Friday, June 27, 2003

Novel + Screenwriter - Imaginary Twin = Adaptation

Dalam filem Adaptation ada diselitkan shooting filem Being John Malkovich sedang dijalankan. Aku ada beli dvd filem Being John Malkovich tapi tak dapat tengok lagi sebab aku masih belum ada dvd player. Nasib baik aku terfikir nak beli dvd filem ni dulu sebab sekarang mana lagi nak cari dvd yang murah? Well, at least in KL. Apa yang Being John Malkovich buat dalam Adaptation? Sebab, semasa shooting filem pertama tadi sedang berlangsung, the screenwriter of the movie, Charlie Kaufman sedang dalam proses untuk menulis lakon layar untuk filem yang berikutnya, based on the book by the title The Orchid Thief. Dia sedang meninjau suasana penggambaran Being John Malkovich untuk melepaskan tension tatkala menyiapkan kerja-kerja penulisan filem seterusnya itu. Apa yang pelik ialah apabila adik kembarnya Donald turut berada di sana dan berbual-bual dengannya. Kepada anda yang tidak mengetahui, Charlie Kaufman sebenarnya tidak mempunyai adik kembar. Tapi untuk filem Adaptation dia telah mewujudkan watak itu. Dan watak itu wujud pula semasa dia sedang dalam proses shooting Being John Malkovich. Sudah tentulah semasa shooting sebenar filem ini pada tahun 1998 dulu “kembar” dia yang bernama Donald tu tidak wujud sama sekali. Apa yang menariknya nama Donald Kaufman turut tercatat sebagai penulis bersama untuk kredit filem Adaptation. Rasa macam merepek pun ada.

Entah kenapa kita perlu mewujudkan kembar yang kita tidak ada itu. Kenapa seseorang perlu rasa yang mereka sepatutnya memiliki seorang (atau mungkin lebih) kembar? Best ke ada kembar? Aku tidak ada so far mempunyai kawan yang kembar. Tidak ada. Dalam ramai-ramai kembar yang lahir kat dunia ni, satu pun tak ada terlekat menjadi kawan baik aku. Sudah pastilah aku ada kenal seorang dua kembar sepanjang aku hidup ni cuma kami tidak berkawan rapat. The interesting part is kawan aku yang kembar tu, aku tak tahu pun yang dia sebenarnya ada mempunyai seorang kembar! Dan aku telah make friend dengan kembar dia terlebih dulu walaupun dia sendiri aku dah kenal lama tapi kami tak pernah bercakap pun. I’d feel like macam telah membuat satu discovery, seolah-olah telah menjumpai satu formula baru semasa aku mengetahui berita ni. Rasa macam nak menjerit “Eureka!“

Ceritanya begini, semasa aku berpindah ke sekolah baru, aku ada terjumpa satu muka yang sama, the same exactly face yang serupa (pun the redundancy) kat sekolah baru aku tu. Sebab dah terlalu sangat disogokkan dengan ungkapan cliche “Semua manusia ada tujuh muka yang serupa dengannya“ so I decide to just ignore the face. Tapi setiap kali bertembung dengan muka itu hati aku bagai di desak-desak untuk mengetahui tentang misteri di sebaliknya. Mungkin aku boleh terima kalau muka saja yang sama, tapi dengan saiz badan, warna kulit dan umur pun sama? Ianya mesti ada rahsia di mana-mana. Aku pun meluahkan kemusykilan di hati pada kawan aku tentangnya. And it turn out that memang betul yang budak itu adalah kembar dengan kawan aku kat sekolah lama. Aku pun start bercakap dengannya sebab dulu aku pernah satu sekolah dengan kembar dia tu so I think it’s nice if I introduce myself. Paling surprise bila dia bagitahu yang kembarnya kat sekolah lama aku tu akan join us di sekolah ni next month. Lepas tu baru aku dapat tengok mereka berdua sebagai sepasang kembar yang sempurna setelah kedua-duanya berada dalam satu sekolah.

Apa yang lebih memeningkan tentang Adaptation ialah bukan saja tentang kembar yang tidak wujud tapi tentang cerita yang “tidak menjadi”. Filem ini bukan berdasarkan isi kandungan buku The Orchid Thief yang kononnya Charlie Kaufman ingin adaptasikan tu, sebaliknya ia menjadi tentang benda lain. Ia berkisarkan tentang situasi yang Charlie alami semasa proses untuk mengadaptasikan buku itu yang menurutnya tiada movie value. Buku itu mengisahkan mengenai pencuri bunga orkid dan dia rasa amat payah untuk dia dramatized kehidupan seorang pencuri bunga dan tentang bunga secara umumnya. Sebuah filem sepatutnya penuh dengan drama bukan? Lalu muncul pula kembarnya (yang tidak wujud itu) yang turut sama dalam proses untuk menulis satu lakon layar. Babak-babak Charlie dengan kembarnya sangat hilarious sambil aku asyik berfikir untuk mengagak mana satu yang reality dan mana pula yang fiksyen. Donald yang masih mentah dalam dunia penulisan filem banyak meminta bantuan dari Charlie walaupun Charlie agak jengkel dengan idea filem yang ingin dihasilkannya tu. Tetapi di akhir cerita apabila Charlie sendiri sudah semakin buntu untuk menulis tentang The Orchid Thief itu, dia pula meminta bantuan dari Donald. Lebih-lebih lagi apabila agent Charlie yang sudah membaca hasil karya kembarnya itu memujinya sebagai smart and best script that he’d ever read in that year, walaupun Charlie tetap merasa annoyed.

Oleh kerana aku sudah membaca serba-sedikit tentang latar-belakang filem ini di internet dan menonton The Making of Adaptation terlebih dulu, so roughly aku telah dapat sedikit idea apa sebenarnya yang movie ini mahu sampaikan. Semasa tayangan berlangsung ada juga beberapa penonton yang keluar selepas tengok separuh jalan. Mungkin mereka bosan atau tidak faham. Atau mungkin mereka menyuruh kembar mereka saja yang menonton filem ini sampai habis bagi pihak mereka.

Thursday, June 26, 2003

D(ritz)zling

Aku tak dinner pun malam ni dan aku tak pula rasa terlalu lapar. Biasa kalau hujan-hujan, cuaca sejuk macam ni, perut mudah benar berkeroncong minta di isi. Memang ada rasa lapar sikit, aku alas perut makan biskut Ritz tiga empat keping. Nak buat ovaltine pun malas. Petang tadi kat office aku makan waffle cake yang di bagi rakan cubicle sebelah. Waffle cake yang gebu beisi jem blueberry, sedap walaupun terlebih manis. Keluar dari pejabat aku singgah Tops beli danish ...err.... entah apa nama roti ni, yang ada sosej dalam tu. Sedap juga walaupun tak kenyang. Makan benda-benda tu saja pun dah okey. Jimat belanja dari beli nasi dan lauk-pauk yang banyak guna kalori dan guna duit ..hehhe ....

Tuesday, June 24, 2003

Kita Peng-yau

Kuala Lumpur bukanlah sebuah bandaraya yang friendly, menurut survey oleh sekumpulan social psychologist selama 6 tahun di 23 buah bandaraya utama dunia. Aku baca dalam The Star last Monday 23 June. Bagaimanakah survey ini dijalankan? Para penyelidik ingin meninjau sejauh mana penduduk sesebuah bandaraya tergerak untuk membantu strangers dengan berpura-pura jatuhkan pen atau surat bersetem, berlagak buta atau tercedera.

Sahihlah dari hasil survey tu tak ada seorang pun (maybe ada seorang dua) yang sudi untuk membantu para penyelidik yang berpura-pura buta atau sengaja jatuhkan pen tu di KL. Warga kota kebanyakkannya akan ignore saja benda tu daripada menjadi terlalu prihatin. Aku boleh simpulkan yang kita semua paranoid. Kita sudah menjadi takut untuk menolong orang-orang yang tidak dikenali. Lebih-lebih lagi kaum wanita. Lebih-lebih lagi yang jatuhkan pen tu bermuka semacam bengis, selekeh, berjambang tidak terurus. Siapa yang sudi menolong jika kita diselubungi cuak dan curiga? Tambahan pula kita baru saja membaca berita seorang wanita di culik, di rogol dan di bakar di KL ini. Tak tahulah macam mana perempuan tu boleh di culik di Bangsar Shopping Centre. Khabarnya lelaki tu memang sudah target untuk ambush mangsanya ini di car park kompleks tersebut. Mungkin juga lelaki jahat itu telah jatuhkan pen lalu perempuan malang ini ingin membantu, siapa tahu?

Housemate aku Ap, pernah mengalami pengalaman hampir serupa, bukan di culik atau di rogol tapi ada orang menjatuhkan barang, bukan pen tapi handphone. Dia sedang berjalan di Puduraya bila tidak semena-semana seorang lelaki berpapasan dengannya tiba-tiba tercicir handphone. Buk, handphone jatuh ke lantai tapi tidak bersepai. Ap dengan sifat tidak friendly orang KL menonong meninggalkan orang itu tanpa berhajat ingin membantu. Setelah dua tiga langkah berlalu, tiba-tiba dia terdengar orang melaung “Hoi..hoi…!”

Dia pun berpaling, tengok-tengok orang tadi sedang mengejarnya. Cepat-cepat Ap deras berjalan meninggalkan Puduraya. Sambil muka menoleh-noleh ke arah belakang, orang tadi masih mengejar dan menjerit padanya. Akhirnya orang itu menepuk bahunya dan dia terpaksa berhenti. Orang tu memarahi Ap kerana telah melanggarnya tadi lalu handphonenya terjatuh dan rosak. “Mana saya ada langgar, bang.“

Setelah puas berdolak-dalik itu ini, orang itu suruh housemate aku bayar RM500, harga handphone. Dia tak kisah nak bayar tapi sebab bukan dia yang jatuhkan handphone tu malah berlanggar pun tidak. Tak semena-menang kena tuduh pulak. Harga handphone tu pun tak munasabah, jenis handphone botol air yang besar dan hitam warnanya tu. Stail zaman awal-awal kemunculan handphone. Tapi dia risau juga sebab orang tu masih berkeras tidak mahu melepaskannya. Mana tahu diapa-apakannya, mana tahu kalau orang itu bertindak jahat ingin mencederakannya atau mungkin dia akan di bakar nanti? Last-last sebab dah tak tahan sangat di desak, caci maki, tawar-menawar dan di peras ugut, Ap bagi orang tu RM10 aje. Nasib baik orang tu nak terima lepas tu cepat-cepat blah dari situ.

Bukanlah salah kita kalau kita menjadi tidak peramah pada orang asing. Terlalu banyak jenis orang yang berkeliaran di sekeliling kita yang kita tidak dapat menelah air muka mereka, mulia atau keji. Aku rasa warga KL bukan tidak peramah tapi mereka cuma berhati-hati. Mereka tahu jika mereka juga di timpa malang, tiada orang di jalanan yang sudi untuk membantu mereka dek kerana sifat suspicious tadi. Manalah kita dapat mengagak yang mereka itu betul-betul di timpa kesusahan atau hanya helah ingin memerangkap kita atau rupa-rupanya mereka adalah sekumpulan penyelidik yang sedang membuat research?

Btw, bandaraya paling friendly di dunia ialah Rio de Janeiro yang terkenal kerana keganasan, jenayah dan kemelaratan sosialnya. Macam mana pula mereka boleh menjadi lebih friendly agaknya ya?

Monday, June 23, 2003

Not That Wrong Viewing

Tengok filem Wrong Turn kat TGV. Plot filem ni, lebih kurang sama dengan filem-filem thriller yang pernah kita tonton sebelum ini. Orang jahat memburu orang baik, orang baik ketakutan, orang jahat tangkap orang baik, orang baik dapat melepaskan diri dan orang jahat tewas akhirnya. Filem ni at least berjaya membuatkan penonton2 menjerit dan tersentak. Tak macam Mistik yang aku tengok dulu, pelakon-pelakon aje yang banyak menjerit. Ada scene yang mendebarkan terutama masa Eliza Dushku dengan geng dia atas pokok nak mengelakkan dari di tangkap oleh orang jahat. Muka orang jahat tu pulak saling tak tumpah macam askar-askar Uruk-hai dalam filem Lord of the Ring – The Two Towers. Tak ke ngeri tu.

Ceritanya begini, Chris dalam perjalanan untuk satu interview di Raleigh dalam masa lagi 3 jam, tiba-tiba dia stuck dalam satu traffic jam. Sebab dia nak cepat, diapun berpatah balik ke lebuhraya West Virginia. Then dia try call someone guna handphone dia, tup-tup tak ada line. Dia ternampak satu papan tanda yang menunjuk ke arah stesyen petrol, lalu dia membelok ke situ. Ada seorang tua kutuk yang jaga stesyen tu, sedang minum air strawberi kot. Public phone kat situ pun tak boleh di guna. Chris tengok ada satu peta di tampal, menunjukkan macam ada jalan pintas dan dia tanya orang tua tu untuk kepastian. Orang tua tu cakap, boleh aje lalu jalan tu, mesti sampai punya. Padahal Chris tidak tahu nasib yang bakal menimpanya apabila melalui jalan tersebut. Tengah Chris leka nak modified cd dalam keretanya tiba-tiba dia terlanggar satu Range Rover. Ada 5 remaja, 2 lelaki, 3 perempuan di situ yang Range Rover mereka tengah pancit tayar. Maka lepas tu startlah satu demi satu kena bunuh.

Yang peliknya, tak kan tak ada pihak berkuasa yang curious bila dah ramai-ramai sangat remaja yang hilang kat area hutan tu. Especially bila ada banyak abandoned vehicles ditemui di satu kawasan lapang tempat orang dilaporkan hilang. Tapi dalam satu scene ditunjukkan yang polis pun kena bunuh oleh orang jahat. Jangan balik dulu lepas closing credit kerana ada baki sikit lagi scene yang tertinggal.

Wednesday, June 18, 2003

Bajuku, Bajumu Jua

Macam mana aku boleh tak perasan yang ada seorang staff ni pakai kemeja yang sama dengan aku hari ni. Itu pun sebab Kak Elly yang mention. “Hey, baju you sama dengan baju Jason,“ kata Kak Elly sambil tersengih-sengih. Huh, ye ke? Patutlah sepanjang dari pagi tadi bila dia berpapasan dengan aku asyik tenung baju aku. Aku pulak jarang nak perhatikan baju seluar orang ni, tak ada kerja pulak aku. Tapi sebab Kak Elly dah cakap macam tu aku pun tengoklah apa yang si Jason pakai hari ni. Kemeja sama colour dan seluar pun sama colour jugak! Tak boleh ke dia pakai hari lain?! Bengang jugak tu. Kalau aku tak perasan ada yang pakai baju yang sama dengan aku, memang aku tak rasa apa-apa. Ini siap ada yang tolong mention lagi tu baju aku sama dengan baju budak ni. Terganggu pulak fikiran.

