Semenanjung ni pun lagi mewah dari mereka.

Cakap banyak pun tak ke mana jadi bersama-samalah kita membantu meringankan beban anggota keluarga Maini Kudat dan Mariam Abdullah beserta 5 orang anak mereka ini agar mendapat kehidupan lebih sempurna dengan menyumbang secara short message services.

Sumbangan melalui sms, taip

= derma RM2
= derma RM5
= derma RM10

dan hantar ke 33533

Untuk maklumat lanjut singgah ke laman web Bersamamu. Rancangan ini disiarkan setiap Isnin pukul 9 malam di TV3.

Sunday, June 26, 2005

Ketidakadilan di Awal-Awal Stage

Ikutkan hati, aku malas nak tulis pasal Akademi Fantasia di awal-awal stage ni sebab aku bukannya Afundi pun...hehehhe.. Tapi sebab rumah aku dah ada astro dan aku pun almost every day tengok diari Akademi Fantasia so nak tak nak aku fikir eloklah aku tulis jugak something kat sini. Kitaorang subscribe Astro pun salah-satu puncanya gara-gara AF jugaklah, bukannya tumpang tengok kat rumah kawan macam dulu lagi. Jadi aku rasa layak jugaklah aku bagi komen kat sini walaupun masih tak berapa valid pasal aku tak Afundi.

Straight to the point, aku memang terasa kehilangan untuk menonton konsert mingguan AF3 minggu ini kerana tersingkirnya Idayu Sabtu lalu. Walaupun dia tak ada pakej untuk menjadi artis yang sempurna di Malaysia (stigma orang kita, artis seharusnya cantik dan bakat itu belakang kira) tapi aku nak tengok sekurang-kurangnya ada salah-seorang pelajar tu can carry a tune. Barulah sedap sikit telinga mendengarnya. Aku tak kisah penyanyi tu berdiri tegak macam tiang pun atas pentas asalkan dia ada suara yang bagus, itu dah lebih dari cukup.

Ini dahlah suara hancuss, performance pun hancuss jugak, habis nak tengok apa? Apa lagi yang tinggal? Buat sakit hati jer tengok. Ada pelajar suara sedap – kena buang pulak. Pelajar-pelajar yang masih ada tu memang cukup makan jer. Tak ada yang betul-betul menarik pada perhatian aku. Bila konsert akhir nanti pun, aku tak rasa persembahan mereka yang belum terkeluar tu akan memberi impak secukupnya kerana salah seorang saingan terkuat mereka dah tak ada. Kalau berdasarkan senario sekarang, kita pun dah boleh agak siapa yang akan jadi juara dan naib juara. Konsert final tu nanti cuma nak cari siapa yang akan menduduki saki-baki tempat seterusnya. Tapi aku ramalkan kalau Idayu tak terbuang, dialah yang dapat nombor tiga.

Agaknya orang dah tak undi malam tu sebab menjangka dia dah selamat di nombor 3 (based on ranking before concert). Seperti jugak nasib yang menimpa Fuad minggu sebelumnya, ingat dah secure di nombor 3 tapi tak semena-mena kena tendang jugak. Agak skeptikal untuk meramalkan nasib Idayu dalam bidang seni selepas ini apabila sudah tidak beraksi lagi dalam AF3. Aura pelajar-pelajar ini paling dirasai semasa mereka semua masih dalam akademi. Lepas tu dah suam-suam kuku. Paling lama pun orang ingat kalau ada album keluar atau involve dalam apa-apa aktiviti di dunia hiburan. Kalau tidak setakat ini sajalah

So long Idayu…. you truly will be missed


Kredit foto: astro.com.my

Wednesday, June 22, 2005

Kami Telah Berpindah*


Petang Ahad yang sunyi dan redup, aku telah habiskan masaku dengan menonton sebuah filem yang bertemakan kekeluargaan. Tajuknya ialah “We Don’t Live Here Anymore“. Secara zahiriah dua buah famili yang dipaparkan dalam filem ini nampaknya menjalani kehidupan yang normal tetapi sebenarnya tidak. Watak Jack dan Hank seolah diciptakan kembar, dengan rambut kusut, muka berjambang, kerjaya yang sama sebagai pensyarah, suka berjoging dan masing-masing juga curang. Karektor isteri masing-masing pula berbeza, Terry yang matang manakala Edith lebih lembut dan menggoda.

Walau secara peribadinya aku lebih menyukai pasangan Jack dan Edith daripada isterinya Terry kerana Terry nampak tua sangat, macam makcik pula. Ini mungkin disengajakan untuk membiarkan penonton empati dengan nasibnya yang seakan diabaikan dan penuh gejolak. Adegan Terry bergaduh membaling pinggan kepada Jack sangat berkesan kerana kita pun geram dengan kecurangan suaminya. Curang lepas tu memek mukanya sungguh innocent membuatkan rasa tak percaya pula bahawa dia adalah lelaki main kayu tiga.

Seperti sinopsisnya yang merumuskan betapa paradoks tindakan dua pasangan ini bersungguh-sungguh mahu menyelamatkan perkahwinan mereka sedangkan dalam masa yang sama mereka sendiri seakan tidak mahu meneruskan ikatan suci itu lagi. Ada yang berpendapat filem ini seakan-akan dengan Closer. Aku tak pernah tengok lagi Closer jadi tak tahulah sejauh mana persamaan mereka. We Don’t Live Here Anymore adalah filem yang sangat baik mengangkat subjek kecurangan dalam perhubungan beserta polemik yang timbul akibat kesumbangan perlakuan tadi yang wiritnya tidak dapat di terima hukum-hakam dalam rumahtangga.

*Aku membayangkan begitulah terjemahan tajuk filem ini jika ditayangkan di panggung-panggung Malaysia.

Monday, June 20, 2005

[in]Famous

Satu berita dalam akhbar Kosmo! yang menarik perhatianku Khamis lalu, seorang penjenayah mati dalam penjara. Nama beliau Norazliman Mansur atau dikenali dengan nama glamornya Man Power. Maklumat begini tentulah tidak mendatangkan kesan mendalam pada kita sebaliknya mungkin ada yang rasa lega pula. Lagi pun ia bukanlah satu kehilangan besar kepada negara. Lainlah kalau diberitakan bahawa Man Power itu sebenarnya telah berjaya melarikan diri dari jel. Masa tu tentulah kita tak senang duduk tambahan pulak kalau rumah kita tu dekat saja dengan penjara tersebut. Manalah tahu dia lari menyorok dalam rumah kita pulak?

Seperkara yang menarik pasal penjenayah ini ialah mereka seakan sama dengan artis yang memiliki stage name. Tentu kita pernah dengar nama Botak Chin, Bentong Kali dan Mona Fendy? Mona Fendy itu pula adalah yang lebih ironik dengan analogy ini kerana kebetulan beliau adalah seorang artis sebelum menceburkan diri ke bidang jenayah. Walaupun pembabitan beliau dalam bidang hiburan ini tidak ramai yang menyedarinya namun setelah “kejadian yang sensasi“ itu, eloklah kita tidak sentuh hal itu sekarang.

Secara seriusnya aku tidak pernah kenal pun siapakah Encik Man Power sebenarnya. Malah bila masa beliau masuk penjara pun aku tak tahu. Tetapi aku tertarik dengan nama gelaran beliau yang begitu catchy. Tidak tahu siapa yang memberi gelaran tersebut. Konco-konco beliaukah, pihak poliskah, orang suratkhabarkah? Atau beliau sendiri yang menggelarkan diri dengan nama tersebut. Siapapun yang mecetuskan nama berkenaan ia berjaya mewujudkan kegemparan pada orang ramai bahawa nama Man Power memang mempunyai attitude sebagai gangster. Sehingga untuk menaip namanya di sini pun sudah membuatkan jari-jemariku merasa gementar.

Dalam khutbah Jumaat minggu lepas membentangkan topik “Gejala Sosial“ yang semakin hari semakin sial kebelakangan ini. Dengan kejadian ragging, membunuh (paling kreatif meletak mayat mangsa dalam kotak tv), mencabul, merampok dan segala yang standard dengannya semakin menimbulkan keresahan masyarakat. Apakah nilai yang ingin kita tonjolkan pada generasi hari ini dengan segala maklumat jenayah setiap hari terpampang untuk kita telan. Penyelesaian yang kita ada tentulah menyuruh kita berbalik pada ajaran agama. Walaupun ia tidak semudah seperti memetik suis setiap kali kita dikhutbahkan selama hanya setengah jam seminggu sekali untuk memulihkan diri supaya berbalik ke jalan yang lurus dan benar. Berapa ramai pula yang ada inisiatif sendiri untuk menambahkan ilmu agama secara lebih masa?

Ia sama sekali berbeza jika setiap hari 24 – 7 kita disogokkan dari segenap medium tentang kebejatan dunia hari ini, jenayah dan keruntuhan moral seolah-olah kita jadi ralat pula jika sehari tidak mendengar berita semacam itu. Aktiviti jenayah yang seolah-olah merupakan organisasi terancang seperti baru-baru ini kita digemparkan dengan keganasan lanun di perairan Langkawi. Terdahulu dari itu ancaman kegiatan jenayah di daratan memang sudah lali kita dengar siap dengan nama kumpulan seperti Geng Mamak, Gagak Hitam, seolah-olah buat kerja haram ni seperti mereka menganggotai band muzik rock pula.

Agaknya memang mereka ingin menjadi ahli kumpulan muzik? Tapi oleh kerana tidak berbakat maka eloklah mereka menceburi bidang lain yang lebih memerlukan kemahiran mereka. Seperti kehidupan dan karier artis yang mempunyai nilai berita begitu juga dengan aktiviti puak penjenayah ini yang akan menjadi scope hangat di media massa setiap kali mereka melancarkan kegiatan tersebut. Mereka tambah nama gelaran di depan supaya kedengaran lebih mengancam di suratkhabar. Atau pun sebenarnya mereka boleh jadi kedua-duanya, jadi artis dan membabitkan diri dalam jenayah sekaligus. Seperti artis yang terlibat dengan dadah yang selalu kita dengar sekarang. Malah mereka akan lebih untung kerana dua-duanya memang akan menjadi tumpuan pemberita seolah mendapat publisiti berganda.

Seperti kata tagline filem Chicago - If you can’t be famous, be infamous!

Thursday, June 16, 2005

50/50

Kali ini aku ingin mengarang cerpen pula. Rasanya belum pernah lagi aku menulis cerpen dalam blog ni. Kalau cerpen, ia tidak semestinya benar. Malah selalunya cerpen adalah rekaan semata-mata. Jadi aku telah imaginasi sebuah cerita pendek untuk entry kali ini. Sila baca kalau mahu.

