Wednesday, April 28, 2004

Disturbing Behaviour

Seksa sangat ke nak menghabiskan masa lima tahun di sekolah menengah? Apa yang payahnya dengan belajar? Cikgu kat sekolah tu garang sangat ke? Tentu ada sebabnya. Atau mungkin ada sekumpulan gangster atau pembuli di sekolah yang suka buat huru-hara? Suasana sekolah yang tidak selesa agaknya? Nak selesa macam mana lagi. Lagi pun cuma setengah hari saja masa yang perlu mereka habiskan di situ. Kemudian boleh balik. Seminggu hanya lima hari yang mereka perlu datang ke sekolah. Kalau dalam bulan itu ada cuti umum atau cuti penggal, maka bertambah kuranglah waktu persekolahan mereka. Itu pun mereka masih malas nak ke sekolah, masih ingin ponteng.

Apa masalah budak-budak sekarang ni yang degil sangat suka menyusahkan ibu bapa dan masyarakat? Nak jadi apa besar nanti kalau malas belajar. Cukupkah dengan tahap pendidikan setakat PMR atau yang lebih inferior dari itu. Apa yang mereka cari di luar dengan tuang kelas dan melarikan diri dari sekolah? Tidak puas lagi cuti hujung minggu dua hari keluar berfoya-foya, melepak dan berpeleseran. Tak kan mereka nak masa melepak LIMA HARI dan masa sekolah DUA HARI pulak kot? Melampau. Mana cukup cikgu-cikgu nak cover semua syllabus dalam masa dua hari saja. Nak harap belajar sendiri, itu lah dia – malas pulak. Orang nak mengajar dia dalam masa lima hari tu, dia pulak ponteng-memonteng.

Duduk melepak, menghisap rokok dan menghabiskan masa dengan sia-sia tidak akan membawa mereka ke mana-mana. Percayalah mereka akan menyesal bila telah dewasa kelak. Apatah lagi pihak polis khabarnya akan memberkas pelajar-pelajar yang didapati ponteng pada waktu yang sepatutnya mereka berada di sekolah. Sudahlah malas belajar, ada rekod polis pula. Memang menconteng nama baik ibu bapa dan orang kampung saja. Rekod polis itu nanti mereka akan bawa sampai ke tua. Nak minta kerja pun orang akan berfikir seribu kali disebabkan oleh secalit kesalahan. Paling malang jika berlakunya sebarang kejadian jenayah di tempat tersebut, mereka dengan mudah akan menjadi kambing hitam akibat rekod polis yang telah terbukti. Ini semua gara-gara ponteng sekolah masa kecil dulu.

Apa agaknya penyelesaian lain yang ada untuk kita menangani krisis remaja bermasalah yang suka ponteng sekolah ini selain dari pihak polis memberkasnya? Kita boleh menggunakan kaedah “Twilight Zone“

Sinopsis dari siri supernatural Twilight Zone bertajuk “Evergreen“. P/s : Sinopsis ini tidak seratus peratus tepat kerana penulis tidak dapat mencari transkrip sepenuhnya di internet.

Sebuah MPV menghampiri satu pagar di kawasan kediaman yang kelihatan eksklusif. Mereka bertanya pada si pengawal adakah itu tempatnya yang dinamakan Evergreen Estate. Pengawal mengiyakan dan setelah mendapatkan pengesahan mereka dibenarkan masuk. Turut terlihat pada masa itu ialah beberapa orang sedang berhimpun sambil menangis hiba seolah berkabung tetapi mereka bukan berada di kuburan sebaliknya sedang menanam sebatang pokok.

Keluarga Winslow berpindah ke estet tersebut kerana ingin membentuk sahsiah anak perempuan mereka Jenna yang liar dan tidak terkawal. Tubuh Jenna bercacah, berpakaian imej punk, berbahasa kesat dan tidak menghormati orang tua. Seorang lagi anak Winslow, Julie pula sangat berbeza dari perangai kakaknya itu. Dia lebih bersopan-santun, lembut dan berbudi bahasa. Walaupun agak keberatan untuk berpindah ke tempat baru itu, dia terpaksa juga menurut kerana ingin melihat kakaknya berubah. Lagi pun kedua ibu bapanya telah menghabiskan segala harta benda mereka semata-mata supaya mereka dapat menetap di Evergreen.

Jenna pula memang tidak setuju langsung dengan idea berpindah ke sana kerana ia akan menyekat kebebasannya nanti. Memandangkan dia tidak ada pilihan lain maka dia terpaksa beralah. Tidak jauh dari situ terdapat sekumpulan remaja berpakaian seragam yang sedang berbaris dengan penuh disiplin. Jenna melihatnya dengan rasa sangsi dan tidak sedap hati. Apabila keluarga Winslow sampai saja di rumah yang telah disediakan, mereka menikmati lemon juice untuk menghilangkan dahaga.

Segala-galanya berubah menjadi mimpi ngeri bagi Jenna apabila dia bangkit dari tidur keesokkan harinya apabila tatu pada badannya telah dipadamkan manakala rambutnya yang tercacak berwarna-warni itu telah bertukar mayang mengurai ke warna semulajadi. Dia memeriksa pula almari dan mendapati pakaian ala minah rockers yang selalu dipakainya semua telah hilang sebaliknya dipenuhi dengan berpasang-pasang baju seragam. Dia pun menjerit histeria. Julie yang telah siap berpakaian serupa menyabarkan kakaknya itu. Jenna menuduh ibu bapanya yang merancang agenda ini tatkala dia pengsan semalam. Baru dia sedar bahawa jus lemon itu telah di letak sedatif supaya memudahkan mereka melakukan transformasi ini.

Walaupun dalam keadaan memberontak dia terpaksa juga menurut kemahuan orang tuanya itu di samping adiknya sendiri yang tidak jemu-jemu memberi kata-kata perangsang kepadanya. Namun dia masih berusaha mencari jalan untuk melarikan diri dari situ. Di sekolah dia secara tidak sengaja tertarik pada seorang pelajar lelaki yang juga kelihatan rebellious. Ketika dia menghisap rokok dalam belukar tiba tiba dia dikejutkan dengan kehadiran seseorang. Rupa-rupanya pelajar itu, Logan turut memerhatikannya malah menawarkan diri untuk membantu Jenna melepaskan diri dari terkongkong di estet berkenaan.

Di luar pengetahuannya, Logan rupa-rupanya telah banyak kali menimbulkan masalah di sana malah pernah tertangkap dan di hukum masuk ke sekolah tentera yang keras di panggil Arcadia. Tetapi dia tidak pedulikan semua itu. Apa yang penting ialah dia dapat hidup bebas, liar dan lari dari kawalan undang-undang yang sungguh menyeksakan. Dia meminta supaya Julie merahsiakan pakatan ini tetapi adiknya itu kelihatan teragak-agak malah amat bimbang dan gusar. Suatu malam pada waktu yang di anggar selamat, Jenna telah menyusup keluar senyap-senyap untuk bertemu Logan. Namun di luar jangkaannya pihak pengawal Evergreen tiba-tiba muncul dan memberkas Logan di rumah itu. Dia memerhatikannya dengan sungguh cemas lalu berpatah balik ke rumah sendiri. Namun dia tidak bernasib baik apabila dia juga turut di tangkap oleh askar-askar Evergreen yang sedang berkawal ketika itu.

Siang pun menjelma. Keluarga Winslow tersedu-sedu di halaman rumah mereka sambil beberapa orang menanam sebatang pokok. Terbongkarlah bahawa sebenarnya pelajar bermasalah yang tidak dapat dibendung lagi akan di bunuh saja oleh penguasa Evergreen Estate. Lalu ibu bapa yang malang itu akan dihadiahkan sepohon pokok sebagai memperingati anak mereka yang telah dibasmikan. Winslow bagaimanapun masih bernasib baik kerana ada seorang lagi anak mereka Julie yang boleh diharap. Ibu bapa Logan pula hanya tinggal sepohon pokok untuk menandakan mereka pernah mempunyai seorang anak kerana Logan ialah anak tunggal mereka.

Daripada mereka hidup sebagai manusia dengan menyusahkan orang, lebih baik mereka menjadi pokok saja yang bila besar nanti dapat juga menghijaukan alam sekitar dan menjadi tempat orang lain berlindung dari panas terik matahari.

Tuesday, April 27, 2004

Pulut Kenduri

Nota : Ini cerita Jumaat lepas 23 April 2004.

Hujan masih turun antara lebat dan renyai seusai solat Jumaat. Berfikir dalam hati sama ada hendak tunggu sekejap dalam masjid atau redah saja hujan yang merintik? Ada jemaah yang bawa payung terus keluar tanpa risaukan kebasahan. Aku pulak tak bawa payung walaupun langit sudah pun gelap semasa keluar menuju ke masjid tadi. Main redah sajalah, bukan lebat sangat pun.

Tiba-tiba dalam aku terkocoh-kocoh berlari, hujan turun dengan lebih deras dan aku pun seberapa pantas mencari tempat perteduhan. Aku berlindung sekejap di situ daripada membiarkan baju dan seluar menjadi terlalu kuyup. Bersama aku ada ramai lagi jemaah lain yang turut tergendala untuk meneruskan perjalanan balik ke pejabat masing-masing.

Lama juga kami semua menanti di situ sementara hujan berhenti. Dalam setengah jam kemudian setelah hujan mula kelihatan rintik-rintik, aku dan beberapa yang lain mengambil keputusan untuk berlari saja. Tak boleh nak tunggu sampai hujan tak ada setitik langsung atau pun sampai matahari keluar bersinar. Tak tahulah sampai pukul berapa nak tercongok kat taman lagi kalau macam tu. Berjam-jam agaknya.

Sampai di pejabat dekat-dekat pukul 3 maknanya tinggal lagi dua setengah jam sebelum balik. Yeaa..! Malas nak kerja betul aku ni. Lagi pun weekend dah dekat dan malam itu ada majlis makan-makan pula : ) makin tak sabar jadinya. Kenduri doa selamat tu di buat di Gombak, rumah mak cik yang kerja satu tempat dengan housemate. Oleh kerana aku dah start lapar selepas balik kerja tu, aku pun makan nasi dulu. Petang-petang dah makan nasi siap dengan lauk masak lemak rebung (see, I like rebung very much) – minus the rebung lah. Aku ambik kuahnya aje. Siap dengan ikan goreng dua ekor.

Dalam pukul 9.30 malam barulah kami tiba di rumah mak cik yang dimaksudkan. Hujan turun agak lebat juga masa tu. Ingat dah selesai dah orang baca yassin, bolehlah terus makan. Rupa-rupanya, orang-orang surau tu belum sampai lagi. Dalam pukul 10 lebih baru nampak kelibat mereka. Mereka hadir di satu kenduri lain kat rumah berhampiran sebelum tu. Maknanya dua round makanlah malam ni. Orang dah jemput, tak kan nak tolak rezeki pula. Lagi pun acara doa selamat begini kalau disertai oleh alim ulama atau ustaz nampaklah barakahnya. Masa tu yang dah datang adalah kaum-kaum ibu, kanak-kanak dan budak-budak muda kaki lepak (macam mat rempit jer gayanya.. hehehhe...) memang jenis tak sesuai langsung nak jadi kepala majlis doa selamat. Aku ni pula termasuk dalam kategori tak layak lagi.

Apabila tok imam sampai kami pun start baca yassin. Sejurus kemudian berdoa dan barulah diikuti dengan makan-makan. Nasib baik aku dah jamah nasi petang tadi maka aku tak adalah rasa kebuluran. Lambat juga nak tunggu masa makan-makan tu hampir pukul 11 malam baru dapat menjamu selera. Aku turut meringankan tulang membantu mengedarkan talam hidangan untuk orang-orang lelaki yang duduk bersila dalam kelompok. Menu majlis doa selamat tersebut ialah nasi bukhari (aku rasa macam nasi minyak jer, cuma nasi dia berwarna-warni), ayam masak merah, agar-agar, pajeri timun campur lobak, gulai daging, mihun goreng, keropok dan air sirap / air teh o panas.

Sebelum balik tetamu semua dibekalkan dengan pulut kuning yang disimpulkan kecil comel dalam plastik bersekali dengan kuah gulai daging. Ikut pengalaman aku di kampung, biasanya tuan rumah akan bagi baki nasi atau lauk-pauk seperti yang mereka sajikan itu juga untuk tetamu bawa balik. Kali ini, tuan rumah bagi pulut kuning yang memang tidak dihidangkan sekali pada masa itu. Mungkin mereka ingin tonjolkan kelainan dengan menghadiahkan makanan lain sebagai tanda berterima kasih. Atau pun sebagai buah tangan untuk orang di rumah yang tidak dapat menghadirkan diri? Mana-mana jer lah, asalkan niatnya ikhlas.

Aku fikir lebih elok bagi nasi, mihun atau lauk-pauk yang berlebih itu saja. Mungkin saki baki makanan tu tuan rumah nak bagi pada jiran-jiran juga. Bersyukur sajalah dah orang bagi pulut kuning tu encik. Aku ambil sampai empat bunjut pulak tu! Dulu-dulu, mak aku akan masak pulut kuning ini untuk di beri pada tok guru mengaji setiap kali kami adik-beradik khatam mengaji Quran. Pulut kuning senang nak jumpa masa kenduri kahwin yang dijadikan tempat di cucuk bunga telur di sisi pelamin. Tak tahulah pulak aku lepas habis saja bunga telur tu dibagi-bagi, pulut kuning berkenaan di buat makan atau tidak. Sebelum tidur aku merasa dulu pulut kuning tu walaupun perut dah sendat dengan nasi bukhari. Biasalah pulut, mestilah melekit tapi rasa dia sedap di lawan dengan gulai daging yang pedas.

