Friday, September 30, 2005

Kunci Khazanah

Ada sebentuk kunci. Ia boleh membuka semua pintu yang terkatup. *Masa Mrs. Devereaux menyerahkan kunci tersebut kepada Caroline, dia berkata itu adalah “Skeleton Key“. Kemudian sarikata di bawah menterjemahkannya sebagai “Kunci Utama”. Jadi, itulah yang Caroline buat, membuka semua pintu yang berkunci. Sampai pintu yang tak sepatutnya di buka pun habis dia curious nak tahu juga apa isi di dalam. Curiousity kills the cat, bak kata orang putih. Jadi, adakah The Skeleton Key hanya sekadar cerita tentang sebentuk kunci?

Kate Hudson berlakon sebagai Caroline Ellis, jururawat yang menjawab iklan jawatan kosong memerlukan seorang hospice nurse di sebuah rumah agam. Di sana dia kena menjaga Ben, pesakit stroke yang kronik, lumpuh dan tiada upaya bergerak di bawah seliaan isteri Ben, Mrs. Devereaux. Walaupun dia mendapat bilik sendiri, sekali-sekala dia balik juga ke bandar kediamannya sebelum ini, New Orleans untuk shopping atau bertemu kawan baiknya, Jill.

Suatu malam dalam hujan lebat, dia terjaga dari tidur apabila terdengar bising-bising dan mendapati Ben cuba melarikan diri. Dalam susah-payah dan mengesot, Ben akhirnya terjatuh dari bumbung. Dalam beberapa scene berikutnya, Caroline akhirnya berjaya membuka satu pintu di loteng yang memang di larang keras oleh Mrs. Devereaux. Dia menjumpai beberapa khazanah aneh seakan koleksi pengamal ilmu hitam. Mulai dari situ naluri Caroline merasa ada sesuatu yang tak kena dalam rumah ini dan mula menyiasat.

Aku tiba-tiba teringat dekat filem Six, filem Thai yang aku tengok berbulan lalu bila part yang Mrs Devereaux bercerita tentang sejarah rumah tersebut dekat Caroline. Bukanlah sebab ada persaman jalan cerita tapi cara babak berkenaan digambarkan adalah mirip. Six juga ada twisted ending di akhirannya sama macam The Skeleton Key tapi tentulah ending kedua-dua filem ini jauh berbeza.

Rasanya filem macam ni kena tengok sekali lagi. Aku terlepas pandang nak kaitkan wanita misteri di stesyen petrol tu, dengan rasa ingin tahu Caroline yang mendesak bahawa wanita tua itu turut tahu sesuatu dengan sumpahan di rumah tersebut. Juga penerangan tentang Hoodoo yang menghantui penghuni mansion berkenaan nampak tidak begitu jelas dan sedikit keliru. Pasal cermin yang terpaksa di sorok itu juga untuk mengelakkan musibah kepada siapa sebenarnya.

Namun The Skeleton Key ada jalan cerita yang meyakinkan. Bagi aku ia berada dalam arena yang sama dengan The Sixth Sense, Identity dan The Others. Filem ini sesuai ada sekuel untuk melihat “potensi mereka“ bersama Jill selepas itu. Kalau ada prekuel pun boleh juga untuk melihat aspek kehidupan Ben sebelum dia menjadi tidak berdaya.


credit poster: thehollywoodnews.com

Thursday, September 29, 2005

Berlumba Bersama Keluarga

Yeaaa... Amazing Race musim baru dah kembali! Dulu aku pernah mention yang musim ke-lapan ni bilangan peserta untuk satu kumpulan telah di tambah dua orang lagi menjadikan satu group ada empat orang. Rupa-rupanya sebab-musabab penambahan tersebut adalah kali ini penerbit ingin mengadakan versi yang special sikit dinamakan Amazing Race: Family Edition.

Elok jugak ada special edition macam ni. Kalau tak, takut-takut boring pula sebab setiap kali musim baru keluar asyik format yang sama jer. Lagi pula macam rancangan Survivor pun dah ada edisi All Stars, tak kan Amazing Race tak boleh nak cipta sesuatu yang lain dari kebiasaannya. Aku rasa reality show yang paling banyak special edition ni ialah Fear Factor. Macam-macam tema ada, Thanksgiving, Reality Stars, Best Friends, Twins, Miss USA, Favourite Winners dan banyak lagilah.

Adakah mana-mana peserta keluarga yang aku dah root for kali ini? Mungkin aku harapkan biarlah juara musim ini menjadi milik all girls group sebab kumpulan yang anggotanya semua perempuan belum pernah menang mana-mana siri Amazing Race. Biasanya kumpulan lelaki/perempuan atau lelaki/lelaki yang dapat sejuta dollar. Pusingan pertama yang berakhir malam tadi dimenangi oleh keluarga Godlewski yang semuanya perempuan dan mendapat hadiah 20 ribu dollar. Sama macam musim ke-tujuh yang lalu apabila sisters Megan/Heidi juga mendapat tempat pertama untuk first leg, tetapi malangnya mereka tersingkir pada pusingan yang ke-dua. Harap-harap famili Godlewski bertahan sekurang-kurangnya top three.


Keluarga Godlewski


Keluarga Paolo

Episod malam tadi juga mujurlah family Italian, Paolo tu tak terkeluar. Mereka nampak seperti tak ada persefahaman dan tak meyakinkan tetapi mereka ada karektor tersendiri dan lively, sesuai untuk acara reality macam ni. Emak mereka yang ada sifat primadona serta dua anak lelaki mereka yang boleh tahan celupar. Cuma bapak mereka jer yang jenis tak banyak cakap. Lebih lama mereka kekal dalam musim ini adalah lebih baik untuk ratings. Family Black tu nampak harmoni sangat dan untuk episod pertama ni mereka tak nampak keji pada viewers jadi eloklah mereka keluar saja.

Kalau berdasarkan animated teaser untuk promo Amazing Race: Family Edition ni, aku bayangkan peserta terdiri daripada ibu bapa dan dua anak kecil mereka. Tetapi tidak semestinya. Ada peserta terdiri dari semua adik beradik, ibu tunggal dengan anak-anak, bapa mentua dan menantu, ibu tiri dengan suami serta anak-anak tirinya, serta ibu dengan anak-anak gadisnya. Pergi jenguk ke website Amazing Race untuk maklumat lebih lanjut tentang butir-butir peserta dan recap episod. Aku malaslah nak buat review setiap minggu rancangan ni.


Keluarga Gaghan dengan dua budak comel


Keluarga Linz yang terdiri dari tiga jejaka dan seorang dara, pesaing yang kuat


Keluarga Schroeder dengan mak tiri


Keluarga Aiello terdiri dari bapa mentua dan menantu

Biar aku cerita secara ringkas episod malam tadi. Peserta-peserta masih berlumba sekitar US. Tak macam sebelum ni, episod pertama saja dah berkejar ke airport. Payah jugak kalau diorang nak naik teksi atau tut-tut atau beca bila di luar negara kalau dah setiap group ada empat orang. Mana nak di sumbat cameraman atau soundman? Seperti episod pertama ni setiap family drive sendiri 4WD yang dibekalkan pada mereka. Cameraman duduk kat sebelah driver’s seat, cuma mungkin krew yang bertindak sebagai soundman tak ada untuk musim ni. Keadaan pastinya menjadi bertambah kecoh dan teruja apabila mereka mula beraksi di luar Amerika kelak. Seperti namanya, aku dapat pastikan yang perlumbaan Family Edition ini juga akan menjadi sungguh amazing.

