Wednesday, September 22, 2004
Pontianak Lagi
Berbalik pada pontianak Kampung Baru, officemate aku citer ada seorang penghuni flat ni yang nak buang sampah kat tong DBKL bawah tu. Masa tu dalam pukul 2 pagi. Oleh sebab tong tu agak tinggi sikit kedudukannya maka dia terpaksa berjengket sambil melambung sampahnya ke dalam. Sejurus saja sampahnya masuk, terus melayang satu lembaga dari dalam tong sampah meluncur laju naik ke atas.
Hamba Allah ni bukan main terperanjat lagi dengan kemunculan makhluk berkenaan secara tiba-tiba. Hilang semangat bila menengoknya. Tapi dia tak dapat describe macam mana rupa-paras lembaga pontianak ni kerana ia dalam sekelip mata berubah-ubah. Tapi yang pastinya pontianak ni tentulah tak harum macam PHSM pasal dok berkubang dalam tong kumbahan. Kita boleh panggil dia PBTS – Pontianak Busuk Tong Sampah.
Officemate aku cerita lagi kalau di bandar-bandar ni memang pontianak akan cari tempat-tempat macam tong sampah tu sebagai habitat mereka manakala kalau di kampong adalah di pinggir hutan dan di hujung desa. Aha! Aku rasa Shuhaimi boleh buat sekuel PHSM ini berkisahkan pontianak di bandaraya pula dengan mengambil lokasi tempat pembuangan sampah macam kat Segambut tu. Pastikan pelakon yang memegang watak pontianak tu nanti tahan dengan bau busuk dan sanggup bergelumang dengan sampah sarap.
Tapi sementara nak menunggu sekuel tu siap, kita tengok dulu filem Pontianak Menjerit arahan Yusof Kelana lakonan Ziana Zain dan Sheila Rusli. Tak tahulah mana satu pontianaknya, Ziana atau Sheila. Aku rasa berdasarkan tajuk filem ni tentulah Ziana Zain sebab ada unsur-unsur menjerit di situ. Bab-bab menjerit ni serahkan pada Ziana, vocal powerlah katakan. Nak tahu sepower mana, tengok jer lah bila ditayangkan nanti. Tahun depan kot pasal tengah busy shooting sekarang.
Monday, September 20, 2004
Seluar Sedalam
Seluar aku terkena hujan! Aku basuh seluar slack aku minggu lepas – padahal dah sedia maklum yang lately kat KL ni every evening mesti pouring rain punya. Tak kisahlah tu sebab kalau housemate aku yang kerja shift tu ada dia boleh tolong angkat. Kebetulan memang hujan pun pada hari aku jemur seluar tu. Bila aku balik rumah jer tengok seluar aku dan beberapa helai pakaian lain masih tersidai di ampai. Housemate aku pulak tak ada, belum balik lagi, dia kerja shift siang kot. Aku pun biarkan jer lah kat situ hopefully esok cuaca cerah sampai ke petang.
Keesokkannya cuaca pun hujan jugak di petang hari. Tapi bila aku balik rumah malam tu tengok-tengok baju dan seluar aku semua telah di angkat. Bila aku cium-cium seluar baju tu untuk mengenalpasti sama ada mereka ada berbau kurang sedap atau tak ternyata yang seluarku ada mengeluarkannya. Terpaksalah aku bilas balik dan jemur semula. Aku jemur sekejap kat luar malam tu untuk memastikan airnya habis menetes dan bila dah lembab sikit aku jemur dalam bilik.
Terbukti jemur seluar lembab dalam bilik (dan baru lepas kena hujan) bukanlah tindakan yang bijak kerna apabila mereka kering akan menimbulkan bau busuk. Hari ni terpaksalah aku redho saja memakai seluar busuk ini di office. Balik rumah karang aku basuhlah balik.
Seluar Membawa Tuah
Pernah dengar atau tidak ada sesetengah orang yang percaya baju atau seluar atau apa-apa pakaian tertentu yang mereka pakai akan mendatangkan tuah? Mungkin jaket atau skirt yang si polan ini kenakan akan memberi tuah bila mereka menghadiri interviu atau proposal mereka di terima client atau mereka tidak di timpa petaka pda hari tersebut. Begitulah prinsip yang pelakon popular Colin Farrell sematkan sebelum dia ingin memulakan sesuatu penggambaran ada sejenis seluar yang akan dipakainya untuk memastikan filem itu box-office. Dia akan memakai seluar dalam yang di beri abangnya yang di dakwa sungguh ong ketika dia sedang bekerja. Tak terfikir pulak spender pun boleh bawak tuah.
Bukan Colin Farrell saja yang berfikir macam tu ada kawan aku sorang pun sama. Tapi bukan spender sebaliknya ialah seluar jeans. Dia akan memakai seluar tersebut ketika ingin keluar bersosial yang membuatkan dia menjadi perhatian ramai. Bila dengar dia cakap macam tu aku …errr…. ntah ler tak tahu nak cakap apa.
Tuesday, September 14, 2004
Busy and Blogg(y?)
Baru seminggu lebih tak menulis ni aku dah rasa kekok. Malah rasa tak nak menulis terus pun ada jugak. Tapi aku tak nak jadi seperti “ketam yang mengajar anaknya berjalan betul” sebab aku kekadang fed-up bila tengok sesetengah blog/jurnal yang tiba-tiba berbulan-bulan abandon tak semena-mena aku pun turut menjadi seperti mereka. Errk… betul ke peribahasa aku dengan situasi ni? Macam tak betul jer… kihkihkih…. Hantam sajalah.
Last weekend aku pergi majlis orang kahwin. Kawan aku tu pulak tak bawak hadiah – dah lah datang lambat semua tetamu sudah beransur yang tinggal sedara-mara si pengantin saja. Jadi rasa awkward tu tak dapat nak sorok. Makan nasi minyak dengan ayam masak merah dan gulai daging. Sedap dan kenyang pasal memang sengaja pagi tu tak makan heavy masa breakfast sebab nak makan nasi kenduri. Tak dapat bunga telur tapi dapat coklat. Sempat beramah-tamah dengan pengantin dan duduk-duduk sekejap sebelum blah.
Last week jugak siri The O.C. dah habis season 1. Tak tahulah cerita apa yang ganti siri favourite aku ni nanti. Hopefully siri yang tak best pasal tak payahlah aku nak tunggu depan tv. Cerita-cerita macam ni lebih kurang sama temanya macam telenovela dari Amerika Latin atau dari Filipina yang meleret-leret dan beribu-ribu episode tu. Sekali tengok dah ketagih padahal memang tak ada faedahnya untuk cara hidup kita. Jangan sampai budak-budak sekolah atau remaja kita yang menontonnya akan terpengaruh dengan perangai dan gaya hidup mereka seperti bergaul bebas sampai termengandung, derhaka dengan mak bapak, mak bapak yang sporting gilerr, memang tak sesuai lah tu walaupun ramai anak-anak yang wish mak bapak diorang sporting dengan mereka…. Betul tak?
Dalam satu perkara lain, dua tiga minggu lepas aku ada terbaca dalam The Star tulisan seorang pembaca bergelar “Serial Blog Reader” yang mendakwa blogging can hurt. Terutama jika penulis blog tu menyuarakan rasa tak puas hatinya terhadap kawan-kawan atau ahli keluarga, saudara-mara, jiran tetangga, haiwan kesayangan atau sesiapa jua dengan penuh details. Siap mention nama pulak tu. Maknanya ia adalah tidak adil jika pembaca cuma boleh tahu cerita sebelah pihak saja tanpa mengetahu apakah kisah dari pihak satu lagi di sana.
Lepas tu Sabtu lepas ada pulak respond dari pembaca lain tentang surat Serial Blog Reader tersebut dipaparkan. Tapi aku tak sempat nak baca aku cuma baca tang tajuk jer. Ini untuk penulis blog yang menjadikan jurnal mereka seperti diari peribadi. Jadi segala catatan harian, suka duka sedih pilu kritikan kutukan pendapat segala bagai akan diluahkan dalam blog berkenaan seolah-olah buku diari yang di tulis dengan pen dan kemudian di simpan di rak-rak buku. Bezanya blog ni tak boleh di simpan di celah-celah rak buku, ia kena dipublishkan kepada public (atau pun diprivatekan kalau tak mau orang awam membacanya). Kira dah jadi macam public property.
Sendiri punya blog, suka hatilah nak tulis apa kan? Ini atas hati budi masing-masing. Jika penulis blog merasakan ada sesuatu isu atau maklumat yang dirasakan sensitif mungkin dia akan edit atau sensor mana-mana yang mengaibkan tu. Tapi kalau dia tengah marah sangat atau dia rasa there’s no harm to national security if he/she publish the story in the blog maka dapatlah kita baca seperti yang dia akan paparkan nanti. Kalau you tak puas hati kirim e-mail kat dia atau send komen kat guestbook. Barulah pembaca lain dapat different side of the story.
Kalau tak puas hati jugak, create lah satu blog sendiri. Lepas tu counter-attack balik apa yang dia dah tulis. Hah, puas hati. Oleh itu juga kerana blog ni seperti public property maka janganlah melakukan vandalisme terhadapnya. Yay! Siap jugak satu entry untuk minggu ni. Selamat membaca.
Thursday, September 02, 2004
Merdeka di Putrajaya
“Namakan Tokoh yang Paling Anda Kagumi?”
Aku tengok jawapan kawan aku di sebelah.
Dia jawab Princess Diana!
Huh, Princess Diana – tokoh ker?
Tak pernah terfikir ada gak orang jadikan puteri ni sebagai tokoh.
Jawapan aku pula - Anwar Ibrahim.
Aku memang kagum dengan ketokohan beliau.
Kemerdekaan ke-47 yang bermakna dengan pembebasan ini. Semoga beliau selamat menjalani rawatan yang di Jerman. Dan selamat sejahtera juga untuk menjalani hidup ini sehingga ke akhir hayat.
Nota: No offense kepada sesiapa yang mengangkat Puteri Diana sebagai idola mereka….hehhe….
Wednesday, September 01, 2004
Merdeka di Kampung
#1 - Masa kat kampong ada dua jenis binatang berbisa masuk dalam bilik air kat rumah aku. Kala jengking dengan lipan. Punyalah besar haiwan-haiwan tu semua, macam mereka baru lepas makan kenyang-kenyang lepas tu keluar merayap. (Tapi kedua-dua haiwan tidak ditemui pada hari yang sama, nasib baik). Lipan tu saiznya lebih besar dari lipan yang masuk kat dapur rumah flat aku bulan lepas. Nur Malena yang tengah buat show dengan jengking kat Kuantan tu tentu menangis kalau tahu yang binatang kesayangannya ini telah di hempap dengan penyapu. Lagi pun takder siapa nak tangkap menatang tu buat simpan dalam botol pastu contribute kat Malena.
#2 - Malam merdeka aku tak ke mana-mana pun duduk rumah jer layan komik. Aku baca komik Jepun “Detektif Canon” yang dialihbahasa ke BM. Mula-mula payah jugak aku nak paham susun atur komik ni, se perkara lagi dia kena baca dari belakang, macam baca jawi gitu. Ia menceritakan pasal detiktif ni yang asalnya seorang pemuda normal entah macam mana suatu hari dia bertukar jadi budak-budak. Kelakar gak kartun dia. Tapi isi cerita dia macam tak seswai untuk bacaan budak-budak sebab banyak melibatkan adegan bunuh-bunuh dan mebalas dendam. Paling interesting ialah kita akan rasa teruja nak tahu macam mana cara detektif Conan ni nak selesaikan satu-satu kes tu.
Malam merdeka tu juga kawan-kawan aku hantar sms wish happy merdeka. Aku pun main-main balas-balas sms dengan diorang saja nak habiskan kredit.