Friday, April 23, 2004

Chicken Confession

Berbalik pada cerita aku makan-makan di Pizza Uno last week, sebenarnya tak ada yang gempak pun pasal benda tu. Kalau aku ada kamera, aku dah rakam dah suasana restoran tu dan up-load dekat website ni. Senang kerja. A picture can tell a thousand words, right? Klik pada apa yang aku makan, klik pada dinding restoran, klik pada shopping complex – kemudian letak caption pada setiap foto. Dah siap satu entry. Lebih mudah macam tu kan? Tak payah susah-susah memerah idea menulis panjang-panjang.

Aku kalau boleh ingin mencari ayat yang sedap di baca (sekurang-kurangnya aku sendiri yang rasa sedap bila membacanya).Aku kena kurangkan bahasa slanga – bahasa pasar yang dipertuturkan sehari-hari. Sebab semua itu sudah biasa kita dengar dalam hidup seharian kita, malah kita bercakap pun guna bahasa pasar bukan? Jadi, semasa menulis aku ingin melarikan diri dari kebiasaan. Aku enggan gunakan bahasa bercakap lagi. Aku cuba juga rangka ayat-ayat macam buat karangan sekolah walaupun dalam struktur nahu yang tunggang-langgang. Tapi aku tak kisah kalau baca jurnal orang lain yang guna bahasa slanga ke, bahasa rojak ke – asalkan apa yang empunya jurnal tulis itu menarik minatku untuk mengikutinya.

Ini soal kepuasan. Dalam apa saja benda yang kita buat, mesti ada minat yang akhirnya menzahirkan kepuasan. Begitu juga dalam setiap kali aku menulis sesebuah entry, aku fikir biarlah sekurang-kurangnya aku merasa puas apabila ia terbit di laman ini. Tetapi perasaan puas yang mutlak memang sukar untuk kita capai kerana biasanya setiap kali selepas aku publish sesebuah entry aku pasti merasa malu. Yes people, now you have my confession. Aku rasa puas sekejap lepas tu aku tiba-tiba rasa segan pulak bila mengingatkan balik apa yang telah aku tulis. Gila agaknya.

“Tak apalah, diorang bukannya kenal kau pun – tulislah apa-apa benda yang kau suka. Buat apa nak malu-malu,” pujuk hati sendiri.

Bagi pengelakkan entry ini dari melencong masuk ke bab kepuasan dan ke”malu”an, kita terus saja pergi ke Pizza Uno. Sebenarnya aku teringin nak makan ayam grilled yang terdapat pada menu tapi manager dia kata dah out of stock. Aku nak order carbonara tapi aku dah pernah try carbonara with meat balls di San Fransisco Café yang penuh keju berkrim sampai naik muak. Mesti rasa dia sama jer dengan cabonara di sini. Aku pun order fried chicken walaupun lagilah aku dah biasa makan ayam goreng. Masa tu tengah buntu tak tahu nak pesan apa. Sepatutnya aku datang makan berteman supaya kami boleh discus apa yang sepatutnya di order dan aku boleh bertukar-tukar makanan.

Memang sepatutnya aku datang makan dengan kawan (sekurang-kurangnya seorang) kerana ayam goreng yang aku order tu sungguh besar! A half chicken rupanya. Macam mana aku boleh tak perasan dalam menu tu ada tulis half chicken tadi. Besar sangat. Ayam belanda agaknya. Ayam goreng tu dihidangkan sekali dengan salad bersalut thousand island dan chips. Boleh habis ke ni ayam separuh dengan sekali hadap? Hatiku berbisik. Sebelum ni memang aku TIDAK PERNAH order ayam sebesar itu dan ianya tidak semena-mena membuat aku cemas. Memang membazir saja kalau tak dapat habis.

Namun aku mula menghiris ayam itu berhati-hati. Isinya empuk dan garing kelihatan menyelerakan. Hidangan ayam itu dilengkapi dengan sos barbecue mungkin, aku tak ingat sos apa. Kemudian aku menyuapnya perlahan-lahan ..... hmmm … sedap, walaupun gaya masakannya tidak sama dengan fast food punya ayam goreng. Selepas itu aku alternate dengan salad dan potato chips. Sayur saladnya juga sedap dan dingin di tambah sos thousand island yang pekat menjadikan ia kombinasi yang tidak dapat dilupakan. Kentang gorengnya biasa saja, cuma ia bersaiz besar dan yang menariknya ia tak cepat sejuk. Hampir setengah jam aku duduk mengadap hidangan berkenaan tapi kentang goreng itu masih suam.

Di kala ini restoran ada menerima beberapa pelanggan lain yang kebanyakan mereka adalah foreigner. Akhirnya aku decide yang aku tidak mampu lagi untuk menjamah ayam yang bagak itu. Aku cuma makan salad dan chips sampai habis. Di atas pinggan hanya tinggal ayam goreng yang isinya telah suku terluak. Aku juga habiskan ice blended chocolate yang razanya lazat sungguh dengan ada aiskrim sekali. Okey now what should I do with this remnants of chicken?

Aku rasa macam nak bungkus ayam yang lebih tu bawa balik. Nanti boleh sambung makan kat rumah. Sebelum ni memang aku tak pernah bungkus apa-apa makanan yang aku tak habis kat restoran. Lagi pun tak ada benda yang nak dibungkuskan pasal aku biasanya memang makan sampai licin. Kali ni, sayang betul kalau ayam itu terbuang begitu saja. Kalau aku dah tak lalu nak makan pun, aku boleh bagi housemates aku yang memang selalu kelaparan tu. Terlintas juga dengan orang-orang miskin yang nak makan ayam sebulan sekali pun seksa, kita ni main buang-buang pulak. Tak baik membazir rezeki. Belum tentu lagi akan datang kita dapat makan sebegini lagi.

Masa nak bayar tu – aku dengan tersipu-sipu suruh pelayan tu bungkuskan ayam yang berbaki tu.

“Sure, no problem,“ jawabnya dengan senang hati. Agaknya aku bukan pelanggan pertama di situ yang bawa balik makanan tak habis.

Lega rasanya dapat menyelamatkan lebihan ayam goreng dari menjadi mangsa tong sampah. Satu lagi sebab oleh rasanya yang sedap membuatkan ia berbaloi untuk di tapau. Kemudian pelayan memulangkan wang baki dan menyerahkan plastic container yang berisi ayam tersebut Kalau aku ada kamera, anda boleh tengok sendiri ayam goreng itu bagaimana. Mungkin lebih menarik kalau aku tunjukkan step by step dari pinggan yang penuh dengan sajian sehinggalah pinggan tersebut tinggal ayam semata-mata. Diikuti dengan ayam yang telah selamat di bungkus dalam bekas plastik.

Tapi kalau entry aku siap dengan foto-foto semua, rasanya aku akan lebih malu lagi. Cukuplah anda menatap tulisan buat masa ini. Belum masanya untuk aku menyerikan jurnal ini dengan gambar-gambar. Nantilah dulu.

Tuesday, April 20, 2004

Sentuhan Listrik TNB

Sejak dari petang Isnin internet tidak dapat dihubungi. Aku terpaksa mengalih perhatian kepada kerja-kerja sebenar. Ini semua angkara blackout pada sebelah paginya. Suasana office jadi hangat kerana air-cond tidak dapat berfungsi. Lampu panjang kalimantang satu dua masih menyala kerana back-up supply. Aku pergi pantry buat air dalam gelap. Main agak-agak letak kopi dua camca, krimer dua tiga sudu, tuang air mendidih dan kacau.

Balik ke tempat sendiri. Minum kopi. Duduk termenung dalam samar-samar cahaya yang masih dapat menerangi. Aku mencapai sebuah novel di dalam laci, mengulang baca bab-bab tertentu. Cuba menghilangkan bosan. Sambil itu menghirup minuman dan memeriksa surat-surat atas meja. Penat membaca, aku pergi cubicle kawan-kawan, borak-borak. Elektrik kembali pulih dalam beberapa jam kemudian. Lepas setengah jam tiba-tiba terputus kembali! Aku baru saja draft e-mail dalam Word, habis hilang begitu saja. Tak sempat save. Rats.

Sebelum waktu makan tengahari, elektrik datang kembali. Syukur. Harap-harap berterusan sampai bila-bila. Macam main ba-ba-cak pulak TNB hari ni. Kejap ada, kejap tak ada. Memang payah bila bekalan elektrik terputus di pejabat. Tahun ni saja dah dua kali kejadian ni berlaku. As usual, a whole building was effected. Nasib baik siang. Kalau blackout ni berlaku waktu malam, habislah mereka-mereka yang stay back buat kerja malam-malam tu. Tambahan pulak masa nak turun ke car park di bawah tanah. Macam-macam cerita suspen yang kita boleh dengar dari car park ni. Tambahan pula bagi kaum perempuan yang memang kena extra cautious. Ngeri juga.

Lebih-lebih lagi bila bangunan tersebut pernah terjadi peristiwa-peristiwa sedemikian. Memang fobia kalau mendengar cerita-cerita macam tu tatkala kita sendiri berada di tempat yang dimaksudkan.Terasa terbayang imej-imej yang mengganggu di ruang mata. Terus kita mengandaikan apa tindakan selanjutnya yang akan di ambil. Cari bahagian sulitnya! Kaum wanita jangan malu-malu ya, anda kena tendang bahagian itu, bukan meraba atau bagi sentuhan ghairah! Kang, lain pulak jadinya. Lepas tu lari ke arah yang selamat walaupun tempat yang selamat itu kelihatan subjektif pada masa itu. Sedangkan pada waktu siang dengan lampu terpasang, kejadian tidak diingini kadang-kala masih tidak dapat dielakkan - ini kan pula bila dah blackout.

Senang cerita, kalau bekalan listrik terputus waktu malam - terus saja keluar bangunan, balik rumah naik public transaport. Esok siang baru datang balik ambil kereta. Misalnya tempat kerja anda susah nak dapatkan kenderaan awam, suruhlah keluarga atau kawan datang jemput. Atau call teksi. Sementara tu pergi ke tempat yang ramai orang atau tunggu di pondok pengawal.

Pengawal?

Isyhkk… pak guard pun ada yang jenis durjana juga ni. Jadi, pandai-pandailah anda menjaga keselamatan diri sendiri. Belajarlah skil martial art seperti seorang rakan jurnal anda ini atau sediakan pepper-spray. Payung pun boleh jadi senjata. Belasah jer si durjana dengan payung itu. Ataupun kalau anda dari jenis perempuan yang berani, boleh cuba tips di bawah – [ini dari forward e-mail yang aku terima. Disclaimer; Penghantar e-mail tidak bertanggungjawab di atas risiko yang mungkin berlaku ; ) ]






Angkat Skirt & Buka Seluar


Seorang Guru ingin mengetahui sejauh mana kepintaran
murid-muridnya. Dia bertanya satu soalan kepada seorang murid perempuan.

Guru : Bila kamu bertemu penjahat yang ingin memperkosa kamu,
apa yang akan kamu lakukan?


Murid: Saya akan menaikkan skirt saya tinggi-tinggi!

Guru : HAH ! (terperanjat), lepas tu awak buat apa?

Murid: Saya akan suruh penjahat tu buka seluarnya.

Guru : Habis tu apa yang ...(Mula Khuatir)

Jeng! Jeng! Jeng!

( SCROLL DOWN )




> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
Ø >
Ø >
Ø >
Ø >
Ø >
Murid : Lepas tu, saya akan lari. Saya dapat lari laju jika skirt
saya diangkat, sedangkan penjahat itu susah nak kejar sebab
seluarnya tersangkut di kaki ketika dilucutkan...


What were you thinking?

Friday, April 16, 2004

Caca-Marba

Kita cerita pasal makan lagi lah ya hari ni, pasal tak ada idea nak cerita pasal perkembangan politik ke, pasal dunia nak berperang ke, pasal skandal seks David Beckham ke, yang itu kita serahkan pada yang pakar. Sementara aku dah kembali berselera nak makan ni, baik kita cakap pasal makanan.

The other day, aku pergi mencuba restoran Pizza Uno yang terdapat di Times Square. Sebenarnya dulu pernah plan nak makan di cawangannya di Ampang Point dengan kawan tapi tak jadi. Oleh kerana aku dah sampai di Times Square ni, aku pun meringankan kaki masuk ke dalam. Masa ni kosong jer restoran tu tak ada pelanggan. Elok sangatlah tu sementelah aku pun seorang jadi taklah aku rasa kekok. Aku mudah rasa terasing kalau masuk ke kedai makan yang ramai orang sedang duduk sekelompok atau setidak-tidaknya berduaan manakala aku well….. just me and myself. Nanti aku jadi serba tak kena, tak tahu nak buat apa – kalau hidangan yang di pesan cepat sampai, okeylah. Tapi kalau lambat, duduklah kau melangut menongkat dagu termenung mengenangkan untung nasib sambil hati merungut “apasal’lah lambat sangat masak ni, ayam baru nak sembelih ke?”

Oh, sebab itulah sesetengah kafe atau restoran ada membekalkan majalah dan suratkhabar, kan? Ia boleh jadi bahan escapism bagi pengunjung kedai makan yang solo serta ingin menenggelamkankan diri dengan menelaah majalah yang disediakan. Masa yang sangat emas tidaklah terbuang begitu saja dengan duduk termenung. Kalau yang datang makan berteman pun adakalanya mereka terambil juga bahan-bahan bacaan ni untuk di selak. Sama ada teman mereka itu boring atau mereka jenis orang yang tak banyak mulut. Daripada mereka kelihatan terkulat-kulat di meja makan, baiklah mereka buat-buat sibuk dengan membaca. Macam di klinik pun ada sudut di simpan koleksi bahan bacaan macam ni. Sementara menunggu giliran untuk di rawat, kita boleh meluangkan masa dengan membelek-belek majalah yang kabanyakannya jenis dah sesuai masuk arkib negara.

Hey, jangan memandang rendah pada majalah-majalah lama ni. Anda tidak akan tahu apa yang akan anda temui di dalamnya. Tidak lama dulu aku dan Rule sedang duduk menunggu hidangan kami disiapkan di sebuah restoran laksa. Nasib baik restoran ni ada provide magazines jadi bolehlah aku membaca kejap. Aku masa tu dah tak ada topik nak dicakapkan dengan Rule lalu aku pun mencapai senaskhah majalah yang tersisip di dinding. Covernya dah tercarik dan bila ku periksa tarikh isu majalah, sudah berkurun lama rupanya.