Macam bulan lepas ada sekali aku pakai baju kemeja colour yang sama dengan kemeja staff perempuan yang duduk sebelah aku ni. Dari jauh orang dah dapat tengok warna biru terang memancar-memancar dari tempat kami. Macam kembar. Dia nampak macam tak kisah pun pakai baju seakan serupa dengan aku. Macam mana pulak perempuan ni boleh ada kemeja sama colour ni? Tapi dia pakai baju kemeja yang stail untuk wanita punya. Itu pun Kak Elly juga yang mula-mula mention dengan aku pasal baju aku sama dengan perempuan tu. Memang prihatin sungguh Kak Elly ni. Tapi kalau dia tak mention pun mesti aku akan perasan jugak pasal dah duduk sebelah-menyebelah. Small matter aje tu, asalkan baju tak sama corak macam kain langsir ke, kain alas meja kat restoran ke sudahlah.

Tuesday, June 17, 2003

Nemo Si Comel

Rasa macam melampau pulak, bila rasa sihat sikit terus pergi tengok wayang! Aku tak plan pun mula-mula nak tengok wayang tapi entah macam mana boleh sampai KLCC, beli tiket RM10 dan terus tengok Finding Nemo. Memang kelakar filem tu dan sedih pun ada juga. Paling lawak masa Dory tak ingat apa pasal ikan badut bernama Marlin ni asyik nak mengekor dia. Overall memang kelakarlah filem ni, puas hati. Alhamdulillah, bangun pagi Isnin dah rasa kurang sakit kepala dan demam pun dah kebah. Terus bersiap-siap ke tempat kerja. Tapi masih tidak berani makan yang pedas-pedas dan berat di pagi hari jadi beli sandwich aje. Lunch hour pun tak berani nak makan nasi dengan lauk pauk, aku makan mee sup kat Lot 10. Aku still rasa tak sedap di bahagian perut atau usus. Tapi tak juga pergi jumpa doktor. Cuma malam aje aku dah rasa yakin nak makan nasi dengan lauk sardin dan ayam goreng. Syukurlah, tak ada sakit perut lagi.

Monday, June 16, 2003

Unwell

Bangun pagi Ahad masih dengan sisa-sisa pening kepala. Perut pun masih terasa sakit-sakit, alhamdulillah demam sudah beransur kebah. Lepas mandi basuh baju yang bertambun, jerang air dan turun ke kedai beli roti. Makan roti dengan minum air teh kosong saja, buat alas perut yang masih belum sembuh. Sambil tengok tv, baring-baring meredakan kepala yang pening dengan sapu minyak cap kapak. Masa Buletin 1.30 tu, tutup terus tv dan melelapkan mata. Sedar dalam pukul 3 rasa nak muntah pula. Biasanya aku memang akan menahan diri dari muntah sebab kalau aku muntah aku memang tak boleh nak bernafas lepas tu. Last-last aku termuntah juga, tapi sikit aje yang keluar. Lepas tu memang aku tak boleh bernafas sebab ada banyak kahak dan lendir bertakung di kerongkong, menyekat aliran pernafasanku. Kenalah aku struggle kejap nak bernafas balik, rasa macam dah tinggal nyawa-nyawa ikan. Ada dalam 4 –5 saat bertarung nyawa sendirian macam tu sehingga menitis air mata. Memang seksa sangat aku nak hilangkan mucus atau lendir tu supaya aliran udara dapat kembali melalui kerongkong. Aku tak tahu apa nama simptom yang aku alami tu walaupun dah acapkali juga aku kena serangan tak boleh bernafas macam ni. Dah banyak kali aku tergerak nak jumpa pakar ENT tapi sampai sekarang asyik tertangguh-tangguh aje. Dulu biasanya aku kena kalau masa aku gosok gigi part gigi geraham yang dalam-dalam tu, kalau aku biar ubat gigi tu banyak berbuih, aku pun mula rasa macam tersedak dan lepas tu terus tak boleh bernyawa. Kenalah struggle balik nak cari nafas. Sekarang masa gosok gigi, part yang gigi dalam-dalam tu aku gosok kejap-kejap aje dengan taruk ubat gigi pun secebis aje. Walaupun macam tu, gigi aku so far tak ada masalah, alhamdulillah masih kukuh tersusun.

Lepas aku rasa dah selamat, nafas dah okey, aku minum air suam sikit. Baring semula dan tidur sampailah pukul 6.30 petang. Bangun untuk solat dan tengok tv. Dalam pukul 8 keluar cari bubur, tak berani nak makan benda-benda heavy, nak tapau bubur aje. Beli bubur nasi, letak sikit ayam dengan sayur sawi. Tapi bubur pun tak habis, cuma ayam dengan sayur aje habis. Masa tunggu bubur siap tu, dalam hati berbelah bagi sama ada nak singgah klinik atau tidak, sebab ada klinik berhampiran yang masih di buka masa tu. Tapi tak payah pergilah, kalau hari Isnin masih rasa tak larat baru pergi klinik. Di rumah tengok Smallville dan diikuti dengan Futurama. Masa ni baru housemates balik dari kerja. Aku pula tengah gosok baju, kena prepare juga baju-baju siap bergosok kalau-kalau badan dah sihat jadi pagi esok tak adalah terkial-kial nak gosok baju. Sebelum tidur telan panadol sebiji.


Sunday, June 15, 2003

Panadol Solution

Lewat petang semalam after balik dari Star Hill, aku pening kepala yang amat dahsyat. Mula-mula aku tak rasa pening tapi sakit perut, sakitnya perut tak tertahan rasa. Tapi tak rasa nak buang air besar pula. Lepas tu baru diikuti dengan pening kepala yang mencucuk-cucuk. Kemudian aku rasa badan aku panas dan seterusnya aku demam. Aku pun terus terlantar, tidur mengerekot kat ruang tamu. Sapu minyak cap kapak. Biasanya kalau aku sapu minyak ni, pening akan beransur surut, tapi lepas habis aje kesan minyak tu, pening menyerang kembali. Aku berdoa dalam hati, minta diampunkan dosa-dosa yang telah aku buat selama ini. Tidak tertahan rasanya untuk aku menanggung kesakitan ini. Aku beralih tidur di dalam bilik. Bila hosemate aku balik dia menjenguk aku dalam bilik, dia tanya aku demam ke? Ya, demam. Actually dia pun demam, dah dua tiga hari tapi masih boleh pergi kerja. Aku suruh dia makan nasi goreng hailam yang aku tapau tadi, aku tak ada selera. Dalam pukul 12 aku gagahkan diri untuk bangun sembahyang, rendam baju, telan panadol dan tidur semula dalam pukul 2 pagi.

Friday, June 13, 2003

Hujan yang Turun

Hujan turun membasahi bumi. Lebat dan mencurah-curah membanjiri ke segenap pelusuk maya. Di tepi dinding kaca, aku boleh terdengar rintik-rintik hujan turun mengetuk-ngetuk, terbias ke dinding lalu mengalir perlahan ke bawah. Ia menimbulkan suasana syahdu seolah-olah air mata yang menitis tak putus-putus. Seolah-olah ia mengalami kesedihan yang tidak tertanggung, maka ia terpaksa menangis. Hujan adalah bumi yang menangis. Aku terkenangkan musim tengkujuh sewaktu hujan. Musim tengkujuh di pantai timur, di tepi pantai. Melihat ombak bergulung-gulung, langit mendung. Aku tidak berani menyusur pantai semasa ombak kuat dan angin kencang begitu. Aku cuma mengamatinya dari jauh. Bunyi ombak menghempas pantai begitu kuat kedengaran. Pokok kelapa yang tinggi melayut seakan mahu tumbang. Aku terus duduk sambil badan di usap angin menderu ganas. Melihat laut gelora sedang rintik-rintik hujan mula membasah bumi.

Wednesday, June 11, 2003

Alasan Untuk Mewujudkan Blog

Felicity masuk ke bilik Noel semasa Noel sedang mengadap komputernya. Dia bertanya apa yang Noel sedang lakukan? He was developing his website. Felicity agak curious, kenapa pula Noel memerlukan sebuah laman web? Sebab dia ada banyak masa lapang dan tidak ada banyak kawan serta alasan untuk memiliki sebuah komputer, jawabnya.

Rasanya, dua alasan yang pertama itu juga ada kena-mengena kenapa aku mewujudkan blog ini. Cuma aku tidak mempunyai komputer sendiri. Sebelum aku kenal dunia blog ini pun aku telah mula taip-menaip begini, menulis seakan-akan diari, setiap hari aku akan menaip, kemudian aku save di drive-A. Bila senang, aku baca semula apa-apa yang telah aku tulis itu, tentang hari-hari yang telah aku lalui, tentang apa yang aku rasai mengenai sesuatu. Sekarang, dalam blog ini, bukan hanya aku saja yang membacanya, mungkin juga orang lain. Memang aku banyak masa lapang, kerja pun tak banyak. Dulu aku suka tengok movie melalui vcd. Tapi sejak illegal vcd peddlers ni selalu kena rush oleh pihak berkuasa, dah tak ada lagi vcd yang dapat di beli. So, aku habiskan masa dengan baca novel pula. Ada beberapa novel yang aku beli last year belum sudah-sudah lagi. So I’ve decided to finish up the novels with my current free time. Kawan pun tak ramai untuk aku ajak keluar berjumpa. Housemates aku pula biasanya balik kerja lambat. Aku dah dekat nak tidur baru diorang balik. Jadi, kebanyakan masa aku dihabiskan dengan duduk seorang diri. Kalau bosan tengok tv, aku dengar cd yang aku beli beberapa minggu lepas. Aku dengar lagu “Unwell“ berulang kali. Kerana aku juga tengah making friends with shadows on my wall. Kerana I’m feeling like I’m headed for a breakdown And I don’t know why

Sunday, June 08, 2003

Di Tengah Valley

Semalam, Sabtu pergi MidValley, ramainya orang…. tak percaya rasanya tengok orang seramai itu kat MidValley. Dahlah aku jalan seorang-seorang masa tu. Rasa janggal pulak tengok orang lain paling tidak pun jalan berdua. Ke mana semua kawan ku pergi? Aku nak makan kat situ pun rasa tak selesa walaupun perut memang berkeroncong. Kalau weekdays, aku tak kisah nak makan seorang diri lagipun biasanya weekdays memang tak ramai orang. Tapi weekend, dengan orang ramai, tempat duduk nak makan yang tak cukup, aku pulak makan seorang-seorang, mestilah rasa lain macam. Baik tak payah makan. Aku cepat-cepat masuk Carrefour, beli apa-apa yang aku dah plan nak beli dan cepat-cepat blah dari MidValley yang crowded itu. Sempat juga merasa anggur yang murah dan manis di Carrefour. Aku beli anggur setengah kilo, lama tak makan anggur. Sebelum sampai rumah tapau nasi dulu dengan lauk ayam goreng kunyit dan telur dadar. Memang tengah lapar giler masa tu. Pagi tu aku cuma makan maggi mee aje dengan minum nescafe. Tengahari tak makan, petang tak makan, balik rumah dalam pukul 8 baru dapat makan. Alangkah nikmat dapat makan nasi.

Thursday, June 05, 2003

Dying for Water

Hari ini ialah Hari Alam Sekitar Sedunia yang bertemakan Water – Two Billion People Are Dying For It! Sambil menaip ni pun aku sedang minum air. Kita dinasihatkan minum air lapan gelas sehari. Tapi air yang bagaimanakah yang kita mahu minum itu? Mestilah air yang bersih. Bagaimanakah kita boleh mendapatkan air yang bersih? Err…er… korek perigi sendiri? Dengan menjaga punca-punca air yang akan membekalkan air bersih ini supaya ianya juga turut suci dan bersih! Mudah, bukan? Tidak, ia tidak semudah mana. Cubalah tengok keadaan sekeliling anda terutama di Malaysia ini, cuba perhatikan sungai-sungai anda, longkang dan parit di kampung anda, adakah ianya semata-mata air jernih yang lancar mengalir hingga sampai ke muara? Atau pada alirannya itu turut sama ia membawa sampah sarap yang berlonggok dan busuk tidak terhingga? Usahkan hendak mengalir lancar, nak mengalir pun tidak berdaya, hingga bertakung memenuhi dasar parit yang berkelodak dan hitam warnanya.

Lambat bangat air longkang itu akan sampai juga ke sungai yang berhampiran. Air yang hitam berjelaga dan penuh mekanisma yang jijik dan meloyakan dek kerana tercemar dengan sampah-sarap yang terhumban sekali dengannya. Tapi jangan risau kerana loji pembersihan air akan menyaring air sungai yang tercampur air parit, air longkang (agaknya air kumbahan tercampur sekali tak? errgghhh!!) yang berbaur dengan segala sisa buangan pepejal atau cecair supaya ia akan bertukar menjadi air suci dan tidak berbau. Air yang telah dibersihkan tadi akan disalurkan ke paip-paip untuk kegunaan anda di rumah atau di mana saja kepala paip boleh anda jumpa. Jadi selama ini memang telah lama kita guna air yang bersumberkan dari sungai-sungai yang telah tercemar. Peratusannya aku tak ingat, mungkin anda boleh rujuk laman web yang berkaitan. Kebanyakkan sungai-sungai yang menjadi sumber air bersih untuk kegunaan kita selama ini sudah berada dalam keadaan yang tidak selamat lagi. Kita boleh membantu mengatasi masalah ini dengan tidak sewenang-wenangnya membuang sampah-sarap ke dalam sungai, longkang atau tempat-tempat yang tidak sepatutnya. Buang dalam tong sampah atau lebih baik lagi, kitar semula sampah-sampah anda. Jika kita tidak mulakan untuk menjaga sumber air minum kita dari sekarang, angka dua billion itu akan meningkat menjadi tiga atau enam billion pula dalam masa yang singkat.

Wednesday, June 04, 2003

Renjis-renjis

Petang akhir-akhir ini hujan mula turun melembapkan bumi yang kering dan panas selama ini. Baru rasa sejuk dan tenang sikit jiwa yang berkecamuk. Aku pergi rumah kawan kahwin last Sunday di Selayang. Memang sengaja tak bersarapan sebab nak makan nasi kenduri. Aku dan kawan-kawan sampai rumah pengantin dalam pukul 12 tengahari. Terus makan nasi briani, dengan ayam masak merah, daging masak hitam dengan acar buah. Dapat bunga telur, aku ambil tiga, sebab nak bagi pada housemate seorang satu. Most of the time aku cuma duduk luar rumah aje, tengok-tengok orang buat kerja, borak-borak dengan kawan-kawan. Setelah berjam-jam duduk rumah pengantin, ambil gambar, curi rasa lauk makan beradab, bersalam-salaman dan sebagainya, aku pun balik rumah dalam pukul 3.30. Sesampai saja di rumah, terus tidur tak sedar diri sampai pukul 6.30 petang. Bangun tu rasa pening kepala pulak. Sampai ke malam masih rasa sakit kepala. Tapi mujurlah bangun pagi Isninnya, sakit kepala tu dah hilang, terus pergi kerja macam biasa.

