Wednesday, February 25, 2004

Missed Kampung

Balik dari kampung jer mesti sampai KL tak ada selera makan. Hehhe... Rasanya sebab masih craving for mom’s cooking. Breakfast cuma minum nescafe dan tak bersemangat nak buat satu apa pun. Padahal dah cuti tiga hari – lepak di kampung. Makan, tidur dan baca komik Apo?, Blues Selamanya and the like.

Masa di kampung aku sempat bersiar-siar di pantai walaupun rumah memang dekat sangat dengan pantai tapi kenapa entah malas nak keluar. Memang aku jarang turun ke pantai pun sebab dah depan mata. Biasalah kalau dah depan mata we always take things for granted. Nanti dah pindah tempat lain baru menyesal tak pergi pantai puas-puas dulu. Tak tahu lagi bila keluarga aku akan pindah dari situ. Maybe by the end of this year kot when my dad retire.

I will miss that place, that kampung and the kampung folks. Berada di sana bagaikan masa tidak berganjak – rumah-rumah desa yang sama, penduduk yang sama dan angin yang sama. Angin mestilah sama…..harharhar! Suasana rileks di kampung itu yang buat aku terkenang-kenang sangat. Diorang ni macam tak ada kerja atau memang ada kerja tapi tak payah nak kejar dateline. Melepak di wakaf tepi pantai, main dam aji, borak-borak tepi tangga, minum kopi di warung, mandi laut dan benda-benda lain yang simple. Indahnya hidup tak payah berkejar-kejar macam sekarang ni.

My friend forwarded below e-mail to me about 5 Sundays in the month of February, 2004. Oh, this year is a leap year for those of you uninitiated.

Hi

Did you know that in this February, there are 5
Sundays.....

It happens once in 28 years.

It will happen this year and next in 2032,2060,2088

Thursday, February 19, 2004

Hi, Frekuensi

Tatkala mendengar radio aku tak ada nak stick dengar satu stesyen jer. Kejap-kejap aku alih ke frekuensi lain kalau rasa dah boring dengan stesyen tadi. Mana tahu kalau alih ke siaran lain aku dapat mendengar lagu yang aku suka. Tiba-tiba aku terdengar lagu rock kapak Tiada Lagi Kidungmu nyanyian Lefthanded. Lama tak dengar lagu ni, layanlah kejap sambil aku terbayangkan imej rambut gondrong yang menjadi trademark kumpulan sebegini. Sebaik habis lagu, keluar suara yang berbunyi

Terbaru bakal menemui anda

Terbaru? Apa benda yang terbaru? getus hatiku. Stesyen radio baru ke? Lagu susulan yang ke udara ialah sebuah lagu lama mungkin nyanyian Ahmad Jais. Tak tahulah tajuk apa lagu tu. Bila lagu habis jer, keluar lagi suara yang sama

Sesuatu bakal menggegarkan tanahair

Apa benda yang sampai bergegar tu? Aku rasa memang betul yang ni promosi untuk satu stesyen radio baru under Astro. Aku pernah terbaca di akhbar pasal radio baru ni. Suara latar yang digunakan agak familiar. Macam pernah dengar suara ni di Astro Ria menjadi voice over apabila in-house promo ditayangkan. Kemudian pendengar dihiburkan oleh Tan Sri SM Salim dengan Lagu Zaman berduet bersama Jamal Abdillah dan seorang lagi penyanyi lain. Seperti biasa, lagu habis jer – teaser pun berbunyi

Sesuatu bakal menggegarkan tanahair

Bergegar lagi? Tak tahu lah berapa skala ritcher yang dapat di sukat oleh gegeran stesyen radio terkini Astro ini nanti. Oleh kerana tidak ada iklan-iklan datang mengacau, kita terus dihidangkan dengan lagu dan kali ni lagu Inggeris pula yang berirama country. Sedap juga lagunya. Lepas lagu berakhir, suara latar yang tadi pun ke udara. Kali ini lain pula skripnya

96.7fm di Lembah Klang – Kami Bersama Anda

Memang itu pun frekuensi yang sedang aku set di radio aku ni. Lagu yang menyusul kemudian ialah dendangan kumpulan D’lloyd bertajuk Cinta Hampa. Kita tunggu sajalah bila stesyen ini sudah rasmi ke udara nanti. Macam mana gaya persembahan atau konsep yang bakal ditampilkan oleh mereka. Seperti yang aku terbaca dulu kemungkinan besar stesyen ini disasarkan untuk peminat muzik tempatan yang ingin bernostalgia dengan irama 50-an hingga 80-an. Memandangkan ianya di bawah Astro aku menelah yang ia akan mengikut format yang sama seperti radio-radio Astro yang lain. Kita dapat mendengar lagu-lagu yang sama empat-lima kali sehari, iklan yang berlambak-lambak dan dj yang statik.

Untuk sementara waktu, alih frekuensi radio anda kepada 96.7fm untuk mendengar siaran percubaan ini. Selamat berhibur!

p/s: Kepada semua juga diucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1425.

Wednesday, February 18, 2004

Candle of the Night

Aku tak tahu bahawa lilin aromaterapi sangat merangsang tubuh sampai aku boleh khayal. Baunya wangi nipis dan sungguh menenangkan. Anehnya asap yang terhasil tidak pula membuatkan aku rasa terganggu sebab aku memang anti asap. Aku cuma membiarkan asap itu menerawang di ruang, tembus ke udara dan akhirnya perlina. Mata aku pula tiba-tiba berat lalu aku tersengguk-sengguk kerana entah macam mana rasa kantuk pula menyerang.

Masa tu aku di rumah kawan sebab lama tak datang rumah dia aku pun singgah sekejap. Mungkin juga selain dari haruman lilin, angin bukit dan bau hutan selepas hujan turut menyumbang pada suasana yang menyamankan ini. Aku pasang siaran TV1 yang sedang mengudarakan rancangan Getaran bersama Zur Eda yang mendendangkan lagu latin dan jaz. Lama tak nampak penyanyi ini di kaca tv.

Persembahan Zur Eda diiringi oleh sekumpulan pemuzik yang antara lagu nyanyian beliau ialah Rhythm is Gonna Get You dan Sway. Pada pandanganku dia memang nampak macam Sade dan tidak hairanlah orang pernah menggelarkannya begitu dulu. Aku duduk bersantai sambil minum se-mug Nescafe untuk membuang rasa mengantuk di samping membiarkan udara awal malam yang segar terus mengelus.

Bila aku balik ke rumah sendiri sejam kemudian, wangi bau lilin itu masih tidak hilang seakan ia melekat di deria. Aku tak ingat apa nama lilin tu, harum metah baunya. Kalau aku nak praktis pasang lilin dalam bilik aku ni nampaknya kenalah buat spring cleaning dulu. Bilik pun dah macam sarang rodent nak beranak, baju bersepah, buku berterabur, kertas-kertas berceretek.

Nak letak lilin pun kena cari tapak yang selamat juga. Nanti hajat nak hirup wangi lilin aromaterapi berakhir ke unit rawatan rapi pula. Nauzubillah.

Monday, February 16, 2004

Udang Sama Udang

Sedang aku sedap tergaru-garu badan yang gatal tiba-tiba aku terfikir alias tersentak

“Mungkin aku gatal-gatal ni pasal makan udang tadi tak?“ Isyhhkk… tak boleh jadi ni. Terus aku stop dari menggaru dan pergi mandi.

Manalah aku tahu Nasi Goreng Belacan tu ada taruk udang. Udang tu taklah besar sangat tapi tak adalah kecik macam udang kering. Apa nama udang tu – udang kertas kot? Aku tak pernah order pula Nasi Goreng Belacan sebelum ni. Tak tahu dia letak udang. Biasanya aku memang tak tanya dulu apa bahan-bahan yang ada dalam sesuatu makanan sebelum memesan.

Sama jugak kes aku nak pesan Nasi Goreng Istimewa di satu kedai makan dua tahun lepas. Aku memang tak bertanya langsung apa benda yang specialnya nasi goreng ni sehingga di beri nama begitu. Cuma masa nak membayarnya aku agak terkejut sikit pasal harganya kurang seringgit setengah nak jadi sepuluh ringgit.

Itulah – main order jer, tak pasal-pasal dah melayang sepuluh ringgit. Yang jadi mahal tu pasal ada udang dalam nasi goreng tu. Besar-besar pulak, dia letak lebih kurang 3 ekor udang besar. Lepas tu dalam sejam dua selepas membelasah nasi goreng istimewa campur udang, badan aku terus naik ruam.

Mula-mula merah-merah, lepas tu bengkak-bengkak. Dengan gatalnya lagi memang tidak tertahan dah. Aku ingat boleh surut macam tu jer tapi sebab badan aku yang sana bengkak, sini bengkak, baik aku pergi klinik.

Di klinik doktor itu memberi satu suntikan dan mc. Doktor tu cakap yang aku orang kedua datang ke klinik dia malam tu sebab allergy pada makanan. Mesti orang pertama tadi pun alami symptom gatal-gatal sebab makan nasi goreng istimewa agaknya. Lepas tu memang aku tak order dah nasi goreng ni. Nasi goreng belacan tu pun aku rasa maybe aku tak akan order juga.

Sepatutnya belacan tu sendiri aku tak boleh makan. Belacan kan di buat daripada udang jugak. Kita ni selagi tak mudarat, selagi itulah tak reti nak beringat.

Walaupun aku memang malas nak bertanya pada waiter tentang sesuatu makanan yang aku order, kadang-kadang pernah juga aku bertanya. Masa makan di satu restoran pusat hiburan terkemuka di Bukit Bintang, aku boleh tanya “eggplant“ tu apa. Sebab aku nak order Green Curry – bawah setiap meal ada informasi tentang apa bahan-bahan yang dimasukkan dalam resepi tersebut. Yalah, telur apa pulak menatang “eggplant“ ni dalam kuah kari?

Rupa-rupanya eggplant tu terung. Aku ingatkan terung di panggil Brinjal. Sedap juga Green Curry ni. Yang pentingnya aku tak ada allergic pada eggplant.

Friday, February 13, 2004

Friday the 13th

Semasa cuti di kampung minggu lepas aku telah membeli beberapa vcd filem di sebuah outlet. Mula-mula aku nak beli vcd MX3 tapi dah out of stock. Aku pun beli Jutawan Fakir walaupun aku tak berapa gemar dengan filem arahan Encik Profesor Razak Mohaideen ni. Satu lagi ialah vcd cerita seram Korea, Wishing Stairs.

Sampai di rumah aku pasang Jutawan Fakir tu untuk tontonan seisi keluarga. Bagi adik-adik aku filem tu kelakarlah tapi bagi aku sendiri aku geram sebenarnya dengan gaya komedi cerita Melayu yang tak habis-habis dengan lawak slapstik. Adakah hanya slapstik saja yang boleh membuatkan orang ketawa? Dalam Jutawan Fakir watak utamanya Saiful Apek kelihatan terpaksa berusaha keras untuk mempamerkan memek-memek lucu yang menjengkelkan.

Kalau nak berkelakar pun biarlah penonton rasa munasabah dan kita boleh ketawa secara semulajadi. Bila aku tengok filem Soal Hati pun ada beberapa adegan yang boleh mengundang gelak tanpa di paksa. Apatah lagi filem orang putih seperti Bowfinger dan Rat Race yang walaupun ada unsur-unsur slapstik tetapi ianya memang kena dengan jalan cerita dan kita memang akan menyokong adegan tersebut dislapstikkan.

Namun walaupun menyampah tahap cipan sekali pun, aku teruskan juga tonton filem ni secara sambil lewa. Kejap-kejap aku masuk dapur, kejap-kejap aku makan nasi, kejap-kejap aku baca suratkhabar sambil mata kejap-kejap tengok ke arah skrin tv. Kalau cerita Melayu macam ni tak payah konsentrate pun tak apa, mesti boleh paham punya. Kalau tak faham pun tak kisah, bukannya penting pun.

Cuma yang pentingnya aku tertarik nak tahu macam mana Razak Mohaideen ingin mengakhiri filem ini. Ini kerana Saiful Apek telah membelanjakan duit perompak yang di jumpai di motosikalnya secara sesuka hati. Dia tidak bimbang pula pasal asal-usul duit tersebut. Sama ada dia akhirnya sukarela menyerahkan baki duit itu kepada pihak polis atau perompak dapat mengesannya lalu berlaku adegan hide and seek, itu yang aku expect.

Tetapi tidak! Semua itu adalah mimpi semata-mata! Duit yang dia jumpa tu bukan mimpi, itu real tapi adegan yang dia menghabiskan wang bagai nak rak tu adalah mimpi yang panjang. Mudahnya Razak Mohaideen nak menamatkan suatu cerita, andaikan semua itu adalah mimpi dan voila! segalanya selesai.

Nasib baik yang ini aku beli vcd cetak rompak punya jadi tak adalah rasa geram terlampau. Tapi yang filem Mistik tu memang geram sangat-sangat sebab aku tengok kat panggung. Mistik pun di akhiri dengan penyelesaian mimpi juga. Salah-seorang ahli ekspedisi itu bermimpi mereka mengalami peristiwa ala seram dan mistik konon, semasa tidur dalam van. Jalan ceritanya dari awal hingga akhir langsung tidak memuaskan hati. Paling kurang kalau di buat penamat yang kreatif maka terasa juga penonton tidak terlalu diperbodohkan walaupun ceritanya bodoh. Setakat diakhiri dengan mimpi jer, dah nak muntah dengan idea tu.

Jutawan Fakir dan Mistik juga adalah mimpi bagiku.

Mimpi ngeri.

Tuesday, February 10, 2004

Korban Hari Raya

Hari Raya Haji telah pun berlalu dan aku mula bekerja balik minggu ini. Kami sekeluarga mengerjakan ibadah korban dengan menumbangkan seekor kerbau dan seekor lembu. Aku ingatkan sang kerbau tu yang akan susah untuk di sembelih rupa-rupanya lembu yang lebih susah. Mungkin sebab aku intimidated by fizikal mereka. Atau mungkin sebab lembu itu telah menyaksikan apa yang kami buat pada kerbau yang di tambat bersebelahannya menjadikan ia gementar. Mula-mula bapa saudaraku sembelih kerbau tu dulu kemudian baru lembu. Tidak ada apa-apa yang sensasi berlaku. Lebih kurang setengah jam selesai satu ibadah.