Apabila aku membelek-belek isi kandungan, tiba-tiba terpampang suatu wajah yang familiar. Eh, dia ni bukan yang satu office dengan aku? Satu artikel berkenaan dirinya bersama isteri tersiar dalam majalah itu sambil aku baca sekali lalu. Dulu pun dalam satu majalah lain aku pernah ternampak officemate aku (kini ex) yang majlis perkahwinannya tersiar di dalam. Tapi majalah lama tu aku baca kat rumah bukan di restoran. Majlis kahwin itu memang nampak sungguh indah kerana idea yang di bawa oleh si “wedding planner“nya bukan seperti kebiasaan majlis perkahwinan Melayu.

Kalau ada budget lebih, kita pun boleh mengimpikan majlis kahwin yang istimewa seperti ex-officemate aku langsungkan itu. Sesetengah orang bila tengok foto kahwin mereka mungkin beranggapan yang perhiasan untuk pelamin dan pakaian pengantin terlalu ringkas buat raja sehari. Tidak nampak langsung ciri-ciri orang kahwin yang wiritnya memakai songket dengan segala mak nenek aksesori sampai nampak serabut. Ex-officemate aku cuma pakai baju Melayu manakala isterinya mengenakan sepasang baju kurung yang begitu menyerlah. Memang berbaloi mereka mengupah pereka terkenal ini kerana hasilnya sungguh memuaskan. Ini berdasarkan apa yang aku baca dalam artikel itulah, keluarga pengantin sangat gembira dengan majlis tersebut kerana menepati perancangan dan ianya berjalan dengan sempurna.

Ahaks! Ambik kau. Kata nak cerita tentang makan-makan, dah melencong bab majalahlah, bab kahwinlah. Mengarut betul. Minggu depan jer lah aku sambung cerita kat kedai pizza tu.

Have a enjoyable weekend, people!

Tuesday, April 13, 2004

The Bone Encounter

Alhamdulillah, aku sudah semakin sembuh. Perut ku sudah tidak meragam lagi. Hari Jumaat tu aku memang tak sentuh kopi langsung, takut pulak perut masih merajuk. Tapi pagi-pagi dah makan nasi lemak telur goreng (sambal kurang). Tak tahan sehari suntuk tak makan nasi. Masa mc semalamnya makan roti sapu jem saja. Aku pilih Chinese tea yang tawar hambar sebagai minuman sarapan pagi.

Tapi pada hari Sabtu, terpaksa juga minum Nescafe sebab dah tak tertahan lagi kalau tak dapat. Seakan dah ketagih. Itu pun dah petang sangat baru aku minum, order kat restoran tatkala cuaca di luar kebasahan hujan. Lega rasanya dapat menikmati segelas Nescafe yang manis, lemak dan beraroma. Syukurlah aku tak sakit perut lepas tu.

Pada malamnya aku dan Ap ke Bukit Indah, pergi ke rumah seorang kenalan yang menyambut hari jadi. Ramai saudara-mara dan rakan handai tuan rumah yang memeriahkan majlis. Tuan rumah menyediakan roti jala, mihun soto, ayam bakar, kek, buah-buah, nasi dan mee goreng. Kuah kari yang di makan dengan roti jala tu yang paling sedap pernah aku rasa. Tak serupa dengan kuah kari yang pernah aku makan kat kedai-kedai. Ayam bakarnya pun sedap.

Aku yang baru sembuh dari sakit perut ni memang langkah kananlah pergi acara makan-makan macam ni. Boleh menjamu selera puas-puas. Cuma yang aku rasa tak bestnya tu, ada ke patut suami si kenalan ini pergi buang tulang ayam tu kat luar balkoni! Memanglah itu kondo mereka dan suka hatilah kalau mereka nak buat sepah pun, tapi aku tetap terasa jengkel. Sampainya hati mereka mengotorkan alam sekitar di kondo yang cantik menghijau tu. Tapi sisa-sisa tulang ayam tu mungkin akan di hurung semut bila terdampar di tanah nanti. Menjadi rezeki semutlah tu.

Apa juga jenis sampah walaupun tulang ayam mereka harus sedar cara untuk melupusnya dengan sempurna. Bukannya di baling sewenang-wenang keluar rumah. Nanti jadi macam situasi dalam iklan tv seorang budak malas nak turun ke tong sampah, hanya baling saja sampah keluar dari blok rumah pangsanya. Sejurus kemudian, sampah itu tertimpa atas kepala seorang pakcik yang di akhir iklan di tunjukkan bahawa pakcik yang malang itu adalah datuknya sendiri.

Bayangkan tulang yang di buang itu melayang jatuh terkena orang yang kebetulan sedang berjalan-jalan di bawah. Bayangkan kita pula yang ditakdirkan menjadi orang yang tengah berjalan itu. Apa agaknya perasaan kita? Marah tak? Tentulah marah dan sakit hati. Rasa nak memaki dan belasah jer siapa yang tidak ada sivik itu. Sesuka hati saja nak buang sampah merata, tulang ayam pulak tu. Rasa jijik pun ada.

Cleaner kat kondo tu pun mesti menyumpah seranah kerana terpaksa membersihkan sisa-sisa tulang yang bersepah di tanah. Memanglah itu tugas mereka sebagai cleaner. Tapi tidakkah kita kasihan dengan mereka yang terpaksa berpanas dan berhujan menjaga kebersihan kediaman kita sebagai punca rezeki? Apa salahnya kita membantu ringankan beban itu dengan membuang sampah ke dalam tong. Memang di situ pun tempat sebenarnya sampah. Jadi cleaner-cleaner tadi ada lebih banyak masa untuk membuat kerja-kerja lain seperti mencuci longkang, menyapu daun-daun kering dan sebagainya.

Sendiri buat sampah, sendiri buanglah (dalam tong sampah, please). Jagalah kebersihan. Kebersihan sebahagian dari iman.

Friday, April 09, 2004

Di Dalam Kesakitan Ini

Hari Khamis mc. Mula-mula rasa macam malas nak mc sebab aku bukan sakit sangat. Lagi pun mata aku ni dah okey sikit dari semalam yang merah dan pedih. Macam mana ni? Nak pergi kerja atau pergi klinik?

Baik pergi kliniklah sebab nanti officemate kau semua jadi paranoid kalau tengok mata kau yang merah menyala tanda berpenyakit.

Tapi hari ni dah tidak semerah semalam?

Walaupun dah tak semerah semalam, pergilah jugak jumpa doktor, nanti boleh dapat nasihat atau doktor tu dapat detect apa-apa. Kau pun sakit perut jugakan? Semalam sampai empat-lima kali berulang alik ke tandas. Boleh kau minta ubat untuk cirit-birit sekali.

Betul juga tu. Ok. Aku pun ambil keputusan tidak mahu ke office dan sambung tidur.

Dalam pukul 10 pagi aku breakfast tapau roti canai dan kuih cek mek serta air nescafe. Makan roti kosong sekeping dan minum nescafe, lepas tu perut tidak semena-mena meragam. Cepat-cepat aku ke tandas.

Nampaknya aku memang kena pergi klinik, bukan pasal sakit mata lagi tetapi kerana cirit-birit. Tak boleh jadi macam ni. Asal lepas makan jer mesti nak melepas. Makanan tu pun tak sempat nak hadam gamaknya.

Sampai kat klinik pun, aku berkejar lagi ke tandas, buang air besar dulu sebelum jumpa doktor! Punyalah kronik. Doktor menasihatkan aku supaya mengelakkan sajian bercili, bergoreng, air kopi, buah pun tak boleh, minum jus saja. Beliau suruh aku minum soya, makan bubur, roti atau makanan yang lembut. Paling membuatkan aku risau doktor tu suspek aku kena appendiks!

“Kalau ubat yang I bagi hari ni tak berkesan, you datang balik esok sebab kita kena refer you dekat GH,“ kata doktor tu.

Mata aku pun di periksanya juga tapi beliau tidak komen apa-apa. Tidak ada apa yang perlu dikomenkan pun pasal mata aku memang dah tak rasa pedih-pedih lagi.

Klinik itu membekalkanku dengan berpaket-paket pil yang berkaitan dengan sakit perut. Aku dapat mc satu hari. Beli roti dan jem serta air mineral sebelum pulang ke rumah.

Sampai di rumah, aku terus menelan pil-pil tersebut antaranya pil untuk gastrik, angin, sakit perut dan cirit-birit. Ada ubat serbuk yang bernama “Oral Rehydration Salt” perisa oren di kasi sekali. Aku pun membancuh serbuk oral itu dalam air mineral sehingga larut dan kemudian minum.

Jangan terpedaya dengan warnanya yang macam oren tu kerana rasanya tidak sama langsung seperti buah oren. Pahit-pahit sikit rasa dia. Nama pun ubat, jadi aku kena habiskan minum kalau nak sembuh.

Selesai proses menghabiskan ubat, aku buka dvd filem bertajuk In Hell – Rage Unleashed lakonan Van Damme. Tak sesuai pula masa aku tengah sakit begini menonton filem pasal penderitaan banduan yang sakit terseksa dalam penjara kerana di dera fizikal dan mental.

Melihat lakonan Van Damme tatkala dia tengah berlatih untuk menguatkan stamina dalam penjara teringat pada Jim Caviezel yang pernah memerankan aksi yang sama dalam filem The Count of Monte Cristo. Tentulah Jim Caviezel lebih cemerlang kerana Van Damme nampak cliché.

Sebaik habis dvd, aku tidur.

Tuesday, April 06, 2004

Flyers Away

Last Sunday aku ke MidValley dengan Iwan sebab nak berkunjung ke pameran kerjaya. Seperti biasa setiap petang hujan mesti turun dengan lebat. Bila sampai saja di MidValley hujan sudah berhenti dan aku bergegas cari toilet sebab rasa nak terkemih. Ada satu bilik air yang ganjil dalam kompleks ni sebab tempat basuh tangannya tak ada sinki.

Apabila kita menekan kepala paip, air akan jatuh atas para-para marble yang di buat condong lebih kurang 25 darjah ke belakang. Dan di belakang para-para tersebut telah tersedia longkang kecil untuk mengalirkan sisa-sisa air. Selepas mencuci tangan, aku pun bergegas ke level 3 mendapatkan Iwan yang telah pun masuk ke ruang pameran. Pertama kali masuk ke MVEC ini – lebih biasa dengan pusat expo di PWTC. Agak banyak booth yang didirikan antaranya Southern Bank, Kumpulan Genting, British American Tobacco, Intel dan institusi pengajian tinggi seperti Cosmopoint, UKM, UMS, UIA, MLVK dan lain-lain.

Di sana Iwan yang lebih banyak bertanya di booth IPT sebab dia plan nak sambung master. Aku cuma collect pamphlet dan flyers yang di unjuk oleh petugas booth yang diwakili. Nanti tak ambik, kecil hati pula mereka-mereka yang menghulur tu. Manalah tahu maklumat yang disertakan dalam risalah tadi berguna untuk masa depan lagipun bukan kena bayar. Tapi ada juga yang menolak dan menggeleng kepala tanda tidak berminat dengan flyers yang di hulur

Iwan pernah mengalami kerja yang melibatkan distribute pamphlet kepada orang ramai ni. Masa tu dia kerja di Fish & Co. dan untuk menyedarkan manusia yang lalu lalang depan Lot 10 bahawa ada restoran baru sedang di buka, kenalah promosi macam tu. Bukan sekadar pamphlet yang di hulur, restoran itu juga bagi mouse-pad sekali. Kadang-kadang dia sengaja tak kasi mouse-pad tu, tunggu orang tanya baru dia bagi. Bukan apa, bila bagi pamphlet saja, biasanya orang akan terus campak – lebih teruk lagi depan-depan mata benda tu di buangnya. Jadi kalau sesiapa nak mouse-pad tu kenalah ringankan mulut, meminta dan bila dah dapat mouse-pad tidak tergamak pula mereka nak buang pamphlet.

Aku pula pernah terima risalah yang mempromosi atau memperkenalkan ajnas item antaranya diskaun barangan tertentu, promosi jualan murah, pembukaan fitness center yang baru, rayuan derma, risalah pasal ajaran Kristian dan banyak lagi agenda lain. Paling best kalau flyers tadi diselitkan sekali dengan barangan percuma misalnya mouse-pad tadi atau pun sample minyak wangi. Adalah dinasihatkan anda semua ambik saja apa-apa flyers yang di edar dan baca dulu kemudian baru decide nak buang atau simpan. Ini untuk mengelakkan anda dari mengalami kejadian seperti housemate aku Ap.

Ada sekali tu aku tengah berjalan depan Lot 10 kerana dah berjanji nak jumpa Ap di sana. Sebab aku sampai dulu di kompleks tersebut aku merayau kejap dan masa tu ada promosi haruman Romance. Petugas yang mempromosikan pewangi terbabit mengedarkan miniature haruman kepada orang yang lalu-lalang. Aku pun tidak ketinggalan turut mengambil sample tersebut. Lebih kurang lima minit menanti Ap pun tiba dan aku pun menunjukkan pewangi itu kepadanya

"Laa.. dia ada bagi sample perfume ke?! Aku ingat dia bagi kertas jer. Tadi diorang nak bagi kat aku, aku buat donno jer," beritahu Ap.

"Haa... kau tak ambik sample tu. Ruginya."

Dia pun terdiam sebentar.

"Eh, kau tolong pergi balik kat diorang tu, ambilkan untuk aku," Ap mencadangkan.

"Tak ada kerja aku nak buat macam tu. Kau pergilah sendiri kalau nak."

Oleh kerana dia rasa ralat tadi tak mengendahkan petugas yang menghulurkan minyak wangi tersebut, lalu Ap terpaksa menebalkan mukanya berpatah balik ke arah kaunter promosi Romance itu. Bila dia kembali ke arahku, dia cakap, pekerja Romance tu sempat lagi memerli dia semasa dia minta sample tu dari mereka. Itulah tadi sombong sangat tak nak.