Wang kertas lima puluh ringgit yang berkeping-keping itu disusunnya kemas-kemas. Di kiranya berulang kali. Bila pasti telah cukup jumlah yang dikehendaki, dia ambil sekeping sampul surat untuk mengisi wang berkenaan. Tetapi tiba-tiba dia terperasan sesuatu. Ada sehelai dari duit kertas lima puluh yang banyak-banyak itu tercarik sedikit di penjuru. Macam mana tadi dia boleh tidak sedar. Tetapi dia yakin yang wang itu masih sah diperlakukan untuk urusniaga di dalam Malaysia.

Harap Pak Cik Gamal tak kisah dapat duit yang koyak sikit, desisnya sendiri. Lagipun bukan ketara sangat.

Pukul 2 petang semasa dia baru selesai solat zohor kedengaran ketukan di pintu. Dia bergegas keluar dari bilik untuk menyambut tetamu yang sudah dapat dipastikan siapa. Dia memaniskan muka tatkala terlihat Pak Cik Gamal berdiri di depan sambil mencebet sebuah beg. „

“Masuklah dulu pak cik,“ dia berbasa-basi.

“Tak apalah Ismet. Di luar aje cukup,“

“Nanti saya ambilkan duitnya.“ Ismet berlalu ke dalam untuk mengambil sampul tadi. Kemudian dia serahkan pada orang tua terbabit.

“Terima kasih, pak cik balik dulu,“. Dia membalas sembari tersenyum sambil menutup lawang. Sejurus dia sedang menyalin kain pelekatnya tiba-tiba sekali lagi bertalu-talu kedengaran pintu di ketuk. Dia kehairanan, siapa pula yang datang kali ni? Kelam-kabut dia bersegera keluar untuk membuka pintu. Pak Cik Gamal rupanya yang datang semula dalam masa tidak sampai lima minit. Orang tua itu terus menyemburnya dengan soalan.

“Kenapa engkau bagi pak cik duit koyak ni?”

“Itu saja duit yang saya ada,” dia tenang menjawab.

“Pak cik tak mahu duit macam ni. Tak laku,” ujar orag tua itu lagi.

Ismet diam sebentar seraya menyambung, “Saya dapat duit tu dari mesin autoteller, dari bank sendiri,”

“Pak cik tak kira dari mana kau dapat duit tu, tapi pak cik tak nak duit yang dah koyak. Pak cik nak duit baru,”

“Saya bukan kerja cop duit pak cik,” Ismet cuba buat kelakar. Lagipun koyak sikit aje. Kalau pak cik perhatikan ni, bila dicantumkan, orang tak perasan pun,” dia cuba memujuk.

Pak Cik Gamal merengut dengan muka tidak mesra berkata, ”Lain kali jangan bagi duit kertas macam ni lagi,”

Dia menarik nafas sambil mengembalikan wang tersebut pada orang tua itu. “Apa kata lain kali saya masukkan duit tu ke dalam akaun pak cik? Senang, tak payah pak cik nak tengok macam mana rupa duit tu dan pak cik juga tak payah datang sini,”

“Pak cik tak suka main-main akaun ni. Pak cik nak duit cash,” ujarnya sambil melangkah meninggalkan Ismet.

*Cerita pendek tamat*

Tuesday, June 14, 2005

Astrodana

Waktu: Malam

Tempat: Di rumah (lebih tepat dalam bilik air)

Dah lama tak mandi waktu malam. Sempat bersyampu. Lumurkan syampu Urban Elements berharuman badam atas kepala. Bilas. Disusuli dengan perapi Pentene Pro-V Extra Mosturizing. Biarkan perapi melekap atas rambut selama lima minit, kemudian bilas. Sudahkan mandian.

Tempat: Ruang Tamu

Atas kerusi di meja makan sedang mengunyah bun blueberry berhias sebiji ceri merah di atas. Tadi singgah BreadTalk, beli, selepas balik kerja. Makan bun sampai habis kemudian baru makan ceri. Makan sambil membelek FiRST bergambar cover Christian Bale bersut lelaki kelawar. Belek helaian sebelah ada satu lagi cover – Brad Pitt memeluk tubuh berjaket kulit.

Tempat: Depan tv

Tak pasang tv tapi pasang dvd. Ambil dvd Girl with a Pearl Earring kemudian sumbat pada player. Sudah habis menonton filem ini sebenarnya tapi nak check bahagian Special Features. Pilih “Anatomy of the Scene” terma lain bagi “The making of …”. Tengok the making of filem ini. Ada produser, pengarah dan screenwriter bercakap tentang maklumat di belakang tabir. Ada Scarlett Johansson juga bercakap mengenai filem tersebut. Scarlett nampak macam iras-iras Amy, peserta Akademi Fantasia musim ke-tiga. Minggu lepas Amy nyanyikan lagu Sesalanku semasa konsert. Minggu ini dia akan nyanyikan lagu Asmaradana.

Cikgu EE sedang mengajar Amy beberapa gerak tari untuk mewarnai persembahan Asmaradananya hujung minggu nanti.

Tiba-tiba tak ada.

Gelap.
Tiba-tiba saja gelap.

Tiba-tiba di skrin keluar

This channel is not included in your subscription. To subscribe, please contact Astro.

Aik, bila masa aku tak subscribe Astro Ria ni?

Ambil remote, cuba tekan channel lain pula.

Try Discovery -Tak ada

Cuba ESPN – tak dapat.

Tekan TV3. Gelap juga.

Channel Vaannil? Pun tak dapat jugak.

Aneh.

Pergi check bil Astro.

Alamak!

Bil Astro dah tiga bulan tak bayar!

Wednesday, June 01, 2005

Total Request Lost

Tetamu jemputan Total Request Live semalam di MTV ialah Matthew Fox salah seorang pelakon utama siri Lost. Lost ialah sebuh siri mengisahkan sekumpulan penumpang pesawat yang terkandas di sebuah pulau apabila pesawat terbabit terhempas di situ. Ia seolah Gilligan Island yang penuh dramatik dan aksi.

Siri ini tersangat menarik dan berkesan dengan jalan cerita yang sentiasa tergantung setiap minggu membuatkan kita tak sabar nak menunggu episod seterusnya. Pengacara TRL, Vanessa bertanya beberapa soalan kepada Fox, seandainya dia betul-betul terperangkap di pulau sebegitu, apakah tindakannya? Soalan-soalan tu aku terjemahkan mengikut pemahaman aku sendiri.


1) Jika anda boleh membawa satu album semasa terkandas di pulau itu yang anda terpaksa berulang-ulang dengar, apakah album tersebut?

Fox jawab album American Idiot oleh Greenday. Aku pulak pilih album kompilasi. Tak kisah apa-apa kompilasi pun, ada banyak artis dan banyak lagu hits.

2) Apabila anda diselamatkan nanti, agaknya apakah soalan yang mula-mula anda akan tanya kepada orang ramai?

Aku tak pasti apa yang Mr. Fox ni jawab, rasanya “How’s my son doing in Maths?” Anak dia bengap matematik agaknya, macam aku gak…hehhe… Rasanya ramai yang akan tanya berapa haribulan hari ni (kalau dah lama sangat tersadai kat situ sampai dah lost track of time). Soalan aku pulak mungkin berbunyi “Kenapalah susah-susah nak selamatkan saya ni?” Tak payah selamatkan pun tak apa….hehhe..

3) Namakan satu saja jenis pakaian yang akan anda pakai semasa terperangkap di pulau itu.

Fox jawab short. Memang jawapan yang selamat. Kalau aku pun akan pilih short atau seluar panjanglah. Kang malam-malam sejuk pulak kalau pakai seluar pendek jer.

4) Makanan apakah yang anda craving sepanjang berada di pulau tersebut? Aiskrim vanila menjadi pilihan Fox ditaburi dengan kacang-kacang sikit. Aku pula makanan apa agaknya yang aku mengidam sangat? Definately not seafood, sebab dah duduk kat laut tentu asyik pekena seafood jer. Jadi aku rasa aku mengidam nak makan cheese cake.

5) Antara Neve Campbell atau Jennifer Love Hewitt, anda memilih untuk terperangkap di pulau itu dengan siapa?

Ni, soalan jenis apa ni? Even Matthew Fox pun macam tersipu-sipu nak jawab. Dia pilih Neve, sudah tentulah kerana mereka pernah berlakon bersama dalam siri tv Party of Five dulu. Aku pulak pilih Jennifer. Kenapa agaknya? Lagipun dia kan pernah terkandas di sebuah pulau bersama pembunuh, jadi tahulah nak survive macam mana walaupun itu cuma aksi dalam filem.

Kredit foto: http://matthew-fox.net/gallery

Monday, May 30, 2005

Puisi yang Bukan

Banyak benda
yang aku suka baca
tapi
dalam banyak-banyak benda itu
ada satu yang aku
malas nak baca

Puisi
atau sajak atau
syair atau
seloka atau
apa-apa saja yang ada berangkap-rangkap
jenisnya

Aku kurang sabar nak membaca rangkap-rangkap
rasa lambat
rasa kurang bernafsu

Sebab itulah di blog aku sendiri
aku belum pernah menulis puisi atau sajak
dan pamer ia di sini
biar semua orang baca
walaupun aku sendiri tak baca
benda-benda macam tu

Benda yang anda baca ini
bukan sajak
atau puisi
atau seloka
atau gurindam jiwa
bukan
semua itu bukan

Ini juga di panggil artikel
tapi idea aku sikit
maka aku tulis dalam bentuk rangkap-rangkap
supaya artikel ini nampak panjang
aku masih tak suka baca puisi

Wednesday, May 25, 2005

Keseraman Rosemary's Baby


Filem dalam vcd yang aku mention semalam berjudul Rosemary’s Baby. Dulu aku pernah tengok sikit filem ni sebab aku bayangkan cerita ni seram sangat, dengar muzik temanya pun dah seram. So, lepas tengok sepuluh minit, aku pun terus tutup. Punyalah pathetic masa tu kerana aku belum bersedia untuk ditakut-takutkan dalam skala yang hardcore.

Bila aku tengok sepenuhnya last weekend, laaa…. tak seram pun filem ni. Tak seram langsung. Anda boleh tengok tanpa ada rasa nak tutup mata atau menyorok belakang bantal kusyen. Patutlah filem ni di beri rating “U“ yang sesuai di tonton golongan umum kerana tiada adegan yang menyinggung ketenteraman awam. Walaupun terdapat unsur-unsur memuja syaitan tetapi tidak ditonjolkan secara grafik. Ni aku beli vcd original sebab tu ada tunjuk dia punya klasifikasi oleh LPFM.

Plot mengisahkan sepasang suami-isteri lakonan Mia Farrow dan John Cassavetes baru berpindah ke sebuah apartment yang khabarnya berpuaka di New York. Di sana mereka telah berkenalan dengan jiran mereka sepasang suami-isteri separuh abad yang sangat baik hati. Suatu tragedi yang berlaku di apartment mereka telah memulakan petaka apabila seorang wanita yang Mia berkenalan semasa di bilik laundry ditemui mati membunuh diri. Kebetulan wanita itu tinggal serumah dengan suami isteri tua tadi dan memakai seutas kalung bertuah yang berbau ganjil.