Amazing Race: Family Edition disiarkan setiap Rabu pukul 8 malam di AXN. Ulangannya pun banyak kali jugak, sila check sendiri timetable dia.
credit photos: CBS.com

Tuesday, September 27, 2005

Re-Deadening of the Land

Dalam episod siri kartun The Simpsons yang aku tengok Ahad lalu ada menyelitkan parody untuk filem Chucky. Kelakar bercampur seram. Walaupun itu adalah animasi semata-mata dan adegan seram itu hanya sekejap, tapi kita boleh memahami maksud yang tertera. Kisahnya, Homer ingin membawa Bart dan Lisa dengan dua orang kawan mereka pergi menonton wayang. Tapi kebanyakkan filem yang kids friendly dah sold-out dan yang tinggal ialah The Re-Deadening. Selain mempunyai unsur Chucky, The Re-Deadening yang mereka tonton ini juga ada reference kepada Rosemary’s Baby, dari segi lagu lullaby-nya.

Sebenarnya part-part yang awal jer ada sangkut-paut dengan filem seram ni, lepas tu dah menyimpang pergi ke kisah kawan lelaki Marge menyorok kat loteng rumah mereka. Lepas tu Homer kena masuk jail pulak sebab kawan lelaki Marge tadi dah manipulate Homer. Memang nampak bercelaru dan aneh tapi masih ada kesinambungan jalan ceritanya walaupun dah berpusing jauh dari scene yang awal-awal tadi. Nak buat macam mana, dah begitu style kartun The Simpsons ni, penuh dengan idea yang ngok-ngek.

Okey, kita masuk pulak bab seram yang sebenar, filem Land of the Dead berkisarkan dunia zombie di sebalik kehidupan manusia biasa. Tahun lepas Dawn of the Dead tak masuk panggung so aku beli pirate dvd. Tapi version panggung punya copy, tak clearlah jawabnya. Aku layan jugak sampai habis sebab cd smooth tak ada sangkut-sangkut. Kalau nak harap zombie masuk panggung so far cuma dalam Resident Evil saja yang aku ada chance. Tahun ni tak sangka LPF lepas pulak, walaupun ada cut here and there, perkara biasalah tu.

Kali ini, mayat hidup ni semua dah jadi semakin bijak! Semacam mereka telah membentuk komuniti mereka sendiri dan mereka ingin memperjuangakan hak mereka. Confuse pula jadinya sama ada mereka ni semua telah mati atau masih nyawa-nyawa ikan. Aku fikir, idea menggunakan para zombie sebagai props untuk fun-fair dalam satu scene memang berpotensi walaupun nampak zalim dan cemas sekaligus. Lebih kurang macam dalam filem Shaun of the Dead apabila Shaun mengeksploitasi kawannya yang dah bertukar jadi zombie tu.

Filem ni pada zahirnya memang agak mengerikan. Bersedialah untuk anda dikejutkan dalam beberapa scene yang mendebarkan terutama masa seorang subordinate Cholo (John Leguizamo) kena tunggu kat rumah bot tersebut. Efek dari kosmetik juga semakin menakutkan dan zombie kali ini menjadi bertambah agresif. Jangan ingat mereka tidak boleh mengejar anda.


credit poster: twitchfilm.net - tq

Monday, September 26, 2005

Moh ke Ipoh

Akhirnya aku sampai juga ke Ipoh. Setelah asyik buat plan, asyik jadi tak jadi, jadi tak jadi – akhirnya berjaya juga plan aku untuk ke Ipoh. Selamat sampai pulak tu. Last weekend adalah kali pertama aku menjejakkan kaki di ibu negeri Perak ini. Sebelum ini memang aku tak pernah datang pun ke tempat ni. Paling dekat untuk aku boleh claim yang aku pernah sampai Ipoh ialah Stesyen Keretapi Ipoh. Early this year dulu aku pergi jalan-jalan ke Penang naik train dari KL. One of the station yang train tu stop ialah kat Ipoh.

Aku sebenarnya malas nak buat entry pasal aku pergi melancong atau jalan-jalan pasal aku tak ada kamera. Rasanya masa aku berwisata ke Penang dulu pun aku tak ada buat entry pasal ni. Tinggalkan pasal Penang dan kita bercakap tentang Ipoh dulu. Apa yang boleh membuatkan aku rasa impress tentang bandaraya ini bagi seorang first-timer seperti aku?

Oh…ohh… aku kena mention benda ni dulu. Beberapa hari sebelum aku pergi Ipoh, aku ada blog-hopping di pejabat (benda yang biasa aku buat). Lepas tu aku terklik pada satu weblog ni. Bila aku dah tertarik pada sesuatu blog tu aku akan cari archive untuk check entry yang lepas-lepas. Salah satu entry yang aku baca ialah perihal si empunya blog yang di sembur dengan racist remark oleh seorang Cina di Ipoh. Kaget pulak aku baca. Tuan punya blog yang juga anak jati Ipoh merasa sangat kecewa dengan kaum tersebut bukan sekadar oleh cercaan tadi tapi oleh hal-hal lain yang bersangkut-paut. Bila kita baca pula komen-komen yang di terima untuk entry berkenaan pun sangat membuka mata.

Ok, kita berbalik pada cerita kunjunganku ke ibu negeri Perak tersebut. Err... rasanya elok juga aku ucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak mereka kerana menjadi naib juara Piala FA Sabtu lepas. Patutlah kat Ipoh sunyi sepi jer macam tak ada orang. Rupa-rupanya yop semuanya tengah kejor yop kejor kat Shah Alam! (betul ke frasa ni?) Kat rumah kawan aku tu pun semuanya tengah tengok bola. Kesian jugak dengan diorang yang memang obvious hampa bila pasukan negeri mereka dibolosi oleh 4 gol. Nasib baik masa dekat nak tamat tu Perak dapat satu lagi gol. Tak adalah devastated sangat bila 4 gol berbalas 2.


What else? Masa on the way ke sana, aku rasa macam ternampak satu restoran yang namanya seakan-akan KFC tapi bukan. KLC kot? Tak tahulah nama kedai tu yang sebenar, tapi ada logo ayam kat situ. Entah-entah itu restoran yang jadi salah-satu lokasi penggambaran filem Sepet. Ternampak jugak signboard yang menunjuk arah ke Kellie’s Castle. Tapi tak nampak istana tu dari jalan besar. Bandaraya Ipoh juga nampak sederhana, tak banyak pencakar langit dan lebih tenang. Kalau hari biasa tak tahulah jalan jem ke tak. Penduduknya nampak lebih relaks dan di sini juga lebih banyak kawasan menghijau.

That’s it. Itu saja cerita aku melawat Ipoh hujung minggu lepas.

credit kredit foto: members.virtualtourist.com thank you.

Wednesday, September 21, 2005

Misteri Anak Hilang Dalam Pesawat

Tahun ini bukan Red Eye saja filem yang mengetengahkan peristiwa dalam kapal terbang, bukan Julianne Moore saja yang hilang anak melalui The Forgotten dan bukan sekali Jodie Foster mengalami tragedi bersama anak perempuannya seperti dalam Panic Room, semuanya bagai pernah berlaku. Semua ini adalah déjà vu!