Ingat, benda-benda macam ni hanya wajar dilakukan kalau anda jenis muka tak malu saja.

Monday, April 05, 2004

Dinner Treat

Last Friday night after meredah hujan lebat dengan Ap, terasa nak makan Chinese food pulak. Kami pergi ke restoran Yong Tau Foo dekat area Ampang Point. Dah banyak kali lalu kat kedai makan ni cuma tak tergamak pulak nak masuk. Memang nampak ramai orang Melayu menjamu selera kat sini cuma hati saja terasa sangsi. Bila terpandang logo Halal besar terpampang di dinding, barulah hilang was-was.

Jadi hari Jumaat tu kami pun masuk ke restoran ni untuk menikmati hidangan Cina yang memang bukan senang nak jumpa yang halal. Sebab tak biasa nak order makanan Cina ni – nasib baik menu dia ada gambar, jadi kita boleh agak sendiri macam mana bentuk makanan dia tu. Tapi gambarnya tak cantik. Kalau tengokkan dari keadaan gambar makanan dalam menu tu saja, memang nampak tak menyelerakan langsung. Tambahan pulak kalau anda jenis baru first time nak try Chinese food, silap haribulan anda boleh angkat punggung – keluar terus.

Oleh kerana aku dah pernah try makanan Cina (biasanya kat hotel) aku tak adalah nak angkat kaki. Kami mengambil masa untuk meneliti menu dia sambil mulut sibuk bertanya dengan nyonya waitress tu yang nampak macam bosan jer melayan kami. Kenalah tanya dulu ya tak, nanti order yang tak menepati citarasa, membazir pulak.

Ada beberapa gambar yang nampak macam kuih-muih tapi tak pasti apa dia, aku pun tanya nyonya tu

“Ni apa ni auntie?”

“Ni ikan, ada campur sayur sikit, goreng-goreng punya,” jawab nyonya tersebut.

“Ni pulak apa auntie, nampak macam sama dengan tadi,”

“Haiyya…ni pun ikan juga – tapi sikit lain…”

“Ohh…”

“Ini pun ikan ….. ini ikan ....“ Habis di bantainya gambar-gambar makanan lain pun dikatanya ikan juga. Dah fed-up nak melayanlah tu.

Jadi, tak nak bagi nyonya tu naik angin aku pun order dua jenis isi ikan goreng yang nama resepinya ialah fried soi kow dan char keoy (gitu kot spelling dia). Ap pulak makan nasi dengan kuah asam ikan kembung. Mintak-mintak sedaplah benda yang aku order tu, kalau tak sedap malas nak datang lagi. Sementara menunggu pesanan tiba, restoran itu terus dikunjungi pelanggan pelbagai bangsa, ada Melayu, India, Mat Salleh, kecil besar tua muda – rasa muhibbah pulak! Orang Cina memanglah ada. Dia punya waitress pulak, selain dari nyonya tadi adalah gadis-gadis Indonesia.

Dalam masa tak sampai lima minit makanan pun sampai. Aku pun try fried soi kow dengan seribu harapan. Hmm…. sedap. Lepas tu try char keoy pula. Ahh… sedap juga. Aku tak ingat yang mana satu tapi salah satu hidangan tadi lebih kurang macam keropok lekor yang di celup tepung. Gitulah lebih kurang walaupun rasa dia tak seratus peratus sama. Harga dia 60 sen seketul. Kemudian aku mengendeng pulak asam ikan kembong yang Ap order tu. Ikan tu macam masak rebus cuma kuah asam dia pedas sikit. Tak sangka pula resepi Cina pun ada yang pedas-pedas.

Tengah sedap-sedap melantak, tiba-tiba ternampak penyanyi Aqasha masuk ke sini dengan dua orang geng dia. Mereka memilih tempat duduk betul-betul kat lawang kedai. Besar orangnya mamat Aqasha ni tinggi dan nampak lebih putih kat luar, tak macam Melayu. Kawan dia dua orang tu tak kenal pulak siapa. Dah puas makan minum, kami pun blah.

Tapi sebab tak kenyang makan kuih isi ikan goreng tu, aku makan roti canai pulak lepas tu. Bukan makan kat kedai Cina tadi, mana ada jual roti canai kat situ. Ini kami singgah kat restoran mamak pula yang bersebelahan dengan kompleks Ampang Point. Sambil pekena teh tarik (Ap tak makan, minum nescafe jer) dan menikmati roti canai kosong cicah kuah dal sambil menikmati angin malam Kuala Lumpur selepas hujan.

Thursday, April 01, 2004

Foolish Game

Ada sesiapa yang ingin menganiayai orang hari ini atas dasar April Fool? Atau anda pula yang menjadi mangsa? Janganlah suka amalkan mencipta keseronokan yang akan menyusahkan insan lain. Aku fikir tahun ni mana-mana pihak yang tergerak nak main-mainkan orang lain itu akan bertafakur sejenak memikirkan nasib adik Farid Ibrahim yang menjadi mangsa buli. Sungguh pun kejadian di sekolah tu tak ada kena-mengena dengan April Fool tetapi aktiviti mengenakan orang sempena 1 April ini juga lebih kurang macam membuli juga. Sila baca e-mail yang seseorang forward padaku berkenaan asal-usul April Fool.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah dipercayai bhw ia
mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah
bertapak berkurun-kurun lamanya si Granada, Sepanyol, kerajaan Islam
akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.
Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol ( Moors )terpaksa berlindung di dlm
rumah
masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian
bagaimanapun
tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr
Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh
berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang
keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di
pelabuhan.

Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu
penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang
dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk
bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan
yang telah disiapkan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak
Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar
rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk
menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya
menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta
anak-anak kecil.

Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera
Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di
Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang
Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day
tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun
pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. Semoga Allah
sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.
Petikan drpd Risalah Fikrah
- Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu ......

Rawahu ttirmizi Illal Liqaq

Allah Maha Mengetahui.

Wednesday, March 31, 2004

Down with Laundry

Sabtu lepas patutnya aku pergi Planet Hollywood untuk menyaksikan show pra-dengar album terbaru Dayang Nurfaizah malah telah berjanji dengan seorang kawan untuk pergi ke tempat itu bersama-sama. Tapi aku tak pergi sebab busy buat laundry, mencuci berhelai-helai baju dan seluar.

Tambahan lagi hujan turun lebat pada petang yang dimaksudkan. Terpaksa aku angkat balik pakaian di ampaian yang masih lembap dan jemur dalam rumah. Aku pun malas nak keluar dah, kawan aku pun tak call untuk confirm jadi ke tak mahu pergi berhibur di sana. Kena bayar RM25 untuk masuk – tak apalah, tahun lepas pun dah pernah tengok Dayang di Angkasapuri. Lain kali pula.

Petang itu aku habiskan masa dengan menonton dvd Down with Love lakonan Renee Zellwegger dan Ewan McGregor. Filem tu macam style lama. Namun aku tak sangka yang ending dia di pulas jadi begitu. Tema ceritanya adalah manusia sanggup melakukan apa sahaja kerana cinta. Sudah pasti segala usaha di curah untuk meraih perhatian si idaman hati hanya jadi berbaloi apabila cinta itu di balas. Namun ikhtiar sebagaimana yang boleh menjamin ia akan mendapat balasan?

Itulah rahsia sebenar Barbara Novak, watak di peran oleh Renee yang hanya terlerai di penghujung filem. Mungkin jalan cerita Down with Love hanya mampu nampak munasabah kerana berlatar belakangkan tahun 60-an? Seperti mana kisah-kisah muslihat lain yang pernah ku tonton misalnya The Talented Mr Ripley dan Catch Me if You Can ada unsur-unsur begitu juga walaupun temanya berbeza namun masih mengambil era 50-an atau 60-an. Filem Catch Me if You Can itu memang tidak dapat kita sangkal lagi kelicikan watak utamanya memanipulasi keadaan kerana ia memang berdasarkan kisah benar.

Sunday, March 28, 2004

BaU

Bau adalah sangat berpengaruh. Jika anda rasa nama atau kredibiliti anda tidak cukup meluas untuk buat anda dikenangi, tinggalkan mereka dengan bau. Sekurang-kurangnya ada satu elemen boleh anda kongsi dengan mereka sedangkan anda tidak lagi berada di situ - bau yang menusuk kalbu.
Jangan bau ketiak tengik masam sudahlah, nanti tak habis-habis mereka mengumpat anda. Apa kata kalau hari ni kita bercakap tentang bau? Ada beberapa kejadian yang boleh aku kaitkan dengannya.

1) Kalau anda ingin lunch makan nasi dengan lauk masak lemak rebung, pastikan anda makan dengan sudu garfu (chopstik pun boleh) jangan pakai tangan*. Nanti bau rebung tu melekat di tangan, bukan main payah lagi nak hilangkan. Aku terpaksa dua tiga kali cuci guna soap dispenser tu bagi nyahkan baunya. Tapi tak begitu berkesanlah. Orang kata lumur limau nipis kat tangan tu, tapi satu kerja pulak aku nak pergi Giant beli limau nipis. Aku biarkan macam tu lama-lama bau tu hilang sendiri.

2) Biasanya aku memang jarang tukar brand gel rambut sebab dah serasi dengan jenama yang sedia ada. Aku akan guna Gatsby, atau Code 10 atau Brylcream saja dan malas nak adventureous mencuba brand lain. Faktor utama yang melarang aku dari bertukar-tukar jenama ni ialah bau yang terhasil dari gel rambut tersebut. Kalau ada bau yang kuat atau bau macam pusat perawatan rambut, memang aku tak boleh pakai punya. Aku pernah juga try brand lain tapi tak menjadi malah membazir pula sebab lepas aku pakai sikit, aku biar jer macam tu kerana tak tahan dengan bau dia.

Last Tuesday aku decide nak beli gel rambut yang jenis lain. Teringin juga aku nak try jenama lain pulak. Tapi aku bukan beli gel, ianya di panggil sculpting lotion for hair. Pakai losyen lah pulak. Sebelum beli mesti aku nak cium dulu, ada bau salun ke tak. Nampaknya tak ada, hanya mild smell yang keluar. Esoknya bila aku lumur losyen tu atas kepala, okey tak ada apa-apa. Tapi dua tiga jam kemudian bila losyen tu dah start kering, aiyakk.... ada macam bau salun keluar menerawang dari rambut aku. Agak kuat juga baunya, sampai satu opis boleh terhidu. Nasib baik aku tak jadi migrain sebab bau benda tu.

Nampaknya kena beli produk lain lepas ni. Ataupun aku stick to jenama kegemaran sajalah, tak payah nak tukar.

3) Selain dari tangan *, mulut pun antara tempat punca bau bermula. Bau busuk of course, terutama kalau anda baru lepas makan rebung atau jering atau ulam-ulaman dengan bau kuat yang lain. Apatah lagi lepas makan tu anda terus pergi ke tempat yang dipenuhi dengan orang ramai dan lebih bahaya lagi jika tempat itu jenis tertutup, anda boleh disenaraihitamkan kerana bau mulut macam kolam kumbahan itu!

Biasanya dalam panggung wayang, sesekali kita boleh terhidu bau nafas penonton yang duduk di sebelah kita kan? Bayangkan bau nafasnya macam petai atau durian? Memang mengganggu konsentrasi walau sebenarnya kita tengok wayang dengan mata. Jadi makanlah gula-gula perisa pudina untuk menyegarkan nafas anda. Tolong jangan seksa hidung penonton sebelah anda itu lagi, ok?

4) Masa aku duduk tengok tv kat rumah last Thursday, tiba-tiba aku terasa seakan terhidu haruman yang familiar. Macam bau bilik one of the manager kat office aku jer. Terus aku teringatkan kerja office yang berlambak-lambak tu. Sekali fikir tension jugak, dua kali fikir, kalau tak buat kerja tak kan aku nak main internet jer kat office, makan gaji buta?

Sampai ke rumah bau itu mengikut aku balik. Kalau boleh aku memang malas nak ingat pasal office bila dah sampai ke rumah sendiri. Entah macam mana bau itu boleh terlekat di deriaku. Apabila sesekali aku masuk ke bilik manager yang dimaksudkan, aku tak jumpa pulak kat mana dia letak sumber pewangi dalam bilik dia tu.

Tuesday, March 23, 2004

Raya Pilihanraya

Alhamdulillah, proses membuang undi di kampangku berjalan lancar. Barisan masa beratur pun tak berapa panjang, redup pulak tu - beratur di koridor bersama penduduk kampung yang lain. Suasana tambah nyaman dengan tiupan angin laut yang tidak begitu kencang. Jadi sebelum kita masuk ke dalam kelas untuk memilih calon untuk di pangkah, kita bolehlah bertenang dulu dan menikmati suasana damai ini sepuasnya.

Bukan macam yang aku tengok kat tv tu. Betapa kecohnya suasana nak mengundi kat sesetengah tempat di Selangor/KL ni. Dengan orang ramai berpusu-pusu, barisan yang panjang berjela, cuaca panas terik - kalau aku dah give-up dah, baik aku balik rumah basuh kain atau balik "titur" macam yang perempuan Cina tu cakap masa tv interviu dia. Bagi mereka yang ada kampung tu, baik mendaftar untuk megundi di kampung masing-masing, barulah tak berserabut dengan orang KL atau orang Selangor sejati. Di samping balik untuk mengundi, boleh juga menjenguk orang tua, saudara-mara atau kawan-kawan masa sekolah dulu.