#3 - Tengah aku membelek buku-buku di rak, ternampaklah satu buku teks sastera form 4. Ia ada beberapa seksyen seperti cerpen, puisi dan drama. Salah satu skrip drama yang termuat dalam buku tu bertajuk “Titik-titik Perjuangan” karya sapa entah, tak ingat. Memang kena pada masanya aku baca drama tersebut kerana hari tu ialah 31 Ogos dan ianya pula bertemakan kemerdekaan. Ia mengambil latar suasana di kampung sebelum dan selepas Tanah Melayu bebas dari penjajah. Antara watak yang menarik dalam drama ini ialah perempuan tua kampung yang main bersetuju ajer dengan apa yang pegawai kerajaan tu cakap. Seolah-olah dia ni mengampu. Sesambil baca skrip tu aku imagine yang jika drama ini dipentaskan pastinya watak perempuan tua tu yang paling kelakar.
#4 - Adik aku ada beli vcd Eternal Sunshine of the Spotless Mind lakonan Jim Carey dan Kate Winslet. Macam mana ntah dia boleh berminat nak beli vcd ni. Tapi gambarnya tak berapa clear lagi. Aku baru fikir nak beli dvdnya tapi sebab dah ada vcd ni layan jer lah – tak payah membazir nak beli dvd dia. Filem tulisan Charlie Kaufman yang aku ada ialah Being John Malkovich (dvd – dah tengok, best!), Human Nature (vcd – belum tengok lagik, ex-housemate aku beli) dan aku pernah tengok kat wayang filem Adaptation. Aku pernah mention pasal ni dalam entry tahun lepas. So far aku suka kedua-dua filem tersebut. Eternal Sunshine ni secara kasarnya menceritakan pasal orang yang ingin erase memori dia. Macam manalah cara nak padamkan memori tu yek? Charlie Kaufman ni memang suka menulis benda yang pelik-pelik.
#5 - Mak aku pula kalau time-time cuti cenggini mesti dia masak nasi himpit dengan kuah kacang. Asal aku balik kampung jer mesti dia masak nasi impit, makanan favourite aku kot? Hari merdeka pun dah macam hari raya.. hehe.. cuma takder ziarah-menziarah jer. Petang tu jiran sebelah bagi laksa - tengok, siap ada bertukar-tukar juadah lagi tu. Laksa jiran sebelah tu aku tak sempat nak makan pasal aku dah tak lalu. Balik kampung asyik makan-makan-makan. Lepas tu tidur-tidur-tidur, tu jer lah kerja aku kat kampung.
Wednesday, August 25, 2004
Rejab, Syaaban ... Lepas tu Puasa.
E-Mail 1
Fw: Jgn lupa tahun ni 17 Ogos 2004 = 1 Rejab 1425
KELEBIHAN BULAN REJAB
Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya
Allah
muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi
s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan
Ramadhan
bulan umatku.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya,
Sya'aban dengan malam NISFUnya
Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.
Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang
menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan
daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari
kiamat.
*Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu
neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu
syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu,
MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan
perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari
kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah
di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam
syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai
di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah
lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya
(pembaharuan umur). Berkata Saidina Ali:
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.
Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas
segala Qalam. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh
tahun dan diberi minum air dari Syurga. Puasa 10 hari pada bulan Rejab
dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi
Sirotalmustaqim
di hari kiamat. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan
ibadat
seumurnya. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti
puasa sebulan pahalanya.
Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang
meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib
baginya:
* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.
Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah
tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap
sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat,
dihapus seribu kejahatan.
Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab
seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan
seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.
Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah
daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.Allah
jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta
ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku
ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah
pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan
tubuhnya daripada api neraka.
Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi
ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau
adalah
jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu
dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)
Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya.
Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana
kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada
bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam
syurga Firdaus.
Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya
berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.Diampunkan baginya 70
dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar
nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat
ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi
Sirotalmustaqim.
Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat,
pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan
Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap
hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan
berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah peri
keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN
ALLAH.
REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.
REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.
semoga kita sama2 m'dpt manfaat....
wassalam
E-mail 2
Fwd: Kekeliruan di Bulan Rejab
Assalamu'alaikum frens,
i sekadar ingin menyampaikan pesanan ustazah fatma az-zahra yg telah
memberi
ceramah pada 18.8.2004 baru2 ni di petronas twin towers.ceramah ini
dihadiri
oleh lebih 60 orang.ramai yang menjadi saksi.ianya dianjurkan oleh
petronita, persatuan kebajikan wanita petronas.
ustazah berpesan bahawa e mail kelebihan2 rejab ini merupakan dakyah puak
syiah yang membesar2kan bulan rejab berbanding bulan ramadhan. rasulullah
saw tidak berpuasa sepanjang bulan rejab. baginda hanya berpuasa isnin dan
khamis, seperti amalan baginda yang biasa.
rasulullah saw mengatakan bahawa sunat membanyakkan puasa pada awal bulan
syaaban, sebelum 15 syaaban.saidatina aisyah r.a. bertanya "mengapa ya
rasulullah ? "baginda bersabda bahawa amalan kita naik ke langit pada bulan
syaaban & aku ingin amalanku diangkat ketika aku berpuasa.
sebagai umat nabi muhammad s.a.w., kita hendaklah membesarkan ramadhan.
sesiapa yg berpuasa rejab,syaaban & ramadhan 3 bulan berturut2, ianya
adalah
amalan khurafat kerana ianya bukan amalan rasulullah saw & sahabat2
baginda.na'uzubillahi minzalik! kita hendaklah menyimpan tenaga untuk
beribadat bersungguh2 di bulan ramadhan, lebih2 lagi 10 hari terakhir
ramadhan. jika kita telah berpuasa 3 bulan berturut2, kita dikhuatiri
keletihan untuk beribadat. jika berpuasa 3 bulan berturut2 juga, nikmat
ramadhan akan hilang..tiada lagi keistimewaan ramadhan kerana pada ramadhan
kita wajib berpuasa sebulan.
wAllahu'alam bissawab..silalah sampaikan maklumat ini kepada teman2 yang
lain..dikhuatiri kita beribadat tetapi ianya tidak diterima kerana
khurafat.
Sunday, August 22, 2004
Entry Sepatutnya Minggu Lepas
Malasnya nak keluar petang hari Sabtu, cuaca pulak macam nak hujan, tidur sedap ni. Aku pun tidur jer lah. Sebenarnya ex-officemate aku ajak pergi rumah dia petang tu sebab dia baru pindah rumah. Lain kali lah aku pergi. Aku pun cancel pergi rumah dia dengan alasan aku ada program lain. Padahal program lain tu lambat lagi pukul 8 malam baru boleh pergi. Program apa? Nak tengok Akademi Fantasia konsert akhir! Haha…
Aku tengok kat rumah kawan jer. Tak macam tahun lepas yang aku tengok kat PWTC sempena dengan Karnival Astro, tahun ni Astro tak buat macam tu lagi. Jadi petang ni aku malas nak merayap ke mana-mana. Aku kena cover tidur sebab malam tadi dah tidur lambat tengok opening ceremony Olympic.
Bercakap pasal majlis pembukaan sukan yang bersejarah ini, ianya sungguh menakjubkan. Kita tak terfikir yang padang di tengah stadium akan dibanjiri bergelen-gelen air yang sehingga sebuah “kapal” pun boleh belayar melaluinya. Para sukarelawan yang membuat persembahan itu semua telah di solek sehingga nampak macam patung. Pakaian mereka pula ada yang agak jarang dan sekali imbas kelihatan tidak memakai apa-apa. Agak seksi untuk sebuah rancangan dengan rating “U”. Unsur-unsur dongeng dan mitos Greek kuno mendominasi persembahan mereka.
Part paling mengantuk ialah masa perbarisan masuk atlit-atlit dari negara-negara yang mengambil bahagian. Beberapa kali aku terlena kejap. Banyak pulak tu sampai 202 negara nak kena habiskan semua tu. Nasib baik aku tak terlepas masa Malaysia masuk. Cantik-cantik nampaknya atlit berbilang bangsa pakai baju kebangsaan. Pemegang bendera ialah si cilik atlit terjun Bryan Nickson yang mencatat rekod olimpik kerana ahli sukan lelaki termuda, teringan dan terendah dalam temasya kali ini. Kalau anda ingat ada penambahan 2 negara dari Sydney 2000 kerana dimasukkan Timor Leste dan Palestine.
Aku tahankan juga mata kerana tak ingin terlepas peluang menyaksikan saat-saat obor ingin di pasang. Tetapi sebelum itu bila seorang sukarelawan melakukan aksi berlari melintasi tali regang untuk menandakan setiap kotaraya yang pernah menjadi tuan rumah, tiba-tiba beliau jatuh tersungkur agak dramatik. Rupa-rupanya itu menandakan Perang Dunia Pertama sedang meletus. Cara nyalaan obor menarik cuma tidak excited seperti di Barcelona dulu yang menggunakan pemanah.
Punjut gergasi yang digerakkan secara hidraulik perlahan-lahan merebahkan muncungnya ke arah pemegang obor lalu beliau menghalakan api obor ke muncung lalu punjut dengan slow motion naik semula ke atas. Itu saja. Lupa nak cakap ada persembahan nyanyian Björk sebelum itu dengan lagu Oceania. Memang padanlah tajuk lagu tu dengan konsep pembukaan Olimpik yang ibarat kolam gergasi serta kain yang membalut tubuh si penyanyi yang melaut lebarnya. Entah berapa kodi agaknya kain yang di guna tu.
Friday, August 13, 2004
Citius, Altius, Fortius
Hari Rabu lepas, aku telah menonton bahagian kedua sebuah filem tentang Olimpik di TV2. Bahagian pertama aku tak dapat nak tengok pasal masa tu aku tengah tengok wayang kat 1-Utama. Filem yang bertajuk The First Olympics: Athens 1896 ini diterbitkan pada tahun 1984 sebagai sebuah telefilem. Kalau tahun 1984 maknanya ia sempena Los Angeles yang menjadi tuan rumah pada tahun berkenaan. Tapi kali ni bila TV2 siarkan ia jadi lebih relevan kerana Olimpik kembali ke tempat kelahirannya di Greece.
Tahukah korang bahawa jika tidak kerana sumbangan kewangan dari seorang bisnesman Greek bernama George Averoff, sukan ini mungkin terpaksa dipindahkan ke Budapest, Hungary? Negara itu miskin sangat sampai tak berupaya nak membaikpulih stadium Panathenean yang telah di bina sejak 330 B.C.E. Setelah dana mencukupi, bukan setakat stadium itu yang mampu dibaiki, mereka juga dapat membina jeti untuk acara renang dan lapang sasar untuk acara menembak.
Namun Olimpik Moden harus berterima kasih kepada Baron Pierre de Coubertin seorang pendidik dan pemikir berbangsa Perancis yang telah berkelana ke seluruh dunia untuk mendapatkan sokongan dan kerjasama demi merealisasikan impiannya menyatukan insan melalui sukan. Semasa bahagian kedua filem ini dipaparkan banyak acara padang dan olahraga yang dimenangi oleh pasukan Amerika yang tiba di Greece pada saat-saat upacara pembukaan mahu dimulakan.
Mereka banyak menfokuskan kepada dua acara itu di samping ada ditunjukkan sukan menembak dan renang. Berdasarkan maklumat internet yang aku cari antara sukan lain yang turut dipertandingkan pada masa itu ialah lawan pedang, angkat berat, tennis, basikal, gymnastics dan wrestling. Agak kelakar menengok seorang peserta renang ini dikesejukan bila mencecah air kerana mereka bukan berenang di kolam sebaliknya di laut sebenar. Ia diadakan di Bay of Zea di Laut Aegean dan pingat emas pertama dimenangi oleh Alfred Hajos Guttman dari Hungary.
Saat-saat paling menyentuh perasaan dalam filem ini ialah semangat seorang askar Greek bernama Spiridon Louis yang miskin dan buta huruf berusaha untuk mengharumkan nama tempatnya serta membolehkan dia menikmati kehidupan yang lebih baik jika berjaya memperolehi pingat emas. Seluruh kampung menghantar dan memberi semangat sebelum dia masuk bertanding. Mengikut sejarahnya acara marathon ini dicadangkan oleh kawan kepada de Coubertin sebagai memperingati Sukan Olimpik Purba untuk menandakan kemuncak pertandingan ketika itu yang telah pun berlangsung selama 11 hari.