Monday, June 02, 2003

PS I Luv U

Sabtu dan Ahad yang lalu cukup sibuk. Sejak petang Jumaat lagi, keluar saja dari office aku bergegas ke KLCC cari hadiah kahwin. Tak fikir panjang nak beli kat mana pasal aku dah decide nak ke Parkson saja, boleh guna kad Bonuslink sekali. Cuma nak beli barang apa yang buat aku terpaksa berfikir panjang. Jalan selamat aku beli saja benda yang selalu dihadiahkan orang pada pengantin, pinggan mangkuk – in my case I choose cup and saucers.

Petang sama sepatutnya aku jumpa Adam yang baru sampai dari Kota Bharu. Tapi aku try call dia guna public phone asyik tak dapat, asyik ask for leave a message. Yang paling teruk ada sekali sampai terkeluar suara berbunyi “Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan”.

Pulak dah!

Mungkin aku salah tekan nombor. Dia nak call handphone aku memang tak boleh pasal bateri kong. Last-last aku balik rumah terus selepas try call Adam beribu kali. Sebelum tu sebab aku malas nak balut sendiri hadiah, aku pergi saja dekat kaunter gift wrap. Sementara menanti hadiah siap, pergi jalan-jalan tengok barang lain dulu.

Pagi Sabtu, beli bungkus mihun goreng letak rendang daging sikit dan roti canai. Sarapan lebih pagi ni pasal kalau hari kerja di office untuk minggu itu aku asyik makan roti-roti-roti saja. Naik muak nampak roti. Kalau roti canai tu lain cerita. Kenyang makan sarapan sambil baca paper The Star yang dua-tiga hari lepas punya. Tak sempat nak habis baca paper semua tu. Oh, rupa-rupanya World No Tobacco Day tu jatuh pada Sabtu 31 May rupanya dan bukan pada 30 May. Pada 31 May itu juga merupakan Hari Keluarga peringkat nasional.

Dalam tengahari tu tiba-tiba Adam sms ajak aku berjumpa di KL. Terus aku bersiap-siap untuk keluar. Kami pergi ke Sogo sebab dia nak beli perfume dan kalau cukup budget dia nak beli handphone baru kat Pertama. Handphone tak jadi beli sebab tak semena-mena dia decide untuk beli di KB saja. Perfume dia beli jenama Escada Sentiment, promoter tu baik hati bagi dia dua sample miniature free.

Pergi jalan-jalan kat pasar malam lorong TAR, aku beli mihun sup, dia beli jam Swatch palsu dan vcd cerita Melayu, cetak rompak of course. Tapi penjual tu tak banyak display vcd tu sebab penguatkuasa tengah giat jalankan operasi membanteras membuatkan orang ramai macam kemaruk nak beli vcd cetak rompak sebab sekelip mata aje habis vcd tu di jual.

Singgah Kenny Rogers lepas tu sebab kat KB tak ada Kenny Rogers katanya. Aku tak makan cuma minum coke saja. Lagipun aku dah tak suka gravy dia yang bukan lagi perasa black pepper tu. Dah hilang kick ayam Kenny Rogers kalau tak bersalutkan gravy black pepper. Sementara tunggu dia menyudahkan ayam, mashed potato, coleslaw dan muffinnya, aku pinjam baca U-Topia cover Robbie Williams dari Adam.

Inilah first time baca majalah ni. Kandungan majalah agak baik, dengan komik dan berita hiburan. Tapi bab bahasa dia tu, buat orang jadi mereng kejap. Menyusahkan orang betul majalah ni, perosak bahasa yang mutlak, payah aku nak faham apa ke benda yang mereka tulis tu. Memudarkan minat aku untuk terus membacanya. At least kalau Gila-Gila walaupun masih komik tapi bahasa Melayu yang di guna adalah bahasa percakapan hari-hari. Ejaannya senang difahami.

Tapi U-Topia punya bahasa, masya-Allah, kalau tak cukup sabar mahu saja aku koyak-koyakkannya, biar bercebis-cebis, buang dalam lubang tandas, lepas tu flush! Marah pula kawan aku nanti, hahaha! Tapi ada juga artikel aku baca misalnya pasal Robbie, filem Hulk dan gossip-gosip. Itu pun dalam tersangkak-sangkak sebab nak belajar mengeja lagi, banyak ejaannya telah pandai-pandai di ubah sendiri. Kes terlebih kreatiflah ni.

Habis makan-makan di Kenny Rogers, pergi jalan-jalan di S&M mencari manalah tahu kalau-kalau ada cakera cetak rompak lagi. Tetapi tidak berhasil kerana sebab-sebab di atas. Dari S&M boleh nampak Petaling Street berwajah baru dengan bumbung melengkung tinggi warna biru. Siap ada pohon-pohon palma di tanam di sisi lorong. Lihat lebih dekat PS sudah bukan PS yang dikenali dulu. Memang nampak lebih lawa dan kemas tapi jiwa PS yang lazim didekati sudah tidak dapat dikenalpasti. Terasa kekok dan asing.

Ibarat macam orang - dulu orangnya selekeh dan kumal tetapi setelah beberapa ketika, setelah sekian lama tak jumpa, dia tiba-tiba berubah menjadi lain. Menjadi pembersih dan pandai bergaya. Tahu pilih jenama dan bertata-rias. Kita yang hendak menegurnya pun jadi takut, terpaksa berhati-hati. Masih bolehkah bertepuk tampar seperti dulu? Masih bolehkah bersikap lebih kurang dengannya lagi? Tak apakah tidak terlalu bertertib atau menjaga susila jika berhadapan dengannya? Ibarat begitulah PS sekarang.

Cakera cetak rompak? Jangan harap boleh di jumpa. (Atau mungkin tunggu fasa PS lagi satu siap…hehe) Tapi anda masih boleh jumpa jam jenama tiruan. Hari merangkak senja tapi Adam masih tak puas hati selagi belum jumpa cd lanun.

Kami menyusur langkah hingga tiba di satu kedai di penjuru. Sudah terjumpa “syurga” yang di cari, ada banyak cakera cetak rompak di jual di sini tapi seperti biasa tak banyak yang di pamer. Hampir sejam dalam ni sibuk menyelongkar mencari cd yang diminati. Pilih punya pilih aku ambil dua cd koleksi lagu-lagu popular. Salah satu cd ada termuat lagu Unwell (Matchbox 20) dan Bring Me to Life (Evanescence). Sekarang aku tengah minat lagu ni. Dia beli tiga, Daniel Bedingfield, Vitamin C dan Sugababes.

Lepas habis sesi mencari cd, baru dapat balik rumah. Baru puas hati. Panaskan mihun sup yang dah suam-suam sejuk tu. Buka ntv7 sebab nak tengok Odisi, drama pertama yang mengisi slot ni ialah Piala Untuk Mama. Ceritanya kelihatan biasa cuma ia diluarbiasakan dari aspek naratif (pelakon utama buat voice-over untuk bercerita pada penonton). Itu memang jarang berlaku dalam drama Melayu. Teknik fotografi juga berbeza, walaupun pada aku nampak macam video yang dirakam oleh jurukamera kat majlis kahwin. Pelakon wanita utamanya juga berani berbikini! Itupun sebab dia ialah peserta renang berirama, nanti kalau buat adegan berbikini sekadar nak pancing penonton nampak sangat penerbitnya nak eksplotasi wanita. Erma Fatima pun ada pakai swimming suit versi sopan yang tidak akan mengundang kontroversi…hehe.

Lepas tu bersambung pula tengok My Best Friend’s Wedding. Aku suka filem ni sebab akhirnya Michael kahwin dengan Kimmy juga – walaupun Jules dah berusaha bermacam cara nak memisahkan mereka, tapi mereka telah ditakdirkan untuk berdua. Julia Roberts umur 28 tahun? Nampak macam 38 tahun adalah. Lepas tu keluar supper dengan Ap, makan nasi lagi tu walaupun dah hampir 1 pagi. Makan dan borak-borak dalam pukul 2 baru balik rumah.

Friday, May 30, 2003

Free Tobacco

Hari ni 30 May ialah Hari Bebas Tembakau Sedunia. Tembakau ialah bahan mentah utama dalam rokok-rokok yang bapa, pakcik, datuk, abang, suami anda hisap itu.

Rokok biasanya diasosiasikan dengan lelaki, bukan? Tidak lagi, sekarang jumlah perokok wanita juga semakin meningkat. Dan mereka bukan nenek-nenek atau perempuan tua di kampung yang muka telah kedut seribu dan tangan asyik menggulung rokok daun.

Sebaliknya wanita perokok ini adalah golongan professional muda dengan muka bermekap, kulit bergetah, baju jenama mahal dan tangan terselit rokok. Ia rokok yang sama seperti di hisap jantina lawan mereka.

Wanita telah sama taraf dengan lelaki dan mereka harus berlawan walaupun dengan cara menghembuskan asap. Bukan asap kemenyan atau jampi serapah tetapi asap rokok. Asap yang mengandungi nikotin atau racun atau apa-apa saja istilah mudarat yang dapat dikumpul di dunia ini boleh di bagi kepada rokok.

Mereka yang tidak merokok apabila terhidu asap ini, malah mendapat bahaya yang dua kali ganda lebih berisiko dari penghisap pertama. Seorang kawan yang dulunya tidak merokok tetapi selalu berdampingan dengan golongan ini apabila sedar akan bahaya dihadapinya sebagai second smoker memutuskan untuk menyertai mereka. “Lebih baik aku sendiri pun hisap rokok terus dari terus terdedah kepada asap mereka tu,” ujarnya.

Dengarnya macam lucu walaupun ia menyedihkan. Walau apa sekali pun alasan yang diberikan, tidak ada satu sebab pun yang mewajarkan anda untuk merokok.

Sudah terlalu banyak fakta yang didedahkan untuk anda tinggalkan tabiat buruk ini, sudah terlalu banyak risiko yang kita semua terdedah akibat rokok anda, sudah banyak nyawa melayang akibat ketagihan rokok-rokok itu.

Perlukah kita tunggu lebih banyak lagi akibat yang akan menimpa? Sedangkan itu semua boleh dielakkan. Berhentilah memperbodohkan diri sendiri dengan membeli rokok yang tidak berguna itu. Belajarlah menghargai kesihatan diri sendiri dan orang lain.

Thursday, May 29, 2003

Saya berjanji akan bekerja bersungguh-sungguh

Hari ni ada meeting dengan staff-staff yang sedarjat dengan aku pasal big boss nak tahu kerja apa yang kami buat selama ni. Takut juga kena tanya macam tu sebab kadang-kadang aku pun tak sure kerja apa yang aku buat kat sini! But of course I have my job description cuma aku saja yang lupa benda ni. Semalam boss telah refresh balik apa kerja-kerja yang kami kena buat di tambah dengan beberapa tugas baru. I’m okey with it as long as they not cut off my internet connection, it should be no problem. Inilah salah satu motivasi aku untuk datang ke office ni, sebab ada internet! Cuma sejak meeting semalam aku fikir baik aku kurangkan masa mengadap internet ni, tak sedap pula kalau staff-staff lain tengok mesti diorang pelik, budak ni tak ada kerja lain ke, asyik main internet aje! Company ni bayar gaji dia untuk main internet aje ke?! Tak ke pedas tu? Sebelum ni pun ada staff seorang tu dah sound macam tu kat aku, tapi dia pun dua kali lima! 24 hours internet. Itu yang aku tak hairan sangat tu bila dia sound.

Kebelakangan ni kalau anda lalu di area golden triangle during lunch hour pasti anda terperasan ada ramai pekerja-pekerja bank tengah berpiket kan? Ada sepanduk-sepanduk, poster, bunyi-bunyian macam semboyan pun ada keluar semata-mata nak tarik perhatian pihak-pihak berkenaan. Yang bestnya kereta-kereta yang lalu turut bagi respond dengan memperlahankan kenderaan mereka dan membunyikan hon kuat-kuat. Bingitlah kejap area tu. Aku tak pastilah pulak apa yang mereka tak puas hati dengan pihak majikan atau tuntutan apa yang mereka nak buat. Kalau anda nak tahu anda boleh buat edisi siasat sendiri. Bagi aku so far aku happy dengan tempat kerja aku ni dan aku bersyukur tak payah nak berpiket macam tu. Kadang-kadang kasihan juga dengan mereka semua tu, harap-harap majikan mereka akan terbuka hati untuk mempertimbangkan apa-apa yang mereka tuntut itu.

Wednesday, May 28, 2003

Training & Makan-makan

Aku baru guna buku nota Six Feet Under yang aku dapat dulu. Dah start conteng sikit-sikit. Dari aku simpan aje benda tu buat pekasam, eloklah aku buat tulis-tulis. Aku attend training pasal Windows 2000 yang department MIS anjurkan. Instructor tu ajar benda-benda basic aje, senang nak faham. Tapi masa dia mengajar, aku asyik menguap dua tiga kali, mengantuk sungguh. Lunch pergi makan kat Sungei Wang dengan officemates. Aku lebihkan sayur kali ni, ada kacang botol, tomato dan sayur kobis masak lemak. Aku ambil sikit sotong masak sambal dan ikan goreng.

Petang semalam makan kat KLCC dengan kawan pasal dia nak jumpa borak-borak sikit. Aku makan chicken chop at one of the food court tapi tak sedap. Sebab chicken chop tu jenis yang bergoreng celup tepung, bukan yang jenis grill. Lain kali tak nak makan chicken chop kat situ lagi. Mushroom soup dia pun tak sedap.

Monday, May 26, 2003

Resepi Sihat

Biasanya kalau aku beli roti sandwich yang panjang dan di potong-potong itu, kan bahagian paling atas dan terbawah roti tu yang adalah yang paling coklat warnanya kan? Itu yang orang panggil kerak dia kan? Roti-roti yang di tengah tu adalah yang putih dan gebu dikelilingi kerak coklat. Biasa aku tak makan part roti dua di hujung tu. Sebab bagi aku rasa dia tak sedap. Tapi pagi ni sebab aku tak mahu membazir, aku pun makanlah roti yang kerak kaler coklat tu sebagai sarapan. Itu saja baki roti yang tertinggal.

Aku malas nak turun makan di food court. Kalau turun situ mesti aku akan pilih makanan-makanan berminyak yang di goreng dengan sambal seperti nasi lemak, nasi goreng, roti jala, mee goreng dan seumpamanya. Aku mesti kurangkan makan benda-benda macam tu untuk kesejahteraan kesihatanku. Kurangkan makan ayam dengan kulit-kulitnya sekali, banyak lemak tu. Kurangkan makan seafood sebab allergik.