Sampai mak saudara aku cakap, dia terasa macam nak raya pulak bila ramai anak rantau pulang ke desa masa musim pilihanraya ni. Mak aku siap buat nasi himpit dengan kuah kacang lagi! Cuma ketupat rendang jer tak ada. Masa ni ramai juga jiran-jiran kami yang dulu duduk sebelah-menyebelah dan dan berpindah ke negeri lain balik semula ke sini untuk mengundi. Tak tahulah kenapa mereka tak tukar status pengundian ke tempat baru, sebaliknya masih kekal di kampung yang permai ini. Mungkin untuk mengimbas nostalgia atau inilah saja alasan mereka untuk kembali ke tempat jatuh lagi di kenang, inikan pula tempat mengundi. Setakat lima tahun sekali untuk balik ke suatu tempat yang pernah mereka jadikan punca rezeki mungkin tidak membebankan.

Cuma apakah rasionalnya mereka mengundi untuk calon yang tidak dapat berkhidmat untuk mereka? Pergi mengundi sekadar untuk mencantum perca-perca kenangan yang pernah dinikmati atau mereka rasakan satu undi mereka itu sangat penting untuk masa depan penduduk kampung ini? Tetapi bagaimana dengan tempat yang mereka duduk sekarang? Tidakkah satu undi mereka itu juga perlu untuk penduduk di tempat tinggal mereka kini apatah lagi mereka memang berasal dari negeri itu? Tak tahulah, mungkin ada alasan tersendiri yang mereka rasa tak perlu untuk mereka sms-kan padaku. Apa yang penting mereka masih menjalankan kewajipan pada negara, di kawasan mana mereka menunaikannya, adalah perkara kedua. Macam aku sendiri, memang patutlah aku mengundi kat sini sebab memang tempat tanah tumpah darah. Tempat asal kaum kerabat.

Bersyukurlah aku balik kampung masa pilihanraya tu. Kalau tengok orang Lembah Klang yang terpaksa berpanas, bersesak di tambah dengan karenah SPR lagi semata-mata untuk keluar mengundi, baik aku balik rumah jer, tidur.

Wednesday, March 17, 2004

Press F1 for Vote

Seorang officemate cakap ada kawan dia nak jual tiket F1 yang berharga RM500 dengan hanya RM50 saja! Waa… murah betul tu. Kawan dia mungkin tak dapat tengok sebab nak balik mengundi. Macam manalah keadaan litar Sepang pada 21 Mac tu nanti kalau dah ramai warga Lembah Klang pulang ke desa masing-masing untuk membuang undi? Kena harapkan sokongan warga asing atau penduduk yang memang mengundi kawasan berhampiran atau mereka yang mengabaikannya terus untuk memenuhi ruang litar. Tak rasa rugi ke, pilihanraya hanya 5 tahun sekali, F1 pulak setahun sekali – lebih-lebih bagi mereka yang baru first time nak mengundi, macam aku. Konflik jugak nak buat pilihan tu melainkan anda benar-benar fanatik F1 dan sanggup berbuat apa saja untuk menyaksikannya.

Selain kelajuan jentera, suasana orang ramai yang bersesak menjadi penonton juga adalah faktor perlumbaan F1 ini kelihatan meriah. Kalau kosong jer, kat grand stand kosong, kat part tepi bukit tu kosong tak ramai orang, memang boleh diisytiharkan bahawa F1 edisi ke enam ini yang paling “kosong“ dalam sejarah penganjuran.

Aku pernah tengok sekali jer acara ni. Harga tiket RM100 (menang contest courtesy of my officemate) dan berpeluang merasai kemuncak acara di sana. Memang sukar menafikan sokongan padu dari kunjungan orang ramai yang berbondong-bondong datang menyaksikan perlumbaan ini turut menjadi salah satu pendorong. Bagi bukan peminat sukan, kedatangan ke litar untuk menonton acara sebegini lebih sebagai mencari pengalaman. Litar terhampir yang kita boleh pergi ialah Melbourne dan Suzuka. Bermula tahun ini, Bahrain pula (yang ketiga di Asia) akan menjadi tuan rumah untuk sirkit F1 selepas Kuala Lumpur.

Tiket harga seratus tu untuk tempat duduk Hillstand. Bukit yang landai dikerumuni orang ramai termasuk aku dan rakan-rakan menyelesakan diri sambil menanti acara bermula. Jauh jugalah litar dengan bukit tempat kami landing tu. Anggaran jarak tidak arif untuk di beri tetapi dari tempat duduk, saiz kereta lumba tu nampak besar sikit jer dari kotak mancis! Tak adalah aku nak komplen banyak pasal tiket free kan.

Apa yang kelakar ialah aku tak sedar yang perlumbaan sudah pun tamat dan orang-ramai dah nak balik pun. Yang aku ni terpinga-pinga tak tahu satu apa bila kawan-kawan aku tiba-tiba ajak balik. Diorang sendiri cuma tahu result from the score board yang terpasang di tepi pagar.

Sekurang-kurangnya aku boleh merasa menonton F1 di litar dan bukannya menyokong mat rempit berlumba di jalan raya. Tapi kita ada pilihanraya pada 21 Mac nanti kan? Seperti biasa, buatlah pilihan bijak.

Sunday, March 14, 2004

Humming Time

Bila aku tengah mengelamun mencari idea untuk mengisi entry, tiba-tiba aku akan humming sebuah lagu tanpa aku sedari. Mungkin sebagai penggalak atau pencetus ilham. Walaupun hakikatnya aku bukan tahu sangat tentang lagu yang aku humming tu. Oleh kerana dah tak tahu sangat nak tulis tentang apa, aku tulis pasal lagu-lagu yang aku humming tu jer lah.

Sebelum aku list down lagu-lagu tersebut (ada tiga kesemuanya - tapi lagu "Mari Mengundi" tidak termasuk, walaupun lagu tu popular sekarang) anda perlu ketahui beberapa perkara terlebih dahulu. * Untuk bahagian c) ia tak ada kena-mengena dengan cover Pancaindera hari ni kerana actually aku nak submit entry ni last Friday tapi tak sempat pulak.

1. Lagu-lagu ini akan berlegar di kepala bukan mengikut turutan atau sistem tertentu seperti setelah puas aku humming lagu A, automatically aku akan humming lagu B pula. No, it's not necessarily in that order.

2. Aku tak hafal lirik lagu-lagu tersebut. Jadi anda jangan expect yang aku dapat menyanyikan lagu-lagu itu secara tertib dengan rangkap demi rangkap siap dengan melodi yang lengkap seolah-olah aku nak masuk bertanding Bintang RTM atau Akademi Fantasia. Dan, aku tidak pula sampai ingin mencari lirik lagu tersebut atau membeli albumnya.

3. Humming tidak bermakna aku BERMINAT dengan lagu-lagu tu. Ia tidak semena-mena menyerang pelusuk kepala tatkala aku tengah duduk tekun membuat kerja ataupun masa aku tengah berjalan-jalan pun masih boleh terngiang-ngiang bunyi lagu. Sampai satu peringkat mulut aku pun boleh terkumat-kamit ikut menyanyi sekali, horror!

4. Yes my dear readers - walaupun aku tak hafal lirik lagunya, I still know the title of the songs. And the name of the singers.

Tibalah masanya untuk anda ketahui apakah tajuk lagu-lagu yang telah menghantui hidupku seminggu dua ini

a) Anyone of Us

Nama mamat ni mula terkenal apabila dia menang Pop Idols. Dulu masa TV2 siarkan rancangan hiburan Inggeris tempatan bertajuk Star Trax mereka akan include lagu ini menjadi in-house promo untuk rancangan tersebut. Aku cuma humming part chorus yang berbunyi

"it can happen to anyone of us
la..la....la.......hmmm....hmmmm ........"

Rangkap itu akan berulang-ulang macam rekod buruk di kepala sampai akhirnya aku jemu sendiri.

b). She Bangs

Walaupun Ricky Martin adalah penyanyi asalnya, tetapi versi yang kerap berlegar di kepala aku ialah seperti yang peserta American Idol ini nyanyikan! Dia memang tak berbakat langsung! Rasa tak sanggup tengok dia berdiri bergelek atas pentas nyanyi lagu irama latin. Kesian pun ada. Aku bayangkan yang dia di cabar oleh kawan-kawan dia supaya masuk pertandingan ni.

Atau pun kenapa pilih lagu She Bangs apa salahnya dia nyanyi lagu lain yang mungkin lebih cocok dengan penampilan dia yang macam nerd tu. Seperti di jangka dia memang tidak berjaya dalam pertandingan American Idols. Tapi jangan tak tahu, walaupun tak berjaya, dia dapat juga recording contract untuk merakamkan album! Ramai yang admire kesungguhan dan keyakinan yang dipamerkannya semasa bertanding. Yeah right, sampai aku pun boleh humming lagu She Bangs tu dek kerana terlalu admire.

c). Hanya di Mata

Lagu ni yang paling aku tak faham, macam mana entah boleh terakam di benak. Pastinya anda sudah baca * di atas.

Tuesday, March 09, 2004

View and Review

Ada dua filem yang aku tengok di TGV dua minggu lepas. Filem pertama ialah Timeline yang aku minat nak tengok sejak menyaksikan trailernya. Ia adalah sebuah filem yang agak bagus walaupun temanya adalah pengembaraan masa seperti contoh filem-filem Back to the Future dan siri tv The Time Tunnel serta Voyagers. Filem ini di adaptasi dari novel karya Michael Crichton yang juga penulis novel Congo dan Jurassic Park. Walaupun aku telah membaca review filem ini terlebih dahulu yang rata-rata mengutuk filem ni tetapi ia tidak memudarkan minatku untuk menonton. Bila aku tengok filem ni di panggung, well, ia tak adalah teruk sangat. Maybe sebab aku memang suka dengan idea kembali ke zaman silam seperti filem The Time Machine menyebabkan aku boleh berpuas hati menontonnya. Menurut website imdb, versi novel Timeline adalah jauh lebih baik dari yang difilemkan.

Manakala filem kedua ialah Cabin Fever. Aku langsung tak ada baca sinopsis atau review mengenainya jadi aku memang blur masa masuk panggung. But based on the title and poster kita boleh agak yang ini adalah filem horror. Tadi bila aku baca review pasal filem ni patutlah rasa macam pernah tengok jer konsep filem sebegini sebab ia menggunakan formula old school horror yang mengandungi elemen-elemen gory, horror, sex, nudity, drug, cool guy, hot chick and dumb jock. Contohnya seperti filem Evil Dead dan Night of the Living Dead. Oleh kerana aku tengok kat panggung, pakar penapis filem kita telah mencincang filem ini sampai aku jadi tak faham. Continunity antara adegan seakan tidak berkait lancar lebih-lebih lagi bila sampai bab mencarut atau bunuh-bunuh tu tiba-tiba melompat ke scene lain.

Tahukah anda bahawa Peter Jackson amat meminati filem ini! Beliau telah memberhentikan penggambaran filem Lord of the Rings - The Return of the King sebanyak tiga kali semata-mata untuk menayangkan filem ni kepada krew-krew beliau. Ok, itu apa yang aku baca dari website imdb. Mungkin ada kekeliruan di sini kerana ketiga-tiga filem Lord of the Rings menjalani shooting serentak pada akhir tahun 90-an dan tahun 2000 manakala Cabin Fever ni pula tahun 2001. Tapi pada tahun 2003 Peter Jackson telah membuat additional footage untuk The Return of the King, pada masa tu lah agaknya dia tunjuk kat krew dia filem ni sampai tiga kali pulak tu. Aku nak tengok buat kali kedua pun err.... mintak maaf jer lah. Maybe tengok kat dvd.

Wednesday, March 03, 2004

Lot of Offerings

Di bawah ialah benda-benda yang orang offer kat aku baru-baru ini – ada yang offer nak bagi barang tu percuma dan ada yang aku kena bayar.

1) Donut

Pagi semalam officemate aku offer kuih gelang bersalut gula ni pasal dia dapat extra satu. Mula-mula aku tak nak sebab aku tak lapar. Tapi sebab dia dah beria-ia sangat nak bagi …… ambik jer lah.

2) Monitor Komputer

Officemate aku yang seorang ni nak jual desktop dia pasal dia nak beli laptop pulak. Aku pun tanyalah dia nak buat laptop – nak bawak pergi jalan-jalan ke?

“Ikut suka I lah nak buat apa dengan laptop tu. You nak beli tak monitor pc I ni?”

Aku pun tak pasti nak beli ke tak monitor tu. Nanti dah ada monitor nak kena beli cpu pulak, keyboard pulak. Tak kan nak mengadap monitor kosong jer. Lainlah aku buat monitor tu jadi akuarium, boleh tengok ikan hidup berenang-renang.

3) Kucing

Tak ada orang yang offer ikan suruh aku bela, sebaliknya ada yang offer kucing. Officemate yang ni aku jarang bercakap dengan dia – alih-alih aje dia tanya aku minat tak dengan kucing. Dia kata kucing dia baru beranak dan rumah dia dah penuh dengan kucing. Aku suka jugak kucing tapi aku tak suka bela. Lagipun aku allergic dengan bulu-bulu kucing yang berterbangan tu.

4) After Shave - Aramis

Kawan aku dapat sample benda ni. Dia bagi aku sebab dia tak pakai after shave brand yang ni, dia pakai brand lain. Aku pulak tak pakai after-shave, tak reti nak guna benda-benda macam tu.

5) Key-Chain

Officemate aku pergi bercuti di Sarawak bawa balik souvenir keychin. Dia masuk gua niah dan beli keychain yang di buat dari manik dan tertulis perkataan GUA NIAH. Itulah first time dia masuk gua. Seram jugak katanya. Cantik key-chain tu tapi aku cuma letas atas almari jer, bukannya nak buat sangkut anak kunci.

6) Servis Mengurut

Ada seorang kawan aku dah buat perkhidmatan mengurut pulak. Dia kata kalau ada lenguh-lenguh badan, nak legakan urat-urat boleh pergi jumpa dia sebab dia dah bukak bisnes tu sekarang. Dia memang pandai cari duit sebab nak harap makan gaji jer mana cukup.