Apabila Rosemary pula yang memakai kalung itu dia mula mengalami situasi yang terganggu. Dia bermimpi yang aneh-aneh, terdengar bunyi yang tak pasti dan berasa tidak tenang. Suatu hari dia didapati mengandung – part ni aku tak berapa clear sama ada lepas dia dapat nightmare tu ke atau after scene dia berasmara dengan laki dia tu. Sengaja nak bagi orang confuse agaknya. Interesting part apabila Rosemary mula mengesyaki orang-orang disekelilingnya ialah kultus pemuja syaitan dan dia mendapat tahu bahawa bayi yang dikandungnya adalah luar biasa maka dia mula merasa terancam.

Lagu tema filem ni bagi aku mempunyai persamaan dengan intro lagu Pulangkan. Tetapi ia bukanlah lagu dalam erti kata sebenar sebaliknya “lullaby“ yang dialunkan sendiri oleh Mia Farrow seolah-olah tengah mendodoikan anak. Cuma bunyi dodoian itu bukannya nak bagi baby tu sweet dreams sebaliknya nak bagi baby tu dapat nightmare.

Tuesday, May 24, 2005

Cepat Taip

Setiap minggu ada jer blog baru yang aku discovered dan seronok pulak tu untuk di baca. Seperti biasa kalau dah seronok tu aku akan cari archive dia dan baca semua back entries. Dah tak jadi kerja lain dah. Kadang-kadang tu kalau tak sempat nak baca kat opis, sanggup aku print dan bawak balik baca kat rumah!

Seolah-olah kerja aku ni, Pembaca blog sepenuh masa, Pekerja office separuh masa… hehehe…. Please jangan buat benda macam ni sebab tak bagus untuk profesion anda.

Tapi seperti biasa juga aku tak dapat nak mention apakah weblog-weblog yang telah mencuri tumpuanku tersebut. Lagi pun aku cuma jadi silent reader saja. Oleh kerana dah terlalu asyik membaca weblog orang sampai blog sendiri pun dah malas nak concern. Dengan tak ada idea lagi nak taruk apa. So, mencari idea dengan meninjau blog orang lain dan langsung terlekat sebab ada banyak entry lepas-lepas yang belum diterokai.

Dalam pada tu, novel yang di beli di Pesta Buku lepas pun masih tak habis baca lagi. (Yang di beli dua tahun lepas pun belum habis jugak, hehehe....) Cuti tiga hari hujung minggu yang baru lalu dihabiskan dengan menonton tv saja. Aku juga menonton vcd yang dah lama di beli tapi masih belum tengok –tengok (aku pernah mention dulu). Kalau rajin aku buat ulasan filem tu.

p/s: Entry ni memang dinamakan "Cepat Taip" pasal aku menaip terkocoh-kocoh sebab bulan Mei ni aku tak banyak menambah isi kandungan blog. Main taip jer apa-apa yang terlintas di kepala. Lepas ni nak sambung balik baca blog diorang.

Monday, May 23, 2005

Menerjah Puncak

Bila menonton rancangan Tirai Akademi Fantasia Ahad lalu yang krew Astro menerjah para finalist rasa macam tengok candid camera pulak. Para bakal pelajar yang di terima masuk macam biasalah kena surprise oleh pihak penerbit di tempat-tempat yang tertentu. Apabila mereka dikejutkan dengan penyerahan folder tersebut, ramai yang tak sangka, malu-malu dan tak nak tengok kamera. Ada yang terkena kat office, kat tengah jalan, dekat restoran …paling malang budak kat rumah yang baru bangun tidur tu, rambut kusut masai, dengan muka blur tiba-tiba ada orang datang buat kezzutan. Seorang lagi tu baru nak pakai baju. Bila mereka nampak kamera sedang merakam di depan, segala-galanya jadi tak kena, macam baru lepas kena pedajal.

Biasanya memang macam tu, kalau orang datang rumah, kita akan terus bukak jer pintu. Jarang sangat bila dengar saja ada orang ketuk pintu rumah macam tu, kita akan check muka kita depan cermin dulu ke? Atau check appearance dulu ke, sesuai ke tidak nak sambut tetamu, atau check ajelah apa-apa yang patut. Setakat kawan-kawan atau saudara-mara yang bertandang tak kan nak pakai glamer-glamer pulak. Sekali tetamu yang datang ialah jurukamera tv, satu rombongan pulak tu dengan orang kampung seorang yang jadi tukang tunjukkan jalan. Siap tengah buat rakaman lagi. Nak buat macam mana, dah nama pun rancangan reality tv, jadi kenalah tunjukkan segala yang real dan spontan.

Aku pun pernah jugak terkena macam tu dulu. Masa tu aku seorang-seorang kat rumah – dalam bilik air tengah mandi. Tiba-tiba aku terdengar macam ada orang tengah ketuk pintu. Aku pun slowkan shower.

Betul ke ada orang ketuk pintu ni?

Tiba-tiba terdengar lagi bunyi orang ketuk pintu. Aku pun buka pintu bilik air, makin jelas bunyinya. Siapa pulak yang datang ni. Aku cepat-cepat mengilas tuala di pinggang. Mula-mula memanglah aku berbelah-bagi nak keluar macam tu jer ker atau nak pakai baju dulu. Aku agak mesti kawan aku yang datang ni, ahh… gasaklah, bukak jer pintu dulu. Tak payah pakai baju. Apa-apa hal, belakang kira. Lagi pun dah macam nak roboh pintu tu orang kat luar ketuk. Apa ke hal mustahak sangat ni, nak mandi pun tak senang.

Bila aku buka saja pintu, ternampak seorang kakak bertudung tengah berdiri kat depan. Alamak, macam mana ni? Aku pun menyorok belakang pintu, sambil menjengukkan muka sikit.

“Err… biar saya pakai baju dulu“.

“Eh, tak payahlah, akak kejap jer ni, nak bagi notis ni hah....“ balas si kakak sambil mengunjukkan sehelai kertas.

Lepas tu, adalah dekat dua minit akak tu dok explain kat aku pasal benda notis ni. Aku pulak, tak tahu nak respon macam mana, main angguk jer lah, sambil tanganku memeluk tubuhku yang tidak berbaju ni.....tersipu-sipu pun ada gak. Nasib baik bukan jurukamera yang datang, kalau tak....argghhh... tidak!!!! Malu dong!

Kepada semua bakal pelajar Akademi Fantasia musim ke-tiga diucapkan, selamat menuju puncak!

Friday, May 13, 2005

Kata-Kata Seorang Wira

Kenapa tak update?

Malaslah nak update…. malas sungguh rasanya… MALASSSSSSSS!!!!

Aku tahu, berapa banyak malas pun yang aku taruk, tak jadi hal. Tak melanggar undang-undang rasanya ; )

Ahmad Harizal sudahpun kembali turun ke bendang hari ini. Membajak dan mengusahakan sawah orang kampung di tempatnya itu. Terdapat beberapa wartawan di sekitar bendang menunggu untuk menemuramahnya. Tetapi remaja itu tidak berminat dan membiarkan saja wartawan itu menunggu. Semasa di temuramah selepas perbicaraan selesai dua hari lepas pun dia lebih banyak mengangguk dan menjawab “ya“. Tak ada nak berceloteh panjang.

Teringin juga hendak tahu isi hati remaja ini, apa yang bergelora di dalam, apakah yang bermain di fikirannya. Bagaimana perasaannya, marahkah atau kecewa? Dia kelihatan sebak tatkala hukuman dijatuhkan. Tentu dia lega dan bersyukur apabila denda itu berjaya dilunaskan. Tapi kita ingin dengar dari mulutnya sendiri. Dia tidak pernah membeli suratkhabar walhal seluruh negara sedang membaca berita mengenainya. Seperti surat seorang pembaca dalam ruangan forum Utusan Malaysia hari ini berkata, “Kes sebegini membuatkan pelanggar undang-undang seperti Harizal kelihatan seperti wira“.

Seorang wira tidak perlu berkata apa-apa, lebih ramai lagi orang lain yang akan mempertahankan dirinya.

Wednesday, May 04, 2005

Hidup Semula

Semasa cuti hari pekerja yang lalu aku berjalan ke rumah seorang kawan. Kat sana dalam pada bosan tak buat apa, aku menyelongkar majalah-majalah dan album-album lagu yang dia ada. Ternampak satu kaset penyanyi Anita Sarawak yang ada lagu popular Seksis tu. Bila aku belek-belek inlay kaset tersebut, ternampak sebuah lagu bertajuk “Mati Takkan Hidup Semula”. Bila masa pulak mati tak kan hidup semula?

Tak dapat aku nak dengar lagu tu macam mana pasal kasetnya dah hilang. Aku cuma dapat baca liriknya saja. Di bawah ialah petikan sebuah e-mail yang baru saja aku dapat dari officemate berkenaan keadaan manusia apabila dihidupkan semula di padang mahsyar kelak. Isi kandungan e-mail hanya di ambil separuh saja.

Selamatkah Diri Di Padang Mahsyar
Dilulus terbit pada Tuesday, April 19 @ 22:09:34 MYT oleh LinuxPro

zad_SUK menulis - "Setelah semua mahkluk yang bernyawa dialam nyata ini mati dan hancur binasa, Allah SWT memerintahkan Malaikat Israfil untuk meniupkan angin Sangakala yang hebat itu untuk menghidupkan semula semua mahkluk yang sudah mati Israfil meniup dan berteriak dengan sekuat-kuatnya :"Wahai nyawa yang telah keluar dari badan,tulang-tulang yang telah reput luluh, tubuh yang telah buruk, urat yang telah putus berkecai,kulit-kulit yang telah pecah hancur,rambut-rambut yang telah luruh! Bangunlah kamu semua untuk menjalani hukuman dari Allah SWT yang menjadi Hakim Besar dan Raja kepada semua raja!"

Maka dengan tiba-tiba mereka pun tegak bangun berdiri. Mereka lihat
langit,didapati langit berjalan-jalan,mereka lihat bumi,didapati bertukar wajah, tidak seperti bumi yang dahulu, Dilihat bintang-bintang, semuanya telah berhimpun di satu kawasan dengan padatnya. Dilihat laut terdapat api yang sedang bernyala-nyala diatasnya.

Dilihat Malaikat Zabaniah telah berada dihadapan mereka. Dilihat matahari telah hilang cahayanya. Maka sedarlah dan tahulah mereka bahawa mereka berada ditempat yang dijanjikan kiamat.