Perlumbaan bermula dari Marathon ke Athens (dianggarkan sejauh 22-26 batu), disaksikan lebih dari 100,000 orang dan pemenangnya sudah tentulah askar Greek tadi, Spiridon Louis. Bermula dari detik beliau menjejak langkah ke stadium untuk pusingan terakhir, penonton tuan rumah bersorak dengan penuh bangga dan bersyukur. Kegirangan dan keterujaan bersemarak sekaligus menjadikan upacara finale itu sebagai simbol semangat kebangsaan.
De Coubertin sangat berpuas hati dengan sukan moden pertama itu. Beliau menekankan kepada para penganjur betapa signifikan kalau sukan itu dapat bergerak ke negara-negara lain pula. Ini amat menepati aspirasi sukan itu sendiri yang berhasrat mewujudkan keamanan dan persefahaman manusia sejagat melalui bersukan. Bagaimanapun Athens merasa kecewa mulanya yang berhajat untuk menjadi tuan rumah secara kekal namun akur dengan matlamat Olimpik supaya ia menjadi entiti antarabangsa. Itulah menjadi apa yang kita kenal sekarang sebagai Sukan Olimpik.
Malam ini (pagi sebenarnya) bermulalah detik bersejarah kembalinya sebuah perayaan dan mercu tanda yang begitu lama berpusing ke seluruh dunia ke lokasi di mana ia dilahirkan. Berilah ucapan selamat berjaya kepada semua atlit dan berharap supaya mereka bertanding dengan semangat kesukanan yang faster, higher and stronger!
Wednesday, August 11, 2004
Kampung yang Melampau
Jika kita asyik berandaian itu ini berteka-teki akan apa sebenarnya penamat filem “The Village” maka keghairahan menikmati babak demi babak yang bermain di kelir akan terabai. Itulah yang asyik bermain di fikiranku untuk menelah apa benda sebenarnya “Kampung” ini yang pada firasatku bukanlah sebuah kampung yang biasa. Jadi dalam pada mata tidak berkelip menatap filem yang sedang di tayang ketika itu, fikiran pula sibuk melayang.
Jadi aku telah membuat beberapa kesimpulan sendiri tentang bagaimana Shyamalan mahu menamatkan filem tersebut. Dan salah satu dari tekaanku itu mengena! Rats. Sudah tiada yang special lagi tentang filem ini setelah aku berjaya meneka dengan tepat. Habislah sakti Shyamalan yang sepatutnya berupaya memukau melalui penamat di luar dugaan apabila penonton yang marhaein sepertiku telah dapat mengagak ending yang sepatutnya unexpected itu.
Apakah yang berupaya menakutkan kita di dalam hidup ini? Sesuatu yang kita tidak nampak, halimunan, misteri dan selalu dimomokkan. Apabila sesuatu perkara itu selalu diasak dalam kepala setiap hari walaupun ianya samar-samar atau tidak berasas hujung pangkalnya lama-lama ia akan di sangka betul. Contohnya metos penunggu laut kepada nelayan yang perlu di jamu supaya tidak di kacau dan memurahkan rezeki adalah kiasan kepadanya.
Siapa yang pernah melihat penunggu laut? Sejauh mana orang-orang yang mendengar dongeng penunggu ini sanggup terpedaya dengannya? Mungkin sampai mereka dapat “melihat“ sendiri dengan mata kepala walaupun tidak dapat dipastikan sama ada ketika itu mereka sedang berhalusinasi atau pun ia betul-betul menjelma. Apabila telah ada seorang yang mula mendakwa bahawa penunggu laut benar-benar wujud maka mereka tidak boleh skeptikal lagi. Ianya adalah suatu yang serius dan mereka harus berpegang dengan ritual yang berlangsung selama ini demi keharmonian hidup.
Bagaimana pula jika lembaga itu memang wujud tetapi bukan dari horizon yang lain sebaliknya terdiri dari kalangan mereka sendiri juga? Seperti dalam siri kartun Scooby-Do dengan misi memburu hantu dan makhluk ganjil sedangkan apa yang ingin mereka tangkap itu bukannya jembalang tetapi menyerupai jembalang. Jadi hantu atau makhluk misteri adalah prinsip yang sangat berkesan untuk menakutkan orang atau untuk menegah seseorang dari membuat sesuatu.
Memberi alasan yang logik adakalanya memenatkan. Apabila seseorang kanak-kanak di larang dari membuat satu-satu perkara, misalnya bermain dalam belukar pada waktu maghrib mereka biasanya akan bertanya “Kenapa?“.
“Nanti kena sorok dek hantu!“ orang dewasa akan mengancamnya begitu. Mencipta alasan begini bukan saja kreatif malah menyeronokkan sehingga Shyamalan boleh membuat satu filem mengenainya! The Village bukan semata-mata berkenaan orang di sorok atau di baham lembaga misteri sebaliknya ialah keupayaan manusia berikhtiar untuk terus hidup dalam suasana yang mereka fikirkan ideal walaupun terpaksa berdepan dengan metos yang melampau.
Terima kasih kepada majalah Hype! yang memberikan tiket percuma untuk menonton filem ini semalam.
Monday, August 09, 2004
Bukak Jendela
Tetapi soalan itu tidak ada diberikan jawapan yang memuaskan seolah-olah benda itu tidak penting. Mereka yang rapat dengan M seringkali beralih topik setiap kali soalan itu diajukan. Aku pun termasuklah golongan yang kepoh bertanya, tetapi tidak pernah mendapat jawapan yang setimpal. Cuma aku was-was hendak bertanya sendiri kepada M, entahlah mungkin aku nak menjaga tata-susila atau pun aku kena menerima situasi itu as it is tanpa perlu menyelidikinya.
Apabila aku merisik dari Khai yang lebih rapat dengan M, dia meminta supaya aku tidak bertanya apa-apa lagi tentang anak yang di bela M. Dia mengharap pengertianku supaya “faham-faham sendiri” tentang budak itu mengapa dia perlu diserahkan kepada orang dan M yang begitu mulia hatinya sanggup untuk memelihara. Kita harus memberi sokongan kepada M yang bersusah-payah menjaga di samping mengorbankan zaman mudanya yang bebas untuk berulit dengan anak kecil.
Fine. Kalau mereka merasakan benda ini merupakan skandal yang perlu dilindungi maka aku pun tidak berhak untuk menyingkapnya. Biarlah bayi comel dan M sama-sama membentuk ikatan kasih sayang sesama mereka tanpa ada orang lain mempertikaikan kesahihan hubungan itu. Masyarakat mungkin boleh prejudis tetapi anak itu masih perlu hidup dan perempuan yang melahirkannya juga perlu cari makan tetapi pandangan serong dan diskriminasi hanya akan menyulitkan proses ini.
Osman Ali mungkin tidak memelihara anak sesiapa tetapi beliau telah melahirkan Malaikat di Jendela dan Bukak Api. Secara harafiahnya filem ini mengandungi dua tema yang sama, penyakit Aids dan mengandung luar nikah. Walaupun Bukak Api telah menyampaikan mesejnya secara berterus-terang menerusi dialog watak-wataknya manakala Malaikat lebih simbolik dengan naratif dan gerak emosi Ning Baizura serta latar belakang lokasi yang indah adalah pencerita keseluruhan filem.
Menurut Julian Jayaseela yang berucap selepas habis tayangan, mereka mendapat inspirasi untuk mengeluarkan Malaikat apabila berkunjung ke satu kampung di pantai timur. Mereka sedang duduk di sebuah warung tatkala lalu satu rombongan mengusung jenazah. Mereka bertanya pada seorang mak cik, siapa yang meninggal? Seorang lelaki di kampung itu, jawab mak cik tersebut.
Apa sakitnya? Mereka bertanya lagi. Tetapi si mak cik mengelak dan tidak selesa untuk terus melayan. Mereka pun tidak tergamak untuk melanjutkan bicara lantas membuat andaian sendiri. Mungkin andaian yang bermain di kepala masing-masing bukanlah sesuatu yang enak untuk diketahui tambahan pula yang mengiringi jenazah itu hanyalah empat orang sahaja. Manakala orang-orang kampung lain cuma memandang sepi dari jauh.
Kejadian yang mereka saksikan di kampung itu terlalu berkesan di hati mereka lalu dalam satu adegan semasa kematian watak suami Ning, jenazah dan jumlah penduduk kampung yang kecil telah dilakarkan dalam Malaikat. Mungkin ada yang tidak mengetahui bahawa undang-undang Malaysia tidak membenarkan bidan pembawa HIV menguruskan bayi. Ini dijelaskan oleh Jayaseela semasa adegan Ning ingin menyambut bayi dalam buaian ketika dia sedang berkunjung ke sebuah rumah penduduk tetapi seorang wanita telah menepis tangannya lalu membawa bayi itu pergi.
Cuma aku tak pasti sama ada watak Ning juga ada mengidap HIV kerana berjangkit dari suaminya sebab aku tak perasan kalau-kalau ada dinyatakan dalam filem. Bukak Api lebih senang difahami kerana pelakon-pelakonnya memang sound direct bercampur dengan mencarut dan lingo mak nyah. Walaupun ramai penonton ketawa kerana isi percakapan mereka tetapi mesej yang tersembunyi adalah tidak kelakar.
Apabila hatiku ralat kenapa mereka perlu tercebur ke kancah perniagaan seks ini seakan terjawab dengan seruan seorang mak nyah veteran yang mengesyorkan seorang mak nyah muda ini supaya belajar menjahit daripada terus bergelumang dengan pelacuran. Walau pun seks bebas dan melacur adalah salah satu gejala penularan penyakit Aids, Malaikat adalah sindiran dengan watak suami Ning dan Ning sendiri yang menerima polemik akibat penyakit itu.
Kedua-dua filem ini bukannya di buat dengan style berkhutbah atau pun untuk memberi didikan moral tetapi mendidik mereka yang telah terjebak supaya tidak terlalu terjerumus atau tergelincir dari norma-norma tidak tertulis yang mereka sendiri boleh menafsirnya. Kita yang hanya memandang dari luar akan payah untuk mengerti atau tidak boleh membuat justifikasi terhadap krisis yang mereka hadapi. Selebihnya kita cuma boleh faham-faham sendiri.
Friday, August 06, 2004
1, 2, 3, 4
Nasib baik itu cuma kaset dan bukannya cakera padat. Kalau pun aku telah terhilangkannya, untuk di ganti tiada masalah sebab harganya murah. Bandingkan kalau yang aku hilangkan itu ialah cd. Murah atau mahal aku sepatutnya berhati-hati bila meminjam barang sesiapa.
2~ Aku sedang menyikat rambut di dapur (pasal kat dapur ada cermin, dalam bilik aku tak ada) bila tiba-tiba aku terpandang ada lipan besar sedang menjalar di sinki. Eh, macam mana lipan boleh naik ke sini? Siapa yang membawanya? Biasanya cuma burung atau kumbang yang tersesat di tingkat teratas ini, sekarang lipan pun boleh sampai.
Nak biarkan saja atau aku kena bunuh lipan ini? Bunuh jer lah nanti kalau dibiarkan tak tahu sampai ke mana pula ia merayap. Jangan sampai ke bilik aku dah ler. Aku pun mencari-cari tukul, tapi tak berjumpa pula. Ahah, nasib baik ada knife holder, aku pun guna benda ni untuk di hempap pada lipan yang berbisa. Lipan nampaknya licik dan pintar melarikan diri. Aku kena jadi lebih pantas memukul pada sasaran.
Kena! Lipan jadi leper tidak bergerak-gerak. Aku biarkan saja bangkai lipan itu dalam sinki tanpa berniat untuk membersihkannya. Nanti bila housemates aku nampak, baru mereka tahu yang dalam rumah ni ada lipan.