7) Kemeja Ralph Lauren

Kemeja ni housemate aku yang offer. Sebenarnya aku dah buat kain buruk baju dia tu! Manalah aku tahu dia nak lagi baju tu sebab dia letak bersekali dengan koleksi baju-baju buruk dia. Kebetulan paip dapur bocor dan air melimpah, aku pun cari kain buruk nak buat lap tapi tak jumpa apa-apa kain.

Aku pun teringat yang dia ada simpan beberapa baju seluar yang dia tak pakai lagi so aku pun ambik sehelai buat kain lap. Lepas siap kerja mengelap lantai aku pun jemur kemeja tu dan bila dah kering - lupa pulak aku nak letak balik kat dalam laci, aku biar jer atas katil.

Malam tu dia balik dari kerja, dia nampak kemeja tu dan dia pun offer kat aku

“Eh, aku lupa aku ada kemeja ni, siapa yang bawak keluar ni? Nampak elok lagi. Kau ambik jer lah, besar ni, memang saiz kau, sesuai untuk kau pakai,“ katanya.

Aku macam terkedu sat, isyhk.... baju tu aku dah buat kain buruk tak kanlah aku nak pakai pulak! Tapi aku diam jer sambil belek-belek kemeja tu, konon-konon macam interested.

“Kan dah buruk ni, tak kan kau nak kasi aku baju macam ni?“

“Tak apalah, kau pergi hantar dobi, nanti bersih ler balik,“ memandai pulak dia suggest macam tu. Cantik lagi ni, Ralph Lauren pulak, hah brand mahal tu,“

Aku pulak masa mengelap tadi tak perasan pula kemeja tu ada jenama Ralph Lauren, kalau tak tentu aku tak ambil buat kain buruk. Err... terima kasih jer lah ya. Tak sanggup rasanya pakai baju yang kita baru lepas guna buat lap lantai.

Sunday, February 29, 2004

Makan-makan Cari Undi

Feb 25

Hari ni pun ingat malas nak makan breakfast. Eh, semalam makan – sekeping karipap, no, actually seringgit tiga biji, aku cuma makan sebiji lagi dua sedekah dekat officemate. Tak payahlah kedekut sangat lagipun biasanya aku memang makan sebiji dua jer, yang lain jadi mangsa tong sampah. Setakat nak beli dua biji karipap jer takut makcik penjual tu kata aku kedekut pulak - nak beli seringgit pun berkira.

Tapi laparlah dalam pukul 10.30 tu pergi pantry, buat Milo dan makan cream crakers sekeping. Okey jugak tapi lepas tu sakit perut! Lately selalu sangat perut memulas after having breakfast. Tu yang takut nak makan tu.

Feb 26

Yay! Tak sia-sia aku berlapar dua-tiga hari ni sebab hari ni boleh makan busat! Ap ajak aku ikut dia pergi makan-makan di rumah seorang kawan dia. Kami sampai dalam pukul 9 lebih. Dia kata majlis tu di buat ada kena-mengena dengan politik. Tapi di rumah tu aku tengok tak ada pula apa-apa tanda yang menunjukkan suasana berpolitik sedang dijalankan.

Rupa-rupanya mesyuarat politik tu di buat di tempat lain cuma memasak saja di buat kat rumah ni. Lepas tu baru makanan tu semua akan di hantar ke tempat mesyuarat berlangsung. Kami yang tak terlibat dengan benda-benda tu pun start menjamu selera dengan mihun goreng, chesse cake, sate, agar-agar, nasi himpit dan banyak lagi sajian lain.

Semuanya sedap-sedap belaka, rezeki tak kan nak tolak pulak ye tak? Sebelum sampai ke rumah tu aku dah siap makan nasi goreng dulu dalam pukul 7 tu sebab aku takut nanti malu pulak nak makan banyak-banyak kat rumah orang yang kita tak kenal. Jadi tak adalah aku nak rasa terkilan kalau tak dapat makan sepuas hati sebab perut pun dah tak lapar sangat. Lagi pula Ap mention pasal ada meeting kat rumah tu, nanti orang sibuk nak meeting, tak kan kita pulak sibuk nak melantak?

Aku suspek meeting tu pasal pilihanraya yang dah nak dekat ni. Anda semua bagaimana? Sudah bersedia untuk mengundi pada tahun ni? Buatlah undian anda dengan bijak! Macam Akademi Fantasia pulak! Oh, selepas kenyang menjamu selera kami tengok Astro Ria yang ada tunjuk sekitar majlis audition untuk musim ke-dua program tersebut. Jangan lupa sediakan tisu banyak-banyak :)

Wednesday, February 25, 2004

Missed Kampung

Balik dari kampung jer mesti sampai KL tak ada selera makan. Hehhe... Rasanya sebab masih craving for mom’s cooking. Breakfast cuma minum nescafe dan tak bersemangat nak buat satu apa pun. Padahal dah cuti tiga hari – lepak di kampung. Makan, tidur dan baca komik Apo?, Blues Selamanya and the like.

Masa di kampung aku sempat bersiar-siar di pantai walaupun rumah memang dekat sangat dengan pantai tapi kenapa entah malas nak keluar. Memang aku jarang turun ke pantai pun sebab dah depan mata. Biasalah kalau dah depan mata we always take things for granted. Nanti dah pindah tempat lain baru menyesal tak pergi pantai puas-puas dulu. Tak tahu lagi bila keluarga aku akan pindah dari situ. Maybe by the end of this year kot when my dad retire.

I will miss that place, that kampung and the kampung folks. Berada di sana bagaikan masa tidak berganjak – rumah-rumah desa yang sama, penduduk yang sama dan angin yang sama. Angin mestilah sama…..harharhar! Suasana rileks di kampung itu yang buat aku terkenang-kenang sangat. Diorang ni macam tak ada kerja atau memang ada kerja tapi tak payah nak kejar dateline. Melepak di wakaf tepi pantai, main dam aji, borak-borak tepi tangga, minum kopi di warung, mandi laut dan benda-benda lain yang simple. Indahnya hidup tak payah berkejar-kejar macam sekarang ni.

My friend forwarded below e-mail to me about 5 Sundays in the month of February, 2004. Oh, this year is a leap year for those of you uninitiated.

Hi

Did you know that in this February, there are 5
Sundays.....

It happens once in 28 years.

It will happen this year and next in 2032,2060,2088

Thursday, February 19, 2004

Hi, Frekuensi

Tatkala mendengar radio aku tak ada nak stick dengar satu stesyen jer. Kejap-kejap aku alih ke frekuensi lain kalau rasa dah boring dengan stesyen tadi. Mana tahu kalau alih ke siaran lain aku dapat mendengar lagu yang aku suka. Tiba-tiba aku terdengar lagu rock kapak Tiada Lagi Kidungmu nyanyian Lefthanded. Lama tak dengar lagu ni, layanlah kejap sambil aku terbayangkan imej rambut gondrong yang menjadi trademark kumpulan sebegini. Sebaik habis lagu, keluar suara yang berbunyi

Terbaru bakal menemui anda

Terbaru? Apa benda yang terbaru? getus hatiku. Stesyen radio baru ke? Lagu susulan yang ke udara ialah sebuah lagu lama mungkin nyanyian Ahmad Jais. Tak tahulah tajuk apa lagu tu. Bila lagu habis jer, keluar lagi suara yang sama

Sesuatu bakal menggegarkan tanahair

Apa benda yang sampai bergegar tu? Aku rasa memang betul yang ni promosi untuk satu stesyen radio baru under Astro. Aku pernah terbaca di akhbar pasal radio baru ni. Suara latar yang digunakan agak familiar. Macam pernah dengar suara ni di Astro Ria menjadi voice over apabila in-house promo ditayangkan. Kemudian pendengar dihiburkan oleh Tan Sri SM Salim dengan Lagu Zaman berduet bersama Jamal Abdillah dan seorang lagi penyanyi lain. Seperti biasa, lagu habis jer – teaser pun berbunyi

Sesuatu bakal menggegarkan tanahair

Bergegar lagi? Tak tahu lah berapa skala ritcher yang dapat di sukat oleh gegeran stesyen radio terkini Astro ini nanti. Oleh kerana tidak ada iklan-iklan datang mengacau, kita terus dihidangkan dengan lagu dan kali ni lagu Inggeris pula yang berirama country. Sedap juga lagunya. Lepas lagu berakhir, suara latar yang tadi pun ke udara. Kali ini lain pula skripnya

96.7fm di Lembah Klang – Kami Bersama Anda

Memang itu pun frekuensi yang sedang aku set di radio aku ni. Lagu yang menyusul kemudian ialah dendangan kumpulan D’lloyd bertajuk Cinta Hampa. Kita tunggu sajalah bila stesyen ini sudah rasmi ke udara nanti. Macam mana gaya persembahan atau konsep yang bakal ditampilkan oleh mereka. Seperti yang aku terbaca dulu kemungkinan besar stesyen ini disasarkan untuk peminat muzik tempatan yang ingin bernostalgia dengan irama 50-an hingga 80-an. Memandangkan ianya di bawah Astro aku menelah yang ia akan mengikut format yang sama seperti radio-radio Astro yang lain. Kita dapat mendengar lagu-lagu yang sama empat-lima kali sehari, iklan yang berlambak-lambak dan dj yang statik.

Untuk sementara waktu, alih frekuensi radio anda kepada 96.7fm untuk mendengar siaran percubaan ini. Selamat berhibur!

p/s: Kepada semua juga diucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1425.

Wednesday, February 18, 2004

Candle of the Night

Aku tak tahu bahawa lilin aromaterapi sangat merangsang tubuh sampai aku boleh khayal. Baunya wangi nipis dan sungguh menenangkan. Anehnya asap yang terhasil tidak pula membuatkan aku rasa terganggu sebab aku memang anti asap. Aku cuma membiarkan asap itu menerawang di ruang, tembus ke udara dan akhirnya perlina. Mata aku pula tiba-tiba berat lalu aku tersengguk-sengguk kerana entah macam mana rasa kantuk pula menyerang.

Masa tu aku di rumah kawan sebab lama tak datang rumah dia aku pun singgah sekejap. Mungkin juga selain dari haruman lilin, angin bukit dan bau hutan selepas hujan turut menyumbang pada suasana yang menyamankan ini. Aku pasang siaran TV1 yang sedang mengudarakan rancangan Getaran bersama Zur Eda yang mendendangkan lagu latin dan jaz. Lama tak nampak penyanyi ini di kaca tv.

Persembahan Zur Eda diiringi oleh sekumpulan pemuzik yang antara lagu nyanyian beliau ialah Rhythm is Gonna Get You dan Sway. Pada pandanganku dia memang nampak macam Sade dan tidak hairanlah orang pernah menggelarkannya begitu dulu. Aku duduk bersantai sambil minum se-mug Nescafe untuk membuang rasa mengantuk di samping membiarkan udara awal malam yang segar terus mengelus.

Bila aku balik ke rumah sendiri sejam kemudian, wangi bau lilin itu masih tidak hilang seakan ia melekat di deria. Aku tak ingat apa nama lilin tu, harum metah baunya. Kalau aku nak praktis pasang lilin dalam bilik aku ni nampaknya kenalah buat spring cleaning dulu. Bilik pun dah macam sarang rodent nak beranak, baju bersepah, buku berterabur, kertas-kertas berceretek.

Nak letak lilin pun kena cari tapak yang selamat juga. Nanti hajat nak hirup wangi lilin aromaterapi berakhir ke unit rawatan rapi pula. Nauzubillah.

Monday, February 16, 2004

Udang Sama Udang

Sedang aku sedap tergaru-garu badan yang gatal tiba-tiba aku terfikir alias tersentak

“Mungkin aku gatal-gatal ni pasal makan udang tadi tak?“ Isyhhkk… tak boleh jadi ni. Terus aku stop dari menggaru dan pergi mandi.

Manalah aku tahu Nasi Goreng Belacan tu ada taruk udang. Udang tu taklah besar sangat tapi tak adalah kecik macam udang kering. Apa nama udang tu – udang kertas kot? Aku tak pernah order pula Nasi Goreng Belacan sebelum ni. Tak tahu dia letak udang. Biasanya aku memang tak tanya dulu apa bahan-bahan yang ada dalam sesuatu makanan sebelum memesan.

Sama jugak kes aku nak pesan Nasi Goreng Istimewa di satu kedai makan dua tahun lepas. Aku memang tak bertanya langsung apa benda yang specialnya nasi goreng ni sehingga di beri nama begitu. Cuma masa nak membayarnya aku agak terkejut sikit pasal harganya kurang seringgit setengah nak jadi sepuluh ringgit.

Itulah – main order jer, tak pasal-pasal dah melayang sepuluh ringgit. Yang jadi mahal tu pasal ada udang dalam nasi goreng tu. Besar-besar pulak, dia letak lebih kurang 3 ekor udang besar. Lepas tu dalam sejam dua selepas membelasah nasi goreng istimewa campur udang, badan aku terus naik ruam.

Mula-mula merah-merah, lepas tu bengkak-bengkak. Dengan gatalnya lagi memang tidak tertahan dah. Aku ingat boleh surut macam tu jer tapi sebab badan aku yang sana bengkak, sini bengkak, baik aku pergi klinik.

Di klinik doktor itu memberi satu suntikan dan mc. Doktor tu cakap yang aku orang kedua datang ke klinik dia malam tu sebab allergy pada makanan. Mesti orang pertama tadi pun alami symptom gatal-gatal sebab makan nasi goreng istimewa agaknya. Lepas tu memang aku tak order dah nasi goreng ni. Nasi goreng belacan tu pun aku rasa maybe aku tak akan order juga.

Sepatutnya belacan tu sendiri aku tak boleh makan. Belacan kan di buat daripada udang jugak. Kita ni selagi tak mudarat, selagi itulah tak reti nak beringat.

Walaupun aku memang malas nak bertanya pada waiter tentang sesuatu makanan yang aku order, kadang-kadang pernah juga aku bertanya. Masa makan di satu restoran pusat hiburan terkemuka di Bukit Bintang, aku boleh tanya “eggplant“ tu apa. Sebab aku nak order Green Curry – bawah setiap meal ada informasi tentang apa bahan-bahan yang dimasukkan dalam resepi tersebut. Yalah, telur apa pulak menatang “eggplant“ ni dalam kuah kari?