Kerja-kerja melapah daging segar yang baru di sembelih memanglah sukar bagi orang yang tak berpengalaman sepertiku. Betul ke cara aku potong ni? Teragak-agak pula aku waima pisau telah di tangan dan sebelah tangan lagi memegang daging kenyal yang masih panas dan merah. Aku rasa kita kena hiris daging itu mengikut pattern-pattern tertentu supaya ia tidak berbau hamis bila di masak.

“Potonglah style macam mana pun, asalkan putus,“ anjuran seorang pak cik.

Aku pun tanpa membuang masa hiris saja mana-mana bahagian yang aku nak hiris asalkan ia bercerai dari tulang. Itulah kali pertama aku membantu dalam kerja-kerja melapah macam ni. Biasanya aku cuma jadi tukang observe saja. Asyik tengok jer mana nak pandai kalau tak praktik sekali. Lagipun dulu kalau majlis korban wiritnya hanya seekor ternakan saja di sembelih. Kali ni sampai dua ekor, kerbau pulak tu. Kenalah ringankan tulang untuk membantu. Tapi aku tolong lapah daging lembu jer, yang kerbau tu biarlah orang lain buat.

Thursday, January 29, 2004

2 Cuti Raya

Cuti panjang Lunar New Year baru saja berlalu dan minggu depan cuti panjang lagi untuk menyambut Hari Raya Korban. Mereka yang kerja di Wilayah Persekutuan dapat ekstra satu hari lagi sebab bertindan cuti Hari Wilayah.

Bukan orang Malaysia saja yang suka bab-bab cuti ni, warga asing yang cari makan di negara ini pun turut sama ambil peluang untuk berjalan-jalan. Masa aku dan kawan-kawan keluar ke KL masa first day cuti Tahun Baru Cina baru-baru ni, ramainya pendatang asing duduk mengerumuni kawasan Puduraya, Kotaraya, Bus Stand Klang, Petaling Street dan di mana-mana saja ternampak kelibat mereka.

Dari mana entah datangnya, tiba-tiba saja ribuan warga asing ini macet memenuhi setiap inci bandaraya, bersidaian di tembok berbual-bual sesama sendiri. Seolah-olah mereka baru di hambat keluar dari persembunyian dan ini masanya untuk menjengah dunia. Tiba-tiba saja populasi Kuala Lumpur jadi berganda dengan kemunculan mereka walaupun kita anggap mereka cuma menggantikan warga kota sebenar yang kebanyakannya balik kampung ketika itu kerana cuti panjang.

Aku sedang menunggu di luar Puduraya tatkala rakan pergi membuat urusan dalam bangunan itu lalu aku memerhatikan gelagat pendatang asing ini yang tidak diketahui asal negara mereka. Dari Vietnam barangkali atau Nepal atau mana-mana kawasan lain yang kita sendiri tak begitu arif. Duduk berdekatan mereka kita boleh mendengar bunyi butir pertuturan yang janggal.

Mari kita lihat beberapa penemuan menarik yang aku dapat ketika meneliti pendatang asing ini

1) Mereka mempunyai penglihatan yang baik kerana hampir ke semua mereka tidak memakai cermin mata. Mungkin kerana tidak ada banyak faktor di negara asal untuk menyebabkan mereka jadi cepat rabun.

2) Sesetengah mereka sangat fashionable sehingga sanggup memakai pakaian serba kulit dari jaket ke kasut dan duduk lepak di stesyen bas. Tak panas ke pakai macam tu? Ada yang pakai serkup kepala yang konon mahu di lihat seperti rappers bergaya hip-hop tapi serkupnya kelihatan seperti anak tudung yang perempuan biasa pakai tu. Tersilap ambik, barangkali.

3) Mereka juga tak kisah nak ambil gambar di mana tempat sekalipun. Kalau dah sampai negara orang tu pilihlah lokasi yang cantik dan bersih sebagai kenangan. Ini bergambar kat Puduraya yang kelam dan sesak, langsung tak menarik tempat tu. Aku sendiri kalau tak kerana nak naik bas ekspres, jangan harap nak sana, apatah lagi nak bergambar.

4) Mereka sangat mesra antara sesama jantina sehingga tidak risau untuk berpegangan tangan sembari berjalan di khalayak ramai. Mungkin itu sudah culture atau resam yang tidak di pandang serong oleh sesiapa. Atau mereka bukan berpegangan sebagai tanda intim sebaliknya memimpin tangan si rakan menjadi pemandu arah kerana rakan itu sebenarnya rabun.

5) Perangai mereka sama saja dengan rakyat negara ini yang hanya tahu meninggalkan sampah apabila telah usai berkumpul. Bila aku kembali semula ke kawasan yang disebutkan tadi pada waktu malam, sampah sarap berselerak memenuhi setiap ruang terutama bahagian depan bangunan Cahaya Suria. Begitu juga masa aku berjalan depan KLCC semasa sambutan tahun baru yang lepas pun berceretek sampah di sekitar cuma tak sampai setinggi bangunan KLCC lagi sampah-sarap tu.

That’s it, folks. Cuti panjang minggu depan aku nak observe benda apa pulak ye? I wish you all Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Sunday, January 25, 2004

Keaiban Kita

Dua minggu lepas aku ikut officemate aku ke sebuah butik sebab dia nak menyewa baju. Lagi pun dia nak pakai sekali jer baju tu nak attend majlis formal pejabat, elok sewa jer, kalau beli nanti membazir pulak. Sementara dia sibuk membelek-belek pakaian yang banyak tergantung di tepi dinding butik aku duduk di kerusi yang disediakan. Tuan punya butik (TPB) asyik melayan dia memilih sambil memberikan khidmat nasihat mana yang sesuai di pakai, mana yang tak lawa, berapa harganya dan macam-macamlah.

Bosan duduk saja-saja macam tu aku pun bacalah Harian Metro yang terdampar di atas meja. Tapi yang semalam punya – gasaklah, asalkan ada benda untuk dibaca. Aku tengah meneliti berita perbicaraan pembunuhan Canny Ong yang kebetulan pada muka surat itu ada sekali terselit gambar isteri si tertuduh.

“Dah ada isteri yang cantik macam ni pun masih nak rogol orang,” tiba-tiba ada suara menyampuk.

Aku terpinga-pinga kejap. Oh, TPB rupanya yang bersuara. Aku cuma tersenyum kepadanya. Dia turut sama membaca berita tersebut sementara menunggu officemate aku tengah fitting.

“Haa… tak cantik ke isteri macam tu? Pakai tudung lagi. Buat apa dia nak rogol orang?“ sambungnya lagi dengan nada kesal.

“Ya…ya…” aku membalas pendek. Kemudian dia berlalu setelah terdengar suara offiemate memanggil untuk tengokkan kebaya yang sedang di fitting itu.

Aku sepatutnya balas balik - ‘Kalau isteri TAK CANTIK pun TAK BOLEH rogol orang jugak. Atau pun aku boleh tambah ‘Kalau TAK ADA isteri (yang cantik atau tidak) pun TAK BOLEH rogol orang.

Aku sebenarnya sangat malu dengan TPB kerana dia orang CINA sehingga membuatkan lidahku kelu untuk menjawab apa-apa. Sedangkan yang dibicarakan itu ialah orang MELAYU yang dituduh merogol, membunuh dan membakar seorang wanita Cina.

Untuk pengetahuan anda TPB ialah seorang Cina yang telah pun memeluk ISLAM sedangkan yang dituduh merogol, membunuh dan membakar wanita Cina itu ialah ISLAM jugak - sejak lahir lagi malah setiap kali hadir ke mahkamah dia tidak lekang dengan kopiah di kepala.

Dan TPB mualaf Cina tadi ada mengambil seorang anak angkat perempuan MELAYU berusia lingkungan 4 tahun untuk di pelihara dan dilindungi selayaknya bagi seorang kanak-kanak dan bukannya untuk di rogol, di liwat, di bunuh atau di bakar atau apa-apa saja perbuatan keji yang lain.

Aku tidak tahu apa perasaan TPB apabila dia membaca pula berita tentang adik Nurul Huda seminggu selepas itu. Kita sebagai LELAKI ISLAM MELAYU , entahlah kenapa kita tidak mendidik keMALUan sendiri …..

Monday, January 19, 2004

Lari Dari Mulut Harimau, Masuk Ke Mulut Anjing

Aku pernah ternampak filem Lars von Trier bertajuk Dancer in the Dark yang berjaya memenangi Palm d’Or tetapi aku tak beli. Melalui filem itu juga penyanyi eksentrik Björk yang baru pertama kali berlakon, berjaya merangkul aktres terbaik di festival yang sama. Kemudian aku dah tak temui lagi filem ini di pasaran (gelap) tetapi aku jumpa Dogville dan terus beli.

Balik rumah aku pasang dvd itu dan tiba-tiba aku rasa seakan terpedaya pula.

Macam ni ke filemnya?

Boleh ke buat filem macam ni? Menarik ke untuk ditonton?

Kalau ada adegan 18SX nanti, macam mana? Habislah pelakon lain nampak! Call me pervert if you want, tapi itulah yang bermain dibenakku tatkala filem berkenaan tertayang di skrin. Aku tak tahu apakah yang orang gelar filem sebegini jadi aku akan menulis dari sorot penonton naif seperti aku.

Grace tidak semena-mena muncul di Dogville apabila dia ingin melarikan diri dari sekumpulan gangster. Penduduk pertama yang menemuinya ialah Tom yang kebetulan sedang berjalan iseng menghidu angin malam. Dia ternampak Grace mencuri tulang makanan anjing di luar sebuah rumah lalu merasa curiga. Tiba-tiba kedengaran bunyi kereta datang mendekati dan Grace menjadi kencar. Tom menyembunyikannya di sebuah lombong dan menyambut kereta tadi. Mereka sedang mencari Grace yang di dakwa sebagai merbahaya dan meminta kerjasama Tom dan orang kampung lain sembari menghulur kad untuk dihubungi jika terdapat apa-apa maklumat.

Perempuan itu meminta ihsan Tom agar dia tidak diserahkan kepada kumpulan terbabit kerana dia bukanlah seperti apa yang diperkatakan. Tom tidak dapat berjanji kerana sebagai jurucakap tidak rasmi Dogville dia harus bermesyuarat dengan penduduk dulu walau dihatinya sendiri terbit rasa simpati. Mula-mula orang-orang kampung agak was-was untuk menerima seorang fugitive di situ tetapi dengan jaminan dari Tom mereka bersetuju Grace di beri tempoh probation selama dua minggu.

Selama jangka masa tersebut Grace akan menawarkan khidmat membantu sebarang kerja-kerja penduduk sebagai cagaran di atas jasa baik mereka menyembunyikannya. Penduduk agak musykil kerja apa yang hendak di beri kepada Grace sebab semua boleh mereka uruskan sendiri. Tetapi mereka perlu juga menyerahkan tugas-tugas rencam kepadanya kerana risiko telah di ambil.

Apabila dua minggu berlalu, mereka telah bermesyuarat lagi dan penduduk semua impress dengan kerja-kerja serta tingkah-laku Grace lalu dia dibenarkan menetap di situ. Malah dia di bayar gaji pula. Grace terpikat dengan kedai perhiasan kaca di kampung tersebut yang menjual beberapa figurine kecil dan dia berimpi untuk memiliki ke semuanya dengan duit itu nanti. Manakala Tom pula lama-kelamaan makin terpikat kepadanya.

Musim bertukar musim dengan Grace masih tekun menjalankan rutin hariannya di tambah situasi kampung yang ceria dan tenteram walaupun filem ini berlatarkan ketika Amerika di landa era meleset. Apabila seorang polis datang ke situ untuk menampal poster berkenaan Grace berserta imbuhan yang bakal di beri telah mencetus tidak keruan kepada penduduk. Mereka bermesyuarat lagi sekali dan kali ini orang kampung bertindak mengeksploitasi Grace dengan lebih keras melalui waktu kerja lebih berganda serta upah dikurangkan. Mereka beralasan yang kehidupan di kampung semakin terancam dengan menjadikan poster itu sebagai medium untuk mengugut Grace.

Dari sini, filem Dogville telah mula mencapai landas yang membuatkan aku terpaku untuk terus menonton. Peringkat awal filem yang bosan dan mendatar dan rupa-rupanya ada beberapa adegan awal yang akan berkaitan dengan adegan di belakang. Aku tidak sanggup untuk meleraikan plot filem ini kepada anda semua kerana manalah tahu ada yang berminat untuk menonton, nanti anda dapat merasai suspen yang sama. Tengok sampai habis kerana ending filem ini sungguh di luar dugaan. Aku jangkakan yang Grace berjaya melarikan diri dari situ dan hidup bahagia dengan Tom tetapi err.... tengoklah sendiri.

Dogville dilakonkan oleh Nicole Kidman, Paul Bettany, Cloë Sevigny, Ben Gazzara, Lauren Bacall dan Stellan Skarsgård.

Wednesday, January 14, 2004

Ironically, Its A New Year

Sebenarnya setiap hari aku asyik berfikir untuk mengisi entry dalam blog ini. Fikir jer banyak, isinya tidak. Kalaulah anda semua dapat meneroka apa yang berkelintar dalam kepala otak ini, maka anda boleh terus saja membaca dari situ. Tak perlulah aku nak kelut-melut lagi mengisi segenap segi petak blog yang kaku menulis patah demi patah. Payahnya ingin menzahirkan apa yang tersembunyi sementelah malas itu turut bersekongkol menjadi beban yang di galas. Sepanjang jurnal ini di tinggalkan, malas terasa begitu mengheret. Ada banyak cerita telah terilham tetapi tinta ini bagai kemarau. Permulaan tahun baru yang tidak begitu bernafsu, nampaknya. Baiklah – aku kena cerita juga apa yang berlaku setelah aku balik dari Johor semata-mata kerana aku ingin gunakan perkataan “Ironik”.

Apa yang ironik?

Telah dua tahun aku tidak menyambut tahun baru mengikut resmi warga kota. Tahun 2002 aku berada di Melaka. Orang Melaka pun sambut tahun baru cuma aku dan rakan-rakan saja yang memerap di rumah, tengok tv. Tahun sebelumnya pula aku memang berada di KL tetapi kami hanya keluar makan-makan di sebuah gerai di Ampang Hilir dan dari situ pun boleh nampak bunga api memancut-mancut di KLCC. Tidak perlu bersesak ke sana untuk sengaja melemaskan diri bernafas dari sela-sela tubuh tengik manusia. Tetapi tahun ini aku kena pergi KLCC walaupun aku tidak berada betul-betul di bawah dua menara tersebut tetapi aku masih berdekatan dengannya. Aku dan Ap berada di MTC kerana sedang dalam perjalanan ke sana, Ap tiba-tiba ingin membeli lighter dan ada satu kedai runcit di MTC yang aku jangka masih di buka pada waktu itu. Kedai itu sudah pun di tutup dan untuk merokok dia terpaksa meminjam lighter dari mana-mana sumber yang boleh di percayai. Kami terlalu penat untuk meneruskan perjalanan walau sebenarnya kami telah berjanji untuk bertemu Iwan di KLCC.