Aku kena banyakkan makan sayur, kalau boleh pilih sayur yang tidak di masak atau di goreng, jenis yang pakai celur. Lebih baik jika aku petik sendiri sayur tu kat kebun mana-mana lepas tu terus ngap! Tak payah nak celur-celur dah. Tapi ingat senang ke aku nak jumpa pokok sayur kat kawasan perumahan aku duduk tu? Pokok bunga banyak lah. Tapi dosa pula ambil sayur orang tanpa kebenaran.

Friday, May 23, 2003

Alias Congo

Alhamdulillah, masa tidur malam tadi tak ada mimpi ngeri, seram, nightmare dan yang sewaktu dengannya datang mengacau lagi. Dapatlah tidur dengan aman. Masa aku tengok cerita Alias tu lagi aku dah rasa mengantuk sangat dah. Yalah tidur dua-tiga jam saja, mana tak mengantuk. Tapi sebab siri Alias ni very engaging, memang tak dapat dilepaskan, so aku tahan juga tengok sampai habis. Tapi memang tak habis juga, asyik bersambung aje cerita ni. Aku rasa page kosong dalam kitab milik Rimbaldi tu memang lakaran muka Sidney tapi muka orang lain, pelanduk dua serupa. Tak sabar tunggu minggu depan. Actually aku lambat sikit minat tengok Alias ni pasal aku ingat cerita dia tak sedap. Cuma ada sekali tu sementara tunggu Mega Movie start pukul 10 aku try tengok siri ni dan sekali tengok aje terus minat! Menyesal pulak aku tak tengok dari pilot episod dulu. Sejak dari itu, setiap hari Khamis aku akan pastikan aku dapat menemui Encik Alias Congo ini. Sepatutnya aku cakap pasal tidur tadi kan? Melalut pulak. Aku rasa yang malam nightmare tu sebelum tidur aku lupa basuh kaki dulu kot? Sebab tu datang unsur-unsur mistik dan creepy membelai tidurku. So malam tadi aku pun basuh kaki sampai dua tiga kali. Cuma aku tak faham apa kaitan basuh kaki dengan mimpi buruk?

Wednesday, May 21, 2003

Mimpi Nusantara

Biasanya kalau aku alami nightmare, then aku akan terjaga secara tiba-tiba, aku akan jadi macam mamai dan terpinga-pinga kejap disebabkan nightmare tadi dan aku akan tidur semula selepas itu. Aku akan cepat lupakan kejadian mimpi tersebut.

Tapi di pagi nan hening tadi selepas aku alami nightmare yang dahsyat tu aku terus tak dapat tidur. Aku cuba juga tidur tapi imej-imej mimpi yang seram itu terus datang mengganggu sehingga membuatkan aku tak tenteram. Aku menggelisar di tilam, teringatkan mimpi ngeri sambil dalam hatiku membaca ayat-ayat suci. Memang meremang bulu roma. Mimpi tu lebih kurang macam siri Misteri Nusantara. Ada unsur-unsur bomoh dan pemujaan.

Apa yang aku ingat dalam mimpi tu aku tengah meronta-ronta sebab tangan aku kedua-dua belah di pegang dengan kuat oleh dua orang. Mungkin kaki aku pun kena pegang juga tapi aku tak ingat pulak. Lepas tu mereka mempersembahkan aku pada seorang pawang wanita yang mukanya tak berapa jelas tapi yang aku nampak ialah hitam semata dengan ada macam unsur-unsur ngeri sikit muka dia tu. Ada cahaya api marak menyala di sekitar kawasan tersebut. Di sekeliling aku terdengar ramai orang sibuk meratib berbunyi macam memuja sesuatu, sekali imbas terdengar mereka menyebut “Guru Yahya...Guru Yahya...!“ berulang-kali. Kalau anda teringat ada slot Drama Minggu Ini kat RTM tahun-tahun 80-an dulu ada kisah guru ajaran sesat bertajuk Guru Yahya. Lebih kurang macam tu lah bunyi ratib tu.

Masa ni aku pulak tengah meronta keras nak lepaskan tangan dan kaki aku dari cengkaman mereka semua. Mereka telah regangkan badan aku depan pawang itu sambil pawang terkumat-kamit menjampi serapah apa entah. Tak tahu bahasa apa. Mereka cuba tarik tangan aku ke atas kuat-kuat sebelum mulut aku terdaya menjerit. “Jangannnn..!!“ Paling menyeramkan bila tengah aku menjerit “jangan“ tu serentak tu juga aku tersedar! Sampai mengigau! Fuhh... mimpi rupanya! Baru rasa lega sampai berpeluh-peluh aku di buatnya walaupun kipas siling sedang berputar ligat masa tu. Jam menunjukkan 3.30 pagi masa tu.

Itulah bila aku cuba tidur balik lepas tu bayangan mimpi tersebut asyik kembali berkelintar di pelusuk fikiran sampai meremang bulu tengkuk. Daripada aku tidur dengan keadaan mimpi ngeri asyik berlegar baik aku tak payah tidur. Aku on kan ntv7 yang masa tu sedang siarkan live UEFA Cup final perlawanan antara Celtic menentang Porto di Seville, Sepanyol. Masa tu perlawanan sedang rehat setelah selesai separuh masa pertama. Ada seorang pengacara dan dua ahli panel tengah cakap-cakap bola masa tu. Keputusan ketika itu Porto mendahului satu kosong.

Masa perlawanan nak dimulakan kembali lepas pengadil tiup wisel aje, masuklah seorang flasher ni berlari-lari ke tengah padang. Nampaklah apa-apa yang sepatutnya kena cover tu. Kat badan flasher tu ada tulis something tak sempat nak baca pasal tiba-tiba ntv7 fokuskan kembali pada tiga orang di studio tu. Macam-macam orang putih ni. Lepas tu Celtic pula sumbat gol penyamaan. Then Porto kembali menerajui dengan tambah satu gol lagi. Kemudian Celtic tidak mahu kalah, tambah satu gol penyamaan. Jadi mereka seri dua sama sampai tamat waktu perlawanan sebelum masa extra diberikan. Dekat nak habis masa tambahan, barulah gol kemenangan diperolehi oleh Porto! Yay!!!!

Tak kan aku nak tengok saja-saja macam tu, aku kena decide untuk sokong pasukan mana just for the thrill and fun. Because Porto FC yang mula-mula score, aku sokong diorang lah. Lagipun muka-muka Scottish pemain Celtic ni nampak berlagak semacam aje. Tapi tak semua pemain-pemain pasukan tu berasal dari negara kelab tu sendiri, macam Henrik Larsson yang jaringkan dua gol untuk Celtic tu orang Denmark. ”But he was Scottish at heart” menurut kata pengulas…kelakar pulak aku dengar. Sudahlah, aku bukan reti sangat cakap pasal bola ni. Kalau tak kerana mimpi ngeri tu jangan harap ler aku nak tengok bola pagi-pagi buta macam tu.

Lepas habis perlawanan tersebut dalam pukul 5.40, aku ingat nak tidur kejap sebab aku rasa macam mengantuk pulak. Tiba-tiba terdengar azan subuh berkumandang. Tak payahlah tidur, nanti terlajak sampai pukul 9, naya aje. Kalau tak pun mana tahu aku sambung tidur nanti, ada pulak sambungan mimpi “Guru Yahya“ episod dua mengacau pulak. Baik aku pergi mandi.

Tuesday, May 20, 2003

Spring Cleaning di Rumah & Office

Semalam, rumah aku yang dah macam tongkang pecah tu sudah bersih. Dah nampak macam rupa rumah dah. One of my housemates cuti so datang dia punya angin rajin dia, satu rumah dia kemas termasuklah tandas sekali dia cuci. Semua majalah telah di isi dalam rak, kerusi-kerusi telah berada di posisi masing-masing, tak ada lagi baju seluar bersidaian atas kerusi, celah tingkap tu semua. Pinggan mangkuk gelas kuali semua telah di cuci. Tak ada lagi kerak-kerak tertinggal dalam peti ais. Botol-botol air semua penuh berisi. Dapur gas pulak licin dari sisa-sisa makanan dan minyak berlebihan. Baru aku perasan yang jubin bilik air tu berwarna putih sebenarnya, ingatkan memang warna kuning kecoklat-coklatan. Hmmm…. Betapa leganya punya housemate yang rajin dan pembersih macam dia.

Tapi hari ni kat office, aku pulak yang kena kemas bilik yang bersepah tu! Ada satu bilik kosong yang memang kotor giler, berselerak dengan buku-buku, kertas-kertas, fail-fail yang tak berguna. Bertimbun-timbun dalam bilik tu. Ada seorang bos baru nak masuk department ni dan dia akan guna bilik tu so kami (termasuk akulah tu) di kerah untuk mengemaskannya. Tapi benda-benda yang nampak macam tak berguna tu tidak pulak di kasi buang, sebaliknya kami kena susun elok-elok dalam kotak, then simpan dalam bilik stor. Kalau ikut aku, nak aje aku jual kertas-kertas tu kat recycle center, ada juga hasil. Berkotak-kotak jugalah nak kumpul segala junk things yang terdapat dalam tu. Aku ada ambil satu memo pad, lebih kurang macam memo pad jugalah benda tu, tapi besar. Lagi pun tak ada siapa nak guna memo pad tu lagi, aku ambil aje, boleh buat scrap paper. Lebih kurang tiga jam mengemas bilik tu, baru langsai semua. Tinggal nak suruh cleaner vacum carpet dan lap meja.

Friday, May 16, 2003

Kerja Hari Ini

Question of the day – Tak cuti ke hari ni?

Isykhhh…. Kalau dah nampak aku tercongok dalam office ni, maknanya tak cutilah tu. Lagi mahu tanya. Soalan-soalan bangang tak payah tanya hari ni kalau tak nak kena pelempang. Angin betul aku. Bos aku pun satu, baru petang ni dia nak approve cuti aku yang dah apply from last Friday lagi tu! Padahal dah nampak aku sejak pagi ke hulu ke hilir dalam office ni, maknanya aku tak cutilah tu hari ni. Terpaksa aku cancel balik application cuti untuk hari ni. Cancellation tu pun nak tunggu dia punya approve jugak tu! Nasib baik esok cuti balik, baru happy sikit : ))

Enjoy weekend you all!


Thursday, May 15, 2003

Hari Anda

Dalam minggu-minggu lepas banyak betul hari-hari istimewa yang di sambut tapi tak ada cuti kecuali dua hari yang berturut-turut kelmarin. Antaranya Hari Jururawat, Hari Emak, Hari Belia dan Hari Guru. Jika salah satu hari itu terkena pada anda, terimalah ucap salam dari saya. Bagi saya sendiri (aku ..err... saya guna ganti nama diri saya pula kali ini) hari yang kena-mengena dengan saya ialah Hari Belia. Saya kurang periksa dengan Hari Belia ni sebenarnya kecuali mendengar promo dalam tv tentang pencalonan Maznah Zulkifli (yang akhirnya bergelar Tokoh Belia) sempena hal-hal belia ni. Itu pun sebab minah ni pernah mengacara Muzik-Muzik dulu dan pernah berlakon iklan. Kalau tidak jangan harap saya akan perasan akan beliau. Masa tengah breakfast, kebetulan tv kat kedai tu tengah pasang TV1 yang siarkan perhimpunan belia dari stadium, saya pun tengoklah sambil suap roti canai. Memang ramai orang muda dan tua sama-sama menyanyi, bersorak, melambai-lambai untuk menyemarakkan lagi acara. Tapi yang muda tu lebih ramai yang jadi tukang meriahkan suasana saja, yang tua juga yang memeriahkan barisan pemimpinan.

Tuesday, May 13, 2003

Cuti Pasti Happy

Terasa macam nak raya pula public holiday sampai dua hari berturut-turut. Sampai aku boleh terfikir yang kat masjid mana aku nak solat Raya esok… hehe.. Dan yang pentingnya ia jatuh pada weekdays dan bukan salah satu hari cuti tu jatuh pada hari Sabtu. Office aku memang tidak akan menggantikan cuti umum yang terkena pada hari Sabtu dengan menutup operasi pada hari Jumaat. Tapi sesetengah syarikat memang ada yang baik hati begini. Contohnya company ExxonMobil. Tapi cuti lama-lama pun, aku nak buat apa?

Selamat Maulid-ur-Rasul kepada muslimin dan muslimat
Happy Wesak and Happy Holidays!

Monday, May 12, 2003

Survive ala Christy

Siapa entah pernah cakap dekat aku dulu yang orang pekak biasanya akan bisu sekaligus begitu juga kalau seseorang itu bisu dia juga akan menjadi pekak. Macam tu ke? Tak kan tak ada orang pekak yang tak bisu dan orang bisu yang tak pekak? Memang tak ada sebab nanti susahlah kalau ada sesiapa yang melazer orang bisu, macam mana dia nak membalas balik sebab dia tak dapat bercakap? I was like, huh?! Macam tu pulak alasannya. Aku dah tak ingat siapa yang cakap begitu dengan aku. Ada ke bukti-bukti saintifik untuk mengaitkan benda-benda macam ni? Tapi munasabah juga sebab susahlah bagi mereka yang hilang upaya mendengar atau bercakap ni hendak membidas atau mempertahankan diri mereka secara lisan normal apabila mereka di kritik atau di tuduh sesuatu.

Ketepikan bukti saintifik dulu, kerana kita ada Christy Smith, seorang cacat pendengaran yang berjaya survive di hutan Amazon hingga hampir ke penghujungnya! Memang Jenna menang sejuta dollar, tapi Christylah yang benar-benar survivor unggul kerana dia insan kurang upaya yang di campak di tengah-tengah hutan Amazon bersama-sama manusia normal lain yang tidak begitu prihatin dengan insan sepertinya. Dia cacat pendengaran tapi masih boleh bercakap walaupun dengan funny accent (menurut Matt) sekaligus menafikan dakwaan seseorang yang pernah menabur mitos padaku yang orang pekak tidak boleh berbicara. Tentulah orang yang hendak bercakap dengan Christy akan merasa skeptikal sama ada dia benar-benar boleh memahami apa yang mereka ingin sampaikan. Nasib baik dia memiliki kuasa meneliti gerak bibir untuk mengetahui apa sebenarnya yang si penutur cakap. Jadi tidak ada masalah untuk Christy berkomunikasi dengan peserta survivor yang lain asalkan dia dapat melihat bibir mereka yang bercakap itu. Pastikan juga suasana pada masa itu adalah terang. Sepatutnya dia setuju untuk berkomplot dengan Jenna dan Heidi dulu pada malam dia disingkirkan supaya geng perempuan dapat undi keluar Rob dan lepas tu satu-satu singkirkan Matt dan Butch. Sampaikan Jeff Probst pun tanya soalan yang sama dengan Christy dan meramal mungkin Christy yang akan menang duit itu kalau dulu dia terima pelawaan those two evil bitches. Tapi aku macam tak percaya aje bila Heidi jawab yang dia pun akan pilih Christy sebagai final two jika ditakdirkan persaingan selepas itu cuma tinggal bertiga sekali dengan Jenna. Dia kan best friend Jenna, mustahil dia nak ketepikan Jenna begitu mudah. Tak kan dia nak pilih Christy.