Lantas mereka berkata :"Inilah dia sebagaimana yang telah Allah janjikan dan inilah menunjukkan kebenaran para Rasul." Seperti yang telah Allah sebutkan dalam Al-Quran : "Mereka berkata: "Aduhai celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami (kubur ) ?" (Yassin: 52 ).

Mereka pun keluar dari kubur tanpa pakaian,tidak berkasut dan
sebagainya.Mereka bertelanjang bulat tanpa seurat benang pun dibadan. Dalam masa bangkit itu, manusia dalam keadaan bermacam - macam rupa.

PENGHUNI MAHSYAR MERAYU DIPERCEPATKAN HUKUMAN
Satu pertanyaan timbul dikalangan ahli Mahsyar, iaitu berapa lama mereka mesti berada di padang mahsyar ?. Tidak siapapun yg tahu. Perit derita dialami berada disitu, dalam tangis dan keluhan yg tidak berhenti-henti namun mereka tetap dalam keadaan membisu tanpa sepatah kata, dalam keadaan tidak tahu hendak mengadu kepada siapa. Mereka amat lapar tanpa sebutir makanan yg mengisi perutnya, tanpa setitik air yg membasahi tekaknya sejak sekian lama, malah sama sekali tidak pernah merasai hembusan angin yg boleh memberikan sedikit kelegaan.

Berdiri terpacak dengan kedua belah kaki tanpa berganjak setengahnya pula berdiri dgn kepala ke bumi, mereka berkeadaan demikian selama 300 tahun akhirat. Suatu jangka masa yg tidak lagi diukur dengan peredaran bulan atau matahari kerana matahari sudah tidak beredar seperti didunia dahulu. Sesaatpun manusia tidak akan tahan dalam pancaran matahari di atas kepala, betapalah hingga 300 tahun ukuran akhirat.

Saidina Hasan r.a menjelaskan bahawa satu hari di bumi mahsyar itu bersamaan 50,000 tahun, setahun mengandungi 365 hari dikali dengan 50,000 tahun dan dikalikan pula dengan 300 tahun akhirat, dengan demikian penghuni mahsyar berdiri selama kira-kira lima ribu juta tahun.

Friday, April 29, 2005

Kerja Jangan Korup

Negara jiran kita yang bersempadan dengan Johor itu membayar gaji pegawai kerajaan mereka dengan jumlah yang amat tinggi melebihi gaji pekerja di sektor swasta. Rasionalnya adalah untuk mengelakkan kakitangan terbabit daripada terlibat dengan gejala rasuah. Baca beritanya seperti yang di petik dari Berita Harian 29 April,

KUALA LUMPUR: Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, berkata pemberian gaji yang tinggi kepada menteri dan pegawai kerajaan di negara itu dapat mengelakkan pemimpin berkenaan terbabit rasuah.

Beliau berkata, Singapura membayar menteri dan pegawai kerajaan antara 70 hingga 80 peratus lebih tinggi berbanding pegawai tinggi di sektor swasta.

Katanya, gaji menteri di negara itu antara yang tertinggi di dunia.

“Jika menteri dan pegawai kerajaan hanya menerima satu perempat daripada gaji pegawai di sektor swasta, mereka mungkin tidak teragak-agak menerima ‘hadiah’.

“Tidak kira sama ada pegawai itu polis, imigresen, kastam atau mana-mana yang terbabit dengan pemberian lesen, adalah sangat bahaya jika mereka dibayar gaji rendah,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada jamuan tengah hari pada Forum Integriti dan Etika Dunia 2005 di Institut Integriti Malaysia (IIM) di sini, semalam.


Kenapa kakitangan kerajaan Malaysia tidak berpeluang untuk menikmati senario seperti rakan sejawat mereka dari seberang tambak itu? Aku fikir memang bernas apa yang dipraktikkan oleh pemerintah di sana untuk kesejahteraan hidup rakyatnya demi mengengkang tabiat “memberi hadiah” ini dari terus menjadi amalan di kalangan pekerja-pekerjanya. Selama ni aku amat hairan dengan polisi gaji kecil yang dipraktikkan oleh kerajaan Malaysia untuk kakitangannya. Mengapa sikit sangat sehingga ia bukan lagi rahsia yang sesetengah pekerja sektor awam ini memang terlibat dalam aktiviti yang tidak bermaruah ini.

Mungkin kerana kerajaan kita menawarkan skim pencen atau elaun tertentu yang boleh menafikan hak mereka untuk mendapat gaji yang lebih setimpal namun itu masih boleh dipertikaikan. Aku fahamlah dengan situasi ini kerana bapa aku pun bekerja kerajaan tapi syukurlah kami cukup makan pakai. Memang sangat dialu-alukan jika amalan ini dapat dilaksanakan oleh pihak berkuasa kita kerana ia ibarat win-win situation kepada pihak kerajaan dan kakitangannya. Kerajaan Malaysia dapat memperbaiki imejnya sebagai negara yang berjaya membasmi rasuah dan pekerja yang lebih sejahtera rohani kerana hidup bebas dari budaya makan suap. Selain itu ia sangat bertepatan dengan dasar Islam Hadhari yang selalu diuar-uarkan itu kerana aspek kebajikan rakyat yang terpelihara.


Nampaknya bertambah ramailah mereka yang ingin memburu kerja dengan agensi kerajaan. Sekarang ni pun bukan main payah lagi nak menembusi pasaran kerja di dalamnya. Di tambah dengan nilai gaji yang melambung – ianya akan menjadi terlalu precious. Teringat satu keratan akhbar yang menunjukkan foto di Indonesia, mereka yang menduduki ujian untuk bekerja di sektor awam, satu stadium penuhnya! Tapi bila gaji dah banyak, kerja juga kena efiesyen, perkhidmatan harus memuaskan, maklumat kena tepat. Janganlah sibuk nak bersembang-sembang, keluar minum kopi, bisnes kain ela dan kuih-muih lagi masa office hour.

Namun menurut laporan itu lagi - kes rasuah dan percubaan menyogok masih berlaku ke atas para pegawai kerajaan Singapura namun jumlahnya menurun. Begitulah juga harapan kita, setelah dapat kerja yang terjamin dengan pihak pemerintah, gaji yang lumayan, rumah kuarters, dapat pencen pulak - kalau masih nak rasuah juga, memang kejilah perangai. Tahap yang tak dapat nak tolong dah. Sudahlah suka korupsi, moral pun korup.

Selamat Hari Pekerja!

Thursday, April 28, 2005

An Entry About Nothing

This blog is not dead yet, alhamdulillah, aku masih berupaya untuk bangkit dan berfikir. Mula-mula aku ingat nak paste e-mail saja sebagai memenuhi entry pada hari-hari terakhir bulan April ini. Tetapi berasa tidak enak pula membaca e-mail yang di tulis orang untuk dipaparkan di sini. Makanya aku harus memerah idea sendiri, mencari isi-isi yang padu supaya aku dapat bergembira dengan hasil entry yang fresh dari ilham kepala otak aku.

Oh, ya, gambar poster filem White Noise tu tak keluar-keluar. Kalau ada masa nanti aku nak fix html code supaya ia menepati apa yang aku inginkan. Berkenaan dengan kehidupanku sehari-hari, segalanya berjalan dengan kelam-kabut kerana sikap aku yang tidak sistematik. I’m a very unorganised person. Aku selalu berfikir untuk mengubah sikap yang selalu buat tak kisah atau tidak terurus ini daripada terus menjadi rutin dalam hidup. Selalu berfikir macam tu tapi langsung tidak bertindak.

Selain itu aku kerap berfikir nak meneruskan blog ini dan inilah yang aku buat, menaip secara spontan entry kali ni….. main taip jerr…. tanpa sebarang draf kasar atau idea-idea bernas untuk memudahkan aku menyiapkannya. Bagaimanakah aku akan menyempurnakan sebuah prosa atau karangan tanpa ada sebarang gambaran awal untuk memulakan, mengisi lantas sampai ke noktah terakhir? Namun ilham itu ada di mana-mana kan? Lagi pun perlukah setiap entry itu harus mengenai tema atau isu tertentu? Tidak bolehkah ianya tidak mempunyai apa-apa matlamat atau isi utama sebaliknya hanya tulisan semata-mata?

Seperti juga kita ingin bertemu saudara-mara atau kawan taulan yang dah lama tak jumpa. Rasanya kita tidak akan terlebih dahulu menetapkan sebarang topik atau perkara berbangkit yang ingin kita bualkan sebelum kita bertindak untuk berjumpa dengan mereka. Kita sekadar ingin melepaskan rindu, bertanya khabar tanpa ada sebarang bahan bersembang secara formal. Jika ada hal-hal yang diperbualkan selepas itu, ia akan datang secara naturally, secara lebih bersahaja.

Begitu juga dengan blog ini. Bagaimana aku ingin menyatakan bahawa aku rindu dan ingin bertanya khabar dengannya tanpa perlu aku menetapkan sebarang topik tertentu terlebih awal? Sudah berminggu-minggu aku tinggalkan ia kosong tanpa entry menyebabkan aku terasa ghalau. Jadi eloklah aku say hello sementara ia masih berbekas di hati walaupun untuk mengucapkan hello itu pun aku kena cari idea juga apa yang nak taip ni.

Kalau anda rasa entry ni macam tak ada apa-apa, macam tak ada isi jer apa yang aku karangkan ini, memang begitulah maksudnya. Lama sangat aku tak menjenguk blog – walaupun tak ada bahan yang penting atau bermanafaat, aku kena juga membuat sesuatu supaya ia tak nampak macam tidak dipedulikan orang. Waima sesuatu yang aku isi itu adalah tidak ada apa-apa.

Sunday, April 10, 2005

Dead.fm


Kita umat Islam tahu apa yang berlaku di alam kubur sana. Tentang seksa atau nikmat yang mungkin si mati dapat ketika berada di liang lahat. Alam yang menjadi tempat tinggal mereka sementara menunggu dibangkitkan kembali ketika kiamat kelak. Kematian selalu menjadi subjek yang berkait rapat dengan genre seram atau thriller dalam filem. Bagaimana untuk memastikan unsur seram itu bangkit meremang dalam tubuh penonton adalah satu hal yang sukar apatah lagi kita di zaman moden ni memang dah biasa dimomokkan.

Sudah lama tidak menonton aksi Micheal Keaton di panggung. Beliau paling diingati sebagai pelakon pertama membawa watak Batman di layar lebar sebelum di ambil alih oleh Val Kilmer. White Noise lakonan Keaton ini ialah kisah manusia ingin berhubung dengan roh orang mati melalui gelombang radio. Ada satu abbreviation yang di pakai untuk komunikasi jenis begini, E.V.P seperti yang tertera pada opening kredit filem.