Kami memutuskan untuk duduk saja-saja bersantai di ruang louge dalam MTC. Di luar ada bunyi riuh-riuh seakan majlis sedang berlangsung sesekali menggamit perasaan ingin tahu. Tiba-tiba terdengar letupan bunga api, membingit serta mengundang perasaan untuk meninjau. Bila menjenguk keluar, di ruang angkasa KLCC tidak terdapat pula apa-apa tanda bahawa bunga api sedang memercik. Tapi bunyi berkenaan masih kedengaran. Rupa-rupanya bunga api dari kawasan Bukit Bintang (atau Dataran Merdeka?) yang meletus dulu. Mungkin kawasan itu terletak dalam zon waktu berbeza. Kami menghampiri kawasan majlis tadi yang terletak di ruang lapang luar Saloma Bistro. Rupa-rupanya sedang berlangsung majlis makan malam yang dianjurkan oleh Persatuan Orang-orang Pekak. Adakah aku akan menyambut tahun baru 2004 bersama golongan ini? Nampaknya begitulah. Bagaimanakah mereka akan menyambut tahun baru? Bagaimanakah ekspresi mereka ketika melihat bunga api yang senyap-sunyi itu? Adakah mereka juga memang ternanti-nantikan percikan bunga api? Apakah rasanya melihat bunga api tanpa bunyi? Itulah yang akan aku find out dan aku rasa intrig.

Beberapa detik kemudian barulah bunga api KLCC mengambil giliran untuk mewarnai langit malam bandaraya. Ada yang bersorak, meniup apa entah nama benda kertas bergulung panjang yang pandai mengeluarkan bunyi tu, melompat-lompat dan bertepuk tangan. Ada ajnas bentuk formasi bunga api yang terpancut yang semuanya menarik hati. Suasana bising dengan bunyi yang terhasil dan gelap bukan lagi sinonim bagi malam. Masing-masing kelihatan gembira dan puas hati kerana satu lagi tahun telah berjaya di ganti. Aku pun mengambil peluang untuk melihat wajah-wajah golongan tidak boleh mendengar yang air muka mereka semuanya ceria. Mereka tetap ekspresikan semangat keriangan yang sama seperti insan-insan normal lain. Tetapi walaupun begitu mereka masih dapat mengeluarkan bunyi-bunyi terhad dari mulut mereka yang walaupun ianya bukan satu istilah tetapi benda itu masih berbunyi. Tak tahulah kalau-kalau sesetengah dari mereka ada yang tidak dapat mendengar tapi masih boleh bercakap seperti Christy peserta Survivor Amazon dulu.

Acara tahun baru yang sepatutnya hingar-bingar dan dipenuhi aneka bunyi tetapi aku dikelilingi oleh mereka yang tidak dapat mendengar. Tidakkah aku rasa ironik? Mood aku sedikit merosot untuk benar-benar bersuka-ria menyambut tahun baru dan aku memperuntukkan sedikit ruang untuk mengenangi nasib mereka dan mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah selama ini. Walaupun tidak dapat mendengar, hey, sekurang-kurangnya mereka juga tahu berseronok. Way to go, guys!

Monday, January 05, 2004

Akhir Disember

Minggu terakhir sebelum tahun baru sangat meletihkan. Ini semua gara-gara aku terpengaruh dengan Ap nak ikut dia balik Johor naik komuter dan bas sampailah ke negeri kuda kepang itu. Di tambah dengan aku yang demam dan sakit kepala secara mengejut menjadikan perjalanan itu tambah memeningkan.

Ahad - 28 Dec 2003

Senja di Bukit Jalil. Pertama kali masuk ke Stadium Putra untuk menyaksikan Juara Lagu. Aku dan Iwan mencari tempat duduk yang strategik supaya acara dapat disaksikan dengan jelas. Seperti biasa macam tengok HMI di Angkasapuri beberapa minggu nan lalu, mesti ada briefing dulu untuk audience sebelum siaran bermula. Siap suruh buat Mexican Wave lagi, apa, dia ingat ni macam tengok bola ke nak buat Mexican Wave? Tapi bila part “gelombang” tu sampai kat seat kami, aku pun turut berdiri sama sambil melonjakkan tangan. Sportinglah sikit.

Tempat duduk tu sebenarnya agak jauh dari pentas dan kalau dah jauh tu artis-artis yang buat persembahan semuanya kelihatan sebesar pensil sahaja. Nasib baik ada skrin gergasi di atas siling membantu menambahkan keseronokan menonton. Barulah nampak jelas penyanyi dan penari itu semua. Tetapi kalau dah kena tengok melalui skrin jugak, baik aku tengok tv kat rumah jer, lagi puas hati. Kelebihan tengok secara live hanyalah dapat saksikan acara stand-up comedy bersama Sallih Yacob mengisi slot commercial break. Penonton semua ketawa masa Sallih berlawak walaupun aku sendiri tak begitu jelas kedengaran apa benda yang kelakar sangat tu.

Selesai sahaja anugerah berlangsung, kami bergegas keluar kerana ingin mengejar lrt. Nasib baik sempat setelah berlari-lari anak menuju ke stesyen. Semasa train masih menunggu sekejap di situ, keadaan kecoh kerana ada seorang pemuda bergelut dengan seorang remaja yang didakwa telah mencopet telefon genggamnya. Dalam nada garang si pemuda menggertak dan berhempas pulas untuk mendapatkan balik telefon yang di curi tadi dan akhirnya berjaya juga memperolehinya semula. Entah macam mana sempat pula dia menanggalkan baju budak terbabit! Manakala budak tadi dapat melepaskan diri dan cepat-cepat keluar dari train. Aku ternampak kehadiran kakitangan lrt di situ setelah berlaku kekecohan tersebut. Penumpang-penumpang yang lain bersoksek-soksek sesama sendiri dan ada yang ketawa melihat budak itu berlari keluar secara topless. Aku pun meraba dompet dan telefon dalam poket seluar sendiri, manalah tahu kan.... Nasib baik ada.

Sejurus kemudian train mula berlepas dari stesyen Bukit Jalil. Sampai di rumah masih sempat mengikut Amazing Race 2, final episod. Pada waktu inilah aku mula rasa pening kepala. Tak tahulah sama ada aku berupaya untuk ikut Ap pergi ke Johor esok kalau pening ini masih berlarutan. Sebelum tidur telan panadol sebiji.

Isnin – 29 Dis 2003

Esok pagi, demam terasa surut dan kepala pula dah lega sikit. Kami menuju ke stesyen keretapi dalam pukul 10 setelah bersarapan di Dayabumi. Iwan tak dapat ikut pasal dia kena kerja. Komuter bergerak pukul 11 dan sampai di Seremban dalam pukul 12 lebih. Sepanjang perjalanan aku cuma duduk diam untuk merehatkan otak kerana aku terasa yang sakit kepalaku kembali menyerang. Sesekali aku melayan Ap yang asyik bersembang dan sesekali aku melihat pemandangan di luar. Masa tengah tak sihat begini nak berjalan-jalan pun rasa putus asa. Kami singgah masuk Seremban Parade yang lebih kurang macam The Summit. Berhajat nak makan tengahari tetapi tak jumpa lauk masak lemak cili api dalam food court lantas keluar saja. Elok kalau kami terus pergi cari tiket di Terminal 1 tapi tersesat pula jalan sampai depan Dataran Majlis Perbandaran.

Selepas tawaf kawasan Majlis Perbandaran tersebut barulah kami sampai di Terminal 1. Cepat-cepat ke food court sebab dah lapar sangat. Kali ni tak kisahlah lauk apa sekali pun, bedal jer lah. Syukurlah jumpa juga gerai yang jual lauk masak lemak cili api walaupun ayamnya tinggal dua ketul. Berselera juga makan walau tekak terasa pahit kerana demam mula beransur hinggap ke tubuh. Pening kepala juga semakin merebak. Sesudah makan, terus ke kaunter, beli tiket ke negeri berjiran. Tak jadi singgah di Melaka walaupun plan asal nak makan angin di Melaka dulu sebelum pulang ke Johor. Bimbang pula kalau-kalau termuntah dalam bas nanti bila dah pusing kat sana, pusing kat sini, baik terus saja balik ke destinasi.

Thursday, December 25, 2003

Sehari Menjelang Krismas

Housemate aku, Ap ajak pergi majlis open house semalam. Oleh kerana aku pun free dan memang aku dah start cuti, elok juga aku ikut dia. Nanti boleh aku mengisi jurnal dengan kisah aku menghadiri rumah terbuka.

Bila aku membaca jurnal orang lain, bukan main seronok lagi mereka bercerita sana-sini pergi makan open house Aidilfitri membuatkan aku rasa elok juga aku menulis benda yang sama.

Kami pergi dengan beberapa orang kawan Ap dan kami sampai di kediaman yang dimaksudkan dalam pukul 9.30 malam. Setelah beberapa kali memberi salam, barulah tuan rumah muncul dan menyambut kami di lawang.

Masuk-masuk saja ke dalam rumah kelihatan beberapa orang mat salleh dan minah salleh(a) sedang berbual santai di sofa manakala kami terus beredar ke dining hall. Kami tak adalah nak duduk kat sofa sekali dengan mat salleh tu, nanti kena speaking pulak ....kihkihkih.

Kawan-kawan housemate yang nampak macam sudah biasa di sana berbual-bual dengan orang gaji dan anak-anak tuan rumah. Tuan rumah suami-isteri dengan pertolongan orang gaji sibuk menyediakan hidangan istimewa di meja makan. Wah, ada ayam belanda panggang!

Eh, ini open house Aidilfitri ke open house Krismas ni? Siap dengan ayam belanda lagi ni? Tarikh aku pergi tu ialah 30 Syawal bersamaan dengan Christmas Eve. Mungkin tuan rumah mengambil kesempatan hari terakhir Syawal yang kebetulan jatuh sehari menjelang Krismas untuk menggabungkan kedua-dua perayaan itu.

Kali ni bolehlah aku merasa makan ayam belanda pulak, asyik makan ayam Malaysia jer, nak jugak merasa ayam dari negara lain....hahaha! Kemudian mat salleh-mat salleh tadi di jemput oleh tuan rumah untuk memenuhi meja makan dan kami pun turut menyerbu hidangan yang tersaji sebab perut pun dah berkeroncong.

Keseluruhan makanan adalah western style dan kalau pun ada yang bercirikan tempatan ialah mihun goreng tanpa bercili sebab kaler dia putih. Mestilah tuan rumah tak mahu tetamu orang putih dia tu berasap-asap menahan kepedasan pulak nanti.

Selain mihun, ada garlic potato sejenis kentang wedges yang di rebus dan ditaburi daun parsley yang telah di cincang. Ada salad dengan sour cream dan beef musroom with barbeque sauce. Kek dan coklat pun ada tapi aku tak sempat nak merasa.

Garlic potato tu sedap cuma beef mushroom tu terlebih masin pulak. Mungkin masa tengah memasak tu secupak garam telah tertumpah dalam periuk tanpa tukang masak menyedarinya.

Hidangan terakhir yang kami jamah ialah roast turkey itu. Salah seorang mat salleh itu dengan baik hatinya telah menolong untuk melapah ayam yang bagak itu apabila di minta oleh tuan rumah. Susah jugak nak potong ayam tu sebab dia macam liat sikit. Banyak jugak portion yang aku dapat. Disebabkan aku rasa tak dapat nak habiskan aku bagi separuh dekat Ap.

Ayam belanda ni rasa dia seakan elastik dan tak sesedap ayam daging biasa. Mungkin disebabkan cara masakan dia tak? – tawar hambar rasa dia, nasib baik ada sos Linggam sebagai penambah perisa. Tuan rumah pun tahu yang kami ni perut Melayu tetap juga nak cari benda yang pedas-pedas jadi dia dah siap prepare sambal kicap taruk cili padi selain dari sos Linggam tadi. Makan cili padi dengan ayam belanda? Not bad lah daripada tak ada rasa langsung.

Sedang kami sedap melantak tu ramai lagi tetamu lain yang datang yang terdiri dari kaum Cina dan sepasang suami-isteri (isteri Melayu, suami mat salleh) dengan anak lelaki mereka yang of couse mestilah comel sebab anak kacukan. Tuan rumah turut memasang lagu-lagu Krismas untuk memeriahkan lagi acara. Tajuk-tajuk lagu tu semua aku tak tahulah, yang aku tahu jingle bell, jingle bell jer.

Lebih kurang sejam makan-makan dan duduk terkulat-kulat dalam tu, aku dan budak-budak lain pun permisi dulu selepas bersalam-salaman dengan tuan rumah. Rasa kekok jugak pergi majlis macam ini sebab tak biasa. Itulah first time aku pergi open house ala Krismas. Masa on the way balik tu aku tanya Ap,

“Yang tadi tu open house Hari Raya ke open house Krismas?”

“Entah ler. Masa jemput dulu, dia cakap open house jer. Tak kisahlah open house apa pun asalkan ada makan-makan,”

Thursday, December 18, 2003

Pendatang Halal

”Kau tahu kafe tempat Indra kerja tu sebenarnya ada jual ba*i!” beritahu Khai suatu hari.

Tergamam kejap aku dengar berita ni, rasa macam tak percaya.

“Mana kau tahu?“

“Arman yang cerita, itu pun secara tak sengaja bila Indra dan dia dah marah sangat dekat Jessica pasal tak bayar dia gaji penuh bulan ni,“

Rasa macam nak jolok balik anak tekak pasal selalu sangat makan kat situ. Biar termuntah, biar keluar semua agar tenteram sikit fikiran aku ni. Tapi aku tak tahu kafe tu ada jual najis mughollazoh sebelum ini.

"Sampai hati Indra tak bagitahu kita pasal ni dulu,” aku sedikit kesal.

“Tapi daging ba*i tu Jessica tak jual untuk di masak, dia jual yang fresh jer,” terang Khai.