Tapi itu semua dah berakhir setelah pemenang sejuta dollar diketahui hari ini. Pada musim luruh ini Survivor akan kembali dan kali ini berkhemah di Pulau Mutiara, Panama pula. Kita tengok siapa agaknya yang (kalau ada) insan kurang upaya yang berani menyahut cabaran untuk bergelar Sole Survivor.

Sunday, May 11, 2003

Mistikus

Petang Ahad tengok Mistik kat TGV KLCC. Memang banyak menjerit aje filem tu, pelakon yang sibuk menjerit, penonton asyik tergelak-gelak! Kelakar juga filem ni, sesuai untuk di tonton bagi menghiburkan hati yang gundah. Yang tak bestnya, air-cond dalam panggung tu sejuk sangat, sejuk gilerr! Tak tahan aku. Nasib baik aku tak rasa sampai nak buang air. Kalau tak leceh nak minta izin keluar di celah-celah kaki lutut orang nak menuju ke aisle. Dahlah duduk kat middle seat. Penonton-penonton belakang mesti bengang punya sebab distracting mereka punya tontonan. Nanti bila nak masuk balik pun satu hal lagi. Terganggu lagi orang kat belakang yang tengah sedap-sedap menonton apabila kita terbongkok-bongkok lalu kat celah-celah barisan kaki orang nak cari tempat duduk kita semula. Sungguh kurang menyenangkan. Tapi kita pun tak tahu bila masanya “mother nature“ nak panggil kita bukan? Pernah sekali masa aku tengok filem Lord of the Rings – The Fellowship of the Ring tiba-tiba di tengah tayangan filem yang panjang itu aku rasa nak terkencing. Dah tak tahan sangat ni. Masa tu memang aku duduk kat barisan tengah dengan kawan aku. Sebab aku sendiri tak berapa suka tengok orang keluar masuk barisan masa tengah menonton, habis tak kan aku nak buat perkara yang sama? Pedulikanlah, lagi pun aku dah nak terkucil ni, tambahan pula tak elok untuk kesihatan kalau tahan kencing. Dengan rasa malu-malu kambing aku pun menyusup keluar sambil bongkok-bongkokkan sikit badan ni, sampai terlanggar kepala lutut orang nak bergegas keluar cari tandas. Sesudah proses di tandas, aku pun masuk dalam panggung balik. Tapi sebab aku memang tidak mahu mengganggu penonton yang sedang asyik menyaksikan Frodo dan kawan-kawannya di layar lebar itu, aku pun duduk kat kerusi belakang. Of course aku tanya dulu dekat orang yang duduk di kerusi sebelahnya sama ada kerusi kosong itu benar-benar kosong. Manalah tahu kalau-kalau tuan punya kerusi itu pun pergi ke jamban macam aku tadi. Aku pun duduk di kerusi itu dengan selesa hingga tayangan langsai. Of course kawan aku yang sama-sama menonton tu rasa pelik sebab aku tak masuk balik panggung lepas tu. Padahal aku duduk kat kerusi belakang.

Wednesday, May 07, 2003

Penguat(tak)kuasa

Aku tak sangka yang ada officemate aku seorang ni pun suka beli movie macam aku. Nanti bolehlah pinjam dari dia. Tadi masa lunch hour dia pergi kedai yang biasa dia beli tu sebab nak tukar dvd lain pasal ada rosak something, tiba-tiba taukey kedai tu suruh dia datang petang-petang sikit pasal ada penguatkuasa tengah buat rush masa tu. Aikk… macam tahu-tahu aje ada operasi sempat pulak taukey tu sorok semua dvd/vcd/cd illegal yang ada. Bila operasi dah habis aje, dah boleh display balik benda-benda illegal tu semua. Sambung berniaga seperti biasa, seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku sebentar tadi. Hasilnya operasi tu jadi macam buat cukup syarat aje. Asalkan orang ramai ada nampak bahawa pihak berkenaan memang menjalankan tugas mereka. Tapi selama ini pun aku dah banyak kali terdengar yang penguatkuasaan dijalankan dengan tidak bersungguh-sungguh. Penjual illegal boleh tahu bila operasi dijalankan, sempat pula sembunyikan barang-barang illegal dan bila operasi langsai, barang-barang illegal di pamer semula. Ia cuma menjadi bahan sendaan orang yang boleh merendahkan kredibiliti pihak terbabit. Bukannya mereka tak tahu kedai mana yang jual dvd/vcd/cd illegal tu. Tapi aku tak boleh komplen banyak. Kalau mereka semua ni tak ada, kat mana aku nak beli movie murah dan tak bertapis macam yang mereka jual tu? Walaupun boleh download dari internet tapi aku tak ada komputer dan access internet sendiri. Beli aje senang. Cuma kalau BETUL-BETUL memang tidak ada lagi dvd/vcd/cd illegal di jual, baru aku akan beli komputer sendiri, masukkan internet dan download sendiri. Dan sudah tentulah untuk hiburan sendiri saja. Aku tak akan jual pulak nak kaut untung dari benda-benda tu semua. Selama ni pun aku beli pasal ada di jual, bukannya aku yang minta memujuk rayu supaya ada orang yang akan jual benda-benda macam ni. Bagi aku apabila sesuatu filem yang aku minat nak tengok tu kalau tak ada langsung di jual legal/illegal, setakat baca transkrip dan sinopsis filem tu dari internet pun dah memadai.

Monday, May 05, 2003

Gigitan Puaka

Last week tengok filem Darkness Falls. Tak tahulah apa yang aku boleh harapkan dari filem ni, dengan pelakon-pelakon yang tak terkenal, jalan cerita yang aku dah baca spoiler dia – tapi aku tengok ajelah sebab dah beli. Memang tak menakutkan sangat filem ni, tapi kalau budak-budak yang tengok mungkin seram juga. Yang seramnya pasal mekap hantu Matilda tu agak ngeri dan hodoh, sesuailah untuk rasa seram-seram sikit. Tapi orang putih ni macam-macam idea mereka ya, pasal gigi pun boleh dimomokkan. Tapi mitos dalam bangsa Melayu pun ada juga yang berkaitan dengan gigi ni. Kalau kita mimpi gigi kita tertanggal bermakna adalah tu saudara-mara kita yang akan menjadi arwah. Seram juga tu kan? Filem ni ceritanya lebih kurang pasal Fairy Tooth yang akan menghadiahkan kanak-kanak duit emas setiap kali mereka memberinya sebatang gigi susu terakhir yang tercabut. Nak dijadikan cerita, suatu hari Fairy Tooth yang bernama Matilda ni mengalami kecacatan muka akibat kebakaran yang melanda rumahnya. Sebab nak cover bahagian yang cacat tu, dia pakai porcelain face mask yang sekali imbas nampak macam topeng pembunuh bernama Micheal Myers dalam siri-siri filem Halloween. Cuma Micheal Myers tak pakai jubah koyak rabak macam yang Matilda pakai ni. Dia pakai jump-suit. Dan aku lebih rasa seram bila tengok Micheal Myers dalam Halloween tu. Tapi jangan pulak anda pakai face mask macam tu di khalayak ramai walaupun sebagai perlindungan dari wabak SARS, walaupun anda full of sense of humour.

Wednesday, April 30, 2003

May Day

Esok cuti Hari Pekerja. Dulu aku pelik juga kenapa bercuti pulak pada “Hari Pekerja”, kenapa tak kerja? Patutnya di panggil “Hari Bercuti”. Oleh kerana tidak semua pekerja dapat bercuti pada hari itu, kita tambah “Hari Bercuti Yang Istimewa”. Tak payah letak perkataan “Pekerja” di sini sebab it’ll confusing. Memang sesetengah pekerja kena bekerja pada hari tersebut. Ia tidak dapat untuk di elak terutama jika mereka berkhidmat dalam service industry atau pun pekerja shift. Mereka inilah sebenarnya menepati konsep “Hari Pekerja” ini. Bayangkan kalau mereka semua ini juga ingin bercuti pada 1 May. Semua doctor, pilot, pembaca berita, juruwang supermarket, cleaner, waiter – semua ingin balik duduk rumah atau pergi jalan-jalan. Okey, duduk rumah fine, tapi pergi jalan-jalan? Kalau tak ada kereta sendiri, macam mana nak naik public transport sebab driver bus pun bercuti? Kalau ada kereta pun, tiba-tiba minyak tak ada, nak pam minyak pun tak boleh pasal stesyen minyak tutup kerana tuan punya stesyen petrol pun ingin bercuti juga – balik duduk rumah atau pergi jalan-jalan. Okey, duduk rumah fine, tapi pergi jalan-jalan? Arghhh…. very complicated! It back to square one. Tak dapat kita nak mencapai cuti “Hari Pekerja” yang ideal nampaknya. Pasal ada yang kena kerja dan ada yang boleh bercuti.

Happy First May everyone!

Tuesday, April 29, 2003

Mandi Air Perigi

Tahukah anda bahawa tahun ini telah diisytiharkan sebagai International Year of Freshwater 2003 atau dalam bahasa kebangsaan di panggil Tahun Air Bersih Antarabangsa? Mesti ramai yang tak tahu atau mesti ramai yang ignore saja benda-benda macam ni. Padahal benda air inilah yang paling asas untuk kita meneruskan hidup. Kalau ada sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut pasal Tahun Air ini, bolehlah melayari laman web yang berkaitan. Aku malas nak sukarela memberi maklumat di sini. Memang susah tak ada air – lebih-lebih lagi air bersih. Memang biasa kita dengar orang bercakap biar tak ada letrik, jangan tak ada air. Tambahan pula duduk di KL kalau kena waktu keputusan bekalan air, memang menyeksakan. Tapi di kampung, kalau air paip tak ada, kita boleh guna air telaga.

Semasa bersekolah asrama dulu, selalu juga asrama kami keputusan bekalan air. Tak tahulah kenapa. Sama ada area tu benar-benar have some water difficulties atau pihak sekolah saja suka-suka cut-off water supply nak menyeksa budak-budak. Patutlah kat tepi asrama dulu memang dah disediakan perigi. Macam tau-tau bekalan air wajib akan terputus punya. Ada sekali tu air perigi dah hampir nak kering, budak-budak ramai lagi yang tunggu nak mandi, macam mana aku nak buat ni. Aku pun ajak seorang kawan aku ni pergi mandi kat rumah orang kampung belakang asrama tu! Aku pun was-was juga, nak ke diorang bagi kami mandi kat rumah diorang nanti? Tanya aje lah. There’s no harm in asking, right.

Petang tu dekat-dekat nak maghrib, kami pun panjat pagar belakang asrama. Nampaklah ada sekumpulan makcik dan pakcik tengah duduk bersembang atas tangga. Aku pun tanyalah diorang, “Boleh tak kami menumpang mandi kat rumah makcik? Kat asrama tak ada airlah mak cik, bolehlah…pleaseee..”

Tanpa banyak soal makcik tu pun jawab, ”Pergilah mandi kat perigi belakang tu.”

Haa…. Mandi perigi juga? Tak kisahlah tu asalkan aku tak kena berdikit-dikit mandi air telaga kat asrama yang dah cetek tu. Perigi kat rumah makcik ni memang banyak air dan tak berapa dalam macam kat asrama. Kami pun mandi sepuas-puas hati. Kawan aku cakap yang kita patut bagi duit kat mak cik yang baik hati ni. Kita dah banyak guna air dia ni. Mula-mula aku tak nak, tak payahlah bayar, bukan kita guna air paip dia.

“Apa salahnya kita bagi duit, nanti bila-bila kita nak tumpang mandi tak adalah segan sangat nak mandi sebab kita bayar, bukan kita mandi free,” jawab kawanku.

Mmm...betul juga, okeylah. Kami decide nak bagi dia RM5. Tengah sedap-sedap mandi tu tiba-tiba tali timba yang kawanku tarik tu putus! Rats. Alamak, macam mana nak buat ni? Kami dah saling pandang-memandang dengan risau. Tak pasal-pasal mengamuk pulak mak cik tu nanti.

“Kita bayar dia RM10,” kata kawanku.

Lepas tu kami cepat-cepat sudahkan proses mandi-manda kami ni menggunakan tali timba yang aku pakai. Nasib baik yang aku pakai tu tak putus. Kami bergilir-gilirlah guna. Dah siap-siap pakai baju, sikat rambut semua – kami pun jumpa balik dengan mak cik tu yang masih duduk kat tangga depan. Dengan rasa tersipu-sipu aku cakap yang salah satu tali timba tu dah putus.

“Tapi mak cik jangan risau, ni kami bayar balik kat mak cik,“ jelas kawanku sambil mengeluarkan dompetnya. Mak cik tu nampak macam bengang sikit tapi dia tak nak terima duit kami tu.

“Tak payahlah susah-susah, perkara kecil aje tu,“ jawab mak cik yang baik hati itu. Puas kami mendesak dia suruh ambil duit tu, dia tetap tak nak. Dan yang membuatkan kami lebih-lebih rasa bersalah bila dia cakap yang minggu sebelum tu pun ada tali timbanya terputus dan tenggelam dalam perigi juga. Tapi mak cik tu tetap tak mahu terima duit kami yang tak seberapa tu. Kalau macam tu tak apalah, terima kasih ya mak cik sebab bagi kami mandi kat sini. Lepas tu kami dah tak datang ke kampung belakang asrama tu lagi. Dah malu sangat dengan mak cik tu. Kami pakat-pakat mandi aje kat perigi asrama tu, tak ada nak mengada-ngada mandi kat rumah orang lagi.

Monday, April 28, 2003

Siapa Namanya? Hmmm...