3~ Seorang lelaki masuk ke restoran semasa aku sedang minum petang di situ. Dia meminta duit dari pekerja restoran kerana dia tak ada duit ingin balik kampung. Aku hanya memerhati keadaannya yang macam rupa mat pit itu. Pekerja restoran tidak kasihan dan enggan memberinya wang malah separuh menghalau. Lelaki pun pergi.
Mak cik tukang masak restoran itu ramah bercerita dulu pernah sekali ada seorang lelaki tua yang ingin meminta sedekah mendakwa anaknya sakit dan dia ingin menghantar anaknya ke hospital tetapi tiada wang. Lantas si mak cik membalas, kalau dah sakit hantar saja ke hospital itu – kalau tiada duit untuk membayar hospital akan memahami malah mungkin kosnya di tanggung hospital sendiri. Tak perlu meminta merayu duit di tepi-tepi jalan. Hantar saja anaknya ke hospital dulu – demikian mak cik jelabas berkata-kata. Lelaki tua cepat-cepat berlalu setelah menyedari taktiknya tidak menjadi.
4~ Pada pendapat aku filem I,Robot ada sedikit sebanyak persamaan dengan Resident Evil. Tetapi sudah tentu robot-robot itu nampak lebih bersih dan selesa berbanding zombie yang kelihatan menjijikan. Jika anda ingin mendapat sedikit visual tentang gambaran bentuk kehidupan yang lebih futuristik maka anda boleh menikmatinya menerusi filem ini.
Sama dengan filem Bicentennial Man yang memberi idea bahawa robot sangat berguna sebagai domestik helper menjadikan bukti bahawa tujuan robot di cipta adalah supaya manusia boleh bergelar “tuan”. Sejauh mana konsep tuan dan hamba boleh di pakai dalam kontek manusia dan mesin ini dibezakan oleh faktor emosi dan akal yang sepatutnya lebih mudah ditangani berbanding dalam kontek manusia sesama manusia.
Tuesday, August 03, 2004
Bebas Berlari, Berjalan, Bergerak dan Apa Saja
Kita tinggal dulu bercakap pasal hari Kebangsaan. Nanti dah sampai hujung bulan kalau aku ada mood kita sentuh balik tentangnya. Lebih baik kita imbas kembali apa yang aku buat minggu lepas... macamlah penting.....hehhe.... Masa pergi rumah kawan aku last weekend, cemas sikit aku di buatnya bila aku check-check wallet aku tak ada! Hilang kah? Atau aku lupa nak bawak? Macam mana kalau hilang? Seingat aku dalam wallet tu duit ada lebih kurang seratus ringgit. Kena report kat bank pasal kad atm hilang, kena report polis pasal IC hilang lagi – banyak kerja nanti tu.
Sebab aku ni jenis selamba jer, aku tak kisahlah wallet tak ada pun. Aku pinjam duit kawan aku untuk buat belanja makan. Lagi pun aku yakin yang aku tertinggal dompet tu di rumah. Bukannya aku tercicir di mana-mana. Namun jika ditakdirkan yang dompet aku tu benar-benar terjatuh hilang atau telah di copet orang, pasrah sajalah. Cuma aku tak boleh meronda jauh-jauh dari rumah kawan aku tu. Manalah tahu ada polis gila kuasa tiba-tiba tahan aku nak check IC, tak ke naya nanti.
Tengah aku berjalan dengan kawan aku tu, tak semena-mena ternampak dua orang pak polisi sedang interrogate dua orang minah Indon. Alamak, kena lari macam ni! Walaupun not likely yang polis tu akan panggil dan minta IC aku, namun baiklah kita berjaga-jaga. Aku cepat-cepat cari tempat untuk berhirap lalu aku masuk dalam kedai jual binatang peliharaan yang kebetulan terletak tidak jauh dari situ. Tak mahulah aku bertembung dengan mana-mana polis di saat aku tak bawa IC macam ni. Banyak pulak cengkadaknya nanti.
Aku pun pura-pura lah berminat tengok haiwan-haiwan yang kedai tu jual. Kawan aku tu pun tengok sekali masa ni pasal dia memang minat bela ikan. Selain ikan, binatang lain yang ada di situ ialah kucing, kura-kura, burung dan hamster. Kesian pulak aku tengok kucing yang kena kurung dalam sangkar tu. Monyok jer mukanya. Agaknya dia tak happy pasal tak dapat bergerak bebas. Hari-hari hanya duduk baring dan terseksa dalam dawai kurungan yang sempit dan melemaskan.
Sudahlah sempit dan kecik, environment dalam kedai tu juga memang tidak selesa. Terkurung berhimpit-himpit berkongsi ruang yang terhad hanya menganiayai fizikal haiwan berkenaan yang tidak dapat bergerak cergas. Dengan sangkar burung, sangkar hamster, akuarium kura-kura dengan bau binatang dan bau sisa-sisa najis berbaur menambahkan perasaan malan pada haiwan dan manusia yang memandang. Siapalah yang sanggup hidup setiap hari hanya dapat memandang jaring-jaring besi saja dengan tubuh badan terkurung di dalam. Duduk setengah hari terperuk di cubicle di pejabat ni pun dah menjemukan, tak sabar-sabar nak keluar waktu lunch. Ini kan pula memang kena duduk dalam sangkar.
Memang fitrah manusia suka bebas, merdeka. Bukan saja manusia, benda hidup lain macam kucing atau ikan juga ada garisah yang sama sukakan kebebasan dan tidak suka di kongkong. Mereka semua harus di beri peluang menikmati hidup merdeka dalam dunia mereka sendiri. Sebagaimana binatang-binatang dalam kedai itu yang sengsara terkurung dalam sangkar begitulah yang aku bayangkan pada orang yang kena tangkap dan masuk penjara, Nauzubillah. Jika haiwan tadi di kurung sementara menunggu orang membeli mereka manakala manusia dalam bui pula di penjara sementara menunggu hukuman dijatuhkan ke atas mereka.
Aku kena cepat-cepat balik rumah ni nak ambil IC. Apa agaknya hukuman untuk mereka yang berkeliaran tanpa IC? Tapi aku tidak mahu jadi naïf dengan membiarkan diri mengambil risiko yang bahaya. Berurusan dengan pihak berkuasa bukanlah satu agenda yang diingini dalam hidup ini. Apabila keluar dari kedai tu aku tengok kedua-dua polis tersebut masih ada di sana dan perempuan Indonesia itu pun masih ada juga. Tapi aku tidak menghiraukan mereka lalu terus menuju ke kereta dan kami beredar dari situ.
Thursday, July 29, 2004
Parkia Speciosa
Petai contain three natural sugars -sucrose, fructose and glucose -
combined with fiber, petai gives an instant, sustained and substantial
boost of energy. Research has proved that just two servings of petai
provide enough energy for a strenuous 90-minute workout. No wonder petai
is the number one fruit with the world's leading athletes. But energy
isn't the only way petai can help us keep fit. It can also help overcome
or prevent a substantial number of illnesses and conditions, making it a
must to add to our daily diet.
Depression:
According to a recent survey undertaken by MIND among people suffering
from depression, many felt much better after eating petai. This is
because petai contain tryptophan, a type of protein that the body
converts into serotonin, known to make you relax, improve your mood and
generally make you feel happier.
(Aku nak menelan petai ni pun rasa tension, bertambah-tambahlah depression aku …hehe…)
PMS (premenstrual syndrome):
Forget the pills - eat petai. The vitamin B6 it contains regulates blood
glucose levels, which can affect your mood.
(Dengan datang bulannya lagi, dengan bau petainya lagi ….. banyak-banyak bersabar jer lah)
Anemia:
High in iron, petai can stimulate the production of hemoglobin in the
blood and so helps in cases of anemia.
Blood Pressure:
This unique tropical fruit is extremely high in potassium yet low in
salt, making it the perfect to beat blood pressure. So much so, the US
Food and Drug Administration has just allowed the petai industry to make
official claims for the fruit's ability to reduce the risk of blood
pressure and stroke.
Brain Power:
200 students at a Twickenham (Middlesex) school were helped through
their exams this year by eating petai at breakfast, break, and lunch in
a bid to boost their brain power. Research has shown that the
potassium-packed fruit can assist learning by making pupils more alert.
(Macam tak percaya pula budak-budak Mat Salleh kat Middlesex tu makan petai. Tapi ada juga Mat Salleh makan petai seperti tuan punya blog ini)
Constipation :
High in fiber, including petai in the diet can help restore normal bowel
action, helping to overcome the problem without resorting to laxatives.
Hangovers:
One of the quickest ways of curing a hangover is to make a petai
milkshake, sweetened with honey. The petai calms the stomach and, with
the help of the honey, builds up depleted blood sugar levels, while the
milk soothes and re-hydrates your system.
Heartburn:
Petai has a natural antacid effect in the body, so if you suffer from
heartburn, try eating petai for soothing relief.
Morning Sickness:
Snacking on petai between meals helps to keep blood sugar levels up and
avoid morning sickness.
Mosquito bites:
Before reaching for the insect bite cream, try rubbing the affected area
with the inside of the petai skin. Many people find it amazingly
successful at reducing swelling and irritation.
Nerves:
Petai is high in B vitamins that help calm the nervous system.
Overweight:
Studies at the Institute of Psychology in Austria found pressure at work
leads to gorging on comfort food like chocolate and crisps. Looking at
5,000 hospital patients, researchers found the most obese were more
likely to be in high-pressure jobs. The report concluded that, to avoid
panic-induced food cravings, we need to control our blood sugar levels
by snacking on high carbohydrate foods every two hours to keep levels
steady.
Ulcers:
Petai is used as the dietary food against intestinal disorders because
of its soft texture and smoothness. It is the only raw fruit that can be
eaten without distress in over-chronicler cases. It also neutralizes
over-acidity and reduces irritation by coating the lining of the
stomach.
Temperature control:
Many other cultures see petai as a "cooling" fruit that can lower both
the physical and emotional temperature of expectant mothers. In hoiland,
for example, pregnant women eat petai to ensure their baby is born with
a cool temperature.
(Hoiland tu aku rasa typo error. Mungkin Holland – tak pernah dengar lagi negara nama Hoiland ni.... wah, Mat Salleh-Mat Salleh ni memang minat betul makan petai, sampai wanita mengandung pun makan)
Seasonal Affective Disorder (SAD) :
Petai can help SAD sufferers because they contain the natural mood
enhancer, tryptophan.
Smoking:
Petai can also help people trying to give up smoking. The B6, B12 they
contain, as well as the potassium and magnesium found in them, help the
body recover from the effects of nicotine withdrawal.
(Persamaan antara kedua-dua perkara ini - Perokok mengeluarkan bau busuk; bila dah berhenti jadi “Pemetai” juga mulut mengeluarkan bau busuk …harharhar …..)
Stress:
Potassium is a vital mineral, which helps normalize the heartbeat, sends
oxygen to the brain and regulates your body's water balance. When we are
stressed, our metabolic rate rises, thereby reducing our potassium
levels. These can be rebalanced with the help of a high-potassium petai
snack.
Strokes:
According to research in "The New England Journal of Medicine, " eating
petai as part of a regular diet can cut the risk of death by strokes by
as much as 40%"
Warts:
Those keen on natural alternatives swear that if you want to kill off a
wart, take a piece of petai and place it on the wart. Carefully hold the
petai in place with a plaster or surgical tape! So, you see, petai
really is a natural remedy for many ills. When you compare it to an
apple, it has four times the protein, twice the carbohydrates, three
times the phosphorus, five times the vitamin A and iron, and twice the
other vitamins and minerals. It is also rich in potassium and is one of
the best value foods around. So maybe its time to change that
well-known phrase so that we say, "A Petai a day keeps the doctor away”
Tuesday, July 27, 2004
That' 80s Show
Bila kami sampai saja, penyanyi pertama yang membuat persembahan baru saja selesai. Dalam auditorium masa ni penuh sesak dengan penonton. Walaupun artis yang di undang bukanlah bintang-bintang popular muda remaja masa kini tetapi sambutan penonton tetap hangat. Kami masih dapat duduk walaupun bukan di kerusi! Lagipun semua kerusi dah fully occupied. Pengacara malam itu Taufik Latiff yang mengulas sedikit pasal penyanyi pertama dengan mention perkataan Biduan, tahulah bahawa artis itu ialah Dahlan Zainuddin.