Rupa-rupanya eggplant tu terung. Aku ingatkan terung di panggil Brinjal. Sedap juga Green Curry ni. Yang pentingnya aku tak ada allergic pada eggplant.

Friday, February 13, 2004

Friday the 13th

Semasa cuti di kampung minggu lepas aku telah membeli beberapa vcd filem di sebuah outlet. Mula-mula aku nak beli vcd MX3 tapi dah out of stock. Aku pun beli Jutawan Fakir walaupun aku tak berapa gemar dengan filem arahan Encik Profesor Razak Mohaideen ni. Satu lagi ialah vcd cerita seram Korea, Wishing Stairs.

Sampai di rumah aku pasang Jutawan Fakir tu untuk tontonan seisi keluarga. Bagi adik-adik aku filem tu kelakarlah tapi bagi aku sendiri aku geram sebenarnya dengan gaya komedi cerita Melayu yang tak habis-habis dengan lawak slapstik. Adakah hanya slapstik saja yang boleh membuatkan orang ketawa? Dalam Jutawan Fakir watak utamanya Saiful Apek kelihatan terpaksa berusaha keras untuk mempamerkan memek-memek lucu yang menjengkelkan.

Kalau nak berkelakar pun biarlah penonton rasa munasabah dan kita boleh ketawa secara semulajadi. Bila aku tengok filem Soal Hati pun ada beberapa adegan yang boleh mengundang gelak tanpa di paksa. Apatah lagi filem orang putih seperti Bowfinger dan Rat Race yang walaupun ada unsur-unsur slapstik tetapi ianya memang kena dengan jalan cerita dan kita memang akan menyokong adegan tersebut dislapstikkan.

Namun walaupun menyampah tahap cipan sekali pun, aku teruskan juga tonton filem ni secara sambil lewa. Kejap-kejap aku masuk dapur, kejap-kejap aku makan nasi, kejap-kejap aku baca suratkhabar sambil mata kejap-kejap tengok ke arah skrin tv. Kalau cerita Melayu macam ni tak payah konsentrate pun tak apa, mesti boleh paham punya. Kalau tak faham pun tak kisah, bukannya penting pun.

Cuma yang pentingnya aku tertarik nak tahu macam mana Razak Mohaideen ingin mengakhiri filem ini. Ini kerana Saiful Apek telah membelanjakan duit perompak yang di jumpai di motosikalnya secara sesuka hati. Dia tidak bimbang pula pasal asal-usul duit tersebut. Sama ada dia akhirnya sukarela menyerahkan baki duit itu kepada pihak polis atau perompak dapat mengesannya lalu berlaku adegan hide and seek, itu yang aku expect.

Tetapi tidak! Semua itu adalah mimpi semata-mata! Duit yang dia jumpa tu bukan mimpi, itu real tapi adegan yang dia menghabiskan wang bagai nak rak tu adalah mimpi yang panjang. Mudahnya Razak Mohaideen nak menamatkan suatu cerita, andaikan semua itu adalah mimpi dan voila! segalanya selesai.

Nasib baik yang ini aku beli vcd cetak rompak punya jadi tak adalah rasa geram terlampau. Tapi yang filem Mistik tu memang geram sangat-sangat sebab aku tengok kat panggung. Mistik pun di akhiri dengan penyelesaian mimpi juga. Salah-seorang ahli ekspedisi itu bermimpi mereka mengalami peristiwa ala seram dan mistik konon, semasa tidur dalam van. Jalan ceritanya dari awal hingga akhir langsung tidak memuaskan hati. Paling kurang kalau di buat penamat yang kreatif maka terasa juga penonton tidak terlalu diperbodohkan walaupun ceritanya bodoh. Setakat diakhiri dengan mimpi jer, dah nak muntah dengan idea tu.

Jutawan Fakir dan Mistik juga adalah mimpi bagiku.

Mimpi ngeri.

Tuesday, February 10, 2004

Korban Hari Raya

Hari Raya Haji telah pun berlalu dan aku mula bekerja balik minggu ini. Kami sekeluarga mengerjakan ibadah korban dengan menumbangkan seekor kerbau dan seekor lembu. Aku ingatkan sang kerbau tu yang akan susah untuk di sembelih rupa-rupanya lembu yang lebih susah. Mungkin sebab aku intimidated by fizikal mereka. Atau mungkin sebab lembu itu telah menyaksikan apa yang kami buat pada kerbau yang di tambat bersebelahannya menjadikan ia gementar. Mula-mula bapa saudaraku sembelih kerbau tu dulu kemudian baru lembu. Tidak ada apa-apa yang sensasi berlaku. Lebih kurang setengah jam selesai satu ibadah.

Kerja-kerja melapah daging segar yang baru di sembelih memanglah sukar bagi orang yang tak berpengalaman sepertiku. Betul ke cara aku potong ni? Teragak-agak pula aku waima pisau telah di tangan dan sebelah tangan lagi memegang daging kenyal yang masih panas dan merah. Aku rasa kita kena hiris daging itu mengikut pattern-pattern tertentu supaya ia tidak berbau hamis bila di masak.

“Potonglah style macam mana pun, asalkan putus,“ anjuran seorang pak cik.

Aku pun tanpa membuang masa hiris saja mana-mana bahagian yang aku nak hiris asalkan ia bercerai dari tulang. Itulah kali pertama aku membantu dalam kerja-kerja melapah macam ni. Biasanya aku cuma jadi tukang observe saja. Asyik tengok jer mana nak pandai kalau tak praktik sekali. Lagipun dulu kalau majlis korban wiritnya hanya seekor ternakan saja di sembelih. Kali ni sampai dua ekor, kerbau pulak tu. Kenalah ringankan tulang untuk membantu. Tapi aku tolong lapah daging lembu jer, yang kerbau tu biarlah orang lain buat.

Thursday, January 29, 2004

2 Cuti Raya

Cuti panjang Lunar New Year baru saja berlalu dan minggu depan cuti panjang lagi untuk menyambut Hari Raya Korban. Mereka yang kerja di Wilayah Persekutuan dapat ekstra satu hari lagi sebab bertindan cuti Hari Wilayah.

Bukan orang Malaysia saja yang suka bab-bab cuti ni, warga asing yang cari makan di negara ini pun turut sama ambil peluang untuk berjalan-jalan. Masa aku dan kawan-kawan keluar ke KL masa first day cuti Tahun Baru Cina baru-baru ni, ramainya pendatang asing duduk mengerumuni kawasan Puduraya, Kotaraya, Bus Stand Klang, Petaling Street dan di mana-mana saja ternampak kelibat mereka.

Dari mana entah datangnya, tiba-tiba saja ribuan warga asing ini macet memenuhi setiap inci bandaraya, bersidaian di tembok berbual-bual sesama sendiri. Seolah-olah mereka baru di hambat keluar dari persembunyian dan ini masanya untuk menjengah dunia. Tiba-tiba saja populasi Kuala Lumpur jadi berganda dengan kemunculan mereka walaupun kita anggap mereka cuma menggantikan warga kota sebenar yang kebanyakannya balik kampung ketika itu kerana cuti panjang.

Aku sedang menunggu di luar Puduraya tatkala rakan pergi membuat urusan dalam bangunan itu lalu aku memerhatikan gelagat pendatang asing ini yang tidak diketahui asal negara mereka. Dari Vietnam barangkali atau Nepal atau mana-mana kawasan lain yang kita sendiri tak begitu arif. Duduk berdekatan mereka kita boleh mendengar bunyi butir pertuturan yang janggal.

Mari kita lihat beberapa penemuan menarik yang aku dapat ketika meneliti pendatang asing ini

1) Mereka mempunyai penglihatan yang baik kerana hampir ke semua mereka tidak memakai cermin mata. Mungkin kerana tidak ada banyak faktor di negara asal untuk menyebabkan mereka jadi cepat rabun.

2) Sesetengah mereka sangat fashionable sehingga sanggup memakai pakaian serba kulit dari jaket ke kasut dan duduk lepak di stesyen bas. Tak panas ke pakai macam tu? Ada yang pakai serkup kepala yang konon mahu di lihat seperti rappers bergaya hip-hop tapi serkupnya kelihatan seperti anak tudung yang perempuan biasa pakai tu. Tersilap ambik, barangkali.

3) Mereka juga tak kisah nak ambil gambar di mana tempat sekalipun. Kalau dah sampai negara orang tu pilihlah lokasi yang cantik dan bersih sebagai kenangan. Ini bergambar kat Puduraya yang kelam dan sesak, langsung tak menarik tempat tu. Aku sendiri kalau tak kerana nak naik bas ekspres, jangan harap nak sana, apatah lagi nak bergambar.

4) Mereka sangat mesra antara sesama jantina sehingga tidak risau untuk berpegangan tangan sembari berjalan di khalayak ramai. Mungkin itu sudah culture atau resam yang tidak di pandang serong oleh sesiapa. Atau mereka bukan berpegangan sebagai tanda intim sebaliknya memimpin tangan si rakan menjadi pemandu arah kerana rakan itu sebenarnya rabun.

5) Perangai mereka sama saja dengan rakyat negara ini yang hanya tahu meninggalkan sampah apabila telah usai berkumpul. Bila aku kembali semula ke kawasan yang disebutkan tadi pada waktu malam, sampah sarap berselerak memenuhi setiap ruang terutama bahagian depan bangunan Cahaya Suria. Begitu juga masa aku berjalan depan KLCC semasa sambutan tahun baru yang lepas pun berceretek sampah di sekitar cuma tak sampai setinggi bangunan KLCC lagi sampah-sarap tu.

That’s it, folks. Cuti panjang minggu depan aku nak observe benda apa pulak ye? I wish you all Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Sunday, January 25, 2004

Keaiban Kita

Dua minggu lepas aku ikut officemate aku ke sebuah butik sebab dia nak menyewa baju. Lagi pun dia nak pakai sekali jer baju tu nak attend majlis formal pejabat, elok sewa jer, kalau beli nanti membazir pulak. Sementara dia sibuk membelek-belek pakaian yang banyak tergantung di tepi dinding butik aku duduk di kerusi yang disediakan. Tuan punya butik (TPB) asyik melayan dia memilih sambil memberikan khidmat nasihat mana yang sesuai di pakai, mana yang tak lawa, berapa harganya dan macam-macamlah.

Bosan duduk saja-saja macam tu aku pun bacalah Harian Metro yang terdampar di atas meja. Tapi yang semalam punya – gasaklah, asalkan ada benda untuk dibaca. Aku tengah meneliti berita perbicaraan pembunuhan Canny Ong yang kebetulan pada muka surat itu ada sekali terselit gambar isteri si tertuduh.

“Dah ada isteri yang cantik macam ni pun masih nak rogol orang,” tiba-tiba ada suara menyampuk.

Aku terpinga-pinga kejap. Oh, TPB rupanya yang bersuara. Aku cuma tersenyum kepadanya. Dia turut sama membaca berita tersebut sementara menunggu officemate aku tengah fitting.

“Haa… tak cantik ke isteri macam tu? Pakai tudung lagi. Buat apa dia nak rogol orang?“ sambungnya lagi dengan nada kesal.

“Ya…ya…” aku membalas pendek. Kemudian dia berlalu setelah terdengar suara offiemate memanggil untuk tengokkan kebaya yang sedang di fitting itu.

Aku sepatutnya balas balik - ‘Kalau isteri TAK CANTIK pun TAK BOLEH rogol orang jugak. Atau pun aku boleh tambah ‘Kalau TAK ADA isteri (yang cantik atau tidak) pun TAK BOLEH rogol orang.

Aku sebenarnya sangat malu dengan TPB kerana dia orang CINA sehingga membuatkan lidahku kelu untuk menjawab apa-apa. Sedangkan yang dibicarakan itu ialah orang MELAYU yang dituduh merogol, membunuh dan membakar seorang wanita Cina.

Untuk pengetahuan anda TPB ialah seorang Cina yang telah pun memeluk ISLAM sedangkan yang dituduh merogol, membunuh dan membakar wanita Cina itu ialah ISLAM jugak - sejak lahir lagi malah setiap kali hadir ke mahkamah dia tidak lekang dengan kopiah di kepala.

Dan TPB mualaf Cina tadi ada mengambil seorang anak angkat perempuan MELAYU berusia lingkungan 4 tahun untuk di pelihara dan dilindungi selayaknya bagi seorang kanak-kanak dan bukannya untuk di rogol, di liwat, di bunuh atau di bakar atau apa-apa saja perbuatan keji yang lain.

Aku tidak tahu apa perasaan TPB apabila dia membaca pula berita tentang adik Nurul Huda seminggu selepas itu. Kita sebagai LELAKI ISLAM MELAYU , entahlah kenapa kita tidak mendidik keMALUan sendiri …..

Monday, January 19, 2004

Lari Dari Mulut Harimau, Masuk Ke Mulut Anjing

Aku pernah ternampak filem Lars von Trier bertajuk Dancer in the Dark yang berjaya memenangi Palm d’Or tetapi aku tak beli. Melalui filem itu juga penyanyi eksentrik Björk yang baru pertama kali berlakon, berjaya merangkul aktres terbaik di festival yang sama. Kemudian aku dah tak temui lagi filem ini di pasaran (gelap) tetapi aku jumpa Dogville dan terus beli.

Balik rumah aku pasang dvd itu dan tiba-tiba aku rasa seakan terpedaya pula.

Macam ni ke filemnya?

Boleh ke buat filem macam ni? Menarik ke untuk ditonton?

Kalau ada adegan 18SX nanti, macam mana? Habislah pelakon lain nampak! Call me pervert if you want, tapi itulah yang bermain dibenakku tatkala filem berkenaan tertayang di skrin. Aku tak tahu apakah yang orang gelar filem sebegini jadi aku akan menulis dari sorot penonton naif seperti aku.