Bersesuaian dengan tajuknya, filem ini memang bising dengan bunyi tv berdesir macam dah habis siaran. Butir-butir halus yang putih dan berdebu itu kerap kali memenuhi ruang layar seakan effect untuk mengganggu tumpuan penonton. Lepas tu tiba-tiba kamera akan fokus imej berbintik-bintik tu dekat-dekat dan bamm…! keluar muka orang menerpa di skrin dan disusuli suara jeritan. Ya, adegan ni berjaya membuatkan penonton tersentak sampai kedengaran orang di panggung pun menjerit sama.

Unsur kejutan tadi walaupun cliché boleh di puji kerana plot cerita ini yang bergerak perlahan dan tidak di harap ia membawa beberapa adegan yang mendebarkan. Michael Keaton banyak mendominasi filem ini sebagai suami dan bapa yang baru kehilangan isteri dan menjaga anak kecil di samping terbelenggu dengan dunia frekuensi misteri yang secara tiba-tiba muncul dalam hidupnya. Mungkin anda tidak percaya kita boleh berhubung dengan orang mati maka bolehlah anda menyelidikinya sendiri dengan membiarkan tv terpasang sambil visual putih berdebu bak pasir itu berbunyi berdesir-desir sehingga ada suara yang keluar atau bayangan menjelma.

poster credit: imdb.com

Monday, April 04, 2005

Perlumbaan Menakjubkan Kali ke-7

Sejak mula menonton siri perlumbaan The Amazing Race melalui ntv7 dulu (masa belum ada Astro), aku dah mula hooked dengan rancangan yang menakjubkan ini. Apa kata kita mengetahui beberapa perkara trivia tentang siri yang kali ini telah memasuki musim ke-tujuh.

1. Seperti biasa dalam episod-episod Amazing Race yang lepas, setiap pasukan terdiri daripada dua orang peserta. Tpi khabarnya, untuk musim yang ke lapan nanti, setiap pasukan akan diwakili oleh 4 orang peserta pulak. Woo… ramainya. Lebih ramai, lebih meriah kan? Maka lebih banyaklah drama kalau dah ramai sangat macam tu, setiap sorang dengan perangai masing-masing.

2. Jika anda pernah kenal Rob dan Amber melalui siri reality Survivor yang masuk bertanding kali ni, ada seorang lagi bekas peserta program reality yang turut bertanding. Beliau ialah Brian dari pasukan adik-beradik Brian dan Greg. Sebelum ini Brian pernah masuk rancangan Fear Factor untuk episod khas Krismas tetapi tidak menamatkan cabaran apabila gagal dalam stunt kedua, kena makan serangga. Beliau juga pernah muncul dalam iklan Heinekan bersama actress Jennifer Aniston pada tahun 2003.

3. Untuk pertama kalinya dalam musim ke-7 ini, pasukan yang terdiri dari anak lelaki dan ibu ditampilkan iaitu Patrick dan Susan. Tapi mereka dah terkeluar. Pasangan yang paling biasa jadi peserta ialah dating couple.

4. Tahukah anda, setiap kali sesebuah pasukan itu membeli tiket flight untuk ke sesuatu destinasi mereka turut membeli tiket untuk jurukamera dan soundman yang mengiringi mereka sekali. Tapi tentulah depan kamera tiket cuma ditunjukkan dua keping saja untuk memberikan kesan realistik.

5. Dalam sesetengah keadaan, hos rancangan ini Phil Keoghan turut menaiki penerbangan yang sama dengan para peserta ketika dalam sesuatu pusingan di kala rakaman perlumbaan berlangsung.

6. Buat pertama kalinya dalam musim ini hadiah wang tunai turut diberikan kepada mana-mana pasukan yang sampai dulu di pit-stop. Dalam episod pertama dulu, pasukan Bianca dan Debbie yang mula-mula tiba di pit-stop (ketika itu di Peru) telah mendapat wang tunai berjumlah $20,000.

7. Kalau sebelum ini ketika non-elimination leg, peserta hanya diminta menyerahkan baki wang yang mereka ada dan akan start the next race tanpa sedollar pun, kali ini, bukan setakat tak ada duit malah beg yang mereka bawa juga terpaksa diserahkan. Maknanya, tinggal sehelai sepinggang seperti mana yang dialami oleh Gretchen dan Meredith yang sampai last dalam episod di South Africa minggu lepas.

8. Jika ada antara anda kehairanan melihat menara loji yang cantik dihiasi lukisan mural ketika Ray dan Deana melakukan Fast Forward di Afrika Selatan minggu lepas, siapakah yang melukisnya dan kenapa ia dihiasa sebegitu rupa?







  Orlando Power Station



Ia merupakan hasil ciptaan seorang graphic designer bernama Janine Kleinschmidt yang ditugaskan oleh bank First National di sana untuk memberi wajah baru kepada loji tersebut. Janine mengambil inspirasi dari kawasan dan penduduk Soweto supaya ia dapat mencetuskan semangat dalam menggambarkan kawasan di mana loji Orlando Power Station itu terletak.

Wednesday, March 30, 2005

Gempa Bumi Datang Lagi

Bila aku sampai saja di office pagi semalam, ternampak ada banyak lagi suratkhabar percuma The Sun dalam bekasnya maka aku ambillah satu. Alangkah terkejutnya aku melihat tajuk depan akhbar tersebut ialah tentang gempa bumi. Dekat Sumatera lagi pulak tu. Ni, gempa bumi apa lagi ni? Kan ke dah ada gempa bumi hari tu? Betul ke paper hari ni yang aku ambik ni?

Rupa-rupanya malam sebelumnya memang berlaku gegaran di pulau Sumatera sehingga boleh terasa di Semenanjung. Aku saja yang tak terasa apa-apa. Tidur mati kot? Housemates aku pun tak rasa bergegar atau bergoyang malam tu walaupun mereka masih belum mengorok. Lagipun flat kami duduk tu bukannya tinggi sangat mungkin pasal tu kami tak effect dengan gempa yang melanda.

Keluarga aku pun ada sms bertanya macam mana keadaan aku dan sebagainya. Alhamdulillah, selamat semuanya. Padahal aku pun tahu pasal berita ni melalui newspaper. Lepas tu aku access internet nak baca berita lebih lanjut tapi sekadar baca tajuk-tajuk utama jer. Busylah nak baca betul-betul. Lagipun kita dah boleh agak inti kandungan bahan berita macam tu.

- ramai yang mati
- berlaku kerosakan harta benda
- semua orang takut
- semua pihak akan hulur bantuan

Jadi cukuplah setakat baca main titles jer. Bukanlah bermakna kita dah jadi kurang sensitif dengan issue-issue begini cuma tak ada banyak masa nak layan. Lagipun fikiran kita masih fresh dengan tragedi yang berlaku pada Boxing Day tahun lepas maka ia seakan tidak memberi impak yang dahsyat lagi. Sementelah kita tidak merasai apa-apa kesan dari gempa yang berlaku. Apatah lagi bagi mereka yang terlibat secara langsung dengan kejadian itu, tentulah berlebih-lebih trauma mereka. Mungkin tak sanggup untuk membaca atau mendengar berita semacam ini lagi. Sekurang-kurangnya dalam masa terdekat.

Kemudian lepas lunch ada seorang rakan menelefonku bertanya betul ke beberapa bangunan di Golden Triangle bergegar hari ni? Bergegar? Entahlah, aku tak rasa apa-apa pun. Dia cakap ada seorang kawannya yang bekerja di kawasan ini beritahu dia tadi. Dia pun terus call aku untuk bertanya khabar kalau-kalau aku turut merasa getarnya….cheh… dah jadi macam tajuk lagu kumpulan Slam pulak…”Jika Kau Rasa Getarnya”. Aku jawab, tak ada apa-apa pun, macam biasa saja. Tak ada bergoyang sikit pun.

Lepas tu ada staff dari department sebelah bagi tahu yang memang ada berlaku gegaran tengahari tu. Beberapa orang kakitangan terasa yang meja, cabinet dan kerusi seakan tidak stabil dan bergoncang-goncang kecil. Tapi ianya berlaku dalam beberapa saat saja. Tapi mereka semua tetap merasa cuak dan berjaga-jaga. Memang sukar nak mengagak benda-benda fenomena alam macam ni. Dalam pada kita ingat peristiwa begini tidak akan berlaku lagi dalam jangka masa terdekat, tidak semena-mena ia terjadi juga.

Monday, March 28, 2005

Dear Diary

Rasanya kalau aku menulis dengan details apa yang aku buat hari-hari, itu akan jadi lebih menarik (perasan). Tapi memandangkan yang satu dunia boleh membaca blog ni, haram ler aku nak buat macam tu. Haram jadah…. Tapi tak apa, kita ambil fragmen-fragmen penting saja dalam sehari-hari tersebut.

Misalnya semalam aku tulis mengenai apa yang aku makan dalam sehari, hari ni pula aku nak bercerita tentang sejak bilakah aku mula berminat untuk menulis diari. Oh, sebenarnya tadi aku dah siap mengarang satu perenggan berkenaan satu peistiwa yang meninggalkan kesan padaku (dan pada manusia sejagat). Tapi bila aku congak-congak, kejadian yang berlaku tu akan genap sepuluh tahun pada tahun depan. Aku fikir balik, elok aku tulis tahun depan sajalah, baru nampak cantik sikit bila dah cukup sepuluh tahun nanti. Doakan aku panjang umur.

Ok, apa yang membuatkan aku begitu berminat untuk menulis diari ni? Bagaimanakah ia bermula? Aku start masa zaman sekolah, pada aku merasa sangat-sangat boring duduk di asrama dan aku tak begitu suka bercakap dengan budak-budak lain. Jadi aku menconteng pada kertas-kertas terpakai dan buku nota. Kemudian aku beli satu diari yang proper dan mula menulis secara tertib. Aku tulis semua kejadian dari bangun tidur sampailah aku nak tidur balik pada malam harinya.

Ia menjadi rutin yang sangat menyeronokkan setiap hari dan aku cuba sedaya-upaya untuk mendisplinkan diri supaya dapat menulis walaupun sebaris ayat. Kalau malam tu aku terlalu penat, aku cuba untuk menulis pada keesokkan siangnya. Kadang-kadang sampai dalam kelas pun, tapi bukanlah masa cikgu mengajar. Kalau terkantoi kang, dibantainya cikgu tu baca diari aku depan kelas kuat-kuat….. waduhh…malu sihh..!

Rakan-rakan seasrama tahu yang aku ada menulis diari dan mereka selalu mendesak untuk membacanya. For surelah aku tak bagi, semua benda yang aku kutuk diorang ada dalam tu. Yang kelakarnya sekarang aku pulak sukarela nak paparkan diari aku secara terbuka di alam siber ni. Tak payah nak di desak atau di pujuk rayu. Cuma tak adalah aku nak tulis pasal kutuk-mengutuk…. ke ada? Tak perasan pulak, kalau ada sorry.