Seterusnya juruacara mengundang kumpulan duo rambut kembang Alleycats. Mereka mengalunkan medley lagu-lagu popular mereka yang masih diputarkan hingga ke hari ini. Aku tak pasti pulak semua tajuk-tajuknya tapi memang lagu tu jenis yang kita biasa dengar. Termasuklah lagu Jika Kau Bercinta Lagi yang kini di cover version oleh Flop Poppy. Trade mark ucapan Trima Kasseyy...! si David Arumugam tu kadang-kadang rasa macam overdone. Sikit-sikit dah lah.
Persembahan mereka diiringi oleh Orkestra DBKL yang telah menjalankan tugas memainkan muzik dengan sungguh enak di pendengaran. Biasanya kalau aku tengok orkestra kat tv tu rasa macam boring. Tapi bila tengok secara live ni rasa terhibur pulak. Pemain orkestra kemudiannya mempersembahkan instrumental lagu Fantasia Bulan Madu yang telah di gubah menjadi lebih sedap dan bertenaga.
Lepas tu muncul pulak Abon buat stand up comedy atas pentas. Aku rasa macam tengok rancangan hiburan kat RTM pulak. Thumbs up untuk Abon kerana berjaya membawa cerita-cerita kelakar secara konsisten dari satu topik ke satu topik sehingga gusi pun tak kering. Aku fikir buat lawak secara solo begini memang payah sebab kita tak ada back-up dari ahli-ahli yang lain maka idea lucu tu kena pantas supaya orang ramai tak putus ketawa. Di tambah dengan slang Jawa yang menjadi identiti Abon sendiri menjadi daya penarik sehingga Taufik bergurau dia terasa bagaikan di Indonesia pula.
Setelah puas bergelak ketawa tadi kini juruacara memperkenalkan pula seorang artis yang pernah menjadi johan Bintang RTM dan juga diingati kerana memakai baju dengan lambang hati dalam pertandingan Juara Lagu TV3. Dipersilakan Ramlah Ram! Artis yang satu ini memang sempurna nyanyiannya sama seperti kita dengar dalam kaset. Belaiu berjaya menarik nada tinggi tanpa gagal cuma fizikalnya saja nampak kembang sikit. Antara lagu yang disampaikan ialah Apa Khabarmu di Sana, Diam-Diam Jatuh Cinta dan Kau Kunci Cintaku. Taufik pula mention sesudah persembahan Ramlah bahawa dalam satu ceramah agama beliau hadiri mendakwa betapa popularnya lagu Kau Kunci Cintaku tersebut sampaikan si penceramah terbabit turut memasukkan tajuk lagu itu dalam isi ceramahnya.
Penghibur yang muncul seterusnya ini memang aku minat sejak dulu walaupun lagu pertama yang beliau nyanyikan malam itu aku tak tahu tajuk apa. Selalu dengan imej bandana atau cap atau apa-apa saja bahan penutup kepala, beliau telah berjaya mengembalikan nuansa retro pada suasana malam itu. Sementelah penari-penari latar semuanya menyarungkan wig afro yang mengalahkan rambut rasmi David Alleycats. Apabila lagu tadi berakhir Taufik enterframe kejap untuk menemuramah penyanyinya, Jay Jay.
Mereka memperkatakan tentang karier si penyanyi yang masih bertahan dari akhir tahun 70-an sampailah sekarang. Rupa-rupanya Jay Jay orang Kelantan walaupun aku tak pernah dengar lagi dia kecek Kelate. Cara dia bercakap Bahasa Melayu standard pun tak ada bau-bau budu. Lepas tu Jay Jay mendendangkan lagu yang beliau claim sebagai “lagu cari makan” berjudul Rindu Bayangan. Lagu ni dah overrated sebab selalu sangat dengar dan banyak sangat di buat cover version antaranya oleh Dayang Nurfaizah dan Nurul. Jay Jay mengakhiri persembahan bersama orkestra tersebut dengan lagu syahdu yang aku rasa jarang beliau bawakan bertajuk Kau Yang Tersendiri.
Turut memeriahkan aturcara malam itu ialah Latiff Ibrahim. Apa yang kelakar selepas menyanyi lagu kedua, Pilihlah Aku – beliau mengaduh mengah atas pentas sebab lama tak menyanyi. Penonton semua bantai gelak. Nampak sangat yang dia semput masa nak menarik nada tinggi, tanda tak cukup stamina. Satu lagi yang lawak bila beliau mention pasal perut pun dah boroi. Apa yang menariknya semasa menyanyi beliau adalah hyper dengan menguasai keseluruhan sudut pentas secara bergerak ke kiri dan ke kanan. Jadi segenap pelusuk auditorium dapat menikmati persembahanya secara totally. Bukan macam sesetengah penyanyi yang hanya pandai berdiri tegak seolah tiang lampu.
Latiff ialah artis terakhir malam itu. Kalau anda tertanya kenapa semua penyanyi yang membuat persembahan, semuanya veteran dan tidak begitu popular lagi? Kerana konsert orkestra tersebut bertemakan Pop 80-an walaupun aku rasa bukan semua artis tu benar-benar masyhur pada dekad itu seperti Dahlan dan Latiff yang lebih top pada 70-an. Dari dekad apa sekali pun mereka datang, aku rasa begitu terhibur dan tiada sebarang kecewa di hati kerana ke semua artis yang di undang sudah established dan lagi pun konsert tu free. Apa lagi yang dapat kita komplen dari satu show yang menghiburkan dan percuma.
Friday, July 23, 2004
Vozvrashcheniye
Kepada mereka yang ingin tahu, filem ini mengisahkan tentang kepulangan seorang bapa secara tiba-tiba setelah 12 tahun menghilang mencetuskan konflik emosi pada keluarganya. Andrey memang teruja untuk menghabiskan masa dengan si bapa yang hanya pernah dikenali menerusi sekeping gambar saja sebelum ini. Manakala adiknya Ivan agak was-was dan tidak begitu terdorong untuk menjalinkan hubungan dengan bapa tersebut. Kemudian si bapa membawa dua anak lelakinya itu pergi memancing di satu lokasi terpencil di utara Russia.
Ya, ini filem dari Russia dan rasa-rasanya aku belum pernah lagi menonton filem dari negara itu. Selama ini kalau kita menonton mana-mana filem memang ada watak-watak berunsurkan Russia tetapi selalunya stereotype. Menjadi penjahat atau pengganas dan yang seumpamanya lebih-lebih lagi bila mention pasal Perang Dingin. Teringin juga nak tengok sisi yang lain dari perspektif berbeza tentang masyarakat di sana. Asyik jadi orang jahat jer, macam dah tak ada kerja lain pula. Tapi ya lah, itu semua filem Hollywood tentulah mereka kena prejudis.
Sedikit trivia tentang filem ini, salah seorang pelakon utamanya Vladimir Garin yang memegang watak Andrey telah meninggal dunia tidak berapa lama setelah penggambaran filem ini berakhir. Apa yang sadisnya, beliau meninggal akibat lemas dalam tasik yang sama di guna sebagai lokasi penggambaran. Beliau khabarnya menyahut cabaran beberapa gadis untuk berenang di tasik tersebut. Ini berdasarkan apa yang aku baca kat website imdb.
Dayung...dayung sampan, sampan di tepi paya .....
Abah dah penat mendayung ni, giliran korang pulak
Memancing di tengah kabus .... misteri ....
Wednesday, July 21, 2004
Good Name, Bad Job
“Mana you tahu berita ni, ada sesiapa cakap dekat you ke?“ aku bertanya
“Tak adalah. I main agak jer,” kakak tu menjawab
“Tak baik main agak-agak macam tu. Menjadi fitnah pulak nanti”
“I cuma suspect jer,”
“Sama lah tu dengan agak-agak,”
“I curious tau mana dia dapat duit banyak-banyak nak operate mata dia tu. Bukannya murah pulak tu nak repair mata. Main ribu-ribu punya.
“Mungkin dia simpan duit sikit-sikit setiap bulan, lama-lama cukuplah nak buat lasik surgery tu,”
“Banyak mana dia nak simpan duit bulan-bulan, gaji dia sama jer dengan I.”
“Mungkin dia anak orang kaya,” terus aku guna skrip iklan syampu.
Aku malas nak layan kakak ni yang tak pasal-pasal menuduh budak perempuan tu kerja GRO. Setakat nak buat pembedahan lasik takkanlah sampai dia kena kerja part time jadi GRO kot. Bukannya mahal sangat bayarannya, macam aku cakap tadi, kumpul duit gaji tiap-tiap bulan pun boleh kalau ada displin nak menyimpan. Lambat bangat mesti cukup punya duit dia nak buat rawatan tersebut. Tapi kalau dia betul-betul jadi GRO pun aku peduli apa. Asalkan jangan sampai mati terbunuh dalam keadaan tanpa seurat benang dengan kisah-kisah dalam kelambu semua keluar dalam suratkhabar hari-hari sudahlah. Siap nama syarikat pun masuk sama.
Mungkin kerana dia bukan seagama atau sebangsa jadi aku tak rasa begitu terganggu kalau benarlah dakwaan kakak tadi berkenaan kerja sampingannya itu. Walau dari segi moral kita memang boleh memandang serong akan bentuk kerja tersebut tidak kiralah wanita itu dari keturunan apa sekali pun. Niat atau tujuan asal mereka menceburi bidang kerja begini walau sebagaimana suci atau ikhlas pun ia tidak akan dapat mengubah stigma masyarakat tentang elemen negatif yang bersangkut dengannya.
Sekarang GRO yang glamer tentulah Cik Siti Rahmah dalam perbicaraan pembunuhan pensyarah UiTM yang sedang hangat di mahkamah. (Bekas) GRO ini dilaporkan bekerja sambilan di sebuah kelab semasa masih bergelar penuntut di universiti itu lagi. Manakala yang telah meninggal dunia itu kita sedekahkan al-fatihah dan berharap si tertuduh yang di lepas bebas telah menginsafi segala aktiviti seks luar nikahnya. Sebelum itu kita juga ada “GRO kencing” yang di candid semasa sedang melepas hajat di dalam trak. Mungkin ada banyak lagi berita-berita menarik berunsurkan kerjaya ini yang aku lupa nak highlight. Pastinya nilai artikel yang mengangkat mereka ini sebagai bahannya menjadi sensasi, mengundang kontroversi dan selalunya negatif. Tetapi mengapa masih ada perempuan yang ingin menyandang jawatan begini?
Pelacur. Itulah yang akan bermain di fikiran kita apabila dikaitkan dengan karier sebagai GRO. Apatah lagi kita yang selalu tengok rancangan 999 atau Edisi Siasat memang dah semakin arif lah perihal kerjaya yang dimaksudkan. Selalu sangat adegan penyerbuan kelab-kelab malam dengan wanita genit bertubuh gebu mesti terpampang di berkas dengan alasan mereka tiada permit atau di bawah umur dan pengacara turut menyebut nama jawatan mereka sebagai GRO. Bila gambar di rakam jurukamera semua memalingkan diri, tertunduk-tunduk dan melindung muka dengan beg atau jaket atau di sebalik helaian rambut yang panjang. Entah malu disebabkan bekerja tanpa permit atau pun malu dengan pekerjaan itu sendiri.
Atau mungkin mereka memang ditakdirkan menjadi pelacur tak?! Tapi sebab bunyi pelacur tu terlalu daring, jadi mereka tukar kepada GRO. Nampak macam kerja pejabat sikit. Jadi orang kampung pun rasa respek bila dengar yang perempuan ni bekerja sebagai G R Officer. Mungkin perempuan-perempuan yang berjawatan GRO ini telah membuka laman web yang aku link ini dan menaip nama mereka. Dari situ kita boleh tahu apakah pekerjaan yang sesuai diceburi oleh kita berdasarkan aksara nama kita sendiri. Memanglah macam mengarut benda ni tapi manalah tahu ada yang take it seriously.