Selamat menaiki pesawat “Flightplan” kami ucapkan. Oh, sebelum kami membenarkan anda masuk, sila serahkan telefon berkamera anda di kaunter depan. Anda boleh tuntut semula apabila ingin keluar nanti. Selain itu anda juga tidak dibenarkan membawa sebarang peralatan elektronik seperti perakam video, lap-top, kamera dan lain-lain. Sila benarkan petugas kami untuk mengimbas badan anda bagi mengesan sekiranya terdapat apa-apa peranti yang di larang. Apabila telah clear, teruskan masuk ke cineplex nombor 8 untuk merebut tempat duduk kerana kami mempraktiskan sistem free seating. Kalau anda terasa ingin makan-minum, tolong beli sendiri di kaunter TGV. Sekian, terima kasih.

Agak lama tidak melihat Jodie Foster beraksi dalam big budget movie. Segala rencah untuk menjadi sebuah filem yang berjaya mengikat penonton terus berada di kerusi ada dalam Flightplan. Tetapi adakah aku masih terasa ingin melihat filem pada level harafiah lagi setelah sekian lama kagum dengan ulasan oleh tontonfilem? Terus terang, tidakkah ada sekelumit pun untuk aku bangkit menafsir simbol-simbol atau lapisan yang tersirat melalui pembawaan watak atau dialog atau adegan yang ditonjolkan dalam filem ini? Bilakah masa untuk berhibur dan menonton seperti biasa lagi jika fikiran aku asyik cuba memberi interpretasi akan maksud di sebalik setiap footage?

Ahh…tak payahlah nak rasa terlalu susah hati, tonton saja dengan penuh teruja lebih-lebih lagi tak payah bayar! Pasal simbolik atau justifikasi, kita serahkan pada yang pakar. Secara kasarnya, isi kandungan filem ini aku telah dedahkan pada perenggan pertama tadi. Tetapi dalam adegan terawal filem ini semasa di bilik tidur, apabila Jodie ingin menutup langsir, dia terperasan ada dua lelaki di tingkap bangunan depan mengadapnya. Kemudian tatkala dalam pesawat setelah anaknya ghaib lelaki terbabit yang kebetulan turut berada bersama, pada aku ia sekadar ingin mewujudkan suspen. Lebih-lebih lagi karektor tersebut adalah berbangsa Arab.


Flightplan adalah kesinambungan trauma yang melanda masyarakat global akibat kecelakaan kapal terbang. Seperti juga Red Eye, individu yang mula-mula terlibat dengan krisis semasa dalam kabin tadi adalah seorang dua saja. Tetapi impak daripada kesulitan yang melanda mereka akhirnya merebak kepada seluruh penumpang lain lalu akhirnya menimbulkan chaos. Plot bahawa Jodie kehilangan anaknya dalam filem ini adalah lebih meyakinkan berbanding dengan The Forgotten yang nampak tak masuk akal. Walaupun Julianne seperti juga Jodie yang sama cemerlang tatkala mempamerkan reaksi dan kekuatan watak seorang ibu yang di landa keghalauan akibat kehilangan tersebut. Apatah lagi mereka berkongsi premise yang sama apabila orang-orang di sekeliling mereka langsung tidak percaya bahawa anak berkenaan memang wujud dan mereka bukannya buat-buat cerita atau berhalusinasi.

Terima kasih kepada suratkhabar Kosmo! kerana menganjurkan tayangan awal filem ni di KLCC. credit poster: hollywood.com

Tuesday, September 20, 2005

Bersua di Wajah Lumpur

Jumaat – 16 Sept, 2005, buat pertama kalinya aku bersua dengan seorang blogger. Officially. But that was a quick meeting because I have to rush to another place. Ada komitment lain yang sedang menanti. Tapi aku ada plan untuk berjumpa lagi dengan beliau pada masa terdekat. Tak sempat nak berbual panjang. Macam sebelum-sebelum ni pernah juga ternampak rakan blogger – tapi secara tak rasmi. Oleh kerana mereka ada tempek gambar dekat blog, kita pun boleh cam lah rupa paras tuan empunya diri bila dah terserempak kat luar.

Pada masa yang sama di MTC Jalan Ampang, aku menonton teater bertajuk Wajah Lumpur. Aku rasa impressed dengan sebutan “cerebral palsy“ yang diulang-ulang oleh beberapa pelakonnya sepanjang pementasan seolah-olah ingin hypnotised penonton bahawa itu adalah frasa sepatutnya bagi terencat akal. Penyakit kurang upaya itu juga menjadi sub-tema bagi teater ini selain subjek utamanya mengetengahkan pergolakan hidup dan kepincangan rumahtangga.

Menyaksikan jalan cerita begini bagai menonton slot Drama Minggu Ini kat RTM tahun-tahun 80-an dulu. Bukanlah tak bagus kisah yang dipentaskan, tapi dah banyak kali sangat tengok. Tapi itu drama yang biasa kita tengok kat tv, tapi bila cerita macam tu bermain secara langsung di depan mata, ia menjadi sangat surreal. Rasa macam tak boleh bernafas menyaksikan beberapa aksi lakonan yang seolah bukan berlakon. Ibarat situasi yang di alami itu betul-betul di setinggan tepi sungai tersebut. Bukan di dalam auditorium dan penonton-penonton semua adalah halimunan.

Takut pulak aku tengok ekspresi pelakon yang seakan di rasuk. Terlalu banyak aksi yang melibatkan tengking-menengking, sepak-terajang, tampar-pelempang, tinju-meninju. tarik-tarik rambut, …. namakan saja, semua ada. Patutnya teater ni diklasifikasikan 18SG sebab ganas sangat….hehe.. Ironinya, walaupun Wati (nama watak perempuan malang tu) mendakwa dia dera oleh suami, tapi kebanyakan action deraan itu dia sendiri yang buat. Dia pukul kepala sendiri dengan periuk, tarik rambut sendiri, tampar badan sendiri… sekali pandang macam exaggerate pulak dia ni. Rasa macam aku nak jerit dekat dia,.. oii…oii cukuplah tu…, tak sakit ke?!


Namun elemen yang paling mengesankan ialah apabila Wati merintih betapa terderanya emosi beliau mendapat suami yang cepat berputus-asa, banyak alasan dan malas berusaha untuk memperbaiki taraf hidup. Inilah persoalan yang masih releven hingga ke hari ini dalam senario hidup berumahtangga dalam konteks masyarakat kita. Kalau anda biasa baca ruangan Di Celah-Celah Kehidupan dalam akhbar sisipan Pancaindera setiap Ahad, aku boleh rumuskan bahawa teater ini adalah refleksi kepada ruangan tersebut. Verdictnya membuatkan kita tidak dapat menafikan konflik begini akan sentiasa ada jika manusia tidak positif dalam menjalani hidup.

foto kredit: http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Hiburan/. Terima Kasih

Sunday, September 18, 2005

Ke Puncak Star Hill

Kami meninggalkan Dome kala langit kirmizi menyinari wajah Kuala Lumpur. Ini kali ke-dua aku masuk StarHill Gallery setelah pengubahsuaian. (Tapi sekarang pun belum siap 100%, ada lagi bunyi tukang tengah buat kerja). Kali pertama dulu, aku lalu jer, ambik jalan short-cut untuk ke Westin, ada departmental lunch. Sekarang, baru aku masuk betul-betul untuk shopping saja-saja masuk, berlagak macam orang kaya. Kalau tengok bangunan ni dari luar, rasa intimidated, rasa macam tidak di jemput.