“Apa ke bezanya untuk di masak atau yang fresh? Dia mesti simpan dalam fridge yang sama jugak dengan ayam, lembu dan benda-benda lain,” tiba-tiba aku terasa loya. “Lepas ni jangan harap kita nak makan kat situ lagi”

“Memang pun. Selama ni kita datang sebab Indra ada kerja kat situ – esok dia dah balik Indon, jangan harap lah kita nak makan kat situ sampai bila-bila,“ balas Khai.

“Dia balik Indon besok ye? Tak sangka dah nak balik budak tu. Aku suka dengan Nasi Goreng Indonesia yang dia masak, lepas ni tak tahu nak cari kat mana nasi goreng macam tu lagi,“

“Ala.... buka nasi goreng tu jer yang sedap kat situ, semuanya sedap. Kau tahulah pasal apa kan....?“ Khai yang celupar membuat assumptionnya sendiri.

Aku memandang muka dia selepas mendengar statement itu …..eiiiyyyerrggkkk.

“Kalau tak kerana dia dah nak balik Indon, sampai sekaranglah kita tak tahu pasal ni,” kata Khai lagi.

“Tapi dia sanggup pula kerja kat situ,” aku membalas “Tapi yalah, dia terikat dengan kontrak kan?”

Memang kami tidak lagi singgah ke kafe yang dimaksudkan selepas Indra pulang ke negara asalnya. Selain dari kepulangan tukang masaknya itu, pendedahan tentang daging non-halal itu juga bertambah-tambah membuatkan kami blacklist terus tempat makan ini. Indra geram sangat dengan Jessica pasal tidak bertimbang rasa untuk membayarnya gaji yang penuh. Dia dah lama kerja di sana dan apa salahnya memberi dia sedikit imbalan. Dahlah Tahun Baru Cina pun tak dapat ang pow, kadang-kadang kena kerja overtime lagi kalau kafe tu dapat tempahan untuk katering. Lagipun tak boleh ke Jessica consider duit tu sebagai hadiah perkahwinannya sebab dia pulang kerana ingin berkahwin. Arman pun terus berhenti selepas itu dan mendapat kerja lain di Wangsa Maju.

Aku tidak sempat jumpa Indra sebelum dia berlepas pulang ke Indonesia. Khabar terbaru aku dengar dia sudah mendapat anak perempuan apabila dia menelefon Khai pada bulan puasa yang lepas. Tak tahulah sama ada dia masih berminat berhijrah ke Malaysia untuk bekerja macam dulu atau terus kekal jadi tukang masak di sana sambil melihat anaknya membesar depan mata. Aku harap dia tidak terus terluka dengan sikap majikan lama dan dapat kembali ke sini, bekerja di restoran yang lain pula. Dah lama aku tak merasa Nasi Goreng Indonesianya.

Kepada semua imigran atau pendatang, hari ini ialah International Migrants Day untuk memperingati mereka ini yang sanggup mempertaruhkan nyawa dan nasib semata-semata mencari rezeki dan kehidupan yang lebih baik di tempat orang. Kita memang selalu mengharapkan agar rakan-rakan pendatang muslim kita dapat bekerja di premis yang halal dan tidak subahat.Tetapi apalah daya kita untuk membantu seperti Indra tadi yang merahsiakan tentang bahan makanan yang satu itu, demi menarik pelanggan yang lebih ramai dan untuk menutup periuk nasi sendiri. Walaupun kita tidak dapat berkompromi tentang perkara tersebut, mereka juga sewajarnya kita hargai dan hormati kerana turut sama memakmurkan bumi yang mereka hijrah ini. Mungkin mereka bukan setakat boleh menjadi pekerja kita malah bisa saja menjadi teman kita yang terbaik yang pernah kita miliki.

Wednesday, December 17, 2003

Hiburan Minggu Lepas

Pertama kali aku menjejakkan kaki di Angkasapuri ialah last Saturday. Bukan aku nak buat show kat situ tapi nak tengok Hiburan Minggu Ini yang dihostkan oleh Dayang NurFaizah dan Afdlin Shauki. Rupa-rupanya auditorium tu tak adalah sebesar mana, nampak dari dalam tv macam besar jer. Aku terus duduk kat bahagian kerusi yang tak ramai orang. Awal lagi masa ni, dalam pukul 8. Acara akan bermula tepat pukul 9. Mula-mula tak ramai penonton yang datang tapi lama-kelamaan makin ramai pula yang masuk. Tengah aku sedap-sedap duduk sambil menengok suasana di sekitarnya, tiba-tiba ada seorang krew datang ke situ suruh beralih tempat ke bahagian yang tengah-tengah sikit.

“Kamera tak cover tempat yang kamu duduk ni, duduk kat bahagian tengah tu atau kat hujung sebelah sana, baru dapat masuk tv,” katanya.

Masuk tv? Tak apalah tak masuk tv pun, asalkan boleh tengok orang penyanyi sudahlah. Tapi dalam tak mahu masuk tv tu, aku dengan kawan berpindah juga duduk di barisan bersebelahan. Kami duduk di belakang sekali dekat dengan tangga isle. Di atas pentas masa ni Dayang tengah praktis sambil membelakangi penonton. Lagu apa entah dia nyanyi, sekejap saja dia nyanyi masa tu sekadar untuk warm-up. Kemudian ada seorang krew perempuan tampil di depan pentas, bagi taklimat dan peraturan untuk penonton ketika menyaksikan acara itu nanti. Antaranya tidak dibenarkan makan dan minum, kunyah gula-gula getah, handphone kena matikan, tidak boleh merakamkan pertunjukkan tersebut, kena bersorak dan bertepuk-tepuk supaya acara tersebut nampak lively, jadi artis nak perform pun tambah bersemangat apabila penonton bagi support.

Lazimnya penonton di Malaysia ni memang payah nak tunjukkan semangat begini, nak tepuk tangan pun malas. Nak menjawab pun malas juga. Bila krew perempuan di depan tu berlakon konon-konon dia ni sedang perform, bila dia tanya ”Apa khabar semua?!!“ Sepatutnya penonton-penonton di auditorium akan balas balik dengan menjawab “Baik!!” beramai-ramai secara kuat, serentak dan harmoni. Tapi yang menjawabnya seorang dua jer, yang lain semua buat tak tahu, termasuk aku ..hehhehe. Lepas tu dia terpaksa ulang pertanyaan sekali lagi apabila respon tidak begitu memuaskan. Kali ni barulah kedengaran bergema sikit orang ramai menjawab. Dia nampaknya puas hati dan berharap masa penyanyi sebenar buat persembahan nanti penonton akan tunjukkan sokongan seperti itu juga.

Oleh kerana rancangan ni siaran langsung jadi tak adalah delay apa-apa – tepat-tepat pukul sembilan, ia terus dimulakan. Dari jauh kami boleh menonton TV kecil di tempat duduk VIP yang sedang menyiarkan footage Afdlin dengan uniform angkasawan dia sedang berjalan-jalan di sekitar kota. Tiba-tiba dia muncul atas pentas dengan pakaian yang sama dan terus memulakan nyanyian. Menarik jugak gimik macam tu, baju angkasawan tu signifikan dengan cover album beliau sendiri bertajuk Fuyooo. Seperti mana juga tajuk album tersebut, perkataan Fuyooo itulah yang paling kerap keluar dari mulut Afdlin. Kemudian tiba giliran Dayang pula membuat persembahan. Aku tak ingat setiap tajuk lagu nyanyiannya malam itu tetapi Dayang telah mengalunkan setiap satunya dengan suara begitu gemersik dan tersendiri. Dia dan Afdlin juga berduet mendendangkan lagu “Kembalilah” yang merupakan lagu dari album pertama Dayang dan gandingan tersebut cukup berjaya.

Kerana tidak mahu tamak memonopoli pentas itu berdua saja, mereka turut menjemput Jason Lo dan Reshmonu menyerikan suasana. Lagu terbaru Lo pun sedap juga boleh membuatkan anda ingin turun melompat-lompat sebab terlalu catchy. Aku harap Reshmonu dapat menukar stail rambutnya akan datang kerana aku bayangkan rambutnya itu berbau semacam hamis. Tapi lagu-lagunya not bad. Persembahan paling memikat dari Dayang ialah medley lagu-lagu Inggeris evergreen yang dinyanyikannya penuh bertenaga terutama lagu Fantasy. Penyanyi asal lagu Fantasy ni ialah kumpulan Earth, Wind and Fire lepas tu Black Dog Bone buat cover version lagu ni dengan lirik Melayu bertajuk Khayalan. Tahun ni pula kumpulan V.E. dan RuffEdge mempopularkan kembali Khayalan dengan lenggok tersendiri. Aku suka lagu baru Afdlin bertajuk “Daku Percaya” sebab selalu keluar di radio.

Semasa penonton di rumah disajikan dengan iklan, krew perempuan itu ambil kesempatan untuk refresh penonton tentang peraturan-peraturan yang telah dinyatakannya tadi especially berkenaan tepuk-tepuklah tangan itu. Masih tak cukup kuat lagi ke? Begitu juga dengan handphone yang masih ada penonton berdegil untuk switch-off-kannya. Pak guard dan mak guard di angkasapuri nampaknya begitu strict sekali. Pantang nampak ada orang menekan-nekan butang handphone mereka, terus pak guard yang berdedikasi ini datang menghampiri untuk menegur sambil menggertak untuk merampas. Afdlin telah bermurah hati untuk bertindak macam Santa Clause bila dia membaling hadiah kepada penonton yang sanggup berebut atau penonton yang mempunyai tangan yang panjang. Hadiahnya ialah t-shirt dengan button. Aku tak dapat sebab duduk terlalu belakang dan jauh dari stage, dia pun tak kuasa nak baling jauh-jauh.

Aku tak pasti sama ada segment terakhir persembahan malam itu masih ke udara untuk penonton di rumah kerana tv kecil di auditorium sudah tidak menayangkan siaran langsung itu lagi. Sedangkan di pentas keempat-empat penghibur berkenaan masih berada di situ menyanyi dan berjoget. Aku tak tahu lagu apakah itu, dengarnya macam lagu lama 50-an atau 60-an, antara liriknya menyebut “Mambo Hey Mambo”.Mereka bergilir-gilir menyanyi rangkap demi rangkap sehinggalah ke lirik terakhir dengan melodi yang sekejap rancak sekejap slow. Acara finale itu sungguh menghiburkan dan keseluruhan persembahan adalah wajar di puji terutama dua hostnya, Afdlin yang sungguh kelakar dan Dayang yang begitu manis.

Thursday, December 11, 2003

Aku Hanya Pengganti

Aku bukan despatch tetapi aku kena keluar juga hantar dokumen. Bukan sehari tapi dua hari berturut-turut. Hari Isnin hantar dekat Damansara dan hari Selasa dekat Jalan Ipoh. Lebih baik aku terus jadi despatch. Mungkin aku boleh tambah “tugas-tugas lain termasuk menghantar dokumen sekiranya diarahkan“ dalam deskripsi tugas pada resume aku selepas ini. Atau tak payah letak? Nanti bakal majikan tengok resume itu mereka pun ingin menyuruh aku hantar dokumen. Sebenarnya mereka menawarkan kerja yang lain –tetapi kerana aku turut berpengalaman menghantar dokumen elok juga aku boleh merangkap sebagai despatch, menurut mereka.

Aku tidak jadi hantar permohonan kerja untuk satu agensi kerajaan ini kerana sijil-sijil ku tidak sempat disahkan. Aku terlalu cuai kerana tidak membelek akhbar semasa iklan itu disiarkan pertengahan bulan lalu kerana aku takut aku akan berminat untuk memohonnya! Memang ternyata aku tertarik untuk memohon kerja tersebut apabila Kak Wan secara tidak sengaja membuka cerita tentangnya minggu lepas. Rasa-rasanya aku pernah terdengar tentang jawatan kosong ini dulu. Walaupun masa yang sudah agak suntuk sebelum tarikh tamat tapi aku berusaha juga untuk mendapatkan borang permohonannya. Oleh kerana salinan sijil-sijil yang masih belum disahkan itu, aku fikir baik aku lupakan saja peluang yang ini. Tak guna hantar semata-mata kerana ingin menghantar.

Sebenarnya despatch department aku cuti sakit dua hari. Jadi apa salahnya aku ganti dia buat kerja-kerja yang tak susah mana tu. Boleh claim pulak tu – lepas duit untuk beli dvd pirates 2 keping ; ). Hari Rabu pulak tiba-tiba secretary seorang boss ni tak datang ke office. Entahlah kenapa dia tak datang, telefon tidak, sms pun tidak. Sampai ke petang tak ada apa-apa maklumat tentang perempuan ini. Sakit ke dia, dah resign 24 hours ke, mati kena langgar ke? Manalah tahu kan? Jenuh aku nak menjawab dengan staff-staff lain yang nak berurusan dengannya pasal aku tak tahu nak bagi alasan apa. Sebab dia duduk sebelah cubicle aku jadi apa-apa hal mesti orang tanya aku dulu. Senang cerita aku cakap yang dia ambil annual leave bila ada yang sibuk menanya. Jadi oleh kerana dah tak ada orang lain nak ganti kerja-kerja perempuan ni, terpaksalah aku merelakan diri buat kerja-kerja secretary pulak. Cuma tak adalah aku cepat-cepat nak apply mekap dengan pakai skirt sebagai menepati ciri-ciri tipikal seorang setiausaha…. hehhehe …

Kerja-kerja sebagai sekretari ialah kena order air untuk boss dia (yang aku tak pasti boss ni nak minum milo ke waktu pagi, nescafe ke waktu petang, kejap dia nak order itu, kejap lagi nak minum benda lain pulak, pening kepala aku). Kena telefon client dia, taip surat, fax surat, pos surat, set appoinment, macam-macamlah. Lebih kurang macam kerja kena jaga tepi kain dialah nak pastikan segala kehendaknya dipenuhi. Bukan seorang pulak tu boss dia, LIMA orang! Nasib baik yang cerewet tu seorang jer – sorry to say, yang perempuan yang cerewet sangat tu, empat boss lain yang lelaki semua senang berkira. Keesokkan harinya sekretari ni tak datang lagi! Ya Allah, apa kena dengan perempuan ni, sakit teruk sangat ke? Atau dah sesat dalam hutan tak jumpa cari jalan ke office? Boss dia pun tanya aku

“Where is Anjeli? She didn’t come today?”

“No,” aku menjawab ringkas.