Selain nama sendiri, kita juga boleh cuba taip nama kawan kita, officemate atau jiran tetangga atau sesiapa sajalah jika kita curious nak tahu bidang kerjaya yang sesuai dengan mereka. Aku secara suka-suka cuba taip nama penuh salah seorang housemate aku dan keputusannya sungguh di luar dugaan. Kerja yang dicadangkan according to his name is prostitute! Sebab dia lelaki kita panggil male prostitute. Tidak hairanlah kalau dia asyik bertukar kerja saja dua tiga tahun kebelakangan ini, rupa-rupanya dia belum bertemu kerja yang “sesuai” dengan namanya. Kihkihkih ….
Tuesday, July 20, 2004
Tumpang Sekejap di Rumah Tumpangan
Sepanjang jalan Pudu macet dengan kereta yang berjejer menunggu giliran untuk melepasi lampu isyarat. Manusia-manusia yang bertali arus berjalan kaki bagaikan semut sahaja saiz mereka jika di lihat dari atas. Wajah KL berubah menjadi kekuningan dan keorenan kerana senja sudah menghampiri maka siang boleh berehat sekejap. Di tingkat ini bunyi bising seakan ilusi kerana kita tidak mendengar satu pun bingit trafik atau suara orang ramai yang selalunya mendominasi jalan raya. Hanya suasana hening dan damai yang menguasai. Tapi bila aku buka sedikit tingkap kecil di bucu, dengar jugak bunyi kuat angin menderu dan sayup-sayup bunyi kesesakan lalu-lintas di bawa naik ke atas.
Aku melawat kawan aku, Rule di bilik hotel tu di samping nak ambil barang yang aku order dekat dia. Dia duduk berdua dengan kawan satu syarikat di sana sempena ada training yang companynya anjurkan. Aku pun tumpang menempel sebentar di bilik mereka untuk melepaskan lelah. Biliknya memang besar, luas dan selesa malah lebih baik dari hotel yang aku bermalam bulan lepas. Sambil menonton tv aku bancuh air nescafe ’o’ dan borak-borak. Selain televisyen, bilik ini juga ada set hi-fi dan peti ais mini yang kosong tak ada benda. Perkakas lain ialah item-item biasa kita jumpa dalam bilik hotel yang standard. Di samping itu mereka turut sediakan perabot settee empuk ala kerusi Cleopatra yang boleh bertindak jadi katil tambahan kalau ada tetamu tak di undang malas nak balik ke rumah maka bolehlah suruh dia tidur kat situ.
Aku tekan-tekan suis remote tv nak cari stesyen apa yang mereka ada. TV1 tak clear langsung, berbintik-bintik. Tak kisahlah aku bukan nak tengok TV1 pun. TV2 agak jelas siarannya tapi aku tidak berminat menontonnya. TV3 lebih jelas dan lebih memuaskan begitu juga dengan ntv7. Selain tu ada siaran bahasa Arab – sampai 2 channel pulak tu. Begitu juga siaran tv negara India (aku rasa 2 channel jugak). Aku rasa saluran asing tersebut nak attract pelancong Asia Barat yang memang ramai kita jumpa kebelakangan ini berpusu-pusu di bandaraya. Selain itu ada stesyen berita antarabangsa Channel NewsAsia. Tapi 8tv tak ada, melepaslah aku nak tengok Alias malam ni. Pulak tu aku tak reti nak reset tv jenama yang menawan keluarga bahagia ni supaya mendapatkan rangkaian yang aku nak tengok tu.
Terpaksalah aku berpuas hati menonton TV3 saja. Dalam rancangan Misteri Nusantara dipaparkan kisah Makam Habib Nuh di Singapura yang di anggap karamah kerana percubaan pihak pemerintah mengalihkan makam berkenaan untuk membina lebuh raya tidak berjaya. Aku pernah baca kisah ni dulu dalam Mastika. Kisah yang agak seram pula berlaku di Kelantan (kampung Tok Jembal) bila penduduk mendakwa ternampak kelibat wanita merayau-rayau di waktu malam dan terdengar jeritan misteri yang menaikkan bulu roma. Sampai wartawan rancangan ni sendiri bila dia naik motosikal melalui kawasan yang di dakwa wanita itu pernah terjelma pun merasa seram sejuk. Padahal ada jurukamera depan dia.
Setelah puas bersantai dan menonton televisyen di rumah tumpangan itu aku pun balik ke rumah sendiri. Sesampai saja di tempat kediaman dapat sms dari housemate aku yang dia balik kampung secara mengejut. Housemate lagi satu memang dia dah cakap awal-awal yang dia nak balik kampung. Semua balik kampung. Tinggal aku seorang jer lah kat rumah malam ni dengan aku baru saja lepas tengok Misteri Nusantara. Hopefully tak ada mimpi yang creepy, scary dan yang sewaktu dengannya.
Friday, July 16, 2004
Ikhlas Tapi Jurnal
Tak tahulah aku kerja mana yang lebih memerlukan kudrat lelakinya tu, mengangkat barang-barang besar dan berat atau mencarik kertas. Seperti biasa aku malas nak panjang-panjangkan hal ni, biarlah dia buat kerja dia dulu. At least ada jugak kakak ni nak tolong, Oleh kerana kakak tu rasa tak aci kami berdua jer yang kena buat, dia pun panggil staff lelaki yang baru masuk kerja bulan lepas minta tolong sama.
Bila dah ada tiga orang yang buat kerja ni barulah nampak munasabah. Dapat juga selesaikan satu proses dulu sebelum minggu depan almari besi dimasukkan. Memandangkan aku ni malas nak exercise aku anggap ni lebih kurang macam acara bersenam sambil membuat kerja. Dua dalam satulah tu. Kita kalau boleh nak set-up minda yang positif dan happy bila sedang bekerja (walaupun kerja tu tak termasuk dalam terma job description anda). Kalau kita tengok surat pengesahan jawatan untuk sesetengah bidang, definisi tugas yang kena dilaksanakan mesti ada tertera ayat di bawah;
Performs miscellaneous job-related duties as assigned
Atau
Performs other tasks as may be assigned
Termasuklah bidang yang aku kerjakan sekarang ni. Maknanya adalah chance sengaja nak suruh / arah / perintah kita sesuka hati mereka berdasarkan klausa yang telah diberi. Nak tak nak kena buat juga tanpa banyak kerenah sebab dah termaktub dalam kontrak.
Aku dengan pengalaman berada di office yang sedang renovation atau berpindah randah ni memang dah lazim sangat. Pejabat aku sekarang ni pun bukan dalam posisi yang selesa kerana tahun depan atau dua tahun depan kami mungkin kena pindah juga. Apa yang pasti keluarga aku di kampung akan berpindah rumah akhir tahun ni. Masa tu memang aku kena balik dan tolong mereka pack barang dan bersihkan rumah tu sebelum kami meninggalkannya. Di office pula macam yang aku mention di atas, aku alihkan barang-barang tu ke ruang lain dulu dan buang mana-mana bahan yang dah tak berguna. Nanti kena susun pula fail-fail dan buku-buku tu dalam almari bila kabinet tu dah sampai.
Jadi kuli macam ni lah nasib. Merungut pulak aku ni. Selain dari exercise lagi satu faktor yang boleh membuatkan kita bersemangat dan insaf ketika bekerja ialah “Kita Masih Mempunyai Pekerjaan”. Walau pun masa aku angkat meja tu rasa macam kena torture dengan boss jer dan rasa diperkotak-katikkan. Tapi aku cuba bayangkan aku bukan tengah usung meja tetapi tengah usung fail resume ke sana ke mari? Belum tentu lagi hasil yang aku dapat walaupun fail tu jauh lebih ringan dari meja tadi. Itu baru bab bawa fail, belum masuk bab jumpa dengan para penginterviu dan bakal majikan. Itu lagi nervous. Dari segi BEBAN yang di pikul adalah lebih menyeksa kerana mental yang berat menerima tekanan di dalamnya. Itu belum lagi faktor penderaan menunggu keputusan interviu.
Bila aku fikir begitu tiba-tiba kerja sekarang yang aku anggap membebankan menjadi tidak terasa. Aku tak usahlah nak cemburukan kerja orang lain (contohnya memasukkan kertas dalam shredder) yang lebih ringan dari aku. Itu semua bahagian masing-masing. Apa yang penting aku kena ikhlas dan jujur dalam kerja yang aku lakukan sehari-hari. Ikhlas..ikhlas pun kalau aku asyik membebel dalam jurnal ni pasal apa yang aku kena buat semalam nampak macam kurang sikit point keikhlasannya tu. Tak apalah asalkan ia boleh melegakan hati sendiri dan aku puas bila dapat menulis sesuatu tentangnya. Lagi pun dari tugas yang membebankan itu lah aku dapat ilham untuk mengisi entry hari ini.
Wednesday, July 14, 2004
Raindrops Keep Falling on My Heat
Aku biarkan dulu. Diamkan saja selagi masih boleh bertahan. Aku memang perlukan mereka untuk cukupkan korum bayar sewa. Tak sanggup nak duduk sensorang. Lebih-lebih lagi bila aku rasa suspen atau seram jer duduk kat rumah tu, sekurang-kurangnya aku tahu mereka ada di bilik-bilik bersebelahan. Contohnya bila malam-malam aku alami nightmare seperti malam tadi. Aku terus terjaga dan susah nak tidur semula. Rasa seram sejuk dan suasana bilik hening. Padahal mimpi tu tak adalah seram mana pun.
Dalam mimpi tu aku dan adik-beradikku berada di depan sebuah rumah batu setingkat yang terbiar. Rumah tu berwarna putih, kelihatan biasa saja, tak ada nampak macam tipikal rumah berhantu. Tingkap nako rumah terbuka dan kita boleh nampak barang-barang di dalamnya. Tiba-tiba adik aku berkata
“Rumah ni misteri sikit sebab kadang-kadang tetiba jer radio dalam rumah ni berbunyi sendiri,“
Sesudah saja adik aku berkata demikian, tidak semena-mena sebiji radio yang kami boleh nampak dari luar mengerlipkan cahaya merah dan terus berbunyi. Lagu yang keluar dari radio tu ialah “You’re in Love” nyanyian kumpulan Wilson Phillips!
Memang tak seram langsung sebaliknya timbul nostalgik pulak. Entah-entah radio aku kat sebelah ni yang terpasang. Mungkin aku tak padam sebelum tidur tadi tak? Tapi bila aku check memang aku dah tutup radio tu. Aku check jam dah pukul 3 pagi lebih. Tidur sajalah walau pun hati ku berdebar-debar lain macam dan di luar hujan turun mencurah-curah dengan angin menderu keras.
On a happier note, hujan telah turun semula sejak akhir-akhir ini. Bagus untuk meredakan perasaan aku yang macam nak marah, gelisah dan nak mengamuk. Tidur pun akan lebih lena kalau kebetulan hujan turun waktu malam. Tengok air yang menetes dari langit ke bumi boleh menyejukkan jiwa yang berkecamuk. Selagi aku boleh terbias sedikit damai dari hujan yang mencurah, aku akan cuba bertahan dan mengalah.
Sunday, July 11, 2004
Naluri Emas
Bahaya woi, sekarang ni. Semua main bunuh-bunuh jer, dah tak selamat ke KL ni? Kejadian yang menimpa Darren tu boleh dielakkan kalau beliau bertindak untuk abaikan saja usikan pekerja-pekerja asing tu. Mereka tu lebih dari sepuluh orang, yang dia tu cuma seorang diri jer terkapai-kapai nak mempertahankan diri yang rapuh. Orang-ramai yang melihat well…. hanya mampu melihat sajalah. Siapa yang berani nak tolong? Mungkin mereka telah mendapat iktibar dari kejadian pahit yang menimpa Rosli Mohd Saad yang begitu baik hati ingin mengejar pencuri tetapi berakhir dengan tragedi.