Dalamannya memang luxurious. Oleh kerana tak ada gambar yang terkini, aku paste gambar Star Hill masa tahun 2003 dulu, ihsan daripada Mr. Zailan. Setakat gambar area concorse tu rasanya tak banyak beza dengan yang sekarang. Di bahagian luar kekisi setiap level ada di tanam pokok lalang (tak tahulah nama pokok ni secara spesifik). Ingatkan palsu, rupanya memang tumbuhan hidup. Di setiap level juga ada ramai polis atau pengawal keselamatan yang macam suspicious jer tengok kami. Masa ni adalah dalam empat lima orang pengunjung dalam kompleks ni. Mereka pun pandang kami semacam, seolah-olah tempat kami bukan di situ. Macam kami hanya layak shopping di Chow Kit atau Mydin saja. Memang kami tak beli apa-apa pun masa tu, tapi at least kami masuk jugak, nampak lah ramai sikit orang kat dalam tu. Ini sunyi sepi macam bangunan hantu pulak.

Kami masuk kedai Bang & Olufsen kat tingkat empat. Bang & Olufsen ni kalau korang nak tahu ialah kedai audio visual dari Denmark. Mak oii... memang best betul sound system dia, rasa macam tak nak keluar! Lagi best dari Best Denki!! Waktu tu dia tengah tayangkan Lord of The Rings, gambarnya sejernih kristal dengan bunyi yang sungguh cemerlang. Tak pernah lagi aku rasa begitu teruja, excited atau seghairah ini semasa sedang menonton. Memang padanlah harganya menjangkau puluh-puluh ribu satu set. Perkakas yang paling murah dalam tu ialah headset, itu pun nak dekat seribu. Satu lagi yang menjadi forte produk ni ialah rekabentuknya.yang moden, ringkas dan licin. Sesuai metah diletakkan dalam rumah atau pejabat berhiasan kontemporari.

Waktu kami banyak dihabiskan dengan pusing-pusing tawaf Star Hill tu dari satu level ke level yang berikutnya. Dah puas jenguk ke bahagian yang atas-atas tu, kami turun ke concourse area. Masa ni tiba-tiba aku rasa nak kenc pulak. Aku pun pergi cari toilet kat bahagian ni. Area ni juga adalah food court untuk Star Hill yang di beri nama Feast Village. Jaga-jaga kalau berjalan di sesetengah pavement kerana batu konkritnya sengaja di simen tidak rata. Boleh tersadung kasut di buatnya. Gambar yang aku ambil dari NST di bawah, sebelah restoran Fisherman’s Cove tu kan ada tempat berjalan kaki.


Masuk saja kat dalam toilet Feast Village ni…waah… gelapnya. Kelam samar-samar jer penataan cahaya dalam tandas ni. Ada banyak batang buluh – besar, kecil, lebar, panjang – ada yang tergantung di siling, ada yang melintang, menghiasi ruang bilik air. Tak tahulah apa konsep yang di panggil ni. Anda dinasihatkan bawak torchlight atau lilin ke, takut tak nampak lubang jamban pulak nanti...haha.. Yang kelakarnya masa aku nak basuh tangan kat sinki. Oleh kerana aku tak jumpa pun kepala paip, aku hulurlah tangan kat muncung buluh atas sinki tu. Aku assume air akan keluar secara automatic. Rupa-rupanya tidak! Kita kena tarik batang buluh atas siling tadi, lepas tu air pun keluar melalui muncung buluh di atas takungan sinki. Aku tahu ni pun pasal toilet attendant tu yang tolong buat. Tentu dalam hati dia cakap

- Bodoh punya orang, dia ingat air tu akan keluar sendiri ke?!!

Habis mana aku tahu? Aku rasa first timer yang guna tandas area Feast Village tu semuanya akan terkial-kial masa nak basuh tangan kat sinki tu. Tak sangka, dalam banyak-banyak perkara yang kita tahu, tiba-tiba bab nak basuh tangan kita boleh tak tahu.

credit photo: zailan dari http://www.pcphotoreview.com/ dan NST. tq!

Friday, September 16, 2005

Panado(me)l

Balik dari office, hari Khamis semalam aku duduk bersantai di Dome, minum segelas teh ais dan makan kek keju blueberry. Housemate aku Aap makan spaghetti dengan minum kopi. Yang kelakarnya dia tak berniat pun nak masuk ke kafe ini. Puncanya adalah dia terduduk kat situ pasal dia tiba-tiba rasa pening kepala masa sedang berjalan. Sejurus kemudian ada waiter Dome datang dekat dia tanya nak order apa.

Nak tak nak terpaksalah order, walaupun pening kepala tengah menyucuk dan selera makan tumpul. Apa yang aku tak faham, kenapa dia order spaghetti masa tengah tak ada selera macam tu? Mungkin dia tengah banyak duit. Membazir saja tak habis, sampai waiter tu tanya, tak sedap ke? Prihatin betul. Sebelum aku sampai ke Dome, aku singgah Kiosk dulu nak beli panadol.

Bila dia dah telan panadol tu barulah nampak bermaya sikit. Aku pula teruskan makan kek tadi yang sedapnya... lembut, gebu dan lembab. Kek dari Secret Recipe pun kalah.

Mungkin dia taruk gelatin, kata Aap sambil menekan-nekan kepalanya yang tengah pening.

Haah.

Tapi aku tak peduli lalu terus menyuap kek itu ke mulut dan mengunyah lambat-lambat. Teruk betul nampaknya si Aap ni punya pening. Rupa-rupanya, dia skip breakfast and lunch – macam manalah tak pening. Aku offer dia kek kalau dia nak. Tapi dia masih tak ada selera. Hampir sejam di Dome, barulah dia beransur pulih dan larat untuk kembali bergerak. Kami beredar dan pergi Star Hill. Nanti aku cerita pasal dalam Star Hill (sekarang ada Gallery pada namanya) setelah di renovasi baru-baru ni. Malas nak taiplah.

Selamat Berhujung Minggu.

Thursday, September 15, 2005

Di Baca Dari Sumber/Sumber Ilhamku

Untuk input kali ni, aku mendapat ilham dari beberapa sumber yang aku baca. Jadi, anda pula boleh membaca ilham aku ni.

1<< Aku terlihat di akhbar The Star (minggu lepas) gambar muka depan seorang Apek sedang menjinjing sebuntil sesuatu. Ia berisi wang syiling RM1.00 rupanya. Nampak berat. Dalam hati aku terus berdetik, tu-lah pasal, buat apalah susah-susah nak collect duit syilling seringgit banyak-banyak, dah nak kena tukar kat bank dah. Sehingga 9 Disember ni kan tarikh akhir penggunaan duit syiling RM1 sah di buat urusniaga.

Tiba-tiba aku teringat.

Alamak! Aku kan ada “collect duit syiling jugak!” Dulu kan ada kawan aku entah apa angin dia nak bayar hutang aku pakai duit syiling. Banyak pulak tu. Aku pernah buat entry pasal ni. Tak ingat pulak sama ada duit bersaiz bulat dari metal keemasan berkenaan termasuk sekali dengan duit-duit syiling yang lain.