Lepas tu dia tak tanya apa-apa dah, terus dia suruh aku order coffee. Untuk satu hari lagi terpaksalah aku menjadi sekretari tak bertauliah ini. Yang si Anjeli masih tak menelefon ke office untuk memaklumkan situasinya. Aku pula tengah menimbang-fikir sama ada perlukah aku menelefonnya sendiri? Sepatutnya dia yang telefon ke pejabat, bagi alasan kenapa absent from work for two days dan bukannya kita di pejabat ni yang kena telefon dia. Tapi aku sms jugak dia ni pasal curious sangat nak tahu keadaan sebenarnya.

What happen to you, if I might ask? Bunyi sms itu.

Beberapa minit kemudian tiba-tiba dia call.

Dia demam rupanya dan dia dah beritahu boss dia yang dia ambil MC. Tetapi apasal boss dia masih nak tanya lagi kalau dah tahu yang minah ni MC. Minah ni pun satu, kenapa tak inform collegues yang lain sama, setakat bagi tahu boss jer – mana boleh macam tu. Kenapa tak boleh buat macam dulu setiap kali dia tiba-tiba tak datang kerja dia turut maklumkan pada officemate yang lain. Jadi, tak adalah menyusahkan orang lain atau membuatkan orang prasangka yang bukan-bukan. Tak apalah, at least aku boleh belajar cara-cara kerja seorang setiausaha. Dalam resume aku nanti bolehlah aku tambah “Tugas-tugas lain termasuk membuat kerja-kerja sekretari jika ada sekretari yang absent mengejut”.

Wednesday, December 03, 2003

Entahkan Jadi Entahkan Tidak

Aku try tukar template baru, well... let see ... jadi ke tidak.
>
>
>
>
>
.... setelah beberapa ketika ......
>
>
>
Yay! Jadi! err.... Tapi tak adalah menjadi 100% kerana part archieve tu sudah tak dapat di access lagi. Profile pun aku tak letak (mungkin aku tak akan letak ....hehe... ). Title-title entry yang aku bubuh dulu pun dah hilang entah ke mana. Aku kena study balik benda-benda html ni. Anyway, thanks to this site yang menawarkan wajah baru ini.

Wednesday, November 19, 2003

Kad Besar! Kad Besar!

Yay! Dah dapat kad raya! Baru tiga keping tapi tak apalah dari tak ada langsung. Tapi yang tak touchingnya aku dah mention awal-awal kat mereka semua yang aku nak hantar kad raya jadi make sure balas. Kalau malas balas – tiada kad untukmu, sorry ya. Itulah, bila kad raya sampai dah tak ada rasa tersentuh perasaan bila menerimanya, sebab kita dah dapat agak siapa yang hantar. Tapi kadang-kadang ada juga terselit satu dua kad dari mereka-mereka yang telah lama terputus hubungan dan tidak dapat di jejak kasih. Aku pula sudah ingat-ingat lupa akan mereka-mereka ini namun di bulan Ramadan yang mulia tersampai pula sekeping kad dari mereka. Masa inilah hati benar-benar rasa terharu malah kita pula rasa bersalah kerana tidak berusaha untuk maintain the relationship.

Setiap tahun aku mesti hantar kad raya ke kampung satu walaupun aku memang akan balik kampung. Ia macam satu kepuasan apabila dapat mengirim kad itu untuk ibu bapa dan adik-beradik, seolah-olah satu countdown bagi mereka mengira kepulangan yang di nanti. Masa aku di ITM dulu, ada seorang kawan aku hantar kad raya yang besar macam saiz kertas manila di lipat dua untuk keluarganya.Sebab impress dengan saiz kad yang sebesar alam tu, aku pun tegur

Aku : Besarnya kad raya! Untuk saper nih?

Kawan : Aku nak hantar untuk bapak aku. (mak dia dah meninggal dunia)

Aku : Kau nak hantar kad besar-besar ni untuk bapak kau? Tapi apasal besar sangat? (entahlah kenapa aku tanya soalan ni)

Kawan : Apa salahnya aku hantar kad yang besar. Sejak kecil ibu bapa kita telah banyak berkorban ..........(penuhkan dengan ayat-ayat nilai murni dan tatarakyat... aku tak ingat apa dia cakap sebenarnya...hehhe... but don’t get me wrong, apa dia cakap semuanya betul tentang keluarga bahagia dan anak yang baik) sebab itulah aku bagi kad raya yang besar ni.

Aku : Oh, macam tu – insaf jap aku dengar.

Lepas tu aku tak adalah terus bergegas ke koperasi beli kad raya besar. Aku angguk jer. Sekarang ni pun aku bagi kad raya kad company jer untuk family dan rakan taulan. Budget untuk beli kad raya (kecil atau besar) aku ganti dengan beli biskut-biskut, kerepek-kerepek, kacang-kacang, maruku, laddu...eh, laddu tak ada – itu untuk deepavali.....hehehe....

Have a wonderful Eid-ul-Mubarak everyone!

Tuesday, November 18, 2003

The Simpsons

Tengahari during lunch hour sebab dah boring duduk berkurung dalam office aku pun keluarlah kejap melihat dunia. Tapi aku dah tak tahu nak pergi ke mana sebab rasanya aku dah habis pusing seluruh shopping kompleks dekat-dekat sini. Nak pergi Times Square malas pulak nak naik monorail tu. Oleh kerana cuaca yang redup dan nyaman, aku berjalan juga ke satu bangunan berhampiran. Mula-mula malas nak membeli apa-apa, dengan tak semena-mena aku beli juga dvd The Simpsons second season. Dah lama aku tak tengok kartun yang mengutarakan perihal dysfunctional family ni. Dulu masa TV3 siarkan, pernahlah aku tengok. Bagi sesiapa yang melanggan Astro boleh menonton siri ini di StarWorld.

Di bawah secara ringkas perkara-perkara mengenai The Simpsons yang aku dapat dari internet.

Keluarga Simpsons terdiri dari Homer yang suaranya di bawa oleh Dan Castellaneta, Marge (Julie Kavner), Bart (Nancy Cartwright) dan Lisa (Yeardley Smith). Anak bongsu mereka yang asyik hisap pacifier tu nama dia Maggie. Tiada sesiapa yang membawa suara Maggie kerana dia tidak bercakap. Tetapi dalam satu episod semasa Maggie menyebut perkataan pertamanya “Daddy”, vocalnya dipinjamkan oleh Liz Taylor.

The Simpsons muncul buat pertama kali pada tahun 1987 menerusi rancangan The Tracy Ullman Show sebagai 30-second-spots. Respond yang di terima di atas kemunculan yang sekejap itu sangat menggalakkan maka ia terbit sekali lagi di saluran Fox sebagai Christmas Special selama setengah jam pada 17 Disember 1989. Kartun ini muncul menjadi siri tetap pada 14 Januari 1990.

Dalam sesetengah episod siri animasi ini menampilkan bintang-bintang terkenal untuk dikartunkan karektor masing-masing menjadi pelakon undangan seperti Aerosmith, Bette Midler, Smashing Pumpkins, Meryl Streep, Tom Jones, Gillian Anderson, David Duchovny dan ramai lagi.

Pada tahun 1997, rancangan ini telah memecahkan rekod The Flinstones sebagai the longest running animated show.

The Simpsons turut mempunyai petak bintangnya sendiri di Walk of Fame pada tahun 1999.

Manakala dalam tahun 1999 juga majalah Time menerusi its century’s end edition telah menggelar rancangan ini sebagai “the best show in the history of television”.

The Simpsons merupakan cetusan idea dari kartunis Matt Groening.

Friday, November 14, 2003

Berbuka di Luar

Dalam minggu ni saja hampir setiap hari berbuka di luar. Start dengan kawan aku di City Square sampailah semalam berbuka di Secret Recipe. Berbuka di food court City Square ala-kadar saja tidak berlebih-lebihan kerana tidak banyak pilihan. Walaupun ada banyak gerai-gerai di situ tapi mostly semuanya kosong tiada penyewa. Aku order masakan ala Thai – ayam sizzling kot nama dia. Kawan aku siap tanya

“Cukup ke makan nasi sejemput macam tu?”

Memang pun, nasi dia letak hanya semangkuk kecil aje, rasa tak puas makan. Tapi masa berbuka tak boleh makan kenyang-kenyang, nanti tak larat pulak nak berjalan. Lepas tu kami nak cari surau untuk sembahyang maghrib. Aku ingat nak sembahyang kat Empire Tower, tapi semua lif nak ke tingkat atas gelap gelita. Bila aku tanya seorang kakak ni, katanya surau dah tutup masa tu. Kami pun pergi ke Ampang Park, bersolat di surau yang terletak di basement. Surau tu kecil sampai bilik wudhuk pun kena bergilir-gilir antara jemaah lelaki dan perempuan. Masa orang perempuan nak ambil air sembahyang mereka kena tarik tirai supaya terlindung dari pandangan orang-orang di belakang yang sedang menunggu giliran. Lagi pun tak sopan nanti tengok perempuan-perempuan tu menonggeng nak ambik wudhuk.

Oleh kerana masih kelaparan, sebelum sampai rumah aku singgah Dunkin Donuts, beli apa lagi kalau bukan beli donut. Then aku singgah pula di satu bakery ni, beli curry puff ayam. Macam karipap jugak tapi saiz dia besar. Memang sedaplah curry puff tu. Masa tengah menaip ni pun asyik teringat kat benda alah curry puff ni.

Tuesday, November 11, 2003

Rendering Raya

Terima kasih kepada mereka yang sign guestbook dan aku akan ambil masa untuk balas dan bersekongkol dengan jurnal-jurnal mereka semua. Petang tadi dengan tak ada plan apa-apa kawan aku ajak berbuka kat luar. Sebelum ini dia dengan aku masing-masing berbuka kat rumah aje, malas nak keluar ke mana-mana. Tambahan pula kat KL ni biasanya hujan petang-petang, baik duduk rumah sajalah. Sebelum jumpa dia, aku pergi KLCC dulu ke pejabat pos, beli setem dan pos kad raya. Mana-mana kawan aku yang guna alamat office tu aku pos free aje, suruh despatch yang hantar. Tapi untuk yang guna alamat rumah – terpaksalah aku pos sendiri. Nanti budak despatch tu banyak pula soal-jawab,
menyalahgunakan service pejabat untuk hantar mel peribadi.

Sebenarnya aku malas juga nak hantar kad raya ni pasal ia nampak remeh. Kita sudah ada e-mail dan sms yang fancy untuk hantar ucapan tanpa perlu bergantung pada sekeping kad. Jika dua puluh tahun dahulu, kehadiran kad raya merupakan salah-satu elemen yang menyucuk semangat raya, kini semangat itu kian hilang. Bagi pendapat akulah tu. Kita kurang ornament-ornament yang boleh menunjukkan bahawa kita sebenarnya sedang menyambut raya. Ketupat? Ya, kalau di Malaysia ketupat nasi ni memang orang akan associate dengan Hari Raya. Dulu-dulu barangkali ketupat ini hanya menjadi sajian untuk perayaan tersebut maka ia layak untuk di angkat sebagai icon.

Lambang masjid? Hmm... kerap juga gambar kubah dan menara masjid ini menghiasi gambar-gambar sebagai hiasan Aidilfitri di kompleks beli-belah atau iklan-iklan. Kita boleh juga mengambil masjid sebagai simbol untuk Hari Raya tetapi ia sudah terlalu lazim. Kita sepatutnya ada satu karektor lain atau mercu yang berbeza untuk menandakan ia terjemahkan Aidilfitri secara khusus. Tak apa ke aku mengambil contoh perayaan agama lain di sini? Misalan paling ketara ialah hari Krimas yang paling tidak pun kita tahu mereka ada Krismas Tree untuk dimegahkan. Rasa bersalah juga sebab bandingkan Hari Raya dengan pokok Krismas tapi itu contoh saja. Mungkin kita tidak perlu mencampur-adukkan perayaan kita dengan lambang-lambang begitu? Bagaimana pula dengan imej pelita yang kadang-kala memang orang akan anggap ia simbol untuk beraya juga tu.

Imej pelita tu lagi bahaya sebab ia memang serupa dengan perayaan Deepavali yang juga dikenali dengan Pesta Cahaya. Pelita = Cahaya, geddit? Pernah dengar metos yang orang-orang dulu pasang pelita di depan rumah pada malam tujuh likur supaya senang malaikat nampak jalan hendak ke rumah mereka? Masa aku dengar cerita ni aku sudah pun besar jadi aku tak adalah nak percaya benda macam tu. Aku lebih percaya yang zaman dulu mana ada bekalan elektrik lagi jadi pelita digunakan sebagai alat untuk menerangi halaman rumah agar bersinar dan mereka lebih bersemangat untuk menyambut raya. Sampai sekarang pun kita masih suka untuk menyalakan pelita walaupun elektrik bukan menjadi satu masalah. Ataupun kita pasang lampu lip-lap-lip-lap yang lebih berwarna-warni semata-mata atas dasar perayaan yang berkunjung setahun sekali.

Mungkin kita tidak memerlukan sesuatu lambang atau icon atau simbol untuk menandakan bahawa kita sedang seronok berhari raya. Cukuplah sekadar melawan hawa nafsu sebulan di bulan Ramadan dan Aidilfitri menjadi petanda kemenangannya. Petanda? Oh, tanda itulah yang ingin kita cari. Selama ini kita memang tidak ada sebarang simbol universal yang ada bentuk fizikal sebagai menandakan Hari Raya kita. Susah-susah sangat kita ambil saja kad raya menjadi icon Hari Raya yang tidak pernah ada itu. Selama ini pun kita panggil kad raya sebagai KAD RAYA, bukan? Betapa signifikannya panggilan itu dengan tujuan ia di kirim. Walaupun kad ucapan sebenarnya bukan simbol yang mutlak untuk Hari Raya namun ia paling kena dengan falsafah raya yang memerlukan kita kunjung berkunjung dan merapatkan tali persaudaraan.

Malangnya kita tidak boleh membiarkan kad raya itu kosong tanpa bercorak. Kad yang hanya mengandungi tulisan adalah boring dan tidak memikat. Ia kena ada lukisan, gambar, imej yang tertentu untuk mengambarkan suasana perayaan itu.. Barulah menarik hati orang mahu membelinya. Sekarang kita kena pilih apakah imej-imej yang sesuai diilustrasikan pada kad tersebut. Tetapi seperti yang aku cakap tadi kita tidak ada suatu lambang khusus yang universal untuk Aidilfitri. Nampaknya kita kena juga pilih ketupat, masjid atau pelita untuk menandakan ketibaan perayaan ini. Ataupun kita boleh mencetuskan ilham sendiri dengan memilih gambar bunga, pemandangan di kampung, kartun, tudung saji atau tepak sirih.