Dulu, aku yang pernah ingin menolong seorang nyonya tua nak melintas jalan pun di pandang penuh curiga. Masa tu aku tengok bukan main payah lagi wanita Cina ni teragak-agak nak menyeberang jalan yang sibuk. Aku pun menawarkan diri nak pimpin tangan dia melintas bersama. Tapi nyonya itu menggeleng-gelengkan kepalanya sambil dia memegang dengan kejap beg tangannya di dada. Eh, orang nak tolong pun tak nak? Okey, tak apa. Aku lintas seorang kalau macam tu. Aku lebih kelihatan macam peragut agaknya. Bukan nampak macam a good Samaritan. Memanglah bengang campur malu, niat kita untuk berbuat baik tidak dihargai. Nyonya itu pun ada naluri prasangka dia sendiri.
Sampai bila kita kena terus hidup dalam syak wasangka begini? Sudah tidak selamatkah dunia di luar sana? Kita hilang seorang bakal peguam dan kita telah hilang seorang lelaki yang berhati emas. Apa yang bertambah ialah bilangan pesalah (atau belum di sabit bersalah) dalam penjara-penjara kita. Alangkah baiknya Darren dan tunangnya tidak pergi ke Uncle Don malam tu. Bukankah elok jika Sutriya Abdul Shukor terus saja berpatah balik ke rumah jika hatinya berasa tidak sedap apabila terpandangkan lelaki yang mencurigakan itu. Jadi tak adalah Darren dan pasangannya di provokasi oleh pemuda-pemuda kutu embun tersebut. Maka tak adalah Rosli akan turun dari van lalu mengejar peragut yang dimaksudkan. Aku teringat pula dekat filem The Butterfly Effect semata-mata kerana persamaan Darren dan watak yang di pegang Ashton Kutcher tu ialah mereka merupakan anak tunggal.
Kita tidak dapat mengelak malang. Nahas pula tidak berbau sebagai alamat untuk kita ambil langkah berjaga-jaga. Memang kita kena berwaspada sepanjang masa dan bertawakkal. Kalau kita ada naluri yang kuat dengan prasangka sesuatu tidak baik bakal berlaku, ikutlah naluri itu. Walau pun budak di tepi mesin ATM itu sebenarnya sedang menunggu kawan di situ dan bukannya nak merompak tapi aku cuma mengikut naluri.
Wednesday, July 07, 2004
Tobey, Spidey, Chicky
Malah status pemakan sayur itu juga menimbulkan sedikit masalah kepada pelakon ini semasa filem pertama Spider-Man dulu produsernya meluahkan adalah lebih baik jika Maguire dapat menjamah sedikit daging supaya dia dapat build-up his muscle dengan lebih cepat. Sayur atau pun ayam, aku kena dapatkan juga mainan berasaskan filem tersebut sebagai koleksi. Filem dulu restoran A&W yang di beri hak milik untuk menjadi rakan sekutu mempromosikan permainannya. Tapi pada masa tu aku kurang berminat untuk mengumpulkan merchandise filem ini bahkan aku tidak endahkan pun untuk menontonnya cepat-cepat semata-mata kerana mereka memilih Tobey Maguire jadi Spider-Man.
Sebenarnya agak was-was apabila mendengar nama budak muda ini yang berjaya memikat hati Sam Raimi sebagai superhero. Memang dia layak sebagai Peter Parker yang nerd, tetapi Spiderman? Tak silap aku antara pelakon lain yang turut datang audition ialah Wes Bentley yang pernah membintangi American Beauty dan Soul Survivor. Kalau Encik Bentley ini memang layak bergelar Spiderman kerana fizikal yang secocok untuk menyelamatkan dunia cuma jika dia nak berlagak seperti budak nerd tu yang nampak tidak meyakinkan. Manakala si Maguire ini yang pernah mempamerkan badannya dalam Ride with the Devil dan Wonder Boys memang kita tidak akan menggalakkan dia membuka bajunya lagi di dalam mana-mana filem selepas itu. Agaknya aku lupa yang mereka ini – pelakon-pelakon Hollywood adalah terlebih kaya – mereka boleh upah personal trainer atau menelan pil-pil tertentu, sekelip mata saja keadaan boleh berubah.
Filem pertama lakonan Maguire yang aku tengok ialah Pleasantville. Wataknya sebagai pelajar remaja yang terperangkap dalam dunia televisyen hitam putih. Masa tu tak kenal pun siapakah dia ini – lebih tertumpu pada Resse Witherspoon yang memang popular masa tu. Lagi pun vcd yang aku pinjam tu gambarnya tidak berapa jelas, dia punya adegan pulak banyak yang hitam putih, jadinya aku pun boring. Tak ingat sangat pasal filem ni cuma memorable scene yang aku ingat ialah masa watak emak mereka sedang berendam dalam tub mandi sorang-sorang lepas tu berlaku percikan api letrik di luar rumahnya.
Tidak berapa lama kemudian kawan aku ajak tengok wayang bertajuk A Cider House Rules semasa kami sedang berjalan-jalan di MidValley. Aku pun bersetuju jer lah tambahan pulak ini merupakan filem pertama Erykah Badu, penyanyi kulit hitam yang mempopularkan pemakaian turban. Maguire memegang watak utama sebagai budak lelaki yang ingin melihat dunia luar dan meluaskan pengalaman hidup. Jalan ceritanya menarik dengan tema abortion dan anak yatim membuatkan aku tidak teragak-agak untuk membeli vcdnya pula selepas itu. Memang dia sesuai berlakon watak begini kerana mukanya yang innocent itu membuatkan kita mudah bersimpati dengannya.
Seolah-olah dia dilahirkan untuk memeran karektor yang bercirikan ini, budak atau pelajar yang terasing, tidak popular dan semacam ada masalah. Tone suaranya yang mendatar, rendah dan lembut itu menjadi pelengkap pula dengan keadaan dirinya yang berimej nerd. Agaknya itulah kualiti yang Sam Raimi nampak pada Maguire yang aku tidak berupaya untuk menafsirnya sehinggalah dia berjaya menonjolkan aura Spider-Man dengan meyakinkan. Nampaknya dia tidak lagi di typecast sebagai budak lelaki yang monotonous apabila telah bergelar hero aksi sekarang.
Aku pun tak tahu nak expect macam mana kisah Spider-Man pertama ni dulu sebab aku bukan pengumpul komik dia (tapi aku pernah jugak beli satu dua) dengan peneraju utamanya pelakon yang kurang dikenali pula. Memang tidak sia-sia caturan produser mengambil Maguire kerana ia memungut 144 juta dollar semasa 6 hari pertama tayangannya di Amerika mengatasi semua rekod sebelum itu. Malah pengarahnya juga bukanlah nama yang sohor dalam pembikinan filem-filem blokbuster kini sudah boleh membuktikan yang sentuhannya menjadi. Mereka memang tidak di beri harapan besar untuk menggarap sebuah filem yang berasakan komik kesukaan ramai apatah lagi untuk mencatat kutipan box-office. Tapi tak cuba, tak tahu kan?
Selepas itu aku sangat bersetuju Tobey Maguire sesungguhnya memang adalah Spider-Man. Sampai aku tak tengok lagi Seabiscuit kerana rasa tak boleh terima yang dia ni pelakon dan bukannya penyelamat dunia yang sebenar. Mamat ni kena juga berlakon filem lain untuk mempelbagaikan watak, tak kan nak jadi Spider-Man saja sepanjang masa. Itu lah yang aku risau (dah start risau pulak) sebab kalau-kalau orang lain yang menggantikannya untuk watak itu, dapatkah Spider-Man dijiwai dengan begitu berkesan seperti mana Maguire? . Impian buruk ku hampir menjadi nyata apabila dia dilaporkan kurang berprestasi untuk berlakon sekuel filem ini kerana masalah tulang belakang. Gara-gara belajar menunggang kuda untuk Seabiscuit menyebabkan sakitnya bertambah teruk dan Jake Gylenhaal telah ready untuk menggantikannya.
Jake Gyllenhaal? Aku pernah menyaksikannya dalam The Good Girl di samping Jennifer Aniston dan diikuti The Day After Tomorrow. Aku terus lupakan Bentley apabila melihat muka Gyllenhaal kerana beliau saling tak tumpah macam Maguire. Tapi muka sama pun adakah dia boleh bergayut, melantun dan menzahirkan ekspresi superhero itu sebaik yang di bawa oleh pelakon sebelumnya? Tidakkah Maguire itu terlalu awal untuk menarik diri dan belum habis lagi aspek Spider-Man yang diterokanya dia sudah tidak mampu berlakon lagi? Berita baiknya dia segera pulih dari kecedaraan itu (mungkin semangatnya kuat) dan terus menyarung sut lelaki labah-labah untuk kedua kali. Gyllenhaal kena tunggu dulu.
Sekarang aku kena order Chicky Meals kerana menu ni saja yang bagi mainan percuma Spider-Man 2. Aku baru ada Doc Ock. Kena beli banyak lagi untuk melengkapkan kesemua keempat-empatnya. Tapi aku dah beli Mini Bucket, semata-mata nak dapatkan radio kecil Spidey.
Monday, July 05, 2004
Perasaan Ayam, Darah Daging Manusia
Perasaan ayam perlu dijaga
Saudara Pengarang,
PADA hari Jumaat lepas, saya ke pasar di tempat saya tinggal untuk membeli ayam, apabila sampai saya terus pergi ke tempat menjual ayam tersebut.
Bagaimanapun hati saya agak terdetik juga apabila melihat peniaga tersebut melapah ayam yang saya beli tadi.
Apa tidaknya, beliau menyembelih dan memotong di hadapan ayam-ayam hidup yang diletakkan di dalam sangkar bersebelahan tempat menyembelih.
Saya perhatikan ayam di dalam sangkar sambil berfikir, apakah agaknya perasaan ayam tersebut.
Saya tahu memang keadaan ini sudah lama berlaku dan orang lain termasuk saya sebelum ini pun tidak memandang berat akan perkara ini.
Bagaimanapun, saya berharap agar ada pihak yang prihatin dapat memperbaiki keadaan ini.
Saya rasa di mana-mana pun keadaan sama berlaku.
Saya berharap para peniaga dapat mengasingkan tempat menyembelih dan tempat sangkar ayam hidup agar ayam yang dilapah tidak dapat dilihat oleh ayam hidup tersebut.
PENCINTA HAIWAN, Merlimau, Melaka.
Officemate aku telah forward artikel di atas yang di petik dari Utusan. Membaca surat tersebut bagaikan deja-vu kerana aku sendiri pernah bekerja di pasar suatu ketika dulu dan setiap hari aku dapat melihat kejadian ayam di sembelih di hadapan masyarakat ayam yang lain. Bagi PECINTA HAIWAN yang cuma melihat keadaan itu tatkala beliau kebetulan sedang membeli-belah di pasar saja, aku pulak yang setiap hari perlu berada di situ dan setiap hari pula terpaksa berdepan dengan acara penyembelihan beramai-ramai ini tentulah menyimpan perasaan yang bukan kepalang sadisnya. Terutama bagi rakan-rakan ayam lain yang nak tak nak kena juga tengok ritual pengorbanan ayam yang menyeksa perasaan sungguh.
Oh, aku bukan kerja kat gerai jual ayam tu cuma area yang aku bertugas tu betul-betul mengadap tempat orang sembelih ayam. Mula-mula dulu memang trauma tengok acara begini “live“ di depan mata. Selalu sangat rasa simpati melimpah melihat ayam-ayam itu seolah-olah mental mereka kena torture. Nak lari tak boleh sebab terkurung dalam sangkar. Dah-lah di kurung, kena pulak menjadi saksi korban seorang sahabat tersayang. Sesudah itu, dimasukkan pula ke dalam tong beisi air panas untuk ditogelkan. Arrkkk…. Ngeri! Ngeri!