Last weekend duduk-duduk saja di rumah, tak keluar pergi mana-mana. Pagi Sabtu, aku keluar breakfast at regular food court, makan mihun sambil baca suratkhabar. Kalau anda malas nak beli paper atau nak berjimat dari beli paper, pilihlah kedai makan yang ada provide newspaper. Sambil menyumbat makanan, bolehlah anda baca-baca sikit. Tengah aku sedap-sedap melantak, tiba-tiba bahuku di tepuk orang. Eh, laaa… kawan aku rupanya, dia datang dengan anaknya. Dah besar rupanya budak ni. Sementara dia nak menunggu roti canainya siap, dia tanya itu ini dengan aku, aku pula agak surprise terjumpa dia kat situ. Yalah rumah dia agak jauh di Sentul, semata-mata datang sini untuk makan pagi, macam tak logic aje. Menurutnya dia memang suka tukar-tukar tempat makan macam ni, saja nak beralih selera. Tapi dia tak makan kat situ, sebaliknya dia tapau saja. Aku yang masa tu dah habis makan mihun - aku ambil pula sepiring kuih yang aku tak tahu nama kuih tu. Aku borak-borak dengannya sambil aku cuba skill aku layan budak. Kuih yang aku tak tahu nama tapi sedap tu, aku suapkan ke mulut anak dia. Baik pula dia makan, senang layan budak yang tak banyak kerenah. Sambil suap kuih, aku bagi dia minum air teh yang masih berbaki. Bapaknya pun turut merasa kuih tu. Lebih kurang setengah jam kami berborak dan makan, dia pun beransur. Aku pun say bye-bye. Rasa macam bersalah pula sebab sepanjang melayan anak dia tadi, aku puas cuba recall nama anak dia. Apa ke nama budak ni, Amir? Amin? Aku rasa bukan – tapi nama dia dekat-dekat macam nama tu. Nak tanya bapaknya malu pula. Last-last aku try layan budak tu tanpa memerlukan aku memanggil namanya. Actually nama kawan aku tu pun aku tak tahu… kihkihkih… apa punya kawan aku ni. Tak apa, nanti aku try tanya sesiapa kawan aku yang tahu nama kawan aku yang ini.

Friday, April 25, 2003

Gym Depan Vcd

Masa nak balik rumah semalam, rasa berdebar-debar juga, manalah tahu kalau-kalau kena lock sebab tak bayar cukai pintu. Alhamdullillah, pintu tak kena lock, rumah tak kena sita – terima kasih pada tuan rumah yang sudi melunaskan cukai tertunggak tu. Malam tadi sebab aku dah tengok Antz dan dah beli pun vcd filem animasi ni, aku pun buka vcd One Hour Photo lakonan Robin Williams. Keseluruhan filem ni agak memuaskan cuma tidak dinyatakan kenapa Robin menjadi manusia depressing dan lonely. Mungkin dia berasal dari broken family atau masa kecil dia alami child abuse from his family member. Tadi my officemates yang survey another fitness center petang semalam complaint pasal staff di situ yang unfriendly. Macam berlagak sikit membuatkan mereka rasa meluat. Walaupun area bersenam di situ lebih luas dan facilities yang lebih baik tapi sebab mereka tak berkenan dengan perangai staffnya lebih baik lupakan. Jadi mereka will go ahead dengan gym di hotel yang kami survey tengahari tu. Tapi aku memang tak kan mendaftar sebagai ahli, yuran bulanannya mahal sikit, aku tak mampu rasanya. Tapi complimentary voucher tu memang aku akan guna.

Thursday, April 24, 2003

Jom, Survey Gym!

Lepas lunch tadi, aku ingatkan officemates aku nak terus balik ke office tapi kami melencong pula masuk ke sebuah hotel. Ahha…. Masuk hotel bukan nak check-in bilik dan buat aksi-aksi pramugara yang melampau, tapi hendak survey fitness center dalam hotel tersebut. Itulah pertama kali aku masuk gym dan rasa canggung pula. Ramai juga orang bersenam waktu-waktu tengahari macam tu. Ada seorang gym instructur yang entertain kami, showing all the facilities yang terdapat di dalamnya. Segala peralatan yang biasa kita nampak dan equipment yang sesuai untuk sebuah fitness center memang terdapat di situ. Someone please help me with the gymnasium jargon here! Aku tak tahu nama benda-benda tu semua, yang aku tahu alat berjalan kaki tu threadmill namanya kot? Nampaknya kena refer internet untuk Gym for the Beginners atau Gym for Dummies kalau ada. Aku manalah faham benda-benda ni semua, dasar malas bersenam. Bersukan jauh sekali. Even main video game pun aku tak suka. Kemudian instructor tersebut, Prakash aku rasa namanya, tunjukkan locker room, jacuzi dan sauna. Lepas tu Prakash shows us swimming pool yang terletak di tingkat berapa entah. Penat pulak panjat tangga tinggi-tinggi macam tu. Semua dah termengah-mengah. Itu baru naik tangga, belum buat work-out dekat gym lagi tu. Tak ada pula orang berjemur atau mandi-mandi masa ni…hehhe….. Setelah puas meninjau-ninjau semua tempat tu, kami masuk semula ke dalam hotel. Sebelum balik Prakash dengan baik hatinya telah bagi complimentary voucher untuk kami try guna gym tersebut sebelum kami betul-betul memutuskan untuk mendaftar sebagai ahli. Thanks Prakash. Lepas balik pejabat, my officemate complaint yang tempat tu terlalu kecil rasa macam cramp, tak selesa untuk bergerak bebas apabila bersenam nanti. Then, after office hour they decide to check-out other fitness center at the another nearest hotel. Tapi aku tak ikut, aku nak balik cepat lagipun macam nak hujan.

Wednesday, April 23, 2003

Noodle-do

Biasa aku makan nasi masa lunch tapi tadi berubah selera kita makan mee pula. Aku makan black mushroom noodle, officemate aku pun order mee yang sama. Tak sangka sedap juga mee tu. Kalau sesiapa yang teringin makan cendawan tapi takut nak cuba, eloklah mulakan dengan black mushroom dulu. Rasanya pelik tapi lazat. Ada sedikit rasa macam daging yang liat. Mereka yang baru convert pada vegetarian, kalau rindu nak makan daging sebenar, bolehlah ganti dengan cendawan ni. Dulu aku pernah sekali makan nasi goreng kat restoran ni tapi tak sedap pun. Lepas tu terus tak datang-datang dah. Lepas ni boleh datang lagi nak rasa mee yang lain pula. Kalau tidak waktu tengahari boring asyik nak mengadap nasi aje. Nasi dan lauk mana-mana kedai pun lebih kurang sama. Hendak cari kedai jual mee punyalah susah. Aku fikir, makan mee adalah paling ringkas. Tak payah nak pening-pening kepala fikir pasal lauk-pauk. Ada ruangan food review yang aku baca dalam The Star mengulas pasal satu gerai jual mee waktu tengahari di Bukit Bintang. Nampak menyelerakan betul. Tapi tak tergamak pula aku nak makan kat situ. Cuma kedai yang jual mee dalam Hawkers di Lot 10 tu, aku boleh makan. Mungkin sebab persekitarannya bersih dan tidak mewas-waskan aku.

Tuesday, April 22, 2003

Sita Dewi

Semalam kawan aku yang nak kahwin tak lama lagi sms aku tanya petua-petua untuk bakal pengantin. Petua? Untuk malam pertamalah tu. Haihh… macamlah aku pandai sangat benda-benda macam ni. Ada satu lagi berita yang dia sampaikan, katanya Zachary dah duduk seorang kat flat dia. Housematenya dah pindah. Aha..bolehlah aku tumpang rumah Zachary nanti kalau-kalau rumah yang kami sewa sekarang ni kena sita esok lusa! Mula-mula aku tak faham macam mana pihak-pihak berkenaan boleh menyita rumah sewa kami ni. Menurut Iwan mereka akan rampas barang-barang dalam rumah kami tu. Tapi sebab tak pasti, Iwan tanya pula jiran sebelah. Bukan mereka rampas barang tapi mereka akan lock pintu rumah kita tak bagi sesiapa masuk. Cara ni nampak lebih logic. Kalau ada banyak sangat rumah nak di sita nanti banyak pula barang nak di rampas, kat mana pula nak simpan barang yang berlonggok-longgok tu? Tentu bagi anda yang curious di luar sana tertanya-tanya, kenapa rumah kami nak di sita? Sebabnya tuan rumah kami ni tak bayar cukai pintu. Kebetulan Iwan ada di rumah pagi tu bila pihat tersebut serahkan surat amarannya. Minggu lepas aku dan Iwan pergi menziarah rumah tuan rumah di Ulu Klang untuk mengkhabarkan berita ini. Puas aku cuba call handphone-nya tapi asyik suruh masuk mesin pesanan aje. Petang Ahad tu kami pun cari rumahnya berpandukan alamat yang pernah diberinya sebelum ini. Melilau jugalah pusing-pusing nak cari kawasan tu, nasib baik jumpa. Sesudah bertanya khabar berbasa-basi, kami pun beritahu hal sebenar. Tuan rumah nampak cool aje. Menurut mereka, dalam minggu ni mereka akan settlekan hal tersebut. Memang mereka kena jelaskan amount yang tertunggak tu minggu ni, kalau tidak hari Khamis nanti memang kami tak dapat masuk rumahlah jawabnya Handphone tu sebenarnya dah rosak pasal anak-anak mereka jatuhkan, patutlah tak dapat bila kami call. Tuan rumah menjamu kami dengan jus tembikai dengan kuey teow goreng sebelum kami blah. Tapi aku kena call Zachary juga, in-case ada sesuatu yang tidak di duga. Kita mesti ada back-up plan.

Monday, April 21, 2003

...dan demi pintuku buka, di hadapanku seorang wanita...

Masa aku tengah tengok Each Other semalam, tiba-tiba terdengar pintu depan di ketuk. Ingatkan salah dengar. Entah-entah pintu rumah orang lain kot. Tapi ketukan masih kedengaran bertalu-talu. “Siapa pula yang datang maghrib-maghrib ni,“ getus hati kecilku. Tak kan salesman datang jual barang waktu-waktu macam ni. Mungkin orang tabligh datang nak ajak kami solat berjemaah di surau? Dalam tertanya-tanya macam tu, pintu pun ku buka. Ada seorang perempuan dewasa berdiri di muka pintu sambil tersipu-sipu bertanyaku, “Sini ada bilik kosong tak?” Hah, bila masa pulak aku ada iklankan bilik kosong ni? Terus aku jawab tak ada. Perempuan yang mukanya ala Indonesia tu nampak macam kecewa sikit. “Tak ada?” dia bertanya lagi mungkin tak berapa jelas atau mungkin dia expect aku akan tukar jawapanku menjadi, ada. “Tak ada,” aku menjawab sambil menggelengkan kepala sambil tersenyum polite. Aku rasa perempuan tu main gamble aje ketuk-ketuk pintu rumah orang tanya pasal bilik kosong. Patutnya carilah kat 7-Eleven atau beli Malay Mail ke. Tapi aku tak sempat nak suggest macam tu pasal aku tak terfikir pula masa tu. Lagipun kan dah maghrib, tak manis pula aku bersembang depan pintu macam tu dengan perempuan. Dah lah aku tak solat berjemaah di surau.

Thursday, April 17, 2003

Game of War

Seseorang telah forward e-mail tentang perkembangan terbaru di Iraq. Ya, aku pun dah “lupa“ nak berkongsi pendapat tentang perang ini apatah lagi sejak banyak tersiar foto-foto rakyat Iraq yang bersuka-ria, cium tangan tentera dan galak menyamun. Semua nampak happy berpesta seolah-olah mereka telah menang sesuatu di sini. Menang? Perang seharusnya ada kalah dan menang bukan. Dan nampaknya mereka telah menang dalam perang menentang pencerobohan oleh tentera Amerika, Britain dan sesiapa saja yang bersekutu itu. Wait the minute? Kalau mereka menang kenapa pula Saddam tidak lagi berkuasa? Macam mana tentera-tentera barat itu masih boleh berkeliaran? Mengapa mereka tumbangkan patung Saddam (aku tak tahu pula yang ada patung Saddam – besar pulak tu – ikut saiz Saddam agaknya) yang gagah berdiri itu? Bukankah mereka selama ini menentang tentera barat yang menceroboh? Kalau begitu, Iraq kalahlah ya? Kalau kalah kenapa happy? Kenapa cium tangan? Kita semua di sini bukan main lagi buat solat hajat, berdoa, berhimpun secara aman dan bersedekah untuk rakyat Iraq yang diperangi oleh tentera penceroboh. Kita semua tidak rela melihat mereka di bom, di tembak lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak dan wanita. Tapi sekarang keadaan menjadi pelik dan keliru. Kini yang banyak terpapar ialah imej-imej ceria (termasuklah unsur-unsur keganasan masih ada) yang keluar seolah-olah apa yang berlaku sebelum ini hanyalah penggambaran filem yang yang di tokok dengan kesan khas CGI dan stuntmen. Someone please clear up the air.

Well, confuse no more bila aku baca e-mail di bawah. Tapi aku tak pasti pula kenapa Saddam menindas kaum Kurdish dulu. Itu kena rujuk buku sejarah Iraq. Apa pun aku menentang sebarang penindasan atau penganiyaan terhadap sesama manusia. Aku juga cuba buka website COMES tapi gagal diperolehi. Apa benda COMES ni pun aku tak tahu.