Mungkin lambang atau imej itu adalah perkara secondary. Paling utama ialah bagaimana kita memakmurkan Aildilfitri itu sendiri. Aidilfitri itu terlalu hebat dan bermakna sampai tiada satu simbol pun yang dapat mewakilinya. Masihkah anda ingat kad raya pertama yang ditujukan kepada anda?

(Sebenarnya aku nak cerita pasal aku berbuka puasa dengan kawan aku tu, entah macam mana terlajak cerita pasal kad raya pulak…. maybe next time)

Thursday, November 06, 2003

Bukan Catatan Biasa

Pada suatu masa dahulu (tarikh yang tepat tak ingat – tapi maybe dua tahun lepas) sedang aku membuka laman web search engine google untuk membuat research tentang sesuatu (aku tak ingat secara jujur apa benda yang aku tengah search masa tu) tetapi dalam setiap kali perkataan baru yang aku taip untuk search, pasti salah satu laman web yang google suggest supaya aku surf adalah jongkang-jongket. Terlalu kerap dua perkataan itu timbul di skrin dan mula-mula aku abaikan saja. Tetapi oleh kerana dah acap sangat ia mengganggu pandanganku, maka aku decide untuk memberikan laman web ini peluang. Mungkin ia satu laman yang penting dan patut aku jengah. Lagipun manalah tahu kalau isi kandungannya relevan dengan apa benda yang aku nak cari tu.

….... dia suka mengecat surau…..dia suka menolong orang buta melintas jalan....

Apa benda ni? Apa benda dengan mengecat surau dan tolong orang buta ni? Ni laman web apa ni menulis tentang benda-benda yang dia buat hari-hari? Siapa nak baca? Apa dia belajar, apa lecturer dia bebelkan masa kuliah hari ni, dengan siapa dia keluar hari ni.... penting ke aku tahu pasal benda-benda ni semua? Mula-mula rasa macam menyampah pun ada, saja-saja ke dia ni nak mencari publisiti murah? Tak takut ke nanti ada orang baca apa yang dia tulis ni? Tapi sebenarnya dia memang tak takut pasal pernah dari diarinya tercatat ada salah seorang rakannya siap berpesan pada rakan yang lain “Kau hati-hati sikit cakap dengan Mat Jan tu, nanti apa yang kau cakap kat dia, habis keluar dalam jurnal dia”. Nampaknya ketakutan bukanlah menjadi satu faktor kepada beliau untuk terus menulis hal-hal peribadi di laman maya itu. Ya, aku ada pilihan di sini, kalau tak suka dengan apa yang aku lihat di skrin, aku boleh beralih ke laman lain atau aku padam saja komputer.

Tetapi tidak. Walaupun hati duk merasa meluat campur menyampah tu aku masih browsing halaman yang bertajuk Jongkang-Jongket ini. Sambil tekun membaca, otak masih berfikir-fikir kenapalah ada orang tergamak untuk bercerita hal-hal peribadi secara berleluasa di internet ini dengan menubuhkan website sendiri. Tak boleh ke pendam saja di dalam hati atau buka satu buku diari konvensional yang hanya menjadi tatapan mata empunya. Adakah istilah private and confidential sudah pupus dan semua orang bersedia untuk membuka pekung sendiri? Paling menarik bila aku mendapati ada lingkaran antara diari Mat Jan dengan beberapa orang online diarist yang lain yang mereka sama-sama sapa-menyapa dengan menandatangi buku tetamu. Malah mereka juga ada yang pernah bertemu muka dan menganjurkan aktiviti bersosial untuk merapatkan lagi silaturrahim.

Seakan wujud satu komuniti di situ. Aku pun rasa tergerak untuk meninjau kelompok komuniti ini dengan melayari laman-laman web diarist yang lain pula. Nampaknya sekarang aku tidak boleh menyampah pada Mat Jan seorang tetapi ada begitu ramai lagi orang lain patut aku sampahkan sama! Ramainya yang memiliki diari terbuka ini – terlalu ramai jumlahnya sampai aku tak terbaca. Alangkah anehnya amalan ini, berkongsi cerita peribadi atau komentar semasa untuk bacaan semua lalu kita tidak pula tersipu-sipu untuk bersemuka dengan khalayak umum yang pernah mengetahui rahsia yang terpendam selama ini.

Kita memerlukan keberanian luar biasa untuk meluahkan semua itu secara terbuka. Sesuatu yang luar biasa memang selalu akan membuat orang menjadi intrig. Seperti aku. Ya, dengan muka tak malu aku mengaku bahawa catatan-catatan aneh yang pada mulanya menjengkelkan aku itu telah membuatkan aku jadi kecanduan. Setiap hari hatiku bagai di tarik-tarik untuk belayar di laman web komuniti jurnal ini, curious hendak tahu sambungan episod hidup mereka. Entahlah apa nama penyakit mental ini tapi aku kena tahu juga apa entry terbaru yang mereka isi dalam diari masing-masing, apa cerita suka atau derita yang mereka tempuh atau tak kisahlah kalau mereka cuma mengomel pasal isu-isu tertentu. Aku kena baca juga jurnal mereka. Mesti! Kalau ada sesetengah laman yang lama tidak dikemaskini aku sudah mula pandai untuk menyain guestbook meminta mereka teruskan menulis.

Bagaimana kalau aku bukan setakat menurunkan catatan di dalam guestbook? Bagaimana kalau aku mencatatkan perkataan-perkataan itu di dalam laman web aku sendiri? Oh, mungkin penyakit mental ini sudah kronik sehingga aku boleh berfikir sampai ke situ. Apa yang hendak aku tulis nanti? Siapa yang hendak membacanya? Pandai ke aku nak develop laman web ini? Persoalan lebih menakutkan, SANGGUPKAH aku mencoret sesuatu yang bakal menjadi bahan tatapan ramai nanti? Apakah pula persepsi mereka tatkala membacanya? Mereka akan menilai aku nanti, mengadili malah membuat rumusan tentang aku seseorang yang mereka kenali hanya melalui tulisan-tulisan di laman web. Sanggupkah pula aku menghadapinya?

Persoalan-persoalan terus berpusing-pusing di benak. Mungkin dua tahun tidak cukup lama untuk mengumpulkan kekuatan. Tetapi sampai bila aku perlu terus teragak-agak? Fikirkan jika ada yang mengkritik penulisan kau nanti bermakna mereka ada membaca catatan itu. Tapi aku tidak mengharapkan orang membacanya. Kalau macam tu kenapa kau publishkannya? Waduhh... ruwat sekali ya? Perasaan ini berbelah-bagi, bagaimana bisa aku ingin miliki diari online sendiri jika hatiku terus berbolak-balik? Fikirkan bagaimana kalau catatan kau itu dapat memberi inspirasi pada seseorang? Sebagaimana aku yang mula-mula bertembung secara tidak sengaja dengan Jongkang-Jongket yang sangat aku annoyed dulu. Lama-lama ia tidak lagi menjengkelkan sebaliknya menjadi ketagih. Membuatkan kau menjadi kritis atau setidak-tidaknya kau boleh mengasah minat untuk menulis dan membaca. Walaupun kau mungkin tidak akan menjadi web-developer (tengoklah jurnal aku yang tidak semenggah ini) namun kau masih boleh berbangga kerana celik IT...(yeahh...right)

Cukuplah dua tahun menimbang-fikir. Kini masanya untuk menjelmakan kekuatan yang terbenam. Kita tinggalkan yang buruk-buruk untuk kita dan segala yang molek itu datangnya dari Allah. Dan dari Dia juga datangnya kekuatan luar biasa ini untuk aku menulis di sini.

Sunday, November 02, 2003

Perjumpaan yang Belum Selesai

Jumaat lepas akhirnya Malaysia berjaya menerima Perdana Menteri yang ke-lima. Rugi juga rasanya tidak berpeluang menyaksikan siaran langsung perletakan jawatan serta majlis mengangkat sumpah pemimpin kerajaan yang baru ini di kaca tv. Masa tu aku masih di office. Maklumlah bukan senang kita nak tengok peristiwa bersejarah begini – kena tunggu 22 tahun sekali. Seakan pelik apabila pembaca berita menyebut perkataan Perdana Menteri tetapi visual yang keluar adalah wajah Datuk Seri Abdullah. Pelik juga apabila mendengar bekas PM dan bekas wanita pertama yang kedua-dua nama mereka didahulukan dengan gelaran Tun. Masih belum dapat menyesuaikan diri untuk perubahan-perubahan ini.

Ap balik membawa suratkhabar Utusan yang penuh dengan rencana dan foto-foto bekas PM mengisi setiap sudut lembaran. Puas dengan membelek saja, sampai tak larat nak baca. Ada satu artikel berkenaan saiz pinggang Dr. M yang tidak berubah sejak dari 16 tahun dulu seperti yang diceritakan oleh tailor peribadi beliau. Selain itu The Star pun ada menerbitkan edisi khas untuk hari bersejarah tersebut. Akhbar yang lain pun mesti turut tidak ketinggalan menyisipkan isu khusus untuk merakamkan detik persaraan Dr. M sekaligus meraikan Datuk Seri Abdullah sebagai peneraju kerajaan yang baru cuma aku tak berpeluang nak baca semua. Lagipun isi kandungannya mesti lebih kurang sama aje lainlah kita baca suratkhabar pembangkang….

Aku tidak pernah berpeluang untuk menatap Dr. M dari dekat. Berbeza dengan Ap dan Iwan yang pernah berjumpa dengan beliau dan isteri serta sempat bersalam, aku pula usahkan nak pergi dekat, bersalam-salaman jauh sekali. Ap bercerita yang pada masa tu mereka menghadiri Rumah Terbuka Krismas yang diadakan di Istana Budaya (tahun tak ingat) dan turut dihadiri ex-PM. Masa turn untuk bersalam tu, orang tengah berasak-asak untuk menghampiri beliau dan bodyguard di kiri-kanan yang berkawal membuatkan hasrat untuk berjabat tangan seakan mustahil. Tapi Ap terus berusaha menghulurkan tangannya dan kalau dapat sentuh hujung-hujung jari pun dah cukup. Buat syarat dapat salam dengan Dr. M. Masa tu manusia terlalu crowded dan peluangnya satu nisbah seribu. Tapi entah macam mana Dr. M tiba-tiba menyambut tangannya dan Ap ingatkan salamnya akan di sambut sambil lewa. Sebaliknya beliau menggenggam erat dan mengambil masa untuk berbalas pandang dengan empunya tangan sambil tersenyum. Satu jabat salam yang mesra dan sesiapa jua akan menghargainya seumur hidup.

As for me it’s a different story altogether. Aku dengan seorang kawan tengah berjalan-jalan di Stesyen Sentral semasa ia baru di buka tidak lama dulu. Setelah penat meronda masa kami duduk melepaskan lelah atas steel bench mengadap tv yang di pasang di ruang legar tersebut tiba-tiba terdengar riuh-riuh di main entrance. Ada ramai orang membentuk seakan kelompok di tengah-tengah laluan seakan meraikan sesuatu. Leher aku tercangak-cangak ingin meninjau apakah gerangan yang sedang berlaku. Ada upacara apa ramai sangat yang berdedai-dedai? Aku tak nampak jelas sebab tempat duduk kami jauh. Tiba-tiba kawanku berkata,

“Eh, ada menterilah. Jom blah,”

“Menteri? Menteri mana? Aku tak nampak pun,“ jawabku sambil kaki turut beredar mengikutinya. Kami memicit butang lif dan naik ke tingkat atas stesyen. Kami memilih satu anjung di sudut untuk memantau acara dari ruang atas. Dekat situ barulah clear view siapa orang penting yang sedang di sambut itu.

“Eh, itu bukan menterilah, itu PM!”. Tak tahu kenapa aku cakap macam tu sebab aku rasa jawatan menteri tu tidak sama dengan jawatan PM.“Jom turun baliklah, boleh tengok dekat-dekat,”

“Tak payahlah, tengok kat atas jer,”. Kawan aku menolak. Jadi itulah pengalaman pertama aku terjumpa Dr. M di Stesyen Sentral tersebut, tengok dari jauh pulak tu.

Thursday, October 30, 2003

Cond-Air

Kerja-kerja pembaikkan bahagian dalam bangunan yang terjejas akibat kebakaran itu masih sedang berlangsung. Ada ramai pekerja maintenance yang bertungkus-lumus repair apa-apa yang patut. Udara dalam bangunan juga semakin jernih setelah beberapa hari bau benda hangus seakan terbakar memekung di sekeliling. Cuma air-cond pula yang terlebih kuat dari biasa. Dulu tak sesejuk ini hinggakan aku terasa ingin duduk berkelubung dalam selimut bulu kambing biri-biri untuk menghangatkan diri. Sejuk tak tahan sampai nak menulis pun terketar-ketar jari-jemari. Kadang-kadang sebab tak sanggup lagi menanggung kesejukan melampau aku berlari masuk ruang tangga kecemasan yang tidak disirami air-cond itu. Cuma area itu saja yang mengalami imbangan udara normal, tidak begitu panas dan tidak begitu sejuk. Jadi sesuailah aku melegakan diri di situ sekejap. Kalau aku berlari keluar bangunan nanti, apa pulak boss aku kata kalau tiba-tiba dia terserempak aku kat luar, apo nak jawab?

Sejuk-sejuk begini ia tidak membuat kita terasa begitu lapar, bukan? Malah puasa berlalu begitu smooth tanpa sedar bahawa kita tidak makan apa-apa selepas sahur. Kadang-kadang sempat lagi masa lunch hour aku keluar pergi ke Giant untuk bershopping selain untuk escape dari kedinginan air-cond boleh juga bawa-bawa diri ku ini berjalan-jalan. Terperuk saja di cubicle office membuatkan aku jadi tidak bermaya. Alamak, terlalu banyak godaan di Giant terutama di area kafe tu, ramai orang sedang makan-minum. Terpaksalah aku berpaling dari mereka kalau tak nanti terliur pulak. Begitu juga di pejabat kalau terlihat mana-mana staff yang tak puasa sedang meneguk air, kenalah cepat-cepat menoleh ke arah lain. Kalau penat nak berjalan jauh, aku memang tak betah duduk dalam office yang sejuk itu masa lunch hour. Aku mesti keluar juga dari situ.