Bila aku check koleksi duit syiling tersebut – lega. Tak ada duit syiling seringgit yang dia bagi. Jadi, tak payah aku nak tukar apa-apa syiling kat bank.

2<< Walaupun belum siap sepenuhnya, tapi filem Pontianak Harum Sundal Malam 2 dah menang two awards! Tahniah buat Shuhaimi Baba dan krew. Anugerah itu dimenangi dalam Festival Filem Seram & Fantasi Estepona di Sepanyol. Apa yang lebih membuatkan aku tertarik ialah tempat berlangsungnya acara tersebut iaitu di Malaga!


Di manakah letaknya Malaga? Cuba lihat gambar di atas untuk pengecaman. Pertama kali aku terlihat nama Malaga ni ialah dalam novel Enrique Melangkah Jauh. Kalau anda perasan bahawa nama tempat ini seakan-akan nama Melaka/Malacca, menurut novel tersebut – ia memang ada hubung-kaitnya. A very interesting novel and a very intriging place.

3<< Kalau anda memiliki rahang muka yang lebar dan ingin mengecilkannya, anda boleh mencuba teknik botok! Cuma injek-kan botok pada rahang anda, lalu ia akan menjadi kecil seperti bujuh sirih yang anda idamkan. Maklumat di petik dari sebuah majalah tentang grooming dalam BM.

Walau bagaimanapun, kalau rahang anda telah sediakala kecil molek bujur sirih, jangan sesekali anda mengunyah gula-gula getah. Kerana chewing gum boleh melebarkan roman muka anda dan anda akan menyesal selepas itu. Aku pulak memang phobia dengan gula-gula getah. Kalau aku masuk Fear Factor dan ada acara mengunyah chewing gum, terpaksalah aku quit awal-awal. Aku tak ada toleransi dengan benda-benda lembut, kenyal dan bergetah semacam itu.

4<< Kebanyakan review yang aku baca sama ada di suratkhabar atau di blog tidak memberi respon yang menggalakkan pada Gila-Gila Pengantin Popular. Tapi aku tetap juga pergi menontonnya kerana aku pernah tengok dua filem GGP terdahulu jadi aku cuba memberi filem ke-tiga ini peluang.

Lagipun, kawan aku ada muncul dalam filem ni! Tapi sekejap sangat. Dia kata masa shooting tu agak lama juga, siap ada dialog Afdlin dengan dia lagi tapi kena edit. Jadi yang tinggal tak sampai seminit dia duduk dalam filem ni. Apa yang berkesan dalam GGP Popular ialah temanya yang sangat releven dengan senario keobsesan khalayak terhadap rancangan realiti tv antara peserta, pihak penerbit tv, media dan anggota keluarga peserta sendiri.

5<< Ada satu balasan sms dari seorang perempuan yang aku terima tidak semena-mena membuat aku terkesima - Nanti aku boleh tidur rumah hang!

Hah, nak tidur rumah aku? Biar benar minah ni. Bukan main daring lagik sampai nak tidur rumah jantina lawan. Liberal sangat ke dia ni? Macam ada yang tak kena saja. Aku pun reply sms tu menyuarakan rasa kekagetan.

Rupa-rupanya sms tu tersalah hantar! Sepatutnya mesej berkenaan untuk rakan perempuannya – dia nak tumpang bermalam di sana, bukan kat rumah aku. Okey, lega sikit dengar. Bukan sebarang risiko yang menimpa akibat terkhilaf menghantar sms ni. Boleh membuatkan anda di pandang serong.

Wednesday, September 14, 2005

Cuti Pada Hari Kerja

Terasa asing bercuti pada hari kerja. Hidup ibarat seperti dipulaukan apabila tidak bekerja semasa hari orang-orang lain sibuk membanting tulang mencari rezeki. Aku cuti pasal ada beberapa urusan yang kena dibereskan. Pagi-pagi aku bersarapan dengan famili aku yang ada di KL ni (salah-satu sebab bercuti) di sebuah hotel milik koperasi polis. Sambil bersarapan, tengok pemandangan Chow Kit yang ”indah“. Apa yang nampak ialah blok-blok bangunan mostly shop lots tinggalan zaman pra-merdeka. Atap-atap genting yang kusam dan berkarat serta dinding-dinding berlumut dan sopak menjadi objek tarikan sambil mulut menjamu selera.

Aku makan sajian yang biasa-biasa jer, nasi goreng, bubur campur ikan bilis, telur masak separuh dan kopi. Lagi pun tak banyak pilihan di sini selain sarapan yang sinonim dengan rakyat Malaysia. Apa lagi variasi yang ada selain mee goreng, roti canai, roti bakar, mihun sup dan yang seumpamanya. Buah-buahan yang tinggal hanyalah tembikai, itu pun tidak replenish. Mengiringi acara sarapan kami ialah dendangan lagu dari cd Mawi World. Selama ni aku selalu escape dari terdengar certain songs yang dia tersalah lirik atau melodi, whatever. Tapi kali ni dah tak dapat escape dah.

Terpaksa jugak aku mendengar lagu-lagu beliau walaupun aku cuba untuk menyibukkan diri. Makanannya, walaupun tak banyak pilihan tapi sedap juga consider ia tak terlalu kehotelan. Lebih kurang macam masakan warung atau home-cooked. Banyak songeh pulak aku ni, kan? Padahal bukan aku bayar pun...haha... Cukuplah cerita pasal sarapan kerana lepas tu aku ada hal-hal personal dengan famili untuk di urus.

Separuh hari lain waktu cuti aku habiskan duduk di rumah saja. Tidur sepanjang petang sebab penat terlalu mendera fizikal. Tidak ketinggalan aku menonton tv setelah puas melelapkan mata, ada Buffy The Vampire Slayer dan The Simpsons di channel 70. Tengok tv sambil makan keropok. Hari cuti yang indah pun berlalu.

Monday, September 12, 2005

Land of the Dukes

Kita kena tengok cerita ni masa tengah rileks dan bersahaja. Nanti tak pasal-pasal kita tuduh filem ni macam nak perbodohkan kita pulak (sebab memang bodoh pun). Tapi kelakar! Aku ketawa dalam panggung sampai nak pecah perut dibuatnya sebab kelakar sangat. Kawan aku di sebelah siap boleh tertidur lagi, padahal dia yang beria-ia nak tengok. Oh, we watch a midnight show, by the way.

Aku maksudkan tentang filem The Dukes of Hazzard. Johnny Knoxville yang terkenal dengan lawak extreme melalui siri Jackass turut aplikasikan beberapa stunt lawak ganas dalam filem ni terutama masa dia “menunggang” safety box atas jalan raya tu. Manakala Seann William Scott masih dengan watak goofy sejak dari zaman American Pie. Jackassness plus goofiness equal to Hazzardneous?! Macam tu lah lebih kurang rumusannya. Tapi sebenarnya filem ni berdasarkan satu siri televisyen yang terbit pada akhir 70-an dulu dengan tajuk yang sama.