Grace tidak semena-mena muncul di Dogville apabila dia ingin melarikan diri dari sekumpulan gangster. Penduduk pertama yang menemuinya ialah Tom yang kebetulan sedang berjalan iseng menghidu angin malam. Dia ternampak Grace mencuri tulang makanan anjing di luar sebuah rumah lalu merasa curiga. Tiba-tiba kedengaran bunyi kereta datang mendekati dan Grace menjadi kencar. Tom menyembunyikannya di sebuah lombong dan menyambut kereta tadi. Mereka sedang mencari Grace yang di dakwa sebagai merbahaya dan meminta kerjasama Tom dan orang kampung lain sembari menghulur kad untuk dihubungi jika terdapat apa-apa maklumat.

Perempuan itu meminta ihsan Tom agar dia tidak diserahkan kepada kumpulan terbabit kerana dia bukanlah seperti apa yang diperkatakan. Tom tidak dapat berjanji kerana sebagai jurucakap tidak rasmi Dogville dia harus bermesyuarat dengan penduduk dulu walau dihatinya sendiri terbit rasa simpati. Mula-mula orang-orang kampung agak was-was untuk menerima seorang fugitive di situ tetapi dengan jaminan dari Tom mereka bersetuju Grace di beri tempoh probation selama dua minggu.

Selama jangka masa tersebut Grace akan menawarkan khidmat membantu sebarang kerja-kerja penduduk sebagai cagaran di atas jasa baik mereka menyembunyikannya. Penduduk agak musykil kerja apa yang hendak di beri kepada Grace sebab semua boleh mereka uruskan sendiri. Tetapi mereka perlu juga menyerahkan tugas-tugas rencam kepadanya kerana risiko telah di ambil.

Apabila dua minggu berlalu, mereka telah bermesyuarat lagi dan penduduk semua impress dengan kerja-kerja serta tingkah-laku Grace lalu dia dibenarkan menetap di situ. Malah dia di bayar gaji pula. Grace terpikat dengan kedai perhiasan kaca di kampung tersebut yang menjual beberapa figurine kecil dan dia berimpi untuk memiliki ke semuanya dengan duit itu nanti. Manakala Tom pula lama-kelamaan makin terpikat kepadanya.

Musim bertukar musim dengan Grace masih tekun menjalankan rutin hariannya di tambah situasi kampung yang ceria dan tenteram walaupun filem ini berlatarkan ketika Amerika di landa era meleset. Apabila seorang polis datang ke situ untuk menampal poster berkenaan Grace berserta imbuhan yang bakal di beri telah mencetus tidak keruan kepada penduduk. Mereka bermesyuarat lagi sekali dan kali ini orang kampung bertindak mengeksploitasi Grace dengan lebih keras melalui waktu kerja lebih berganda serta upah dikurangkan. Mereka beralasan yang kehidupan di kampung semakin terancam dengan menjadikan poster itu sebagai medium untuk mengugut Grace.

Dari sini, filem Dogville telah mula mencapai landas yang membuatkan aku terpaku untuk terus menonton. Peringkat awal filem yang bosan dan mendatar dan rupa-rupanya ada beberapa adegan awal yang akan berkaitan dengan adegan di belakang. Aku tidak sanggup untuk meleraikan plot filem ini kepada anda semua kerana manalah tahu ada yang berminat untuk menonton, nanti anda dapat merasai suspen yang sama. Tengok sampai habis kerana ending filem ini sungguh di luar dugaan. Aku jangkakan yang Grace berjaya melarikan diri dari situ dan hidup bahagia dengan Tom tetapi err.... tengoklah sendiri.

Dogville dilakonkan oleh Nicole Kidman, Paul Bettany, Cloë Sevigny, Ben Gazzara, Lauren Bacall dan Stellan Skarsgård.

Wednesday, January 14, 2004

Ironically, Its A New Year

Sebenarnya setiap hari aku asyik berfikir untuk mengisi entry dalam blog ini. Fikir jer banyak, isinya tidak. Kalaulah anda semua dapat meneroka apa yang berkelintar dalam kepala otak ini, maka anda boleh terus saja membaca dari situ. Tak perlulah aku nak kelut-melut lagi mengisi segenap segi petak blog yang kaku menulis patah demi patah. Payahnya ingin menzahirkan apa yang tersembunyi sementelah malas itu turut bersekongkol menjadi beban yang di galas. Sepanjang jurnal ini di tinggalkan, malas terasa begitu mengheret. Ada banyak cerita telah terilham tetapi tinta ini bagai kemarau. Permulaan tahun baru yang tidak begitu bernafsu, nampaknya. Baiklah – aku kena cerita juga apa yang berlaku setelah aku balik dari Johor semata-mata kerana aku ingin gunakan perkataan “Ironik”.

Apa yang ironik?

Telah dua tahun aku tidak menyambut tahun baru mengikut resmi warga kota. Tahun 2002 aku berada di Melaka. Orang Melaka pun sambut tahun baru cuma aku dan rakan-rakan saja yang memerap di rumah, tengok tv. Tahun sebelumnya pula aku memang berada di KL tetapi kami hanya keluar makan-makan di sebuah gerai di Ampang Hilir dan dari situ pun boleh nampak bunga api memancut-mancut di KLCC. Tidak perlu bersesak ke sana untuk sengaja melemaskan diri bernafas dari sela-sela tubuh tengik manusia. Tetapi tahun ini aku kena pergi KLCC walaupun aku tidak berada betul-betul di bawah dua menara tersebut tetapi aku masih berdekatan dengannya. Aku dan Ap berada di MTC kerana sedang dalam perjalanan ke sana, Ap tiba-tiba ingin membeli lighter dan ada satu kedai runcit di MTC yang aku jangka masih di buka pada waktu itu. Kedai itu sudah pun di tutup dan untuk merokok dia terpaksa meminjam lighter dari mana-mana sumber yang boleh di percayai. Kami terlalu penat untuk meneruskan perjalanan walau sebenarnya kami telah berjanji untuk bertemu Iwan di KLCC.

Kami memutuskan untuk duduk saja-saja bersantai di ruang louge dalam MTC. Di luar ada bunyi riuh-riuh seakan majlis sedang berlangsung sesekali menggamit perasaan ingin tahu. Tiba-tiba terdengar letupan bunga api, membingit serta mengundang perasaan untuk meninjau. Bila menjenguk keluar, di ruang angkasa KLCC tidak terdapat pula apa-apa tanda bahawa bunga api sedang memercik. Tapi bunyi berkenaan masih kedengaran. Rupa-rupanya bunga api dari kawasan Bukit Bintang (atau Dataran Merdeka?) yang meletus dulu. Mungkin kawasan itu terletak dalam zon waktu berbeza. Kami menghampiri kawasan majlis tadi yang terletak di ruang lapang luar Saloma Bistro. Rupa-rupanya sedang berlangsung majlis makan malam yang dianjurkan oleh Persatuan Orang-orang Pekak. Adakah aku akan menyambut tahun baru 2004 bersama golongan ini? Nampaknya begitulah. Bagaimanakah mereka akan menyambut tahun baru? Bagaimanakah ekspresi mereka ketika melihat bunga api yang senyap-sunyi itu? Adakah mereka juga memang ternanti-nantikan percikan bunga api? Apakah rasanya melihat bunga api tanpa bunyi? Itulah yang akan aku find out dan aku rasa intrig.

Beberapa detik kemudian barulah bunga api KLCC mengambil giliran untuk mewarnai langit malam bandaraya. Ada yang bersorak, meniup apa entah nama benda kertas bergulung panjang yang pandai mengeluarkan bunyi tu, melompat-lompat dan bertepuk tangan. Ada ajnas bentuk formasi bunga api yang terpancut yang semuanya menarik hati. Suasana bising dengan bunyi yang terhasil dan gelap bukan lagi sinonim bagi malam. Masing-masing kelihatan gembira dan puas hati kerana satu lagi tahun telah berjaya di ganti. Aku pun mengambil peluang untuk melihat wajah-wajah golongan tidak boleh mendengar yang air muka mereka semuanya ceria. Mereka tetap ekspresikan semangat keriangan yang sama seperti insan-insan normal lain. Tetapi walaupun begitu mereka masih dapat mengeluarkan bunyi-bunyi terhad dari mulut mereka yang walaupun ianya bukan satu istilah tetapi benda itu masih berbunyi. Tak tahulah kalau-kalau sesetengah dari mereka ada yang tidak dapat mendengar tapi masih boleh bercakap seperti Christy peserta Survivor Amazon dulu.

Acara tahun baru yang sepatutnya hingar-bingar dan dipenuhi aneka bunyi tetapi aku dikelilingi oleh mereka yang tidak dapat mendengar. Tidakkah aku rasa ironik? Mood aku sedikit merosot untuk benar-benar bersuka-ria menyambut tahun baru dan aku memperuntukkan sedikit ruang untuk mengenangi nasib mereka dan mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah selama ini. Walaupun tidak dapat mendengar, hey, sekurang-kurangnya mereka juga tahu berseronok. Way to go, guys!

Monday, January 05, 2004

Akhir Disember

Minggu terakhir sebelum tahun baru sangat meletihkan. Ini semua gara-gara aku terpengaruh dengan Ap nak ikut dia balik Johor naik komuter dan bas sampailah ke negeri kuda kepang itu. Di tambah dengan aku yang demam dan sakit kepala secara mengejut menjadikan perjalanan itu tambah memeningkan.

Ahad - 28 Dec 2003

Senja di Bukit Jalil. Pertama kali masuk ke Stadium Putra untuk menyaksikan Juara Lagu. Aku dan Iwan mencari tempat duduk yang strategik supaya acara dapat disaksikan dengan jelas. Seperti biasa macam tengok HMI di Angkasapuri beberapa minggu nan lalu, mesti ada briefing dulu untuk audience sebelum siaran bermula. Siap suruh buat Mexican Wave lagi, apa, dia ingat ni macam tengok bola ke nak buat Mexican Wave? Tapi bila part “gelombang” tu sampai kat seat kami, aku pun turut berdiri sama sambil melonjakkan tangan. Sportinglah sikit.

Tempat duduk tu sebenarnya agak jauh dari pentas dan kalau dah jauh tu artis-artis yang buat persembahan semuanya kelihatan sebesar pensil sahaja. Nasib baik ada skrin gergasi di atas siling membantu menambahkan keseronokan menonton. Barulah nampak jelas penyanyi dan penari itu semua. Tetapi kalau dah kena tengok melalui skrin jugak, baik aku tengok tv kat rumah jer, lagi puas hati. Kelebihan tengok secara live hanyalah dapat saksikan acara stand-up comedy bersama Sallih Yacob mengisi slot commercial break. Penonton semua ketawa masa Sallih berlawak walaupun aku sendiri tak begitu jelas kedengaran apa benda yang kelakar sangat tu.

Selesai sahaja anugerah berlangsung, kami bergegas keluar kerana ingin mengejar lrt. Nasib baik sempat setelah berlari-lari anak menuju ke stesyen. Semasa train masih menunggu sekejap di situ, keadaan kecoh kerana ada seorang pemuda bergelut dengan seorang remaja yang didakwa telah mencopet telefon genggamnya. Dalam nada garang si pemuda menggertak dan berhempas pulas untuk mendapatkan balik telefon yang di curi tadi dan akhirnya berjaya juga memperolehinya semula. Entah macam mana sempat pula dia menanggalkan baju budak terbabit! Manakala budak tadi dapat melepaskan diri dan cepat-cepat keluar dari train. Aku ternampak kehadiran kakitangan lrt di situ setelah berlaku kekecohan tersebut. Penumpang-penumpang yang lain bersoksek-soksek sesama sendiri dan ada yang ketawa melihat budak itu berlari keluar secara topless. Aku pun meraba dompet dan telefon dalam poket seluar sendiri, manalah tahu kan.... Nasib baik ada.

Sejurus kemudian train mula berlepas dari stesyen Bukit Jalil. Sampai di rumah masih sempat mengikut Amazing Race 2, final episod. Pada waktu inilah aku mula rasa pening kepala. Tak tahulah sama ada aku berupaya untuk ikut Ap pergi ke Johor esok kalau pening ini masih berlarutan. Sebelum tidur telan panadol sebiji.

Isnin – 29 Dis 2003

Esok pagi, demam terasa surut dan kepala pula dah lega sikit. Kami menuju ke stesyen keretapi dalam pukul 10 setelah bersarapan di Dayabumi. Iwan tak dapat ikut pasal dia kena kerja. Komuter bergerak pukul 11 dan sampai di Seremban dalam pukul 12 lebih. Sepanjang perjalanan aku cuma duduk diam untuk merehatkan otak kerana aku terasa yang sakit kepalaku kembali menyerang. Sesekali aku melayan Ap yang asyik bersembang dan sesekali aku melihat pemandangan di luar. Masa tengah tak sihat begini nak berjalan-jalan pun rasa putus asa. Kami singgah masuk Seremban Parade yang lebih kurang macam The Summit. Berhajat nak makan tengahari tetapi tak jumpa lauk masak lemak cili api dalam food court lantas keluar saja. Elok kalau kami terus pergi cari tiket di Terminal 1 tapi tersesat pula jalan sampai depan Dataran Majlis Perbandaran.

Selepas tawaf kawasan Majlis Perbandaran tersebut barulah kami sampai di Terminal 1. Cepat-cepat ke food court sebab dah lapar sangat. Kali ni tak kisahlah lauk apa sekali pun, bedal jer lah. Syukurlah jumpa juga gerai yang jual lauk masak lemak cili api walaupun ayamnya tinggal dua ketul. Berselera juga makan walau tekak terasa pahit kerana demam mula beransur hinggap ke tubuh. Pening kepala juga semakin merebak. Sesudah makan, terus ke kaunter, beli tiket ke negeri berjiran. Tak jadi singgah di Melaka walaupun plan asal nak makan angin di Melaka dulu sebelum pulang ke Johor. Bimbang pula kalau-kalau termuntah dalam bas nanti bila dah pusing kat sana, pusing kat sini, baik terus saja balik ke destinasi.