Tapi disebabkan aku ni ada short-span interest terhadap sesuatu, selepas aku habis belajar jer, minat aku untuk menulis diari juga tidak serancak dulu. Bukan tak tulis langsung, hanya tak konsisten. Lama-kelamaan minat itu kian pudar dan terus aku melupakannya. Namun, bila aku bertukar tempat kerja dan ada komputer sendiri, aku start menulis (atau menaip) balik. Ada yang aku print dan ada yang aku save dalam disket.

Sampailah aku granted with internet access at office dan aku discovered dunia blog ini. Aku pernah ceritakan dalam entry yang lepas-lepas bagaimana aku boleh terklik pada website blog ni dulu. Well…. di sinilah diari aku sekarang. Terbuka, bebas dan jauh melampaui batasan. Cuma isinya saja terpelihara agar tiada yang sumbang dan tidak mengaibkan. Aku mohon petunjuk dari Allah (S.W.T) semoga selama ini apa-apa yang aku terbitkan, biarlah ia mendatangkan manafaat. Kalau pun ada sifat-sifat mazmumah yang terlepas siar, janganlah anda mencontohinya, ambillah ia sebagai iktibar.

Sunday, March 27, 2005

Sajian Simple Sabtu

Dalam Kosmo Ahad hari ni (mukasurat 2 dan 3), aku memang bersetuju sangat yang rakyat Malaysia makan berlebih-lebihan setiap hari. Langsung tak reti nak control. Pulak tu makan benda-benda sampah-sarap (junk) pulak, bukannya makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayur, ulam-ulaman atau buah-buahan. Termasuklah orang yang menulis ni jugak..hehhe… kalau boleh malas nak telan sayur-mayur ni, tak lalu tekak.

Tapi semalam, Sabtu (March 26, 2005) aku telah berjaya mengurangkan makan. Horee..! Aku makan benda-benda yang merepek macam tak masuk akal pun ada. Lagi satu sebab aku malas nak turun bawah dua tiga kali semata-mata nak mengisi perut. Jadi makan saja apa yang ada dalam peti ais. Tak sangka aku boleh bertahan sepanjang hari dengan melantak sajian ringan berikut.

Sarapan

Aku makan milkybar, sejenis white chocolate bercampur badam, sebungkus assorted nuts, a glass of soybean milk and sebiji oren.

Tengahari

Masa ni aku kena keluar cari nasi. Tak tahan makan pagi dengan style mengada-ngada macam tadi. Walaupun hujan melanda, tetapku redah jua pergi ke restoran berdekatan mencari sepinggan nasi dengan lauk-pauk selera Melayu. Aku makan ikan keli goreng, sayur jantung pisang masak lemak dan sambal sotong.

Inilah yang baru di panggil makanan. Hujan masih turun masa ni menambahkan kelazatan suasana dalam iklim yang sejuk berhadap nasi panas yang membuka selera. Balik rumah tidur (perangai yang buruk) sampailah pukul 6. Lepas tu lapar balik.

Dinner

Malasnya nak turun makan. Buka peti ais tengok apa yang ada. Ada sekotak susu soya dan sekeping Cadbury. Habiskan air soya dan makan coklat. Lepas tu kenyang. Dapat sms orang ajak tengok teater. Malam tu habiskan masa menonton Astro sampai tengah malam. Housemates ajak keluar makan tapi tak ada mood.

Masa nak tidur perut berkeroncong bagai nak gila sebab lapar. Sampai naik pening kepala. Berfikir-fikir sendiri nak keluar makan ke tak ni, atau nak biarkan saja sampai esok pagi? Tak bahaya ke ni tahan lapar macam ni? Alhamdulillah aku berjaya meneruskan tidur tanpa membangunkan diri untuk ke kedai mamak. Kalau tak bertambahlah kalori aku malam tu sebab menjamu selera di tengah malam buta.

Itu masa boleh tahan. Kalau rasa lapar tu dah menggila sangat, baik korang pergi jer makan. Jangan nak menyeksa diri tak tentu pasal. Nak berdiet pun orang kata berpada-padalah sama juga masa tengah makan, janganlah kenyang sampai tersandar. Baik bangun dari tidur dan pergi makan kejap daripada terus pening kepala macam tu. Nanti tertidur terus kang…. sapa nak jawab.

Friday, March 25, 2005

Berdiri Tanda Berbudi

Semasa mula-mula iklan kempen berbudi bahasa yang menonjolkan seorang pemuda berat bontot dalam LRT tu disiarkan, aku mengikutinya dengan penuh minat. Kesan daripada iklan tu aku rasa sangat menyampah dengan Adlin. Meluat, geram, sakit hati dan seumpamnya. Memang menyampah tahap maksimum sampaikan aku dah tak tengok lagi iklan tu tatkala tayangannya berputar di kaca tv. (Mungkin aku terbawa-bawa dengan menyampahnya aku masa melihat dia membawa watak Sultan Melaka dalam Puteri Gunung Ledang tu tak?)

Whateverlah, yang pentingnya aku tak suka.

Tidak berapa lama kemudian kawan aku Brad cakap kat aku yang dia pun tak suka dengan iklan pemuda dalam LRT tersebut. Erkk… kenapa agaknya? Dia pun tak suka dengan Adlin ke?

Bukan, sebab aku imagine pemuda tu ialah aku sendiri!

Kenapa? Kau pun sama perangai macam tu ke?

Dulu kan masa aku belum ada kereta, aku naik LRT jugak. Memang selalu ler aku jumpa orang-orang tua, perempuan pregnant…. biasanya aku buat-buat tidur jer. Bukannya aku nak offer diorang tu tempat duduk.

Oh, macam tu.

Yalah, aku dengan fail-fail aku lagi – laptop lagi… macam mana aku nak carry semua tu! Tegasnya mempertahankan diri.

Oh, ok.

Memang iklan tu perli aku lah. Nasib baik aku dah ada kereta sekarang.

Memang senario yang digambarkan dalam iklan berkenaan adalah tulen dan betul-betul menyentuh perasaan sesetengah daripada kita. Tentang bagaimana kita untuk memberi respon di atas keadaan yang digambarkan itu adalah hak masing-masing. Aku pernah terbaca yang screenplay iklan itu hampir tidak diterima oleh pihak kementerian. Mereka lebih berminat dengan satu kempen lain yang memberi mesej lebih sound direct. Nasib baik akhirnya mereka memberi lampu hijau untuk iklan yang dapat kita lihat sekarang.

Aku tak mahu sentuh soal kaum apa yang tidak beradab sopan atau bangsa apa lebih bertatarakyat kerana dah ada orang lain mengulasnya. Isunya macam mana nak mengubah attitude buruk ini dalam masyarakat Malaysia. Semua orang yang naik pengangkutan awam tu ada masalah atau tekanan atau situasi mereka sendiri semasa berada di dalamnya. Tapi sebab itu adalah kenderaan yang di kongsi beramai-ramai jadi mereka tidak boleh mementingkan diri sendiri. Jadi untuk mereka yang kurang berbudi bahasa dan berat punggung tu…. belilah kereta, macam kawan aku tu.

Monday, March 21, 2005

Babbling About Blog

Walaupun aku rasa lega dapat berehat dari menulis, tapi ketahuilah anda semua bahawa aku sentiasa teringatkan blog ni (serta pembaca-pembacanya) yang membuatkan aku kekadang jadi tak keruan. Seperti mana yang selalu aku tekankan, aku tak nak menulis kalau aku tak ada idea yang lancar nak di luah atau aku rasa macam terpaksa. Sementelah aku dah boring dengan template sekarang ni. Nak try buat yang baru pulak.

Tapi kali ni aku kena lebih berhati-hati bila nak mengubahsuai design layout blog ni. Kalau tak isi kandungan dia habis jadi tunggang-langgang. Maklumlah aku ni bukannya pakar dalam html dan benda-benda yang sangkut-paut dengannya. Paling bodoh pun aku boleh surf dalam internet dan belajar sendiri cara-cara menukar corak weblog anda supaya menjadi lebih cantik? Err… bukanlah aku nak laman ni jadi lebih cantik sebenarnya tapi lebih praktikal.

Lebih praktikal?

Macam mana tu?

Entah.

Gasaklah.

Ok, kita berbalik semula pada perenggan pertama tadi yang aku cakap aku berehat seketika dari mengisi blog ini. Apa yang aku buat semasa berehat tu? Macam biasalah pergi kerja, balik kerja, keluar minum teh tarik (aktiviti favourite sekarang), tengok wayang, keluar dari KL, tengok konsert, makan-makan di luar (memang kena makan kat luar pun – tak reti masak),baca novel, beli dvd dan rasanya tu jerlah kot. Tak begitu banyak variety untuk aku ceritakan. Melainkan aku cerita secara terperinci, setiap butir-butir aku dedahkan dalam tulisannya tanpa berselindung sedikitpun, itu boleh saja di anggap sebagai satu perpektif berbeza.

Tidak. Aku tak boleh (dan tak mampu) untuk menulis dengan details segala perinciannya. Jadi yang tinggal hanya perkara-perkara general yang tidak menyentuh sensitiviti sesiapa. Baru-baru ini seorang kawan ada bertanya dalam sms, tidakkah aku teringin nak create sebuah blog? Aku tak jawab pun soalan tu sebalik menyimpang ke benda lain. Kalau aku jawab aku memang ada sebuah (atau sehelai? Sehelai blog?), nanti ia akan berlanjut-lanjut ke persoalan yang lain-lain pula. Aku belum bersedia nak mention pasal blog ni kat sesiapa.

Macam mana dia boleh nak tahu pasal benda blog ni? Pasal dia ingin create semula weblognya setelah dia memansuhkan weblog yang pernah dimiliki suatu ketika dulu. Jadi dari situ, dia pun bertanya dengan aku soalan mengenainya. Aku tak tahu macam mana perasaannya kalau dia dapat discover online jurnal aku ni. Marahkah dia? Atau rasa tertipu setelah mengetahui bahawa aku sebenarnya bertahun-tahun kebelakangan ini memang mempunyai sebuah blog. Cuma aku tak hebahkannya kerana aku rasa malu.

Bulan Mac sudah hampir ke penghujungnya. Sepatutnya hari ni menjadi terlalu panas gara-gara equinoks tapi alhamdulillah hujan lebat turun membasahi bumi. Kalau rajin aku update lagi sebagai memenuhi entry bulan ini yang terlalu sikit.

Tuesday, March 08, 2005

Tertarik dari Menulis

Sesuatu yang di tulis dengan hati yang jujur dan ikhlas akan lebih seronok untuk di baca. Masalahnya aku tak ada mood. Dah masuk minggu ke dua Mac dan aku masih tak ada keikhlasan ingin mengisi diari ini. Jadi, bagaimana bisa ia akan jadi menyeronokkan untuk di baca nanti?