Bila aku perhatikan balik jalan cerita filem ni lebih kurang sama macam filem Senario yang pertama dulu. Kisah pihak berpengaruh nak merampas tanah orang kampung. Kalau dalam Senario, Shamsul Ghau-Ghau yang memegang watak orang yang nak merampas tu manakala dalam Hazzard, Burt Reynolds yang menjadi lintah darat. Sementara itu tujuan tanah di rampas adalah dalam Senario untuk di bina lebuh raya, dalam Hazzard pula untuk tujuan perlombongan. Persamaan antara kedua-dua filem tersebut ialah masing-masing ingin mempertahankan tanah mereka dari di ceroboh oleh pihak anarkist.

Memang banyak adegan yang lawak dalam filem ni terutama masa Johnny dan Seann menyamar jadi orang Jepun dalam makmal tu. Budak penjaga makmal tu pulak walaupun nampak dia macam suspicious tapi dia steady jer follow instruction dari dua orang “Jepun” tadi. Satu lagi adegan masa dalam penjara apabila ada sorang inmate ni ingat yang Burt Reynolds tu bapak ayam. Namun masa kereta Dodge yang mereka tengah drive nak masuk ke Atlanta, kita rasa kesian pulak masa pemandu-pemandu lain mempersendakan dua budak kampung ni.

Basically, filem ni mengisahkan dua pemuda desa yang nampak macam bodoh-bodoh piang tapi memiliki jiwa country yang kental. Walaupun mereka memang teruja bila ada kejohanan lumba kereta ingin diadakan di kawasan berkenaan tetapi disebabkan ada hal-hal yang smell fishy membuatkan mereka cepat-cepat menyiasat dan bertindak. Ini juga merupakan lakonan debut Jessica Simpson yang tampil menggoda hampir dalam keseluruhan filem.
credit poster: moviegoods.com

Sunday, September 11, 2005

Zaitun, Makanlah Tanpa Was-Was

Masa untuk menulis tentang makan lagi!!!! *Semalam bunyinya macam dah insaf – tengok orang kebulurlah, tinggal rangka lah – tup-tup hari ni lupa diri lagi, makan banyak lagi* Okey, jangan anggap aku tak serius bersimpati dengan mereka yang alami kebuluran tersebut. Aku hanya menulis genre yang aku suka – tentang makanan.

Beberapa hari lepas aku dan housemate kembali makan piza. Salah satu restoran piza yang kami suka kunjungi ialah Pizza Uno. Ramai pula pelanggan mereka pada malam ni. Pelayan pun dah ramai muka-muka baru. Mula-mula ingat tak nak makan banyak sangat, nak try pizza jer. Lagi pun tak elok makan berganda-ganda semasa dah nak larut malam kan? Itu nasihat yang pernah aku dengar dari dietician, rasanya.

Baiklah, kami terus memeriksa menu untuk mula memesan makanan ...err..piza. Entah macam mana, apa yang merasuk fikiran kami masa tu, bukan setakat piza yang kami order tapi berpinggan-pinggan lagi sajian lain. Rasa macam tak larat jer nak habiskan. Ada sekali tu masa aku refer dekat menu ada satu nama makanan ni, apa entah nama dia – nasib baik waiter tu cakap itu adalah black olive semata-mata yang di masak dengan herba. Mujurlah tak order benda tu, kalau tak siapa yang nak makan buah zaitun hitam?


Oleh kerana ini restoran Itali, setiap bahannya memang akan menggunakan buah zaitun atau minyak zaitun juga. Untuk appertiser aku nikmati cream mushroom soup yang lemak dan berperisa. Sedap betul, boleh try lagi lain kali. Tapi eloklah anda makan dengan garlic bread sebab sekadar menghirup sup yang berkrim tu saja, dikhuatiri boleh membuatkan anda rasa mual. Di samping itu kami turut meratah calamaries fritos atau orang kampung panggil sotong celup tepung. Gorengannya tidak terlalu garing, malah tidak begitu berminyak.

Hidangan piza yang kami pesan namanya Pizza Giardiniera. Aku rasa dah tak larat nak telan piza ni pasal kenyang sangat dok melantak mushroom soup. Tapi aku habiskan juga two slices. Oleh kerana ni piza vegetarian, kami order orange glazed octopus sebagai complement. Topping piza ni terdiri dari bawang, lada benggala dan terung. Rasa dia boleh tahan manakala octopus tu ialah baby squid yang di masak dengan olive oil. Ia agak berminyak tapi tak apa sebab minyak zaitun lebih menyihatkan.

Kami tutup sessi makan-makan lewat malam di Pizza Uno dengan minuman hot chocolate dan ice blended mocha.

Wednesday, September 07, 2005

Janji Gue

Terasa pilu melihat gambar-gambar kanak-kanak Afrika yang tinggal rangka semata-mata akibat kebuluran tegar yang aku dapat dalam e-mail semalam. Sampai kita pula rasa bersalah untuk makan berlebih-lebihan tatkala ada ramai insan lain sedang menderita kelaparan. Akulah contohnya kalau dah start menjamu selera tu siap boleh buat artikel lagi...haha! Apa nama makanan ni, apa jenis rasa dia.... kat mana boleh di makan. Sampai aku terlupa ada manusia lain yang usahkan nak memilih-milih makanan, benda yang nak di makan pun tak ada. Sudahnya kurus kerempeng jadinya.

Itulah yang di argue oleh Joni apabila budak yang nampak berisi tu cakap yang dia anak orang susah. Orang susah mana ada yang badan gemuk, sangkal Joni. Lepas tu apa entah budak montel tu jawab. Aku tak faham tapi bunyinya macam lucu gitu. Nak baca sarikata tu, tak sempat pulak. Kadang-kadang aku keliru, sama ada nak cuba fahamkan apa istilah Indonesia yang mereka tuturkan atau aku hanya tumpukan pada sarikata di bawah. Secara kasarnya, aku boleh bertoleransi dengan dialek mereka yang terlalu pekat walaupun sarikatanya tidak begitu banyak membantu.


For the record, Janji Joni adalah filem Indonesia pertama yang aku tonton di bioskop. Walaupun kerjaya seperti Joni sebagai penghantar reel filem ni tak pernah kita dengar di Malaysia, sekurang-kurangnya ia sangat intim dengan sosio-politik mereka. Dengki sangat dengan filem ni pasal ia cukup segala elemen yang layak untuk menjadi sebuah filem yang berjaya. Waima ada keterbatasan untuk betul-betul memahami slanga mereka tetapi plot, muzik latar dan aksi pemerannya terlalu berjangkit. Babak yang paling hilarious semasa penonton di dalam panggung dengan mata masing-masing melihat ke arah kelir lalu situasi-situasi yang menggeletek hati pun terbina. Mereka yang biasa menonton di bioskop tentu dapat menyelami justifikasinya.

Tidak hairanlah Jonji Joni mendapat penarafan yang sangat baik dari pengkritik dan penonton. Malah MTV Indo mengiktirafnya sebagai filem terbaik. Bukan satu filem itu saja yang aku tonton hujung minggu yang lalu. Satu lagi filem, kali ni reviunya agak buruk tetapi aku tak kisah untuk pergi menontonnya. The Cave. Bukanlah tak seronok langsung cerita ni tapi sebab kisah adventure dah lazim di buat orang. Dimulakan dengan ekspedisi tertentu – bibit-bibit masalah/konflik/cabaran mula melanda – klimaks – dan penamatnya, cuma hero dan heroin akan selamat. Atau pun ada seorang side-kick yang akan selamat juga. Biasanya tak lebih dari tiga orang yang akan hidup di peghujung.