Monday, October 27, 2003

Fasting, Fire

Hari pertama puasa pagi-pagi lagi aku dah sampai office alangkah terkejutnya aku mendapati office aku dah terbakar!!

Well… tak adalah terbakar teruk at least kat department aku tu keadaannya masih terkawal cuma fail-fail dan kertas-kertas banyak yang kucar-kacir. Bau semacam asap atau benda hangus sesekali terasa masih menerawang di persekitaran pejabat. Dinding di luar department aku tu berjalur dengan kesan tinggalan kebakaran, hitam dan comot.

Mengikut laporan yang aku terima, kebakaran berlaku pada hari Khamis malam Jumaat ketika kaum India sedang sibuk membuat persiapan menyambut hari Deepavali. Ia dikatakan berpunca dari litar pintas dan jumlah kerugian masih belum dapat ditaksirkan. Macam beritalah pulak.

Bahagian bangunan yang terjejas akibat kebakaran itu sekarang sedang dibaikpulih. Buat sementara waktu kakitangan yang bertugas di area bangunan yang telah di jilat api itu dipindahkan ke bahagian lain yang selamat.

Puasa hari pertama amat meletihkan, sampai pening-pening kepala aku dibuatnya. Tak tahulah pening sebab puasa atau pening sebab aku terhidu bau semacam benda hangus tu. Alangkah indahnya kalau aku dapat melelapkan mata di kala sakit kepala begini.

Bau benda terbakar tu kejap-kejap ada, kejap-kejap hilang di serap wap pendingin hawa. Rasa sungguh tidak selesa. Bersahur makan roti dan minum air suam saja. Lepas tu tidur balik. Nasib baik aku sahur semalam sebab pagi ni kena kemas department yang berselerak bahana malapetaka kebakaran ini.

Ramai staff terpaksa kemaskan dokumen-dokumen kerja mereka, fail-fail dan benda-benda remeh lain sama ada isikan dalam kotak atau perlu di carik. Kalau tak sahur tentu tak larat nak buat semua kerja-kerja tu.

Selamat berpuasa!

Sunday, October 26, 2003

Queue

Nota: Patutnya aku submit entry ni last Thursday tapi Blogger ni pulak ada error apa entah.

Last Wednesday pergi KLCC untuk meninjau pawagamnya – filem apa yang masih belum sold-out al-maklum hari Rabu memang biasanya crowded dek harga tiket yang murah. Masih ada filem yang belum bersignal merah tetapi aku tidak pula berminat untuk menontonnya. Orang ramai berjujuk beratur nak beli tiket membentuk satu queue yang panjang. Terdengar seorang pakcik bertanya pada salah seorang remaja yang beratur

“Why the people queueing here?” Duh, nak tengok wayang ler pak cik oii! Actually aku tak sempat dengar apa jawapan budak tu tapi for sure dia akan bagi jawapan yang sama. Mungkin pak cik itu dah tahu mengapa mereka itu berbaris sebab mustahil pak cik itu tidak nampak kaunter jual tiket kat depan tu. Tapi sebab terlalu curious baik dia bertanya jugak untuk memuaskan perasaanya sendiri. Memandai pulak aku ni. Filem yang aku nak tengok dah limited seat so aku batal saja rancangan menonton wayang. Daripada aku menyusahkan diri duduk berhadapan screen dengan kepala tercangak-cangak sambil mendongak, baik aku balik makan nasi kat rumah. Bukannya kita dapat menghayati filem yang di tonton itu sebaliknya sakit pulak tengkuk kita nanti kerana posture leher yang tidak selesa.

Aku try call Iwan untuk beritahu pasal aku tak jadi tengok wayang tapi dia tidak dapat dihubungi. Entah apa problem handphone dia tu aku dah call beribu-ribu kali pun masih tak dapat. Hantar sms pun tak dapat jugak. Hopefully dia tak datang KLCC sebab aku dah nak balik masa ni – nanti penat-penat dia datang aku pula dah blah. Kami dah plan nak tengok wayang hari ni tapi disebabkan seat yang dah hampir penuh maka aku memutuskan tak payahlah tengok. Susah pula aku nak call si Iwan ni untuk inform dia pasal tu. Aku beredar melangkah ke kekisi di anjung untuk melihat pemandangan di concourse. Ada pentas terbentang di situ dengan trio musician India sedang mengalunkan irama tradisional mereka. Lagu raya deepavali agaknya. Tak tahu lagu raya deepavali macam mana kan? Di atas lantai terhampar kolam yang cantik terlukis dengan kombinasi imej merak dan perawan (tak silap akulah).

Aku jenguk sekejap aje ke bawah melihat Colours of Rangoli tu then aku pun berlepas ke Kinokuniya. Mula-mula macam nak masuk membelek-belek buku dalam tu tapi rasa macam malas pula aku terus pergi supermarket membeli groceries. Rupa-rupanya ada satu lagi lokasi yang sedang mempunyai barisan yang panjang selain dari TGV tadi. Tempatnya ialah Rotiboi! Setiap kali aku lalu kat sini pelanggan yang beratur nak membeli bakery tu tak pernahnya surut. Lantas setiap kali itu juga aku tak jadi nak singgah – malas nak queue. Iwan pernah bercerita ada classmate dia sorang yang duduk di Setiawangsa setiap kali naik LRT nak ke KL mesti singgah stesyen KLCC dulu semata-mata nak pergi Rotiboi. Setelah membeli juadah yang dihajati barulah dia naik semula LRT sampai KL. Begitu hebat penangan kedai roti ni. Aku tak boleh komen banyak pasal belum pernah merasa sedap ke tidak kek, roti, yang di jual di sini. Semasa aku lalu di sisi kedai tiba-tiba terpandang pak cik yang aku nampak kat TGV tadi secara kebetulan dia turut berada di Rotiboi. Raut wajah pak cik tu kelihatan musykil melihat kat sini pun ada perbarisan. Aku terperasan dia menghampiri kelompok yang sedang beratur tu. Masa ni dia tengah approach salah seorang dari mereka dengan gaya ingin bertanya sesuatu. Mesti orang tua ni curious lagi pasal apa agaknya ramai-ramai mereka ni berbaris depan kedai roti ni, apa benda yang menarik sangat tu. Cuma aku tak adalah nak menyempil dekat pak cik tersebut semata-mata nak tumpang mendengar apa soalan yang dia tanya. For sure mesti soalan dia berbunyi, “Apasal semua queue panjang-panjang ni? Nak beli apa?”

Tuesday, October 21, 2003

PS = Perut Sakit

Last Friday setelah balik dari makan-makan di PJ aku singgah PS kejap berjalan-jalan. Aku rasa ini kali ke dua aku pergi PS untuk tahun ni. Masa tu fasa keduanya masih dalam pembinaan dan gerai-gerai masih banyak belum di buka. Kini dah siap sepenuhnya bumbung biru tinggi melengkung dah siarkaki dengan pavement berwarna terracota. Aku tak plan pun nak ke sini tapi sebab malas nak balik rumah awal-awal so baik aku tengok-tengok apakah pembaharuan yang telah meletus di sini. Perbezaan paling ketara ialah sudah tidak berleluasa lagi cakera cetak rompak dipamerkan di PS. Belakang kiralah yang tidak dipamerkan tu. Barang-barang lain seperti biasa macam jam tangan, barangan kulit, aksesori, pakaian, haruman, cenderamata dan seba-serbi perkakasan jenama palsu yang lain.

Aku cuma window shopping tanpa berhasrat untuk berbelanja kecuali kalau aku terjumpa dvd filem yang aku berkenan. Tengah sedap-sedap meronda tu tiba-tiba sakit perutlah pulak. Mula-mula aku rasa macam boleh kawal lagi perut ku yang start nak memulas tu, tapi lama-lama tak boleh tahan pula. Waduh… gimana ni ya? Kena cepat-cepat cari tandas ni. Macam mana boleh sakit perut ni? Apa yang aku makan tadi? Masa makan kat kedai mamak kat seksyen berapa entah kat PJ tadi aku makan nasi lemak dengan sambal ikan sardin, taruk kari ayam sikit dan minum teh tarik. Tak tahulah apa puncanya perut ini meragam. Di kala ini orang sedang berasak-asak di tengah PS. Ada yang berhenti sekejap meninjau gerai-gerai jualan di situ. Ada yang sedang tawar-menawar. Ada yang berjalan-berhenti-berjalan balik maka ia melambatkan aku yang tengah kecemasan nak melabur ni.

Terpaksalah aku menyelit di celah-celah manusia yang bertali-arus itu. Nampak saja mana ada ruang kosong yang tidak ada orang lalu aku cepat-cepat meloloskan diri. Sampai terlanggar apa-apa yang berada di depan sebab nak cepat sangat ni mengejar toilet. Mula-mula aku fikir nak tumpang melabur kat hotel tepi PS tu aje tapi biasanya toilet hotel tak ada air susah nak beristinjak nanti. Lagipun nak cari lokasi tandas satu hal pulak dalam hotel tu, baik pergi ke tandas dalam shopping complex seberang jalan sana. Aku risau jugak dalam aku dok kalut cemas tergesa-gesa macam tu orang ingat aku ni baru lepas mencopet somebody dan sedang nak melarikan diri. Sempat pulak aku fikir benda negatif. Apa yang penting aku harus cepat sampai ke tandas nanti tercirit tengah jalan, mampos……kehkehkehkeh…. Nasib baik traffic light tengah merah masa tu nak melintas pun senang. Depan kotaraya hampir terlanggar seorang gadis ketika berlari-lari anak. Tiba saja depan mangkuk jamban….. barulah lega rasanya.

Adakah aku terus saja balik ke rumah selepas itu? Tidak. Sebaliknya aku berpatah semula ke jalan Petaling tersebut kerana belum cukup lagi satu pusingan menawaf PS. Actually buang masa jer aku pergi situ bukan aku ada beli barang pun. Bila rasa dah puas hati semua sudut dah di jengah, segala ceruk dah di celah, aku pun balik dalam pukul 10.30.

Thursday, October 16, 2003

Sesuap Nasi

Apakah motivasi utama anda untuk bangkit dari tidur setiap pagi (selain dari sembahyang subuh yang wajib itu)? Tentu sesetengah dari kita terfikir tentang makanan – apakah sarapan untuk pagi tersebut setelah sepanjang malam berpuasa di pembaringan. Sesetengah dari kita beruntung kerana celik mata saja boleh terus ke dapur, masak breakfast atau yang lebih beruntung lagi terus pergi ke Delifrance atau McDonalds atau hotel-hotel untuk menikmati sarapan yang mudah dan menceriakan. Bayangkan kalau anda bangun pagi saja terpaksa menyelongkar tong sampah semata-mata untuk mengutip saki-baki makanan yang orang buang menjadi makan pagi anda. Banyak-banyaklah bersyukur anda tidak perlu seterdesak itu semata-mata untuk mengalas perut.

Semasa aku baru berpindah ke sekolah rendah baru dahulu di sebuah perkampungan nelayan, ada seorang classmate aku ni setiap hari asyik mengendeng bekal yang aku bawa masa waktu rehat. Mula-mula aku tak kisah lagi pun makanan dalam bekal tu pun sama macam yang aku makan sebelum keluar dari rumah pagi tadi. Aku bawa bekal sebab ingin menjimatkan belanja lagi pun keluarga aku sendiri bukan orang senang. Kadang-kadang aku makan sikit jer makanan tu sebab aku simpati dengan kawan aku ni yang nampak macam lapar sangat. Ada sekali tu aku tak makan langsung bekal tu – aku terus bagi dia, tapi dia nampak macam tersinggung pulak. Then aku terpaksa convince dia yang aku tak lapar dan dia boleh makan bekal yang aku bawa tu. Pernah juga aku tanya dia,

“Kau tak makan ke kat rumah pagi tadi?“

“Tak.“

“Mak kau tak masak ke pagi-pagi?“

Dia ada ramai adik-beradik dan keluarga dia miskin. Mak dia kerja di tempat menyiang ikan dan bapanya kerja di kilang papan. Maybe mak dia ada masak sarapan pagi-pagi tapi tak cukup untuk dia agihkan sedikit sebagai bekal ke sekolah sebab aku tak berapa ingat fakta yang ini. Tapi apa yang aku ingat sangat dia memang selalu mengendeng bekal dengan aku sampai ada masa-masanya aku terasa irritated. Ada juga sekali tu aku geram sebab selalu menjadi supplier makanan dia di sekolah membuatkan aku tak bawa bekal pada hari tersebut.

“Kau tak bawa bekal ke hari ni?“

“Tak. Hari ni aku beli kat kantin jer,“ jawab aku dengan perasaan lega sebab tentu dia dah tak boleh mengendeng dari aku lagi. Hehhehe... I’m bad.

“Tak apalah – nanti kau beli kat kantin, tinggalkan sikit untuk aku ya?“

Hah, macam tu pulak. Aku tak terfikir yang makanan yang aku beli di kantin pun dia nak jugak. Aku ingat dia suka bekal yang home-made cook aje. Tambahan pula kalau beli mee goreng di kantin misalnya, banyak mana sangat yang kita boleh dapat, tidak seperti bawa mee goreng dari rumah yang kita boleh letak seberapa banyak yang kita mahu. Okey fine. aku terpaksa juga berkongsi makanan yang aku beli di kantin hari tu dengannya semata-mata tidak sampai hati melihat dia kelaparan.

Tapi semua ini berakhir bila aku sekeluarga berpindah ke bandar dua tahun kemudian dan aku pun turut bertukar sekolah di tempat baru. Sekaligus menamatkan tugas aku sebagai food provider untuk classmate aku yang seorang ini. Adakah aku merasa lega? Ya, lega juga kerana terasa lepas dari tanggungjawab tidak bertulis itu walaupun aku masih tidak dapat terlepas dari sesekali terkenangkan nasibnya. Terkilan juga aku sebab masa tu aku tak terfikir langsung untuk adukan perihal dia yang tergolong dalam kategori murid-murid susah ini ke pejabat sekolah. Tak tahulah selepas ketiadaanku, siapa pula yang menjadi rakan tempat dia menumpang sesuap nasi.

Hari ini kita menyambut World Food Day dengan impian semua orang bebas dari kebuluran atau pun kita sama-sama berkongsi sedikit makanan yang kita ada untuk dinikmati bersama. Aku dedikasikan hari ini untuk classmate aku itu dengan harapan semoga dia sekeluarga dapat memiliki kehidupan yang lebih baik dari dulu dan memperolehi zat yang mencukupi untuk menjalani hari-hari yang menyihatkan.