Kebelakangan ini, habis saja waktu pejabat aku tidak terus pulang ke rumah. Sebaliknya menyertai rakan-rakan minum teh tarik di kedai mamak. Sesambil itu bersembang-sembang dari satu bab ke satu bab sampai nak masuk waktu maghrib. Elok juga tu, boleh aku terus singgah masjid berdekatan untuk sembahyang jemaah. Cuma yang aku tak puas hati, masa-masa untuk aku berada di rumah telah menjadi begitu singkat ekoran dari tabiat ini. Aku kan lebih suka duduk rumah.

Sebenarnya itu bukanlah satu masalah besar pun. Duduk rumah ke, pergi keluar merayap ke, mana-mana jer lah. Asalkan aku tahu apa yang aku buat tu tak memudaratkan. Macam mana ada orang yang lebih suka menghabiskan masa di luar rumah daripada berada di dalamnya? Lainlah kalau memang kena bekerja lebih masa atau menghadiri aktiviti yang tidak boleh dielakkan, sekadar untuk merayau-rayau rasanya adalah tidak begitu perlu.

Tetapi mengapa pula susah sangat aku nak menolak atau rasa berat hati meminggirkan kawan-kawan dengan berjumpa untuk sessi borak-borak over a glass of teh tarik. Sejak bila aku mula rasa tertarik untuk menyertai mereka? Seolah-olah aku fikir akan ketinggalan sesuatu jika tidak berkumpul bersama dan berbual-bual atau sekadar tumpang telinga mendengar apa-apa yang mereka asyik perdebatkan. Dan sejak bila pula balik cepat ke rumah bukan lagi menjadi keutamaan selepas kerja?

Rasa macam membazir pun ada. Dengan harga segelas teh yang manis di tambah dengan roti canai atau roti bakar bersalut jem, semuanya bukanlah murah jika di campur setiap hari. Mungkin tidak perlu setiap hari, dalam lima hari kerja yang ada, keluar bersantai minum-minum ini untuk sehari dua saja, nampaknya lebih munasabah. Benda yang dicakapkan pun bukanlah penting mana, berbaur sekali dengan mengumpat gosip turut menghurung dosa. Selepas itu ketawa-ketawa seolah-olah dunia ini kita yang punya.

Dalam hati sedar yang aktiviti begitu tidak wajar dijadikan rutin malah boleh mengganggu masa rehat yang sepatutnya diperuntukkan berada di rumah. Sekurang-kurangnya boleh tengok Astro atau melelapkan mata. Agaknya aku dah jemu tengok tv, bosan duduk rumah tak buat apa-apa dan mula tergerak hendak meluaskan minda melalui suasana sosial begitu. Malah ianya semakin menarik, bercakap, mendengar dan mengambil bahagian dalam berinteraksi sesama sendiri adalah sangat positif seakan ia boleh menjadi therapy.

Rasanya aku lebih menggemari perkara-perkara begitu sekarang daripada menulis. Patutlah untuk mengeluarkan idea melalui tulisan kebelakangan ini seakan terseksa malah adakalanya buntu. Terus aku jadi malas tidak bermaya. Lupakanlah aku sekejap sehingga aku menjadi ikhlas kembali.

Monday, February 28, 2005

Pergilah Melancong

Ke mana agaknya nak pergi melancong jika melawat Travel Fair? Ya, aku tahu, dah seminggu Travel Fair ni berlalu dan tak kan aku baru nak ceritakannya hari ni? Apa benda yang aku nak tulis dalam blog ni adalah tertakluk pada aku sendiri so bear with me people. Sejak bila orang ramai mula berminat hendak bercuti secara diskaun ini? Begitu ramai sekali umat yang membanjiri ekspo pelancongan yang baru berlalu termasuklah aku sendiri tidak ketinggalan.

Nak masuk kena bayar RM2 sekaligus sebagai derma untuk mangsa tsunami. Petugas di kaunter memberi tag untuk di lilit pada pergelangan tangan sebagai tanda kita telah di caj. Masuk-masuk saja ke ruang pameran, terdapat begitu banyak booth agensi pelancongan sedang mempromosi pakej masing-masing. Manusia melaut ramainya ke hulu ke hilir menyinggah setiap gerai seolah-olah begitu berminat untuk makan angin. Aku pun tak tahu apa yang aku cari di sini sedangkan di hati sendiri masih berbelah bahagi sama ada betul-betul aku ingin keluar melancong atau saja nak mengecap suasana.

Aku memang tidak berduit nak melancong ke luar negara waima dengan sebegitu menggoda tawaran yang diberikan ia masih di luar kemampuanku. Jadi aku hanya berjalan iseng membontoti kawan-kawan yang nampak genuine ingin keluar berwisata dengan bersungguh-sungguh meninjau setiap booth di pameran. Tapi aku tetap juga mengambil apa-apa flyers atau pamphlet yang di unjuk petugas-petugas mana-mana agensi yang tidak jemu membahagikannya kepada orang ramai. Aku teliti juga risalah yang di beri manalah tahu ada yang berkenan di hati (dan di akaun) maka bolehlah aku join sekaki.

Kalau melancong sekitar Malaysia bolehlah aku join, ikut sekadar mana yang termampu. Selain dari booth travel agency, ada terselit satu booth TMNet sedang mempromosikan streamyx. Melihat dari gerai-gerai travel agency itu, kita tidak akan menyangka betapa banyaknya kewujudan agensi pelancongan yang terdapat di Malaysia. Dulu aku ada seorang kawan yang kerja di agensi begini tapi sekarang dah resign dan agensi tempat dia bekerja dulu pun dah bungkus. Memang dia selalu keluar outstation membawa pelanggan-pelanggan di agensinya itu makan angin di destinasi yang ditawarkan.

Tempat yang paling selalu dia pergi ialah selatan Thai. Tak tahulah secara spesifik di bahagian mana selatan negara Siam itu. Sekarang ni nak pergi ke sana pun agak was-was ekoran kejadian pengeboman yang selalu sangat kita dengar. Kalau tak kena bom pun kena tembak, memang bahaya betul. Akhir tahun lepas pula berlaku dua kejadian yang tidak selesa buat para pelancong iaitu pembunuhan di Tak Bai dan tsunami di Phuket yang kedua-duanya bertempat di selatan Thai. Tapi semasa kawan aku pergi ke sana dulu menguruskan pelancong-pelancong dari Malaysia, tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Maaflah, aku tak sempat nak korek cerita lebih-lebih dari dia pasal pengalaman dia membawa pelancong ke sana, kalau tak sahih aku akan paparkan di sini. Walaupun tidak dapat pergi sendiri dengar cerita dari orang yang pergi tu pun, okey juga. Entahlah, tak terfikir pulak masa tu.

Wednesday, February 23, 2005

Candle-Lite Breakfast

Pagi Ahad(1) sampai saja di rumah, tekan suis lampu dan suis kipas, ke dua-duanya tidak berfungsi. Sahlah tak ada elektrik. Patutlah tadi di kedai-kedai makan yang aku lalu semuanya memasang lilin seolah-olah sedang memuja sesuatu. Aku suspek mesti rumah aku juga gelita gelita petanda keputusan bekalan elektrik. Memang betul pun. Tak tahu apa masalah TNB kali ni, harap-harap ia tidak memakan masa terlalu lama.

Aku buka tingkap supaya angin dapat masuk sebab pagi ni terasa panas pula. Tapi ruang tamu masih tidak begitu cerah kerana baru pukul 7 lebih, matahari belum naik lagi sehasta. Macam mana nak makan roti canai(2) dalam keadaan tiada cahaya ni? Astro pun tak dapat tengoklah jawabnya. Aku pun cari lilin nak bagi terang sikit rumah aku yang dah macam dalam gua tu.

Lilin yang biasa warna putih dan bersaiz panjang tu tak ada, yang ada ialah lilin aromaterapi. Jadi ler… dari tak ada lilin langsung. Sekarang masa untuk mencari lighter. Kat manalah housemate aku ni letak lighter dia. Biasanya ada banyak benda ni bersepah-sepah depan mata, tapi time orang nak guna dia, tak ada pulak. Aku pun guna api dapur gas(3) jer lah. Tapi cahaya yang terbit dari lilin tu terlalu romantik, kecil sangat apinya dengan bau wanginya lagi. Bolehlah tu, asalkan boleh terang sikit-sikit, bukannya aku tak nampak langsung dan bukannya aku nak sumbat roti canai tu ke hidung(4). Kat luar pun matahari dah makin meninggi di ketika ini.

Barulah boleh makan roti canai dengan selesa sebab dah ada api lilin. Tengah-tengah aku sedap mengunyah tiba-tiba elektrik muncul. Yay!! Dah boleh tengok tv! Masa tu lebih kurang pukul 8 lebih dan aku pun padamkan lilin sambil menikmati sarapan dengan lebih menyelerakan. Lupa pulak nak cakap. Aku sebenarnya baru sampai ke rumah subuh Ahad tu dari bercuti wisata. Penat-penat sampai kat rumah, tengok-tengok letrik pulak tak ada. Nasib baik kejap jer.

___________________________
(1). Ahad 13 Feb 2005 yang lepas, dah lama punya cerita ni tapi sebab benda ni asyik berpusing-pusing di kepala, baik aku tulis.
(2). Sebelum sampai rumah tadi aku tapau roti canai dulu di satu restoran. Tapi restoran yang aku singgah ni ada pulak api letrik. Mungkin dari pencawang yang lain.
(3). Nak pasang lilin aromaterapi guna api gas ni agak payah sikit pasal bentuk lilin tu yang macam pasu bunga kecik. Kalau lilin kaler putih yang panjang tu memang senang pasal bentuk dia panjang. Kita boleh terus hulur sumbu dia dekat api tu. Kalau lilin bentuk macam pasu ni, kita kena ambik kertas suratkhabar, bakar kertas tu dulu kemudian baru cucuh dekat lilin aromaterapi tu.
(4). Walau segelap mana pun tempat yang kita nak makan, memang mustahil yang makanan tu kita akan suapkan ke anggota badan yang lain. Mesti suap ke dalam mulut jugak. Kalau tak, kebuluranlah jawabnya bagi golongan cacat penglihatan sebab gelap tak nampak, tak tahu nak sumbat makanan tu kat mana?!