The Cave tidak akan membuat kita rasa cemas sangat apabila menikmatinya. Jalan cerita memang berkisar dalam gua, sebagaimana layak tajuknya juga. Dalam panggung mungkin feelnya lebih sebab suasana gelap dan dingin itu ibarat gua tu sendiri yang sememangnya gelap-gelita dan lembab, sejuk dan terlindung. Makhluk aneh yang ditakuti oleh para peneroka gua tersebut juga agak fantastic. Lebih kurang macam Jeepers Creepers pula cara dia memerangkap mangsa dengan rupa fizikal yang ada iras-iras. Walaupun reviu tak bagus, ada kemungkinan filem ni di sambung kalau tengok pada endingnya yang seolah-olah tergantung.


Credit poster: www.kalyanashira.com/janjijoni/; www.blackfilm.com/i3/movies/t/thecave/poster

Monday, September 05, 2005

Jangan Kau Mimpi

Walaupun baru minggu lepas aku membubuh entry perihal mimpi, hari ni pun aku nak membicarakan tentang perkara itu lagi. Mimpi kali ini boleh aku ikuti jalan ceritanya jadi senang nak tulis. Aku tulis benda ni saja nak buat reference.

Begini kisah mimpi tu. Aku berada dalam sebuah hangar seperti dalam gambar di bawah perenggan ni. Keadaan di dalamnya agak gelap dan cuma diterangi oleh cahaya dari luar. Ia kelihatan kusam dan hapak. Di tengah-tengah hangar, sedang duduk berderet lima orang (atau enam kot? tak ingatlah) wanita berpakaian serba putih dan bertudung style perempuan Indonesia punya tudung tu. Ke-semua mereka sedang memandang ke depan tanpa emosi seolah-olah mereka sedang menjadi juri dalam sesuatu acara. Tapi acara apa, tak tahulah aku. Sesekali tangan mereka sedang mencatat sesuatu atas meja.


Bila aku mendongak ke atas, ada seorang lelaki juga berpakaian serba putih duduk tinggi hampir dengan siling sedang memberi ulasan selari pada acara tersebut. Aku pun teruskan perjalanan menuju ke pintu hangar yang sedang terbuka luas ketika ini. Sebelum sampai luar tu tiba-tiba aku lalu di kawasan seakan tapak ekspo atau pameran yang bertemakan pertanian dan makanan. Seorang lelaki yang mukanya macam Richard Karn (pelakon watak Al dalam sitkom Home Improvement) tersenyum melihatku sambil berkata,

“Welcome to New Orleans!“

Kaget sekejap aku.

Haa... New Orleans? Dah sampai Amerika ke aku ni?!

Eh, rasanya masih kat Malaysia ni pasal pameran tu seakan-akan kempen promosi untuk mengalakkan kita melancong ke sana[1]. Melepasi tapak ekspo tersebut, aku tiba pula di satu bangunan sekolah. Aku nampak ada beberapa pelajar sedang berada di luar kelas, kena denda agaknya. Masa ni ni mulut mereka terkumat-kamit macam tengah menghafal sesuatu. Hafal sifir kot? Yang peliknya, sambil menghafal tu mereka turut buat senaman sekali! Lagi cepat ingat agaknya kalau buat style begini.

Kemudian aku duduk dengan housemate (tiba-tiba jer housemate aku enterframe dalam mimpi aku ni) di satu balkoni kat sebuah kafe sedang minum-minum sambil membaca suratkhabar. Beberapa pelanggan yang lain juga kelihatan sedang melakukan perkara yang sama. Tidak semena-semana housemate aku mendongak ke langit lalu dengan cemasnya kemudian dia meluru masuk ke bawah meja sambil membongkokkan badannya. Bila aku tengok dia buat macam tu aku pun buat sekali. Orang lain pun buat jugak. Sekarang semua orang tengah duduk membongkok bawah meja sambil memanggungkan kepala.

Nak ada gempa bumi ke ni? Tiba-tiba satu pancaran cahaya yang amat menyilauka mata
menyuluh ke seluruh pelusuk alam semasa kami berada dalam posisi begitu. Nak tengok keluar pun payah, silau betul. Nampak putih terang-benderang semata-mata. Aku sempat bercakap dengan housemate aku,

“Kau tahu tak bulan puasa nanti akan berlaku dua gerhana?“[2]

“Gerhana bulan dan gerhana matahari?“ dia menjawab.

Aku mengangguk.

Lepas tu aku terus terjaga dan pergi solat subuh.
________________________________

[1] Di dalam akhbar The Star 3 September section Metro mukasurat 33 yang aku baca, ada satu restoran mengiklankan New Orleans Food Fest! Sedangkan nasib negeri tersebut masih kucar-kacir kerana taufan Katrina, kita pula boleh menikmati sajian tradisi mereka di Kuala Lumpur.

[2] Ni mesti pasal e-mail yang aku dapat tentang Imam Mahadi - susulan daripada kemangkatan King Fahd – aku ada terima bahagian ke-dua berkenaan e-mail tentang ramalan-ramalan tertentu.

Sunday, September 04, 2005

Kenyang Malam

Seperti yang telah dijanjikan, aku pergi berjumpa kawan aku semalam. Tapi sebelum itu ada pulak seorang kawan lain yang turut nak ajak aku hang out bersama. Kenalah decline offer dia sebab aku dah ada appointment lain lebih awal. Di manakah tempat perjumpaan? Taklah jauh mana pun, KLCC jer. Kami makan-makan di food court Asian Flavour sambil borak-borak hal-hal keduniaan.

Mari sini dengar apa jenis makanan yang aku nikmati. Aku makan western food, grilled chicken with sausage and mashed potato. Ayam grill tu macam tak cukup well-done, rasa chewy sikit yang sepatutnya lebih empuk menandakan ia masak sepenuhnya. Tapi aku makan saja tanpa banyak masalah. Sosej itu pula garing sedang elok manakala ada sedikit problem dengan kentang lenyek. Seolah ia menggunakan kentang yang dah nak expired membuatkan mashed potato tu jadi tak cukup sempurna.

Mashed potato yang paling sedap ialah yang aku makan di Rahsia. Kat sini rasanya memang hambar walaupun kekurangan tadi dapat di atasi dengan black pepper saucenya. Sos yang tidak begitu lumat dengan biji-biji lada hitamnya satu-dua tergigit bila di kunyah. Sambil tu aku turut merasa popia basah yang kawan aku pesan. Overall memang sajian yang mengenyangkan sampai aku tak termakan coleslaw dengan hirisan lobak merah. Selalu tak makan sayur.

Balik dari KLCC malam tu aku ingat dah tak nak makan sebab dah terlalu penuh tapi housemate aku ajak teman dia supper. Aku pun follow ajelah, boleh minum sekali, tak payah makan. Kami makan di kafetaria dekat Tiara Duta yang ada sajian Thai, western dan Arab. Tiba-tiba dia nak belanja, tak boleh tolak ni – daripada hanya nak keluar minum dah jadi sessi melantak sekali. Aku pun turut screen menu dia yang variety makanannya merangkumi tiga aspek di atas. Aku order nasi goreng kampung dengan nescafe tarik manakala housemate makan spaghetti bolognese dengan Arabic coffee.