Subject: Fwd: Perkembangan Terakhir Perang Iraq; Cerita Dari dalam



> 14/42003 - Seorang wartawan COMES Malaysia telah mengadakan temuramah
> dengan salah seorang rakyat Iraq dari Basra yang kini menetap di PJ,
> Selangor, berikut adalah hasil daripada temuramah tersebut :-
>
> 1) Mengapakah orang2 Baghdad bersuka ria dan meraikan kedatangan tentera
> bersekutu serta menyamun
>
> Jawapan :-
>
> i- Adakah benar mereka ini orang-orang Baghdad, menurut rakan saya, mereka
> ini merupakan pengikut-pengikut Baqir Hakim, ulama Syiah yang
> bertanggungjawab menyerang tentera-tentera Iraq dan juga pejuang-pejuang
> Iraq dari belakang sewaktu mereka sibuk berperang dengan tentera-tentera
> bersekutu. Kecekalan rakyat Iraq dan tentera-tenteranya telah dapat
> melihatkan kepada kita bagaimana utuhnya mereka mempertahankan Umm Qasr,
> Nasiriyyah, Najaf, Karbala dan malah al-Faw, bandar pelabuhan yang didiami
> hanya oleh ratusan manusia sahaja. Sayangnya bila Baqir Hakim berserta
> orang-orangnya masuk semula ke Iraq setelah dahulunya mereka hidup dalam
> buangan di Iran (bilangan mereka mencapai ratusan ribu) dan juga 'maker'
> yang dilancarkan oleh tentera Badarnya, rakyat Iraq akhirnya ditikam dari
> belakang dan tentera bersekutu masuk dengan mudahnya.
>
> ii- Siapakah mereka ?
>
> Mereka adalah golongan Syiah dari Selatan Iraq yang ditindas sejak sekian
> lama di bawah rejim Saddam seperti kaum Kurdish. Sebuah perkampungan mereka
> pernah dimusnahkan oleh Saddam. Bagi yang lari meninggalkan kampung halaman
> harta benda mereka dirampas Saddam dan dijadikan milik negara. Mereka
> berhijrah beramai-ramai ke Iran. Sebab itulah lewat peperangan Iran-Iraq
> mereka telah menyerah diri kepada Iran dan menetap di sana, dan malah ada
> di antara mereka yg telah mengkhianati tentera-tentera Iraq pada masa
> tersebut.
>
> Mengapa mereka suka dan berpesta ?semua telah terjawab.
>
> Mengapa pula mereka menyamun ?, Jawapannya mudah, mereka mengatakan harta
> benda di Baghdad adalah harta benda mereka yang telah dirampas dulunya oleh
> Saddam. Jadi inilah masa untuk mengambil semula harta benda mereka.
>
> Sejauhmana kebenaran dakwaan ini ?
>
>      1- Kirakan berapa ramai gambar orang yang berpesta meraikan kejatuhan
>      patung-patung Saddam di Baghdad ?, Tidak ramai , sedangkan rakyat Iraq
>      ramai. Kemana perginya mereka ? di Umm Qasr pertempuran masih berlaku,
>      di Tikrit, di Najaf dan di sesetengah-setengah tempat yang lain.
>
>      2- Mengapa hanya di Baghdad dan Kirkuk sahaja yang berlaku samun
>      menyamun, mengapa tidak di bandar-bandar lain, malah di tempat-tempat
>      lain, rakyat hidup seperti biasa. Ini kerana, di Kirkuk majoriti
>      rakyatnya adalah Kurdish yang pernah menerima nasib seperti syiah,
>      jadi mereka mengambil semula apa yang kononnya menjadi milik mereka.
>
> 2) Ke manakah Saddam dan tentera-tenteranya?
>
> Menurut rakan saya yang berbangsa Iraq, beliau telah ditahan oleh
> tentera-tentera AS sejak kejatuhan Baghdad. Itulah sebabnya al-Douri mantan
> wakil Iraq ke PBB, bila ditanya kenapa dia letak jawatan, katanya : "The
> Game is over!" Bila ditanya tentang Saddam, dia kata : "You ask the
> Americans, they know it"?
>
> Tetapi mengapa mereka tidak isytiharkan kemenangan dan menangkap Saddam dan
> masukkan dalam media ?
>
> Jika mereka melakukan demikian, hayat tentera AS di Iraq akan menjadi lebih
> pendek dan mereka akan segera meninggalkan Iraq, tetapi jika mereka
> mendiamkannya mereka akan punya alasan untuk tinggal lebih lama dan
> mengatakan mereka masih lagi memburu Saddam sepertimana mereka membiarkan
> Usamah dan Mullah Umar di Afghanistan menyembunyikan diri agar mereka dapat
> tinggal lama di Afghan.
>
> Apakah helah mereka?, Makin lama mereka berada di sana makin banyak agenda
> mereka yang boleh dilaksanakan dan ianya alasan untuk mencampuri urusan
> dalaman Iraq, dan mereka akan minta 'payback' untuk khidmat mereka yang
> panjang.
>
> 3) Bagaimanakah moral rakyat Iraq sekarang ini
>
> Melalui media dan juga apa yang berlaku, AS dan syaitan-syaitannya inginkan
> agar dunia tidak lagi menyokong Iraq, mereka 'barbarian', jahat,
> 'uncivilized', jadi apa yang kami lakukan mempunyai alasan yang kukuh!
> Mereka mesti diajar, dan hanya Amerika sahaja yang tahu bagaimana berurusan
> dengan mereka.
>
> Dunia yang telah menyaksikan slot-slot filem yang sikit itu pun akan
> berkata : "Betui kata depa no?"
>
> Hatta di kalangan orang Islam sendiri. Malah sudah mula ada orang-orang
> Islam yang mengatakan : "Padan muka depa!"?Betapa berjayanya propaganda
> mereka melalui media.
>
> Namun bagi rakyat Iraq, kata rakan saya, "Kami punya tanah air, kami punya
> negara dan kami punya maruah?Saddam bukannya Iraq, dan Iraq bukannya
> Saddam, dan kami akan teruskan perjuangan?dan AS akan menyesali
> permainannya ini,,,Insya Allah"
>
> Hasil temuramah dengan Maad Mohammad , seorang pensyarah Bahasa Arab di
> pusat Martik UIA semalam, 13/4/2003 di PJ, oleh Wartawan COMES Maszlee
> Malik.


Wednesday, April 16, 2003

Kita Minum Dulu!

Setelah sekian lama menyepi aku pun sms kawan aku Rule yang kat JB tu malam tadi. Entah apa khabar mamat ni. Hari tu Jee ada e-mail aku beritahu yang Rule dah pindah dari Larkin. Sekarang dia duduk kat Pasir Gudang. Dia balas sms aku kata yang dia akan call aku hari ni. Tadi aku baru lepas sembang-sembang dengan dia. Di Pasir Gudang tu dia tinggal serumah dengan seorang kawan masa belajar dulu termasuk ada budak-budak lain yang dia tak kenal. Kali ni memang duduk menyewa dalam rumah yang benar-benar rumah dan bukannya bilik seperti di Larkin. Elok juga dia pindah pasal bilik sewa lama dulu kan penuh dengan pijat-pijat. Memang tak boleh tidur dibuatnya. Rule cakap masa sebelum pindah tu, dia try juga tidur kat bilik budak-budak lain, manalah tahu kot-kot bebas dari jangkitan pepijat ni. Tapi bilik diorang pun sama aje, binatang tu dah merebak ke seluruh rumah tu dah agaknya. Last-last pindah terus, lagi senang. Tapi di rumah Pasir Gudang ni ada masalah lain pula yang berlaku. Housemates kawan dia ni suka minum arak. Kalau aku, aku memang tak selesa nak serumah dengan housemate yang minum-minum ni. Kalau dia nak minum juga, suruh dia berambus dari rumah tu. Tapi menurut Rule, so far dia okey aje duduk situ walaupun dalam fridge sebelah-menyebelah ada carlsberg, ada coke, ada jolly shandy, ada kicap kipas udang dan makanan-makanan. Nanti tak pasal-pasal terminum jolly shandy pulak. Dah lah tin dia cantik. Macam minuman berkarbonat biasa.

Monday, April 14, 2003

Apa yang Aku Buat Last Weekend?

1. Aku tak keluar ke Mydin malah tak keluar ke mana-mana pun last weekend sebab M.A.L.A.S. Nasib baik aku tak keluar sebab petang tu hujan lebat. Dari aku terperangkap dalam hujan di KL baiklah aku tidur-tidur kat rumah.

2. Petang Sabtu kat TV1 ada rancangan Drive! tentang pemotoran. Ada satu kereta futuristic yang praktikal dan mesra alam dibangunkan oleh GM. Kereta ni guna kuasa elektrik. Melihat pada kereta macam ni mengingatkan aku pada salah satu episod dalam siri The Lone Gunmen yang menyiasat tentang misteri kehilangan sebuah kereta yang menggunakan air sebagai bahan api. Ciptaan kereta sebegini memang menjadi ancaman kepada syarikat-syarikat petroleum. Kalau kita cuma perlu ada air atau elektrik saja untuk menghidupkan kereta, siapa yang perlukan minyak lagi?

3. Aku tengok vcd Baran. Ia juga sedang di tayang kat GSC MidValley International Screen dan anda boleh tonton di situ kalau anda kaya atau anda rasa bersalah bersengkongkol dengan lanun pencetak rompak. Setakat ini baru satu filem aku tengok di sana, filem Jepun bertajuk Welcome Back Mr. McDonalds. Filem ni kelakar dan memang berbaloi dengan harga tiketnya RM12. Baran was reviewed in paper The Star last Saturday. Ia mengisahkan bagaimana orang Afghan yang lari dari negara mereka kerana perang ingin meneruskan hidup di tempat orang, maksudnya di Iran. Filem ini secara kasar bertemakan cinta – tapi bukan cinta biasa! Ia lebih sukar dinyatakan, kerana tiada sebarang lafaz sebagai petanda. Sebaliknya hanya gerak-geri, imbas pandang dan kesungguhan yang menjadi kalimah-kalimah cinta. Pergi cepat tengok filem ini kalau anda mengaku suka filem cinta dan apa salahnya anda beralih sekejap dari filem cinta semi-erotik yang selalu di tayangkan di tv atau panggung wayang yang lazim itu.

4. Hari Ahad aku tonton filem Insomnia lakonan tiga pemenang Anugerah Academy – Al Pacino, Hillary Swank dan Robin Williams. Filem ni banyak bergantung pada pemandangan indah kawasan gunung ganang bersalji, tasik yang membiru dan hutan pokok pain di Alaska. Tapi shooting sebenar di buat di Kanada. Kejadian dalam filem ini di gambarkan semasa Alaska mengalami empat bulan matahari menyinar sepanjang tahun. Jadi malam anda tetap terang benderang walaupun jam menunjukkan tengah malam. Al Pacino sebagai pegawai polis dari LA tidak biasa dengan keadaan itu membuatkan dia susah untuk tidur – hence Insomnia. Geddit? Bukan itu saja, malah dia acap terbayang-bayang kejadian dia tertembak (atau sengaja tembak) rakan setugasnya semasa memburu penjenayah di kawasan kabus tebal. Filem ini di angkat dari sebuah filem Norway dengan judul sama yang dihasilkan pada tahun 1997.

Friday, April 11, 2003

Me, Myself and Mydin

Kawan aku tiba-tiba tanya sama ada aku pernah pergi ke Mydin masa kami sedang lunch tadi. Mydin? Ya, pernah juga – empat tahun lepas lebih kurang. Itupun aku tak ingat aku beli apa. Lepas tu aku rasa aku tak pernah singgah lagi ke situ. Atau mungkin aku pernah datang lagi ke Mydin selepas itu cuma aku tak beli apa-apa. Tak ingatlah. Lagipun apa aku nak beli di Mydin? Aku dah lupa pasal tempat membeli-belah yang satu ini. Cuma yang famous tentangnya ialah harga barang-barang jualannya yang memang murah hingga tak masuk akal. Terkini aku dengar yang Mydin sudah mengambil-alih Sinar Kota yang dulunya menjadi tempat Metrojaya. Ia juga banyak cawangan di serata Malaysia. Kawan aku kata dia pun jarang ke sana cuma semalam dia teman kawannya shopping kat situ. Dah agak dah. Nak harapkan dia sendiri yang memang nak shopping kat Mydin – memang tak adanya. Nantilah hujung minggu ini kalau rajin aku kembali menjengah ke Mydin, gedung yang menjimatkan dan tidak berpura-pura.

Happy weekend, you all!


Thursday, April 10, 2003

Swimming with Seniors

Semalam masa menonton filem Swimming with Sharks kat TV2, ada satu scene keluar lagu Sarah McLachlan. Lama tak dengar lagu ni. Aku tunggu sampai closing credit nak tahu tajuk lagu tu – Good Enough nama lagunya. Now, let me see. Dulu aku ada beli kaset Sarah McLachlan yang berjudul Mirrorball, album konsertnya. Masa tu hari-hari aku dengar lagu I Will Remember You dimainkan di radio. Sebelum ini aku cuma tahu lagu Adia dan Angel saja yang popular dari penyanyi berkenaan. Selepas beli album Mirrorball aku suka lagu Good Enough dengan Building a Mystery. Tapi kaset tu kawan aku dah pinjam sampai sekarang tak dikembalikan. Terpaksalah aku humming lagu tu sendiri dengan melodinya pun aku dah ingat-ingat lupa.

Filem Swimming with Sharks ni best juga, tapi aku dah ketinggalan setengah jam pertama sebab aku sibuk nak dengar cd yang aku pinjam dari officemate aku last week. Aku rasa Kevin Spacey ni over actinglah, naik menyampah pulak aku tengok. Orang kata kalau seseorang pelakon tu berjaya membuat penonton menyampah atau meluat dengan wataknya, bermakna lakonannya berkesanlah tu. Kevin berlakon sebagai Buddy seorang boss yang cerewet, moody dan bermulut lancang. Ending filem tu ada sedikit twist which is viewer should had expect. Maybe Dawn terbunuh semasa ingin menyelamatkan Buddy dari di tembak oleh Guy. Apabila Buddy terselamat, lain pula cerita yang keluar dari mereka berdua. Kononnya Dawn telah menjadi psycho dan menjadikan Buddy sebagai tebusan manakala Guy datang tepat pada masanya untuk menyelamatkan Buddy. Padahal peristiwa sebenar yang berlaku adalah sebaliknya. Kesudahannya Guy kekal menjadi personal assistant kepada Buddy yang banyak songeh tu. Walaupun Buddy pada zahirnya jahat tapi dia tidak dakwa pulak Guy yang telah menjadikannya sebagai tebusan dan menyeksanya. Aku rasa mungkin dia tak puas lagi torture budak Guy ni. Kalau Guy dah merengkuk dalam penjara nanti, macam mana dia nak dera budak tu lagi. Dalam satu scene ada diceritakan bahawa Buddy bersikap sebagai boss yang brutal dan tidak bertimbang-rasa kepada Guy kerana dulu pun dia bekerja di bawah boss yang kejam juga. Jadi apabila dia pula yang menjadi boss, dia pula yang bersikap mean, meaner dan meanest pda orang bawahannya. Tidak mustahil kalau Guy pula yang jadi boss suatu hari nanti, dia menjadi boss yang zalim juga. Kalau macam tu, sampai Kiamatlah dok berbalas-balas macam tu. Macam kes raging kat asrama jugalah. Tahun ni senior raging kita, tahun depan kita pula raging junior. Begitulah pusingan hidup.

Tuesday, April 08, 2003

Kau Kunci Tercicir Dalam Bas Itu

My housemate, Iwan tercicir kunci rumah semalam. Dia ada perasan somebody belakang dia panggil-panggil dia sambil tunjuk-tunjuk kunci. Dia ingatkan tu bukan kunci dia. Dia ingat yang kunci itu masih tersimpan di dalam beg. Tapi malangnya kunci itu sudah tidak lagi berada di dalam beg. Mungkin kuncinya ada pada orang yang belakang tadi. Orang yang tunjuk-tunjukkan kunci itu sambil lambai-lambai padanya. Iwan rasa dia seakan-akan terdengar suara orang itu berteriak, “Kunci awak ni oii!“ “Kunci awak jatuh ni!“. Tapi sebab dia yakin itu bukan kuncinya maka dia tidak berpatah balik pada orang itu untuk proses pengecaman kunci. Dia terus berjalan menonong meninggalkan kawasan itu. “Macam mana aku nak cam itu kunci aku, aku tak nampak key-chain gajah kat kunci tu, orang tu cuma tunjuk kunci aje,“ beritahu Iwan. Jadi kalau ada sesiapa yang terambil atau tersimpan atau ternampak key-chain gajah bersekali dengan selonggok kunci, sudi-sudikanlah contact diri ini. Lain kali kalau anda ada perasan seseorang tercicir kunci dan anda ingin menyerahkannya kembali, jangan main jerit-jerit dari jauh saja. Cepat-cepat lari ke arah orang berkenaan. Atau kalau anda masih juga nak menjerit-menjerit, pastikan anda tunjukkan bahagian key-chainnya pada orang itu. Baru senang dia nak cam. Itupun kalau kunci tu ada key-chain. Errr.. aku pun kena letak key-chain jugaklah. Bukanlah aku mengharap yang kunci aku pula yang tercicir lepas ni.