Monday, February 07, 2005

Tua Setahun Lagi

Sms yang kawan aku hantar semalam untuk membatalkan janji temu sarapan kami diakhiri dengan ungkapan

“jangan marah, nanti cepat tua”

Aku tak marah pun, sebaliknya aku lega sebab tak jadi. Dan aku tak kisah juga kalau cepat tua. Sejak bila marah diasosiasikan dengan tua, aku tak tahu. Tapi ia seakan amaran supaya kita jangan cepat marah-marah jika tidak mahu menjadi tua yang seakan sangat ditakuti itu. Mari kita imbas kembali beberapa frasa melibatkan “tua” yang sangat popular.

a/+ Seorang Tua di Kaki Gunung

Sebuah novel karya Azizi Haji Abdullah yang pernah menjadi teks sastera wajib untuk pelajar tingkatan 4 (atau 5 kot?) pada tahun-tahun 80-an dulu. Betapa berkesannya novel ini sehingga ia didramakan dengan pelakon utama ialah Taman Idris. Aku pernah baca masa budak-budak dulu walaupun agak lambat nak habiskannya.

b/+ Tua-tua Keladi

Sejenis peribahasa yang sambungannya berbunyi “Makin Tua Makin Menjadi”. Maksudnya lebih kurang makin lama hidup, semakin gatal pulak jadinya. Contohnya orang tua yang syok dengan perempuan muda dan ingin berkahwin dengannya atau lebih teruk sekadar nak berseronok-seronok sahaja. Kita boleh juga panggil dia, “Tua Kutuk”.

c/+ Rumah Orang-orang Tua

Sebuah pusat penjagaan orang-orang tua yang biasanya di panggil dengan nama lain misalnya “Rumah Seri Kenangan”. Walaupun penghuni yang duduk di situ tidak berharap mereka hanya di kenang sebaliknya pergilah juga menziarahi mereka. Bukannya mereka dah meninggal nak di kenang-kenang. Patutnya pusat tu kita panggil “Rumah Seri Kena Ziarah”.

d/+ Tua Sebelum Waktunya/Tua Mengejar Kita

Dua buah lagu yang pernah ngetop nyanyian dua penyanyi wanita yang berlainan. Lagu berunsur nasihat ini secara ringkasnya mewajarkan kita mempergunakan masa terluang dengan sepenuh manafaat sebelum tanpa kita sedari kita telah terlalu tua di samping mengingatkan kita bahawa hari tua pasti menjelma.

e+ Le Tour de Langkawi

Tak ada kena-mengena dengan terminologi tua walaupun sebutan “Tour” tu lebih kurang sama dengan “Tua”… hahhaha…


Setahun sudah berlalu… bukan hari ni lah maksud aku hari Khamis nanti bermakna satu lagi tahun baru menjengah tiba. Maka semakin tua juga usia kita setahun lagi. Selamat menyambut Tahun Baru Islam 1426 H.

Sunday, February 06, 2005

Makan, Tidur, TV

Pagi

Selepas aku selesai mandi, tiba-tiba saja mendapat call dari kawan yang nak ajak breakfast bersama. Teragak-agak pula aku nak pergi ke tidak pasal kalau aku keluar pagi ni mesti terlepas kartun Spiderman : ) kat ntv7 nanti. Keluar makan dengan dia ni selalunya lama dan aku malas nak cakap aku kena balik cepat semata-mata nak tengok kartun. Aku pun setuju jer lah nak ikut dia keluar breakfast.

Lepas aku bersiap-siap, tiba-tiba dapat pulak sms dengan katanya tak jadi nak keluar pasal dia ada hal mengejut. Lega sikit dengar, aku pun terus pergi masak air nak buat air teh dan masak Indomie goreng. Lama tak masak mee segera, sedap betul rasanya. Sambil tengok kartun di pagi Ahad yang ceria.

Tengahari

Lepas habis Spiderman aku bukak dvd filem bertajuk Cruel Intentions 3. Tak sampai setengah jam tengok tiba-tiba rasa mengantuk pulak lalu aku terus zzzzz….. Sedar-sedar dah pukul 2 lebih dan aku terus keluar cari nasi. Makan nasi lauk ikan pari masak asam pedas, sayur masak air dan hati goreng. Tengah makan lauk hati tu tiba-tiba aku teringat pulak pasal rancangan kat channel Travel & Living semalam yang bertajuk “Eating in Guangzhou” yang menceritakan masyarakat Cina kat sana yang makan ular! Semua bahagian ular diorang makan. Loya pulak tekak aku.

Habis lunch, aku balik rumah dan bukak tv. Bukak-bukak jer terus keluar channel Hallmark yang jarang aku tengok tu. Ada filem bertajuk “When We were Grownups” lakonan Peter Fonda dan Faye Dunaway. Filem yang sesuai untuk petang Ahad yang bertemakan kekeluargaan mengisahkan seorang perempuan berkahwin dengan duda anak tiga. Ada juga babak-babak yang menyentuh perasaan terutama semasa adegan rakaman video di parti hari jadi datuk mereka yang ke-100. Habis tengok filem tu aku tidur balik.

Petang

Sedar-sedar dah pukul 6.30 petang. Masak air lagi sebab air pagi tadi dah sejuk (rumah aku tu takder thermos). Aku membancuh semug vico 3 in 1 sambil menunggu The Simpsons start pukul 7. Tapi rupa-rupanya dah tak ada kartun tu, digantikan dengan Malcolm in the Middle. Cuaca kat luar masa ni guruh berdentam-dentum memaksa aku off kan tv.

Sambil minum vico aku makan karipap mini yang dah berhari-hari aku nampak ada berbungkus atas meja. Sedap jugak karipap ni makan time-time lapar dengan hujan kat luar yang sedang melebat. Sekejap jer hujan turun sebab dalam pukul 7.30 lebih tu cuaca dah kembali cerah. Aku pun kembali membuka tv tanpa was-was lagi.

Malam

Aku terus pasang channel StarWorld sebab ada Oprah Winfrey dengan tetamu jemputan beliau malam ini ialah pelakon-pelakon siri komedi “Seinfeld”. Bagi aku siri “Seinfeld” ni adalah antara rancangan paling kelakar yang pernah aku tengok dan memang menyedihkan apabila Jerry secara tiba-tiba membuat keputusan untuk menghentikan siri tersebut. Alasannya, dia takut penonton akan menjadi muak. Ibarat kita makan sejenis makanan yang sedap, apabila terlebih satu dua suapan, sajian itu tidak akan lagi sesedap seperti yang mula-mula. Penonton di studio Oprah malam tadi sangat bertuah apabila mereka semua dihadiahkan dvd 3 musim pertama sitcom “Seinfeld”.

Kemudian beralih pula kepada channel Discovery yang menyiarkan dokumentari bertajuk 1421: The Year China Discovered America. Ia sesungguhnya satu dokumentari yang sangat menarik! Pergilah tengok kerana ia mencetuskan perdebatan siapakah orang sebenarnya menemui Amerika, Columbus atau siapa? Episod malam tadi menceritakan bagaimana laksamana Zhang He (ataupun Cheng Ho) ingin memulakan pelayarannya dari China ke Melaka, India sampailah ke Afrika.

Friday, February 04, 2005

Menjadi Blogger

Banyaknya jurnal atau blog yang aku discovered sekarang sampai dah tak terbaca. Tapi kebanyakannya baru wujud dalam tahun lepas. Bukan main rajin pulak mereka semua untuk update, boleh dikatakan setiap hari. Maklumlah masih baru, tentulah semangat masih berkobar-kobar untuk memenuhi entry supaya nampak penuh berisi.

Tak macam aku ni, makin lama makin malas pulak. Dah tahap seniorlah katakan. Senior dari segi bab membaca dan discover blog orang lain. Tapi bab mula create blog dan mengemaskini tu kira amatur lagilah. Sedar tak sedar dah masuk 5 tahun aku menggemari aktiviti membaca jurnal di dunia cyber ini. Dah bermacam-macam gaya, beraneka bentuk, bervariasi jenis jurnal, diari atau blog yang aku jumpa di sini. Antaranya;

1<< Ada sesetengah blogger yang terpaksa menukar site contohnya dari diaryland ke blogspot ke livejournal dan sebagainya. Adalah sebab-sebab yang tak dapat mereka elakkan tu sehingga mereka terpaksa "berpindah rumah".

2<< Sesetengah blogger pula telah menukar isi kandungan blog mereka secara ekstensif dari berbicara soal peribadi beralih kepada soal-soal umum. Sebab-sebab mereka bertindak untuk menukar tu, ada alasan-alasan tertentulah tu.

3<< Ada juga penulis yang berehat dulu sekejap dari menulis blog mereka malah terus menutupnya. Apabila mereka kembali, baru mereka menukar isi kandungannya.

4<< Ada jugak yang apabila tutup blog, langsung tak buka-buka

5<< Setiap pencipta blog memang tidak suka dengan design blog yang standard dan huduh itu malah mereka sangat dengki pula dengan penulis blog lain yang ada laman blog yang sangat sofistikated (termasuk akulah tu …) Tak apa, berusahalah untuk create design blog yang lebih gempak dengan belajar sendiri atau tanya orang.

6<< Sesetengah penulis online jurnal ini tanpa rasa segan silu terus mendedahkan apa-apa saja aktiviti mereka seharian tanpa ada self censorship atau tanpa memikirkan sensitiviti agama atau adat-budaya. Kadang-kadang siap kena condemn lagi dengan pembaca sama ada melalui Haloscan comment, tagboard message atau guestbook.

Membaca mesej-mesej berbentuk provokasi beginilah yang agak mencabar pemikiran dan kesabaran tapi memandangkan ia adalah hak individu, terpulanglah. Sekurang-kurangnya ada respond dan bermakna ada yang prihatin.

7<< Jangan sangka semua blog yang anda baca sekarang akan kekal mudah tertera setiap kali anda ingin mengkliknya. Suatu masa nanti tak semena-mena anda akan di minta password pulak untuk membacanya. Sedihh… Tapi sebab anda adalah silent reader, tak ada masa pula anda nak bertanya si penulis jurnal untuk memberi anda kuasa membuka jurnalnya itu. Lantaklah. Baca saja mana-mana jurnal lain yang tak banyak songeh.

8<< Akan ada rakan blogger atau pembaca blog anda yang ingin berjumpa dengan anda! Macam selebriti pulak rasanya. Tapi terserahlah pada anda sendiri sama ada nak jumpa atau kekal sebagai anonymous.

9<< Seseorang yang anda kenali akan terjumpa blog anda! Tapi aku sendiri … alhamdulillah, belum ada lagi kawan-kawan lama aku yang terjumpa dengan blog ni. Tapi hari tu nyaris kantoi dengan Ika, officemate aku, nasib baik sempat cover baik punya.

10<< Dengan menulis blog, anda boleh dapat anugerah tau! Bukan artis atau ahli sukan jer yang dapat anugerah, blogger pun boleh.

Itulah antara beberapa aspek dalam menulis online jurnal yang sempat aku perhatikan. Kalau anda yang membaca ini tiba-tiba tergerak untuk mencipta jurnal sendiri, selamat berjaya diucapkan. Harap-harap ianya tidak berhenti sekerat jalan. Semoga apa yang anda tulis itu dapat memberi manafaat dan ilmu kepada mereka yang membacanya di samping mendapat keberkatan untuk anda menjalani hidup di dunia ini serta di akhirat kelak.