Aha! Mula-mula memang aku teringin nak pesan kopi arab ni sebab nak try macam mana rasa dia. Sekali datang rupa-rupanya macam espresso. Cawan kecil cukup untuk sekali teguk jer. Dah-lah dia tengah bengang pasal sebelum tu masa kitorang makan di satu food court setengah jam yang lalu, air nescafe o yang di buat tak sedap langsung. Tawar meleser macam tak taruh gula langsung dan serbuk nescafenya juga kedekut.

[Kita skip cerita makan kat food court ni pasal nanti korang ingat kitorang ni buruk lantak pulak… hehe… semalam entah kenapa rasa nak makan jer, padahal tak adalah lapar sangat]

Nak minum kopi Arab ni agak mencabar. Macam mana aku nak describe rasa dia. Pekat sangat kopi tu - ada bau macam ginger dan rasanya pun macam ginger. Pahit pulak tu, lepas minum terus rasa pening kepala. Espresso bagi aku lebih senang untuk di telan berbanding dengan kopi ni. Aku share minum sebab nak tahu juga bagaimanakah rasanya. Sampai besok bagi aku masih terasa pening-pening sikit bahana kopi tersebut. Lantas housemate aku order teh tarik pulak sebagai minuman sampingan.

Nasi goreng kampungnya, biasa saja tetapi sedap. Spaghetti bolognese tu housemate aku makan sikit jer jadi aku tolong habiskan. Yalah, kan dia baru makan kat food court tadi, aku cuma minum masa tu. Spaghetti tu dah jadi ala style mee ladna pulak. Berperisa pedas penuh dengan cili padi. Pedas dan masam dalam masa yang sama. Unik sikitlah rasa dia sebab pertama kali aku makan spaghetti yang sepedas ini. Malam yang kenyang tahap dewa.

Friday, September 02, 2005

Jangan Kau Ucap Selamat Datang

Ada kawan aku nak datang bermalam di rumah hujung minggu ni. Bukan aku tak suka orang nak datang rumah (tetamu datang kan membawa rezeki) tapi macam mana aku nak terima pasal aku dah ada appointment lebih awal. Rasa bersalah pulak pasal baru-baru ni dia nak datang pada cuti hari merdeka, aku ada kat kampung masa tu. Kali ni, aku kena keluar bertemu kawan yang lain pula.

Mujurlah ada alasan yang munasabah supaya aku tidak mengecilkan hati sesiapa. Lagi pun aku rasa baru lagi dia datang ke rumah, baru dalam dua bulan lepas. Ni apa kes nak bertandang lagi ni, kang housemates aku sound, macam mana aku nak jawab. Pergilah menempek kat rumah orang lain pulak. Atau kalau dah boring sangat, pergi window shopping kat mana-mana shopping complex yang bersepah kat KL ni. Sekali-sekala bertemu muka, tentulah akan menghangatkan suasana. Selalu sangat berjumpa nanti takut-takut naik menyampah pula jadinya.

Rasanya kawan aku yang plan nak datang ni masih okey lagi perangainya jika di bandingkan dengan satu masalah yang dihadapi oleh seorang lelaki apabila jirannya setiap hari bertandang ke rumahnya, duduk makan minum tak reti nak balik rumah sendiri. Aku baca masalah tu dalam ruangan soal jawab masalah peribadi dalam Mingguan Malaysia yang lepas. Mau sakit jiwa kalau dapat jiran macam tu. Sampaikan masa lelaki tersebut nak pergi kerja pun, masih jugak si jiran tadi tak faham-faham bahawa dia kena blah.

Kalau aku di beri peluang menjawab permasalahan begini aku suggest, halau aje jiran yang tak reti bahasa tu. Apa ke jadahnya bertunggu-tangga di rumah orang sampai tak ingat nak balik? Jawapan yang di beri oleh pengelola ruangan berkenaan pun lebih kurang sama cuma dalam nada lebih diplomatik dan menggunakan ayat-ayat yang sesuai di cetak. Rentetan dari masalah tadi, bimbang pula kalau-kalau jiran tersebut boleh terpaut hati oleh layanan isteri si lelaki kalau dah 24 jam asyik berkunjung ke rumah, nanti tak pasal-pasal berantakan pula rumahtangga.

Thursday, September 01, 2005

Sweet Dreams are Made of This

Semasa di kampung minggu lepas, aku telah tidur terlalu banyak. Waktu malam, biasanya aku masuk tidur awal – siang pulak pantang ada masa terluang asyik membuta jer jawabnya. Pendek kata aku banyak menghabiskan rutin di atas katil. Lagi pun keluarga aku suka membeli majalah-majalah dan bahan bacaan jadi aku gemar membacanya sambil berbaring. Bayangkan kalau aku dah start berbaring macam tu, apa lagi yang akan terjadi seterusnya jika aku tidak zzzzzz....

Aku telah di ganggu beberapa mimpi yang mengusik jiwa pada sesetengah peniduranku minggu sudah. Namun ada yang telah aku lupakannya. Ada dua mimpi yang secara samar-samar masih dapat aku imbas kembali di ingatan ini. Jadi aku ingin paparkannya di sini walaupun ia tidak lagi begitu jelas jalan ceritanya.

Mimpi pertama, situasinya dalam pejabat. Aku dalam bilik one of my bosses sedang mengadapnya. Di dunia nyata, boss perempuan ini adalah sangat baik dan bertimbang rasa. Di alam mimpi ini, dia nampak tegas dan masam mencuka. Dia sedang duduk di kerusinya sambil memberi arahan pada aku,

“You know as our assistance, sometimes you must buy us lunch?”

“Buy your lunch?” aku bertanya sekali lagi inginkan kepastian.

“Yeah,”

“Alright, no problem then,” aku menjawab senang.

“So, here’s the list of our lunch, please get’em ready before one o’clock,”

Aku pun meneliti senarai menu makan tengahari yang boss aku suruh beli tu tiba-tiba gasp! Ada satu makanan tu mengandungi pork! Aku tak ingat exactly apa ke nama makanan tu, noodle with pork or something tapi ia tetap membuatkan aku tidak selesa. Nasib baiklah mimpi tu habis setakat itu saja.

Mimpi kedua juga tidak menyenangkan kerana ianya melibatkan anjing. Bukan seekor tapi ada banyak anjing yang cuba mengejarku. Tak pasti pula macam mana perjalanan mimpi tersebut kerana aku dah ingat-ingat lupa. Apa yang aku ingat, pada masa tersebut aku berada di satu kawasan lapang yang antara berpasir dan berumput. Ada beberapa ekor anjing yang cuba mengahmpiriku sambil menjelir-jelirkan lidah mereka.

Mereka cuba untuk merapatiku tapi aku sedaya upaya mengelakan diri dari bersentuhan dengan mereka. Aku asyik fikirkan payah pulak nak menyamak nanti. Anjing-anjing berkenaan keep on coming membuatkan aku hilang ikhtiar bagaimana untuk menghalau mereka supaya pergi. Sebenarnya dari jauh reaksi mereka agak garang tetapi apabila dekat mereka hanya meloncat-loncat sekelilingku sedangkan aku ketika itu terasa bagaikan di seksa. Entah-entah dalam mimpi tu kerja aku ialah kena bawa anjing keluar bersiar-siar atau pun dog walker.

Sekian saja cerita mimpi untuk kali ini.