Monday, April 07, 2003

Six Feet Poster

Aku suka dapat surat. Tak kisahlah surat apa-apa pun asalkan surat. Surat layang ke, surat cinta ke, hate mail ke, apa-apa ajer. The REAL letter I tell’ya. Surat yang posmen hantar dan di isi dalam post box. Kalau e-mail tu lain cerita. Last Sunday I’m a bit happy sebab dapat surat. Sampul suratnya besar dan bila aku buka dalam tu ada poster dan buku nota Six Feet Under! Kalau anda biasa tengok promotional picture untuk siri tv Six Feet Under yang ada tangan memegang gincu menghala ke arah bibir pucat dengan segaris warna merah di tengah bibir – itulah gambar pada poster dan buku nota yang aku terima. Thanks to the kind people at Galaxie and HBO. Poster tu dah ada kesan-kesan lipatan, aku tak fikir yang aku akan gantung poster sebegini. Bukan sebab ia ada bekas kesan di lipat-lipat itu tapi takut-takut ianya menyinggung ketenteraman ahli-ahli kat rumah aku ni...hehhe... Six Feet Under in case ada di kalangan anda yang tidak pernah mendengar tentang siri tv ini ialah berkenaan satu keluarga yang menjalankan perniagaan pengebumian. Mungkin ada yang terfikir apa salahnya aku gantung saja poster tu. Sekurang-kurangnya boleh membuatkan aku berfikir tentang kematian?! No, thank you. Lebih baik aku perbanyakkan ibadah saja, solat dan mengaji – ada ciri-ciri Islamik. Lagipun aku rasa cukuplah dengan poster Spider-Man dalam bilik aku tu. Banyak-banyak sangat poster nanti menyemak pulak. Kalau ada yang tengok siri Each Other kat TV3 pukul 7 semalam, tentu perasan poster Spider-Man dalam apartment Jason (lakonan Jien) tu. Macam tu lah posternya, cuma saiznya kecil sikit. Sebelum ni aku gantung poster Blair Witch Project. My friend bila nampak poster Blair Witch tu siap tanya, ”Kau tak rasa creepy ke tengok poster tu?”. Creepy? Ermm.. mula-mula tu ada juga rasa seram-seram sejuk sikit, tak tahu kenapa – padahal itu cuma sekeping poster yang kaku dan tidak berkuasa. Mungkin sebab dulu aku dah set in my mind yang Blair Witch sepatutnya menjadi seram dan apa saja merchandise Blair Witch sepatutnya menakutkan aku. Lama-lama fenomena Blair Witch menjadi surut dan poster itu menjadi klise.

Thursday, April 03, 2003

Sex and the cd

Petang semalam after office hour keluar minum teh tarik dengan officemate. Makan roti canai yang sudah sejuk. Sepatutnya aku suruh mamak tu hangatkan dulu atau buat yang lain. Tapi roti canai yang keras dan sejuk tu habis juga aku pulun, cicah dengan kuah dhal. Aku pinjam cd dari officemate aku bertajuk R&B Love Song sebab ada lagu “All Cried Out” nyanyian kumpulan Allure dengan 112. Dah lama aku tak dengar lagu ni, kumpulan Allure ni entah ada lagi entah tidak sekarang. Lagu-lagu lain yang ada dalam cd tu kebanyakannya boyband dan penyanyi-penyanyi yang kejap ada, kejap tak ada.. Sebelum balik singgah kedai magazine beli FHM cover Kim Cattrall. Aku memang jarang beli FHM – last sekali aku beli yang cover Patricia Velazquez (pelakon The Mummy Return). Itu pun sebab masa tu ada percuma cd promo Bee Gees. Tapi cd free tu cuma untuk FHM yang di beli di MPH MidValley saja. Ruangan pertama yang biasa aku baca ialah surat dari pembaca. Dalam mana-mana majalah pun mesti aku cari ruangan ni dulu. Mungkin kita lebih teringin hendak tahu apa yang pembaca di luar sana ingin cadangkan atau idea yang mereka rasa bernas untuk majalah itu terbitkan. Satu cadangan yang popular sering pembaca ajukan ialah meletakkan so and so idola mereka sebagai cover atau gandingkan so with so dalam majalah itu. Dalam FHM April tu pun ada pembaca yang utarakan cadangan begini, seorang pembaca ni minta FHM ambil Jessica Alba sebagai cover mereka in future. Aku kalau di beri peluang untuk menggandingkan siapa sebagai cover, aku akan pilih siapa lagi kalau bukan orang paling sensasi at this current moment, Bush dan Saddam. Tak tahulah FHM terima ke tidak idea suci ini ….. hehe

Sampai di rumah aku pasang cd tersebut. Tapi yang peliknya lagu-lagu dalam cd tu tak fully version. Belum sempat lagu pertama habis lama-lama ia faded dan terus bersambung lagu ke-dua. There’s no gap between first song and second song. But I can’t complaint much because it was loaned and it’s a pirated cd that I talked about. What do I expect? A clear and crisp sound recorded cd? Sebab aku malas nak turun makan, aku goreng keropok lekor yang Rule bawa hari tu. Keropok tu dah hampir seminggu dalam fridge, rasa pun dah tak fresh. Tiba-tiba Ap sms ajak aku turun makan sebab he’s on the way home. Aku tak ikut dia pasal I had some laundry to do. Aku juga belek-belek FHM tadi. Kim Cattrall in case ada yang tidak menonton Sex and the City ialah well ... salah seorang pelakon siri Sex and the City. Beliau juga memegang watak sebagai ibu kepada Britney Spears dalam filem Crossroads. Berdasarkan interviu dalam majalah itu, jawapan-jawapan yang Kim Cattrall berikan kebanyakannya berhati-hati dan sopan. Ada sesetengah soalan yang bunyinya provocative terutama yang berbau sex, tapi beliau jawab tanpa elemen horny atau ghairah. Tetapi ada juga soalan-soalan pelik yang penulis tu tanya Ms Cattrall antaranya, bagaimanakah cara Kim Cattrall memotong rumput di laman rumahnya dan apakah memorinya ketika mengayuh unicycle semasa kecil dahulu? Huh… apa jenis soalan macam ni? Mungkin bukan memotong rumput di laman tapi memotong ”rumput“ lain? Agaknyalah. But then again, it’s FHM after all. What do I expect?

P/s : Ada satu episod dalam Sex and the City menceritakan pasal memotong “rumput” ni. Memang kelakar. Lightning does sometimes strike twice… hehe… You got to watch it yourself to find out what I mean.

Wednesday, April 02, 2003

A Bug's Life

Petang Ahad aku sampai dari Johor Bahru dalam pukul 7.40 malam. Penat. Itulah kali ke dua dalam masa tiga bulan aku pergi ke JB. Kali pertama dulu masa cuti Lunar New Year. JB agak sibuk pada hari Sabtu dengan ramai anak-anak muda yang nampak macam umur budak sekolah melepak di shopping complex.

Sesampai saja di JB terus ke City Square jumpa dengan Jee. Masa ni memang ramai betul orang, tambahan pulak kat ruang legar tu diadakan pameran PC sempena PC Fair. Serabut dengan orang yang berkelintar, kami ke Komtar untuk makan-makan di Garden CafĂ©. Sedap betul mee Hong Kong yang aku order, Jee makan kuay teow hailam – aku rasa sikit, sedap jugak. Rule makan nasi goreng ayam kunyit – dia kata tak berapa sedap. Tak habis pun makan.

Kemudian kami pergi cari rumah yang Rule nak sewa di area Larkin. Sebenarnya bukan rumah tapi bilik. Rumah landlord kat bahagian depan, manakala di belakang di buat beberapa bilik untuk disewakan. Ada tiga bilik air. Kita boleh pilih sama ada nak sewa saja atau sewa bersekali dengan makan. Macam hostel pulak.

Dalam bilik tu ada tv, boleh tengok siaran TCS. Kami tonton channel 5 yang tengah siarkan Malcolm in the Middle, then bersambung pula tengok The Simpsons. Dah lama aku tak tengok kartun ni – dulu masa TV3 siar aku memang tak lepaskan peluang tengok The Simpsons. Lepas tu beralih tengok channel Suria, masa tu sedang siarkan dokumentari alih suara tentang pelancongan di Vietnam maybe Kemboja entah. Pukul 8 di Suria ada berita – sama juga macam kat stesyen tv di Malaysia yang semuanya menyogok berita pukul 8. Tengok berita kejap sebelum pergi mandi.

Malam tu lepas hantar Jee balik rumah dia aku dan Rule makan- makan kat gerai berdekatan dengan Extra. Nasi goreng ikan masin dia boleh tahanlah. Seperti biasa kalau gerai-gerai tom yam macam ni kalau tak orang Kelantan, mesti orang Melayu Siam yang mengedalikannya. Masa nak balik ke rumah di Larkin tu tak jumpa cari jalan.

Sesat. Dua-tiga kali pusing-pusing sampai entah ke mana-mana. Masa sesat tu nampak Dataran Bandaraya, Bangunan RTM Johor, Saujana, Kelab Golf di Raja Johor sampai ke macam-macam tempat boleh jumpa. Lebih kurang sejam dok tawaf mencari jalan pulang, akhirnya sampai juga.

Sampai di bilik terus buka channel 5 yang tengah siarkan gusti WWE. channel Suria siarkan Juara Lagu 18 yang di ambil dari TV3. Manakala channel I siarkan apa entah…… Rule pula tiba saja di bilik terus bentang toto kat lantai dan tidur. Aku landing atas katil, tengok tv sambil baca majalah.

Masa tengah sedap baring-baring tu, tiba-tiba badan aku rasa gatal-gatal. Gatal sangat. Kat kaki, belakang, tangan. Apasal ni? Kemudian aku check tilam tu.

Alamak, rupa-rupanya ada banyak serangga-serangga penghisap darah menghuni kat tilam tu! Aku tak tahu apa nama binatang tu – pepijat kot? Bentuknya macam kutu tapi saiznya besar sikit dari kutu. Kalau kita picit badan pepijat ni, keluarlah darah yang dihisapnya tadi.

Jadi tugas aku malam tu ialah meneliti setiap inci tilam untuk menghapuskan serangga penghisap darah tersebut. Aku memang teliti betul-betul di segenap sudut tilam untuk membunuh makhluk halus itu. Kalau kena gigit dengan pepijat ni, memang tak boleh tidur dibuatnya. Sakit dan gatal.

Lama jugalah operasi membunuh pepijat ni berlangsung. Lebih kurang pukul 1 lebih tu, aku tutup lampu dan cuba tidur. Tak sampai lima minit aku dah tergaru-garu, rasa gatal-gatal dah menyerang balik. Mula-mula aku fikir – tahan sajalah, lama-lama nanti mesti aku kebah punya dengan gigitan serangga ni. Aku terus buat-buat tidur. Tapi memang tak boleh tidur. Aku asyik tergaru sana, tergaru sini. Aii... makin menjadi-jadi pulak binatang pepijat ni menyerang aku.

Setengah jam kemudian aku surrender. Aku on lampu dan on tv. Aku check balik tilam. Memang ada banyak lagi pepijat atas tilam tu. Tak boleh jadi ni. So, aku sambung balik operasi membunuh all those irritating bugs. Di samping tu aku tetap tengok tv yang terpasang. Masa tu channel I ada siaran Straits Times TV News.

Siaran berita Singapura lebih menumpukan wabak SARS yang sedang menular sekarang ni. Ada juga berita perang di Iraq dan ada berita pasal demonstrasi Aman di KL. Sebab aku masih was-was nak tidur di katil tu, aku teruskan tengok tv yang penuh dengan cerita-cerita sitkom. Mula-mula aku tengok Spin City, Taxi (siri komedi 80-an) dan Show Me the Funny. Dalam pukul 4 pagi baru aku tidur. Itu pun masih terasa lagi gatal-gatal. Ahh...gasaklah.

1 April 2003

Dah masuk bulan April. Semalam aku dah beli 3 vcd, hari ni masa lunch hour aku beli 3 lagi vcd. Semalam aku beli Swimfan (Jesse Bradford, Shiri Appleby), About Schmidt (Jack Nicholson) dan Sweet Home Alabama (Reese Witherspoon).

Hari ni aku beli Trapped (Kevin Bacon, Charlize Theron), The Guru (Heather Graham) dan filem Iran bertajuk Baran. Baran tu diterjemahkan sebagai Rain. Aku ingatkan panas Baran. Rupa-rupanya Hujan…hehhehe… Setakat ni baru ada dua filem Iran kat rumah, Children of Heaven dan Colours of Paradise.

Filem Colours of Paradise tu sedih juga jalan ceritanya. Aku gila beli vcd tu pun pasal dia jual RM10 untuk tiga keeping, gambar clear pulak tu. Biasa yang aku nampak kalau RM10 tiga keeping ni vcd jenis yang ada subtitle Cina dengan Melayu yang gambar pun jenis tak clear, kelabu asap - maklumlah copy dari panggung wayang. Siap boleh nampak baying-bayang penonton. Bunyi penonton gelak pun kita boleh dengar. Yang subtitle Melayu tu pula tonggang langgang, baik tak payah ada subtitle.

Latest filem yang aku tengok vcdnya jenis sebegini ialah Tears of the Sun (Bruce Willis). Sebab jalan ceritanya menarik tentang perang sivil di Afrika dan bagaimana askar-askar Amerika (as usual) ingin menyelamatkan beberapa tebusan. Menariknya dalam filem ni ada Monica Belucci yang filemnya sebelum ni yang aku tengok ialah Malena.

Malena memang filem yang cemerlang dari segala segi, jalan cerita, teknik fotografi dan soundtrack. Monica berlakon sebagai perempuan berhati walang yang secara diam-diam diminati oleh seorang budak lelaki pra-akil baligh. Filem ni turut mendapat beberapa pencalonan oscar.

Tapi tidak semestinya kalau cover sesuatu vcd itu tidak terdapat note subtitles Chinese/Malay, gambarnya akan clear. Contohnya vcd The Majestic (Jim Carrey) yang aku beli dulu, memang teruk gambarnya, blur dan siap senget-senget lagi tu! Tak tahulah, mungkin lanun yang sedang copy filem tu tertidur kat panggung agaknya, langsung tak sedar yang digicam tu dah terbalik. Sampai sekarang aku tak tengok-tengok The Majestic.