Rasa tak lalu nak makan ayam bila terkenangkan apa yang mata aku terpaksa lihat hari-hari. Tapi lama kelamaan kerana sudah terbiasa dihadapkan dengan benda yang sama aku sudah tidak berperasaan lagi selepas itu. Itu sudah fitrah alam kerana manusia adalah pemangsa tertinggi dalam kitaran makanan makhluk. Asalkan mereka di sembelih mengikut syariat dan dagingnya halal – maka tak perlulah kita nak rasa kasihan sangat. Tapi ada juga pelanggan yang datang sembelih ayam tu sendiri. Kebetulan aku kenal dengan pelanggan yang dimaksudkan – one of my teachers in school – memang warak orangnya, dia pakai serban masa mengajar tapi bukan ustaz. Lepas dia pilih ayam yang nak dibelinya dalam sangkar, dia pun sembelih ayam tu dengan seorang pekerja tolong pegangkan kakinya.
Agaknya cikgu aku tu tak yakin kot penyembelih-penyembelih kat situ menjalankan tugas mereka dengan sempurna. Tapi for sure dia kena tanda atau letak mark pada ayam yang dia sembelih sendiri tadi pasal lepas tu pekerja di situ campurkan sekali dalam tong air panas dengan ayam-ayam yang lain. Kalau tak mesti cikgu aku tu keliru pulak mana satu ayam yang dia sembelih, mana satu pula yang bukan? Memang berlaku kejadian customer komplen yang pekerja di situ sembelih ayam macam melepaskan batuk di tangga saja. Mereka kena berpandukan rukun-rukun sembelihan * supaya ternakan itu halal di makan. Sepatutnya kita semua berhati-hati berkenaan makan minum ni kerana ia akan menjadi darah daging yang mengalir turun-temurun selagi keturunan kita bernafas.
* Ustaz, apakah boleh dimakan ayam yang disembelih, tetapi terputus tengkoknya ketika disembelih.
Boleh. Rukun sembelih adalah seperti berikut:
·
Penyembelih.
o Muslim atau ahli kitab (yang betul-betul beramal).
o Dengan sengaja dan menebut nama Allah.
· Yang disembelih.
o Binatang yang halal.
o Urat pernafasan dan urat tempat lalu makanan wajib
putus.
· Pekakas sembelih.
o Hendaklah tajam dari alat yang boleh ditajamkan.
Oleh yang demikian putusnya tengkok atau leher ayam tersebut tidak membatalkan syarat atau rukun sembelihan diatas. Walaubagaimanapun perlu dilihat pula dari segi lain iaitu penyembelih itu berdosa jika dia sengaja memutuskan leher ayam tersebut yang boleh dikira melakukan satu kezaliman kepada ayam tersebut.
* di petik dari http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/himpunankemusykilanagama.htm
Tuesday, June 29, 2004
Please Prepare Plastic Bag (or tupperware, whatever ....)
Seperti biasa aku akan bertindak sebagai tourist guide kalau ada sesiapa datang berkunjung ke bandaraya ni – macam family aku yang datang dulu. Seperti biasa juga kami mesti akan berkunjung ke Times Square! Urghh… aku rasa macam dah tak bermaya masuk dalam ni – asyik pergi Times Square jer. Nasib baik kawan aku tu dah pernah ke sini, jadi tak payahlah aku nak bawak dia ke serata ceruk. Malah dia lebih advance lagi, dah mencuba segala permainan di Cosmo World. Tak macam aku, penakut sikit.
Nasihat dia kalau nak cuba naik roller coaster ke, merry-go-round ke, pastikan yang perut anda kosong, jangan makan dulu sebab nanti tak pasal-pasal boleh membuatkan usus anda meragam. Masa dia naik dengan rakan-rakan dia dulu, ada juga yang muntah. Bukan setakat naik benda yang berpusing-pusing saja boleh menyebabkan anda muntah, kalau naik kenderaan pun boleh juga membuatkan kita rasa macam tu terutama untuk perjalanan jauh. Kalau perjalanan tu tak jauh pun tetapi TINGGI besar kemungkinan kita akan muntah juga.
Seorang kawan aku pernah naik light aircraft di Subang untuk bersiar-siar di udara Lembah Klang. Pesawat tu cuma muat untuk dua orang saja – oleh kerana bilangan yang nak naik tu ramai jadi kenalah bergilir-gilir. Sebelum naik setiap seorang dari mereka dibekalkan satu plastik beg. Tujuannya kalau ada penumpang yang tak tahan loya mereka boleh melambakkannya dalam plastik tu. Memang betul pun bila pesawat mendarat terdapat juga penumpang yang memegang sebungkus plastik berisi bahan kumbahan dari mulut mereka. Nasib baik bagi plastik beg, kalau bagi tupperware - nanti orang ingat bubur apa pulak dalam tu ...kihkihkih...yikess! Gross.
Cukup. Cukuplah cerita pasal muntah, tak pepasal aku pulak yang termuntah atas keyboard ni. Walau pun dah banyak kali aku ke Times Square, itulah kali pertama aku masuk ke McDonalds cawangan kompleks ini. At least tak adalah aku nak merayau kat area yang sama sahaja. Sambil menjamu selera kami boleh menyaksikan orang ramai sedang mencuba segala jenis mak nenek permainan di amusement park tersebut. Tak nampak pulak kalau-kalau ada orang yang muntah setelah menaiki roller coaster tu – kalau tak, mesti aku tak lalu nak makan. Dah lah aku makan bubur ayam masa tu! Sesambil makan bubur ayam McD kawan aku bercerita pasal kawan dia yang muntah masa naik one of the rides kat situ last time. Errk! Eloklah tu cakap pasal muntah masa orang tengah makan bubur. Tapi aku tak geli pulak, maybe aku tengah lapar tahap maksimum, tak ada masa nak geli-geli.
Sekali lagi cukuplah bercakap pasal muntah. Oleh kerana aku tak bawak baju extra, aku pun pergi beli baju baru. Tak kan aku nak pakai baju hari tu untuk esoknya, busuk oi! Aku tak shopping kat Times Square, aku pergi Parkson sebab ada diskaun sampai 70%. Kemudian kawan aku tu nak beli dvd games pulak. Aku yang memang buta pasal game ni pun ikutlah dia mencari game-game yang memang di luar pengetahuanku. Selain dari playstation, kita jugak boleh guna XBOX untuk mainkan game rupanya. Masa kat Times Square tadi juga singgah kedai Toys – macam budak-budak pulak rasanya. Aku rasa mak dengan bapak budak kat KL ni tentu phobia bawak anak-anak lalu kat kedai Toys sebegini, harga bukan main ganas lagik. Main ratus-ratus punya. Aku suggest beli Ding Dang jer lah, dapat jugak toys dalam kotak Ding Dang tu, percuma jer…..haha…
Hotel yang kawan aku duduk tu, serupa saja keadaannya dengan hotel-hotel lain. (Hotel-hotel yang “jual ayam” kat Chow Kit tu tak tahulah pulak macam mana). Cuma yang tak bestnya pasal hotel ni ialah view dia. Tingkap dia mengadap ke bumbung-bumbung zink bangunan seakan gudang (atau bengkel lama) yang dah reput dan usang. Memang mencemarkan pandangan.
Sunday, June 27, 2004
Mari Mengarang
Cakap pasal bahasa Inggeris, ada seorang officemate aku yang belajar part-time di kolej swasta minta aku tolong dia buat karangan dalam bahasa tu last week. Segan jugak nak tolong orang ni pasal aku punya English pun tunggang langgang. Tapi sebab dah beria-ia sangat perempuan ni mintak aku tolong dia – aku pun dengan baik hatinya pergilah tolong. Mula-mula aku pun suruh dia compose dulu karangan tu siap-siap, nanti bolehlah aku check dia punya grammar ke, edit ayat-ayat dia tu ke – hhehehe…... macam bagus!
“Aku memang dah siap tulis dah cuma aku nak kau ajar aku macam mana nak letak gambar dan tambah grafik kat karangan aku tu, biar cantik sikit,” beritahu dia.
“Ooo.. macam tu… nanti aku try ajar, aku pun bukan pandai sangat,”
Macam manalah aku boleh perasan dia nak mintak aku tolong dia dalam grammar pulak ni. Mesti dia pun tahu yang bahasa Inggeris aku tahap inferior jer. Aku pun suruh dia emailkan karangan dia tu bila aku dah free nanti aku boleh buat. Bila dapat jer email dia tu dan aku baca, mak datok… punyalah sempoi ayat English dia, kalah budak nak ambik UPSR. Nak tak nak aku kena edit juga karangan dia pasal terlalu tak sedap. Tak setaraf dengan kedudukan dia yang tengah menuntut di kolej. Lagi satu, karangan dia pendek bebenor, walaupun lecturer dia suruh buat hanya dalam satu muka surat tapi janganlah sampai buat dua tiga baris jer. Contoh karangan adalah seperti di bawah. (beberapa perkara telah di ubah untuk melindungi kepentingan si penulis asal...hehhehe..)
I enjoy food most of the time, especially kuih cek mek.
At the moment, I am working as a tea lady while studying in Kolej Baginda as a part-time and my course finishes very soon.
The place that I always wanted to go is Vanuatu Island. That is in my dream…hopefully it will come true one day.
Begitulah lebih kurang bunyi karangan yang officemate aku tulis tu. Aku tak sampai hati membiarkan dia hantar karangan macam tu. Aku pun tulis balik karangan dia ni ikut idea asal seperti apa yang dia dah buat. Lepas tu aku tambah lagi dengan ayat-ayat lain biar panjang. Dah siap semua tu, baru aku beritahu dia
“Sorry yer, karangan yang kau buat mula-mula tadi, aku dah buat balik – pasal yang kau tulis tu nampak macam err....,“
“Macam ’kampung’?“ dia bertanya.
“Errmm... lebih kuranglah. Takkanlah aku nak biar kau submit karangan macam tu kat lecturer kau, aku pun buat yang baru,“
”Ye ke? Thank you bebanyak. Nanti aku belanja kau makan,” Kemudian dia baca composition yang aku dah edit tu.
“Habis grafik dan picture yang aku suruh kau create tu, tak ada pulak?”
“Laa…. aku lupa nak buat, nanti aku tolong,”
Tapi aku tak buat pun grafik-grafik tu semua sebab aku tak pandai. Last-last dia pulak yang terpaksa ajar aku. Eloklah tu, lagi pun itu assignment dia kan? Bila semua dah siap, dia pun tunjuk kat aku suruh aku komen. Tak cantik langsung cara dia decorate karangan dia tu, aku pun dengan kepandaian yang tak seberapa ni, pergilah edit balik. Nasib baik dia suka dengan hasil kerja aku tu. Petang tu dia pun submit disket karangan tu kat lecturer dia.
And the next weeknya dia cakap kat aku yang karangan tu tak keluar kat skrin komputer. Hah, tak keluar, buat penat je aku buat!
“Karangan tu keluar tapi dia punya grafik tu yang tak keluar – kau save betul-betul tak dalam disket tu?“ dia bertanya.
“Aku dah save lah. Lepas save tu aku check balik ada tak file tu dalam drive A. Lepas confirm semua ada baru aku bagi kau disket tu,”
“Habis kenapa gambar-gambar tu tak keluar dalam assignment tu hah?”
“Entah ler tapi yang pentingnya karangan tu keluar,”
Tapi aku tak berani pulak nak tanya dia berapa markah yang lecturer dia bagi atas karangan yang aku buat tu. Rasa seronok pulak tolong orang buat assignment macam ni walaupun sebenarnya aku tak patut buat macam tu. Lain kali aku kena ajar dia sikit-sikit cara mengarang dalam bahasa Inggeris, bukannya aku yang bantai buat sampai siap. Kalau macam tu sampai bila dia dapat belajar sendiri.
(Karangan yang dah siap tu mintak maaflah tak dapat aku nak paparkan di sini kerana hak cipta terpelihara)