Tuesday, October 14, 2003

Biji-biji Kopi yang Mencabar

Sepanjang aku berpeluang mendengar contest anjuran Nescafe ini tidak seorang pun peserta yang berjaya membalas soalan yang diajukan oleh dj. Kebanyakannya selepas mendapat satu soalan saja dah terpaku, kelu dan terpinga-pinga. Ungkapan paling popular yang kerap terlontar ialah “Kenapa awak nak tahu?”. Kadang-kadang sampai dua tiga kali si dj tanya soalan yang lain pun masih balas dengan “Kenapa awak nak tahu?”. Ada sekali seorang pendengar ni sampai kata laluan pun tak boleh pass. Rugi betul, sia-sia saja terlepas RM100. Tapi masa aku tak dengar contest ni aku rasa ada peserta yang berjaya mengaut hadiah wang terkumpul sebab ada masa-masanya kedudukan wang tunai itu berubah. Cuma aku aje yang belum berkesempatan mengetahui macam mana cara peserta-peserta ini berjaya menyoal balik soalan-soalan dj berkenaan sekaligus bergelar pemenang. Dj tu pulak tak habis-habis tanya “Bau busuk ni, awak kentut ya?” antara soalan favourite dia.

Aku pula jangan berharap dapat masuk peraduan ini kerana produk kopi tu pun tidak di beli, macam mana nak hantar borang penyertaan. Aku minum secara percuma saja di office. Semalam kawan aku mention tentang kopi jenama Davidoff. Dia kata itulah kopi paling harum yang pernah diciumnya. Harganya pun mahal, satu jar dah RM17. Tapi bekasnya cantik sesuai dengan harga. Sampai cashier kat tempat dia beli kopi itu pun boleh terkejut tengok botol kopi yang menarik itu.

”Cantiknya! Kat mana awak ambik ni?“ tanya cashier tersebut semasa dia ingin membayarnya. Nampak sangat tak ada siapa yang membeli kopi itu sebelum ini. Lagipun kalau ada jenama yang lebih murah baik pilih yang murah kan? Tambahan pulak yang murah tu ada offer masuk contest, mana tahu bernasib baik menerima panggilan dari stesyen Redfm untuk sertai peraduan yang dimaksudkan.

Aku rasa satu compliment paling dihargai peminum kopi ialah apabila ada orang mention pasal gigi kita yang putih berseri walaupun kita peminum kopi yang kronik. Macam ada sekali ex-housemate aku cakap “Macam mana gigi kau boleh putih hah, padahal kau hari-hari minum kopi Aku yang tak minum kopi ni pulak gigi kuning di-raja.” Aku tak boleh komen pasal gigi dia yang kuning tu pasal aku bukan doktor gigi dan aku tak ada kerja nak check faktor-faktor kekuningan tersebut terjadi. Tapi gigi aku pun bukannya putih sangat namun masih tidak mencapai standard warna gigi yang sepatutnya bagi seorang coffee addict. Sekurang-kurangnya kopi bukanlah penyebab gejala gigi kuning bagi sesetengah peminumnya.

I’m off to my coffee break now!

Friday, October 10, 2003

Mental Egg

Malam tadi aku telah mendengar dj Light and Easy menyebut sesuatu tentang World something Day. Rasa-rasanya aku dengar dia sebut World Eggs Day. World Eggs Day?! Wujud ke Hari Telur Sedunia tu? Kenapa perlu ada satu hari khusus untuk didedikasikan pada telur-telur? Penting sangat ke? Aku rasa aku dah tersilap dengar ni. Mungkin dj tu sebut perkataan lain tapi aku pulak terdengar benda lain. Mungkin aku masih terbayang-bayang imej peserta-peserta Fear Factor tu kena makan testicle a.k.a telur kerbau membuatkan perkataan itu saja yang berlegar buat masa ini?

Sanggupkan anda meratah telur kerbau? Bukannya satu tapi dua sekaligus. Eeeii..... telur binatang apa sekalipun rasanya tak ramai yang sanggup telan. Walaupun untuk US$50,000 kerana ada dua peserta wanita tidak sanggup menikmati sajian eksotik berkenaan. Gila betul tapi kerana duit ada orang mampu berbuat apa saja. Masa stunt makan-makan tu ntv7 ada censored sedikit aksi peserta mengunyah benda alah tu, takut ramai yang termuntah depan tv agaknya. Tapi masa Astro siarkan dulu (kebetulan aku pernah tengok episod yang ini) tak ada pulak censor, ditayangkan macam stunt-stunt yang lain juga.

Mungkin mereka gila kerana sanggup makan telur kerbau at least salah-seorang dari mereka berbaloi dapat menang hadiah. Aku check website United Nations dan aku temui ini. Aku pasti yang dj Light and Easy tu sebenarnya mention tentang World Mental Health Day dan bukannya Hari Telur seperti yang aku terdengar. Macam kesasar pulak bunyi antara Eggs dan Mental Health. Jauh sangat perginya. Anyway hari ni juga sudah 14 Syaaban bermakna malam nanti adalaah Malam Nisfu Syaaban. Cuma tinggal separuh bulan saja lagi sebelum Ramadan menjelma.

Happy weekend too!

Thursday, October 09, 2003

Sahutlah Panggilan Kerja

Ada satu panggilan aku terima last Friday yang membuatkan aku menjadi kaget.

“Hello, ini Encik **** ke? tanya perempuan yang telefon aku tu.

“Ya, saya, ada apa?”

“Tadi awak ada call sini berkenaan dengan jawatan kosong kan?“ Aku tersentak kejap. Eh, bila masa pulak aku call tanya pasal vacancy ni?

“Tak adalah cik, bila tu?” aku mula musykil.

“Bukan awak yang call tempat ni tadi? Nama awak **** kan?

“Ya, tu nama saya – tapi setahu saya err – saya tak ada pulak call company awak ni apply apa-apa kerja,” aku menerangkan sambil berkerut dahi memikirkan sesuatu. Tiba-tiba aku teringat ada seorang pekerja di company aku ni mempunyai nama yang seakan-akan nama aku. Agaknya panggilan ni untuk dia kot? Operator tu kadang-kadang main transfer aje call tu ikut sedap telinga dia yang mendengar padahal caller sebenarnya sebut nama yang lain. Tapi aku teruskan melayan pemanggil ini.

“Betul? Habis macam mana ni?” perempuan di sana mula gelisah.

“Apa nama penuh orang yang mintak jawatan tu tadi?” aku bertanya.

“Tak ada nama penuh, dia cuma bagi nama **** lepas tu dia suruh call semula sebab masa dia call tadi saya tak ada,”

“Oh, macam tu. Errr… boleh saya tahu jawatan apa yang ‘saya’ minta tu?” Kelakar pulak bunyi soalan aku tu – yalah aku nak juga tahu kerja apa yang si **** apply ni.

“Jawatannya ialah supervisor dan kami dah setkan masa untuk interviu esok,”

“Esok? Hmm… kalau macam tu bolehlah saya datang – tapi apa qualification untuk kerja ni?” Aku pula tiba-tiba interested tentang kerja tu.

“Eh, tapi bukan awak yang call sini tadi, bukan?”

“Memang bukan saya yang call tapi apa salahnya saya cuba,”

“Mana boleh macam tu encik. Hmmm…. err….apa nombor extension encik ni?”

“No ****. Berapa nombor yang dia bagi awak?“

“Oh, salah oranglah ni – dia bagi nombor lain no. ****,”

“Ye ke? Nanti saya check kejap siapa tuan punya no. extension ni,” Aku pun check di Lotus Notes senarai nama staff dan nombor sambungan mereka. Hah, dah agak dah, memang betul pun call ni sepatutnya disambungkan untuk staff yang nama seakan-akan nama aku ni.

“Oh…. extension tu untuk staff ni – nama dia *******,” aku pun start mengeja nama mamat ni dan sebut betul-betul supaya perempuan di sana tidak tersalah sebut dan aku pun tolong transfer call tu sekali.

There goes my chance to attend the said interview tomorrow.

Kalau anda ingin tahu aku agak cuak menerima panggilan telefon itu tadi. Sebenarnya dalam dua tiga minggu kebelakangan ini ada beberapa orang colleagues di sini sibuk promote beberapa jawatan kosong yang mereka jumpa di internet atau suratkhabar yang mereka rasakan sesuai untuk aku mohon. Sekaligus membuatkan aku jadi paranoid di atas keprihatinan mereka itu. Kenapa tiba-tiba mereka perlu jadi begitu proaktif sekali mewar-warkan vacancy-vacancy tersebut? Adakah mereka tahu sesuatu yang aku tidak tahu? Adakah mereka sudah jelak sangat melihat aku bekerja di sini? Adakah mereka dah ingin melihat aku berhenti sangat ke dari sini? Aku tidak tahu.

Itulah, bila saja aku terima call yang mengatakan aadakah aku ada menelefon company itu berkenaan kerja kosong membuatkan aku secara longgar turut suspek one of my colleagues yang tolong membuat panggilan itu bagi pihak aku. Kalau dah sampai siap tolong telefon lagi – ini dah melampau. Kalau setakat inform di mana company yang ada vacancy – itu boleh di terima lagi. Tapi ternyata panggilan itu bukan untuk aku. Rupa-rupanya ada staff lain yang lebih advance dengan telah membuat inisiatif mereka sendiri dengan apply kerja tersebut dan dapat panggilan temuduga pula. Aku sepatutnya berterima kasih pada staff-staff lain yang pada mulanya aku anggap mereka kepoh sangat dengan promote vacancy tu dekat aku. Biarlah apa saja pun motif mereka, kalau aku rasa interested aku akan apply. Buat masa sekarang aku akan terus bekerja di sini selagi aku masih rasa selesa dan “selamat“ sambil aku mengemaskinikan resume aku ni.

Tuesday, October 07, 2003

Duri Durian

Dua orang kawan aku datang dari Johor Bahru last weekend (saperately) dan kedua-dua mereka tidak sempat untuk ku temui. Next timelah. Aku keluar menonton The Big Durian di Sobranie setelah terlepas beberapa tayangannya sebelum ini di Actor’s Studio Bangsar. Aku tengok filem ni pun pasal nak tahu apa yang watak Yuen tu jawab tentang soalan mengapa umat Islam diharamkan memakan babi. Jawapan yang naïf itu aku rasa kelakar juga.

Biasalah kita yang hidup multi-racial ni agak ignorance untuk mempelajari sesuatu tentang adat dan agama bangsa lain. Macam itulah juga bila di US golongan yang berserban itu semua di sangka Muslim padahal ada juga yang berserban itu ialah orang Sikh. Seperti orang India yang lazimnya tidak boleh makan lembu – tapi aku ingatkan semua orang India tidak boleh makan daging lembu. Satu hari aku pergi lunch department dengan colleagues yang terdiri dari bangsa Cina dan India, ada staff India seramai tiga orang ni semua order beef. Then, boss Cina ni pun tegur

“I thought Indian cannot eat beef?” Salah seorang dari mereka tersipu-sipu jawab

“No – some can eat…...dependslah,” Oh, macam tu pulak. “By rights Reeta (one of the Indian staff), cannot eat meat at all, because she’s a Brahmin,” Si Reeta yang mendengar kata-kata itu pantas menjawab

“I don’t care,”

Brahmin? Oh, sistem kasta yang ada Brahmin dan lain-lain tu. Tak tahu pula yang sistem kasta ni masih diaplikasi sampai sekarang. Kita semua memang kurang prihatin dalam hal begini. Mungkin ia tidak penting? Atau mungkin ia hanya menjadi beban kalau kita tahu sesuatu tentangnya?

The Big Durian adalah sebuah filem yang membebankan. Tak pasal-pasal kita boleh tahu apa isi hati kaum lain mengenai bangsa Melayu (yang buruk-buruk terutamanya) di hambur right into our face. Namun, secara tidak langsung terselit juga perasaan lega kerana finally ada beberapa persoalan perkauman sensitif yang kita teringin hendak tahu tapi kita takut untuk memperkatakannya secara terbuka terurai menerusi filem ini. Kita masih tidak hidup secara harmoni yang mutlak. Ada banyak bom jangka atau periuk api yang tertanam di sekeliling kita yang kita tidak nampak. Bila-bila masa saja ia boleh meledak jika kita tidak berhati-hati atau jika ada sesiapa yang terlanggar batas sempadan.

Tapi ada baiknya sesekali kalau sempadan berjaya diterobos tanpa ada sebarang bom meletup kerana kita perlu juga tahu apa yang ada di sebalik pagar sana. Kita tahu ada buah durian di situ kerana kita boleh mencium baunya tetapi kita tamak kerana tidak puas setakat baunya saja yang dapat di hidu. Kita ingin dakap pokok durian itu sendiri, jolok buahnya dan nikmati isi durian yang kuning lemak dan manis itu. Tapi awas, tidak semua buah durian yang gugur itu berulas elok, lembut dan lazat. Kadang-kadang keluar ulat meliuk-liuk menari di depan mata dari celah-celah pangsa.

The Big Durian adalah buah yang buruk dan berulat itu. Tapi kita kena telan juga kerana tidak semestinya kita dapat buah yang manis dan indah seperti kenyataan yang selalu kita harapkan.

Wednesday, October 01, 2003

Oktober

Ada banyak perkara menarik pada bulan Oktober contohnya seperti hari ini ialah Hari Warga Tua untuk kita mengenangi dan menghargai datuk nenek kita di saat-saat mereka berada dalam lingkungan usia emas. Kalau mereka berusia emas, kita yang dua puluhan ini usia apa pulak? Perak? Gangsa? Platinum? Selain itu bulan puasa juga akan start pada penghujung Oktober ini. Ramadan kali ini akan mengingatkan aku pada pemergian datuk yang meninggal pada bulan Ramadan 1423 Hijriah lepas.

Dan Oktober juga bakal menjadi saksi persaraan Dr Mahathir dari kabinet sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling lama menabur servis dalam kerajaan. Tak tahu apa yang aku harapkan sempena pengunduran beliau ini. Okey, hopefully the leadership transition akan berlangsung dengan smoothly and his successor akan dapat menyambung pimpinan dengan lebih berjaya dan lebih baik lagi. Semoga beliau akan terus dikurniai kesihatan yang baik dan ceria menjalani persaraan beliau bersama isteri tersayang Dr Siti Hasmah. Dan semoga anak beliau Marina Mahathir akan terus menulis Musings dalam The Star.